Anda di halaman 1dari 3

Contoh Karangan :

Kes penderaan kanak-kanak semakin


meningkat. Huraikan punca-punca
berlakunya kes penderaan kanak-kanak dan
nyatakan langkah-langkah untuk
mengatasinya.
Kes penderaan kanak-kanak bukan sesuatu yang
asing bagi masyarakat kita. Kita sering mendengar
pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di
sana sini, sama ada melalui siaran akhbar ataupun
siaran berita di televisyen. Sebenarnya ada banyak
faktor yang menyebabkan berlakunya kes-kes
penderaan kanak-kanak ini.
Salah satu daripadanya ialah berpunca daripada
ibu bapa yang menghadapi tekanan di tempat
kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa
balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan
tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa.
Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan
tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek
adalah suatu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu
bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin
akan memukul, menerajang, mencucuk puntung
rokok, atau sebagainya.
Satu lagi punca berlakunya penderaan
kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang
dihadapi oleh sesebuah
keluarga itu. Masalah
kewangan yang melanda
sesebuah keluarga akan
menyebabkan mereka
bertindak ganas terhadap
anak-anak. Jika anak-anak
meminta duit belanja atau
keperluan lain, sudah
semestinya anak tersebut
akan menjadi mangsa
sepak terajang mereka.
Di samping itu, ada juga
ibu bapa yang mendera
anak-anak mereka kerana
krisis rumah tangga yang
berlaku seperti
pergaduhan antara suami
isteri dan mungkin
disebabkan gangguan
pihak luar. Contohnya,
suami akan menjadi lebih
garang dan mengabaikan
tanggungjawab terhadap
keluarga kerana
mempunyai kekasih baru.
Hasilnya pergaduhan
antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak
pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Selain itu, masalah penderaan anak-anak ini juga
berpunca daripada kurangnya pendidikan agama di
kalangan ibu bapa. Ajaran agama amat penting di
dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi
panduan yang terbaik dalam menguruskan
keluarga. Malangnya, pada masa ini ada sesetengah
ibu bapa yang membelakangkan ajaran agama
sehingga mereka sanggup melakukan perkara yang
sememangnya tidak direstui oleh mana-mana
agama di dunia ini.
Memandangkan kes
penderaan
kanak-kanak semakin
meningkat, maka ia
perlu dibendung dan
diatasi dengan segera.
Salah satu daripada cara
untuk mengatasinya
adalah dengan
mengadakan kempen
Keluarga Bahagia
bagi menyedarkan ibu
bapa tentang
tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang
mengidam-idamkan keluarga yang bahagia kerana
keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa
keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna.
Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan
tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya
kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan
daripada berlakunya kes penderaan kanak-kanak.
Di samping itu, pihak yang berkuasa juga
haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas
seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu
bapa atau sesiapa sahaja yang mendera
kanak-kanak. Meningkatkan penguatkuasaan
undang-undang boleh
menyebabkan
pendera-pendera berasa
takut akan hukuman
yang bakal mereka
hadapi akibat perbuatan
sendiri yang tidak
berperikemanusiaan.
Pihak-pihak yang
berwajib juga perlu
mengadakan kelas-kelas
bimbingan bagi
memberikan pendidikan
keibubapaan kepada
setiap pasangan yang
akan mendirikan rumah
tangga. Pendidikan ini
amat penting kepada
setiap pasangan bagi
menyedarkan mereka
akan tanggungjawab yang
besar yang harus dipikul
setelah berumahtangga.
Dengan adanya
pendidikan keibubapaan
ini, mereka akan lebih
jelas tentang cara-cara
untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk
melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu,
masalah penderaan kanak-kanak secara tidak
langsung akan dapat dikurangkan.
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak
merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh
agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu
seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset
penting negara pada masa akan datang dan
memusnahkan keturunan kita sendiri. Oleh yang
demikian, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes
penderaan kanak-kanak kerana ia tidak
menguntungkan mana-mana pihak

Anda mungkin juga menyukai