Anda di halaman 1dari 1

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

GEJALA PENDERAAN BAYI


Kerajaan boleh mengadakan kempen antipenderaan untuk mendedahkan kepada
masyarakat secara umum bagi membanteras masalah penderaan. Kempen ini akan
memberi kesedaran kepada para ibu bapa supaya lebih melindungi anak-anak mereka. Di
samping itu, mereka akan lebih memahami tanggungjawab mereka yang sebagai seorang
ibu bapa. Jadi, mereka akan mengelakkan anak mereka menjadi mangsa penderaan yang
seterusnya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam
mengatasi masalah penderaan. Pegawai kebajikan masyarakat haruslah membuat lawatan
siasatan terhadap keluarga yang berkenaan apabila menerima aduan. Mereka perlulah
memberi bantuan dengan segera sekiranya mendapati masalah penderan berlaku dalam
sesebuah keluarga. Dengan bantuan mereka, kes penderaan dapat dikurangkan.

Kerajaan juga boleh menguatkan kuasa undang-undang seperti menjatuhkan
hukuman yang berat seperti hukuman mati terhadap sesiapa yang mendera kanak-kanak.
Dengan cara mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang, pendera-pendera akan
berasa takut dan tidak berani melakukan perbuatan yang begitu kejam ini. Namun, kanak-
kanak dapat dilindungi daripada penderaan.

Di samping itu, pihak-pihak yang berkenaan juga boleh mengadakan kelas-kelas
bimbingan di setiap tempat. Kelas ini khususnya bagi pasangan yang ingin mendirikan
rumah tangga. Pendidikan ini akan memberi pengetahuan kepada setiap pasangan tentang
peranan mereka serta tanggungjawab yang perlu dipikul dan ditanggung setelah berumah
tangga. Mereka dapat bersiap sedia diri dalam kehidupan yang baru. Mereka akan lebih
memahami bagaimana cara untuk membimbing anak dan sebagainya.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan satu tindakan zalim yang
bertentangan dengan agama. Hal ini kerana perbuatan sedemikian hanya untuk bertujuan
menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan
diri sendiri. Kanak-kanak merupakan generasi berharapan bagi negara kita. Oleh itu,
semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani masalah ini demi perkembangan
kanak-kanak yang seimbang.

Anda mungkin juga menyukai