Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Kajian: Bangunan Bersejarah Kota A'Famosa, Melaka

Nama Penulis: Khairul Azmi bin Mohamad


Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan secara amnya adalah untuk mengenal pasti sumbersumber sejarah yang sahih. Ianya sekaligus akan dapat membantu saya dalam
membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Kajian ini dapat antara lain dapat menambah pengetahuan saya tentang
bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Ianya juga dapat
memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat
menyedarkan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya bangunan bersejarah di
negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita kepentingan untuk menjaga dan
mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat
Malaysia.

Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa
yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti bangunan
Kota A Famosa, ianya menyedarkan saya bahawa perpaduan kaum serta bersifat
adil, jujur dan amanah amat penting dan perlu pada diri setiap individu.

Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan
juga di kalangan generasi muda melalui kajian ini.
Kaedah Kajian: Rujukan Sumber Ilmiah/ Internet/ Buku Sejarah
Latar Belakang Kota A Famosa

Kota A Famosa dibina oleh Alfonso de Albuquerque sebaik sahaja berjaya


menawan Melaka pada tahun 1511.

A Famosa bermaksud 'Yang Termasyhur' dalam bahasa Portugis. Ia turut


dikenali sebagai Fortaleza de Malaca atau Kubu Melaka.

Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu
panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina
kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan
bangunan lain.

Struktur Kota A Famosa

Kota A Famosa berbentuk hampir 4 segi, mempunyai tembok batu setinggi 3.6
meter setebal 2.4 meter di sekelilingnya. Terdapat 4 pintu masuk ke Kota ini dan
pintu utamanya mengarah ke jambatan jungkit yang merentangi sungai.

Kota ini juga mempunyai 8 buah menara tempat kawalan setinggi 18-24
meter dan tebal temboknya 4.5 meter. Menara-menara Kota A Famosa tersebut
dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de
Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.

Pada bahagian bawah tempat ini terdapat tempat kediaman tentera-tentera


dan kuda bagi tujuan peperangan.

Terdapat juga lorong-lorong antara tempat-tempat kawalan itu untuk


kemudahan pada masa peperangan.

Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi
dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

Sebab Kota A Famosa Dibina

Kota A Famosa dibina untuk mempertahankan Melaka dari serangan musuh


dari luar.

Kekuatan dan keutuhan kota ini terbukti apabila ia dapat menumpaskan


serangan yang bertubi-tubi dari Acheh, Johor dan Belanda.

Hanya pada tahun 1641, barulah Melaka dan Kota ini dapat ditewaskan oleh
Belanda yang bersatu dengan Johor, setelah 7 bulan kepungan dilakukan ke atasnya
dari laut dan darat.

Fungsi & Keadaan Kota A Famosa Pada Masa Ini


Akan dikemaskini kemudian.

Langkah Memelihara & Memelihara Kota A Famosa


Kerajaan

Mendapatkan pengiktirafan dpd badan dunia utk mewartakannya sebagai


Warisan Dunia/mewartakannya sebagai warisan kebangsaan.

Mengekalkannya walaupun mempunyai nilai komersial untuk pembangunan

Mengekalkan tajuk mengenainya di dalam buku teks

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan-menjaga struktur


binaan bangunan bersejarah.

Kementerian Pelancongan memasukkannya dalam pakej pelancongandijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej
anjuran Kementerian Pelancongan.

Mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara.

Menyediakan dana besar untuk mengekalkannya.

Diubah menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu.

Dijadikan pusat beli-belah atau perniagaan

Ditukar untuk menjadi bangunan pentabdiran.

Ditukar menjadi rumah kebajikan seperti anak-anak yatim, orang tua


Sekolah

Melukiskannya di dinding sekolah


Mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga
bangunan bersejarah

Kelab dan persatuan merancang program lawatan ke tempat-tempat


bersejarah

Universiti menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka


bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yg diharapkan

Pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah menjalankan kajian tentang


bangunan-bangunan bersejarah

Mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah dengan lanskap


yang menarik.

Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di


bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai.
Ibu bapa

Membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah melawat bangunan


bersejarah
Menceritakan sejarah mengenai bangunan bersejarah kepada anak-anak
Media massa

Membuat dokumentari mengenai bangunan bersejarah

Rumusan

Bangunan bersejarah ini harus dikekalkan kerana ia mempunyai banyak


impak yang positif terutama kepada kehidupan masyarakat.

Industri pelancongan akan menjadi lebih besar kerana masyarakat asing


memang minat melihat kesan-kesan sejarah sebegini.

Nilai atau perasaan cinta akan negara sudah pasti berkembang dengan baik
dalam naluri penduduk terutama remaja di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai