Anda di halaman 1dari 6

PULUT PANGGANG Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan sama ada makanan tradisional

mahupun makanan era sekarang. Walaupun terdapat pelbagai jenis makanan baru yang diperkenalkan namun makanan tradisional tidak dilupakan dan tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia. Makanan di Malaysia kaya dengan khazanah seni termasuk keindahan dan kreativiti dalam masak-memasak atau penyajian makanan. Makanan tersebut melambangkan rakyatnya

yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis makanan tradisional masyarakat Melayu yang wujud di Malaysia seperti nasi lemak, kuih-muih dan banyak lagi. Pulut Panggang merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu yang terkenal di beberapa negeri di Malaysia. Di negeri bahagian Utara Malaysia pulut panggang lebih dikenali sebagai Pulut Udang. Selain itu, Pulut Lepa atau lebih dikenali sebagai Pulut Panggang adalah merupakan salah satu makanan tradisional di Terengganu dan Kelantan. Kebiasaannya, pulut panggang merupakan sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berinti kelapa. Masakan ini biasanya dipanggang di atas api. Inti diperbuat daripada bawang, dan lada kering dan kelapa. Campuran ini dimasak sehingga kering dan di sumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak. Di Terengganu, pulut panggang tidak banyak beza dengan negerinegeri lain di Malaysia Cuma keunikkannya adalah rasa ikan yang istimewa daripada inti pulut yang dibakar atau dipanggang. Lazimnya di negeri-negeri luar Terengganu, inti pulutnya menggunakan udang bercampur dengan isi kelapa. Namun Pulut Panggang atau Pulut Lepa di Terengganu, intinya menggunakan ikan dan tidak dicampur dengan isi kelapa. Pulut panggang dihidang atau menjadi makanan pilihan tidak kira masa sama ada pagi, tengah hari, petang ataupun malam. Di Kedah, terdapat gerai makanan yang menjual pulut panggang ini pada waktu pagi dan ada juga gerai makanan yang menjualnya pada waktu petang. Lazimnya, pulut panggang dibungkus dengan daun

pisang dan dibakar sehingga daun pisang kelihatan kekuning-kuningan. Pulut panggang ini sangat sedap dimakan ketika ianya masih panas. Kesimpulannya, negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang berasal dari pelbagai negeri. Makanan ini turut mendapat sambutan oleh pelancong asing dan terkenal di luar negara. Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mengkomersilkan makanan tersebut bukan sahaja di dalam negara, malah ke luar negara. Oleh itu, pihak Kerajaan dan masyarakat perlu berganding bahu supaya makanan tradisional ini tidak hilang begitu sahaja. Usaha-usaha ini perlu dilaksanakan supaya ia terus kekal walaupun zaman berubah dan agar generasi akan datang masih menghargai makanan tradisonal ini seperti pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kemajuan dalam perusahan makanan tradisional akan membawa keuntungan kepada ekonomi negara.

Alat pengepit dan pemanggang yang digunakan untuk memanggang Pulut Panggang atau Pulut Lepa di Terengganu.

Aktiviti membungkus sebelum pulut panggang di panggang atau dibakar

Inti ikan yang digunakan semasa penyediaan pulut panggang

Pulut Panggang yang telah siap dibungkus dan bersedia untuk dipanggang atau dibakar

Pulut Panggang yang siap untuk dihidang.

Anda mungkin juga menyukai