Anda di halaman 1dari 29

LAPORAN KAJIAN SEJARAH KEGIATAN EKONOMI

NAMA :AFIFAH HANANI BINTI RAMLAN TINGKATAN :3 BARAKKAH 2013 NAMA SEKOLAH :SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SARATOK TAJUK KERJA KHUSUS GURU PENILAI :CIKGU CHENDANG :KEGIATAN EKONOMI

BIL

ASPEK KAJIAN

MUKA SURAT

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Tajuk Kajian Senarai Kandungan... Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Pendahuluan

Pertama sekali,saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya.Alhamdulilah,kerja khusus sejarah ini telah Berjaya disiapkan dengan ilham,kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Seraya binti Sulaiman selaku pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok yang banyak memberi sokongan kepada para pelajarnya.Penghargaan yang tidak terhingga juga saya tunjukkan kepada En.Chendang selaku Guru Sejarah saya yang telah banyak membantu,membimbing saya dan juga sebagai pemudah cara say sepanjang proses menyiapkan Kerja Khusus Sejarah ini.Tanpa tunjuk ajar yang begitu padu daripada beliau,mana mungkin saya dapat menghasilkan Kerja Khusus Sejarah sebaik ini. Ucapan penuh kasih sayang buat ayah dan ibu iaitu En.Ramlan bin Sabki dan Pn. Ramlah Binti Mohammed Jamli yang sentiasa menyokong dari segi moral dan kewangan sepanjang saya menjalankan kajian ini.Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua yang terlibat menyiapkan Kerja Khusus ini. Semoga Allah S.W.T memberi ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hamba-Nya yang banyak membantu saya untuk menyiapkan Kerja Khusus Sejarah ini.Amin. secara langsung ataupun tidak langsung dalam

Objektif

1. Dapat mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul...

2. Dapat mengetahui secara mendalam tentang institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita iaitu dari segi nama bangunan,latar belakang,peranan dan perkembangannya

3. Dapat mengetahui sejauh mana pengamalan nilai murni dan unsur-unsur patriotism dalam pentadbiran institusi tempatan yang terdapat di Negara kita

4. Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru,ibu bapa, rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini

Kaedah Kajian

1. Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian.Antara laman web yang saya layari termasuklah http://mpm.gov.my .Maklumat tersebut dijadikan bahan rujukan

2. Saya juga membuat penyelidikkan di perpustakaan awam di Sarikei.Saya merujuk beberapa sumber seperti buku yang berkaitan dengan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Negara ini.Maklumat yang berkaitan difotostat dan disalin dalam buku catatan...

3. Saya juga menemu ramah beberapa orang sumber bagi mendapatkan maklumatmaklumat yang berkaitan.Maklumat yang diperolehi itu saya salin dalam buku catatan dan dijadikan sebagai rujukan nanti semasa menyiapkan kerja khusus

4. Kaedah majalah.Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan dengan tajuk kajian ini melaluui majalah-majalah yang berkaitan.

Hasil kajian

1. Maklumat Asas Tebaloi ialah satu produk tradisional yang berasaskan pertanian kini kian popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan bahkan juga pelancong asing. Ia merupakan makanan ringan kaum Melanau yang diperbuat daripada tepung, lemantak daripada pokok mulung dan kelapa sebagai bahan utama.

Dahulu tebaloi hanya merupakan kuih asli orang kampung yang dibuat secara kecil-kecilan di kalangan wanita-wanita Melanau di kawasan Mukah dan Dalat. Cara pembuatan juga semuanya manual dan menggunakan alat-alat tradisional. Oleh itu keluarannya tidak begitu besar dan tiada kawalan mutu yang dititikberatkan sama ada dari segi rasa, bentuk, rupa atau pembungkusan.

Kini teknologi pembuatan makanan sudah dipermodenkan. Kebiasaan tebaloi tradisional menggunakan belanga kini ditukar kepada oven atau pengering (dryer) yang berkapasiti tinggi dan lain-lain alat moden yang boleh mempercepatkan pemprosesan. Justeru pengeluaran dapat dipertingkatkan ke tahap komersial. Di samping itu, kawalan mutu pelbagai aspek dan pengesahan halal pihak berkenaan juga diberi perhatian yang lebih. Kelompok masyarakat yang mengusahakan terdiri daripada masyarakat Melanau.Penduduk melanau membuat biskut tebaloi secara berkelompok.Dengan cara itu,mereka boleh memajukan pendapatan mereka.

2. Latar belakang

Tebaloi merupakan biskut tradisional masyarakat Melanau yang kian popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan bahkan juga pelancong asing. Dikenali umum sebagai biskut sagu, disebabkan bahan-bahan utama tepung sagunya dicampur dengan kelapa parut, gula dan telur. Adunan yang digunakan perlu seimbang dan tepat bagi memastikan rasanya tidak berubah. Tebaloi banyak dihasilkan di Bahagian Mukah memandangkan kawasan tersebut terdapat banyak pokok sagu. Permintaan untuk tebaloi mukah adalah tertinggi untuk industri kotej tempatan terutama semasa pesta kebudayaan Melanau tahunan iaitu Pesta Kaul. Tebaloi boleh didapati dalam pek 130 gram dan 100 gram Jika dahulu, ia hanya dibuat secara kecil-kecilan dan cara pembuatannya juga semuanya manual menggunakan alat-alat tradisional. Justeru, pengeluarannya juga tidak begitu besar dan tiada kawalan mutu yang dititikberatkan sama ada dari segi rasa, bentuk, rupa atau pembungkusan. Kini teknologi pembuatan makanan sudah dipermodenkan di mana ia mempercepatkan pemprosesan. Tebaloi berjaya mendapat pengiktirafan kerajaan negeri apabila ia menjadi salah satu makanan tradisional yang memperoleh Sijil Pengiktirafan Sarawak Best. Pengiktirafan tersebut meletakkan tebaloi sebagai produk makanan yang mempunyai kualiti yang tinggi dan memenuhi kriteria untuk dikomersial di peringkat global. Tebaloi, makanan ringan tradisional masyarakat Melanau kini boleh diperoleh dengan mudah di semua pintu masuk, kedai-kedai cenderamata utama serta pasaraya-pasaraya terkemuka (termasuk rangkaian Pasaraya Giant di seluruh negara) untuk dijadikan sebagai buah tangan mahupun hadiah untuk dibawa pulang.

Saiz bungkusan yang lebih kecil (130 gram) dan rekaan grafik berlatarkan Menara Berkembar Petronas pada bungkusannya sudah cukup menunjukkan sasaran utamanya ialah para pelancong yang datang atau bagi menarik pasaran antarabangsa.

Sungguhpun demikian, saiz yang lebih besar turut dihasilkan bagi memenuhi

selera dan permintaan tempatan. Strategi pembungkusan itu diperkenalkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak sebagai salah satu langkah meningkatkan pasaran bagi produk tebaloi yang dihasilkan oleh Kilang Tebaloi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Simunjan di Sadong Jaya.

Projek Kilang Tebaloi itu telah dimulakan pada tahun 2000 dengan modal permulaan kira-kira RM400 ribu. Kini ia diuruskan oleh dua kakitangan PPK dan 10 orang pekerja terdiri daripada penduduk tempatan.

Ia juga merupakan satu-satunya pusat pemprosesan tebaloi secara komersil di luar Bahagian Mukah yang terkenal dengan perusahaan itu. Pengurus Besar kilang itu, En.Kamal Tahir menjelaskan bahawa lokasi itu dipilih kerana terdapat banyak kelapa muda dan daun pisang yang merupakan keperluan penting untuk pengeluaran tebaloi. Kira-kira 60 kg kelapa parut segar diperlukan setiap hari. Tepung sagu pula dibawa dari Mukah dan boleh bertahan lama sungguhpun memakan masa dalam proses penghantarannya. Tebaloi di Sadong Jaya dihasilkan daripada tepung sagu, kelapa parut segar, gula dan serbuk kunyit yang kemudiannya dibakar di atas daun pisang menggunakan oven untuk memberi rasa yang lembut dan harum. Tebaloi yang dihasilkan boleh disimpan sehingga satu setengahtahun. Menurut En.Kamal, kilang tebaloi itu telah mengeluarkan di antara 550 dan 630 bungkus (80 90 kg) sehari dalam tiga tahun pertama operasinya. Walau bagaimanapun, pengeluarannya menurun kepada di antara 300 dan 350 bungkus (60 70 kg) sehari sejak tahun 2004 berikutan pengenalan bungkusan baru yang bersaiz lebih kecil dan berintensif buruh serta proses pengubahsuaian yang dilaksanakan ke atas kilang. Beliau turut yakin bahawa pengeluaran tebaloi akan meningkat sebanyak 45 peratus tahun ini dengan adanya kerjasama baru bersama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Pesekutuan (FAMA). Kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan Lembaga Pemasaran Lada Hitam (JPLH) juga telah diadakan untuk

menghasilkan tebaloi berperisa lada sebagai langkah menambah kepelbagaian produknya. Selain itu, tebaloi berperisa cokelat dan pandan juga telah dirancang untuk dikeluarkan sedikit masa lagi bagi menarik pasaran luar negeri. Sebagai langkah memenuhi keperluan pengeluaran, sebuah kilang baru akan dibina tidak lama lagi di tapak yang telah dikenalpasti dan akan dilengkapi dengan mesin terkini. Langkah membina kilang baru itu juga bertujuan untuk membolehkan kilang itu menepati piawaian dalam industri pemprosesan makanan negara yang seterusnya akan memajukan lagi pengeluaran tebaloi di Sadong Jaya.

RESEPI: BISKUT TEBALOI Bahan-bahan: 2 biji telur 700 gm tepung sagu 1 kilo kelapa parut (yg dibuang kulit ari) 500 gm gula 40 gm tepung kunyit (pewarna) Pukul telur dan gula hingga kembang dan hancur. Masukkan nyiur, tepung sagu, tepung kunyit dan kuar rata dan sebati. Canai adunan diatas daun pisang nipis. Bakar kali pertama: bakar selama 4 - 5 minit dengan suhu 350 celcius (separuh masak) keluarkan dan potong ikut saiz yg digemari. Bakar kali kedua: bakar selama 15 minit dengan suhu 180 celcius (kalau belum 15 min dah masak, keluarkan saja dari oven)

3. Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

Jikalau dahulu pengeluaran tebaloi hanya terhad kepada kawasan di mana terdapatnya tepung lemantak atau di kawasan yang didiami kaum Melanau, kini senario ini sudah berubah. Kilang tebaloi di Sadong Jaya, Daerah Simunjan adalah satu-satunya kilang pengeluaran tebaloi moden yang terdapat di luar kawasan penanaman rumbia (mulong) serta kilang lemantak. Meskipun Sadong Jaya bukan pengeluar tepung lemantak, ia kaya dengan kelapa dan daun pisang yang juga merupakan keperluan utama dalam pembuatan tebaloi. Di samping itu, lokasi Sadong Jaya yang tidak begitu jauh dari Bandaraya Kuching memudahkan pengangkutan produk untuk pasaran tempatan sekitar bandaraya Kuching serta pasaran luar.

Kilang tebaloi yang dipunyai oleh PPK Sadong Jaya mempunyai peralatan yang moden. Ia mula beroperasi sejak bulan April 2000. Ia mampu mengeluarkan 400 hingga 600 bungkus tebaloi sehari. Jumlah pengeluaran hingga kini ialah 453,400 bungkus seberat 130 gram setiap satu dengan jumlah jualan menghampiri RM800,000.

Kuantiti dan kualiti keluaran telah meningkat setelah perubahan dilakukan mengikut syor-syor yang dikemukakan oleh SIRIM. Di samping itu, kemahiran para pekerja kilang tebaloi yang seramai 10 orang itu juga salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kuantiti dan kualiti keluaran. Pengurusan yang cekap dan penyeliaan yang berkesan di peringkat Pertubuhan Peladang Sadong Jaya. Pejabat Pertanian Bahagian dan Ibu Pejabat (Bahagian Institusi Peladang) mampu menempatkan keluaran kilang ini diketahui umum dan menjadi pilihan ramai.

4. Prospek

Perkampungan kaum Melanau ini mempunyai bilangan penduduk seramai 3,514 orang yang majoritinya merupakan kaum Melanau. Kaum Melanau di kampung ini pula terbahagi kepada kaum Melanau Islam dan kaum Melanau Kristian. Biarpun dibezakan dengan agama yang dianuti, namun mereka masih bertutur menggunakan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melanau. Selain itu, terdapat juga sebilangan kecil kaum Iban dan Cina yang menetap di kampung ini yang disebabkan perkahwinan campur dengan penduduk tempatan. Perbezaan agama juga tidak menjadi masalah kepada penduduk di kampung untuk menetap di sebuah kampung yang sama. Mereka saling menghormati pegangan agama antara sama lain dan saling kunjung-mengunjungi terutama tibanya musim perayaan. Dianggarkan sebanyak 549 buah rumah terdapat di dalam kawasan Kampung Medong. Struktur rumah penduduk di sini berbentuk sejajar dan diperbuat daripada kayu yang berkonsepkan rumah kampung. Rumah-rumah penduduk di sini dihubungkan oleh jalan kayu yang dibina seperti jambatan untuk mengelakkan jalan tanah yang becak memandangkan kampung ini mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan terletak di tebing sungai. Harapan saya agar produk biskut tebaloi akan dimajukan dengan lebih maju.Saya juga berharap agar biskut tebaloi akan popular bukan saja di Negara kita malah di luar Negara.

Rumusan

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai keamanan dan kesejahteraan Negara kita walaupun Negara Malaysia adalah sebuah Negara yang memiliki penduduk yang berbilang kaum,agama dan bangsa. Kajian sejarah ini dapat membantu saya sebagai pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang peranan yang sentiasa dimainkan oleh institusi pentadbiran setempat yang terdapat di Negara ini. Maklumat yang berjaya dikumpul telah memberi pendedahan betapa kita perlu serta menghargai dan berbangga dengan institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di Negara ini.Rasa bangga terhadap sejarah Negara juga haruslah dikongsi secara bersama di kalangan penduduk Negara kita.Keadaan ini akan menjamin keamanan Negara dan kita perlulah bersyukur dengan keharmonian yang dinikmati. Nilai murni seperti sabar dan berkejasama ketika menyiapkan kerja khusus merupakan pendedahan yang berguna untuk daya pada masa depan.Sebagai rakyat Malaysia saya amat berbangga dengan Negara saya kerana di Negara ini terdapat pelbagai institusi pentadbiran tempatan yang sama-sama mengembelingkan tenaga bagi membangunkan sebuah Negara yang merdeka.Kekalkan Negara Malaysia kerana saya amat menyayangi Negara Malaysia.Slam satu Malaysia.

PETA MALAYSIA

PETA SARAWAK

Tebaloi diproses secara tradisional

Tebaloi dipotong menjadi kepingan

Tebaloi yang diproses dari kilang untuk dieksport

Tebaloi yang dipasarkan di kedai-kedai.

Pohon Sagu

Mesin untuk mengadun adunan

Sagu dimasak di atas BELANGAH

Tebaloi berperisa (strawberry)

Tebaloi berperisa (pandan)

Tebaloi berperisa (coklat)

Tebaloi bungkusan lama

Tebaloi bungkusan baru

RUJUKAN 1.Laman Sesawang o www.scribd.com/doc/22053183/sejarah-folio-tingkatan3 o Sharizalblogspot.com/2011/03/folio-sejarah-tingkatan3

2.Orang Sumber o En.Mohammed Jamli

Anda mungkin juga menyukai