Anda di halaman 1dari 4

SOALAN : Industri pelancongan membawa sumber pendapatan negara.

Bincangkan kepentingan aktiviti pelancongan kepada negara.

o Banyak program telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam memajukan sektor
pelancongan ini.
o Sektor pelancongan sangat penting kepada masyarakat di negara kita.
o Hal ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pelancong sama ada dari dalam
negara atau dari luar negara datang berkunjung ke negara kita.
o Sebenarnya, terdapat banyak kepentingan aktiviti pelancongan kepada negara.
o Sebagai contoh, pihak kerajaan telah menganjurkan Kempen Tahun Melawat
Malaysia.

o Hal ini berlaku demikian kerana ramai pelancong datang ke negara ini akan
membelanjakan wang mereka untuk membeli-belah.
o Kepentingan aktiviti pelancongan dapat menyumbang kepada pendapatan negara.
o Kesannya, mereka dapat mengabadi sesuatu yang menarik sebagai tanda kenang-
kenangan dari negara kita.
o Jelaslah, aktiviti pelancongan ini dapat meningkatkan pendapatan negara.
o Sebagai contoh, pelancong-pelancong akan membeli cenderamata seperti barangan
kraf tangan dan batik untuk dibawa pulang ke negara mereka.

o Hal ini berlaku demikian kerana pelancong yang datang melancong akan bercerita
tentang keunikan negara ini.
o Sebagai contoh, mereka akan menceritakan keindahan alam dan tempat yang menarik
yang terdapat di negara kita.
o Kesannya, rakan-rakan dari negara asal mereka pasti berminat untuk turut datang
melancong ke negara ini.
o Jelaslah, kedatangan pelancong asing ke negara ini akan menjadikan negara kita
terkenal dalam kalangan negara dunia.
o Selain itu, aktiviti pelancongan juga dapat menjadikan negara kita terkenal di mata
dunia.

o Sebagai contoh, pihak pemaju boleh membina kemudahan-kemudahan asas seperti


jalan raya, chalet dan perkhidmatan telekomunikasi untuk kegunaan para pelancong.
o Hal ini berlaku demikian kerana ramai pelancong suka melawat ke kawasan-kawasan
pelancongan yang jauh dari kota seperti di kawasan hutan dan juga kawasan
perkampungan.
o Jelaslah, aktiviti pelancongan ini dapat memajukan kawasan yang dahulunya mundur
dan membantu penduduk untuk merasai kemajuan pembangunan negara.
o Di samping itu, aktiviti pelancongan juga akan memberi impak kepada pembangunan
infrastruktur negara.
o Jelaslah, aktiviti pelancongaan ini dapat memperkenalkan kelainan kebudayaan rakyat
Malaysia kepada masyarakat luar negara.
o Hal ini berlaku demikian kerana negara kita terdiri daripada masyarakat pelbagai
bangsa seperti orang Melayu, Cina dan India yang kaya dengan adat resam,kesenian
kebudayaan serta permainan tradisionalnya.
o Akhirnya, aktiviti pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik
kepada masyarakat luar negara.
o Sebagai contoh, pelancong boleh bermain permainan tradisional masyarakat Melayu
seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain.
o Kesannya, mereka pastinya akan berasa seronok memainkan permainan ini di samping
mendapat pengalaman yang baharu.

o Kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan aktiviti pelancongan kepada negara.


o Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan perlulah mengadakan lebih banyak promosi
untuk memperkenalkan negara kita kepada negara-negara luar.
o Rakyat juga perlulah bersama-sama membantu pihak kerajaan mengekalkan keunikan
tempat-tempat pelancongan di negara ini.
o Jelaslah, aktiviti pelancongan ini sangat penting kerana dapat memberikan kebaikan
kepada negara dan rakyat di negara ini.
SOALAN : Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan penting dalam
meningkatkan ekonomi sesebuah termasuklah Malaysia.

Huraikan kepentingan IKS kepada mayarakat dan negara

o Contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok,
perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi.
o Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sangat penting kepada masyarakat di negara kita.
o Terdapat banyak kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara.
o Industri ini juga dikenali sebagai industri kampung.

o Jelaslah IKS bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan masyarakat malahan dapat
meningkatkan ekonomi negara.
o Antara kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi penduduk luar
bandar.
o Contohnya kilang membuat kerepek, kilang keropok dan lain-lain lagi.
o Kita sedia maklum industri ini banyak didirikan di kampung-kampung.
o Selain itu, kerepek juga dapat dijual di pasar malam, dan pasar tani.
o Jika hasil IKS ini dapat dijual kepada pembeli sudah tentu ekonomi penduduk
kampung dapat di tingkatkan.

o Tuntasnya IKS ini bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
kampung malahan mengurangkan masalah pengangguran di negara kita yang tercinta
ini.
o Selain itu, IKS juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
kampung.
o Kita sedia maklum IKS ini memerlukan pekerja yang ramai.
o Contohnya kilang membuat kerepek memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan,
memasak, membungkus serta menjual.
o Para pekerjanya terdiri daripada penduduk kampung yang berhampiran.
o Kilang ini memerlukan antara 10 hingga 20 orang pekerja.

o Di samping itu, IKS juga dapat membantu meningkatkan sektor pertanian dan
perikanan.
o Hal ini demikian kerana IKS memerlukan bahan-bahan mentah seperti ubi, keledek,
keladi, ikan, udang dan lain-lain.
o Sebagai contoh kilang membuat keropok memerlukan ikan dan udang.
o Para nelayan dapat menjual hasil tangkapan mereka kepada pengusaha kilang tersebut.
o Tegasnya IKS ini bukan sahaja dapat meningkatkan sektor pertanian malahan dapat
meningkatkan pendapatan petani dan nelayan.
o IKS juga penting untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.
o Kita sedia maklum bahawa para pelancong suka membeli kraftangan untuk dibawa
pulang.
o Sebagai contoh para pelancong suka membeli tembikar, labu sayong, batik, songket
dan lain-lain lagi.
o Pelancong membeli kraftangan sebagai cenderamata kenang-kenangan dari negara
kita.
o Selain itu, produk IKS juga dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.
o Jelaslah IKS juga sangat penting untuk meningkatkan industri pelancongan.

o Kesimpulannya terdapat banyak kepentingan Indutri Kecil dan Sederhana (IKS)


kepada masyarakat dan negara kita.
o Oleh hal yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta
individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini.
o Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran di peringkat
tempatan dan antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai