Anda di halaman 1dari 21

Semangat Kejiranan

Pendahuluan :
- Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin
hari semakin terpinggir.
- Masyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan
hidup bagai enau dalam berlukar melepaskan pucuk masing-masing.
- Semangat kejiranan harus dipupuk oleh setiap masyarakat tanpa mengira
warna kulit bangsa dan agama untuk mengukuhkan perpaduan kaum.
Isi 1 : Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak
- Jika ibu bapa menunjukkkan teladan yang baik kepada anak anak maka
mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan
begitulah kuihnya.
- Sebagai contoh, ibu bapa harus mengunjungi atau menziarahi jiran walaupun
mereka berada dalam keaddan baik atau tidak.
- Ibu bapa juga haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa.
- Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan
anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat yang
harmoni.
Isi 2 : Mengadakan aktiviti gotong-royong
- Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil
berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.
- Sebagai contoh, aktiviti yang diadakan secara bergotong-royong adalah
seperti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk
kenduri-kendara dan sebagainya.
- Dengan ini, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain
dengan lebih dekat.
Isi 3 : Mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan
perayaan.
- Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat.
- Melalui acara rumah terbuka , jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita
tentang pengalaman masing-masing dengan lebih dekat.
- Misalnya, semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina , dan sebagainya.
- Dengan ini, semua ahli dalam masyarakat berperluang untuk berkumpul dan
berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
Isi 4 : Menghidupkan semula program rukuntetangga di kawasan perumahan
- Hal ini kerana program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk
mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.
- Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masingmasing bertanggungjawab menjaga keselamatan sendiri dan keluarga.

Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas


meronda kawasan tanpa mengira usia , agama dan status.
Lazimnya, scenario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra dan
melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu-padu.

Isi 5 : Sering kunjung-mengunjungi


- Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang
dialami oleh jiran kita.
- Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat bahawa
jiran kita dimasukkan ke hospital.
- Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kususahan yang dialami
oleh jiran kita.
Penutup:
- Jika kita tidak memupuk semangat kejiranan, ia akan menjejaskan perpaduan
negara kerana bersatu kita teguh , bercerai kita roboh.
- Oleh itu, kita wajib memupuk semangat kejiranan bermula daripada
sekarang.
- Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini pada bahu satu
pihak kerana bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
- Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi ibarat berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing untuk menghidupkan semangat kejiranan di negara kita.

Bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam


Pendahuluan :
- Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih,
bencana alam pula sering melanda dan menunjukkan belang.
- Pada realitinya, bencana alam seperti banjir, letusan gunung berapi dan ribut
taufan ialah satu fenomena alam yang tidak dapat kita halang.
Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan kerana berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul, kita sepatutnya bersimpati dan
menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan ibarat hulurkan
tangan, ringankan beban.
Isi 1 : Kita boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma.
Derma yang dihulurkan akan disalurkan kepada mangsa bencana alam yang
amat memerlukan dan mendambakannya bagi meneruskan kehidupan di
bumi ciptaan Tuhan ini.
- Bantuan yang disumbangkan tidaklah hanya berfokuskan wang ringgit, tetapi
bantuan lain seperti ubat-ubatan, pakaian dan makanan juga diperlukan.
- Dengan ini, mangsa-mangsa akan berasa senang hati dan berterima kasih
kerana mempunyai ramai orang yang sudi member bantuan kepada mereka.
Isi 2 : Pihak kerajaan mahupun swasta perlu bekerjasama untuk menyediakan
bantuan peralatan keselamatan.
- Peralatan keselamatan tersebut disediakan supaya proses pencarian mangsa
lebih senang dijalankan terutamanya bagi mangsa bencana alam gempa
bumi dan mangsa runtuhan tanah lumpur.
- Contoh peralatan keselamatan yang boleh disediakan ialah jentera berat dan
alat teknologi moden. Di samping itu, peralatan keselamatan tersebut perlu
disediakan dalam masa yang paling singkat.
- Dengan adanya jentera berat dan peralatan teknologi yang moden, mangsamangsa yang masih hidup atau yang tercedera dapat diselamatkan dalam
masa yang paling singkat.
Isi 3 : Bantuan perubatan juga perlu disalurkan dengan segera bagi membantu
mangsa yang cedera.
- Bantuan perubatan ini boleh disalurkan dari seluruh dunia. Doktor, jururawat
dan pegawai perubatan perlu ditempatkan di tempat yang berlaku bencana
alam dalam tempoh yang paling singkat.
- Malahan, ubat-ubatan dan vaksin untuk kegunaan mangsa kejadian juga
perlu disalurkan dengan secukupnya supaya mangsa-mangsa yang cedera
dapat dirawat dengan sempurna.

Sebagai contohnya, semasa bencana gempa bumi berlaku di Si Chuan, China,


bantuan perubatan telah disalurkan dari negara-negara maju supaya dapat
membantu dan merawat mangsa bencana alam.

Isi 4 : Bantuan kepakaran dalam pelbagai bidang harus disediakan untuk


membangunkan semula kawasan kejadian.
- Contoh kepakaran dalam bidang pembinaan dan kepakaran dalam bidang
psikologi.
- Bagi pakar-pakar bidang pembinaan, mereka boleh menggunakan kepakaran
mereka untuk membangunkan semula kawasan kejadian yang musnah teruk.
- Kerosakan yang berlaku juga boleh dibaikpulihkan dengan senang dan cepat.
- Jadi, mangsa-mangsa boleh menjalankan kehidupan mereka seperti biasa
dengan lebih cepat..
Isi 5 : masyarakat perlu bersama-sama menghulurkan bantuan kemanusiaan
kepada mangsa yang terlibat.
- Mereka boleh pergi ke tempat tersebut untuk membantu mangsa-mangsa
menyedia atau memasang khemah.
- Bagi mereka yang tidak dapat sampai ke tempat tersebut, mereka juga boleh
menderma makanan, minuman, pakaian, selimut dan lain-lain bagi mangsamangsa kejadian.
Selain itu, masyarakat juga boleh memberi nasihat dan semangat untuk
menenangkan perasaan mangsa. Jadi, masyarakat harus tidak mementingkan
diri sendiri sahaja, sebaliknya kita semua harus memberikan bantuan dengan
upaya diri sendiri bagi mangsa-mangsa kejadian.
Isi 6 : Bantuan kewangan daripada kerajaan amat diperlukan untuk
membangunkan semula penempatan yang musnah semasa kejadian.
Kerajaan perlu memperuntukkan bantuan kewangan untuk pembangunan
jangka panjang.
- Selain itu, kerajaan juga perlu memperuntukkan kewangan untuk pembinaan
semula penempatan yang musnah dilanda bencana
- Tindakan kerajaan tersebut akan memberi keyakinan kepada rakyatnya
kerana mereka tahu bahawa tempat mereka dapat dibaikpulihkan dengan
secepat mungkin.
Penutup :
- Kita haruslah saling membantu dan menghulurkan bantuan kepada mereka
mengikut upaya diri sendiri.
- Kita berharap agar rakyat tidak terlalu mementingkan diri sendiri atau
bersikap materialistik sahaja kerana mangsa-mangsa bencana alam juga
merupakan sebahagian penghuni di bumi ini.
- Oleh itu, segala bantuan yang dibincangkan di atas harus disalurkan kepada
mangsa kejadian supaya penderitaan mereka boleh diringankan.

Masyarakat Penyayang
Pendahuluan :
- Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada
masyarakat dan negara.
- Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh
orang ramai terutamanya kerajaan.
- Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk
membentuk masyarakat penyayang.
Isi 1 : Ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak.
- Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak
mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan
hidup dan kekayaan.
- Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anakanak mereka.
- Sebagai contoh ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti
sekolah untuk meneratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak
dalam aspek pembelajaran serta
Isi 2 : Ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak
kecil lagi.
- Ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anakanak dalam didikan agama.
- Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus
kemajuan teknologi satelit masa kini.
- Misalnya, menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anakanak akan menjadi insan yang berakhlak mulai.
Isi 3 : Ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada
anak mereka.
- Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting.
- Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang
masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi
manusia yang penyayang.

Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi


muda yang penyayang di negara ini.

Isi 4 : Ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anakanak.
- Bak kata pepatah bagai acuan begitulah kuihnya. Hal ini demikian, ibu
bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi.
- Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anakanak. Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan
mengikut tabiat yang positif ini.
- Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat
yang berguna pada alaf globalisasi ini.
Penutup :
- Semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan
pihak swasta.
- Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk
masyarakat penyayang.

Faedah-faedah belajar secara berkumpulan


Pendahuluan :
- Murid mempunyai cara yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran
mereka .
- Ada yang suka belajar di perpustakaan ,di rumah dan ada juga yang suka
belajar secara bersendirian.
- Antara teknik belajar yang begitu popular dalam kalangan murid-murid
sekolah pada masa sekarang ialah belajar dalam berkumpulan.
Isi 1 : Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan
belajar secara bersendirian.
- Hal ini dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran
dapat dikongsi bersama.
- Contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap
orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan
yang berlainan.
- Dengan itu, murid-murid tidak perlu mengambil masa yang lama untuk
menjawab satu soalan.
Isi 2 : Menjalinkan hubungan persahabatan.
- Andaikan bahawa semua orang dalam kumpulan tersebut kenali satu sama
lain, dan seseorang daripada kumpulan itu menjemput seorang yang baru
dan tidak dikenali, mereka pasti akan memperkenalkan diri mereka agar ahli
yang baru itu tidak terasa janggal.
- Dengan ini , kita akan berkenali dengan kawan baru.
Isi 4 : Menjimatkan masa

Apabila belajar secara berkumpulan, biasanya setiap kumpulan akan


mempunyai sekurang-kurangnya lima hingga enam orang ahli dan sekiranya
dua orang daripada kumpulan itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab
tertentu, itu tidak akan menjadi suatu masalah kerana masih terdapat empat
orang ahli yang boleh bekerjasama untuk membincang dan menyiapkan kerja
atau tugasan yang diberikan.
Dengan mempunyai bekerjasama antara ahli kumpulan , tugasan akan
disiapkan dengan mudah dan cepat.

Isi 5 : Belajar dalam kumpulan juga boleh mengurangkan perbelanjaan.


- Dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumpulan itu pasti akan
mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yang boleh dikongsi bersama
untuk membuat salinan dan mereka tidak perlu bersusah-payah dan
membazir duit untuk membeli buku yang sudah dimiliki oleh salah satu ahli
kumpulan.
Penutup :
- Secara luaran dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan
yang besar jika dibandingkan dengan seorang.
- Secara ringkasnya, belajar secara berkumpulan banyak membantu jika
dilaksanakan dengan betul.

Usaha-usaha memartabatkan Bahasa Melayu


Pendahuluan :
- Status atau kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan
tamadun bangsa kini makin tercabar di negara kita kerana sikap sesetengah
pihak yang memandang remeh terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar
- Kedudukan bahasa kini mula mengalami perubahan yang ketara apabila
bahasa Inggeris mula digunakan dalam kehidupan seharian.
- Pelbagai usaha telah, sedang, dan akan dijalankan bagi mempertahankan
dan memantapkan kedudukan penggunaan bahasa Melayu agar tidak lenyap
di telan zaman.
Isi 1 : Mempertahankan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk
semua mata pelajaran di sekolah rendah, menengah, dan menolak sebarang
tuntutan untuk kembali kepada dasar PPSMI.
-

Mengambil tindakan segera untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu


pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah sebagai
pengalaman yang menarik, berkesan dan memikat dengan menggunakan
pelbagai bahan kreatif dan inovatif.
Selain itu pihak yang terlibat boleh menyediakan latihan dalam perkhidmatan
kepada semua guru untuk membolehkan mereka mencapai tahap
penguasaan bahasa Melayu yang tinggi.

Sistem pendidikan kebangsaan juga boleh menyusun strategi bagi


merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat di
Malaysia.

Isi 2 :
-

Peribahasa ada mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Peribahasa
ini jelas menunjukkan bahawa perlunya proses mengenali sebelum mencintai
sesuatu. Begitu juga dengan bahasa kita.
Apabila mengenali bahasa kebangsaan kita, kita akan sentiasa dapat
menyemai sikap cintakan negara walau ke mana pun kita pergi.
Sebagai contoh, jika kita berpeluang untuk ke negara luar, kita seharusnya
memperkenalkan bahasa Melayu dan berbangga apabila bertutur dalam
bahasa ini.
Jika sudah terbiasa, maka semakin tinggilah penghargaan kita terhadap
bahasa kebangsaan ini.

Isi 3 : Kita seharusnya mempunyai identiti sendiri yang mampu menaikkan nama
negara di mata
dunia.
-

Malaysia sedang berusaha untuk merealisasikan Wawasan 2020.


Rakyat Malaysia yang memasuki pertandingan atau perlawanan sukan hingga
ke peringkat antarabangsa seharusnya mempromosikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan kita.

Isi 4 : Melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah


secara berperingkat-peringkat.
-

Dalam mengejar era globalisasi ini, elemen yang membantu kepada agenda
pembinaan negara bangsa ialah sistem pendidikan yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.
Dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan, peranan guru amatlah
mustahak kerana melalui pendidikan murid-murid perlu disedarkan mengenai
kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,
bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia.
Selain itu, tanggungjawab pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan
guru adalah untuk menyemai semangat cintakan bahasa kepada generasi
muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Melayu, menghormati dan
berbangga dengan bahasa Melayu yang menjadi cerminan sebagai identiti
rakyat Malaysia.

Isi 5 : Penghayatan, pemahaman dan kepekaan dalam bahasa Melayu harus


diperjuangkan sebagai bahasa kebangsaan yang moden dan bahasa ilmu dalam
usaha pembinaan negara bangsa

Kerjasama seluruh lapisan masyarakat amat diperlukan bagi menjaya dan


mewujudkan negara bangsa yang unggul ini.
Bagi mencapai tahap ketinggian, keindahan bahasa sebagai lambang estetika
dalam berbahasa memerlukan pengorbanan dan pengabdian terhadap seni
bahasa itu atau perasaan cinta terhadap seni bahasa tersebut.
Seiring dengan wawasan ini, kita harus bersedia untuk menguasai bahasa
Melayu dan bahasa-bahasa lain.

Penutup :
-

Kesimpulannya, jelas sudah kita lihat betapa pentingnya peranan bahasa


dalam membina tradisi keilmuan.
Oleh itu, bahasa Melayu harus diperjuangkan dan diletakkan sebagai bahasa
saintifik serta diguna pakai dalam sistem pendidikan, pentadbiran malahan
dalam semua agenda negara.
Kita juga harus ingat bahawa bahasa Melayu ini bukan sahaja berperanan
sebagai bahasa saintifik malah sebagai satu wahana buat masyarakat
Malaysia bagi menyatupadukan pelbagai kaum dalam usaha mencapai
perpaduan nasional seperti yang diharapkan dahulu
. Oleh yang demikian, kita sebagai penutur asli bahasa ini seharusny
berusaha untuk mengekalkan bahasa ibunda kita supaya tidak lapuk dek
zaman dan terus menjadi bahasa yang dihormati oleh orang lain.

Usaha usaha memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja


Pendahuluan :
- Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal
ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak
kepada masyarakat dan negara kita.
- Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah
memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti
ibu bapa dan pihak berkuasa lain.
- Sekiranya dengan kerjasama ibu bapa dan pihak berkuasa dalam
memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk
memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai.
- Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat
antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.
Isi 1 : Prasarana yang lengkap di kawasan perumahan

Pihak pengurusan Bandar perlu memastikan penduduk setempat mempunyai


akses prasarana asas sukan, misalnya trek larian, padang bola sepak, atau
gelanggang bola keranjang.
Proses penyelenggaraan kemudahan asas sukan perlu dilakukan dengan teliti
agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.
Prasana yang berada dalam keadaan baik akan menggalakkan remaja-remaja
untuk meluangkan masa di pusat-pusat rekreasi sebagai pilihan mengisi
masa lapang.

Isi 2 : Dana sukan bagi sekolah-sekolah


- Pihak sekolah perlu sokongan dana bagi memastikan para pelajar dapat
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulim.
- Untuk itu, alatan sukan yang lengkap, bersama jurulatih yang berpengalaman
adalah perlu bagi memastikan potensi penglibatan para remaja dapat di
perkembangkan dan membuahkan hasil, rutin latihan yang mantap mampu
menjadikan sukan sebagai aset bagi para remaja dalam melangkah ke alam
menara gading.
Pencapaian sukan yang aktif adalah sangat berguna dalam usaha mendapat
tempat di universiti dan biasiswa.
- Sekiranya, pihak sekolah dapat menjadikan platform sukan di sekolah
masing-masing dengan efektif, sudah pasti remaja akan lebih berminat dan
serius dalam melibatkan diri dalam sukan.
Isi 3 : Ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara membelikan
anak-anak mereka peralatan sukan.
- Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai
sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan.
- Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka
pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi
oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis.
- Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya
peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka.
Isi 4 : Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam
bidang sukan dengan aktif.
- Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa
mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini
demikian kerana,aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan.
- Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan
permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk
mencipta kejayaan yang cemerlang.
- Bakat dan minat tersebutperlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk
dikembangkan agar dapatmengharumkan nama negara di persada dunia.
Isi 5 : Ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anakanak mereka ke tempat latihan

Dengan cara itu,anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif


dalam bidang sukan tersebut.Mereka juga boleh menemani anak-anak dan
menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu
acara sukan atau permainan.
Sudah tentulah perkara iniakan memberikan kesan yang lebih mendalam
kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu
permainan iaitu,
tinggi gunung, tinggi lagi harapankami.
Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan
pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Isi 6 : Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang
diminati oleh mereka.
- Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan
diri dalam bidang sukan dengan serius.
- Mereka juga akan mendapat maklumat atauperkembangan terkini dalam
bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut.
- Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam
majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta
motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.
Penutup :
- Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam
usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah
diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam
usaha untuk melahirkanl ebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa
tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik sematamata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka.

Kesan Pengambilan Makanan Segera


Pendahuluan :
- Makanan segera kian digemari oleh masyarakat kini dan merupakan gaya
hidup kebanyakan orang.
- Faktor masyarakat kini gemar makan makanan segera adalah kerana ia
menyenangkan dan menjimatkan masa.
- Golongan pekerja yang menghadapi kesuntukan masa untuk menyiapkan
makanan boleh menjimatkan masa dengan membeli makanan segera.
- Terdapat beberapa kesan yang ditimbulkan selepas pengambilan makanan
segera.
Isi 1 : Kesihatan diri terganggu

Hal ini berlaku kerana makanan segera kebanyakannya dimasak dengan

minyak yang berulangan,ini mudah mangakibatkan penyakit kanser.


Kandungan minyak yang berlebihan di dalam sistem pendarahan boleh
menyebabkan kandungan kolestrol di dalam darah meningkat secara
mendadak dan akan menyebabkan implikasi yang buruk.
Sekiranya banyak mengambil makanan segera yang tidak berkhasiat dalam
jangka masa yang panjang,tahap kesihatan kita pasti akan menurun.

Isi 2 : menjejaskan hubungan kekeluargaan.


- Ini terjadi kerana makanan tidak disediakan oleh isteri atau isi rumah dan jika
ini berlaku,maka anak-anak tidak akan diajar cara-cara memasak atau
menyediakan makanan.
- Dengan ini, tidak akan wujud masa makan bersama keluarga dan ini akan
mengurangkan nilai kemesraan dan komunikasi antara ahli keluarga.
- Amalan memakan makanan segera memupuk sikap individualistic yang akan
melemahkan lagi hubungan antara keluarga.
Isi 3 : Makanan segera tidak mengandungi vitamin A yang amat diperlukan oleh
tubuh kita.
- Vitamin ini penting untuk membina sel-sel baru, di samping berfungsi untuk
penjagaan kulit dan mata.
- Gentian yang dapat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit
tidak terdapat dalam makanan segera.
Isi 4 : Obesiti
- Hal ini berlaku kerana pengambilan berlebihan makanan segera yang
mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi.
- Contohnya adalah seperti ayam goreng, kentang goreng dan sebagainya.
- Lemak turut menyebabkan fungsi jantung manjadi lemah dan seterusnya
menghidapi penyakit sakit jantung.
Isi 5 : Menjejaskan tumbesaran seseorang
Terdapat kandungan zat makanan yang tidak seimbang iaitu kandungan
garam dan bahan kimia dalam serbuk perisa .
- Mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang
Penutup :
- Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan,
malang sekali pada masa kini makanan turut membawa kesengsaraan
kepada manusia.
- Oleh sebab itu, untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit
akibat pengambilan makanan segera yang berlebihan, kita harus membentuk
tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat.
- Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjamin kesihatan
tubuh badan yang berterusan.

Kebaikan dan keburukan media sosial


Pendahuluan :
- Pada era globalisasi ini tidak dinafikan dunia sudah mencipta terlalu banyak
teknologi canggih untuk memudahkan para pengguna. Tidak kira dalam
bentuk mesin, jentera atau ruang media sosial. Namun begitu, pelbagai
kesan yang akan diterima oleh pengguna sama ada baik atau buruk.
KebaikanIsi 1 : Sebagai alat perhubungan
- Laman sosial dijadikan sebagai alat perhubungan, contoh yang paling ketara
adalah pertemuan semula rakan lama ataupun rakan kampung di alam maya
dan seterusnya boleh mengetahui perkembangan semasa sesama mereka.
Isi 2 : Sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan

Tidak dapat dinafikan laman sosial banyak membantu dalam penyebaran


maklumat di mana ianya berlaku apabila sesuatu maklumat itu dikonfgsi
dengan rakan-rakan lain. Contohnya ilmu keagamaan.

Isi 3 : Sebagai alat untuk memantau pergerakan anak mereka


- Anak-anak sekarang, sekolah rendah sudah ada akaun laman sosial, sama
ada dibuka oleh ibu bapa atau pengaruh dari kawan.
- Ibu bapa boleh mengikuti status terkini anak-anak mereka dan mengenali
kawan-kawan kepada anak mereka.
- Kebiasaanya para remaja lebih suka bercerita masalah mereka dengan
kawan-kawan daripada ibu bapa.
Jadi, ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk memantau anak mereka.
Isi 4 : Sebagai alat pemasaran produk
- Laman sosial ini berguna kepada sesetengah pihak yang menjalankan
perniagaan di mana ianya dijadikan sebagai alat untuk memasarkan produk
mereka.
- Ianya amat berkesan dan mudah. Maklumat terkini tentang produk yang
dikeluarkan dapat diketahui dengan cepat.
KeburukanIsi 1 : Membazir masa
- Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial mengakibatkan
pembaziran masa berlaku.
- Contohnya aplikasi permainan. Terdapat ramai pengguna laman sosial
menjadi ketagih dengan permainan tersebut.
- Oleh itu, mereka menggunakan kebanyakan masa dalam bermain permainan
dan berlakunya pembaziran masa.
Isi 2 : Mengurangkan produktiviti
- Ketagihan dengan laman sosial sekaligus telah mengurangkan produktiviti
kerja.
- Majikan menghadapi masalah untuk menyekat pekerja mereka dari melayari
laman sosial.
Majikan boleh menyekat pekerja mereka dari melayari laman sosial dengan
mem"block" laman-laman tersebut.
- Namun demikian kecanggihan teknologi masa kini telah memudahkan lamanlaman tersebujt dilayari dengan menggunakan telefon Bimbit.
Isi 3 : Penipuan
- Pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenal pasti akan kesahihan
sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial dan juga jangan cepat percaya
dengan orang yang tidak dikenali.
- Contoh penipuan ialah pelaburan haram. Terdapat juga pengguna yang
tertipu akibat terlampau percaya dengan kenalan facebook yang hanya
dikenali di laman sosial.

Isi 4 : Penceroboh akuan


- Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat
peribadi seperti nombor akaun bank, nombor telefon, alamat rumah dan
sebagainya.
Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang tidak
bertanggungjawb boleh menggunakan maklumat tersebut untuk tujuantujuan tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar.
- Seringkali kita mendengar akaun laman sosial selebriti-selebriti tanahir yang
berjaya diceroboh dan ianya memberi kesan yang buruk kepada pemilik
sebenar.
Penutup :
- Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai
kebaikan dan keburukan kepada golongan remaja.
- Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh
pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman
sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab.
- Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara
yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik daripada
mengubati".

Langkah-langkah berhemat semasa beberlanja


Pendahuluan :
- Masyarakat pada era gobalisasi ini yang suka boros berbelanja.
- Suka membeli-belah terutama sewaktu diadakan jualan besar-besaranberbelanja tanpa had asalkan dapat memuaskan nafsu masing-masing
Isi 1 : memasak sendiri di rumah.
kurangkan untuk makan di luar bersama keluarga
perbelanjaan makan di luar sebenarnya agak tinggi seperti di Kentucky Fried
Chicken
- tidak baik untuk kesihatan kerana terdedah kepada kolestrol yang tinggi
Isi 2 : Berbelanja mengikut keperluan.

Sekiranya kita mempunyai keghairahan untuk memiliki sesuatu barang demi


memenuhi kehendak nafsu sendiri, maka mustahillah kita berdaya upaya
untuk menampung keperluan seharian yang menelan belanja yang besar.
Oleh hal yang demikian, amatlah wajar seseorang merancang perbelanjaan
sebelum membeli-belah di pasar raya.

Isi 3 : Membelanjakan wang berpandukan bajet yang ditetapkan.


- Kita tidak seharusnya mempraktikkan amalan berbelanja secara boros kerana
amalan tersebut akan mengakibatkan kita terperangkap dalam krisis
kewangan malahan banyak yang didapati berhutang kepada ahli keluarga,
rakan sebaya, saudara-mara dan sebagainya.
- Jikalau kita tidak mempunyai pendapatan yang memuaskan atau rendah,
usahlah kita meniru gaya berbelanja golongan yang berada seperti jutawan,
pengusaha syarikat antarabangsa dan golongan yang berstatus tinggi.
Isi 4 : Perbandingan harga produk sebelum membeli
- Ketika membeli barangan baik produk elektronik mahupun barang keperluan
seharian seperti beras, minyak masak dan sayur-sayuran.
- Kita perlulah membandingkan harga produk pelbagai jenama agar kita dapat
memperoleh sesuatu barang yang bermutu dengan harga yang lebih murah.

Penutup :
- Sebagai kesimpulan, amalan berhemat berbelanja merupakan amalan yang
mulia dan bertanggungjawab yang seharusnya menjadi budaya masyarakat
kita.
- Amalan ini harus dipupuk oleh ibu bapa dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi
bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Langkah-langkah memajukan industry kecil sederhana


Pendahuluan :
- Dewasa ini, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang
penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.
- Demi merancakkan IKS, kerajaan telah mengatur beberapa banyak langkah
yang konstruktif dan pragmatik.
Isi 1 : penawaran pembiayaan, geran, pinjaman dan insentif kepada para
pengusaha IKS.
- Bantuan ini dapat mendorong para pengusaha yang mengusahakan
perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, perternakan, pemprosesan
makanan, dan sebagainya.

Antara geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS


termasuklah skim kewangan, skim geran penyelidikan dan pembangunan,
dan sebagainya.

Isi 2 : Kemudahan pinjaman


- Kemudahan pinjaman yang disediakan pula melalui institusi kewangan
kerajaan, seperti Bank Pertanian dan Bank Simpanan Nasional, bank
komersial seperti Bank Rakyat dan Bank CIMB, serta syarikat kewangan.
- Melalui Skim Khas Bank Negara, Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas
Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS
yang berdaya maju untuk memperoleh pembiayaan.
- Dengan adanya bantuan dan sokongan kerajaan, IKS nescaya dapat
berkembang maju.
Isi 3 : Khidmat nasihat dan perundingan kepakaran
- Usahawan dan pelabur yang ingin akan maklumat atau pendedahan lanjut
mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh
agensi kerajaan dan beberapa badan yang lain.
- Para pengusaha memang memerlukan khidmat nasihat dan sokongan
teknikal dalam usaha melicinkan operasi IKS agar lebih produktif, dinamik,
berdaya maju, dan kos efektif, di samping meningkatkan daya pengeluaran
dan kualiti produk, serta pemasaran global.
- Tanpa khidmat nasihat dan perundingan kepakaran, pengusaha-pengusaha
yang mentah dalam selok-belok pengurusan IKS ataupun baru menceburi
bidang ini akan menghadapi pelbagai rintangan.
Isi 4 : Program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang
cenderung mengusahakan aktiviti IKS.
- Antaranya termasuklah program rantaian industri, program pembekal global,
program peningkatan kemahiran, dan sebagainya.
- Bahkan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan agensi kerajaan yang
ditubuhkan untuk menggalakkan, membimbing dan melatih penduduk
Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan
perdagangan dan perusahaan.
- Antara program yang ditawarkan ialah latihan keusahawanan, skim latihan
perintisan, dan program promosi pemasaran.
- Melalui agensi-agensi kerajaan, IKS berdaya maju dan menyumbang kepada
iktisad negara.
Penutup :
- Secara tuntasnya, kerajaan memainkan peranan yang mustahak dalam
memajukan dan merancakkan IKS.
- Hal ini demikian kerana pertumbuhan pesat sektor perkilangan
memperlihatkan kepentingan dan peranan IKS yang kian ketara.

Kepentingan semangat patriotik


Pendahuluan :
- Patriotisme didefinisikan sebagai semangat cinta akan tanah air dan bersedia
berkorban deminya.
Sebagai rakyat, nilai ini harus dipupuk sebagai tanda kasih dan setia pada
negara tercinta
Isi 1 : Mengurangkan risiko berlakunya rusuhan kaum di negara ini.
- Masyarakat kita yang berbilang bangsa menjadikan perkara ini satu risiko
yang boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Jika rusuhan kaum tercetus di negara ini maka semua pembangunan yang
dirancang selama ini akan hilang begitu sahaja.

Isi 2 : Berupaya menjamin keseinambungan pembangunan negara pada masa


hadapan tanpa sebarang kekangan.
- Remaja bakal meneraju pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan
tanpa sikap patriotik sudah pasti mereka menganggap pembangunan negara
itu sesuatu yang tidak bermakna untuk diteruskan usahanya.
- -Negara memang memerlukan jiwa remaja yang penuh kreativiti dan inovatif
itu dalam memastikan pembangunan negara berjalan lancar.
Isi 3 : meningkatkan mutunegara.
- Remaja yang cinta akan tanah air tidak akan melakukan gejala jenayah atau
terjerumus dalam kegiatan negatif.
- Sebaliknya, mereka akan mempunyai jati diri yang kukuh dan dapat
menunjukkan potensikecemerlangan diri demi negara tercinta.
Mereka akan menguruskan masa mereka denganmelakukan perkara yang
berfaedah seperti mengikut aktiviti kokrikulum
Isi 4 : menjamin perpaduan kaum dankeharmonian negara.
- Remaja yang mempunyai semangat patriotism akan saling bekerjasama
danbertoleransi antara satu sama lain.
- Sepertimana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara majmukyang terdiri
daripada pelbagai etnik dan budaya. Jiran sepakat membawa berkat.
- Secara eksplisit,dengan semangat patriotism yang mendalam, keharmonian
negara akan terjamin
Penutup :
- Konklusinya, patriotisme mampu menjana wahana rakyat untuk mencapai
visi negara, iaitu wawasan 2020.

Langkah-langkah untuk melepaskan tekanan


Pendahuluan :
- Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang
menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah
biasa.
- Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga,
keputusan , masa depan, dll.
- Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh
membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk
mencegahnya.

Isi 1 : Bersenam Atau Beriadah


- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang
setelah berpeluh
Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah
berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di
dalam badan.
Isi 2 : Curahkan Perasaan Dalam Diari.
Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya,
tulislah segala-galanya di dalam diari.
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit
catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda.
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di
lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang
digambarkan didalam diari.
Isi 3 : Luahkan Pada Sahabat Karib.
Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada
sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat
mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat danpandangan
sahabat anda itu.
Isi 4 : Dapatkan sokongan sosial atau rujuk pakar
- Cuba dapatkan bantuan kaunseling melalui ruangan kaunseling, NGO
berkaitan atau boleh juga melalui telefon seperti talian Befrienders dan lainlain.
- Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan
rawatan yang selanjutnya.
Isi 5 : Aktiviti bersama alam
- Sentiasa memelihara hubungan dengan alam.
- Anugerah alam ciptaan Allah SWT berupaya menenangkan, menyemai iman
dan penawar bagi manusia. Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok
bunga bukan sahaja menyihatkan malah membantu memupuk diri
memelihara alam.
Anda juga menikmati bird watching, berjalan di tepi pantai sambil mengutip
cengkerang untuk hiasan akuarium atau apa saja berkaitan dengan aktiviti
alam semulajadi yang cukup mendamaikan bersama-sama ahli keluarga.
Isi 6 : Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda
sedia menerima sesuatu bencana.

Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari
Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang
dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup
secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat
dan merosakkan diri dan kehidupan.

Penutup :
- Kesimpulannya, kaedah mengenal potensi diri dan berfikiran positif
merupakan cara yang terbaik untuk mengurangkan tahap stres dalam
kalangan pelajar.
Oleh itu, pelbagai langkah yang efektif perlu dilakukan oleh semua pihak
sehingga ke akar umbinya untuk menangani isu stres ini daripada berlarutan.

Anda mungkin juga menyukai