Anda di halaman 1dari 4

Yang Dihormati Pensyarah Kursus Bahasa Melayu Komunikatif, En Yahya bin

Yassin, dan rakan-rakan seperjuangan yang saya hormati dan sayangi sekalian. Selamat
Sejahtera dan salam akademik saya ucapankan.

Berdirinya pokok kerana batangnya,


Berdirinya bangunan kerana tiangnya,

Tetapi berdirinya saya pada hari yang mulia ini tidak lain tidak bukan untuk
menyampaikan syarahan saya yang bertajuk “Langkah-langkah Menjaga Alam Sekitar”.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya meneruskan hujah, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan pada
hari ini. Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan
hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Tetapi amat menyedihkan apabila alam sekitar
kini semakin tercemar, punca-punca berlakunya pencemaran ini adalah disebabkan oleh
tangan-tangan rakus manusia sendiri. Antaranya ialah penggunaan racun serangga dalam
sektor pertanian, penebangan hutan secara berleluasa, pelepasan asap kilang yang tidak
ditapis, pertanian pindah dan lain-lain lagi. Bagi manusia yang tinggal di kawasan
perbandaran, penggunaan gas klorofluorokarbon dalam aktiviti seharian seperti penggunaan
pendingin hawa juga menyumbang pada pencemaran alam sekitar.

Hadirin yang dihormati sekalian,

        Perkara-perkara tersebut telah membawa impak yang negatif terhadap persekitaran.


Daripada perbuatan tersebut, berlakulah penipisan lapisan ozon yang menyebabkan
terjadinya pulau haba. Di samping itu, sumber air menjadi kotor dan menyebabkan hidupan
akuatik diancam kepupusan dan manusia sendiri diancam penyakit-penyakit yang
berbahaya. Selain itu, tempat pembiakan haiwan perosak juga semakin meningkat berikutan
aktiviti pembuangan sampah yang tidak terkawal. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila
tikus dan lipas berkeliaran di sana sini dan nyamuk aedes yang membawa penyakit denggi
berterbangan di taman perumahan. Isu yang sedang hanjat sekarang ialah isu jerebu yang
melanda negara kita, Malaysia. Jerebu tersebut berlaku akibat pembakaran hutan besar-
besaran yang dilakukan oleh negara jiran kita, Indonesia. Negara dengan keluasan hutan
tropika ketiga terbesar di dunia itu dikesan melakukan pembakaran secara berleluasa.
Pembakaran tersebut dilakukan biasanya bagi tujuan perladangan. Bukan itu sahaja
pembakaran ini juga akan meningkatkan suhu bumi dan hal ini menyebabkan bongkah-
bongkah ais di kutub selatan cair akibat suhu yang panas. Jika dibiarkan sahaja paras air
akan naik dan kita akan dilanda banjir. Oleh itu, kita haruslah bertindak pantas agar perkara
tersebut dapat dielakkan.

Hadirin sekalian,

Semua pencemaran ini dimulakan oleh manusia, oleh itu untuk menanganinya
haruslah bermula dari akar permasalahan. Masyarakat haruslah diberi pendedahan
terhadap perbuatan yang mencemarkan alam sekitar agar ada kesedaran dalam diri untuk
menjaga alam sekitar. Pendedahan ini dapat dilakukan melalui media massa. Media massa
ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini,
media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu
pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana
televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau
individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu
perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Pendedahan terhadap isu
pencemaran alam sekitar ini juga patut disebarkan dengan lebih luas melalui jaringan-
jaringan internet kerana masyarakat kita lebih banyak menggunakan media tersebut
berbanding media-media yang lain. Dengan adanya kesedaran akan pencemaran alam
sekitar yang berlaku kini, masyarakat akan mengambil inisiatif untuk menangani isu
tersebut.

Hadirin yang dirahmati,

Hujah saya seterusnya, menjalankan kempen alam sekitar untuk menjaga alam
sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita,
kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Dalam kempen-kempen ini masyarakat
akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam
sekitar seperti menguruskan  sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran
kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna
supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat
akan dapat berjimat-cermat dan mengurangkan sampah dipersekitaran justeru dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Aktiviti-aktivit seperti penanaman semula pokok-
pokok juga dapat dijalankan dalam kempen alam sekitar. Aktiviti penanaman semula pokok
ini bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi turut dapat mengembalikan semula
kehijauan sesuatu tempat serta meningkatankan oksigen di udara. Dengan ini suhu bumi
yang panas dapat diturunkan dan udara kita akan lebih bersih.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat
tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah
dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran
sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan
Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar
dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan
perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.
Pertandingan kelas terbersih di  antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan
tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi,
pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi
dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam
sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar.

Hujah terakhir saya ialah alam sekitar dapat dipelihara melalui penggunaan teknologi
moden yang mesra alam. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran
alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan
mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi
moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan
sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat
menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat
khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu  akan dapat
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak
sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos
kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar
gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar
pencemaran udara di sekeliling.

Hadirin yang dimuliakan,

Sudah terang lagi bersuluh, kita sebagai masyarakat yang menghuni bumi ini yang
seharusnya memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar.
Hal ini agar kita dapat hidup dalam persekitaran yang bersih, selesa dan bebas dari
sebarang pencemaran. Penting juga untuk menjaga alam sekitar supaya generasi yang
akan datang dapat melihat keindahan alam sekitar yang serba hijau. Dengan ini saya
menyeru hadirin sekalian agar berfikir secara rasional dan laksanakanlah peranan masing-
masing dalam menjaga alam sekitar kita. Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya
menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi ;

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan dalam hati.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai