Anda di halaman 1dari 2

Contoh Karangan Apakah kesan penggunaan gajet seperti telefon pintar

dan tablet kepada kanak-kanak? Huraikan pendapat anda dalam 150


hingga 200 patah perkataan.

Perenggan Pendahuluan Isu:


Mutakhir ini, penggunaan gajet dalam kalangan kank-kanak semakin tidak
terkawal
Mengapa: Ibu dan bapa terpaksa memberikan gajet sebagai alat hiburan
kepada anak-anak kerana mereka telah penat bekerjaya
Bagaimana: Sebaliknya, mereka harus bertindak lebih bijak terhadap anak-
anak Persoalan: Penting untuk kita mengetahui kesan-kesan penggunaan
gajet dalam kalangan anak-anak
Perenggan Isi
Isi: Antara kesan penggunaan gajet adalah penglihatan mereka akan
terjejas
Mengapa: Hal ini kerana penggunaan gajet membuatkan mata kanak-
kanak fokus pada jarak dekat dalam jangka masa panjang
Bagaimana: Oleh itu, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak seperti
menatang minyak yang penuh dan menasihati mereka untuk menggunakan
gajet pada kadar masa tertentu sahaja
Perenggan Penutup Pandangan:
Kesimpulannya, penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak
meninggalkan kesan yang buruk jika tidak dikawal
Cadangan: Setiap pihak perlu memberikan contoh untuk mengawal
penggunaan gajet dihadapan kanak-kanak
Harapan: Sesungguhnya, ketagihan terhadap gajet dalam kalangan kanak-
kanak wajar dibendung dengan segera.
Contoh Karangan –
Huraikan Pendapat Huraikan pendapat anda tentang pengangkutan awam
di Malaysia:

Di Malaysia, pengangkutan awam lazimnya tertumpu di kawasan bandar.


Antara jenis pengangkutan yang digunakan adalah bas, teksi, LRT dan
keretapi.

Antara kebaikan menggunakan pengangkutan awam adalah


mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana jumlah kenderaan
persendirian di jalan raya akan berkurangan.

Selain itu, orang awam dapat menjimatkan masa dan kos


pengangkutan apabila menggunakan pengangkutan awam. Tambahan
pula, pencemaran alam sekitar juga dapat dikurangkan kerana perlepasan
gas karbon berkurangan jika ramai yang menggunakan pengangkutan
awam. Untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, pihak
kerajaan perlu memastikan penyelenggaraan pengangkutan awam diurus
dengan baik.

Pada masa yang sama pembinaan stesen pengangkutan awam perlu


berada pada lokasi yang tepat dan jaringan pengangkutan lain dinaik taraf
secara sejajar. Keburukan pengangkutan awam ialah tambang yang mahal
dan kekerapan tren atau bas yang lama telah menimbulkan kesulitan
dalam kalangan penumpang. Orang ramai juga berasa kurang selasa
menaiki pengangkutan awam kerana bersesak dengan orang lain.

Kesimpulannya, pengangkutan awam memberikan banyak kelebihan


berbanding menggunakan kenderaan persendirian. Pihak berkuasa perlu
menyediakan jaringan pengangkutan awam yang memudahkan
masyarakat dan selesa supaya segala kebaikan tersebut dimanfaatkan
oleh semua pihak.
(173 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai