Anda di halaman 1dari 12

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 6 Sesi 2022/2023
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Para peserta perkhemahan keletihan setelah melalui perjalanan yang ____________ dan
mencabar dalam aktiviti meredah hutan.
A luas
B jauh
C besar
D lapang

2 Maslina sangat gemar mengumpulkan ____________ jenis mata wang dari luar negara.
A pelbagai
B sekalian
C berbagai
D segolongan

Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A Azizi nyaris-nyaris terlepas bas kerana pulang dari sekolah.
B Latihan bola sepak itu akan dibatalkan sementara hujan lebat.
C Jam dinding itu tidak berfungsi walaupun telah kehabisan bateri.
D Nek Minah menitiskan air mata apabila terkenangkan kisah silam.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Daripada : rania@gmail.com

Kepada : melly@gmail.com

Ke hadapan sahabatku Melly yang berada di Johor Bahru.

Terima kasih atas perkongsian mengenai perniagaan kuih bulan keluarga saudari.
Keluarga saya pula berniaga baulu sebagai sumber pendapatan sampingan.

Cara-cara membuat baulu ialah mengayak tepung gandum dengan serbuk penaik.
Kemudian, pukul telur, gula dan esen vanila. Campurkan tepung yang diayak dengan adunan
telur dan kacau sehingga rata. Selepas itu, panaskan ketuhar. Masukkan adunan ke dalam
acuan dan bakar selama kira-kira lima minit.

4 Apakah perniagaan yang diusahakan oleh keluarga Melly?


A mengayak tepung gandum
B berkongsi perniagaan
C menjual kuih bulan
D membekal telur

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Melly menerima e-mel daripada Rania.
B Keluarga Rania tinggal di Johor Bahru.
C Adunan baulu diayak selama kira-kira lima minit.
D Melly dan Rania berkongsi sumber pendapatan sampingan.

6 Berikut ialah bahan-bahan untuk membuat kuih baulu berdasarkan petikan kecuali
A telur.
B garam.
C esen vanila.
D tepung gandum.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

BAHAN 2

Encik Kamil berhasrat mengajak isterinya untuk mengunjungi Karnival Jualan


Hasil Pertanian yang akan diadakan berhampiran tempat tinggal mereka. Encik
Kamil memberitahu isterinya bahawa karnival itu bertujuan untuk memasarkan
hasil pertanian yang diusahakan oleh usahawan desa.

TERHAD
011
TERHAD 5 011

Di sana, terdapat banyak gerai jualan. Barangan jualan dijual dengan harga
yang murah. Selain itu, potongan harga diberikan kepada pengunjung bagi setiap
barangan yang dibeli. Isteri Encik Kamil begitu teruja untuk ke sana.

7 Tujuan utama karnival ini diadakan untuk


A melahirkan usahawan desa.
B setiap barangan diberi potongan harga.
C memasarkan hasil pertanian usahawan desa.
D memberitahu isteri Encik Kamil tentang karnival.

8
Di sana, terdapat banyak gerai jualan.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A biji.
B buah.
C butir.
D bentuk.

9 Perkataan potongan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A agihan.
B diskaun.
C bayaran.
D percuma.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Hasil pertanian akan dijual dengan harga yang murah.
B Karnival Jualan Hasil Pertanian akan diadakan di ladang.
C Potongan harga hanya diberikan kepada isteri Encik Kamil.
D Penduduk Taman Pertanian sahaja boleh mengunjungi karnival ini.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Aiman mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Dia tidak sabar untuk menikmati
hidangan istimewa iaitu lemang yang dibakar sepanjang malam bersama-sama ayah.

"Ibu, sedap sungguh lemang ini!" kata Aiman sambil menghulurkan pinggan
meminta lagi.

Ayah tersenyum melihat gelagatnya yang makan lemang secara gelojoh.


Penyediaan lemang sangat rumit, namun Aiman berpuas hati dapat membantu.

1 (a) Aiman berbasikal untuk segera sampai ke ____________.


[1 markah]

(b) Mengapakah Aiman menghulurkan pinggan kepada ibunya?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Dia tidak sabar untuk menikmati hidangan istimewa iaitu lemang yang dibakar
sepanjang malam bersama-sama ayah.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 7 011

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Ayah tersenyum melihat gelagatnya yang makan lemang secara gelojoh.

Gelagatnya yang makan lemang secara gelojoh dilihat oleh ayah


sambil tersenyum.

Gelagat ayah yang makan lemang secara gelojoh dilihat olehnya


sambil tersenyum.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian,berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Cikgu Aminah meminta Amir untuk mengambil buku latihan di bilik guru
dengan segera. Dalam perjalanan ke bilik guru, tiba-tiba Amir terserempak
dengan seorang murid yang sedang menangis kerana terjatuh dan kakinya
terseliuh.

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, apakah yang harus kamu lakukan?

[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang kegiatan menangkap ikan.

Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan amalan bekerjasama sebagaimana yang


terdapat dalam grafik.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 10 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

AKTIVITI KELUARGA

TERHAD
011
TERHAD 11 011

TERHAD
011
TERHAD 12 011

[20 markah]

TERHAD
011

Anda mungkin juga menyukai