Anda di halaman 1dari 12

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 5 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Zamri teruja untuk menjadi ______________ kerana dapat membantu mangsa
banjir.
A seniman
B olahragawan
C sukarelawan
D peragawan

2 Encik Arif mengawasi anak-anaknya yang sedang ____________ di pantai.


A gerak-geri
B mandi-manda
C tungkus-lumus
D gembar-gembur

Soalan 3
3 Pilih ayat yang betul.
A Johan Pertandingan Pantas Jawi peringkat negeri pada tahun ini adalah adik Nur
Mariya.
B Mata pelajaran yang paling Haikal minati adalah Matematik kerana dapat menguji
mindanya.
C Amalan kitar semula ialah proses pengumpulan semula bahan buangan untuk
menghasilkan bahan baharu.
D Perlawanan bola sepak malam ini ialah sangat penting untuk menentukan pasukan
yang layak mewakili daerah.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada masa lapang, datuk akan mengajak Kai Jun untuk bercucuk tanam di persekitaran
rumah. Kawasan rumah kampung yang luas dimanfaatkan dengan menanam pokok bunga,
sayur-sayuran serta pokok buah-buahan. Apabila tiba tempoh matang, hasil tanaman akan
dipetik untuk dimakan dan dijual.

Pada hujung minggu, Kai Jun membantu datuknya menjual hasil tanaman di pasar
tani. Wang hasil jualan akan disimpan untuk kegunaan kecemasan. Sekiranya terdapat
lebihan barang jualan, datuk akan memberikannya kepada penduduk kampung.

4 Apakah yang dilakukan oleh Kai Jun dan datuknya pada hujung minggu?
A Menanam pokok bunga
B Menjual hasil tanaman
C Memetik buah-buahan
D Makan sayur-sayuran

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Sayur dan buah akan dipetik sebelum tempoh matang.
B Datuk dan Kai Jun menjual tanaman di kawasan rumah.
C Wang hasil jualan dimanfaatkan untuk menanam pokok.
D Kai Jun dan datuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan.

6 Berikut ialah aktiviti-aktiviti Kai Jun dan datuknya berdasarkan petikan kecuali
A menanam pokok di rumah penduduk kampung.
B memetik buah-buahan dan sayur-sayuran.
C berniaga di pasar tani pada hujung minggu.
D memberi buah dan sayur kepada jiran-jirannya.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

BAHAN 2

Pada minggu lepas, ayah Ali telah menghadiahkan jam tangan pintar untuk
meraikan ulang tahun kelahiran Ali. Jam tangan itu berwarna hitam dan putih.
Dia berasa sungguh gembira.

Ali memakai jam tangan itu setiap kali ke sekolah. Ramai rakan memuji
kehebatan jam tangannya itu. Jam tangan itu hebat kerana memudahkan

TERHAD
011
TERHAD 5 011

urusannya setiap hari. Pada waktu senggang, dia merakam video bersama
keluarga.

7 Ayah Ali menghadiahkan jam tangan pintar untuk


A meraikan ulang tahun kelahiran Ali.
B memudahkan urusan Ali setiap hari di sekolah.
C merakam video bersama rakan-rakan di sekolah.
D menunjukkan kehebatan Ali kepada rakan-rakan.

8
Ali memakai jam tangan itu setiap kali ke sekolah.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A biji.
B utas.
C buah.
D bentuk.

9 Perkataan kehebatan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A keburukan.
B kelemahan.
C kebolehan.
D kelebihan.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Jam tangan pintar milik Ali berharga RM250.
B Jam tangan pintar boleh memudahkan urusan seharian Ali.
C Ali menerima hadiah jam tangan pintar yang diberi oleh rakan-rakannya.
D Ali menggunakan jam tangan pintar untuk merakam video keluarga di sekolah.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Aku bernama Vivo. Selepas sebulan dipamerkan, aku dibeli oleh seorang pemuda.
Tuan baharu aku itu bernama Kelvin.

Setiap hari, aku sentiasa menemani tuan aku. Aku digunakan oleh Kelvin untuk
berbual-bual dengan keluarga dan rakan-rakannya.

Selain itu, aku juga digunakan untuk mendengar muzik, merakam gambar dan
melayari Internet.

Aku dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh tuan aku. Aku berasa amat
bersyukur.

1 (a) Pemuda yang bernama ____________ menjadi tuan baharu 'aku'.


[1 markah]

(b) Mengapakah 'aku' berasa bersyukur?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Selepas sebulan dipamerkan, aku dibeli oleh seorang pemuda.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 7 011

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Aku digunakan oleh Kelvin untuk berbual-bual dengan keluarga dan rakan-
rakannya.

Kelvin dan keluarganya menggunakan aku untuk berbual-bual


dengan rakan-rakannya.

Kelvin menggunakan aku untuk berbual-bual dengan keluarga


dan rakan-rakannya.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.


2
Kamu menerima pelawaan rakan untuk melawat kampungnya, tempat
pelancongan yang terkenal. Sebenarnya sudah lama kamu menyimpan hasrat
untuk pergi ke sana. Pada tarikh yang sama, keluarga kamu pula merancang
untuk menziarahi keluarga di kampung.

Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?

[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang penjagaan kesihatan gigi.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara menjaga kesihatan gigi.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 10 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


AKTIVITI DI TAMAN SAINS

TERHAD
011
TERHAD 11 011

TERHAD
011
TERHAD 12 011

[20 markah]

TERHAD
011

Anda mungkin juga menyukai