UPaSA 2022
UJIAN PRAAKHIR SESI
AKADEMIK
TAHUN ENAM [SK / SJK]
1½ JAM 1 JAM 30 MINIT
Kertas peperiksaan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Sekolah kami telah berjaya meraih ________ dalam pertandingan bicara berirama peringkat
daerah Shah Alam petang semalam.
A dimenangi
B memenangi
C kemenangan
D memenangkan
Soalan 3
D I dan IV
Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Banjir sering berlaku terutamanya pada musim tengkujuh. Hujan lebat yang turun sepanjang hari
juga boleh menyebabkan banjir. Air sungai akan naik dan melimpah di kawasan yang lebih
rendah. Penduduk yang tinggal di kawasan tanah rendah lebih terdedah kepada bencana banjir.
Air yang deras boleh memusnahkan harta benda, tanaman, ternakan, dan tempat tinggal.
Apabila berlaku banjir, berbagai-bagai masalah akan timbul. Banyak tumbuhan dan haiwan
ternakan yang mati. Keperluan asas seharian juga sukar diperoleh. Jika bantuan tidak disalurkan,
kekurangan makanan mungkin akan berlaku. Penyakit juga mudah merebak. Penyakit kulit dan
penyakit taun adalah antara penyakit yang boleh menyerang penduduk di kawasan tersebut.
Soalan 7 hingga 10
Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
TAWARAN JUALAN
RUMAH KEDAI & PEJABAT
(BUMIPUTERA : POTONGAN HARGA 5%)
Lokasi : Majlis Perbandaran Teluk Intan,
Daerah Hilir Perak.
Luas Keseluruhan : 3 400 kps (40 kaki X 85 kaki)
Harga Jualan : RM685 000.00 ke atas
7 Pihak pemaju membangunkan projek tersebut di atas se ________ tanah di Teluk Intan.
A buah
B bidang
C gulung
D timbun
8 Tempoh permohonan tawaran jualan rumah kedai dan pejabat itu akan berakhir pada
A 1 Jun 2022.
B 1 Julai 2022.
C 1 Ogos 2022.
D 1 September 2022.
9 Di manakah para pembeli boleh mendapatkan maklumat tentang jualan rumah kedai dan
pejabat tersebut?
A Bandar Baharu Teluk Intan
B Jalan Denai Intan Hilir Perak
C Majlis Perbandaran Teluk Intan
D Syarikat Intan Hijrah Sendirian Berhad
Soalan 11 dan 12
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kuala Lumpur ialah ibu kota negara kita. Bandar raya Kuala Lumpur yang terletak di Lembah
Klang menjadi pusat kegiatan ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.
Berbagai-bagai peluang perniagaan tersedia di sini, daripada perniagaan di gerai makan
sehinggalah perniagaan bertaraf dunia. Pusat jualan peralatan dan aksesori komputer, perniagaan
hartanah, saham dan pelbagai perniagaan lain terdapat di ibu kota. Gedung perniagaan bertaraf
dunia juga ada di sini. Sesiapa yang tidak biasa mungkin boleh tersesat di dalam gedung yang
besar dan mewah itu.
Selain itu, ibu kota Kuala Lumpur juga menjadi pusat seni dan budaya negara kita.
Persembahan kebudayaan seperti teater bertaraf dunia sering kali diadakan di Istana Budaya,
Dewan Pleno di Menara Berkembar Petronas dan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia
Putra. Persembahan pentas terbuka seperti Citrawarna pula diadakan di Dataran Merdeka.
11 Bandar raya Kuala Lumpur menjadi pusat kegiatan ekonomi, kebudayaan dan
pendidikan
________________ .
[1 markah]
Dataran Merdeka .
Persembahan pentas terbuka seperti Citrawarna diadakan di __________________
[1 markah]
13 Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat perintah yang paling sesuai berpandukan gambar.
[1 markah]
14 Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Dhila tutup televisyen dan pendingin hawa itu sebelum kamu tidur,” pesan emak.
Emak menegur Dhila supaya menutup televisyen dan pendingin hawa sebelum
tidur.
Emak berpesan kepada Dhila supaya menutup televisyen dan pendingin hawa
sebelum tidur.
√
[1 markah]
15 Tandakan ( √ ) jenis peribahasa yang paling sesuai berpandukan gambar yang diberikan.
(i)
Rajin seperti semut
Bidalan
Perumpamaan
Bandingan semacam √
[1 markah]
Soalan 16
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi dan
maklumat tersebut.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat yang
lengkap.
Pada pendapat saya, buah-buahan mengandungi kandungan gizi (zat makanan), vitamin serta
mineral yang amat baik sekali untuk kesihatan tubuh kita. Khasiat buah-buahan ini juga boleh
menjana perkembangan badan yang cergas serta otak yang cerdas.
[5 markah]
Soalan 17
Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan amalan baik dalam kalangan masyarakat.
Tulis rumusan kamu tentang amalan berbudi bahasa dan bersopan santun itu.
Jawapan rumusan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.
Rumusan saya ialah kita mesti mengamalkan amalan baik seperti bersopan santun dan
berbudi bahasa. Misalnya, anak bersalam-salaman dengan ibu bapa mereka untuk memohon
restu sebelum pergi ke sekolah merupakan amalan yang sangat baik. Selain itu, nilai murni
tersohor apabila yang muda menghormati yang tua dengan memberikan tempat duduk
kepada warga emas ketika berada di dalam bas. Akhir sekali, kita mestilah rajin menolong
ibu bapa membuat kerja rumah seperti menyiram pokok bunga agar dapat meringankan
beban kerja mereka di rumah.
.
Soalan 18
Teliti bahan grafik yang telah disediakan di bawah ini. Kemudian tulis karangan berdasarkan
bahan grafik tersebut.
Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Persatuan penduduk di tempat kamu tinggal menjalankan aktiviti amal iaitu gotong-royong bagi
membersihkan dan menceriakan persekitaran kampung. Kamu sama-sama terlibat menjayakan
aktiviti gotong-royong itu bersama-sama penduduk setempat.
Tulis pengalaman kamu semasa menyertai aktiviti gotong-royong tersebut.
Tepat pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampung sudah mula berkumpul
di luar balai raya. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pungkis. Peralatan ini akan
digunakan untuk menjayakan aktiviti Gotong-royong Perdana sekali gus menyahut kempen
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mencegah wabak demam denggi menular dalam
kalangan masyarakat.
Kami telah diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Antara kawasan yang akan
dibersihkan termasuklah tapak pasar malam, surau, balai raya dan kawasan longkang dan
parit. Tujuannya pengagihan kumpulan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan
dijalankan dan proses pembersihan dapat dijalankan dengan lebih teratur.
Pada masa yang sama, kaum ibu dan kaum wanita sibuk menyediakan makanan serta
minuman di perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah telah disediakan. Mereka bersatu
hati menjayakan program gotong-royong ini dengan perasaan muhibah dan setia kawan.
Kira-kira pada pukul 11:45 pagi, semua kerja pembersihan dapat diselesaikan dengan
sempurna. Semua petugas dan sukarelawan berkumpul semula di balai raya untuk menikmati
juadah makan tengah hari yang disediakan. Walaupun tampak letih, peserta gotong-royong
berasa amat gembira kerana persekitaran kampung menjadi bersih dan ceria.
Program gotong-royong merupakan aktiviti kemasyarakatan yang boleh menjalin ikatan
silaturahim penduduk setempat. Seterusnya, penerapan nilai murni juga dapat dipraktikkan di
samping semangat kejiranan dalam kalangan penduduk juga dapat dimantapkan lagi.