Anda di halaman 1dari 11

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 6 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit
 
Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5  
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5  
C 1 10  
D 1 20  
Jumlah 50  

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Hampir ____________ kawasan Kampung Paya dinaiki air selepas hujan turun dengan
lebatnya selama tiga jam.
A segala
B seluruh
 
C segelintir
D sebilangan

2 Suasana kelas Ahmad ceria dengan gelak ketawa rakan-rakannya kerana dia seorang
yang sangat ____________.
A jenaka
B ramah
 
C mesra
D kelakar

Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A Pegawai itu dipuji di atas tugasnya yang sangat cemerlang.
B Mereka akan balik kampung sehari sebelum menjelang hari raya puasa.
 
C Penduduk kampung itu menceritakan tentang kejadian ribut yang berlaku tadi.
D Pada hari ini, kakak akan menghadiri sesi temu duga di sebuah agensi periklanan.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Unit Kebudayaan Taman Rompin Makmur telah menganjurkan persembahan tradisional


iaitu wayang kulit, zapin, makyung dan kuda kepang. Sarah, Dewi dan Mei Ling hanya
sempat menonton persembahan wayang kulit, zapin dan makyung di balai raya.

            Wayang kulit merupakan salah satu seni tradisional yang masih diminati oleh rakyat
Malaysia. Wayang kulit sangat terkenal di negeri Kelantan dan Terengganu. Selain wayang
kulit, persembahan makyung dan zapin juga masih dipergiatkan sehingga kini sebagai
warisan untuk  generasi akan datang.

4 Siapakah yang menganjurkan persembahan wayang kulit?


A Unit Kebudayaan Kelantan
B Unit Kebudayaan Terengganu
 
C Unit Kebudayaan Taman Makmur
D Unit Kebudayaan Taman Rompin Makmur

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Wayang kulit akan dipersembahkan di balai raya.
B Seni tradisional ini telah pupus dan tidak dipedulikan lagi.       
 
C Sarah dan Mei Ling ingin menyaksikan persembahan makyung.
D Wayang kulit hanya diminati oleh penduduk Taman Rompin Makmur.

6 Berikut ialah seni tradisional yang ditonton oleh Sarah, Dewi dan Mei Ling berdasarkan
petikan kecuali
A zapin.
B makyung.
 
C wayang kulit.
D kuda kepang.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

BAHAN 2

Kakandaku,

          Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk menceritakan tentang aktiviti
terkini adinda. Tidak lama lagi, adinda akan menyertai pertandingan inovasi di
sekolah. Adinda berharap agar kakanda dapat memberikan idea yang bernas untuk
menghasilkan satu inovasi yang baik. Ayahanda dan bonda juga telah berjanji
untuk membantu adinda nanti. Adinda diberi masa selama sebulan untuk
menyiapkan inovasi tersebut.

          Sekian dahulu buat kali ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi.

                                                                                                                Yang benar,

                                                                                                                  Siti Hajar

TERHAD
011
TERHAD 5 011

7 Borang penyertaan pertandingan boleh didapati daripada


A guru kelas.
B guru inovasi.
 
C ahli kumpulan.
D ahli panitia.

8
Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk menceritakan tentang aktiviti
terkini adinda.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A patah.
B pucuk.
 
C bidang.
D rangkap.

9 Perkataan tujuan dalam Bahan 1 dan Bahan 2  boleh digantikan dengan


A galakan.
B sokongan.
 
C cadangan.
D matlamat.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Para peserta berjanji membantu adinda.
B Kakanda ialah ahli Panitia Sains SK Jenin.
 
C Siti Hajar akan menyertai pertandingan inovasi.
D Ayahanda dan bonda menyertai kategori kumpulan.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Setiap kali cuti persekolahan bermula, Adira akan meringankan beban ibu dan
ayahnya di rumah. Setiap pagi, Adira akan membantu ibunya mengemas rumah
dan memasak.

     Jika ada masa terluang, Adira akan menolong ayahnya menjual pisang goreng
di gerai mereka. Pada waktu malam pula,  Adira akan menyiapkan kerja-kerja
sekolah yang diberikan oleh gurunya.

     Adira bersyukur kerana dapat berbakti kepada ibu dan ayahnya.

1 (a) Adira akan menolong ibunya melakukan kerja-kerja ____________. 


[1 markah]

(b) Bilakah Adira akan membantu ayahnya berniaga?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Pada waktu malam pula,  Adira akan menyiapkan kerja-kerja sekolah yang
diberikan oleh gurunya.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan (√ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Adira  akan meringankan beban ibu dan ayahnya di rumah.

Beban ibu dan ayahnya di rumah akan diringankan oleh Adira.

Ibu dan ayahnya akan meringankan beban Adira di rumah.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 7 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah, Aufa berasa sangat dahaga. Dia
singgah di sebuah kedai untuk membeli minuman. Di situ, dia melihat ada dua
pilihan air sahaja iaitu air mineral dan jus buah-buahan. 

Sebagai seorang murid yang menjaga kesihatan diri, apakah minuman yang akan kamu
pilih?
 

 
[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan aktiviti menyiapkan bahan masakan bersama-sama keluarga.

Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan-kebaikan aktiviti yang dilakukan keluarga


tersebut.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

PENJAGAAN KESIHATAN MATA

TERHAD
011
TERHAD 10 011

TERHAD
011
TERHAD 11 011

[20 markah]

TERHAD
011

Anda mungkin juga menyukai