Anda di halaman 1dari 8

JOM BELAJAR BAHASA MELAYU TAHUN 6 SJK

TEMA 3: KESELAMATAN
UNIT 7: JAGA
DIRI SELALU
BUKU TEKS BAHASA MELAYU SJK TAHUN 6 (M/S: 44)
Standard Kandungan:

1.3 Bercerita, dan menceritakan


perkara yang didengar, ditonton dan
dibaca dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
Standard Pembelajaran:

1.3.1 Bercerita dengan sebutan


yang betul, intonasi, gaya dan
ekspresi yang sesuai.
Objektif Pembelajaran:

Dapat mempersembahkan
cerita dengan sebutan yang
betul, intonasi, gaya dan
ekspresi yang sesuai.
Salam sejahtera, kawan-kawan. Pada pagi ini, saya
Azli ingin bercerita tentang Kem Jaya Diri yang saya
hadiri pada minggu lepas. Pada hari pertama,
peserta Kem Jaya Diri bergerak secara
berkumpulan. Mereka membuat latihan membaca
peta. Mereka menggunakan kompas dan belajar
cara menyelamatkan diri jika tersesat semasa
meredah hutan.
Seterusnya, peserta menaiki menara untuk
aktiviti lucur keluang. Mereka melakukan aktiviti
itu secara individu. Mereka bergayut dari atas bukit
lalu meluncur turun melintasi tasik. Semua peserta
memakai tali pinggang kerana aspek keselamatan
diutamakan.
Azli Selepas itu, mereka mendirikan khemah secara
berpasangan. Pada waktu malam, mereka
mengadakan aktiviti sesi burung hantu. Peserta
menggunakan isyarat bunyi apabila panduan
keselamatan diberikan.
Keesokan harinya, mereka mengadakan aktiviti
bantuan pernafasan. Latihan intensif itu diadakan
untuk melatih peserta agar dapat menyelamatkan
diri semasa lemas. Mereka melihat demonstrasi
yang dilakukan oleh guru. Guru mengajar mereka
cara untuk melakukan bantuan pernafasan.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai