Umur : 6 tahun.
Tunjang disepadukan :
( BM 1.1.13 ) mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan, cerita, dan lagu.
iii. menyanyi dengan gerakan berdasarkan lagu seperti berjalan seperti gajah,
berlari seperti serigala, singa, dan harimau seperti bergayut seperti monyet...
Alat Bantu Mengajar : Kad imbasan, LCD, laptop, topeng, dan kotak, patung haiwan liar.
Rancangan Mengajar
Masa
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Catatan
Set induksi
( 5 minit )
- Guru masuk ke dalam kelas sambil memakai topeng haiwan liar dan membawa sebuah kotak.
- Guru bertanyakan kepada murid apa yang mereka tahu tentang haiwan liar.
- Guru menerangkan tentang haiwan liar berdasarkan alat bantu mengajar yang di bawa.
- Murid menjawab dengan pelbagai jawapan tentang haiwan liar dengan keadaan yang teruja.
- Murid mendengar penerangan guru tentang haiwan liar dengan penuh perhatian.
Objektif: -
Penerapan nilai : -
KBKK : -
MI : intrapersonal.
Langkah 1
( 15 minit )
- Guru mengeluarkan kad imbasan dan meminta murid mengejaan menyebut nama-nama
haiwan tersebut.
- Kemudian, guru memilih murid secara rawak dan meminta mereka memadankan gambar dan
nama haiwan yang di letakkan di papan putih.
- Guru meminta murid berdiri di tempat masing-masing untuk aktiviti nyanyian tentang haiwan
liar sambil melakukan beberapa pergerakkan tentang haiwan tersebut yang tertera pada LCD.
- Murid memadankan gambar dan nama seperti yang diminta oleh guru dengan perasaan yang
teruja.
- Murid mendengar arahan guru dan melakukan aktiviti tersebut dengan perasaan yang
seronok dan gembira.
Objektif :
( i ) ( iii ) ( iv )
Langkah 2
(20 minit )
- Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai seekor
haiwan liar yang telah mereka pelajari dan guru meminta seorang wakil dari setiap kumpulan
tersebut ke hadapan.
- Guru meminta wakil-wakit tersebut untuk memilih salah satu daripada sampul surat yang
bewarna yang berada di tangan guru dan meminta mereka merahsiakan daripada rakan mereka
haiwan apakah yang mereka dapat.
- Guru meminta ahli kumpulan lain duduk di tempat masing-masing, dan meminta setiap wakil
daripada kumpulan untuk membuat pergerakkan dan suara haiwan yang mereka pilih, dan meminta
rakan mereka yang lain untuk meneka apakah haiwan tersebut.
- Setelah selesai, guru meminta murid duduk di tempat masing-masing dan guru memberikan
lembaran kerja. Guru meminta murid untuk memadankan dan mengisi tempat kosong dengan nama
yang sesuai dengan haiwan yang telah mereka pelajari sambil memberikan bimbingan kepada murid
yang tidak tahu.
- Murid bergerak membentuk 5 buah kumpulan dan wakil daripada kumpulan tersebut ke
hadapan seperti yang di minta oleh guru.
- Murid memilih sampul surat yang berda di tangan guru dengan perasaan teruja.
- Murid mendengar dan mengikut arahan seperti yang diminta oleh guru, dan melakukan
aktiviti tersebut dengan perasaan gembira.
- Murid meminta guru menunjukkan nama haiwan yang mereka tidak tahu.
Objektif :
( ii ) ( iii ) ( iv )
KBKK : menghubungkaitkan.
Penutup
( 5 minit )
- Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang telah mereka pelajari pada hari ini.
- Guru meminta murid menamakan semula haiwan liar dan suara mereka yang ditunjukkan oleh
guru melalui kad imbasan.
- Guru meminta murid berdiri dan menyanyikan semula lagu yang telah dipelajari iaitu tentang
haiwan liar bersama-sama.
- Murid menjawab dengan penuh semangat tentang apa yang telah mereka pelajari pada hari
ini iaitu tentang haiwan liar.
- Murid menamakan semula haiwan liar dan suara mereka seperti yang diminta oleh guru.
Objektif :
( i ) ( ii ) ( iii ) ( iv )
Impak : Secara keseluruhannya, sebahagian besar orang murid telah dapat mencapai objektif
pembelajaran dan pengajaran pada hari ini iaitu tentang haiwan liar. Cara pengajaran penggunaan
alat bantu mengajar ( ABM ), adalah penting untuk murid-murid, misalnya penggunaan bahan
maujud supaya murid akan lebih faham tentang P&P selain daripada membuat latihan. Oleh itu,
guru perlu meningkatkan kepelbagaian teknik dan kaedah pengajaran agar murid-murid lebih faham
tentang apa yang diajar oleh guru.
Lagu : mana jari saya
Aumm..aumm…aummm..aumm..aummm..aumm
Dumm…dumm..dumm..dumm..dumm..dumm..
Grrr…grr…grr…grr..grr…grr….
Uuk..ukk..uuk..uuk..uuk…uuk…
Wuff..wuff..wuff..wuff..wuff..wuff….
Nama :
Tarikh :
Hari :