Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Era modenisasi berlaku secara global di seluruh dunia. Lonjakan perkembangan


teknologi yang canggih berlaku tanpa sesiapa pun yang boleh menyekatnya. Perubahan ini
telah menuntut manusia untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai aspek kehidupan
dengan sebaik-baiknya. Mereka yang cepat dan dapat menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku tidak akan memberi apa-apa kesan dalam menjalani kehidupan
sehari-hari. Bagi mereka yang lambat atau tidak dapat menyesuaikan diri akan menghadapi
masalah dalam kehidupan.

Selain itu juga, masalah yang dihadapi oleh manusia adalah berbeza-beza dalam
bentuk pelbagai. Tahap masalah yang dihadapi juga berbeza sama. Masalah sosial
mempunyai kaitan dengan keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Isu moral
dan nilai semakin terjejas dan menjadi perdebatan di kalangan masyarakat kesan daripada
proses pemodenisasi. Nilai–nilai murni semakin tidak diendahkan. Ikatan keluarga juga
menjadi semakin longgar dan sifat individualistik semakin kuat. Peranan ahli masyarakat
dalam konteks semangat kekitaan semakin pudar dan menghilang.

Kanak-kanak adalah golongan yang terlibat dalam proses peralihan zaman kanak-
kanak kepada alam dewasa. Ketika melalui zaman ini kanak-kanak masih mencari untuk
membentuk indentiti diri. Pada masa yang sama mereka menghadapi cabaran dalam
perubahan dunia yang semakin canggih. Erik Erikson (1981) telah memperkenalkan teori
Perkembangan Psikososial Erikson. Teori ini menjelaskan bahawa perkembangan sosial
manusia adalah satu siri perkembangan yang mengandungi kecenderungan atau penuh
konflik. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ditawarkan di sekolah-sekolah khususnya
untuk memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berada di sekolah. Perkhidmatan
ini menjadi satu keperluan untuk membantu kanak-kanak mengikuti proses sosialisasi dan
mempelajari sistem kehidupan orang dewasa. Kepelbagaian sistem nilai dan budaya dari
kepelabagaian sistem kepercayaan dan nilai mampu menjadikan kehidupan kanak-kanak
bertambah rumit.

Kanak-kanak memerlukan bantuan guru untuk memperolehi kemahiran bersosialisi


apabila berinteraksi dengan orang lain. Kemahiran ini akan membantu kanak-kanak
melakukan penyesuaian berhadapan dengan persekitaran kehidupan yang sebenar.
Komunikasi dan bertingkah laku kanak-kanak harus boleh diterima oleh rakan-rakannya. Ini
membolehkan kanak-kanak menjalani kehidupan dengan selesa. Justeru sebagai guru
biasa, peranan dan tanggungjawab guru adalah untuk membimbing dan membantu dalam
aspek-aspek yang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai