Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 4 Ogos 2012


Kelas

: 1 Kasih

Masa

: 8.45 9.45 pagi

Tajuk

: Mengenal Abjad

Objektif

: Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat mengenal,


menyebut dan mengecam abjad yang ditunjukkan.

Langkah-langkah Pengajaran :
Set induksi :
1. Guru memperkenalkan kesemua 26 abjad A hingga Z kepada murid
menggunakan kad abjad yang menarik.

Langkah 1 :
1. Guru meminta murid menyebut huruf abjad yang ditunjukkan dengan betul
dan jelas.
2. Murid diajar secara hafalan supaya mereka mengenal abjad a hingga z.
3. Murid diajar mengenal huruf kecil dan diikuti huruf besar.

Langkah 2 :
1. Guru mengajar murid menulis huruf kecil dan huruf besar.
2. Murid juga diperkenalkan padanan huruf-huruf yang telah ditunjukkan.
Langkah 3 :

1. Guru memperkenlkan kepada murid perkataan yang bermula dengan huruf


vokal seperti ayah, ibu dan ekor dan diikuti perkataan yang bermula dengan
huruf konsonan seperti bata, batu dan baju.

Langkah 4 :
1. Guru memperkenalkan perkaitan antara bunyi, huruf dan perkataan.
2. Murid difokuskan kepada aktiviti penghafalan abjad, pembentukan suku kata
dan mengeja perkataan.

Penutup :
1. Murid diuji kefahaman melalui mencari pasangan abjad kecil dan besar.
2. Murid membuat latihan berdasarkan lembaran kerja yang telah disediakan
oleh guru.

Bahan bantu mengajar : Kad abjad, slide powerpoint

Anda mungkin juga menyukai