Anda di halaman 1dari 2

Kata Sendi Nama 'Ke'

Dalam slaid ini terdapat penggunaan kata sendi nama


di, iaitu:
ManUnitednaikdipersadaligalagi,
Buangditongsampah.
Memanglah kata sendi nama di digunakan bagi
menunjukkan tempat. Ayat contoh:
- Dia tinggal di Geylang Serai.
- Pelajar itu duduk di dalam kelas.
- Bapa saya bekerja di syarikat perkapalan.
Namun begitu, tempat yang dinyatakan tidaklah
menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Bagi
menunjukkan arah atau tempat yang dituju seharusnya
kita menggunakan kata sendi nama ke. Ayat contoh:
- Kereta merah itu menuju ke bandar.
- Ibu saya baru pulang ke rumah.
- Kami akan melancong ke Indonesia.

Begitu juga dengan kata kerja naik, turun, terjun,


berpindah, berhijrah, masuk, pergi, menoleh,
mendongak, dan sebagainya diikuti dengana kata sendi
nama
ke.
Tajuk berita dan ayat suruhan di dalam slaid tersebut
hendaklah ditulis begini:
- Man United naik ke persada liga lagi,
- Buang ke tong sampah.

Anda mungkin juga menyukai