Anda di halaman 1dari 4

HARI KETIGA ( 3 JULAI 2013)

Pada awal pagi, aktiviti seperti persiapan diri dan senaman pagi dijalankan seperti biasa bersama-sama dengan semua unit beruniform yang lain. Selepas mengambil sarapan pagi, semua ahli KRS berhimpun untuk menaikkan bendera dan meneruskan aktiviti pada hari ini.

Aktiviti pertama pada hari ketiga ini ialah belajar membuat jerat, unggun api dan gajet. Kami semua ke tapak aktiviti iaitu kawasan hutan disebelah tapak perkhemahan. Kemahiran membuat jerat dan unggun api di ajar oleh Tuan Jontiri Koloiya dan Cik Hafiza Saad. Kami diajar membina jerat untuk menangkap haiwan di dalam hutan terutamanya haiwan yang boleh dimakan seperti ayam hutan. Kemahiran ini diajar supaya kami dapat menggunakannya apabila kami masuk ke hutan untuk mencari sumber makanan.

Selepas itu, kami juga diajar cara untuk membuat unggun api semasa di dalam hutan. Terdapat beberapa jenis unggun api yang boleh dibina. Selepas ditunjukkan caracara memasang jerat dan membuat unggun api, kami diminta memasang sendiri jerat kami dan membina unggun api kami dalam kumpulan masing-masing. Kumpulan kami berjaya menghidupkan unggun api tetapi perlu meminta bantuan dalam memasang jerat.

Kami juga telah membuat gajet menggunkan buluh. Kami membina dua jenis gajet iaitu tiang bendera dan rak. Tidak semua ahli terlibat secara langsung dalam pembinaan gajet namun kami semua bersama-sama dalam proses menyiapkan gajet tersebut.

Kami telah menggunakan masa selepas minum pagi untuk mempelajari pertolongan cemas. Kami telah diajar oleh jurulatih dari unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia. Kami diajar beberapa cara bantu mula dan ikatan anduh di tangan dan kepala. Kemahiran bantu mula ini sangat penting untuk dipelajari supaya dapat membantu kita mengendalikan kecemasan.

Pada waktu petang kami berpeluang untuk melakukan aktivti flying fox yang dikendalikan oleh pihak kawasan tapak perkhemahan. Setiap ahli berpeluang mengalami pengalaman yang sangat berharga ini. Walaupun menakutkan, ianya satu aktivti yang menyeronokkan. Waktu yang terluang pada waktu petang digunakan untuk berlatih untuk persembahan malam kebudayaan pada malam ini.

Malam kebudayaan bermula selepas sahaja selesai makan malam. Unit beruniform KRS merupakan unit yang pertama menpersembahkan persembahan kami. Kami telah melakukan persembahan Hakka pada malam itu. Semua ahli bekerjasama dan melakukan persembahan dengan penuh bersemangat. Kami dapat berhibur pada malam ini. Semua unit beruniform memberikan yang terbaik semasa melakukan persembahan.

HARI KEEMPAT ( 4 JULAI 2013)

Hari ini merupakan hari terakhir perkhemahan. Hari dimulakan dengan rutin biasa iaitu perhimpunan dan upacara menaikkan bendera bagi unit beruniform KRS. Terdapat satu aktiviti pada pagi ini iaitu rempuh halangan.

Aktiviti rempuh halangan ini dikendali oleh Tuan Shobry. Kami dikehendaki merempuh 20 halangan sepanjang perjalanan aktiviti ini. Halangan-halangannya sangat susah dan mencabar kekuatan fizikal dan mental. Walaupun begitu, dengan bantuan dan kerjasama daripada ahli pasukan, kami dapat merempuhi halangan yang disediakan. Namun begitu, secara individu, banyak halangan yang saya tidak dapat laksanakan kerana tidak berkemampuan.

Sesi refleksi keseluruhan bagi aktivit perkhemahan selama empat hari ini telah diadakan bersama semua jurulatih KRS yang turut bersama dalam perkhemahan ini. Beberapa ahli diberi peluang untuk meluahkan isi hati dan refleksinya mengenai perkhemahan ini.

Upacara penutupan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Mary Theresa Kinajil, pengarah IPG Kampus Kent. Penyampaian hadiah dan cenderahati telah dijalankan. Selepas upacara penutupan, upacara break camp telah diadakan dan kami menjalankan upacara menurunkan bendera untuk menandakan kami telah selesai menjalankan aktiviti di kawasan ini. Kami mengemas kawasan perkhemahan dan berangkat pulang ke kampus.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, aktiviti perkhemahan yang berjalan selama empat hari ini dapat dijalankan dengan lancar. Semua aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan baik. Semua ahli memberikan kerjasama yang baik dan komitmen dalan melakukan aktiviti. Semua aktiviti yang dijalankan sangat bermanfaat dan menyeronokkan. Kami dapat belajar dengan cara yang seronok. Segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi dalam perkhemahan ini akan digunakan sebaik mungkin dan diaplikasikan untuk kebaikan bersama. Aktivti ini sangat menyeronokkan walaupun memenatkan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat digunakan dalam kerjaya sebagai seorang guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai