Anda di halaman 1dari 10

Tajuk cerpen: Sedarkan Diri

Langit senja berselimut mendung tipis, tampak gerimis lembut yang

berjatuhan mulai lebat membasahi suasana senja yang masih belia. Suasana indah

di mana matahari mula menghilangkan diri dibalik garisan mengufuk langit tidak lagi

dihiraukan manusia-manusia di luar mahupun aku yang masih setia disisi keluarga.

Jika dihitung, genap empat hari sejak perbalahan kecil yang berlaku bertukar

menjadi rusuhan yang menggemparkan seantero dunia. Papan tanda yang

dipaparkan oleh perusuh-perusuh ditulis dengan pelbagai perkataan mogok yang

ingin disampaikan kepada Dia. Teriakan demi teriakan daripada mereka

memecahkan keheningan malam tanpa mempedulikan cuaca dingin yang mampu

membuatkan mereka jatuh sakit asalkan berjaya mengusulkan dan meluahkan

kemarahan mereka. Pihak media juga sedaya upaya menemu ramah dan merakam

aksi-aksi rakus manusia separa waras yang sudah tidak dapat dibendung lagi dan

mula menguar- uarkannya di sosial media dan televisyen untuk tontonan ramai.

Kegelisahan dan ketakutan secara tidak asing menyelubungi perasaan

orang ramai di setiap peringkat usia. Kaca yang bertaburan diselaputi darah di atas

jalan raya dan kerosakan lain yang berlaku sedikit sebanyak merugikan setiap pihak

yang hanya mampu dikeluh oleh pihak atasan dan pegawai awam. Walaupun sukar,

mereka terpaksa juga berhadapan dan berurusan dengan mereka-mereka yang

delinkuen sehingga membahayakan nyawa orang lain. Aku dan keluarga hanya

mampu berdoa dan bertawakkal agar bencana yang melanda secara tiba-tiba ini

lenyap dengan aman, walaupun keyakinan tentang keadaan kembali normal kini

pudar kerana situasi sekarang seperti tidak bernoktah. Sebaliknya, satu perkara
yang aku sangat yakin ialah Dia merupakan dalang di sebalik kejadian epik yang

sedang berlaku sekarang. Sedang aku menonton berita yang turut menyoroti isu

hangat di televisyen ruang tamu, telefon bimbitku berdering meminta untuk dijawab.

“Baiklah, aku akan segera ke sana sekarang,” jawabku sambil melihat ke arah jam

dinding yang mula menunjukkan pukul 10.39 malam.

Pagi itu, aku seperti hari-hari nyaman sebelumnya sudah bersiap-siap

untuk berangkat ke kerja. Setelah menghantar anakku ke sekolah menengah yang

terletak 10 minit dari rumah, aku memandu ke pejabat untuk memulakan hari

sebagai seorang jurutera telekomunikasi. Aku Muhammad Syamsul Bin Zahirul

berperanan sebagai seorang suami kepada seorang isteri dan dua orang anak lelaki.

Aku mula menceburkan diri dalam syarikat telekomunikasi, IT&T yang berpangkalan

di Kuala Lumpur, Malaysia setelah mendapat diploma dalam jurusan kejuruteraan

komputer. Pada zaman milenia ini, tidak dapat dinafikan bahawa manusia dan

internet adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Setelah bencana virus

COVID-19 yang merebak hampir ke seluruh dunia kira-kira dua tahun lalu, internet

lebih kerap digunakan masyarakat sejagat. Hal ini kerana, sejak bermulanya

pelaksanaan perintah kawalan pergerakkan yang berlaku hampir 6 bulan,

kebanyakkan pelajar dan guru terpaksa melakukan kelas di atas talian

bersumberkan aplikasi-aplikasi yang telah direka sesuai dengan penggunaan harian

mereka. Begitu juga dengan siswazah- siswazah yang perlu menghantar tugasan

kepada para pensyarah serta menjawab peperiksaan di atas talian.

Namun yang demikian, tidak semua orang yang untung sabut atas kejadian

tersebut. Kami sebagai para jurutera telekomunikasi telah menerima banyak aduan
tentang isu kekurangan dari segi kelajuan internet yang dihadapi masyarakat

sehingga menjadi polemik negara. Rentetan itu, pada tanggal 30 Mei 2022, ketua

syarikat eksekutif kami iaitu Encik Bakar telah mengorak langkah proaktif dengan

memperkenalkan ciptaannya “Internet 5G ti” kepada kakitangan dan para

pekerjanya. Kami dikerah untuk melakukan pelbagai prosedur penting dalam

menjayakan projek tersebut yang dikatakan bakal mengubah dunia. Sebagai

seorang jurutera telekomunikasi serta pembantu peribadi kepada Encik Bakar, aku

mula mengatur dan menyusun pertemuan beliau dengan pihak-pihak atasan.

Timbunan kertas di atas meja pejabatku sunguh menyerabutkan pandangan dan

memaksaku untuk merapikannya. Tiba-tiba, sehelai kertas diterbangkan ke lantai

dek pendingin hawa. Tanpa aku sedari kertas tersebut merupakan kontrak perjanjian

yang perlu ditandatangani Encik Bakar sebelum mesyuarat penting bersama penaja

dan pihak kerajaan pada hari esok.

Aku menuju ke pejabat beliau dengan tergesa-gesa untuk memastikan

kontrak tersebut diisi. Sepanjang perjalanan, kelihatan para pekerja tidak menang

tangan membawa kertas kerja, menulis serta memeriksa surat dan sebagainya. Aku

bangga dengan kegigihan mereka yang berusaha dalam mencari rezeki halal buat

keluarga tercinta. Hendak mengetuk dan memberi salam ke pintu kamar Encik

Bakar, aku terdengar suara beliau bercakap di telefon. “Jangan risau dan khuatir

tentang masalah tersebut. Aku akan melaksanakannya dengan hemat tanpa

pengetahuan sesiapa,” kata Encik Bakar kepada pemanggil tersebut dan diakhiri

dengan gelak tawa. Aku mulai berasa sangsi.

Keesokan harinya, aku bersama Encik Bakar sampai di sebuah hotel


bertaraf 5 bintang dengan menaiki sebuah kereta Honda milikku. Beliau kelihatan

sungguh segak dengan mengenakan tali leher hitam yang sesuai dengan kotnya

yang berwarna biru gelap. Tepat jam 10.30 pagi, tetamu yang ditunggu-tunggu telah

tiba. Kami menyambut mereka dengan senyuman serta sapaan mesra dan duduk di

sebuah bilik yang ditempah khas untuk acara tersebut.

“Bagaimanakah dengan keputusan tuan tentang projek Internet 5G ti yang

telah kami usulkan beberapa hari lalu?,” kata Encik Bakar kepada seorang penaja

yang sudi membantu kami. Mereka mula menunjukkan minat dengan bertanya

tentang cara teknologi tersebut berfungsi. “Internet 5G ti merupakan rangkaian

internet tanpa wayar yang direka khas untuk kegunaan umum. Sebuah mikrocip

khusus telah kami letakkan ke dalam fon telinga yang berteknologi tinggi. Mikrocip

tersebut mampu menyambungkan saraf otak dan retina kepada rangkaian internet

tanpa membahayakan sesiapa. Setelah membuat kajian dengan lebih lanjut, kami

dapati bahawa pengguna mampu mengakses internet tanpa sebarang gangguan

dan kekurangan kerana rangkaian tersebut dikawal oleh minda pengguna itu sendiri.

Bukankah hal ini mampu mengatasi kelajuan internet 4G yang sudah lama ditelan

dek zaman atas dasar kelambatan rangkaiannya disambungkan? Saya pasti

pengguna di luar sana tertunggu-tunggu pihak kami melakukan perubahan besar

dalam sains dan teknologi Malaysia sejak mencecah tahun 2020,” hujah Encik bakar

dengan penuh karisma.

Usai menerangkan dan membicarakan selanjutnya tentang projek kami,

akhirnya kedua-dua pihak kerajaan dan penaja setuju sebulat suara untuk
membantu mengembangkan projek ini dengan harapan mampu mengubah nasib

rakyat Malaysia. Selanjutnya, pihak kerajaan juga akan mengumumkan percubaan

penggunaan internet secara percuma kepada rakyat pada akhir hujung minggu ini.

Kami menangguh mesyuarat tersebut dan bersurai dengan senyuman manis yang

terukir di wajah Encik Bakar kerana cita-citanya yang bakal diaspirasikan.

Sejujurnya, aku berasa pusang hati dengan tindak-tanduk Encik Bakar yang sudah

lama aku perhati sejak pengenalan kepada Internet 5G ti ini.

Hari minggu merupakan hari di mana aku dapat membebaskan diri dari

penjara duniawi dan berlibur bersama kawan-kawanku. Sedikit sebanyak ianya

membantu untuk mengurangkan stress apabila di tempat kerja lebih-lebih lagi

apabila kemunculan projek mega yang terpaksa ku urus sama ada di tempat kerja

mahupun di rumah. Seperti biasa, aku, Roslan dan Hamid pergi menaiki keretaku

ke sebuah kedai mamak untuk makan tengah hari. Lauk kari kambing, sepinggan

nasi putih dan air teh tarik sentiasa menjadi menu utama selama kami melepak

bersama. Akan tetapi perubahan demi perubahan berlaku, rakan-rakanku tidak

semesra dan seceria selalu bahkan masyarakat di sekelilingku juga bagai dipukau

oleh gajet elektronik sejak pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Masing-masing

khusyuk melihat skrin telefon dan mengimbas sesuatu dengan mata mereka. Aku

sungguh sedih melihat kejadian tersebut sebagaimana sudah tahu penghabisan

kisah internet ini.

Aku mula memikirkan dan mengenang kata-kata aneh daripada seorang

pegawai kerajaan ketika mesyuarat berlangsung. “Nampaknya rakyat semakin


tunduk kepada kita,” luahnya dengan nada bangga. Seakan sedar atas kesilapan

percakapannya, dia cuba mengalihkan perbincangan kami ke topik lain.

Beranggapan bahawa aku tersilap dengar, aku pun meneruskan perbincangan

dengan hati yang gusar. Apakah agenda sebenar mereka? Adakah betul firasat

buruk yang aku rasakan ini? Aku mencapai alatan ‘pukau’ di kanan meja dan

mendail nombor Puan Farrah. “Kita perlu mula untuk mengambil tindakan yang

sewajarnya,” kataku kepada Puan Farrah dengan penuh harapan.

Sosok tubuh manusia yang dikenali di seluruh dunia mula menampakkan

raut wajah mereka di khayalak ramai. Wakil duta dari setiap negara juga elok duduk

sebaris dengan tersusun dia atas pentas bagi memudahkan lensa-lensa kamera

menangkap gambar mereka. Sebuah bina yang tertulis “Perasmian Internet 5G it”

telah aku pastikan tergantung megah di pintu masuk dewan. Aku mula mengambil

tempat yang telah disediakan di bahagian kanan dewan setelah mendengar ucapan

kata alu- aluan oleh pengacara majlis. Dengan senyuman yang melebar, pengacara

majlis mula menjemput ketua syarikat eksekutif kami, Encik Bakar untuk naik ke

pentas dan mengumumkan pengenalan Internet 5G it secara rasmi kepada para

hadirin. “Dengan kod akses yang telah dinaik taraf anda boleh terus menggunakan

rangkaian kami tanpa sebarang masalah. Tambahan pula, syarikat kami juga telah

menubuhkan sebuah bandar metropolitan yang dibangunkan khas untuk internet ini

berdekatan Putrajaya. Marilah bersama-sama kita menyokong produk tempatan

dalan menjayakan Transformasi Nasional 2050,” ucap Encik Bakar dengan yakin

bersemangat disambut dengan tepukan yang gemuruh dan sorakan gembira para

hadirin. “Bagaimanakah dengan siasatan yang telah kau usahakan?,” kataku sebaik

sahaja melihat beliau, Encik Haziq yang menarikku keluar daripada dewan dengan
keadaan tergesa-gesa lalu masuk ke dalam kereta BMWnya dan membawaku

pergi.

“Mungkin kau tidak akan percaya dengan hujahku tetapi dengarkan dan

hadamkan sahaja terlebih dahulu,” kata Puan Farrah dengan nafas yang tercungap-

cungap bagai baru lepas dikejar anjing. Puan Farrah merupakan salah seorang

daripada wakil duta yang terlibat dalam pengusahaan projek Internet 5G ti ini. Selain

itu, dia juga merupakan salah seorang sahabat karibku suatu ketika dahulu.

Disebabkan oleh perasaan sangsi terhadap syarikat dan projek mega ini, aku

meminta bantuan beliau untuk mencari maklumat-maklumat rahsia yang disimpan

oleh pihak atasan untuk kepastian memandangkan beliau mempunyai ramai

kenalan-kenalan daripada pihak mereka. “Nampaknya firasat kau tentang mereka

kemungkinan besar adalah benar. Mereka sedang berusaha mendapatkan

sokongan yang mantap daripada ramai pihak untuk menutup agenda sebenar

mereka. Aku tidak lagi mendapat sebarang bukti yang kukuh bagi mendakwa

perbuatan mereka, malah kau sendiri perlu mencari puncanya di pejabat syarikat

kerana aku yakin kebanyakkan maklumat sulit ada di sana,.” terang beliau panjang

lebar.

Sebulan berlalu, aku masih tidak mendapat sebarang info penting

daripada Puan Farrah malahan aduan yang dibuat ke pihak Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM juga telah diambil enteng oleh pihak

mereka. Hal ini kerana mereka menganggap aduan tersebut langsung tidak masuk

akal sehingga mereka menyedarinya sendiri bahawa manusia di dalam negara ini
seperti sudah hilang kewarasan akal. Mereka mula bersikap agresif terhadap satu

sama lain sehingga menyebabkan keadaan darurat. Aku juga telah mengambil

langkah berjaga-jaga dengan memasang pelbagai peranti canggih di pejabat bagi

mengawal pergerakan Encik Bakar yang merupakan suspek utama kepada

kontroversi ini. Aku juga pernah cuba untuk memecah masuk pejabat beliau

malangnya tindakan beliau adalah lebih pantas kerana telah mengupah dua orang

pengawal peribadi sentiasa berjaga di hadapan kamar beliau. Aku hampir beputus

asa sehingga suatu malam aku mendapat panggilan telefon daripada Puan Farrah.

“Baiklah, aku akan segera ke sana sekarang,” jawabku sambil melihat ke arah jam

dinding yang mula menunjukkan pukul 10.39 malam.

Destinasi yang ditunjukkan oleh sistem navigasi di keretaku menuju ke

arah sebuah gudang lama yang terletak jauh dari petempatan. Aku mengomel dalam

hati tentang tempat pertemuan yang dipilih Puan Farrah. Beliau berkata bahawa dia

sudah mendapat bukti yang kukuh tentang kes tersebut setelah usaha kami selama

beberapa bulan. Suasana gelap dan menyeramkan menyebabkan bulu romaku naik

akibat refleks daripada perasaan takut. Sesudah aku mematikan enjin, tiba-tiba aku

menerima satu pukulan yang kuat dari belakang badanku. Aku mengerang kesakitan

dan akhirnya rebah ke tanah. Perkara terakhir yang aku ingat ialah seorang lelaki

yang bebadan tegap memikulku ke atas bahunya dan berjalan menuju ke dalam

gudang lama tersebut.


Gelap. Gudang itu sangat gelap sehingga tiada satu jalur cahaya yang

aku nampak. Sehingga aku terlanggar sebuah batu yang menyebabkan bunyi bising,

aku terdengar bisikan-bisikan suara yang datangnya dari dalam gudang tersebut.

“Akhirnya, kau bangun juga,” kata Dia sambil menyorotiku dengan lampu suluh dan

dengan ketakutan aku bertanya tentang identiti mereka. Sebaliknya, dia hanya

mengelak daripada menjawab soalanku dan berkata, “Kami sudah lama

memerhatikan gerak-geri kau selama ini. Mengapakah kau tidak boleh hanya akur

kepada kami seperti manusia-manusia lain di luar sana? Terima kasih kepada

mikrocip yang dicipta oleh tuanmu kerana sangat membantu kami dalam mengawal

minda manusia. Niat baikku hanyalah untuk meningkatkan kemampuan manusia

untuk berfikir dengan semaksimanya. Malangnya, sifat tamak dalam diri manusia

membuatkan aku ubah mikrocip tersebut supaya boleh merosakkan minda mereka

sehingga hilang kewarasan diri. Jadi sekarang kau sudah tahu terlalu banyak info

dan harus mati,” jelasnya dan diakhiri dengan gelak tawa.

Puan Farrah ialah Dia yang aku cari selama ini. Aku tidak menyangka

bahawa pelakunya berada dekat dengaku selama ini dan berasa kesal. Aku hanya

boleh berdoa kepada Yang Maha Esa agar permudahkan urusanku akan tetapi, Dia

telah menyiksa aku dengan ciptaan nya sendiri. Aku juga telah menjadi salah satu

daripada mereka di luar sana yang tiada kemampuan berfikir. Tanpa sedari, aku

telah menikam diri sendiri menggunakan di dalam gudang tersebut. Keadaan

menjadi samar-samar dan aku mendengar suara seorang perempuan.


“Syam, bangun syam! Hari sudah mahu masuk tengah hari dan kau masih

tidur di atas katilmu,” bebel ibuku. Ternyata mejaku yang dipenuhi set alatan canggih

untuk penstriman videoku semalam masih belum dikemas. Aku mengenang mimpi

panjang yang ku lalui sepanjang malam dengan teliti. Apakah mimpi tersebut mahu

mengajarkan aku sesuatu?

Irdina Natasya Binti Shamsullkaha

Anda mungkin juga menyukai