Anda di halaman 1dari 7

CERPEN AIR MATA DALANG (Rahimidin zahari)

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan Pak Yasok yang meminati wayang kulit. Pak Yasok
mempunyai 3 orang iaitu ustaz Sauki, Sulida dan Naemah. Pak Yasok merupakan tok
dalang wayang kulit. Dia juga pandai bermain beberapa alatan muzik dan pandai
membuat patung wayang kulit. Pak Yasok tinggal bersama isterinya iaitu Mak Esah
di kampungnya. Pak Yasok sangat terasa hati dengan kata-kata menantunya iaitu
Faezah. Menantunya tidak suka dengan pekerjaan yang dilakukan oleh Pak Yasok
dan menanggap pekerjaan Pak Yasok berdosa. Suatu hari Nora dari Kuala Lumpur
datang ke rumah Pak Yasok untuk mempelajari ilmu pendalangan bagi
melengkapkan kajiannya. Selama tiga bulan Nora belajar ilmu pedalangan dari Pak
Yasok. Setelah Nora benar-benar mewarisi ilmu pendalangan, Pak Yasok membuat
upacara memperlimaukan anak muridnya. Semua orang kampung termasuk ayah,
mak Nora dan anak-anak Pak Yasok datang melihat upacara tersebut.

TEMA

Tradisi wayang kulit semakin dipinggirkan masyarakat.

PERSOALAN

1. Persoalan tentang warisan wayang kulit yang semakin dipinggir.

Warisan wayang kulit semakin dipinggir. Sudah berpuluh murid Pak Yasok
mempelajari ilmu tersebut namun tiada sesiapa pun meneruskan tradisi tersebut.

2. Persoalan tentang kerinduan cucu terhadap datuk dan neneknya.

Cucu Pak Yasok selalu menelefon Pak Yasok dan Mak Esah bertanyakan tentang
kesihatan datuk dan nenek mereka.

3. Persoalan tentang kegigihan mencari rezeki.

Nora dari Kuala Lumpur gigih mempelajari ilmu pendalangan daripada Pak Yasok
selama 3 bulan.

GAYA BAHASA
1. Personafikasi

> Patung Bola yang garang dan jahat itu diangkatnya. (m/s 77)

> Matahari yang masih malu-malu itu memercikkan sinar cahaya kecil yang jatuh di
atas daun-daun yang masih lembap dan basah. (m/s 80)

2. Metafora

> Tangan tua Pak Yasok berhenti memahat, tiba-tiba air matanya berkaca. (m/s 77)

3. Sinkof

> Yang tak ada itulah, kita kena adakan, pak cik. (m/s 81)

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Pak Yasok

- Mempunyai 3 orang anak.

- Mahir dalam membuat patung wayang kulit.

- Meminati wayang kulit.

- Mudah terasa hati.

- Merupakan tok dalang wayang kulit.

- Mencari rezeki dengan menjadi pengukir patung wayang kulit dan menjadi tok
dalang.

- Peramah.

- Tidak kedekut ilmu.

2. Nora

- Tinggal dan belajar di Kuala Lumpur.


- Membuat kajian mengenai wayang kulit.

- Gigih menuntut ilmu.

- Belajar ilmu pedalangan daripada Pak Yasok.

- Pandai Menari.

- Rajin belajar ilmu pendalangan setiap hari.

3. Faezah

- Menantu kepada Pak Yasok.

- Isteri kepada Ustaz Sauki.

- Tidak suka anaknya menjadi tok dalang.

- Menganggap pekerjaan Pak Yasok berdosa.

- Malu dengan Pak Yasok.

PLOT

1. Permulaan

Pak Yasok merupakan tok dalang wayang kulit. Pak Yasok mempunyai 3 orang anak
iaitu ustaz Sauki, Sulida dan Naemah. Dia tinggal bersama dengan isterinya Mak
Esah di kampuang. Menantunya iaitu Faezah tidak menyukai anak-anaknya tinggal
bersama dengan Pak Yasok kerana dia tidak suka anaknya mengikuti jejak Pak Yasok
sebagai tok dalang.

2. Perkembangan

Pak Yasok pandai dalam mengukir patung wayang kulit dan bermain alatan muzik.
Antara alatan muzik yang Pak Yasok pandai bermain iaitu gendang ubi, gendang
anak, tetawak dan kesi. Pak Yasok akan memahat belulang patungnya di meja
kerjanya. Pak Yasok percaya kepada petua-petua pendalangan yang dipelajarinya
melalui guru wayangnya, iaitu Dalang Tok Ali.
3. Perumitan/ konflik

Pak Yasok amat terasa hati dengan kata-kata menantunya iaitu Faezah yang
mengatakan bahawa pekerjaan yang Pak Yasok buat berdosa. Pak Yasok amat
terasa dengan penghinaan tersebut menyebabkan Pak Yasok marah terhadap
menantunya. Faezah pula amat malu akan perbuatannya itu sehinggakan tiap kali
cuti dia tidak pernah pulang ke rumah mentuanya.

4. Klimaks

Nora dari Kuala Lumpur datang ke rumah Pak Yasok untuk menuntut ilmu
pendalangan bagi melengkapkan kajiannya. Selama 3 bulan Nora belajar segala
ilmu yang diperturunkan oleh Pak Yasok kepadanya.

5. Peleraian

Setelah 3 bulan Nora menuntut ilmu pendalangan tersebut, Pak Yasok membuat
malam memperlimaukan anak muridnya. Semua orang kampung hadir untuk
melihat sendiri upacara tersebut dilakukan termasuklah ibu bapa Nora. Anak-anak
Pak Yasok juga pulang ke kampung termasuklah menantu Faezah yang sesampainya
terus menyalami tangan Pak Yasok.

LATAR

Latar Tempat

- Di atas beranda rumah tua perabung lima

- Serambi rumah Pak Yasok

- Meja kerja Pak Yasok

- Bangsal wayang

- Halaman umah

Latar Masa
- Sewaktu hujan turun tanpa henti

- Selepas solat Isyak

- Sewaktu cuti

- Beberapa minit kemudian

-Setiap hari selama 3 bulan

- Malam memperlimau

Latar Masyarakat

- Masyarakat yang meminati wayang kulit

- Masyarakat kampung

- Masyarakat bandar

- Masyarakat yang menghormati orang tua

- Masyarakat yang mementingkan agama

TEKNIK PLOT

Pemerian

Hujan turun tanpa hentinya. Air mula berladung di mana-mana. Pak Yasok kesejukan
di atas beranda rumah tua perabung lima. Hujan terus turun dan turun tanpa ada
petanda akan berhenti.

Imbas kembali
Dia teringatkan kata-kata menantunya yang ustazah itu.

Ayah berhentilah buat kerja yang sia-sia ini, ayah. Patung wayang yang ayah buat
tu akan minda nyawa di akhirat kelak. Kerja ayah ini kerja dosa...

Monolog dalaman

Siapakah yamg ke mari dalam hujan-hujan begini? Berdetik di dalam hati kecil Pak
Yasok.

Monolog

Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku, bisik Pak Yasok.

Ah, lamunanku terlalu jauh, getus Pak Yasok.

Dialog

Nora nak jadi dalang?

Ya, kalau pak cik sanggup mengajarnya.

NILAI

1. Nasihat

2. Kasih sayang

3. Hormat menghormati

4. Berkongsi ilmu

MESEJ DAN PENGAJARAN

1. Kita hendaklah pandai menasihati orang lain agar tidak mengguriskan perasaan
mereka.
2. Kita mestilah gigih menuntut ilmu demi masa depan kita.

3. Kita mestilah mempunyai sifat kasih sayang terhadap ibu bapa.

4. Kita seharusnya berkongsi ilmu yang ada pada diri kepada orang lain.

Anda mungkin juga menyukai