Anda di halaman 1dari 5

Bahagian Satu

[40 markah]
Jawab semua soalan.
1.
Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.
(Dipetik
daripada Nilai Insan)
a) Nyatakan maksud puisi di atas.
b) Berikan gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas.
2.

(2 markah)
(2 markah)

Sebermula Si Jepun yang bertujuh itu pun terlalu amarah serta katanya,
Cih, tiada berbudi Melayu ini! Ia hendak menunjukkan beraninya kepadaku,
lalu ia menghunus pedangnya lalu diparangnya segala hulubalang yang di
hadapan itu. Maka gemparlah segala oban dan akum, aprak, amum-amum
pun habis berterjunan di balairung itu. Maka maksud Jepun itu hendak
membunuh Phrau Cau; Phrau cau itu pun segera masuk ke istana.
Berdasarkan peristiwa di atas apakah punca utama menyebabkan pendekar Jepun amarah
dan mengamuk di balairung istana.
(4 markah)

3.

Maka Laksamana pun beriwayatlah daripada pertamanya datang


kesudahannya. Maka raja dan segala pegawai pun hairan menengar dia. Maka
titah baginda, Adapun gajah yang besar ini kita namai Pudi Manikam dan
yang seekor ini Permata Sailan, Setelah sudah maka baginda pun berangkat
masuk ke dalam istana itu.
(

Berdasarkan peristiwa di atas, Hang Tuah telah di utus ke Siam untuk mendapatkan
gajah seperti permintaan Sultan Melaka, negeri apakah yang Hang Tuah pergi dan
berapa ekor gajah yang diminta oleh Sultan Melaka dengan raja negeri tersebut?
(4
markah)
4.

Berkali-kali resahnya disengat matahari


yang semakin lebar
di langit peradaban yang tak berpagar
(Dipetik daripada sajak Kubentang
Sehelai Peta)

a) Nyatakan persoalan yang terdapat dalam rangkap puisi di atas?


1

(2 markah)

b) Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas?


(2 markah)
BLACKWAY : Good God!
5. MAT PIAH : Nasib baik tak mencarut (Menenteramkan dirinya dan segera
tersenyum ramah sebaik-baik sahaja melihat BLACKWAY).
MAT PIAH : Yes, Sir, Trishaw; Sir?
BLACKWAY : Boleh bawa saya pergi jalan-jalan?
(Dipetik daripada drama Mat Piah dan
Mr. Blackway)
a) Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas?
(2 markah)
b) Dimanakah peristiwa ini berlaku dan kemanakah tempatBlackway ingin pergi? (2 markah)
6.

BLACKWAY : Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang Melayu. Pada semua orang Puloo
Pinang. Memang kami penipu, penindas, penyamun. Saya sendiri malu dengan apa-apa yang pernah
kami lakukan dulu. Memang kami bangsa kejam dan haloba. Apabila ingat semua hal yang pernah
saya lakukan dengan Light dulu, saya rasa macam mahu amuk!
(Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr.
Blackway)

a) Berikan empat perwatakan Blackway yang terdapat dalam petikan drama di atas.
(4 markah)
7. Berdasarkan Teks Kubentang Sehelai Peta yang telah anda pelajari dalam Antologi Teks
Kesusasteraan Melayu Moden, nyatakan :
a) Maksud drama?
(2 markah)
b) Nyatakan dua nilai yang anda pelajari dalam drama yang telah anda kaji?
(2
markah)
Aku mengambil sehelai kertas yang lain yang masih putih tanpa garis dan
dan
kugariskan
menjadi
bulatan
banyak-banyak:
8. warna
0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
000000000000000000

Berdasarkan petikan di atas kenapakah watak Aku melukis sedemikian? Nyatakan pendapat
anda berdasarkan anda pelajari?
(4 markah)
9.

Bertahun-tahun lamanya kami bekerja di Kawai Maru yang didaftarkan


di kobe. kapal raksasa itu milik Tuan Kawai. Dia telah menjadi nelayan sejak
berusia lima belas tahun. Dia lebih kenal ombak gelombang Jepun dari pesisir
Hokkaido hingga Pulau Parece Vela di selatan, daripada mengenal daratan.
karya Anwar Ridhwan)

(Dipetik daripada Novel Naratif Ogoshoto


(Dipetik
2

Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas.

(4 markah)

10. Berdasarkan novel yang anda kaji.


a) Nyatakan 4 nilai yang anda boleh contohi dari karya novel tersebut.

(4 markah)

Bahagian Dua
[60 markah]
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2
1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.

Kalau mengail ikan tenggiri,


Umpan di taut ikannya bilis;
Makanan baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya habis!

Hari Jumaat pergi memukat,


Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bukan membeli.

Air hangat air bertapis,


Tuangkan saya agak secawan;
Sayang sangat duitnya habis,
Kurang tenaga tidak melawan?

Empat lima kuda di medan,


Kuda tengkot ke depan juga;
Bukan panglima rupanya tuan,
Makanya takut masuk berniaga.

Pasang panjut keliling rumah,


Bunga api di tengah laman;
Bukan kedekut, bukannya lemah,
Cumanya hati belum berkenan.

Kuda tengkot menang berlumba,


Lompat bertangkup keempat kaki;
Mengapa takut masuk berniaga?
Kurangkah sanggup sifat lelaki.

Dari Medan ke Sibolga,


Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
Hati tak dapat dijual beli.

Penakut sungguh rupanya ikan,


Umpan di kail lari menerpi;
Kedekut sungguh tuan nak makan,
Makanan baik tidak terbeli!

Kalung Bunga, 2008


Dewan Bahasa dan Pustaka
a) Jelaskan tiga ciri pantun di atas.
b) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.
c) Cipta satu rangkap pantun enam kerat mengikut kreativiti anda.

(6 markah)
(6 markah)
(8 markah)

2. Berdasarkan Sastera Epik:


a) Jelaskan dua kehebatan Laksamana Hang Tuah yang terdapat dalam Sastera Epik Hang
Tuah Diutus ke Siam.
(8
markah)
b) Jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam sastera epic tersebut.
(8 markah)
c) Berdasarkan karya tersebut berapakah jumlah gajah yang diminta oleh Sultan Melaka dan
berapa ekor gajah yang diberikan oleh Phra Cau? Jelaskan.
(4 markah)
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4.
3. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
a) Jelaskan tema puisi di atas.

(4 markah)

b) Huraikan gambaran masyarakat yang terdapat dalam puisi di atas.


c) Nyatakan dua gaya Bahasa di atas berserta contoh.
markah)

(4markah)
(4

d) Cipta sebuah sajak bertemakan alam sekitar. Panjangnya sajak tersebut antara 12
hingga
15 baris
(8 markah)

4. Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway :


a) Jelaskan lima perwatakan Mat Piah.
b) Huraikan lima persoalan yang terdapat dalam drama ini.

(10 markah)
(10 markah)

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6.
5. Cerpen 00000000000, karya Shanon Ahmad memaparkan jati diri manusia yang lemah.
a) Nyatakan lima peristiwa yang menggambarkan sikap tersebut.
b) Berikan lima pengajaran yang kita perolehi daripada karya tersebut.

(10 markah)
(10 markah)

6. Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto, karya Anwar Ridhuan :


a) Huraikan lima persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang.
b) Terangkan lima citra masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang.

*******KERTAS SOALAN TAMAT*******

(10 markah)
(10 markah)

Anda mungkin juga menyukai