Anda di halaman 1dari 9

Bahagian Satu

(40 markah)
Jawab semua soalan.
Puisi A
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.
Lain ulu lain parang,
Lain dahulu lain sekarang.
.
(Dipetik daripada teks Nilai Insan)
1. (a) Nyatakan dua ciri puisi di atas.

2.

(4 markah)

Baginda Sang Nata mempunyai seorang putera bernama Raden Inu Kertapati.
Puteranda ini terkenal juga sebagai Raden Inu, Inu Bangsawan dan Raden Menteri.
Ia tidak mempunyai adik-beradik, baik lelaki mahupun perempuan.
(Dipetik daripada teks Nilai Insan dalam Sastera Panji Raden Puspa Kencana)

a) Berikan dua perwatakan Raden Inu Kertapati berdasarkan petikan di atas.


(4 markah)
3.
Maka pendekar Jepun itu pun turun ke tanah menghunus pedangnya seta dengan
amarahnya, beberapa dilarang oleh hulubalang siam tiada didengarnya. Phra Cau sendiri
lalu dilarangnya. Maka ia pun berseru-seru, katanya, Hai Melayu, turunlah engkau! Jika
tiada turun supaya kunaiki balairung kutendas kepalamu.
(Dipetik daripada teks Nilai Insan dalam Sastera Epik)
a) Nyatakan satu pengajaran berserta contoh dalam petikan prosa di atas. ( 4 markah)

4.

Cangkul menumpul di tangan


dan kemarau yang bersimpul di kepala
tetap dia turun meredah bendang
sebagai badang nusa
yang tak pernah lekang
(Dipetik daripada sajak Seorang Tua di Kaki Tamdun)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan unsur bunyi asonansi. Berikan contoh


penggunaan unsur bunyi asonansi berdasarkan petikan sajak di atas. (4 markah)

5.
DR. CHAN : Hai, Anna, Anna. Masih ada waktu Anna, jika engkau sabar
menghadapi dugaan ini.
ANNA

: Tak mungkin, doktor. Saya dah buat keputusan, saya mesti pergi dari
sini. Saya tak mahu terus menjadi korban dalam badai ini. Saya mahu
hidup bersama daddy, sebelum terlambat. Saya mahu menyambung
pelajaran di universiti yang terkandas di tengah jalan.
(Dipetik daripada drama Anna oleh Kemala)

a) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas.


(4 markah)
6.

BLACKWAY : Good heaven. Tempat ini dinamakan sempena nama Lord


Cornwallis. (Berkata kepada dirinya sendiri. Wajahnya menjadi
melankolik. Dia membongkokkan dirinya sedikit sebagai tanda
hormat kepada Fort Cornwallis. MAT PIAH hairan melihat
BLACKWAY).
(Dipetik daripada drama Anna oleh Kemala)
a) Berikan satu teknik penceritaan berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama
di atas.
(4 markah)

7.

Hanya gadis yang urat nadi terputus sahaja yang akan menolak cinta teruna
setampan Dr. Lokeman, sindir teman-teman.
Biarlah, aku tidak akan kempunan. Puncak cinta bukan pada tawaran harta.
Bukan pada paras rupa tetapi pada hati dan keserasian dalam ikatan.
(Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
oleh Fauziah Mohd Ismail)
a) Berikan dua gambaran masyarakat berdasarkan petikan di atas.

(4 markah)

Kehidupan di kampung terpencil ketika itu memang susah. Aku masih ingat
untuk tiba di jalan bertar kenalah menaiki basikal di atas batas yang lebar
merentas sawah sejauh kira-kira tiga kilometer. Kemudian ada empat kilometer
lagi untuk tiba ke sekolah.
(Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat
oleh Nazel Hashim Muhammad)
a) Nyatakan satu teknik penceritaan berserta contoh yang terdapat dalam petikan di atas.
(4 markah)

9.

Terus mendalamkan kolamnya beberapa hari kemudian, lelaki tua itu menduga
kedalamannya telah mencapai lima belas kaki. Semakin dalam, tanah semakin
lembut dan gembur. Tetapi belum ada sebarang tanda mata air. Dia harus menggali
lagi.
(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto bab Aisberg.
a) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan di atas.

(4 markah)

10.
Pertemuan dan makan malam itu berakhir satu jam kemudian.
Di mana bot saya? tanya Wakil kepada pemilik restoran.
Tuan tidak datang dengan bot. Pemandu dan kereta tuan ada di sana, jawab
pemilik restoran menuding ke arah sebuah kereta putih dalam bayang-bayang
pohon palma

(Di petik daripada novel Naratif Ogonshoto bab Jeneral)


a) Nyatakan latar tempat dan latar masa berdasarkan petikan.

(4 markah)

Bahagian Dua
(60 markah)
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.
1.

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Nilai Insan (Pantun Enam Kerat)
Bawa denak bersangkar rotan,
Di dalam semak sangkut di dahan,
Dahan sedepa tempat gantungan;
Nilai anak kerana ketaatan,
Nilai emak kerana asuhan,
Nilai bapa kerana tanggungan.
Menjelang senja ke kampung Panggas,
Mencari halia di dalam huma,
Untuk dicampurkan dalam adunan;
Nilai pekerja jalani tugas,
Nilai penyelia adil saksama,
Nilai majikan penuh keihsanan.
Pohon kuini di tepi pinggiran,
Tempat terkinja si anak rusa,
Pemburu mengepung sorak melolong;
Nilai penghuni mesra berjiran,
Nilai ketua bertimbang rasa,
Nilai sekampung tolong-menolong.
Hujan sereyat di tengah hari,
Menjemur lampin pinggir kawasan,
Baju kemeja dijemur sama;
Nilai rakyat beretika diri,
Nilai pemimpin ada wawasan,
Nilai raja berbudaya agama.

Abdul Halim R
Puisi Melayu Tradisional, 2012
Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

(a) Jelaskan empat ciri puisi di atas.

(8 markah)

(b) Nyatakan dua pengajaran berdasarkan puisi di atas.

(4 markah)

(c) Cipta dua rangkap pantun empat kerat bertemakan kerjasama.

(8 markah)

Berdasarkan cerita dalam Sastera Panji :


(a) Jelaskan empat latar masyarakat dalam cerita tersebut.

(8 markah)

(b) Huraikan tiga perwatakan Raden Puspa Kencana.

(12 markah)

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3atauSoalan 4
3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
WANITA DAN LAUT
Wanita ialah laut
Tenang bermandi cahaya siang
Sesekali menggempur ruang
Melambung perasaan.
Dan
Santun berteman kegelapan malam
Sesebenar memercik sinar
Mengayun dendam.
Dan
Indah bertentangan wajah
Kerap memeram, resah tersembunyi
Memerap misteri.
Wanita, laut itu indah
Bersuara lantang dalam bisu
Diam berkaca dalam bicara
Adakala tak tertafsir erti
Adakala gah mengulum gua sepi.
Dan
Asin dan tawarnya bertempat
Iltizamnya membara hakikat
Kasih setianya tak bertakah
Peribadi amanah, cendekia, berhemah.
Wanita, ibuku
Kakakku, nenekku dan aku
Anugerah-Nya yang istimewa amat

Untuk umat sejagat.


Mahaya Mohd. Yassin

3.

(a)

Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas

(4 markah)

(b) Jelaskan empat gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam sajak ini.
(8
markah)
(c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan jati diri remaja yang kental.
Bilangan baris sajak anda itu tidak kurang daripada 12 baris.

4.

(8 markah)

Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Mahizan Hussain:
(a) Huraikan empat perwatakan Mat Piah dalam drama tersebut.
(8 markah)
(b) Huraikan tiga persoalan dalam drama tersebut.

(12 markah)

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6
5. Berdasarkan Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah karya Fauziah Mohd Ismail;
a) Konflik merupakan satu teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang. Nyatakan
satu konflik yang terdapat dalam cerpen ini berserta contoh.
(4 markah)
b) Huraikan empat pengajaran yang cuba diketengahkan oleh pengarang melalui cerpen ini.
(8 markah)
c) Ayah adalah ketua yang memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga. Jelaskan
empat peranan seorang ayah untuk mewujudkan sebuah keluarga yang ideal.
(8
markah)

6. Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan:


a) Huraikan tema dalam novel ini.

(4 markah)

b) Berdasarkan contoh yang sesuai, jelaskan empat gambaran masyarakat dalam novel ini.
(8 markah)
c) Kekejaman dan penindasan terhadap pihak lain banyak diketengahkan dalam novel ini.
Buktikan pernyataan ini dengan mengemukakan empat contoh yang sesuai.
(8
markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai