Anda di halaman 1dari 20

2215

Kesusasteraan Melayu
2 jam
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
==================================
KERTAS MODUL 1
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

KESUSASTERAAN MELAYU
Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.
Jawab semua soalan Bahagian Satu.
Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C.
Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya terdapat
kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.
Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

[Lihat halaman sebelah]

SULIT

Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.
1

SYAIR BIDASARI
Menteri berjalan kuliling belukar,
Lalu bertemu pintunya pagar,
Dikunci dengan besi yang tegar,
Hendak dibuka terlalu sukar.
Dipetik daripada Nilai Insan
Berikan empat ciri syair yang terdapat dalam petikan di atas.

[4 markah]

2.

Maka surat itu pun dibaca oranglah. Setelah sudah, maka titah Phra Cau, Hai
Oya Bagelang, panggil mari utusan itu hampir kita ini ! Laksamana pun serta
menyembah. Maka titah Phra Cau, Hai Laksamana, jangankan empat ekor Raja
Melaka hendaklah gajah, jika empat puluh sekalipun kita beri! Maka sembah
Laksamana, Daulat tuanku. Maka Phra Cau pun hairan melihat sikap Laksamana
dan tahu berkata-kata cara Siam dengan fasih lidahnya dan manis suaranya,
Maka raja pun terlalu amat kurnia akan Laksamana dan dipersalin cara Siam.
Setelah itu maka Phra Cau pun berangkat masuk. Maka Laksamana dan Oya
Bagelang pun kembali.

Dipetik daripada Sastera Epik


Nyatakan dua kehebatan Laksamana berdasarkan petikan di atas.

[4 markah]

SULIT

3.

Maka kata budak miskin itu, Harap diampun Duli Tuanku Syah Alam, akan patik ini
orang yang hina miskin ini, patik pohonkan cincin tuanku yang di dalam mulut
tuanku serta patik haraplah sangat-sangat kepada tuanku.
Setelah raja naga itu mendengar kata anak miskin itu, maka datanglah belas
dalam hatinya akan budak itu seraya katanya, Baiklah, kerana engkau sudah
kuambil jadi cucu kepada aku dan jikalau lain daripada engkau tiadalah aku berikan
cincinku ini. Adapun akan gunanya cincin ini terlalulah amat kesaktiannya.

Dipetik daripada Sastera Hikayat


Berikan dua gambaran masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas.

[4 markah]

4.

Di atas meja cengal pusaka nenek


kubentang sehelai peta enam dekad
pada peta itu mengalir diriku
pada diriku terbit sebuah rakit
Di atas rakit itu kukayuh kenanganku
mudik ke hulu zaman kecilku
yang kuhabiskan di lumpur sawah
yang menyabarkanku di mata pancing
(Dipetik daripada Sajak Kubentang Sehelai Peta, T.Alias Taib)
Nyatakan satu gaya bahasa berserta contoh berdasarkan sajak di atas. [4 markah]

SULIT

5.
ANNA:

Engkau menyediakan aku penderitaan, Zaki. Aku meninggalkan


kebahagianku yang sebenar di England, meninggalkan daddy,
meninggalkan pengajianku. Kalau tidak, aku sekarang sudah menjadi
ahli ekonomi. Aku tinggalkan kampus universiti kerana engkau, Zaki. Tapi
rupa-rupanya engkau punya tanggungjawab yang besar dan penting
terhadap ibumu.

Dipetik daripada drama Anna oleh Kemala


Berdasarkan petikan di atas, jelaskan dua perwatakan Anna.

[4 markah]

BLACKWAY: Bukan. Sudah beratus tahun saya berasa bersalah atas penipuan
dan pengkhianatan yang saya dan Light lakukan terhadap Sultan
Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah dan orang Melayu. Saya malu
malu malu. What a shame! Nasib baik orang tak kenal sama saya.
Nama saya masih bersih, masih suci. Tak disenaraihitamkan
walaupun nama saya Blackway. Thank you, God!
Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway oleh Mahazan Husain
Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas.

[4 markah]

7.

Fik, ada tugasan untuk mu, ujar Ketua Pengarang.


Aku terima tanpa banyak soal. Ketika pesawat Singapore Airlines itu
mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi, aku mengucap syukur
berkali-kali. Aku belum bersedia untuk menjadi statistik mangsa kemalangan
udara seperti yang berlaku di Taiwan ketika pesawat dari syarikat penerbangan ini
meletup di landasan. Aku masih mahu mencari Rosa di apartmennya.
(Dipetik daripada cerpen Rindu Seorang Rafik
Oleh NisahHj. Haron)
Berikan satu teknik plot beserta contoh berdasarkan petikan cerpen di atas.[4 markah]

SULIT

8.

Sehingga aku bersekolah menengah rendah, Pak Mid masih meneruskan usahanya
menanam pokok-pokok hutan. Ada orang kata itu hobi Pak Mid. Tetapi kerap juga
aku dengar orang lain menyebut Pak Mid gila menanam pokok. Kesian aku
mendengarnya. Aku melihat Pak Mid seorang yang tekun, rajin, dan punya disiplin
tersendiri. Dia tidak banyak cakap. Sungguhpun dia tahu ramai yang memerlinya
dengan gelaran tidak baik itu, dia tetap tersenyum dan mesra apabila berbicara
dengan mereka.
(Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat
Oleh Nazel Hashim Mohamad)
Berdasarkan cerpen di atas, berikan dua perwatakan Pak Mid.

[4 markah]

9.

Pada hari dia mula mula menduduki rumah kecilnya di Ture dalam acara memuja
semangat rumah dia tutur mengundang beberapa orang kacuakan Jepun Futu
Ata, wartawan akhbar dan televisyen ,selain beberapa penduduk Ture yang
dipilihnya.
(Dipetik daripada Novel Naratif Ogonshoto)
Berdasarkan petikan di atas nyatakan satu persoalan beserta contoh .

[ 4 Markah]

10.

Satu satunya sekolah ,hanyalah sekolah dasar usang menghadap sungai


berlantai tanah. Hanya tiga puluh peratus pelajar Ture menyambung pelajaran di
sekolah menengah Runikita.

[ Dipetik daripada Novel Naratif Ogonshoto ]


Berdasarkan petikan di atas nyatakan satu latar masyarakat beserta contoh.
[4 Markah ]

SULIT

Bahagian Dua
[60 markah]
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.
1.

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.
Hari Jumaat pergi memukat
Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bukan membeli.
Empat lima kuda di medan,
Kuda tengkot ke depan juga;
Bukan panglima rupanya tuan,
Makanya takut masuk bemiaga.
Kuda tengkot menang berlumba,
Lompat bertangkup keempat kaki
Mengapa takut masuk berniaga?
Kurangkah sanggup sifat lelaki.
Penakut sungguh rupanya ikan,
Umpan di kail lari menepi;
Kedekut sungguh tuan nak makan,
Makanan baik tidak terbeli!
Kalau mengail ikan tenggiri,
Umpan di taut ikannya bilis;
Makanan baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya habis!
Air hangat air bertapis,

SULIT

Tuangkan saya agak secawan;


Sayang sangat duitnya habis,
Kurang tenaga tidak melawan?
Pasang panjut keliling rumah,
Bunga api di tengah laman;
Bukan kedekut, bukannya lemah,
Cumanya hati belum berkenan.
Dari Medan ke Sibolga,
Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
Hati tak dapat dijual beli.
Kalung Bunga, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka
(a) Huraikan maksud rangkap dua dan rangkap tiga pantun ini.

[4 markah]

(b) Berikan empat ciri pantun di atas.

[8 markah]

(c) Cipta dua rangkap pantun empat kerat bertemakan kasih sayang sesama manusia.
[8 markah]
2. Berdasarkan Sastera Panji di dalam teks Nilai Insan:
(a) Huraikan dua ciri Sastera Panji beserta contoh.

[4 markah]

(b) Jelaskan empat perwatakan Raden Puspa Kencana.

[8 markah]

(c) Berikan empat pengajaran yang terdapat dalam hikayat tersebut.

[6 markah]

SULIT

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3.

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan


berikutnya.

LIDAH ANAKKU BERBELANG-BELANG


hasil didikan serampang bermata dua
keliru menilai martabat bahasa ibunda
lidah anakku berbelang-belang
menyusun madah bercabang-cabang
memuja kuntuman tulip di taman seberang
melupakan haruman melur di laman
belakang
lidah anakku berbelang-belang
menyusun madah bercabang-cabang
mengidamkan anggur di ladang yang jauh
membiarkan rambutan layu tidak tersentuh
lidah anakku berbelang-belang
menyusun madah bercabang-cabang
ketagih karangan fantasi hebat Barat
enggan menelan tamsilan berseni hikayat
lidah anakku berbelang-belang
menyusun madah bercabang-cabang
teduh budi bahasa tiada lagi terasa
ditawan terik mentari langit terbuka
lidah anakku berbelang-belang
Abizai

(Teks Kubentang Sehelai Peta,)

(a) Nyatakan tema sajak di atas

[4 markah]

(b) Huraikan empat keindahan bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.
[8 markah]
(c) Cipta sebuah sajak bertemakan kekeluargaan tidak kurang daripada 12 baris.
[8 markah]
4. Berdasarkan drama Anna karya Kemala dalam antologi Kubentang Sehelai Peta:
(a) Nyatakan pemikiran dalam drama ini.

[4 markah]

(b) Huraikan empat latar masyarakat yang terdapat dalam drama. [8 markah]
(c) Jelaskan empat nilai murni yang terdapat dalam drama.

[8 markah]

SULIT

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6
5.

Berdasarkan cerpen 00000000000 karya Shahnon Ahmad :


(a)
Jelaskan tema cerpen tersebut.
[4 markah]
(b)

Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut.


[8 markah]

(c)

Sambung cerpen di bawah dengan tema keinsafan. Panjang cerpen anda


tidak melebihi 80 patah perkataan.

Kami berpelukan kerana kejayaan yang tercapai walaupun aku


tahu di sebalik ketawa Dol itu sebenarnya yang ada hanya
kekosongan saja dalam dirinya sebagai penyanyi. Yang membalutnya
bukan suara atau lagu atau irama atau nada yang memaknakan
kemanusiaan, tetapi hanya kepalsuan yang terdedah melalui rambut
gondrong, subang lanjut, rantai dan gelang yang pelbagai, baju dan
[8 markah]
seluar yang sendat dan ketat

6.

Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anuwar Ridzwan :


a) Nyatakan tema novel beserta contoh .

[4 markah]

b) Jelaskan empat perwatakan Jeneral sebagaimana yang dijelaskan dalam bab 2.


[8 markah ]
c) Nyatakan empat kehebatan Kapal Kawai Maru
[ 8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT

10

SKEMA JAWAPAN MODUL 1


Bahagian Satu
1.
Empat ciri syair ini ialah

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Empat baris serangkap


4-5 perkataan sebaris
10-12 sukukata sebaris
Rima akhirnya aaaa
Kesemua barisnya merupakan maksud
Satu rangkap

[1 markah]
[1 markah]
[1 markah]
[1 markah]
[1 markah]
[1 markah]

[Maksimum: 4 markah]
2. Kehebatan Laksamana:
i.
Laksamana dapat bertutur dalam bahasa Siam dengan fasih.
[2 markah]
ii.
Laksamana dikurniakan persalinan cara Siam.
[2 markah]
iii.
Raja Siam / Phra Cau berjanji akan memberi lebih dari empat ekor gajah kepada
Laksamana.
[2 markah]
[Maksimum: 4 markah]

3. Mesej:
i. Kita hendaklah bercakap dengan lemah lembut untuk mendapatkan sesuatu hajat.
[2 markah]
ii. Kita hendaklah mengenang jasa seorang yang telah menabur jasa kepada kita.
[2 markah]
iii. Kita hendaklah mengasihi golongan yang lemah.
[2 markah]
[maksimum: 4 markah][
4. Satu gaya bahasa beserta contoh

i. Asonansi
contoh : Di atas meja cengal pusaka nenek (pengulangan vokal a)

[2 + 2]

Contoh lain (mana-mana baris yang berkaitan)


ii. Aliterasi

[2 + 2]

Contoh: yang menyabarkanku di mata pancing (pengulangan konsonan n)


contoh lain mana-mana baris yang berkaitan)

iii. Sinkof

[2 + 2]

SULIT

11

contoh: ku
iv. Anafora

[2 + 2]

contoh : yang kuhabiskan di lumpur sawah


yang menyabarkanku di mata pancing
[maksimum 4 markah]
5. Perwatakan Anna

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vi.

seorang yang tabah/sabar.


seorang yang sanggup berkorban demi suami.
seorang yang mudah lupa akan ibu bapa.
seorang yang pandai dalam pelajaran.
seorang yang bercita-cita ingin menjadi pakar ekonomi.
seorang yang berterus terang.
seorang yang penyayang.

[2 markah]
[2 markah]
[2 markah]
[2 markah]
[2 markah]
[2 markah]
[2 markah]

[maksimum: 4 markah]
6. Pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas
i.

Kita hendaklah mengakui/insaf di atas kesalahan yang pernah dilakukan.


[2 markah]

ii. Kita hendaklah sentiasa bercakap benar dalam kehidupan/


Kita janganlah suka bercakap bohong dengan orang lain.

[2 markah]

iii. Kita hendaklah menjauhi sikap suka melakukan perbuatan khianat terhadap
sesama manusia.
[2 markah]
iv. Kita hendaklah sentiasa menjaga maruah diri daripada tercemar.

[2 markah]

[maksimum: 4 markah]
7.

Teknik Plot
i.

ii.

Dialog
[2 + 2]
Contoh : Fik, ada tugasan untuk mu, ujar Ketua Pengarang.
Pemerian / diskriptif /
Contoh :Aku terima tanpa banyak soal.

[2 + 2]

SULIT

12

Perwatakan Pak Mid


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Seorang yang kuat berusaha


[2 markah]
Seorang yang tekun
[2 markah]
Seorang yang rajin
[2 markah]
Seorang yang punya disiplin tersendiri
[2 markah]
Seorang yang tidak banyak cakap
[2 markah]
Seorang yang mudah tersenyum dan mesra apabila berbicara.
[2 markah]
[maksimum: 4 markah]

9. Persoalan
i.
Persoalan masyarakat yang masih mengekalkan budaya lama .
Contoh : Jeneral yang masih mengadakan acara memuja semangat semasa
menduduki rumah baharu di Ture.
[2 + 2]
ii.

Kepercayaan yang kuat kepada semangat spritual.


Contoh :Jeneral percaya acara pemujaan semangat roh rumah perlu dilakukan
sewaktu menduduki rumah baharu.
[2 + 2]
[maksimum: 4 markah]

10.

Latar masyarakat
1. Masyarakat yang hidup dalam kemiskinan tanpa kemajuan.
CTH : Satu-satunya sekolah , hanyalah sekolah dasar usang menghadap sungai
berlantai tanah.
[2 + 2]
2. Masyarakat yang tidak mementingkan pelajaran
CTH : pelajar pelajar tidak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
[2+2]

SULIT

13

Bahagian Dua [ 60 markah ]

1.
a).

maksud rangkap

Rangkap kedua
Kedatangan penyair ke situ bukan untuk membeli tetapi sekadar untuk melihat-lihat sahaja/
mencuci mata.
[2 markah]
Rangkap ketiga
Penyair menganggap orang lelaki/ dirinya yang tidak berani untuk menceburkan diri dalam
bidang perniagaan merupakan seorang yang penakut.
[2 markah]
(a)

Ciri pantun empat kerat


i. Karangan berangkap iaitu 9 rangkap
ii. Rima akhir puisi sekata/ aaaa
iii. Jumlah baris seimbang iatu empat baris serangkap
iv

[2 markah]
[2 markah]
[2 markah]

Jumlah patah kata tidak sama iaitu 3 - 6 patah perkataan sebaris [2 markah]
Cth: Terbang naik berlegar-legar (3 perkataan)
Padi di Langkut bawa ke Deli (6 perkataan)

v Jumlah suku kata tidak sama iaitu 8 - 11 suku kata sebaris


Cth: dari Medan ke Sibolga
(8 sukukata)
Mengapa takut masuk berniaga
(11 sukukata)

[2 markah]

vi Semua baris adalah maksud


vii Bentuk terikat

[2 markah]
[1 markah]
[Maksimum: 8 markah]

(c) Cipta pantun empat kerat bertemakan kasih sayang sesama manusia. [8 markah]
(i)
Tema
[2 markah]
(ii)
Bentuk
[2 markah]
(iii)
Bahasa
[2 markah]
(iv)
Kreativiti
[2 markah]

[Maksimum: 8 markah]

SULIT

14

2.
a) Ciri Sastera Panji:
(i) Watak utama merupakan watak anak raja.
Contoh: Raden Inu Kertapati anak kepada Sang Nata
dan permaisuri.

[1+1 markah]

(ii) Watak dari kalangan putera atau puteri raja Jawa.


Contoh: Raden Inu Kertapati dan Ken Tambohan ialah
anak raja Jawa.

[1+1 markah]

(iii) Watak utama mempunyai watak pembantu.


Contoh: Raden Inu Kertapati mempunyai pembantu iaitu
Wira Wani.

[1+1 markah]

(iv) Ada unsur kesaktian.


Contoh: Raden Inu Kertapati dan Ken Tambohan dapat
dihidupkan oleh Betara Kala dengan menggunakan
kembang ganda pura dan dan kembang wijaya mala
yang di ambil di Taman Larangan.

[1+1 markah]

(v) Ada unsur perkahwinan.


Contoh: Raden Inu Kertapati berkahwin dengan
Ken Tambohan.

[1+1 markah]

(vi) Percaya kepada mimpi.


Contoh: Raden Inu bermimpi Ken Tambohan ditangkap
harimau lalu ghaib ke dalam hutan. Kedua suami
isteri menangis kerana percaya maksud mimpi itu
ialah mereka akan berpisah.

[1+1 markah]

(vii) Ada unsur pengembaraan.


[1+1 markah]
Contoh: Raden Inu mengembara kehutan untuk memburu
kijang dan pelanduk apabila diperintahkan oleh
permaisuri.
[maksimum: 4 markah]

SULIT

15

b) Empat perwatakan Raden Puspa Kencana:


(i) Seorang puteri raja.
Contoh: Raden Puspa Kencana merupakan puteri raja
yang ditawan oleh Sang Nata dan ditempatkan
di kota batu.

[1+1 markah]

(ii) Seorang yang cantik.


Contoh: Baginda Sang Nata dan permaisuri sangat
sayangkan Raden Puspa Kencana kerana dia sangat
cantik dan digelar Ken Tambohan.

[1+1 markah]

(iii) Seorang yang mempunyai watak pembantu.


Contoh: Raden Puspa Kencana mempunyai dua orang inang
iaitu Ken Tadahan dan Ken Penglipur.

[1+1 markah]

(iv) Seorang yang rajin.


Contoh: Raden Puspa Kencana pandai menenun kain dan
dipuji oleh Raden Inu.

[1+1 markah]

(v) Seorang yang merendah diri.


Contoh: Raden Puspa Kencana menyatakan dia tidak
setaraf dengan Raden Inu kerana dia puteri tawanan.

[1+1 markah]

(vi) Seorang yang tabah.


[1+1 markah]
Contoh: Raden Puspa Kencana hanya menangis apabila
dihina dan ditampar oleh permaisuri iaitu ibu mertuanya.
(vii) Seorang yang pemurah/baik hati.
[1+1 markah]
Contoh: Raden Puspa Kencana mengupah Pelebaya dengan
sebentuk cincin kerana Pelebaya sanggup menyampaikan
pesanannya kepada Raden Inu.
(viii) Seorang yang taat perintah.
[1+1 markah]
Contoh: Raden Puspa Kencana rela dibunuh oleh Pelebaya
kerana diperintahkan oleh permaisuri.
[maksimum:8 markah]
c) Empat pengajaran.
(i) Kita hendaklah setia kepada pasangan.
(ii) Kita hendaklah sedar bahawa setiap perbuatan akan
menerima balasannya.
(iii) Kita janganlah melakukan kezaliman kepada orang lain.

[2 markah]
[2 markah]
[2 markah]

SULIT

16

(iv) Seorang suami hendaklah menasihati isterinya sekiranya


[2 markah]
melakukan kesilapan.
(v) Kita janganlah terlalu mementingkan darjat dan keturunan.
[2 markah]
(vi) Seorang pemerintah hendaklah berlaku adil tanpa mengira
[2 markah]
keturunan.
[maksimum: 8 markah]

3
(a) Tema Sajak
Bertemakan kesan dan pengaruh budaya moden terhadap perkembangan gaya hidup anakanak muda hari ini
[2 + 2]
Contoh : Anak-anak muda hari ini telah mula mengagungkan Barat berbanding
menggunakan bahasa ibunda
3
(b) Empat keindahan bahasa
i. Asonansi
Pengulangan bunyi vokal a
Baris 1 rangkap 1
(hasil didikan serampang bermata dua)
(mana-mana contoh yang relevan)
[2 markah]
ii. Aliterasi
Pengulangan bunyi konsonan m
Baris 5 rangkap 1(memuja kuntuman tulip di taman seberang)
(mana-mana baris yang berkaitan)

[2 markah]

iii. kata ganda


Contoh: berbelang-belang,
bercabang-cabang

[2 markah]

iv. Sinkof
Contoh : anakku

[2 markah]

v. Diksi/ pemilihan perkataan yang indah sesuai dengan tema


contoh:
memuja kuntuman tulip di taman seberang
ditawan terik mentari langit terbuka

[2 markah]
[maksimum: 8 markah]

SULIT

17

(c) Cipta sajak


Tema
Bahasa
Bentuk
Kretiviti
( kurang 12 baris dan tiada tajuk tolak markah kreativiti )

[2 markah]
[2 markah]
[2 markah]
[2 markah]
[maksimum:8 markah]

4.
(a) Pemikiran drama konflik rumah tangga akibat perbezaan bangsa dan budaya.
Rumah tangga Zaki menjadi huru-hara apabila Anna bertindak ingin kembali ke
England setelah tidak berpuas hati dengan sikap Zaki yang mengutamakan ibunya
Mak Munah berbanding dengan dirinya.
[4 markah]

(b) Empat latar masyarakat.


i.

Masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur. Contoh, Thomas Carpenter


seorang bangsa Inggeris berkahwin dengan gadis Melayu. Zaki pula berkahwin
dengan Anna seorang anak kacukan Inggeris dan Melayu.
[2 markah]

ii.

Masyarakat Timur yang mengamalkan kerjasama/gotong-royong dalam kehidupan.


Contoh, Thomas Carpenter menasihati Anna supaya tidak berkahwin dengan Zaki
kerana orang Timur mengutamakan kerjasama dan gotong-royong dalam kehidupan.
[2 markah]

iii.

Masyarakat komunis yang bertindak kejam terhadap rakyat. Contoh, ibu Anna
dibunuh oleh komunis kerana berkahwin dengan lelaki bangsa Inggeris.[2 markah]

iv. Masyarakat Melayu yang beragama Islam. Contoh, Zaki, Mak Munah adalah watak
Melayu yang beragama Islam.
[2 markah]
v. Masyarakat penoreh yang hidup dalam kemiskinan. Contoh, semasa penjajahan
Inggeris di Tanah Melayu, ramai rakyat negara ini bekerja sebagai penoreh
di ladang-ladang milik Inggeris. Thomas Carpenter merupakan salah seorang
pengurus ladang getah di Tanah Melayu.
[2 markah]
vi. Masyarakat berbilang bangsa. Contoh, Thomas Carpenter berbangsa Inggeris,
Dr. Chan seorang doktor berbangsa Cina dan Zaki berbangsa Melayu. [2 markah]
vii. Masyarakat golongan terpelajar. Contoh, Zaki, Anna dan Dr. Chan merupakan pelajar
lulusan university.
[2 markah]
viii. Masyarakat Timur yang mentaati ibu bapa. Contoh, Sikap Zaki yang mengambil
berat dan mengutamakan Mak Munah menyebabkan Anna tidak berpuas
hati.Thomas Carpenter mengakui bahawa orang-orang Timur begitu teguh mentaati
orang tua.
[2 markah]

SULIT

18

vx. Masyarakat yang mementingkan pelajaran. Contoh, Mak Munah sanggup menggadai
tanah bagi membolehkan Zaki belajar di Universiti Cambridge, England. [2 markah]
vxx. Masyarakat golongan penjajah yang berlumba-lumba meluaskan tanah
jajahan. Contoh, penjajahan Inggeris berusaha mendapatkan Pulau Pinang
daripada sultan Kedah untuk menyekat Perancis meluaskan tanah jajahannya.
[2 markah]
[maksimum: 8 markah]
(c) Empat nilai murni.
i.

Kasih sayang. Contoh, Zaki amat menyayangi Anna dan keluarganya. Dia berusaha
memujuk Anna supaya tidak meninggalkan keluarganya dan kembali ke England.
[2 markah]

ii.

Pengorbanan. Contoh, Mak Munah sanggup menggadaikan tanah semata-mata


bagi membolehkan Zaki belajar di luar negara.
[2 markah]

iii. Simpati/prihatin. Contoh, Dr. Chan bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga
Zaki. Dia berusaha menasihati Anna supaya tidak mengikut perasaan dan meninggal
kan Malaysia untuk kembali ke England.
[2 markah]
iv. Kerjasama/gotong-royong. Contoh, Thomas Carpenter mengakui orang-orang Timur
berpegang teguh dengan amalan kerjasama dalam masyarakat.
[2 markah]
v.

Nasihat menasihati. Contoh, Thomas Carpenter menasihati Anna supaya tidak


berkahwin dengan Zaki kerana kelak Anna akan menyesal disebabkan orang Timur
lebih mengutamakan ibu bapa berbanding keluarganya sendiri.
[2 markah]

vi. Ketaatan/Kepatuhan. Contoh, Sikap Zaki yang mengutamakan ibunya Mak Munah
berbanding dengan isterinya menyebabkan Anna rasa tidak dihargai dan mahu
kembali ke England.
[2 markah]
vii. Bertanggungjawab. Contoh, Zaki berusaha merawat mata ibunya yang hampir
buta dan separuh lumpuh.
[2 markah]
viii. Rasional. Contoh, Zaki mengakui penjajah Inggeris banyak meninggalkan kesan
yang baik kepada orang Melayu terutama dalam soal disiplin.
[2 markah]
[maksimum: 8 markah]

SULIT

5
a).

b).

19

Bertemakan jati diri manusia yang lemah. Hal ini dapat dilihat melalui perwatakan
Dol yang digilai oleh jutaan peminat kerana imejnya sebagai penyanyi rock yang
berpenampilan Barat, padahal langsung tidak membawa apa-apa nilai kepada
masyarakat. Di sini berlakunya pertembungan nilai antara golongan cerdik
pandai dengan golongan remaja tentang penilaian terhadap seorang artis. [2 + 2]
Empat pengajaran yang teardapat dalam cerpen
i.
Kita janganlah mengagung-agungkan budaya barat kerana budaya ini langsung
tidak membawa apa-apa nilai kepada masyarakat.
[2 markah]
ii.
Kita hendaklah bijak menilai perwatakan artis / manusia sebelum dijadikan
contoh ikutan.
[2 markah]
iii.
Kita hendaklah mempunyai jati diri yang utuh supaya tidak mudah terikut
dengan budaya negatif.
[2 markah]
iv.
Kita hendaklah menjaga batas pergaulan supaya tidak terjebak dalam
pergaulan bebas.
[2 markah]
v.
Kita hendaklah menjaga penampilan diri supaya sentiasa kelihatan kemas
dan tidak selekeh.
v.

[2 markah]

Kita hendaklah bekerjasama untuk mencapai kejayaan.

[2 markah]

[maksimum: 8 markah]
5
c Pengkaryaan (Sambung Cerpen)
i.
Tema
ii.
Teknik
iii.
Bahasa
iv.
Kreativiti

[2 markah]
[2 markah]
[2 markah]
[2 markah]
[maksimum: 8 markah]

6
a) Bertemakan kepincangan dalam kepimpinan cth : Tn Presiden menghadapi masalah
sosial ekonomi dan politik dalam membangunkan kepulauan ogonshoto .
[2 + 2]
b) Perwatakan Jeneral .
1. Seorang pesara daripada angkatan bersenjata.
[2 markah]
2. Seorang yang bertubuh tinggi dan besar.
[2 markah]

SULIT

20

3. Seorang yang aktif berpolitik cth menceburi bidang politik di Ture.


[2 markah]
4. Seorang yang ramah tamah/mesra cth melayan semua kenalan yang datang
kerumahnya dengan baik .
[2 markah]
5. Seorang yang mempunyai ramai kawan cth; semasa acara memuja semangat
rumah kawan yang terdiri daripada wartawan,penduduk setempat dan kawan
kacukan Jepun.
[2 markah]

6. Seorang yang masih mengamalkan adat tradisi lama cth; mengadakan acara
memuja semangat rumah ketika menduduki rumah baharu.
[2 markah]
7. Seorang yang memiliki 2 buah rumah 1 di tatamanu dan 1 di Ture.
[2 markah]
c) Kehebatan kapal Kawai Maru.
1. Sebuah kapal raksasa yang besar cth: menjadi rumah bagi 200 pekerja.
[2 markah]
2. Di miliki oleh saudagar/nelayan yang kaya Tn Kawai Maru.
[2 markah]
3. Kapal nelayan yang paling besar cth mempunyai 2 tingkat ,1 tingkat tempat tidur
dan 1 tingkat ruang dapur dan makan.
[2 markah]
4. Mempunyai bilik sejuk beku yang dapat menyimpan ikan untuk berbulan bulan.
[2 markah]
5. Dilengkapi bilik komputer dan televisyen.
[2 markah]
6. Memiliki stelit yang dapat menentukan lubuk ikan.
7. Kapal induk yang paling besar di lautan pasifik.

TAMAT

[2 markah]
[2 markah]
[maksimum: 8 markah]

Anda mungkin juga menyukai