Anda di halaman 1dari 10

SULIT 1 2215

2215 © Hak Cipta SMK Sultan Ibrahim SULIT


SULIT 2 2215

Bahagian Satu
[ 40 markah ]
Jawab semua soalan.

1.
Tersebut pula suatu perkataan,
Raja Malabari empunya kerajaan,
Sehari-hari bersuka-sukaan,
Rakyatnya banyak tiada terkian.

Bangsanya Ajam baginda itu,


Kerajaan besar bukan suatu,
Takluk banyak sudah tertentu,
Menghantar ufti sekalian ke situ.

(Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan)

Berdasarkan petikan puisi tradisional tersebut:

a) Apakah jenis puisi tradisional tersebut? [ 1 markah ]

b) Nyatakan dua bentuk puisi iaitu suku kata dan rima yang terdapat dalam petikan
puisi tradisional tersebut. [ 3 markah ]

2. “Hai anakku, sekali-kali tidak bonda suka engkau beristerikan Ken


Tambohan itu! Ia itu anak celaka dan anak jarahan. Mengapakah anakku
mengambilnya buat isteri?”

“Hai Ken Tambohan! Jika kuturut hatiku, sekarang juga kau kujadikan abu!”

Titah Sang Nata, “Hai adinda, janganlah adinda berkata demikian!


Sudahlah dengan kuasa Dewata Mulia Raya anakanda kita berkahwin dengan
Ken Tambohan itu. Janganlah adinda terlalu sangat murka kepada Raden
Menteri itu. Nanti hiba hatinya dan lari ia kelak. Biarlah ia duduk di istana Ken
Tambohan itu.”
(Dipetik daripada Sastera Panji, Perkahwinan Raden Menteri Diketahui oleh
Ayahanda dan Bondanya)

Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas. [ 4 markah ]

2215 © Hak Cipta SMK Sultan Ibrahim SULIT


SULIT 3 2215

3.
Virus-virus giat mengalir
meniti pembuluh-pembuluh darah
menjengah ruang fikir
meracuni akal dan sukma
virus kebiadaban kian merebak
virus hedonisme kian menjangkiti
membentuk segumpal sampah di almari peribadi
menyemai benih radiasi songsang menerjah minda.

Dipetik daripada sajak Virus dari Langit Global karya Nur Suhada Sayuti)

Berikan dua gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan tersebut.

[ 4 markah ]

4.
Saat petang bersandar di surau usang
dia perlahan menghitung sebak
pada laung azan semakin retak
juga nafsu Nusantaranya
yang kian membengkak.

Cita-cita tinggi cuma sepadang lalang


dibelit lidah penjajah yang berpetualang
Sepetak bendangnya
yang berkurun menyara
kampung keluhur
kini dipijak oleh segunung
kemodenan yang meluluh.
(Dipetik daripada sajak Seorang Tua Di Kaki Tamadun karya Fadh Razy)

Huraikan dua persoalan berserta contoh yang terdapat dalam petikan sajak tersebut.

[ 4 markah ]

2215 © Hak Cipta SMK Sultan Ibrahim SULIT


SULIT 4 2215

5.
ZAKI : Anna, Ibuku, Anna.

MAK MUNAH (Dari kerusi rodanya, tanganya bergerak-gerak dan


mengapai-gapai) : Anna! Anna! Engkau marah pada mak, Anna. Sampai
hatimu tinggalkan mak, Zaki dan Tina. Ambillah Zaki, Anna. Mak dan tua,
entah esok, entah lusa mak mati. Tak usah pergi, Anna. (Tangannya masih
mencari tangan ANNA) Maafkan mak, Anna. Kalau sebab mak hati engkau
luka.

(Dipetik daripada drama Anna karya Kemala)

Berdasarkan petikan tersebut, nyatakan dua teknik plot berserta contoh. [ 4 markah ]

6.
BLACKWAY : Bunyi apa itu? (Cemas lantas dia teringatkan sesuatu. Terus
menjerit seperti orang hilang akal)

BLACKWAY : Serangan Siam! Serangan Siam! Serangan Siam!

(BLACKWAY ketakutan. Dia lari dan menyembunyikan diri di belakang beca


MAT PIAH. MAT PIAH melihat BLACKWAY tiba-tiba histeria).

MAT PIAH : Kenapa, tuan? Kenapa? (MAT PIAH tercenggang-cenggang)

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Mahizan Husain)

Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Mahizan Husain, berikan dua
perwatakan Mr. Blackway berserta contoh. [ 4 markah ]

7.
Di muka Dol pula, yang kedua menarik perhatianku selain rambutnya yang
gerbang macam sarang tupai kena jolok itu ialah subang di telinganya. Subang
itu panjang berjela-jela dan cuma untuk sebelah telinganya sahaja, meskipun
kedua-dua telinga Dol itu ada subang di hujung bawahnya. Dan apabila garis
dan warnaku menyentuh kertas untuk mempamerkan subang itu, kurasa
subang itu tidak ada apa-apa maknanya, selain luaran yang membawa
kekosongan sahaja.
(Dipetik daripada cerpen 00000000000 karya Shahnon Ahmad)

Berikan dua gaya bahasa berserta contoh dalam cerpen tersebut. [ 4 markah ]

2215 © Hak Cipta SMK Sultan Ibrahim SULIT


SULIT 5 2215

8.
Bahawa dia ialah seorang peguam yang memiliki firma guamannya sendiri.
Sebuah firma kecil cuma. Telah beramal selama kira-kira tujuh tahun. Memiliki
rekod menang kes 50-50, yakni menang dan kalahnya kurang lebih seimbang.
Bukanlah seorang peguam yang terkenal, dan sebelum ini hanya
mengendalikan kes kecil-kecilan. Kes-kes kemalangan jalan raya, menyaman
syarikat insurans, tuntutan hutang dan sebagainya.

(Dipetik daripada cerpen Res Judicata karya Aidil Khalid)

Berikan dua perwatakan Peguam berserta contoh yang terdapat dalam petikan.

[ 4 markah ]

9.
Dicatatkan juga tentang ucapan Nakhoda dalam satu acara di sekolah anak
angkatnya, yang menyebut betapa dia amat kagum dengan seorang anak kecil
dari Pasifik sebatang kara di negara Eropah, yang cepat belajar menyesuaikan
diri, pintar, dan dihormati oleh rakan-rakan sebanyanya di sekolah.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan)

Berikan dua nilai berserta contoh yang terdapat petikan novel tersebut. [ 4 markah ]

10. Lelaki tua sebatang kara itu masih mempunyai sedikit simpanan air di
rumahnya selain air tujuh tong yang dapat dikumpulkan sepanjang pelayaran
pulang dari Tatamanu dahulu. Tujuh tong lagi masih kontang. Sambil menggali
kolam teruslah dia berfikir untuk mengisi tujuh tong air yang masih kosong itu.
Bagaimana kalau kolan yang sedang digali ini akhirnya hanya akan merupakan
sebuah lubang gersang sedalam seratus kaki?

Bekerja dibawah matahari membakar,hampir tanpa henti sepanjang hari


kecuali untuk makan dan minum, lelaki tua semakin risau tentang air. Itulah hari
awal yang mengajarnya supaya menganggap hujan tidak akan turun lagi buat
selama-lamanya di Ogonshoto, dan meminum seteguk dua teguk air seolah-
olah telah minum sepanjang hari.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan)

Berikan satu persoalan berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel tersebut.

[ 4 markah ]

2215 © Hak Cipta SMK Sultan Ibrahim SULIT


SULIT 6 2215

Bahagian Dua
[ 60 markah ]

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut:

Gurindam Dua Belas


(Fasal Ketiga dan Fasal Kelima)

Fasal Ketiga:

Apabila terpelihara mata,


sedikit cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


khabar yang jahat tidaklah damping.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,


daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Hendaklah peliharakan kaki,


daripada berjalan yang membawa rugi.

Fasal Kelima:

Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,


lihat kepada budi dan bahasa.

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,


sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang mulia,


lihatlah kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,


di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,


lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Md. Yusof Mohd Nor


Puisi Melayu Tradisi, 1996
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2215 © Hak Cipta SMK Sultan Ibrahim SULIT


SULIT 7 2215

a) Jelaskan maksud rangkap kedua dalam puisi tersebut. [ 4 markah ]

b) Huraikan empat pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut. [ 8 markah ]

c) Huraikan empat ciri dalam puisi tersebut. [ 8 markah ]

2. Berdasarkan Sastera Panji, dalam antologi Nilai Insan:

a) Huraikan empat ciri Sastera Panji tersebut berserta contoh. [12 markah]

b) Jelaskan empat perwatakan Raden Menteri yang terdapat dalam Sastera Panji
tersebut. [ 8 markah ]

2215 © Hak Cipta SMK Sultan Ibrahim SULIT


SULIT 8 2215

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut:

Seorang Tua di Kaki Tamadun

Berkali-kali resahnya disengat matahari


yang semakin lebar
di langit peradaban yang tak berpagar.

Cangkul menumpul di tangan


dan kemarau yang bersimpul di kepala
tetap dia turun meredah bendang
sebagai badang nusa
yang tak pernah lekang.

Inilah sawah tradisi


yang semakin dibiaki
onak dan lalang dari belukar seberang
padi kuning yang sedang masak
bersarang tikus oportunis
yang kian tamak.

Dia petani tua yang berkali-kali


menghafal pesan wasiat betapa
selut sejarah
yang berkematu di tumit usia
adalah sengsara yang membesarkannya
dengan manis dan manusia.

Saat petang bersandar di surau using


dia perlahan menghitung sebak
pada laungan azan semakin retak
juga nafsu Nusantaranya
yang kian membengkak.

Cita-cita tinggal cuma sepadang lalang


dibelit lidah penjajah yang berpetualang.
Sepetak bendangnya
yang berkurun menyara
kampung leluhur
kini dipijak oleh segunung
kemodenan yang meluluh.

2215 © Hak Cipta SMK Sultan Ibrahim SULIT


SULIT 9 2215

(Upper Ratnines Road, Dubin)

Fadh Razy
Cerita Terpanggil-panggil Penglipur Semakin Melara, 2010
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

a) Huraikan empat gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. [ 8 markah ]

b) Cipta sajak bertemakan kemerdekaan. Panjang sajak hendaklah antara 12


hingga 15 baris. [12 markah]

4. Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway, jawab soalan-soalan berikut:

a) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam drama tersebut. [ 4 markah ]

b) Jelaskan empat nilai yang terdapat dalam drama tersebut. [ 8 markah ]

c) Huraikan empat perwatakan Mat Piah yang terdapat dalam drama tersebut.
[ 8 markah ]

2215 © Hak Cipta SMK Sultan Ibrahim SULIT


SULIT 10 2215

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5. Berdasarkan cerpen Rindu Seorang Rafik karya Nisah Hj Haron:

a) Huraikan lima perwatakan Mustaqim dalam cerpen tersebut. [10 markah]

b) Jelaskan lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut. [10 markah]

6. Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto; Bab 4; Aisberg, karya Anwar Ridhwan


Sasterawan Negara:

a) Jelaskan dua teknik plot yang terdapat dalam bab ini. [ 4 markah ]

b) Huraikan empat latar tempat yang terdapat dalam bab ini. [ 8 markah ]

c) Jelaskan empat perwatakan lelaki tua dari Runakita. [ 8 markah ]

- KERTAS SOALAN TAMAT –

2215 © Hak Cipta SMK Sultan Ibrahim SULIT

Anda mungkin juga menyukai