Anda di halaman 1dari 10

SULIT 1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
September
2009
2 ½ jam

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA


SEKOLAH MENENGAH
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI


SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

[Lihat sebelah
SULIT
1103/2
SULIT 2 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kekangannya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahasa Melayu harus dijadikan bahasa ilmu yang dapat menyampaikan peradaban bangsa
di rantau Asia dan peringkat dunia. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha perlu dirancang dan
dijalankan untuk mengilmukan bahasa tersebut. Dasar bahasa terletak pada kuasa pemimpin politik.
Pemimpin perlu menetapkan dasar bahasa yang jelas untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa pengantar ilmu pengetahuan, bahasa perpaduan dan bahasa penyatuan
mesyarakat. Langkah menetapkan dasar yang jelas untuk mempertahankannya perlu ada dalam jiwa
setiap pemimpin politik yang dipilih oleh rakyat.

Golongan profesional harus disyaratkan menulis dalam bahasa Melayu tentang kepakaran
mereka sebagai syarat untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Golongan ini, terutama
mereka yang terlibat dalam bidang akademik harus menguasai kemahiran penulisan profesional
dalam bahasa Melayu supaya ilmu yang dipelajari di Barat dapat dipindahkan ke bahasa Melayu
untuk faedah anak bangsa. Selain itu, mengilmukan bahasa Melayu dapat direalisasikan melalui
penghasilan buku ilmiah supaya dapat disebarkan kepada masyarakat. Tindakan ini perlu
dilaksanakan supaya golongan profesional turut berasa cinta akan bahasa kebangsaan malah dapat
membantu meningkatkan jumlah pengguna bahasa Melayu golongan intelek. Pada masa yang sama,
buku yang dihasilkan akan membantu meningkatkan jumlah buku bacaan dan rujukan di
Malaysia. Tindakan ini juga dapat meningkatkan jati diri golongan penulis profesional. Penerbitan
artikel dan buku berbahasa Melayu yang meliputi pelbagai bidang terutama sains, teknikal dan
sains sosial juga perlu dilakukan dengan giat dan disebarkan ke seluruh negara sama ada di bandar
atau di luar bandar. Penyebaran yang menyeluruh ini dapat memasyarakatkan buku di samping
dapat meningkatkan tahap pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Usaha mengubah sikap dan cara berfikir rakyat Malaysia mestilah berfokus kepada
kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta atau korporat supaya mereka dapat mengusai bahasa
Melayu untuk tujuan bekerja dan berkomunikasi. Hal yang sama juga perlu dilaksanakan dalam
kalangan pegawai asing yang berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta di negara ini. Bagi
golongan pelajar, syarat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, kolej dan institusi pengajian tinggi harus
dikekalkan. Malah, pemberian biasiswa dan pinjaman kepada pelajar tempatan dan luar negara
termasuk pelajar sekolah, kolej dan universiti di Malaysia juga perlu dikenakan syarat tersebut.

Menurut statistik, penutur bahasa Melayu di dunia dianggarkan melebihi 300 juta. Bahasa
Melayu merupakan bahasa keempat dalam turutan penutur terpenting selepas bahasa Mandarin,
bahasa Inggeris dan bahasa Hindi. Oleh itu, Kementerian Palajaran dan Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia perlu membentuk kerjasama dengan mana-mana negara yang menawarkan kursus
atau pengajian bahasa Melayu. Dengan cara itu, bahasa Melayu akan berfungsi sebagai bahasa ilmu
dalam pelbagai bidang seperti teknologi komputer, sains, perniagaan dan perubatan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada”Bahasa Melayu Bahasa Ilmu”


Oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah, Pelita Bahasa, Januari 2009)

1103/2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 3 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat


anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menyampaikan peradaban bangsa.


[2 markah]

(ii) Apakah kesan-kesan mengilmukan bahasa Melayu menerusi penghasilan buku


ilmiah?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk meningkatkan penghasilan buku ilmiah
dalam bahasa Melayu
[4 markah]

1103/2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 4 1103/2

Soalan 2(b) Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SUARA : Mek Bongsu mana?

WAK KELETUNG : Mek Bongsu ni, asalnya, anak


peladang di sudut sawah
Tetapi, kerana sebegitu cantik orangnya
Dengan mata yang tergenang jernih
Senyum sedih selalu menguntum
Suara sayu mendendang adik
Ha, terus diambil Saudagar Shah Alam
Tinggallah Mek dalam mahligai
Hujankah, panaskah, Mek tak perasan
Menguningkah padi Mek tak tahu
Keringkah telaga Mek tak sedar
Mek diulit, Mek mengulit
Hidup kosong tak buat apa
Tapi, akhirnya Mek sedar
Mek bongsu sedih terharu
Jari halus memohon ampun
Malu sesal hidup begitu.

(Dipetik daripada drama Jangan Bunuh Rama-rama


Oleh Noordin Hassan dalam antalogi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Siapakah Mek Bongsu?

[2 markah]

(ii) Kecantikan dan kekayaan bukanlah faktor utama kebahagiaan rumah tangga. Pada
pendapat anda apakah faktor-faktor lain yang menjamin kebahagiaan rumah tangga.

[3 markah]

(i) Huraikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran lain yang
terdapat dalam keseluruhan drama.

[4 markah]

1103/2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 5 1103/2

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah maka Hang Jebat pun makan nikmat pada persantapan raja itu.
Setelah sudah makan maka ia makan sirih pada puan raja lalu ia berjalan ke muka pintu
istana itu. Maka Hang Jebat pun membuka pintu istana itu sebelah, maka kata Hang Jebat,
“Silakanlah orang kaya naik, kerana ayapan sudah hadir.” Maka kata Laksamana, “Aku
tiada mahu naik, kerana engkau hendak mengenai aku. Bukalah pintu keduanya supaya aku
naik.” Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana demikian itu, maka oleh Hang Jebat
dibukanya pintu sebelah lagi. Maka kata Hang Jebat, “Silakanlah orang kaya naik, pintu
sudah terbuka.” Maka kata Laksamana, “Baiklah.” Maka Laksamana pun menyinsing
lengan bajunya, seraya memekis, katanya, “Cih, Si Jebat! Mati engkau olehku.” Serta ia
melompat ke atas anak tangganya itu. Maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya lalu
menikam dada Laksamana; maka Laksamana pun melompatv ke tanah. Maka kata
Laksamana, “Cih, bukan laki-laki menikam mencuri!” Maka Hang Jebat pun tertawa
katanya, “Hai orang kaya aku geram melihat engkau terdiri-diri atas tangga itu, tiada
tertahan hatiku!” Maka kata Laksamana, “Bukan laki-laki berani, jika hendak bertikam
berilah aku berjijak dahulu.”

(Dipetik daripada ‘Pertarungan Tuah dengan Jebat’


Dalam antalogi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata jika hendak bertikam berilah aku berjijak dahulu
berdasarkan petikan di atas?
[2 markah]

(ii) Bagaimanakah Hang Jebat melayani Laksamana ketika Laksamana datang untuk
membunuhnya?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah pahlawan tidak boleh bertindak menikam
curi?
[3 markah]

1103/2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 6 1103/2

Soalan 2(d) Puisi


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

JALAN-JALAN RAYA KOTAKU

Saban waktu sepanjang perjalanan


jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah dihati.

Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.

Demikian etika di perjalanan


budi luhur warga kota
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

Jalan-jalan raya kotaku


adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.

Zam Ismail
Antalogi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

1103/2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 7 1103/2

(i) Berikan maksud Ketidaksabaran membengkak.


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masalah kecelakaan di jalan raya di negara ini
sukar dibendung?
[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.


[4 markah]

1103/2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 8 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) bersih-membersih
(ii) cubit-mencubit
(iii) tingkah-meningkah
(iv) mengemaskinikan
(v) mencampuradukkan
(vi) menguatkuasakan
[6 markah]

(b) Tukar ayat-ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat-ayat bersusunan songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kawasan ini menyimpan pelbagai kenangan.


(ii) Ke Puncak Janing ditempuh dengan berjalan kaki.
(iii) Pertanyaan itu pernah kami kemukakan pada minggu lalu.
(iv) Pameran Minggu Pelaburan Amanah Saham Wawasan diadakan di perkarangan
pejabat daerah.
(v) Stesen Sentral Kuala Lumpur sibuk sekali dengan kehadiran penumpang.
(vi) Sektor hartanah mencatatkan perkembangan positif setelah mendapat galakan
daripada kerajaan.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Faktor pertama yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar ialah
penambahan bilangan kenderaan berinjin.

(ii) Pelajar yang gagal menguasai Bahasa Inggeris akan menghadapi kesukaran
untuk mendapat pekerjaan.

(iii) Pengambilan karbohiderat secara berlebih seperti nasi merupakan salah satu
punca obesiti.
[6 markah]

1103/2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 9 1103/2

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat semula.

(i) Masyarakat menganggap menghidu ganja adalah kesalahan kecil berbanding


dengan ketagihan dadah.

(ii) Kemiskinan mendorong petani meninggalkan jurusan pertanian hingga


mengakibatkan timbulnya masalah tanah pertanian terbiar.

(iii) Di zaman kegawatan ekonomi, pengguna harus berkerjasama untuk mengawal


harga supaya tidak menaik.
[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Ramli tidak pernah patah semangat. Dia berazam untuk mencapai matlamatnya
mengeluarkan sosej dan burger yang diiktiraf halal. Dengan berkat usahanya dan bukti
kemajuan yang ditunjukkan akhirnya dia berjaya mendapat pinjaman sejumlah RM50,000.
Kini, sesudah dua puluh tahun, Ramli Burger berjaya memperoleh jualan tahunan
menjangkau RM42 juta.
[6 markah]

1103/2 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 10 1103/2

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf.


(ii) Julia karya Abu Hassan Morad.

(a) Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian pada watak utama
dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]

(b) Teknik imbas kembali biasanya digunakan oleh pengarang untuk


mengembangkan plot supaya ceritanya menarik.
Huraikan peristiwa imbas kembali yang telah digunakan oleh pengarang
berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari.

[8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 [Lihat sebelah


SULIT

Anda mungkin juga menyukai