Anda di halaman 1dari 11

SULIT

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
2020
2½ jam

SMK TOKAI
06660 ALOR SETAR, KEDAH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN LIMA

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.......................................… ………………………………… .……………………….


(NUR IZATI BINTI ISMAIL)

1
SULIT 1103/2
SULIT 1103/2

PANDUAN MENULIS JAWAPAN RUMUSAN

Rumusan membincangkan (tukar kata kunci soalan)

Tindakan menangani rasuah ialah (isi 1) . Selain


itu, (isi 2) dan (isi 3) .
Seterusnya (isi 4) . Justeru (isi 5) . Akhirnya
(isi 6 ) dan (isi 7).

Akibat rasuah kepada negara (isi 1) . Selain itu (isi 2)


.

Kesimpulannya, (siapa) haruslah (cadangan berkaitan tajuk)


agar (kesan).
SULIT 1103/2

PANDUAN MENULIS SOALAN PEMAHAMAN

2ai) Maksud rangkai kata menimbulkan kebencian ialah

2aii) Punca-punca berlakunya rasuah di negara ini ialah


. Selain itu .Di
samping itu,

2aiii) Pada pendapat saya, cara untuk kakitangan awam dan kakitangan swasta mengelakkan diri
daripada terjebak dengan amalan rasuah ialah .
Selain itu, . Di samping itu,
SULIT 1103/2
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan
Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang
mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang
belum mengerti segala-galanya itu, saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh
patriotisme dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta akan bangsa sendiri kian terhakis
dalam jiwa anak-anak generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi
pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang
sedikit, demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri.
“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan
menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat
dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup
dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan
lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela
nafas panjang-panjang berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak
akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan
besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda
besar untuk bangsa dan keturunannya
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ dalam
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

i) Berikan maksud frasa asal usul berdasarkan petikan.

Maksud frasa asal usul berdasarkan petikan ialah

[2 markah]

ii) Berdasarkan petikan, mengapakah pelajaran sejarah perlu diterapkan kepada


generasi muda?

Berdasarkan petikan, pelajaran sejarah perlu diterapkan kepada generasi muda


ialah . Selain itu,
dan

[3 markah]

iii) Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai yang terdapat
dalam cerpen secara keseluruhan.

Satu nilai yang terdapat dalam petikan ialah


Contohnya .

Satu nilai yang terdapat dalam cerpen secara keseluruhan ialah


. Contohnya
[4 markah]
SULIT 1103/2
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya
pula. Dengan demikian habislah segala harta,saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka kata
segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya
tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai
sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-
nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada
Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal
dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan orang
berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka
Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala
saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

(Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata datanglah pula bala..


Maksud rangkai kata datanglah pula bala ialah

[2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Temenggung
setelah mendapat titah daripada baginda.
Berdasarkan petikan, tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Temenggung setelah mendapat
titah daripada baginda ialah

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah baginda menitahkan kegiatan kecurian itu perlu
dibanteras dengan segera?
Pada pendapat saya, baginda menitahkan kegiatan kecurian itu perlu dibanteras dengan
segera kerana .Selain itu,
Di samping itu,

[3 markah]
SULIT 1103/2

Soalan 2 (d) – Sajak

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kudup Perang
Sementara dia bergelar panglima Andai namamu Jebat, kita masih tidak
laskar perang; yang terus-menerus menggelarnya sebagai pengkhianat
membajakan kezaliman – sering kerana kita masih menangisi
mengudupkan putik dendam peta keadilan yang tersiat – nun, karam
kita masih perlu berterima kasih di lautan kesumat
kepada jari-jemari takdir sedang warga memanggilnya keramat.
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari perang pun melecurkan lidah muslihat
sempat juga menadah sejambak puisi bercabang lalu bertemu bayu palsu;
untuk sehari lagi; sambil bertanya: bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
siapakah pahlawan yang asli? mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
Memang kita tidak sempat menjenguk teramat lara kita menjahit semula
ke luar jendela;sewaktu fajar menghembus perca-perca bahagia – seperti perawan
ringkik kuda, gemerincing yang dibungkamkan cinta pertama.
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak Sehingga senja tiba,
di daerah angkara – perciknya kita masih bertengkar
menumbuhkan kelopak rahsia tentang siapa
dalam keliru, tertanya-tanya kita pahlawan sebenarnya.
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih


tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama Dipetik daripada sajak ‘Kudup Perang’
sesekali turut direntakan daki pendusta oleh Tuah Sujana
melekatlah selumbar sengsara dalam antologi Sejadah Rindu,
di tiang maruah kota. Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut, nyatakan dua perkara yang menyebabkan Hang Tuah
dianggap bukan pahlawan sebenar.

Dua perkara yang menyebabkan Hang Tuah dianggap bukan pahlawan sebenar ialah
…………………………………………………………. Selain itu, ………………………………
….……………………………………………………………………..

[2 markah]
(ii) Mencari seorang pemimpin yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah
SULIT 1103/2
organisasi amat sukar.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber?
Pada pendapat saya ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber
ialah…………………………………………………………………………….. Selain itu, ………
….……………………………………………………………………………………………………. Di
samping itu, …………………………………………………………………………………….
[3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.
Dua nilai murni yang terdapat dalam sajak itu ialah nilai ………………………………………………….
Contohnya ……………………………………………….. Selian itu, nilai ………….. Contohnya
………………………………………………………………………………………………

[4 markah]
SULIT 1103/2
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataandi bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) diam
(Maksud :tidak bercakap-cakap, senyap, tidak bergerak-gerak, tidak berbuat apa-
apa)
(ii) diam-diam
(tidak memberitahu orang secra senyap-senyap sulit)
(iii) terdiam
(tidak bersuara(bergerak))
(iv) berdiam
(tidak bercakap-cakap, berdiam diri)
(v) mendiami
(menghuni,bertempat tinggal)
(vi) memperdiamkan
(Maksud : membuat (menjadikan, membiarkan ) diam, menjadikan tidak bergerak,
mematikan untuk seketika
[ 6markah ]

(b) Kenal pasti ayat-ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat
perintah, ayat tanya atau ayat seru.

(i) Cantikkah baju yang saya beli semalam?


Ayat :………………..

(ii) Tolong tulis nama awak dengan ejaan yang betul.


Ayat :………………..

(iii) Semua peserta kursus diminta berkumpul di bilik seminar.


Ayat :………………..

(iii) Mengapakah ibu bapa sekarang perlu memantau anak-anak mereka?


Ayat :………………..

(iv) Sila patuhi peraturan sekolah sebelum kami mengenakan tindakan.


Ayat :………………..

(vi) “Wah, hebatnya kamu berpidato tadi!” tegur Encik Mohamad kepada
Marimuthu.
Ayat :………………..

[6 markah]
SULIT 1103/2

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pekerja dikilang tersebut sedang memeroses isi buah kelapa yang sudah direbus
dengan air gula untuk dijadikan jeli.

(ii) Cikgu Mahadi meminta kebenaran pengetua untuk membawa anaknya ke kelinik
untuk didapatkan rawatan pada pagi itu.

(iii) Peminat-peminat bola sepak yang membanjiri Stadium Shah Alam sejak awal pagi
lagi merasa hampa apabila diberi tahu bahawa pertandingan bola sepak itu
terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan
istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Masih ramai peserta-peserta yang akan mengambil bahagian dalam


pertandingan akhir pesta pantun itu belum menyenaraikan diri mereka.

(ii) Murid-murid yang memohon masuk sekolah berasrama akan mengetahui status
kemasukan permohonan mereka pada bulan Februari.

(iii) Berbagai jenis sayuran yang dijual oleh Mak Cik Salmah di gerai itu habis dibeli
oleh pemborong tersebut.
[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i) Sekalipun kita digalakkan supaya berbuat baik, tetapi perlu berhati-hati supaya tidak ada
pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan kita itu. Walau bagaimanapun,
janganlah kita berfikir untuk melakukan kejahatan sepanjang hayat.
Buat baik ………………………………………………….
(ii) Semua anak imam itu berjaya dalam bidang akademik dan bidang keagamaan. Hal ini
tidaklah menghairankan kerana mereka beketurunan orang yang baik-baik.
Jika asal benih yang baik……………………………………
(iii) Arif menuduh Irfan mencuri telefon bimbitnya tetapi Irfan menafikannya. Berikutan
kejadian itu, ibu Arif menasihatinya supaya tidak membuat tuduhan secara melulu kerana
tindakan itu boleh menyebabkan pergaduhan.
Terlajak perahu boleh diundur ……………………………..

[6 markah]
SULIT 1103/2

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:

(i) Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin


(ii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(a) Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan tema novel tersebut.
Novel yang saya kaji ialah…………………………………….. karya
…………………………………..Tema novel ini ialah………………………………….
Dahlia
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
Dahlia
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

(7 markah)

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kebijaksanaan bagi
setiap novel tersebut.
Novel yang saya kaji, di tingkatan empat ialah …………………………..karya
…………………….. Manakala novel yang saya kaji di tingkatan lima ialah
………………………………. karya ………………………………….
Persoalan kebijaksanaan novel Jendela Menghadap Jalan ialah
………………………………………… Contohnya
……………………………………………………………………………………….
Manakala persoalan kebijaksanaan novel Songket Berbenang Emas
ialah…………………………………………………………………….

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai