Anda di halaman 1dari 6

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah ]
(i) Berikan maksud rangkai kata kaum Hawa. [2 markah]

(ii) Pengarang ada mengatakan beberapa sebab wanita, lelaki dan kanak-kanak diperdagangkan.
Nyatakan sebab-sebab tersebut. [3 markah]

(iii) Jelaskan dua langkah yang boleh dilakukan untuk mengawal aktiviti pemerdagangan
manusia. [4 markah]

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan
pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama
sayang masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonisme dan
modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda
saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resan dan nilai budaya
warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu
mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah.
Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai
anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang
bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.

“Mei, agama dan bangsa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad
yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih
ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi
bangsa yang dilaknati Allah.”

(Dipetik daripada Munsyi, Husna Nazri Antologi Jaket


Kulit Kijang dari Istanbul,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan punca-punca bonda menghalang Mel untuk
bermastautin di bandar. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja
sekarang? [3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada
cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional


Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
1
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri
Nara Diraja. Maka titah Sultan, ‟Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri
Wak Raja, saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, ‟Daulat, Tuanku.”
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi
matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan
sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir
akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, ‟Bagaimana maka datuk hendak beristeri
muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, ‟Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula
dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.”
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka
menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti
saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, ‟Tuanku, baiklah
Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”

Dipetik daripada‛Burung Terbang Dipipiskan Lada’


dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud rangkai kata tiada juga berkenan.


[2 markah]
(ii) Nyatakan tindakan Sultan selepas Seri Nara Diraja bersetuju memperisteri Tun Kudu.
[3 markah]
(iii) Pertelingkahan antara pembesar membawa kerugian kepada negara.
Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil untuk menyatukan kedua-dua
pembesar tersebut selain perkahwinan?
[3 markah]
Soalan 2 (d) – Petikan Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Erti Hidup Bererti

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
2
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Antologi Sejadah Rindu,


Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Huraikan maksud rangkap pertama sajak di atas. [2 markah]

(ii) Warga tua dikaitkan dengan isu kebosanan dan banyak waktu terluang.
Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh warga tua supaya
kehidupan mereka lebih berkualiti.
[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan, serta
menggunakannya sebagai peribahasa dan nama khas.

3
(i) pedalaman
(ii) peluasan
(iii) pemusnahan
(iv) perasmian
(v) pemakanan
(vi) pemodenan [6 markah]

(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah
tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

(i) "Saya akan bertolak ke Australia pada malam ini. Saya perlu menghadiri seminar di sana,"
kata Sara.
(ii) " Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk memelihara bangunan-bangunan
bersejarah di negara kita?' tanya Aidil kepada Suzie.
(iii) "Kamu haruslah membeli makanan di gerai yang bersih supaya tidak mengalami keracunan
makanan," kata Puan Fatimah kepada anaknya.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sektor pelancongan di negara ini yang mengalami penumbuhan pesat telah melipat gandakan
pendapatan negara menerusi pengaliran masuk wang asing.

(ii) Walaupun negara kita telah mencapai memerdekakan lebih 60 tahun, namun kita perlulah
sentiasa berwas-was untuk menghadapi ancaman neokolonisme.

(iii) Satu laporan lengkap tentang kejadian kemalangan yang melibat pelajar sekolah itu akan
dihantar ke kementerian pelajaran.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia yang disiarkan pada pukul 8.00 malam tadi
terdapat video klip berkenaan dengan perkhidmatan tren ke KLIA.

(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2017, Yang Amat Berusaha Perdana Menteri telah
mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.

(iii) "Pingat kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada
masyarakat,” kata raja kepada rakyatnya.
4
[6 markah]

(e) Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi
tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah : Sofie, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan
budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu ________(i)_______

Sofie : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah : Di luar negara nanti ayah berharap Sofie belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak,
berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda tidak kira
lelaki atau perempuan untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa
_______(ii)_________

Sofie : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak-
banyaknya kerana _________(iii)_________

[6 markah]

Soalan 4: Novel
(15 markah)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:

Jendela Menghadap Jalan - Ruhaini Matdarin


Songket Berbenang Emas - Khairuddin Ayip

(a) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu sikap masyarakat yang
sepatutnya dihindari.
[8 markah]
5
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan oleh :………………………………… Tarikh :………….………..


(SEVALINGAM DEVARAJAN)
Guru Bahasa Melayu

Disemak oleh :…………………………………. Tarikh : …………………..


(MECCA BT HJ YACOB)
Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disahkan oleh :…………………………………. Tarikh :…………………...


(GOH LEAN SEE)
Ketua Bidang Bahasa

Anda mungkin juga menyukai