Anda di halaman 1dari 4

aeman fadzim, [30.10.

19 03:49]

[10/28, 4:26 PM] Cikgu Zuhairi USM: FOKUS ISU KARANGAN MENJELANG PEPERIKSAAN SPM 2019

Seperti yang dijanjikan semasa program jerayawara bahasa di seluruh negara bahawa bermula hari
ini hingga 4 November 2019 (12 hari terakhir berturut-turut) saya akan muat naik isu-isu karangan
yang perlu diberikan perhatian menjelang Peperiksaan SPM pada 5 November nanti. Mudah-
mudahan usaha terakhir ini dapat membantu bakal calon menjawab kertas Bahasa Melayu dengan
lebih yakin dan cemerlang. Anggapkan semua isu yang dipaparkan ini sebagai ikhtiar dan latih tubi
terakhir. Jika ada isu yang keluar anggaplah itu sebagai kebetulan sahaja.

ISU KARANGAN - 1 YANG PERLU DIFOKUSKAN:

Satu lagi warisan budaya di negara ini yang perlu dilestarikan termasuk permainan tradisional.
Generasi muda perlu didedahkan dengan permainan tradisional supaya tidak pupus ditelan zaman
ekoran wujudnya pelbagai permainan alternatif kini terutama permainan komputer. Masih belum
terlambat untuk menyelamatkan permainan tradisional sekiranya semua pihak berusaha untuk
mengekal dan mempromosiya.

Permainan tradisional seperti gasing, galah panjang, congkak, batu seremban, kurik kundi, guli,
layang-layang, dan sepak raga bulatan boleh dihidupkan semula oleh pelbagai pihak. Permainan
gasing pada masa lalu misalnya menjadi salah satu cara bagi merapatkan hubungan silaturahim,
selain sebagai punca pendapatan melalui pembuatan gasing. Tetapi kini, gasing tidak lagi menjadi
satu permainan bagi mengisi masa lapang dalam kalangan penduduk setempat yang mempunyai
banyak pilihan untuk beriadah.

Permainan tradisional atau permainan rakyat pada umumnya merupakan permainan yang dicipta
oleh masyarakat tradisional, iaitu merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh
sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional ini menjadi
kebanggaan masyarakat silam yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi berikutnya.
Permainan tradisional juga sebagai pelengkap alam kanak-kanak pada masa silam yang berkisar di
serambi, laman rumah, dan tanah lapang yang tidak memerlukan belanja untuk berkongsi keriangan
dan kegembiraan. Mereka cuma perlu berkawan, namun bukan lagi resam kepada kanak-kanak
masa kini yang begitu terdedah dengan peralatan telekomunikasi yang amat mengasyikkan dan
menenggelamkan beberapa jenis permainan tradisional yang tersohor suatu ketika dahulu. Ekoran
daripada itu, permainan tradisional semakin dilupakan, namun masih terdapat prakarsa untuk terus
melestarikan, sekali gus mengembalikan nostalgia atau dikaitkan dengan simbol warisan budaya.

** Perbincangan selanjutnya haruslah tertumpu pada:

(a) Punca-punca yang menyebabkan permainan tradisional semakin pupus.

(b) Langkah-langkah mempopularkan permainan tradisional

(c) Kelebihan-kelebihan permainan tradisional

[10/28, 4:27 PM] Cikgu Zuhairi USM: ISU KARANGAN KE-2 YANG PERLU DIFOKUSKAN : - SEMANGAT
KEJIRANAN
Jiran merupakan komuniti paling hampir dengan kehidupan setiap individu dan menjadi kewajipan
ke atas kita untuk mengetahui, serta memahami segala perkara yang berlaku kepada jiran tetangga.
Hubungan intim dengan jiran membolehkan seseorang menjadikan jiran tempat mengadu dan
meminta bantuan atau pertolongan apabila sesuatu kesusahan menimpa. Kehidupan berjiran
ghalibnya dipenuhi unsur kerjasama, kesepakatan dan keprihatinan.

Selain tuntutan agama, kehidupan berjiran amat penting untuk negara kerana keutuhan dan
kekuatan sesebuah negara boleh diukur melalui semangat kejiranan yang ada pada warganya. Lebih-
lebih lagi Malaysia didiami pelbagai kaum yang memerlukan rakyat bersatu mewujudkan negara
maju. Oleh itu, usaha ini tidak harus dipandang ringan dan sudah tiba masanya kita mengorak
langkah menghidupkan semula semangat kejiranan demi keharmonian hidup dan kesepaduan
masyarakat menjadi benteng kukuh kepada pertahanan negara.

aeman fadzim, [30.10.19 03:49]

Hal ini demikian kerana pemuafakatan yang kuat antara jiran tetangga dapat membantu kerajaan
menjayakan agenda transformasi nasional seperti usaha mencegah jenayah. Seyogia diingatkan
bahawa kemakmuran sesebuah negara bergant

aeman fadzim, [30.10.19 03:50]

ung kepada kemantapan dan keutuhan hubungan setiap lapisan masyarakatnya. Masyarakat yang
berkualiti juga dilahirkan melalui persefahaman dan hubungan erat yang bermula daripada sebuah
hubungan kejiranan yang bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain.

Perbincangan selanjutnya haruslah tertumpu pada:

1. Langkah-langkah mengukuhkan semangat kejiranan

2. Faktor-faktor semangat kejiranan semakin longgar.

3. Kesan-kesan semangat kejiranan yang mantap.

[10/28, 4:27 PM] Cikgu Zuhairi USM: ISU KARANGAN KE-3 YANG PERLU DIFOKUSKAN - MEDIA SOSIAL

Pada zaman serba moden sekarang, tanpa telefon bimbit dan komputer riba, hidup bagaikan
tidak sempurna. Malah tiada hari yang berlalu, tanpa menghantar atau menerima khidmat pesanan
ringkas (SMS) mahupun tanpa menjengok laman sosial. Laman web rangkaian sosial tersebut telah
menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat. Laman sesawang sosial seperti Friendster,
Myspace, Facebook, dan Twitter kini semakin tersohor dan meluas penggunaannya lantaran rata-
rata masyarakat pelbagai lapisan usia sudah celik teknologi maklumat.

Terkini dikatakan terdapat 600,000 pemblog (blogger) dan 12 juta pengguna laman sosial yang
sangat popular iaitu Facebook di seluruh Malaysia. Semua lapisan masyarakat baik golongan
pemimpin, golongan profesional sehinggalah ke peringkat kanak-kanak boleh dikatakan majoriti
mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri. Oleh itu, kesan penggunaan laman sesawang sosial
tersebut kepada masyarakat yang mewarnai fokus perbincangan yang akan dihuraikan dalam
makalah ini. Tegasnya, hidup zaman sekarang diibaratkan tidak sempurna, tidak lengkap dan tidak
keruan, apabila semua peranti komunikasi itu ‘lenyap’ tanpa disentuh dalam kehidupan
seharian.........................

* Perbincangan selanjutnya haruslah tertumpu pada:

(a) Manfaat penggunaan media sosial

(b) Kesan negatif penggunaan media sosial

(c) Faktor-faktor tarikan penggunaan media sosial.

(d) Peranan media sosial dalam kehidupan harian.

[10/28, 4:27 PM] Cikgu Zuhairi USM: ISU KARANGAN KE-4 YANG PERLU DIFOKUSKAN - KES BULI

Saban tahun pelbagai kes disiplin yang berlaku di persekitaran sekolah dilaporkan dalam media
elektronik, media cetak dan juga media sosial. Dalam banyak kes disiplin, termasuk kes yang
melibatkan aspek kelakuan agresif terhadap individu lain seperti kes buli. Kejadian buli yang semakin
membarah bukan sahaja memberikan kesan kesihatan fizikal dan juga psikologi terhadap mereka
yang dibuli, malah dalam sesetengah kes turut melibatkan kematian. Izharlah, peraturan sekolah
seolah-olah tidak mampu menanamkan rasa takut kepada golongan pembuli meskipun banyak
amaran dan tindakan disiplin dikenakan kepada pembuli sebelum ini. Ekoran daripada itu, insiden
seperti ini mahupun kejadian lain yang tidak dilaporkan tetap menjadi bahan tular di laman-laman
sosial, sekali gus memberikan petunjuk jelas bahawa fenomena buli yang berhubung kait dengan
tingkah laku gengsterisme masih berleluasa di sekolah dan perlu dibendung dengan lebih serius.
Secara ringkasnya, peningkatan insiden buli akan secara tidak langsung menyuburkan budaya
gengsterisme. Oleh itu, membiarkan kedua-duanya berleluasa dalam persekitaran sekolah yang
merupakan medan untuk mendidik dan membentuk generasi anak bangsa, bukanlah sesuatu yang
sihat dan sewajarnya dikekang

habis-habisan.

Perbincangan selanjutnya haruslah tertumpu pada:

1. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes buli.

2. Kesan-kesan kes buli di sekolah.

3. Langkah-langkah menangani kes buli.

[10/28, 4:28 PM] Cikgu Zuhairi USM: SPM 2019

ISU KARANGAN KE-5 YANG PERLU DIFOKUSKAN - MARTABATKAN GOLONGAN OKU

Dalam masyarakat Malaysia, individu istimewa itu lebih merujuk kepada individu yang berbeza
daripada individu atau orang lain yang normal. Dalam erti kata lain, individu istimewa ialah mereka
yang mempunyai kecacatan atau yang tidak memiliki keupayaan secara normal seperti individu
normal lain.

aeman fadzim, [30.10.19 03:50]

Atas sebab ini jugalah mereka itu digolongkan dalam kategori orang kurang upaya (OKU) atau juga
sebagai orang kelainan upaya. Golongan OKU adalah sebaha

aeman fadzim, [30.10.19 03:50]

gian daripada anggota masyarakat yang mempunyai hak sama rata dan tidak sesekali dilihat sebagai
golongan yang lemah. Secara ringkasnya, individu dengan ketidakupayaan didefinisikan sebagai
kategori individu yang mempunyai masalah dari segi pembelajaran, emosi dan tingkah laku, masalah
pendengaran atau penglihatan, masalah bahasa dan komunikasi, masalah fizikal dan kesihatan,
autisme, pintar cerdas atau berbakat dan juga masalah yang berkaitan fungsi kognitif. Berdasarkan
kepada definisi tersebut, terdapat pelbagai kategori OKU dan pengelasan mereka adalah
berdasarkan pada kelainan dalam keupayaan atau ketidakupayaan mereka.

Seperti manusia normal, golongan OKU juga mempunyai potensi, kebolehan, dan mereka boleh
menyumbang secara berkesan kepada proses pembangunan negara. Sektor awam dan swasta perlu
menyediakan lebih banyak latihan serta peluang menceburi bidang keusahawanan agar mereka
mampu mandiri. Golongan itu jika diberi pendidikan atau latihan yang sempurna mampu bekerja
setanding dengan orang biasa. Mereka harus digalakkan untuk menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan agar tidak semata-mata bergantung kepada peluang pekerjaan yang disediakan oleh
pihak lain. Untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran selari
dengan keperluan semasa, penekanan terhadap bidang pendidikan dan latihan kemahiran perlu
terus diberi keutamaan oleh pihak berkuasa. Oleh yang demikian peluang perlu diberikan kepada
semua tanpa mengira sebarang perbezaan dan selaras dengan dasar kerajaan untuk memberi hak
yang sama kepada semua individu. Walaupun mengalami pelbagai kelemahan dan kekurangan,
tetapi tidak bermakna mereka tidak boleh menguasai kemahiran akademik atau kemahiran kerja
kerana mereka juga mempunyai keupayaan mental dan fizikal seperti golongan normal.

***

Perbincangan lanjut bolehlah ditumpukan pada:

1. Usaha-usaha kerajaan membantu golongan OKU.

2. Peranan ibu bapa terhadap anak-anak OKU.

3. Golongan OKU: Antara keperluan dan hak mereka.

4. Sumbangan OKU terhadap negara.

Anda mungkin juga menyukai