Anda di halaman 1dari 6

TAJUK: MASA DEPAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

SUB TAJUK: CABARAN MASA DEPAN KEBUDAAYAAN KEBANGSAAN PENGARUH


MEDIA SOSIAL

Definisi Media Sosial

Media sosial merupakan salah satu media yang mempunyai peranan besar dalam
kehidupan masyarakat kini. Media sosial daripada semasa ke semasa semakin dicintai oleh
masyarakat global. Media sosial menjadi salah satu media yang mempunyai pelbagai
keunggulan berbanding dengan media lainnya. Media sosial mempunyai sifat yang lebih
interaktif apabila dibandingkan dengan bentuk media tradisional seperti radio dan televisyen.
Melalui media sosial, kita dapat secara langsung berinteraksi dengan orang lain (Leonard
2016). Media sosial merupakan saluran komunikasi digital di mana para pengguna boleh
berkongsi maklumat, berinteraksi dengan segera, berkomunikasi secara dua hala dan
penghantaran mesej yang cepat ke beberapa orang dalam masa yang sama. Media sosial
menjadi platform masa kini yang disenangi oleh semua penggunanya (Hudson et al. 2015).
Dengan adanya perkembangan media sosial yang berbagai-bagai, media sosial dianggap
sebagai salah satu media yang cukup baik dan bijak apabila dijadikan sebagai salah satu
ruang awam. Media sosial yang bebas dilayari oleh sesiapa sahaja dan bebas untuk
melakukan pelbagai aktiviti mula daripada perbincangan umum, pembentukan pendapat,
hingga kepada pengedaran maklumat kepada seluruh lapisan masyarakat. Fan & Gordon
(2014) menambah bahawa era teknologi komunikasi dan maklumat, media sosial
mempunyai kuasa yang sangat besar. Pelbagai impak daripada kehadiran media sosial ini
mula memberikan suasana yang baharu. Media sosial menggantikan pelbagai peranan
media lama yang popular pada zamannya.

KESAN POSITIF MEDIA SOSIAL

Penggunaan internet sebagai medium untuk saling berkenalan dan mengeratkan


perpaduan memberi kesan yang positif kepada masyarakat. Kini, kadar penembusan jalur
lebar di Malaysia telah mencapai 71.0 peratus (SKMM,2017) menurut Laporan Akamai
(2017) purata kelajuan terpantas internet di Malaysia ialah 64.1 Mbps. Tambahan pula, data
menunjukkan pengguna media sosial di Malaysia ialah seramai 20 juta orang (SKMM,
2017). Dalam konteks di Malaysia, dengan kemajuan internet, masyarakat masa kini
mudah untuk terus berhubung dengan kenalan baru atau lama. Melalui media sosial,
masyarakat dapat bergaul dengan pelbagai etnik, latar belakang dan agama. Di samping
dapat memupuk semangat kesepaduan dan integrasi, masyarakat juga dapat membentuk
persefahaman antara satu sama lain.

Kini dengan wujudnya aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Tumblr,
Facebook, Twitter dan Skype turut memudahkan masyarakat untuk berkenalan dengan
rakan baru yang berbeza etnik dan latar belakang. Hal ini kerana, setiap media sosial yang
ada pada masa kini mempunyai ciri-ciri menarik yang boleh digunakan untuk menanam
semangat kesepaduan (K Hanafi 2018). Sebagai contoh melalui WhatsApp masyarakat
boleh berbual dengan sahabat-sahabat yang tinggal berjauhan kerana faktor tempat tinggal
sesuatu etnik. Tambahan pula dengan adanya status, pengguna dapat berkongsi kisah
atau pengalaman harian bersama sahabat. Selain itu, dengan adanya group whatsapp
pengguna dapat mengemukakan persoalan yang tidak difahami seperti budaya atau adat
sesuatu etnik supaya dapat dihapuskan prasangka buruk antara masyarakat.

Secara umumnya, semangat kesepaduan sosial ini mudah diterima oleh kebanyakan
masyarakat dan hal ini kerana kehidupan masyarakat majmuk sudah sebati dengan norma
kehidupan masyarakat Malaysia (Rosfazila Abd Rahman 2017). Justeru, beberapa
elemen menjadi persoalan seperti bagaimana masyarakat memahami isu perpaduan,
bagaimana persepsi mereka terhadap isu tersebut, adakah mereka menerima atau
menolak kegiatan aktiviti kesepaduan dalam kehidupan mereka serta apakah faktor-
faktor yang mendorong mereka untuk saling memahami antara satu sama lain.
Memandangkan kewujudan internet ini memberi pelbagai ruang dan peluang kepada
masyarakat, menyediakan pelbagai medium komunikasi, tambahan pula semua nombor
telefon atau kenalan melalui media sosial dapat dihubungkan tanpa batasan maka
terdapat kemudahan untuk membincangkan isu kesepaduan antara masyarakat

CABARAN MASA DEPAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Impak media baharu telah berkembang di Malaysia sehingga turut melanda ke atas
masyarakat Melayu yang mendiami di kawasan kampung tradisonal yang masih mengamal
sistem nilai dalam masyarakat mereka misalnya bagi masyarakat Melayu di Kampung
Serkam Pantai, Merlimau. Impak media baharu terhadap sistem nilai amat ketara apabila
masyarakat kampung kini semakin mengecilkan saiz hubungan interaksi antara mereka
kerana sudah tiada lagi konsep kunjung mengunjungi atau bersembang di waktu lapang di
halaman rumah. Masyarakat kampung Serkam Pantai sendiri sudah kurang berinteraksi
secara bersemuka antara sama lain kecuali apabila membabitkan majlis atau upacara
berkaitan dengan masyarakat itu sendiri. Mereka lebih suka melayari media baharu seperti
whatassp apabila berada dalan situasi keseorangan. Menurut Haji Abdullah Don (2015),
apabila beliau berkumpul sesama mereka sendiri di majlis kenduri atau majlis perkahwinan
sudah jarang berbual di antara mereka atau berinteraksi sebaliknya menatap telefon pintar
ditangan mereka masing-masingnya.

Begitu juga bagi peringkat kanak-kanak atau remaja di Kampung Serkam Pantai
daripada kaedah pemerhatian dilakukan didapati di kalangan mereka sudah kurang bergaul
antara satu lain. Mereka begitu leka dengan aplikasi media baharu seperti facebook,
permainan elektronik dan whatsaspp. Mereka sudah kurang keluar rumah untuk bermain
bersama-sama sebaliknya semakin bersendirian dan tidak suka diganggu. Mereka semakin
tidak aktif dan semakin tidak suka ke majlis membabitkan kemasyarakatan. Menurut Hajjah
Safiah Mohd Yusoff, budak-budak sekarang dah tidak suka pergi ke rumah saudara mara
samada membabitkan majlis kenduri dan majlis perkahwinan, kalau pergi pun ditangan
mereka masih memenggang talefon. Impak media baharu semakin memberi kesan ke atas
kanak-kanak dan remaja.

Selain itu, pengaruh media sosial turut menjadi ancaman baharu perpaduan
masyarakat berbilang kaum di negara ini berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab
menggunakannya untuk menyebarkan cerita tidak benar yang boleh menjejaskan
keharmonian. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (2016) berpendapat pengguna
media sosial perlu berhenti berkongsi cerita yang tidak disahkan kebenarannya kerana ia
hanya membuatkan masyarakat berpecah-belah. Hal ini demikian kerana, masyarkat akan
mudah tunduk dan terpengaruh dengan ideologi yang bertujuan menyemai kebencian dan
syak wasangka antara kaum dan budaya di negeri dan negara ini dan keadaan itu hanya
mensia-siakan pengorbanan orang yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan
negara.

Rentetan dunia di hujung jari telah melahirkan segelintir pengguna yang mudah
menyebarkan dan menyentuh isu sensiviti sesebuah etnik tanpa melakukan pembacaan
telah menyebabkan wujudnya provokasi terhadap seseuatu kaum sehinggakan melemahkan
kesepaduan etnik di Malaysia. Hal ini disokong oleh kajian yang menyatakan terdapat
segelintir informan yang mempunyai persepsi negatif terhadap penggunaan media sosial
sebagai tempat untuk memfitnah pihak lain. Penyalahgunaan media sosial kerana kurang
sensitif kepada isu-isu kesepaduan banyak menimbulkan salah faham antara etnik.
Media sosial seperti web dan blog serta facebook menyebabkan timbulnya
kerenggangan etnik kerana banyak menimbulkan isu sensitive. Beberapa laman web
juga yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensitif di
samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam
masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur peretnikan
begitu berleluasa pada masa sekarang. Generasi baharu Malaysia yang berhubungan
dengan media sosial akan terdedah kepada perkara yang tidak sahih, tidak sihat dan
mengancam. Jika tidak diselidik dan diterima ia boleh mengubah pandangan dan tindakan
masyarakat mengenai sesuatu perkara. Hal ini boleh dilihat melalui kenyataan informan
berikut:

…tak salah nak guna social media tapi kene cerdik dan sensitif sikit lah, ni semua nak
dilaporkan macam wartawan tak bertauliah. Ada isu sedap-sedap je post sebab nak dapat
perhatian dan banyak like. Tak sensitif langsung,mereka tak tau benda yang di post tu
mungkin berbentuk provokasi dan boleh menimbulkan sensitiviti perkauman….

…ada blog dan web saya tengok banyak memperkatakan isu-isu bahasa, agama, adat
resam malah kadang tu menabur fitnah…bahaya macam tu…

(Sumber: Rosfazila Abd Rahman et.al, 2019)

Selain itu juga, kurannya kawalan dan pemantauan terhadap penggunaan media sosial turut
mengancam kesepaduan sosial generasi baharu masyarakat majmuk Malaysia. Contohnya
isu keagamaan dan peretnikan dipersendakan secara bebas tanpa kawalan. Perkara ini
disebakan, kurangnya tindakan tegas oleh pihak berkuasa kerana berlakunya pertindihan
tugas dan bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi.
enyebaran berita palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan
terhadap anggota masyarakat di negara ini. Keadaan ini boleh menyebabkan berlaku
pertentangan pendapat dan menyebabkan juga wujudnya rasa benci dan dendam dalam
kalangan masyarakat majmuk yang mampu menggugat keamanan negara. Misalnya,
kenyataan informan:

..facebook paling bahaya, ada yang upload status kutuk, isu bahasa Melayu ..raja
Melayu..isu kerajaan,,macam-macamlah..ada juga palsu..bahaya sangat..boleh jadi
bergaduh..apa yang dapat? Puas hati sendiri? .

.isu kalimah Allah..Bible janganlah dibuat main..saya rasa generasi sekarang tak peka dan
tak terfikir apa masalah yang bakal jadi dengan bende ni..
…kerajaan ke pihak berkuasa ke badan penguatkuasa tolonglah buat sesuatu..Ada
bidang kuasa kan? Media social kita macam takde kawalan je…

(Sumber: Rosfazila Abd Rahman et.al, 2019)

PERANAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI KESEPADUAN MASYARAKAT

Kajian mendapati faktor yang paling utama diutarakan sebagai faktor kesepaduan adalah
faktor politik, faktor pendidikan dan faktor agama serta budaya masyarakat majmuk
Malaysia itu sendiri. Faktor politik adalah yang paling utama yang membantu dalam
menyatupadukan masyarakat melalui media sosial. Media sosial bukan sahaja digunakan
oleh masyarakat awam, malahan pemimpin masyarakat juga menggunakannya bagi
menyalurkan maklumat dan mengeratkan lagi hubungan mereka dengan masyarakat.
Dengan wujud kemudahan media sosial, pemimpin dapat menyampaikan maklumat dengan
lebih jelas dan tepat. Sebagai contoh, para pemimpin masa kini menggunakan medium
media sosial seperti Twitter, Facebook dan lain-lain untuk membincangkan isu-isu terkini
yang melibatkan pelbagai etnik supaya tidak timbul salah faham dalam masyarakat.

Seterusnya, ialah pendidikan di media sosial. Media sosial bukan sahaja digunakan
untuk berinteraksi antara satu sama lain, malah ia juga mempunyai manfaat besar kepada
pendidikan dalam masyarakat. Media sosial melalui faktor pendidikan menjadi platform
kepada para pelajar bukan sahaja dalam hal mencari bahan rujukan dan pelajaran dengan
mudah dan pantas malah sebagai medium untuk berkenal-kenalan dan berkomunikasi
dengan lebih mudah dan berkesan. Sebagai contoh, para pelajar berhubung dan
berkomunikasi melalui media sosial seperti FB, IG, twitter, Google, Youtube dan juga
Blog atas dasar pendidkan dan pembelajaran.

Faktor agama dan budaya juga membentuk kesepaduan sosial dalam kalangan
generasi baharu masyarakat majmuk Malaysia. Walaupun Malaysia mempunyai
berbilang bangsa dan etnik, namun perbezaan itu tidak menghalang daripada wujudnya
kesepaduan antara etnik. Dengan penyaluran maklumat dan hebahan informasi
kepelbagaian agama, kepercayaan dan adat resam di media sosial, masyarakat saling
memahami, menghormati dan saling menjaga sensitiviti antara etnik. Kefahaman dan tolak
ansur sesama etnik dapat mengeratkan lagi hubungan dan kesepaduan sosial dalam
kalangan masyarakat. Sebagai contoh, iklan-iklan yang disiarkan melalui Youtube dan
televisyen sering dikaitkan dengan kesepaduan antara masyarakat yang pelbagai etnik.
Seperti iklan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang turut disertai oleh pelbagai etnik dan lain-
lain.
RUMUSAN

Peranan media sosial dalam era teknologi yang kian membangun ini sangat memberi
impak yang besar. Media sosial menjadi salah satu faktor yang memberi ruang kepada
masyarakat untuk berinteraksi. Penglibatan masyarakat dalam penggunaan media sosial
mempengaruhi pembentukan masyarakat. Penggunaan media sosial haruslah mempunyai
batasan dan berlandaskan tatatertib yang baik. Banyak kebaikan yang mampu
dicetuskan dalam pembentukan masyarakat melalui media sosial dari segi pendidikan,
perusahaan dan juga penyatuan ummah. Namun, ada di kalangan masyarakat kita yang
menyalahgunakan media sosial sebagai satu medium untuk memecah belahkan perpaduan
masyarakat

Setiap individu dalam lapis masyarakat perlu mempunyai pemahaman dan atitiud yang baik
berkaitan perkara kesepaduan sosial. Pihak bertanggungjawab juga perlu berperanan bagi
mengawal dan memantau penyalahgunaan media sosial yang berpotensi memecah-
belahkan kesepaduan sosial masyarakat.

RUJUKAN
Rosfazila Abd Rahman et.al. (2019). Kesepaduan sosial generasi baharu masyarakat
majmuk malaysia melalui media sosial: suatu kajian pemahaman, persepsi,
penerimaan dan faktor. Diakses dari
https://www.researchgate.net/publication/334389318_PASAK4_2019_ROSFAZILA_
ET_AL_KESEPADUAN_DALAM_MEDIA_SOSIAL

Anda mungkin juga menyukai