Anda di halaman 1dari 19

1

1.0 Pengenalan
Music has to have its soul and its own original form. The soul
must be strong and the form must be clear. Its form must be
able to be heard and able to highlight its true, original self the
form must be expressed as required by the soul or spirit.
M Nasir, 2009
Ungkapan dari M Nasir ini membuka tirai perbincangan pengkaji. Di sini terserlah pemilihan
diksi seperti soul dan original form. Bagi M Nasir, muzik atau lagu harus diberikan nafas
dan fitur-fitur seolah-olah ianya hidup. Perkara ini disebabkan oleh kerana muzik
merupakan salah satu bentuk seni yang menjembatani kenikmatan kita terhadap karya
sastera. Muzik harus diberi penjiwaan dan bentuk yang kukuh agar ianya dapat didengar
dan dinikmati nilai estetikanya.
Sememangnya muzik memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan kita masa kini.
Industri muzik juga berpotensi menaikkan ekonomi sesebuah negara. Di Korea umpamanya,
muzik merupakan produk ekspot tertinggi negara itu dan ianya mendatangkan hasil yang
lumayan buat negara Korea.
Selain itu, muzik juga dijadikan sebagai alat untuk menyatukan negara. Sebagai
contoh di Malaysia, lagu 1 Malaysia dicipta dengan tujuan menimbulkan semangat patriotik
dan cinta terhadap negara. Tujuan ini mungkin tidak boleh tercapai tanpa peranan penting
yang dimainkan oleh bahasa itu sendiri.
Bahasa ialah sistem yang arbitrari iaitu simbol bunyi bersuara yang membenarkan
semua orang dalam budaya itu ataupun mereka yang mempelajari sistem budaya
berkomunikasi (Finocchiaro, 1964). Bahasa diungkapkan melalui simbol-simbol bunyi yang
dihasilkan oleh alat ucap manusia. Peranan utama bahasa sememangnya adalah untuk
manusia berkomunikasi.
Pada dasarnya, peranan utama bahasa selaku alat untuk berkomunikasi merupakan
keperluan manusia dalam menjalani kehidupan mereka sehari-hari. Di samping itu bahasa
juga dapat memenuhi fungsi-fungsi tertentu yang digunakan berdasarkan keperluan
seseorang, yakni sebagai alat untuk mengekspresikan diri, sebagai alat untuk berintegrasi
dan bersosial dalam lingkungan atau situasi tertentu, dan sebagai alat untuk melakukan
kontrol sosial (Keraf, 1997: 3). Melalui bahasa, kita dapat mempamerkan sudut pandang,
pemahaman suatu hal juga pendirian bahkan sifat diri kita. Jelas di sini bahasa menjadi
cerminan diri seseorang.
2

Di samping itu bahasa juga merupakan alat ekspresi diri sekaligus memaparkan
nilai-nilai estetika yang dapat dinikmati manusia. Sajak, puisi, teks pembacaan dan lain-lain
lagi merupakan beberapa contoh bagaimana bahasa dapat menjadi jambatan untuk
manusia menikmati nilai estetik. Bahasa juga menjadi alat identiti diri dan budaya sesebuah
golongan manusia.
1.1 Bahan Dan Data Kajian
Tajuk lagu yang diambil sebagai bahan kajian ialah lagu Penantian oleh tiga buah
kumpulan yang berlainan iaitu kumpulan Blackrose, Rusty Blade dan juga Febians. Anehnya
tajuk lagu ini dikongsi bersama oleh ketiga-tiga band di atas.
Kumpulan Black Rose adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mulai
dikenali ramai setelah menyertai "Juara Rock Galactica 88". Kumpulan muzik ini telah
menghasilkan album pertama mereka pada penghujung tahun 1990. Album itu diberi nama
Blackrose sebagai tajuk album.
Kumpulan Rusty Blade pula sememangnya dikenali sebagai sebuah kumpulan band
rok yang berasal dari Singapura. Penyanyinya J Yantzen yang serba versatil mempunyai
kemampuan untuk memukau peminat kerana aksi ligatnya di atas pentasnya. Satu lagi
anugerah yang ada padanya ialah kebolehan Yantzen mencipta lagu. Lagu Penantian
nyanyian beliau merupakan salah satu lagu yang dicipta olehnya.
Kumpulan DFebians pula merupakan sebuah kumpulan muzik rok Malaysia yang
mula menjadi sebutan remaja Malaysia semenjak tahun 1983. D Febians muncul sebagai
salah satu kumpulan rok yang bertanding dalam pertandingan "Juara Rock 1983". Pada
pertengahan tahun '80an ('86-'88), kumpulan ini menukarkan namanya kepada Febians.
Perincian bahan adalah seperti berikut:
Kumpulan Durasi Komposer
Black Rose(1990) 5 minit 19 saat Amri Saari
Rusty Blade(2009) 4 minit 38 saat J. Yantzen
Febians(2008) 5 minit 20 saat Febians

Berikut pula merupakan 11 data yang bakal dikaji:
seksanya setia keresahan belenggu
terharu seketika sepi kehampaan
tandus rindu kemesraan
3

Terdapat 11 golongan kata adjektif yang akan dianalisis oleh pengkaji. Pengkaji cuba
mengenalpasti dan memilih kata adjektif yang muncul dalam sekurang-kurangnya dua buah
lagu yang dipilih pengkaji. Perkataan selebihnya dipilih secara rambang yang terdiri dari
golongan kata adjektif.
Contoh Tak sanggup lagi... aku... sepi (L1R7B7)
Bertemankan rindu dalam sepi (L3R1B2)

Beginikah seksanya (L1R1B3)
Penantian satu penyiksaan (L3R3B1)

Ini merupakan contoh bagi perkataan sepi dan seksa yang muncul dalam dua buah
lagu iaitu lagu kumpulan Black Rose dan juga kumpulan Febians.
1.2 Batasan Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji akan memberi fokus hanya pada lirik lagu. Ini penting supaya
dapatan kajian bertepatan dan memuaskan. Pengkaji telah menetapkan bahawa tiada
penelitian akan dibuat pada nada mahupun melodi lagu walaupun aspek ini merupakan
salah satu aspek penting dalam lagu.
Golongan kata adjektif sahaja yang akan dianalisa oleh pengkaji. Penetapan ini
dibuat kerana golongan kata adjektif sering dikaitkan dengan perasaan manusia. Ditekankan
juga bahawa golongan kata adjektif yang dipilih sebagai data kajian terdiri daripada dua
bentuk ; kata dasar dan juga kata terbitan.
Tema cinta dipilih untuk menjadi tema utama buat kajian ini. Secara keseluruhan,
tema cinta mendominasi kebanyakan lagu-lagu yang terdapat di pasaran. Tema cinta
bersifat universal dan seperti yang kita ketahui, ianya merupakan salah satu tema yang
mendominasi lirik-lirik lagu. Cinta bersifat abstrak dan pelbagai. Jika kita renungi secara
mendalam, tidak ada definisi khusus tentang cinta. Selalunya, tatkala mendengar lirik-lirik
berasaskan tema cinta, pasti akan terkait perasaan bahagia dan berbunga-bunga. Namun
begitu ada kalanya cinta mengaitkan kita dengan perasaan sakit hati dan kesedihan yang
mendalam.
Tema cinta boleh dibahagikan kepada pelbagai cabang. Subtema yang dipilih untuk
kajian ini ialah subtema penantian dalam percintaan. Tema ini begitu terserlah dalam
semua lagu yang dikaji. Nilai penantian merupakan satu nilai yang mesti ada dalam
4

percintaan. Penantian di sini berpusar kepada episod cinta yang pergi namun masih
diharapkan untuk kembali. Harapan dan keyakinan bahawa cinta pasti datang pada
waktunya akan membuatkan seseorang itu bertahan dalam penantiannya.
Carta di bawah ini pula menjelaskan analisis pengkaji terhadap bahan data mengikut
konsep-konsep yang bakal digunakan.
Hipernimi Homonimi Kolokasi Sinonimi
rindu rindu belenggu sepi
terharu tandus keresahan
hampa kehampaan
resah
seksa
setia

1.4 Metodologi Kajian
Kaedah kepustakaan dipilih sebagai kaedah utama dalam kajian ini memandandangkan
terdapat banyak bahan-bahan kajian serta bukti-bukti yang kukuh mengenai kajian ini.
Ramai sarjana yang giat menulis buku mengenai tajuk ketepatan pemilihan kata dalam lirik
lagu. Dengan itu, bahan rujukan relevan dapat diakses dengan mudah di perpustakaan.
Kajian juga membuat penelitian rujukan dalam talian seperti Pusat Rujukan Persuratan
Melayu kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
1.5 Objektif Kajian
Secara umum, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti domain semantik dan mengkaji
pemilihan kata yang digunakan dalam ketiga-tiga lagu yang dipilih pengkaji. Analisis
penggunaan leksikal yang digunakan dengan berfokus pada makna yang dirujuk.
Objektif-objektifnya adalah seperti berikut:
i. Menganalisis ketepatan pemilihan kata dalam lirik lagu-lagu yang dipilih.
ii. Menganalisis golongan kata adjektif yang terdapat dalam lirik lagu-lagu
tersebut.
2.0 Definisi dan Konsep
Berikut ialah penerangan tentang beberapa konsep penting yang akan digunakan dalam
kajian ini.
5


2.1 Domain Semantik
Menurut Kamus Linguistik (1997:158), medan makna (semantic field) merujuk kepada
kumpulan butir leksikal yang maknanya saling berhubung kait disebabkan kehadiran
masing-masing dalam konteks yang serupa.

2.2 Konsep Sinonimi
Sinonimi pula merujuk kepada hubungan antara sinonim (Kamus Linguistik, 1997:204). Dua
perkataan itu sinonim jika dan hanya jika ia mempunyai sama makna atau sekurang-
kurangnya mempunyai komponen makna bersama. Asmah Haji Omar (2008) pula
mendefinisikan sinonimi sebagai merujuk kepada makna leksikal yang sama daripada
pelbagai kata yang berbeza. Perkataan-perkataan yang sinonim ditulis di dalam kamus
sebagai entrikata yang berbeza.
Contoh : syurga : inderaloka, keinderaan, taman firdaus, jannah, adan (Kamus
Sinonim. 1984:870)

2.3 Konsep Hiponimi
Kamus Linguistik (1997:92) menyebut hiponimi sebagai hubungan antara hiponim dan
superordinatnya. Hubungan antara dua leksikal atau lebih yang mana makna itemnya itu
terangkum di dalam makna item yang satu lagi.
Contoh:
binatang

kuda singa gajah rusa


2.4 Konsep Homonimi
6

Homonimi pula merujuk kepada hubungan antara homonim(Kamus Linguistik, 1997:93)
Hubungan dua kata yang sama ortografi dan/atau fonologi tetapi berbeza maknanya. Ada
kasus yang menunjukkan sama kategori sintaktik dan kategori golongan katanya.
Contoh : perkataan daun
daun I
bahagian tumbuh-tumbuhan yang biasanya leper dan nipis, berwarna hijau dan tumbuh di
dahan

daun II
tengas daun, sejenis ikan darat, Acrossocheilus deauratus,
daun baharu, sejenis ikan laut, Ephippus orbis

daun III
burung daun, sejenis burung (Kamus Dewan Edisi Empat,
2007:320)


2.5 Konsep Kolokasi(Cakupan)
Kolokasi pula ialah hubungan sesuatu kata dengan kata lain dalam lingkungan tertentu.
Ianya merujuk kepada asosiasi tetap antara kata dengan kata yang lain. Keadaan dua kata
atau lebih yang dianggap sebagai butir leksikal tersendiri, tetapi sebagai anggota golongan
kata tertentu. Cakupan atau pengikutan (entailment) ialah hubungan sesuatu kata dengan
kata lain dalam lingkungan tertentu. (Kamus Linguistik, 1987:135)
Contoh
a. Hujan lebat tidak berhenti-henti.
b. Padang sekolah mesti basah.

3.0 Analisis
Berikut merupakan penganalisan data oleh pengkaji. Pengkaji dapat ada beberapa konsep
yang terdapat dalam data kajiannya yang boleh disentuh. Konsep-konsep itu ialah konsep
hipernimi, konsep homonimi, sinonimi dan juga kolokasi.
3.1 Konsep Hipernimi
Dari pangkalan data yang dipilih, terdapat beberapa perkataan yang mempunyai hubungan
antara dua leksikal atau lebih yang mana makna itemnya itu terangkum di dalam makna
item yang satu lagi.
7




Contohnya adalah seperti berikut:
Perasaan superordinat

subordinat

rindu terharu hampa resah seksa setia

kohiponim

Dalam contoh di atas, perkataan perasaan yang merupakan superodinat kepada
semua perkataan yang mewakili subordinat kepada perkataan perasaan. Ini kerana semua
perkataan subordinat itu melambangkan atau memaparkan perasaan seseorang dalam
percintaan. Perasaan rindu, terharu, hampa, resah, seksa dan setia pastinya boleh dilalui
seseorang yang sedang bercinta. Apatah lagi jika subtema Penantian dalam Percintaan
yang ingin ditonjolkan dalam lagu tersebut. Hubungan antara perkataan-perkataan
subordinat ini pula digelar kohiponim.

3.2 Konsep Homonimi
Homonimi pula merujuk kepada hubungan dua kata yang sama ortografi dan/atau fonologi
tetapi berbeza maknanya. Kekata rindu dalam lirik lagu ini menjadi pilihan pengkaji untuk
melihat ketepatan pemilihan kata dalam lirik lagu ini.

3.2.1 Kekata rindu
Kekata rindu digunakan oleh komposer lagu untuk mencerminkan keadaan dirinya yang
merindui orang yang disayanginya. Perkataan rindu ini boleh didapati dalam lirik lagu
Febians seperti berikut.
8

Aku yang masih disini (L3R1B1)
Bertemankan rindu dalam sepi (L3R1B2)


Berikut merupakan dapatan kajian perkataan rindu yang dikaji pengkaji.
K4(2007:1332) KBMN(2003:2282)
rindu I
1. ingin benar akan sesuatu atau berjumpa
dengan seseorang

2. perasaan sangat cinta atau berahi pada
seseorang.

rindu ii
sejenis tumbuhan(buluh)

rindu iii
sejenis tumbuhan(pokok besar)
rindu i
1.sangat ingin dan berharap benar akan
sesuatu

2. berasa ingin sekali hendak berjumpa
seseorang

3. rindu dendam

rindu ii
sejenis tumbuhan(pokok besar)


Melalui carta ini, dapat dirumuskan bahawa penggunaan perkataan rindu amat
menepati kehendak penulis. Di sini penulis lirik ingin membawa makna ingin benar akan
sesuatu atau berjumpa dengan seseorang (dibulatkan) seperti yang diberikan dalam Kamus
Dewan Edisi 4. Rindu di sini menggambarkan keinginannya yang ingin sangat bertemu
atau berjumpa dengan seseorang. Penulis lirik hendak memberi gambaran keadaan
seseorang yang masih menanti kekasihnya. Dia seolah-olah bertemankan perasaan rindu.
Untuk memperlihatkan keadaannya yang gusar dan dalam kegersangan itu, dia
bertemankan rindu dalam sepi.
Ayat sebelumnya, Aku yang masih disini (L3R1B1) menggambarkan kesetiaannya
menunggu kekasihnya yang tidak kunjung tiba. Ayat ini penting demi menunjukkan keperitan
dan pengorbanannya menanti kekasihnya bertemankan rindu dalam kesepian. Sekaligus
perihal ini menyokong subtema Penantian dalam Percintaan yang diketengahkan komposer
lagu.

3.2.2 Kekata tandus
9

Kekata tandus juga digunakan oleh komposer lagu untuk mencerminkan cintanya yang
sangat mendalam kepada kekasihnya. Perkataan tandus ini boleh didapati dalam lirik lagu
Febians seperti berikut.

Cinta ku beraja di hati (L3R4B1)
Tiada istilah tandus lagi (L3R4B2)

Berikut merupakan dapatan kajian perkataan tandus yang dikaji.
KD4(2007:1597) KBMN(2003:2704)
tandus i
tidak ditumbuhi apa-apa(tanah)



tandus ii
sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung,
licin-licau
tandus i
tidak dapat ditumbuhi apa-apa tanaman
atau tumbuhan keranan kekurangan
nutrien(zat hara) pada tanah; tidak subur;
gersang

tandus ii
sedikit pun tidak ada lagi; habis sama
sekali; habis langsung

Melalui carta ini, dapat kita lihat makna perkataan tandus yang ingin diketengahkan
oleh penulis lirik. Di sini penulis lirik ingin melukiskan kepada pendengar akan ikrar cinta dan
kasihnya kepada pasangannya bahawa cinta yang beraja di hati itu tiada sedikit pun
habis(Kamus Dewan Edisi 4). Perkataan tandus itu memberi penekanan terhadap betapa
dalamnya cinta yang dianutinya itu. Dalam erti kata lain cintanya itu tiada penghabisannya.
Perkataan tandus yang digunakan penulis lirik ini amat bertepatan kerana pendengar
dilukiskan dengan satu ikrar percintaan setia.
Ayat sebelumnya, Cinta ku beraja di hati (L3R4B1) membantu lebih lanjut
penggunaan kekata tandus dalam lirik lagu ini. Ianya memberi gambaran kesangatan
cintanya yang tiada tandus tehadap kekasihnya itu. Sekaligus perihal ini menyokong
subtema Penantian dalam Percintaan yang diketengahkan komposer lagu.

3.3 Konsep Kolokasi(Cakupan)
10

Dalam lirik lagu L3, ada terdapat konsep cakupan atau pengikutan (entailment) yang
digunakan oleh komposer lagu. Konsep cakupan merujuk kepada hubungan sesuatu kata
dengan kata lain dalam lingkungan tertentu. (Kamus Linguistik, 1987:135)


Contoh
Belenggu di kalbuku (L2R3B4)
KD4 (2007:154) KBMN(2003:2704)
belenggu i
alat untuk mengikat kaki atau tangan, rantai
kangkang, gari sengkela

belenggu ii
ki sesuatu yang dianggap seperti
mengikat(kebebasan dll)
belenggu i
alat untuk mengikat kaki atau tangan, rantai
kangkang, gari; sengkela; borgol

belenggu ii
ki sesuatu yang mengikat sehingga tidak
bebas lagi; ikatan

Di sini amat terserlah bahawa perkataan belenggu ingin menggambarkan keadaan
gundah gulana seseorang. Cakupan belenggu semestinya menggambarkan bahawa
seseorang itu dalam keadaan penderitaan dan keresahan.
Contoh: a. Belenggu di kalbuku
b. Dia sedih dan sedang menderita.
Contoh di atas ini menunjukkan cakupan ayat yang mengikutinya. Jika dia
dibelenggu kalbunya, maka pastinya pendengar dilukiskan perasaan terikat dan betapa dia
dirantai sehingga tidak bebas lagi.

3.4 Konsep Sinonimi
Beberapa contoh telah diambil sebagai data kajian dalam konsep sinonimi untuk
menganalisis ketepatan makna leksikal dalam konteks ayat tersebut.

3.4.1 Kekata sepi
11


Contoh Sinonimi 1 :
Aku yang masih disini (L3R1B1)
Bertemankan rindu dalam sepi (L3R1B2)
Aku yang setia menanti (L3R1B3)


Kamus Makna
KD4(2007:1460) sepi i
tidak riuh, senyap, sunyi
sepi ii
tidak banyak orang, tidak ramai, lengang
sepi iii
ki tidak meriah, dingin, tidak menghiraukan atau mempedulikan
sangat
KSLRK(1984) sepi i
sunyi senyap, senyap sunyi, sunyi sekali
sepi ii
lengang, tidak sibuk, tidak ramai orang, tidak riuh, tidak banyak
orang, tidak meriah, dingin, tidak berorang, kosong, diam, hening
sepi iii
lesu , merosot(perniagaan)
KBMN(2003:2488) sepi i
tidak dengar sebarang bunyi, suara,dsb; senyap; sunyi; hening
sepi ii
tidak banyak orang(kenderaan dsb) yang lalu lalang; tidak
ramai(pembeli, pengunjung, dsb)yang datang;sedikit sekali
kegiatan(perniagaan, dsb); lengang
sepi iii
ki tidak hangat(meriah, mesra dsb) sambutan atau layanan thd
seseorang dsb; dingin:
sepi iv
ki bebas atau terlepas daripada sesuatu(bahaya,gangguan,
penderitaan dsb); sunyi
sunyi v
ki tidak riang(ceria,gembira,dsb) kerana hidupnya keseorangan atau
12

tidak berteman.

Melalui jadual di atas, dapat dirumuskan bahawa penulis lirik lagu ini menggunakan
perkataan yang menepati kehendaknya. Lirik lagu bertemankan rindu dalam sepi (L3R1B2)
membawa makna keadaan seseorang itu yang merindukan seseorang dalam sebuah
kesunyian. Dalam satu penantian maka penulis lirik membawa dirinya seperti berada dalam
kesepian walaupun berada di khalayak ramai. Perasaan rindu ini tidak dapat diungkaikan
dengan perkataan kerana perasaan ini merupakan sesuatu yang berada dilubuk hati yang
dalam sekaligus membawa dirinya dalam kesepian. Jika dilihat dalam konteks ayat, maksud
bagi perkataan sepi yang menepati makna dalam lirik lagu tersebut ialah makna yang
pertama dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu tidak riuh, senyap, sunyi (yang
dibulatkan) dan makna sunyi senyap, senyap sunyi, sunyi sekali dalam Kamus Sinonim
Lengkap dengan Rangkai Kata. Begitu juga rujukan maknanya dalam Kamus Bahasa
Melayu Nusantara. Namun, perkataan sepi tersebut bukanlah dirujuk pada keadaan
sekelilingnya tetapi lebih kepada emosi dirinya yang mengalami keadaan sepi.
Beberapa sinonim bagi perkataan sepi dapat dilihat dalam Tesaurus Bahasa
Melayu (1992:557). Sinonim bagi kata sepi dalam kamus tersebut adalah senyap, sunyi,
lengang, dan dingin. Kata-kata yang bersinonim dengan kata sepi ini mempunyai fitur
makna yang sama. Namun, fitur maknanya tidak sama seratus peratus. Fitur-fitur makna
bagi perkataan-perkataan tersebut ialah:










Sepi
+tidak riuh
+senyap
+sunyi
+dingin
-banyak orang
-ramai
-meriah
Senyap
+sunyi
+sepi
+tidak berkata-
kata
-bising
-kedengaran apa-
apa
Sunyi
+hening
+senyap
+tidak
kedengaran
sebarang suara
+sepi
Lengang
+sunyi
+sepi
+berasa tersendiri
-sibuk
-ramai orang
Dingin
+tidak meriah
+tidak mesra
+sepi
13

Jika melihat fitur-fitur makna perkataan-perkataan tersebut, perkataan sepi
mempunyai banyak komponen yang membolehkan perkataan tersebut sesuai dengan
konteks ayat tersebut, iaitu melibatkan perasaan seseorang dalam sebuah penantian.
Kesemua sinonim sepi tersebut mempunyai fitur makna yang hampir sama, namun penulis
lirik lagu ini menggunakan perkataan sepi kerana perkataan ini lebih sesuai digunakan bagi
menggambarkan perasaan yang sedang dalam kerinduan berbanding dengan senyap dan
sunyi. Senyap dan sunyi kebiasaannya digunakan keadaan persekitaran, manakala
lengang dan dingin digunakan dalam konteks ayat yang berbeza (Kamus Sinonim
Lengkap dengan Rangkai Kata).
3.4.2 Kekata keresahan
Contoh Sinonimi 2
Mengapa harus kita ditemukan (L1R B )
Di saat jiwaku keresahan (L1R B )
Perkataan keresahan merupakan kata terbitan daripada kata dasar resah. Leksikal
yang akan dianalisis ialah kata dasarnya sahaja iaitu resah. Namun, makna akan diberi
dalam bentuk kata dasar dan kata terbitannya.
Kamus Makna
KD4(2007:1323) resah
tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup
keresahan i
perihal (keadaan) resah
keresahan ii
mengalami resah
KSLRK(1984) resah
Kebingungan, kepompongan, gelisah, kelesah, tidak tenteram
(perasaan), tidak tenang, rusuh hati, gugup, risau, tidak sabar
(menanti)
keresahan
Kegelisahan, kerusuhan hati, kekhuatiran
KBMN(2003:2268) resah i
tidak tenang hati kerana sesuatu perkara dsb; rusuh hati; gelisah;
gugup
resah ii
tidak senang duduk(baring dsb) dgn diam atau tenang; cenderung
14

memaling-malingkan badan(bergerak-gerak dsb) ketika baring,
duduk, tidur, dsb; gelisah; renyah
keresahan i
perihal(keadaan) resah:
keresahan ii
berasa resah

Perkataanresah didefinisikan sebagai perasaan yang tidak tenang, gelisah, dan
gugup. Manakala kata terbitan keresahan merupakan perlakuan atau keadaan yang
sedang resah. Lirik lagu mengapa harus kita ditemukan, di saat jiwaku keresahan
mempersoalkan tentang pertemuan dengan kekasihnya pada saat jiwanya dalam keadaan
tidak tenang, resah, dan gelisah. Penulis lirik lagu ini menggunakan pilihan kata yang tepat
berdasarkan konteks ayat tersebut. Terdapat beberapa kata sinonim dengan perkataan
resah menurut Tesaurus Bahasa Melayu (1992:502), iaitu gelisah dan gugup. Fitur-fitur
makna perkataan ini dapat dilihat seperti rajah di bawah :




Fitur-fitur makna bagi perkataan resah dan gelisah mempunyai hampir
persamaannya. Namun, perkataan gugup tidak mempunyai persamaan dari segi fitur
maknanya. Perkataan gugup tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Penulis
telah memilih perkataan resah kerana perkataan tersebut tepat dengan konteks ayat itu.
Perkataan gelisah tidak digunakan kerana makna resah sudah mencakupi keadaan yang
gelisah.

3.4.3 Kekata kehampaan
Contoh Sinonimi 3
Aku tenggelam...Kehampaan... (L1R B )
Keseorangan...Mana sinaran? (L1R B )

resah
+tidak tenang hati
+rusuh hati
+gelisah
+gugup
gelisah
+tidak tenang hati
+tidak tenteram
+tidak sabar
+risau
gugup
+bingung
+kehilangan akal
15

Perkataan yang akan dianalisis ialah kata kehampaan. Kata ini merupakan kata
terbitan yang diterbitkan daripada kata dasar hampa. Leksikal yang akan dianalisis ialah
kata dasarnya sahaja. Namun, makna akan diberi dalam bentuk kata dasar dan kata
terbitannya.
Kamus Makna
KD4(2007:433) hampa i
kosong, tidak berisi
hampa ii
ki kecewa
hampa iii
ki tidak ada hasil, sia-sia, gagal
hampa iv
ki tidak berilmu, bodoh, dungu

kehampaan i
perasaan kecewa, kekecewaan
kehampaan ii
ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan
KSLRK(1984) hampa i
kecewa, kecele, lompong, putus (harapan), nabung, kelompang,
melepas.
hampa ii
membung, kering serta tidak berisi didalamnya (padi), sia-sia, tidak
ada hasil, tidak berguna, pelau, angin, kosong (cakap), terpelahau,
terlepas (peluang), nihil, tidak ada sesuatu apa, gagal, hau, gobok,
tidak berbuah, mandul (perempuan).
hampa iii
tidak berilmu, goblok, tongong, bodoh, bebal, dungu, tolol, tiada
pengetahuan.

kehampaan
kekosongan, kekecewaan, kebebalan, ketololan, kebodohan,
ketiadaan pengetahuan, kedunguan, kegoblokan.
KBMN(2003:885) hampa i
kosong; tidak berisi
hampa ii
16

ki kecewa; sepi
hampa iii
ki sia-sia; gagal; tidak ada hasilnya
hampa iv
ki bodoh; dungu; tidak berilmu.

kehampaan i
kekosongan
kehampaan ii
ki perasaan hampa
kehampaan iii
ketiadaan pengetahuan; kebodohan; kedunguan

Perkataan hampa dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada makna
kekecewaan. Dalam semua kamus yang dirujuk, makna kiasan kecewa begitu menyerlah
untuk melukiskan makna hampa. Namun, makna kehampaan ialah perasaan kecewa dan
perkataan tersebut bukanlah satu kiasan. Perkataan ini memang digunakan dalam bahasa
standard Bahasa Melayu untuk menggambarkan perasaan kecewa. Oleh itu, penulis telah
menggunakan perkataan yang tepat dalam lirik lagu ini untuk menggambarkan perasaan
kecewa.
Terdapat beberapa kata sinonim dengan perkataan hampa dalam Tesaurus Bahasa
Melayu (1992:202), iaitu kosong, sia-sia, bodoh, dungu, dan kecewa. Namun, menurut
konteks ayat, hampa bersinonim dengan kecewa. Apakah fitur-fitur makna bagi kedua-
dua perkataan ini berbeza? Lihat rajah di bawah :





Fitur makna bagi kedua-dua perkataan ini mempunyai hampir persamaan. Penulis
terdorong untuk menggunakan perkataan hampa kerana darjah makna hampa yang lebih
menunjukkan perasaan yang ingin dinyatakan itu. hampa mempunyai darjah makna yang
hampa
+kosong
+tidak berisi
+kecewa
+kegagalan
+tidak berilmu
kecewa
+dukacita
+hampa
+gagal
+tidak berhasil
17

lebih tinggi berbanding kecewa. Penulis ingin menunjukkan betapa dirinya yang sedang
berada dlam kekecewaan.

3.5 Domain Semantik
Jumlah perkataan yang dipilih oleh penulis lirik untuk menghasilkan lirik lagunya bukanlah
penentuan tercapainya objektif tema yang ditetapkan. Dalam perkara ini pemilihan kata yang
tepat menjadi teras pencapaian tema yang ingin penulis lirik itu ketengahkan. Ternyata
melalui kajian yang dilakukan, dapat kita simpulkan bahawa perkataan-perkataan yang
dipilih ini terangkum dalam kumpulan butir leksikal yang maknanya saling berhubung kait
disebabkan kehadiran masing-masing dalam konteks yang serupa. Perkara ini sekali gus
dapat mendukung domain semantik subtema penantian.








4.0 Dapatan
Dalam kajian ini, leksikal merujuk kepada kajian makna pada aras kata. Pada aras ini,
terdapat pelbagai konsep-konsep seperti hipernimi, homonimi, kolokasi dan sinonimi yang
digunakan. Carta di bawah ini memberi gambaran peratusan leksikal yang terdiri dari
konsep-konsep tertentu.
penantian
kemesraan tandus
setia
keresahan
belenggu
terharu
seksanya
kehampaan
rindu
sepi
seketika
18


Jelas carta pai di atas menunjukkan taburan konsep yang terdapat dalam analisis
lirik lagu yang diketengahkan. Leksikal yang berkonsepkan hipernimi merupakan kategori
leksikal yang tertinggi digunakan penulis dan konsep yang paling kecil iaitu sebanyak satu
perkataan pula merujuk kepada konsep kolokasi.
Penggunaan perkataan yang tepat akan menghasilkan lirik yang boleh menjadikan
lagu yang dikarya itu lebih imaginatif. Menurut Lim Swee Tin (2006) bahawa dalam proses
penciptaan lirik lagu, terdapat dua aspek yang penting iaitu pemikiran dalam lirik lagu dan
bahasa. Penaakulan terhadap konsep-konsep semantik ini penting bagi seseorang penipta
lagu untuk mencipta lirik lagu yang mantap dan berkesan. Tidak dikesampingkan juga
perkara ini dapat memberi penghayatan kepada aspek bahasa yang digunakan dan unsur
intellektual dalam lagu.
5.0 Kesimpulan
Idea dalam lirik lagu haruslah bernas, bermesej dan mengandungi elemen moral yang jelas
secara simbolik tertakluk kepada kreativiti penggubahnya.(Farizan M Amin, 2008:37)
Pendapat Farizan dapat menggambarkan betapa sukarnya tugas dan tanggungjawab
seseorang komposer itu. Dalam baris-baris yang terhad, karyanya itu dikehendaki untuk
memikul pelbagai peranan memberikan mesej dan objektif tertentu untuk para
pendengarnya. Karyanya itu mestilah mendidik dan mengasuh moral serta rohani para
pendengarnya.
Secara keseluruhannya, kebanyakan perkataan yang tercakup dalam domain
penantian dalam percintaan terdiri daripada golongan kata adjektif yang dikupas dalam
kajina ini. Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa pemilihan kata dalam lirik ketiga-tiga
lagu Penantian ini berketepatan dan dapat menyokong tema Penantian dalam Percintaan.
Walaupun berdepan dengan cabaran seperti keperluan jumlah perkataan yang ekonomis
serta pengehadan penggunaan perkataan dalam menulis lirik lagu, komposer telah berjaya
Hipernimi
50%
Homonimi
17%
Kolokasi
8%
sinonimi
25%
KONSEP-KONSEP
19

memilih leksikal serta mengolahkan karyanya supaya menepati tema Cinta yang ingin
diketengahkan.
Disisipkan juga dalam objektif kajian bahawa hanya golongan kata adjektif sahaja
yang disentuh pengkaji dalam kajian ini. Ini berdasarkan pengamatan bahawa kata adjektif
dikaitkan dengan perasaan seseorang. Dapat dirumuskan bahawa golongan kata adjektif
yang terdapat dalam lirik lagu ini membawa impak dan kesan kepada tema yang diutarakan
oleh penulis lirik. Golongan kata-kata adjektif yang diguna pakai komposer telah terbukti
tepat pemilihan dan dapat membawa perasaan bercinta itu kepada pendengar yang
menghayati lagunya.
Muzik merupakan satu karya yang dapat memainkan pelbagai peranan. Ianya boleh
dijadikan alat pemberi semangat, menyatukan rakyat, menjadi perlambangan identiti diri,
institusi mahupun persatuan. Penulis lirik yang cendekia dapat mencakup objektifnya
dengan membuat pemilihan perkataan yang tepat pada ruang yang amat terhad. Menurut
Indirawati Zahid (2009:47) kemahiran berbahasa serta keluasan jumlah kosa kata dan
pemahaman aspek semantik merupakan antara perkara yang perlu ada pada komposer
lagu. Ini adalah kerana pemilihan kata diiringi dengan melodi yang berhantu pasti dapat
menjadikan sesebuah lagu itu meletup.

Anda mungkin juga menyukai