Anda di halaman 1dari 31

PENDAHULUAN

Penggunaan bahasa Melayu dalam keadaan-keadaan rasmi menunjukkan bahawa


bagi bahasa ini tidak ada satu bahasa standard yang ekapusat. Menurut Asmah Hj
Omar, dengan bahasa Melayu yang ekapusat dimaksudkan bahasa standard yang
berpencar dari satu pusat budaya, dan dengan itu kelainan inilah yang satu-satunya
menjadi tolok atau model bagi para pengguna dalam keadaan rasmi. Manusia
berkomunikasi dengan menggunakan perkataan-perkataan. Perkataan-perkataan
boleh terbina secara semula jadi sebagai perkataan, atau dibina dengan
mencantumkan imbuhan kepada perkataan lain yang baharu, atau dengan
menggabungkan dua perkataan mempunyai makna. Perkataan-perkataan itu
kemudiannya disusun dalam ayat juga mempunyai makna. Menurut Felicia(2001:1),
dalam berkomunikasi, salah satu alat yang paling sering digunakan adalah bahasa,
baik bahasa lisan mahupun bahasa bertulis. Seperti yang kita sedia maklum, bahasa
itu merupakan sesuatu yang berperaturan dan bersistem. Bidang morfologi
merupakan satu bidang yang mengkaji pembentukan kata. Ada beberapa cara
membentuk perkataan di dalam bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Standard sudah mengalami perkembangan yang pesat dalam


system fonologi, terutama sekali dalam system konsonannya. Perkembangan ini
sesuai dengan peluasan peranan yang dimainkan oleh bahasa ini dalam
masyarakatnya yakni bukan sahaja sebagai bahasa pengantar social, tetapi juga
sebagai bahasa pentadbiran, akademik, diplomasi, teknologi, dan ikhtisas. Tegasnya
peranan yang dimainkannya sekarang sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa
kebangsaan yang berdaulat.

Secara keseluruhan, bahasa Melayu telah melahirkan banyak dialek, bahasa


kreol, pijin, dan sebagainya. Bahasa Melayu menghasilkan ribuan dialek dan sub-
dialek, melahirkan bahasa Baba, bahasa Indonesia, dan mempengaruhi bahasa
Inggeris seperti tergambar dalam bahasa Singlish di Singapura. Bagi bahasa Melayu
kreatif, bidang tersebut semakin menjadi licensia poetica bagi para penutur golongan
muda. Hal ini sewajarnya dilihat dari aspek positif kerana mendinamikkan lagi
bahasa Melayu.
PENGENALAN

Bentuk kata dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata imbuhan, kata
tunggal, kata ganda, kata majmuk dan kata akronim. Sifat bahasa Melayu yang
dinamik itu mengizinkan ia untuk membentuk perkataan baharu yang berlainan
makna dari sesuatu kata tunggal. Antara bentuk kata tersebut, pengimbuhan
merupakan bentuk kata yang amat produktif. Hal yang demikian kerana imbuhan
dalam bahasa Melayu terdiri daripada pelbagai bentuk dan mendukung pelbagai
makna dalam ayat. Awalan walaupun hanya terdiri dari sudut penggunaan.

Salah satu keistimewaan bahasa Melayu ialah system imbuhannya. Oleh


sebab itu, bahasa Melayu tergolong sebagai bahasa aglutinatif, yakni bahasa yang
cenderung menggunakan imbuhan. Dari segi bentuk imbuhan, terdapat pelbagai
imbuhan seperti awalan akiran apitan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan,
iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan atau
afiksasi ialah satu proses morfologi yang menerbitkan kata dengan cara
menggandingkan dan menggabungkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan ialah
bentuk morfem yang tergolong dalam jenis morfem terikat yang yang tidak boleh
hadir secara sendiri di dalam ayat, manakala kata dasar itu lazimnya terdiri daripada
morfem bebas yang dapat berdiri sendiri. Ada dua cara kita membezakan jenis-jenis
imbuhan. Cara pertama ialah berdasarkan kedudukan imbuhan yang didudukinya di
dalam kata. Dengan cara ini, imbuhan itu boleh dikelaskan kepada empat jenis iaitu
awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

PERMASALAHAN KAJIAN

Pertama, penelitian penggolongan kata yang terlibat. Wong Khek Seng dalam
pengkajiannya tentang bahasa Melayu lisan telah menyenaraikan wacana lisan
kepada 11 ciri. Antaranya ialah unsur kegramatisan, dan unsur pemendekan
tatabahasa. Unsur kegramatisan merujuk kepada penggunaan bahasa yang kurang
mematuhi hukum tatabahasa. Kepentingan ataupun tumpuan di sini ialah
pemahaman pendengar semasa berkomunikasi. Meskipun tatabahasa yang
digunakan tidak bersifat standard, penutur-pendengar masih jelas dalam komunikasi
dan mesej yang disampaikan terkesan. Unsur kreativiti juga terletak dalam unsur
kegramatisan kerana lebih mementingkan konotasi mesej dan kejenakaannya.
Unsur pemendekan tatabahasa pula merujuk kepada pemendekan perkataan-
perkataan supaya bersifat ekonomis dan tidak berjela-jela. Lazimnya, unsur ini
banyak digunakan dalam bahasa Melayu lisan. Antara contoh ialah tapi, nak, dan tak
yang dipendekkan daripada perkataan tetapi, hendak, dan tidak. Hal ini jugalah yang
mewujudkan rangkai kata-rangkai kata baru yang kreatif seperti dalam akronim dan
inisialisme kerana sifatnya yang ekonomis.

Pemendekan kata: Algeo (1991) Pemendekan kata ialah perkataan baru


yangtelah mengalami proses pemendekan katamelalui penghilangan atau
pelenyapansebahagian daripada unsur dalam perkataannya. Karim Harun dan
Mashitah Taharin (2000:5) Perkataan baru yang terhasil: klip, akroniminisialisme, pelenyapan dan
kontraksi, paduan,dan singkatan. Pembentukan kata secara umum melibatkan proses
pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan, dan pengakroniman. Berdasarkan
rumus-rumus tatabahasa dan perancangan bahasa yang telah ditetapkan, maka
terbentuklah sesebuah kata itu. Proses ini merupakan suatu fenomena yang
berterusan kerana sesuatu bahasa itu tetap berkembang. Apatah lagi dengan
letusan teknologi yang membolehkan seseorang penutur bahasa membentuk
katanya sendiri di alam maya. Kewujudan slanga, akronim, dan perkataan baru
mencerminkan kekreatifan penutur bahasa itu sendiri, mahupun pembentukan kata
secara formal atau tidak formal.

Kedua, Menghuraikan fungsi perluasan bahasa yang dihasilkan. Lantas, di


sinilah timbulnya permasalahan yang dihadapi perancang bahasa. Teknologi dan
globalisasi tiada batasannya dan sesuatu gejala dengan mudah dan cepat akan
merebak. Dalam hal ini, sesuatu unsur bahasa kreatif akan menular jika perkataan
tersebut dianggap sesuai dan menarik untuk digunakan. Justeru, kajian ini dilakukan
bagi meninjau keleluasan unsur kreatif dalam bahasa Melayu. Selain itu,
penyelidikan ini bertujuan melihat situasi dan keadaan apakah yang membuat para
penuturnya mengkreatifkan sesuatu pembentukan yang standard. Perbincangan ini
memfokuskan pembentukan rangkai kata hasil daripada proses kekreatifan
pengguna bahasa memperluaskan bentuk kata standard.
Objektif Kajian

Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti pembentukan kata bahasa Melayu


yang standard dan yang kreatif. Fenomena ini sememangnya wajar untuk dikaji
kerana semakin banyak kata-kata yang dicipta dan terima pakai sewenang-
wenangnya, apatah lagi pada zaman ini. Selain itu, kajian ini turut menjelaskan
konotasi positif dan negatif yang terdapat dalam pembentukan kata kreatif bahasa
Melayu. Sesuatu unsur standard yang diubah menjadi kreatif mempunyai beberapa
tujuan. Menurut Karim Harun (2000) dalam kertas kerja Harishon Radzi (2006),
proses memendekkan kata adalah satu proses yang disukai oleh pengguna bahasa
kerana kata kependekan yang ditemui dalam kehidupan seharian sudah terdapat
dalam leksikon mental pengguna bahasa dan mereka menyimpannya dalam bentuk
kata pendek bukan dalam bentuk penuh demi menjimatkan ruang penyimpanan dan
kos proses di dalam lesksikon mental.

Selain penjimatan ruang, tujuan mengubah suai disebabkan ingin mengkritik


secara halu dan bersahaja tentang rangkai kata tersebut. Rangkai kata yang terdiri
daripada akronim, inisialisme, dan sebagainya kebanyakannya terbentuk oleh
kerajaan bagi merujuk sesuatu secara singkat. Oleh itu, masyarakat Melayu yang
tidak berpuas hati dengan dasar-dasar kerajaan akan memutarbelitkan rangkai kata-
rangkai kata tersebut menjadi suatu sifat sindiran halus terhadap kerajaan. Rangkai
kata (kata tunggal): dua bentuk bagi satu kata tunggal digunakan dalamsituasi
yang berbeza. Pertama, h a s i l p e m b e n t u k a n k a t a y a n g telah mantap dan
standard. Kedua, hasil proses kekreatifanpengguna bahasamemperluaskan bentuk
yangtelah standard.- Menjadi satu atau frasasendiri.

Batasan Kajian

Kajian ini dibataskan kepada analisis dalam aspek pembentukan kata yang
meliputi kata nama, kata inisialisme, kata akronim dan rangkai kata yang standard
dan kreatif.

Untuk meneliti penggunaan unsur-unsur yang ingin dikaji, data dikutip melalui
pemerhatian dan penglibatan pengkaji secara langsung dalam dialog bersama
rakan-rakan sebaya dan masyarakat penutur setempat.
Signifikan Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk meneliti kreativiti penggunaan bahasa Melayu
standard oleh pengguna bahasa. Manusia telah menunjukkan kepandaian dan
kebolehan mereka dalam mengolah dan mengguna rangkai-rangkai kata yang
kreatif, terutama sekali sejak era ledakan teknologi berlaku. Kajian pada peringkat ini
diharap dapat membantu menambah kepada data analisis penggunaan kata-kata
baru yang kreatif dan standard yang telah diterima pakai masyarakat penutur.

Sorotan Literatur

Sejarah perkembangan bahasa Melayu telah membuktikan bahawa bahasa


Melayu telah dipengaruhi oleh pelbagai bahasa lain akibat daripada pertembungan
dengan masyarakat luar. Proses pertembungan bahasa ini akan berterusan
mengikut arus perkembangan moden. Hal ini akan menyebabkan pembentukan dan
perbendaharaan kata bahasa Melayu yang baru.

Contohnya, pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu memainkan peranan


yang signifikan terhadap perkembangan perbendaharaan kata bahasa Melayu.
Bahasa Melayu telah memanfaatkan bahasa asing ini sehinggakan pembentukan
kata baru telah terhasil dan berjaya difahami serta diguna pakai oleh masyarakat
Melayu.

Antara kajian dalam bidang morfologi bahasa Melayu terdahulu yang dijalankan
ialah:

i. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa bahasa Melayu : morfologi dan sintaksis


untuk guru dan pelajar (2002).
ii. Abdullah Hassan, 2008.Tatabahasa Pedagogi. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
iii. Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
iv. Ahmad Khair Mohd Nor, 2011. Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
v. Asmah Haji Omar,1981. Bahasa Standard dan Pengajaran Bahasa. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
vi. Asmah Haji Omar, 2008. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
vii. Asmah Haji Omar. Bahasa Standars, Dialek dan Dialek-Antara: Beberapa
Teoretis.
viii. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ix. Farrah Mohamad Ghazali. Cetusan minda melalui bahasa kreatif untuk
komunikasi yang efektif / Farrah Mohamad Ghazali, Nur Azah Ismail, Siti
Farhana Abdullah dan Siti Faridah Omar.
x. Harimurti Kridalaksana, 1996. Pembentukan Kata dalam Bahasa Indonesia.
Edisi Kedua. Jakarta: Gramedia.
xi. Mohammad Fadzeli Jaafar. Gaya perbualan dalam teks kreatif bahasa
Melayu.
xii. Nik Safiah Karim et al., 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Cetakan
Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
xiii. Nik Safiah Karim. “Tadika, Tabika, Taska – Pengakroniman dalam bahasa
Melayu” dlm. Berita Harian, 21 Februari 2006.
xiv. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, 2004. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
xv. Talib Samat. Bahasa Melayu memantapkan penulisan kreatif di UPSI / Dr.
Talib Samat, Dr. Hj. Abdul Ghani Hj. Abu, Dr. Azhar Hj. Wahid.

Definisi Operasional

Bahasa

Menurut Edward Sapir (1960), bahasa merupakan lambang pengalaman yang


sempurna. Ini membuktikan bahawa dengan berkembangnya pengalaman
seseorang, maka bahasa yang digunakannya juga harus berkembang.

Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mentakrifkan bahasa sebagai sistem lambang bunyi
suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia (antara seorang dengan individu yang lain dan sebagainya) atau
percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.

Menurut Alberd B Cook (1997), bahasa merupakan satu sistem lambang pertuturan
dan tanda tatabahasa yang arbitrari yang digunakan oleh komuniti bahasa untuk
berkomunikasi, berinteraksi dan pewarisan kebudayaan.

Sementara itu, Ferdinand de Saussure mentakrifkan bahasa sebagai satu sistem


isyarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat
psikologi. Yang penting ialah hubungan makna dengan bunyi dalam rentetan ucapan
mengikut hukum tatabahasa.

Manakala Wilhelm Van Humboldt mendefinisikan bahasa sebagai satu sintesis


daripada bunyi yang dibentuk oleh bentuk luaran dan bentuk dalaman. Satu aktiviti
yang dapat dihuraikan melalui satu set prinsip yang terbatas jumlahnya, tetapi
pelbagai ragam ucapan yan tidak terbatas jumlahnya.

Pembentukan Kata

Menurut Abdul Chaer (2008), pembicaraan mengenai pembentukan kata


akan melibatkan pembicaraan mengenai komponen atau unsur pembentukan kata
itu, iaitu morfem, baik morfem dasar mahupun morfem afiks, dengan berbagai alat
proses pembentukan kata itu, iaitu afiks dalam proses pembentukan kata melalui
proses afiksasi, duplikasi ataupun pengulangan dalam proses pembentukan kata
melalui proses reduplikasi, penggabungan dalam proses pembentukan kata melalui
proses komposisi dan sebagainya.

Menurut Nik Safiah Karim et al (2011) pula, proses pembentukan kata merupakan
proses yang terlibat dalam penghasilan binaan-binaan perkataan, iaitu bagaimana
morfem-morfem sebagai unsur-unsur perkataan disusun dan dicantumkan untuk
membentuk perkataan.
Pembentukan kata menurut Asmah Haji Omar (2009) pula ialah cara kata-kata
dibentuk, atau proses yang dilalui oleh sesuatu kata dalam pengwujudannya.

Pemendekan Kata

Menurut Algeo (1991), pemendekan perkataan adalah perkataan baru yang


telah mengalami proses pemendekan kata melalui penghilangan atau pelenyapan
sebahagian daripada unsur dalam perkataannya.

Kata Nama

Nik Safiah Karim et. al. (2011) mentakrifkan kata nama sebagai perkataan
yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan Frasa Nama, dan lazimnya perkataan
demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep.

Asmah Haji Omar (2009) mendefinisikannya sebagai subgolongan kata benda yang
boleh berfungsi pada subjek dan objek ayat. Dari segi makna, Kata Nama adalah
kata yang merujuk kepada sesuatu, baik yang bernyawa atau tidak bernyawa,
konkrit atau abstrak.

Akronim

Menurut Kamus Dewan Kata Edisi Ketiga (1997), akronim bermaksud


kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata
beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan – misalnya:
RISDA, MARA.

Inisialisme

Menurut Kamus Dewan Kata Edisi Ketiga (1997), inisialisme bermaksud


deretan huruf besar (lazimnya dua atau tiga sahaja) yang digunakan oleh individu
bagi mewakili nama penuh masing-masing
3.0 Proses Pebentukan Kata Baharu Bahasa Melayu (Standard Dan Kreatif)

Kajian ini akan membincangkan mengenai proses pembentukan kata dan akan
meneliti empat bahagian, iaitu kata nama, inisialisme, akronim dan kekreatifan kata.

Perkataan baharu ialah perkataan yang dicipta untuk mendukung sesuatu


konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat. Lazimnya, apabila
sesuatu masyarakat itu berkembang, maka banyak konsep perkara baharu yang
memerlukan perkataan baharu untuk mengungkapkannya.

Pembentukan perkataan baharu terjadi melalui penggunaan popular dan


melalui proses perancangan bahasa. Melalui penggunaan popular, sesuatu
perkataan baharu itu dipopularkan melalui media massa seperti akhbar, radio,
televisyen, dan sebagainya ataupun dalam penulisan kreatif (novel, cerpen dan
sajak). Umumnya, perkataan demikian mengungkapkan perkara, kejadian,
konsep, keadaan yang berkaitan dengan kehidupan harian. Perkataan baharu,
mula-mula diperkenalkan sebagai ciptaan sendiri secara terjemahan atau ambilan
keseluruhan daripada bahasa lain, kemudian digunakan oleh masyarakat
sehingga diterima guna secara popular oleh khalayak.

Keunikan dan kekereatifan menghasilkan rangkai kata baru dapat dilihat


oleh seorang pengguna bahasa apabila seseorang itu boleh memahami sesuatu
makna kata tunggal atau makna hasil daripada proses pemendekan kata yang
kemudiannya diperluaskan semula kepada satu rangkai kata khusus.

Dalam artikel Harishon Radzi menjelaskan proses sebegini melibatkan


pendekatan morfosemantik kerana pengguna bahasa tidak boleh mengabaikan
aspek semantik terhadap rangkai kata baru yang diperluaskan itu. Dengan
penjelasan yang demikian, dapatlah difahami bahawa perluasan kata ini berlaku
secara bertahap:

Tahap 1: Peringkat morfologi

Peringkat yang membentuk kependekan kata, misalnya akronim atau inisialisme,


atau peringkat memahami kewujudan sesuatu kata tunggal.
Tahap 2: Peringkat semantik

Setiap huruf kependekan kata itu disesuaikan dengan kata baharu yang mempunyai
makna yang bersesuaian (terdapat juga yang jauh menyimpang maknanya) dengan
keadaan sebenar yang dirujuk oleh kependekan kata pada tahap pertama.

Rangkai kata baru yang khusus terbentuk selepas melalui kedua-dua tahap
tersebut. Terdapat rangkai kata yang mempunyai makna yang hampir sama dan
boleh dikaitkan dengan kata kependekan asal atau kata tunggal. Namun pada masa
yang sama juga, terdapat juga perluasan kata yang jauh menyimpang maknanya.
Usaha memperluaskan kata tersebut mempunyai fungsi dan tujuan tertentu

Perluasan Kata Daripada Kata Nama

Kata nama diterbitkan menggunakan semua proses penerbitan perkataan, iaitu


pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Deskripsi
penerbitan kata nama ini terdiri daripada dua bahagian. Pertama, dijelaskan
langkah-langkah mengenal pasti dan menyenaraikan morfem nama. Kedua, barulah
dibincangkan proses-proses bagaimana morfem-morfem bergabung bagi membina
kata nama terbitan yang berimbuhan.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2012:95) kata nama ialah


perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya
perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep.
Golongan kata nama boleh dikelAompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan
kepada tiga kumpulan, iaitu (i) kata nama khas (ii) kata nama am, dan (iii) kata ganti
nama.
Kata  
Nama  
Khas  

Kata  
Nama  
Kata   Kata  
Gan,   Nama  
Nama   Am  

Rajah 1: Kata Nama

Proses perluasan kata daripada kata kependekan berlaku secara teratur iaitu
pertama, hanya huruf awal rangkai kata asal yang disingkatkan khususnya bagi kata
kependekan akronim dan inisialisme.

Kedua, setiap huruf dalam kata tunggal kata nama am dan kata nama khas
akan diperluaskan menjadi rangkai kata khusus. Berdasarkan perkara ini, golongan
kata nama am dan kata nama khas sahaja yang terlibat dalam proses perluasan
kata.

Menurut Asmah Haji Omar (2009:32), kata nama khas adalah kata nama
orang, institusi, badan- badan tertentu, undang-undang, tempat, bangsa dan
bahasa. Misalnya Aminah, Dolah, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Sekolah Sri Petaling, Tabung Haji, Risda, Malaysia, Indonesia, Sungai Siput,
(bangsa) Melayu, (bangsa) Malaysia. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada
dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Beliau
juga telah membahagikan kata nama kepada dua iaitu, kata nama bernyawa dan
kata nama tak bernyawa.

Asmah Haji Omar (2009:33) mendefinisikan kata nama am adalah kata nama
yang tidak merujuk kepada nama-nama secara khas. Dengan kata lain, perkataan-
perkataan yang bukan nama khas adalah nama am, dan kata nama am ini tidak
ditulis dengan huruf besar. Misalnya: kertas, pensel, kawan, emak, ayah, lembu dan
sebagainya.

3.1.1 Proses Perluasan Kata Daripada Kata Nama

Kata Nama Khas


~ Standard
A D I D A S

AYAH DAN IBU DOAKAN AKU SELAMAT


~ Kreatif

Berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat bahawa proses perluasan kata berlaku
secara teratur. Seperti yang dibincangkan tadi, proses perluasan kata nama berlaku
apabila setiap huruf dalam kata tunggal kata nama am dan kata nama khas
diperluaskan menjadi rangkai kata khusus. Contohnya:

A Ayah

D Dan

I Ibu

D Doakan

A Aku

S Selamat

3.1.2 Analisis Data (Kata Nama)

Kata Nama Am Perluasan Kata (Kreatif)


3
BOMBA Biar Orang Mampos Bukan Aku
.
POLIS Pukul Orang Lemah Ikut Suka
1
. CINTA Cinta Ikutan Nafsu Tanpa Analisa
2 POP Persatuan Orang Pencen
.
BAKU Bahasa Anak Kedah Utara
1
ASKAR Aku Sengsara Kerana Angkara Ringgit

Kata Nama Am (data umum)

3.1.2.2 Kata Nama Am (data berdasarkan kajian di


Singapura)

Kata Nama Am Perluasan Kata

BOLA Beli Otak Lembab Akal

BOMBA Beli Orang Murahan Buat Anak

ASKAR Angkatan Seks Ke Atas Adik Remaja

BUKU Belajar Untuk Keluar Universiti

JAM Jati Anak Melayu

PEN Pondan Enak Nafsu

BAG Buang Anak Gigolo

ROKOK Rembat Orang Kaya dan Orang Keling

3.1.3 Kata Nama Khas (data umum)

Kata Nama Khas Perluasan Kata

ABDUL Angkatan Buaya Darat, Udara, Laut


HACKS Hanya Aku Cinta Kau Seorang

DUNHILL Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang

CAMEL Cinta Akan Mati Esok Lusa

KENT Kenapa Engkau Nak Tahu

MARLBORO Manusia Akan Ramai Lagi Bila Orang Rogol Orang

GOLDLEAF Gelombang Ombak Lautan Dalam Lambaian Engkau


Aku Faham

ROTHMANS Ramai Orang Telah Hancur Musnah Akibat Nafsu


Syaitan

LUCKY STRIKE Lantaran Untuk Cinta Kita Yang Setia Terhadap Rindu
Ikhlas Keluarga Engkau

WINSTON Wak Ingat Nak Steem Tapi Orang Nampak

BENSON Bila Eden Nikah Sama Orang Nogori, Harta Eden Dan
HEDGES Gaji Eden Solosai

PALL MALL Peluk Adik Lama-Lama Membuat Adik Lemah Longlai

Pelukan Adik Lama-Lama Membuat Abang Letih Lesu

TOTO Tolong Orang Tipu Orang

SAUK Selagi Ada Umno Kacau

3.1.3.1 Kata Nama Khas (data berdasarkan kajian di


Singapura)

Kata Nama Khas Perluasan Kata

IPHONE Ikut Pukul Hentam Orang Naik Enak

MACBOOK Mari Aku Cabut Buah Orang-Orang Kedi

SAMSUNG Semua Anak Melayu Siap Untuk Nak Gelek


HTC Halau Tuan Cina

LG Lagi Gila

BLACKBERRY Buang Lelaki Angkara Chickies Kacau, Bunuh Enak


Ribu-Ribu Yahudi

HONDA Hentam Orang Naik Darah Aku

ESSO Esok Saya Sapu Orang

NIKE Nafsu Ikut Kehendak Engkau

IKEA Ikut Kriteria Emak Aku

COURTS Cabul Orang Untuk Rezeki Tuan Sendiri

OMEGA Orang Melayu Esok Gali Anak

TISSOT Tudung Isu Sangat Susahkan Orang Tudung

3.2 Fungsi Perluasan Rangkai Kata Khusus (Kata Nama)

Isu hijab timbul dalam sebuah forum mengenai kaum pada September apabila
seorang pensyarah politeknik mempersoalkan mengapa jururawat Muslim dilarang
memakai tudung.

Ia kemudian mencetus perdebatan tentang sama ada semua pegawai


kerajaan Singapura juga perlu dibenarkan memakai hijab. Isu pemakaian tudung
atau hijab dalam kalangan kakitangan awam Muslim kini menjadi tumpuan utama
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dan pemimpin politik beragama Islam.

Kesedaran isu berkenaan dibangkitkan dan mendapat perhatian ramai


pengguna media sosial dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil langkah
segera agar suasana kembali reda.

Ini termasuk dengan mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal


Islam, Dr. Yaacob Ibrahim dan ahli parlimen Melayu untuk perbincangan berhubung
larangan pemakaian hijab. Hsien Loong mendedahkan pertemuan tersebut menerusi
akaun Facebooknya.
Beliau menjelaskan mahu mewujudkan persekitaran di mana umat Islam dan
penganut agama lain boleh mengamalkan agama mereka secara bebas dan aman.

Pada masa sama beliau turut menerangkan tentang keperluan kompromi oleh
semua pihak dan mengapa kerajaannya perlu mengimbangi keperluan masyarakat
yang pelbagai agama dan kaum.

Dalam pada itu, Yaacob berkata, dialog konstruktif perlu diteruskan untuk
mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan.

Susulan itu, sebuah Pergerakan Hijab Singapura ditubuhkan dan akaun


Facebook yang mereka lancarkan mendapat sambutan menggalakkan apabila
disukai lebih 20,000 pengguna di laman sosial itu.
T I S S O T ~ Standard

~ Kreatif
TUDUNG ISU SANGAT SUSAHKAN ORANG TUDUNG

3.3 Perluasan Kata daripada Inisialisme

3.3.1 Definisi Inisialisme

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:761), perkataan inisial memberi


maksud deretan huruf besar (lazimnya dua atau tiga sahaja) yg digunakan
oleh individu bagi mewakili nama penuh masing-masing. Contohnya istilah
‘Jabatan Pengangkutan Jalan’ dibentuk singkat dan disebut huruf demi huruf
daripada setiap perkataan. Maka ia digabungkan menjadi JPJ.

Terdapat sedikit persamaan di antara akronim jenis pertama (akronim


yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata) dan
inisialisme. Namun begitu, faktor yang membezakan antara kedua-dua
pembentukan kata tersebut adalah cara ujaran kependekan kata masing-
masing.

Akronim merupakan kependekan yang terbentuk daripada gabungan


huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan
sebagai satu perkataan seperti RISDA, dan MARA (2000:22) sementara
insialisme merupakan kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-
huruf pertama perkataan yang tidak boleh diujarkan sebagai satu perkataan
seperti JKR.

Proses perluasan kata daripada inisialisme

Jabatan Perdana Menteri ~ Standard

JPM

Jalan Pergi Mati ~ Kreatif

Penciptaan perluasan inisialisme yang kreatif dapat dibentuk secara teratur


yakni, pertama sekali, hanya huruf awal rangkai kata asal yang disingkatkan
untuk membentuk sesuatu inisialisme. Melalui pemendekkan kata
sedemikian, barulah perluasan makna kreatif dibentuk.

Analisis Data (Inisialisme)

Inisialisme (data berdasarkan kajian di Malaysia)

Perluasan Kata Sebenar Inisialisme Perluasan Kata Kreatif

Kolej Damansara Utama KDU Kolej Duit Utama


Malaysia Airlines MAS Mana Ada Sistem

Jabatan Pengairan Dan Saliran JPS Jalan Paling Senang

Kurikulum Bersepadu Sekolah KBSM Kerja Berat Sampai Mati


Menengah

Jabatan Kerja Raya JKR Jalan Kurang Rata

Jangan Kerja Rajin

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL Duduk Borak Klentong Lebih

Majlis Perbandaran Seberang MPSP Makan Pisang Sakit Perut


Perai

Universiti Teknologi Malaysia UTM Universiti Tipu Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia UKM Universiti Kantoi Malaysia

Oversea-Chines Banking OCBC Orang Cina Banyak Colok


Corporation

Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Jabatan Pengangkutan


Jamban

Jabatan Alam Sekitar JAS Jabatan Anti Senang

Jemaah Islamiah JI Jom Insaf

Program Khidmat Negara PKN Perintah Ketua Negara

Radio Televisyen Malaysia RTM Rancangan Tari-Menari

Fungsi Perluasan Rangkai Kata Khusus (Inisialisme)

Perluasan rangkai kata kreatif dicipta atas sebab-sebab tertentu. Penciptaan


perluasaan kata ini mempunyai beberapa fungsi iaitu pertama perluasan kata kreatif
wujud disebabkan keinginan untuk bersuka ria dan meredakan tekanan emosi.
Manusia bukan sahaja menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, tetapi juga
meredakan perasaan yang tegang atau menunjukkan keseronokan melalui bahasa.
Ada juga menggunakan fungsi perluasaan ini untuk menyindir pihak tertentu
secara bertapis seperti inisialisme KDU. KDU yang mewakili istilah Kolej Damansara
Utama mempunyai perluasaan kata kreatif untuk menyindir pihak kolej mengenai
yuran yang tinggi dan penanggungan kos pembelanjaan sekolah yang amat
membebankan.

Menurut Harishon Radzi dalam artikelnya (2006), beliau menimbulkan isu


mengenai senario yang selalu berlaku di fakulti tersebut (di Universiti Kebangsaan
Malaysia) pada setiap akhir tahun pembelajaran. Terdapat peratusan pembuangan
pelajar yang tinggi disebabkan kegagalan mencapai tahap PNGK ataupun markah
yang ditetapkan oleh dekan fakulti tersebut. Lantas, sebagai cara meluahkan
perasaan tertekan mereka itu, maka golongan mahasiswa tersebut menggunakan
daya kreatif mereka dengan memperluaskan kata insialisme FPP kepada Fakulti
Pembuangan Pelajar yang mencerminkan keadaan yang sebenarnya.

Selain dijadikan wadah untuk menyindir dan meredakan tekanan emosi,


inisialisme yang telah diperluaskan dalam bentuk perluasan kata kreatif boleh wujud
selepas berlakunya sesuatu peristiwa dalam negara biasanya dalam perihal politik
negara.

Pemendekan Kata

Pemendekan kata, atau abreviasi berdasarkan Harimurthi, adalah kata yang dalam
proses menjadi kata kompleks atau akronim atau singkatan dengan pembagai
proses abreviasi melalui leksem atau gabungan leksem. Beliau menerangkan lagi
bahawa pemendekan katan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

a) pemenggalan

Proses ini merupakan proses pemendekan yang mengekalkan salah satu bahagian
daripada leksem, misalnya :
• Dr – Doktor
• Prof – Profesor
• kep – kependekan
• Ar – Arab

b) kontraksi

Kontraksi pula merupakan proses pemendekan yang meringkaskan leksem dasar


atau gabungan leksem seperti :

• nak – hendak
• kau – engkau
• takkan – tidak akan

c) akronimi

Akronimi serupa dengan proses pengakroniman dalam Tatabahasa Dewan Edisi


Terbaharu.

d) penyingkatan

Proses penyingkatan atau singkatan merupaka hasil proses pemendekan yang


berupa huruf atau gabungan huruf yang dieja huruf demi huruf;

• IPT – Institut Pengajian Tinggi


• LBKM – Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud
• KGMS – Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura
• PPIS – Persatuan Pemudi Islam Singapura
• APM – Akademi Pengajian Melayu

ataupun yang tidak deja huruf demi huruf;

• dsb. – dan sebagainya


• dll. – dan lain-lain
• drpd. – daripada

Abdullah Hassan menambah pemendekan kata sebagai proses penyingkatan kata


yang melibatkan penghilangan suku kata ha dalam beberapa perkataan yang
menyebabkan timbulnya perbezaan antara makna perkataan. Contohnya:

• baharu à baru
• dahulu à dulu
• tahadi à tadi
• sahaja à saja
• sahaya à saya

Sukut kata ha digugurkan daripada bahasa Melayu Klasik sehingga membina kosa
kata baru dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, konsep ini tidak diangkat
oleh ahli bahasa yang lain kerana sifat bahasa yang telah disingkatkan yang
dikatakan membawa makna yang berlainan. Abdullah Hassan menerangkan bahawa
sekiranya perkara ini berlaku, masyarakat boleh melihat penggunaan saya sebagai
aku walhal sahaya sebagai hamba. Dalam konteks ini, dua perkataan itu membawa
makna yang berbeza apabila digunakan. Serupa dengan pendapat Nik Safiah Karim
yang mengatakan penggunaa baharu untuk merujuk kepada sesuatu yang diperoleh
pada jangka masa terdekat, berbanding baru yang menunjukkan sesuatu yang
dilakukan pada masa yang terdekat. Sehingga kini, penggunaan kedua-dua istilah
sebelum dan selepas proses penyingkatan diterima untuk penggunaan yang bersilih
ganti dan belum lagi ditetapkan sebagai memikul makna perkataan yang berbeza
dalam penggunaan harian masyarakat.

Akronim

Menurut Nk Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Keempat (2011), kata
akronim merupakan kata tunggal yang diterbitkan melalui proses penggabungan
singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Tambah
beliau dalam artikelnya, kata akronim ini merupakan singkatan yang terbentuk
dengan menggabungkan huruf-huruf awal dan suku kata daripada satu rangkaian
kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.

Nik Safiah menyatakan terdapat tiga jenis cara pembentukan akronim:

a) Gabungan Huruf Awal Rangkaian Kata

• ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia


• IKIM – Institut Kefahaman Islam Malaysia
• ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri
• MUIS – Majlis Ugama Islam Singapura
• PLUS – Projek Lebuhraya Utara Selatan
• LUTH – Lembaga Urusan Tabung Haji

Penjenisan akronim di atas merupakan kata nama khas kerana merujuk kepada
sesuatu yang spesifik. Oleh itu, semua hurufnya ditulis menggunakan huruf besar.

b) Gabungan Suku Kata dengan Huruf Awal atau Suku Kata dengan Suku Kata
(kata nama khas)
• MABBIM – Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia
• Bernama – Berita Nasional Malaysia
• MARA – Majlis Amanah Rakyat
• Perkeso – Pertubuhan Keselamatan Sosial
• Perses – Persatuan Sepak takraw Singapura
• Persisi – Persatuan Silat Singapura
• PASPAM – Persatuan Sahabat Pena Malaya
• PERDAUS – Pergerakan Dakwah Ugama Singapura
• PERGAS – Persatuan Guru Agama Singapura
• PULADA – Pusat Latihan Darat

c) Gabungan Suku Kata dengan Suku Kata (bukan kata nama khas)

• jabanah – jambatan bawah tanah


• tadika – taman didikan kanak-kanak
• taska – taman asuhan kanak-kanak
• tabika – taman bimbingan kanak-kanak
• taski – taman asuhan kanak-kanak Islam
• kugiran – kumpulan gitar rancak
• pawagam – panggung wayang gambar

“Proses membentuk perkataan baharu dengan cara begini


(pengkroniman) tidak digalakkan kerana walaupun senang dan
menarik, prosesnya terlalu longgar dan tidak berasakan prinsip-prinsip
tertentu. Sesiapa sahaja boleh membentuk perkataan dengan cara ini
mengikut sesuka hati. Ini akan menimbulkan kekacauan dalam bahasa
nanti. Itulah sebab kata akronim tidak banyak dalam bahasa Melayu.”

~ Nik Safiah Karim, 2006

Harimurthi menyokong pandangan ini dengan mentakrifkan akronim sebagai proses


pemendekan yang menggabungkan huruf atau suku kata atau bahagian lain yang
ditulis dan dilafazkan sebagai sebuah kata yang sedikit sebanyak memenuhi kaedah
fonotaktik bahasa Indonesia.

3.5.2 Proses Pembentukan Perluasan Kata Daripada Akronim


Prose pembentukan memaparkan pembentukan variant

Seperi biasa yang dimaklum, proses pembentukan perluasan kata akronim


diterbitkan secara standard dengan memendekkan satu rangkai kata yang
khusus. Dengan merujuk contoh di atas, dapat dilihat bahawa rangkai kata
Anda Waspada Anda Selamat diubahkan menjadi kata akronim AWAS, yang
dibentuk melalui percantuman huruf awal. Sehubungan itu, terdapat juga
perluasan makna pada akronim yang berlaku secara kreatif.Pengguna
bahasa memperluaskan akronim AWAS dengan menerapkan proses
kekreatifan pada rangkai kata yang standard, lantas memperluaskan kata
yang telah mendukung istilah yang standard.

Penjelasan berkenaan perluasan kata daripada akronim standard dapat kita


lihat dengan contoh kata akronim AWAS diperluaskan menjadi Ada Wabak
Antara Simpang. Perluasan ini merujuk kepada bagaimana terdapat lokasi
bahaya di sesetengah jalan raya yang telah mencatatkan kadar kemalangan
yang agak tinggi. Frekuensi kemalangan jalan raya itu adakalanya
disebabkan oleh kecuaian pemandu atau tidak mematuhi nasihat supaya
AWAS di lokasi tersebut. Kadar kemalangan yang terkumpul menjadikan satu
wabak di jalanraya tersebut,terutama sekali di kawasan yang terdapat
simpang. Pendekatan sedemikian juga dapat diteliti dalam akronim
PLUS,bagi Projek Lebuhraya Utara Selatan.

Meskipun perluasan kata kreatif tampak diterapkan secara


berwenang,munculnya perluasan kata daripada akronim seperti AWAS dan
PLUS, ia didasari oleh kaedah-kaedah pembentukan kata yang tertentu.
Penggunaan sesuatu akronim itu haruslah bersifat konvensyen dan
penggunaan akronim yang telah diperluaskan rangkai kata itu diterima dan
dikenali masyarakat. Fungsinya juga harus memperlihatkan unsur produktif ,
ekonomis dan kreatif dalam penerbitannya.

Analisis Data (Akronim)

Daftar Perluasan kata kreatif daripada akronim (Bentuk 1)

Perluasan Kata (Standard) Akronim Perluasan Kata (Kreatif)


United Malay National Organisation UMNO Undur Mahathir Negara Ok

Projek Lebuhraya Utara Selatan PLUS Pantang Lalu Ulur Selalu

Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI Unit Pertemuan Suami


Isteri

Acquired Immune Deficient AIDS Amalan Ibilis Dan Syaitan


Syndrome

Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM Agar Bantuan Ini


Memanfaatkan semua

Severe Acute Respiratory SARS Sakit yang Akan Rosak


Syndrome Semua

Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM Ijtihad Karya Islam di


Malaysia

Majlis Amanah Rakyat MARA Mustahak Agar RAkyat


boleh pinjam

Majlis Ugama Islam Singapura MUIS Majlis Untuk Islam Sekular

Perluasan kata kreatif daripada akronim (bentuk 2)

Perluasan Kata Sebenar Akronim Perluasan Kata Kreatif

PERsatuan TAman Pengajian Islam PERTAPIS PERsatuan Tempat Ajar


Singapura Perempuan Islam Suci

TAman BImbingan KAnak-kanak TABIKA TempAt BIasa buat Kawan

PERsatuan wartawan waniTA PERTAMA PERkara waniTA


MAlaysia Memberitahu kepada
Awam

PERsatuan Guru-Guru Agama PERGAS PERsatuan Guru Gila


Singapura Agama Singapura
PERgerakan DAkwah Singapura PERDAUS PERgerakan Dakwah Anti-
Ugama Sesat

Fungsi Perluasan Kata Daripada Akronim

Katamba (1993) mengenalpasti empat ciri-ciri khusus yang terdapat pada semua
morfem.Pertama,ia mengandungi makna. Kedua, ia boleh diubahsuai. Ketiga, ia
boleh diwakili oleh berapa suku kata . Keempat , ia mengandungi bentuk-bentuk
fonetik bervarian. Dalam pada itu,dapat dimaklumkan bahawa akronim merupakan
binaan kata yang bukan binaan berdasarkan morfem secara sepenuhnya.
Fardrych (2004) menjelaskan bahawa dalam pembentukan kata yang tidak
berdasarkan morfem,akan menggunakan sekurang-kurangnya satu elemen yang
bukan bersifat mofrem,dalam bentuk huruf,nombor,sebahagian daripada sukukata
untuk melambangkan sesuatu kata.Elemen submorfem yang ada pada akronim ,
adalah sekadar huruf yang mewakili frasa dan huruf itu juga mewakili mewakili apa
sahaja kata dalam formasi atau pembentukan kata yang baru.Lantas, akronim
terbuka kepada perluasan dan pengubahsuaian dari segi pembentukannya

Kreativiti merupakan elemen yang paling penting dalam pembentukan akronim.


Cannon (1994) berpendapat bahawa akronim merupakan proses pembentukan
yang paling kreatif,bebas dan bijak dalam penciptaan kosa kata pada zaman ini.
Disebabkan kemunculan akronim dalam bentuk bertulis,ia menjadi satu proses
yang berlaku secara sedar,dan bukan sesuatu perumpamaan yang berlaku secara
analogi,seperti yang dapat kita perhatikan dalam bentuk bahasa slanga’.Tujuan
dan niat juga merupakan dua faktor yang mendorong sesetengah akronim
diinterpretasi kembali bersamaan dengan akronim standard yang sudah diterima
pakai oleh masyarakat majmuk. Menurut Wales (1991) : adalah amat seronok,
humour ,ironi dan trend untuk memberi cadangan atau intepretasi alternatif bagi
akronim

Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) merupakan antara contoh yang


menjelaskan perluasan kata yang berfungsi sebagai ironi dan sindiran,
khususnya sindiran terhadap pemerintah atau organisasi. Syarikat tersebut
merupakan penyelenggara yang mengendalikan projek lebuhraya yang merentas
semenanjung. Bayaran tol dikenakan kepada pengguna PLUS.Khidmat PLUS
yang adakalanya didapati kurang bermutu telah menyebabkan syarikat menerima
rungutan pengguna. Antara rungutanyang telah dilontarkan oleh pengguna ialah
PLUS mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran tol yang tinggii
meskipun lebuhraya yang sentiasa sesak dan jalan raya yang tidak rata telah
menyebabkan ramai pengguna PLUS tidak berpuas hati dengan khidmat PLUS.
Justeru demikian, hal tersebut telah mempengaruhi perluasan kata kreatif dalam
kalangan pengguna PLUS iaitu, Pantang Lalu (H)Ulur Selalu yang bertujuan untuk
menyindir PLUS.

Fungsi kedua perluasan kata daripada akronim ialah untuk menerbitkan


humor atau mengejek sesetengah pertubuhan yang dikenali atau dipopularkan
oleh akronim itu. Berdasarkan contoh di bawah, dapat dilihat keseronokan rakyat
Singapura dengan perbadanan seperti MUIS yang merupakan pentadbir hal ehwal
masyarakat Islam di Singapura.

Majlis Ugama Islam Singapura (Islamic Theological Association of Singapore)


atau lebih dikenali sebagai MUIS merupakan antara perbadanan pemerintah
utama yang ditubuhkan untuk mengurus segala hal ehwal penganut Islam.
Namun,terdapat segelintir daripada masyarakat Islam yang berpendapat bahawa
MUIS tidak memainkan peranan secukupnya untuk mempertahankan hak dan
keperluan orang Islam. Sebagai contoh, baru-baru ini ‘isu hijab’ hebat
diperdebatkan oleh masyarakat Melayu Islam di Singapura. Terdapat beberapa
komentar di lelaman dan forum-forum dan juga Facebook yang menuduh bahawa
MUIS merupakan tali barut sekular. Ada juga yang mengatakan bahawa MUIS
bersekongkol dengan pemerintah untuk mendapatkan sokongan masyarakat Islam
untuk perkara-perkara sekular. Maka, masyarakat yang begitu kecewa dengan hal
tersebut memperluaskan rangkai kata MUIS daripa Majlis Ugama Islam Singapura
kepada Majlis Untuk Islam Sekular.
PERGAS atau akronim kepada Persatuan Guru-Guru Agama Singapura pula
mengalami perluasan ,apabila akronim tesebut diberi interpretasi yang mengaitkan
konotasi negatif kepadaahli-ahli persatuan tersebut. Disebabkan oleh keanggotaan
persatuan itu yang diwakili oleh sejumlah besar asatizah dan juga guru agama,maka
terdapat satu stereotaip yang mengandaikan bahawa persatuan itu kurang liberal
apabila membicarakan hal-hal semasa dalam suasana sekular. Adakalanya,
PERGAS begitu lantang menyuarakan perkara-perkara yang bersangkutan agama
di Singapura, sehingga dilabel sebagai PERsatuan Guru Gila Agama Singapura.
Gila di sini membawa erti fanatik dan terlalu terdorong dengan pendapat agama
ketika berunding.

RUMUSAN

Di sekitar zaman yang dipacu dengan komunikasi global, terminologi pelbagai


bidang dan pergolakan masyarakat, pembentukan kata tidak terbatas pada
pembinaan yang standard. Ia semakin meluas dan meliputi pembentukan kata yang
kreatif, yang melibatkan pemendekan kata dalam bentuk-bentuk seperti akronim dan
inisialisme. Meskipun terdapat beberapa faktor-faktor yang menjadi batas
,khususnya dari segi semantik, namun perluasan dan modifikasi akronim yang sedia
ada merupakan kearifan masyarakat dalam pembentukan kata secara kreatif.
Jelasnya, proses perluasan kata standard dan kreatif ,merupakan kaedah
kekreatifan bahasa dan menggalakan masyarakat menerbitkan item –item yang
boleh menyumbang kepada penerbitan leksikel.

Bibliografi

Abdullah Hassan, 2008.Tatabahasa Pedagogi. Kuala Lumpur: PTS Professional


Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Khair Mohd Nor, 2011. Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Asmah Haji Omar,1981. Bahasa Standard dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 2008. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. Bahasa Standars, Dialek dan Dialek-Antara: Beberapa Teoretis.
Mohammad Fadzeli Jaafar. Gaya perbualan dalam teks kreatif bahasa Melayu.
Talib Samat. Bahasa Melayu memantapkan penulisan kreatif di UPSI / Dr. Talib
Samat, Dr. Hj. Abdul Ghani Hj. Abu, Dr. Azhar Hj. Wahid.
Farrah Mohamad Ghazali. Cetusan minda melalui bahasa kreatif untuk komunikasi
yang efektif / Farrah Mohamad Ghazali, Nur Azah Ismail, Siti Farhana Abdullah dan
Siti Faridah Omar.

Anda mungkin juga menyukai