Anda di halaman 1dari 12

PLAGIARISME.

Plagiarisme boleh diertikan sebagai penciplakan atau pengambilan karangan, pendapat, dan sebagainya dari orang lain dan menjadikannya seolah karangan dan pendapat sendiri,ia juga disebut sebagai plagiat. Plagiat dapat dianggap sebagai satu tindakan yang menyalahi undang-undang atas penciplakan hak cipta orang lain. Dalam dunia pendidikan pula, pelaku plagiarisme memperoleh hukuman berat seperti yang tertera pada akta atau undang-undang hak cipta yang dikeluarkan oleh sekolah atau universiti. Dalam erti kata yang lain dapatlah dsifatkan bahawa plagiarisme adalah penciplakan atau pengambilan karangan, pendapat, dan sebagainya dari orang lain dan menjadikannya seolah olah karangan dan pendapat sendiri. Kamus Dewan mentafsirkan plagiat sebagai Me ni ru, mencontoh karangan (tulisan,pekerjaan orang lain) @ mengutip karangan orang lain (tanpa izin). Dianggap seperti mencedok, sedokan ciptaan orang lain & siarkannya sebagai ciptaan sendiri. Glosori Istilah Kesusasteraan (1998) pula menyifatkan plagiarisme sebagai

Penciplakan atau kegiatan dalam kesusasteraan yakni mengambil karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan yang dianggap mungkin sudah dilupakan oleh pembaca lalu diakui oleh penulis itu sebagai karyanya yang asli. Penulis berkenaan mungkin mencedok cerita dari segi plot dan sebagainya dan kemudian mengolahnya semula tetapi pembaca atau pengkaji sastera yang teliti dapat mengesan dari mana sumbernya yang asal diambil oleh si penciplak

Tuntasnya William L. Kibler (1993) telah mendefinisikan

plagiat sebagai

ketidakjujuran akademik dan satu bentuk penipuan yang digunakan ramai pelajar tanpa memberi kredit kepada penulis asal dalam tugasan mereka dan mengakuinya sebagai hasil karya sendiri. Laurie Stearns (1998) pula definisikan plagiat sebagaimengambil hasil kerja penulis lain dan menyatakannya sebagai karya sendiri, gagal untuk menyatakan sumber rujukan dan mengulang guna daripada sumber asal tanpa kredit secara wajar. Berdasarkan pelbagai definisi yang dikemukakan, dapatlah disimpulkan bahawa plagiat sebenarnya merupakan satu aktiviti mencuri, mengambil, mengakui orang lain tanpa menjelaskan sumber rujukan secara wajar tulisan dan

menyatakannya/mengakui sebagai hasil karya sendiri. Ianya meliputi;

mengakui karya orang lain sebagai karya sendiri, mengakuigagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri, mengakui penemuan, data, ujikaji orang lain sebagai kepunyaan sendiri, gagal menyatakan sumber asalsesuatu maklumat yang dipilih, menyalin perkataan, idea, struktur ayat, susunan sebagai kepunyaan sendiri, mengakui karya kelompok orang lain sebagai kepunyaan sendiri, menyajikan tulisan yang sama pada masa yang lain usulnya, tanpa menyebut asal dalam karya orang lain

menyalin, meringkas dan menulis semulaperkataan, ayat atau idea yang diperoleh daripada sumber lain dan menulis semula mengikut kefahaman sendirihingga menghasilkan tulisan baru sama ada menyebut sumbernya atau tidak tetapi rangkaian atau pemilihan katanya masih terlalu hampir atau sama dengan sumbernya, mengubahsuai penulisan atau penyelidikan sendiri dan menghasilkannya

semula sebagai tulisan barutanpa menyatakannya, d a n, melakukan terjemahan bahasa tanpa menyatakan tersebut. sumber asal terjemahan

2.Jenis-Jenis Plagiat.

Plagiat boleh dielakkan dengan menyatakan sumber rujukan. Kaedah penulisan rujukan juga perlu diambil perhatian. Tanpa kaedah penulisan yang betul,karya boleh terlibat dlm plagiat tanpa disedari.Plagiat boleh dibahagikan kepada 8 kategori

2.1

Plagiat Secara Terus

Tidak menyatakan sumber rujukan yang digunakan. sama ada menyalin terus daripada sumber rujukan ataupun hanya melibatkan idea utama dan perubahan struktur ayat dengan penambahan atau pengurangan bagi perkataan-perkataan tertentu tanpa menggunakan tanda kutip. The Ghost Writer (Penulis Hantu): penulis yang menulis

semula hasil karya orang lain, kata demi kata dan kemudiannya mengakui sebagai karyanya sendiri.

The Photocopy atau Penulis Fotokopi pula bermaksud penulis yang menyalin bahagian- bahagian penting dalam teks daripada sumber tunggal dan memasukkan ke dalam tulisannya tanpa melakukan sebarang perubahan. The Potluck

Paperbermaksudmencantumkan pelbagai tulisan lain menjadi satu karya yang baru. Penulis cubamengelakkan kegiatan plagiatnya dikesan dengan menyalin idea dan

pemikiran daripada beberapa sumber berbeza. Penyesuaian pada bahagian-bahagian tertentu akan dilakukan tetapi masih lagi mengekalkan kebanyakan teks asal yang diambil. Plagiat secara terus ini bukan sahaja melibatkan tulisan-tulisan berkaitan sesuatu sahaja tetapi juga turut dilakukan apabila;Menyalin tugasan orang lain dan mengakuinya sebagai hasil karya sendiri. Cara ini mudah dikesan kerana isi kandungannya, ayat, penyampaian, susunan, format dan sebagainya adalah sama, tetapi berbeza penulis. Laporan ujikaji makmal yang melibatkan lebih daripada seorang. Walaupun ujikaji dilakukan secara bersama, laporan yang disediakan perlu berbeza kerana disiapkan oleh individu yang berbeza. Data-data yang diperolehi masih sama tetapi analisis, gaya penulisan, struktur ayat adalah berbeza. Pengiktirafan terhadap ahli lain yang turut menyiapkan ujikaji berkenaan perlu dibuat. Menggunakan laporan makmal yang lama daripada ujikaji orang lain sebagai satu ujikaji yang baru dan dibuat sendiri. Dapatan kajian bersama diakui sebagai hasil tulisan persendirian. Kejujuran amat penting dalam penulisan. Setiap maklumat perlu terhadap sumber yang diperolehi. dinyatakan kredit

2.2

Menyalin drpd Pengarang asal tanpa sumber rujukan Sungguhpun pengarang sebenar diakui, masih berlaku plagiat kerana teks asal

telah ditiru dengan melakukan sedikit perubahan tanpa menggunakan sama ada tanda kutip atau nota kaki untuk menyatakan sumber karya berkenaan diperolehi. Dikenali sebagai The Forgotton Footnote Penulis menyembunyikan maklumat dan lokasi sumber yang dirujuk. Tulisan telah mengkreditkan sumber rujukan yang dibuat tetapi tidak menyatakannya secara spesifik benar, salah dan tidak dapat disahkan kewujudannya. Cara ini juga menyebabkan sumber rujukan berkenaan amat mustahil untuk dicari semula oleh pembaca. The Resourceful Citer rujukan yang diambil, menulis kembali apa pula telah menyebut semua sumber yang dimaksudkan sumber rujukan

dengan perkataan dan kefahaman sendiri serta menggunakan petikan selayaknya. Walau bagaimanapun, keseluruhan tulisan atau penyelidikan berkenaan hampir tidak mengandungi karya asli. Penulis bijak menyalin dan menampal idea-idea daripada

sumber rujukan sehingga kelihatan seolah-olah sebuah penyelidikan yang sempurna.

2.3

Menulis nota kaki tanpa tanda kutip Walaupun penulis telah meletakkan nota kaki pada tulisan asal yang dipetiknya,

tetapi tulisan sebegini masih lagi bercirikan tulisan plagiat keranatanda kutip masih tidak digunakan bagi memenuhi peraturan penggunaan petikan dalam penulisan secara akademik. Penggunaan beberapa perkataan dari sumber asal juga telah mengalami

sedikit perubahan menyebabkan tulisan baru kelihatan berbeza berbanding karya yang asli.

2.4

Mengambil Mudah Penulisan Nota Kaki Jenis penciplakan melibatkan pelbagai perubahan dan parafrasa-parafrasa, yang

melibatkan lebih daripada satu halaman. Walaupun terdapat penggunaan nota kaki,tet api penggunaannya tidak sesuai kerana nota kaki berkenaan tidak menyatakannya secara tepat. Hanya satu sebutan telah diberikan tanpa menyatakan secara tepat muka surat yang betul. Terdapat banyak penggunaan perkataan dan ungkapan telah diambil daripada teks asal.Memparafrasakan telah digunakan untuk menyingkatkan hujah tanpa penggunaan tanda kutip yang sesuai. Plagiat jenis ini menggunakan kaedah yang berbeza sebagai satu cubaan yang disengajakan untuk menukar rupa tulisan

berkenaan tanpa mengubah kandungan menyebabkan kegiatan plagiat ini sukar dikesan

2.5

Petikan yang Tergantung Plagiat dimulakan dengan menggunakan satu sumber rujukan. Rujukan daripada

sumber yang lain telah dibuat tanpa menyatakannya menyebabkan pembaca menyangka bahawa tulisan berkenaan masih lagi daripada sumber yang sama. Contoh: Menjelang tahun 1880-an teater Parsi begitu popular di Pulau Pinang hinggakan lagulagu Hindustan dinyanyikan oleh orang-orang India, peranakan Arab dan Melayu (Tan,

1993;16). Lagu-lagu ini berlirikkan Melayu menggantikan lagu Hindustan asal, dipersembahkan di majlis- majlis perkahwinan (Edrus, 1960;50-51). Banyak kumpulan nyanyian ditubuhkan dan salah satu kumpulan dipimpin Mamat Mashor yang berperanakan Arab. (Abdul Samat Salleh, 2005; 16) Menurut Abdul Samat Salleh, menjelang tahun 1880-an teater Parsi begitu popular di Pulau Pinang hinggakan lagulagu Hindustan dinyanyikan semula oleh orang-orang India, peranakan Arab dan Melayu. Lagu-lagu ini menggunakan lirik dan bahasa Melayu menggantikan lagu Hindustan asal, dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan. Banyak kumpulan nyanyian ditubuhkan dan salah satu kumpulan dipimpin Mamat Mashor yang berperanakan Arab.

2.6

Plagiat Secara Parafrasa Parafrasa adalah menulis kembali apa yang dinyatakan dalam sumber rujukan

dengan bahasa sendiri. Memparafrasakan mana-mana sumber yang diakui dengan melakukan parafrasa yang terhad kepada material, kemudian

membincangkannya, menjelaskan, dan memperdebatkan adalah dibolehkan. Setiap parafrasa dibolehkan apabila memenuhi syarat berikut;

Parafrasa berkenaan tidak mendominasi (menguasai) sumber yang dirujuk. Parafrasa dilakukan untuk membenarkan pengarang berinteraksi secara kritis dengan pendapat-pendapat orang yang lain

Apabila hujah teks asal ditulis semula dalam kata-kata yang berbeza Memparafrasakan secara meluas dan berterusan tanpa rujukan kepada sumber asal, masih lagi dianggap sebagai plagiat. Walaupun tidak melakukan penambahan maklumat yang baru dan menyatakan punca tulisan tersebut, tulisan sebegini tidak dianggap sebagai tulisan yang asli. Menyusun pandangan orang lain dan menyatakannya sebagai penyelidikan sendiri sebegini tetap dipanggil plagiat. Sesebuah kajian dan penyelidikan menuntut nilai asli walaupun pada masa tersebut tidak ada siapa lagi mempunyai himpunan koleksi yang sama seperti yang menjadi rujukan penulis. Plagiat sebegini dipanggil The Labor of Laziness. Proses ini biasanya memakan masa kerana melibatkan juga proses mencantum daripada pelbagai sumber yang lain. The Too-Perfect Paraphrase pula adalah plagiat parafrasa yang sumber rujukannya di dalam tulisan tetapi telah tanda kutip ( ) menyebut satu

mengabaikan penggunaan

2.7

Kitar Semula Karya Plagiat jenis ini dikenali sebagai The Self-Stealer. Penulis telah meminjam

secara keseluruhannya idea, data,

maklumat, analisis, hujah, dan penemuan

daripadatulisan - tulisan atau kajiannya sendiri yang telah dibuat sebelum ini. Plagiat

karya sendiri merupakan satu bentuk penipuan yang menyalahi etika penulisan dan dianggap sebagai satu tindakan mencuri. Pengarang seakan sengaja mengelirukan pembacanya dengan anggapan pembaca boleh memafkan perkara berkenaan kerana hanya melibatkan hasil penulisan penulis sendiri. Pengubahsuaian hanya dilakukan di sana sini dan dihantar kepada pensyarah yang berbeza bagi kursus-kursus tertentu yang saling berkaitan. Di kalangan ahli akademik yang telah mantap sendiripun, plagiat menjadi satu masalah apabila artikel atau buku yang sama diserahkan untuk penilaian bagi kenaikan gaji atau pangkat. Ada juga dikalangan mereka yang menghantar artikal yang telah diubahsuai kepada beberapa syarikat penerbitan untuk diterbitkan.

2.8

Melakukan terjemahan bahasa Penterjemahan karya ke bahasa yang lain melibatkan hakcipta. Terjemahkan

karya tanpa kebenaran penulis dan

penerbit, tidak mengkreditkan sumber secara

wajar, seterusnya mengakui karya terjemahan itu sebagai karyanya yang asli,tergolong sebagai karya ciplak. Karya terjemahan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada penulis asal dan penerbit. Penulis asal dan penerbit akan dikreditkan secara sewajarnya dalam karya terjemahan. Pada masa yang sama, nama penterjemah turut dicetak. Karya ini dilindungi di bawah akta hakcipta sama seperti karya asal. Penulis asal dan penerbit akan mendapat royalti. Penterjemah pula hanya dilindungi akta hakcipta bagi karya terjemahan itu sahaja. Kepesatan IT mudahkan banyak perkara termasuk ada perisian kamus dan enjin penterjemahan secara atas talian (online).

Boleh lakukan terjemahan dengan mudah, cepat dan percuma.

Cara Elak Plagiat

3.1

Memberikan Kredit dalam Tulisan

sumber rujukan yang memerlukan kredit dalam setiap tulisan; Kata-kata atau idea yang diterbitkan atau terdapat dalam majalah, buku, akhbar, jurnal, lagu, atur cara TV, filem, laman web, pengaturacaraan komputer, surat, iklan atau mana-mana medium lain. Keduanya,memperolehi orang lain secara maklumat bersemuka, melalui temuramah atau perbincangan dengan melalui telefon ataupun secara bertulis.

Seterusnya,apabila menyalin kata-kata atau ungkapan yang unik., apabila mencetak semula apa-apa gambarajah, illustrasi, jadual, graf, carta, gambar atau bahan-bahan visual yang lain, apabila menggunakan atau menghantar semula (secara elektronik) imej-imej, suara, muat turun video atau media lain.

3.2

Menyatakan sumber dalam teks

Ada ketikanya, menyebut nama pengarang, hak milik, dan genre (buku, artikel, atau laman web dan sebagainya) adalah salah satu cara yang baik sekiranya sumber berkenaan menjadi rujukan utama dalam tulisan yang dihasilkan

3.3

Membuat petikan Nyatakan petikan yang diambil daripada sumber rujukan. Gunakan kaedah

penulisan memetik yang sewajarnya. Lengkapkan maklumat berkaitan sumber yang dirujuk apabila membuat petikan.

3.4

Menyenaraikan rujukan i.Bibliografi ii.Nota kaki iii. Nota hujung

3.5

Memohon Izin Penulis Asal Mohon izin penulis asal apabila ingin melakukan terjemahan,menggunakan data,

graf, hasil kajian secara meluas dalam tulisan. Izin diperolehi secara bertulis, emel, perjanjian dan lan-lain lagi.

Kesimpulan Dalam dunia nano ini,plagiarisme berlaku dalam pelbagai cara selain yang disebutkan di atas ;apatah lagi dengan plagiarisme yang melibatkan dunia ICT dan internet.Oleh hal yang demikian setiap individu perlu,perlu mengaplikasikan semua norma norma penulisan dan mematuhi segala cadangan yang disenaraikan di atas agar penulisan mereka tidak dicap sebagai penulisan penciplakan.Memang tidak dapat menyangkal akikat bahawa setiap karya yang dihasilkan iru ada bau bacanganya dengan penulisan atau idea yang dihasilkan dalam seluruh pelusuk dunia,namun pengakuan akan sumbernya dan rujukannya akan dapat mengelakkan serba sedikit daripada karya kita dicap sebagai karya penciplakan.

Anda mungkin juga menyukai