Anda di halaman 1dari 3

Perjelaskan 3 mod interaksi dengan merujuk pada ruang dan pergerakan manusia (5

markah) *
Mod interaksi yang terlibat antaranya ialah melalui pertukaran barangan. Interaksi
pertukaran barangan berlaku melalui aktiviti ekonomi dengan cara aktiviti ekonomi
traditional seperti pertanian membekalkan bahan mentah seperti padi dan biji kelapa sawit
untuk aktiviti ekonomi modern seperti perindustrian agar bahan mentah tersebut dapat
diproses. Selain itu interaksi melalui pertukaran barangan turut belaku antara negara
melalui aktiviti import dan eksport, negara yang kaya dengan aktiviti perindustrian dan
pembuatan biasanya akan membekalkan barangan yang telah siapa kepada negara-negara
lain yang memerlukannya. Seterusnya ialah mod interaksi melalui pengangkutan, interaksi
ini melibatkan pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain dengan
menggunakan ruang, daratan, udara dan lautan dengan melibatkan teknologi pengangkutan
seperti kereta untuk pengangkutan darat, kapal tebang untuk pengangkutan udara dan
kapal laut untuk pengangkutan laut. Mod interaksi pengangkutan juga wujud akibat
daripada aktiviti ekonomi, di mana pengangkutan berlaku untuk penghantaran barangan
dari satu tempat ke tempat yang lain. Akhir sekali ialah mod interaksi melalui sistem
maklumat. System maklumat berkembang mengikut revolusi teknologi. Kini manusia
berinteraksi dengan penggunaan ruang dan pergerakan yang minimum. Ini kerana manusia
masa kini berinteraksi menggunakan alatan-alatan modern seperti telefon dan komputer.
Perjelaskan 3 elemen masa dengan merujuk pada tingkah laku manusia terhadap ruang
dan pergerakan (5 markah) *
Penentuan masa atau waktu, tarikh, zon masa, siang atau malam. Penentuan masa tidak
membolehkan manusia berada di pelbagai kawasan pada masa yang sama, pergerakan dan
tingkah laku manusia berkembang mengikut masa dan waktu. Jangka masa atau hayat
tumbesaran tumbuhan dan musim khususnya untuk aktiviti ekonomi. Jangka masa dan
hayat tumbuhan berkait rapat dengan musim untuk aktiviti ekonomi. Tumbuhan tumbuh
dan membesar mengikut musimnya. Misalnya kebanyakan tanaman tidak boleh tumbuh
pada pada musim sejuk dalam ruang kawasan negara bersuhu sederhana, kesannya aktiviti
pertanian tidak boleh dijalankan pada musim sejuk. Seterusnya ialah masa yang berturutan
iaitu dahulu, kini dan akan datang. Perubahan masa dari masa lalu sehningga akan datang
menyebabkan tingkah laku dan pergerakan manusia berubah kearah yang lebih maju
mengikut peredaran zaman.
Terangkan maksud "bandingan" dengan merujuk pada kelebihan dan kemampuan
manusia untuk membuat pilihan (5 markah) *
Bandingan merujuk kepada perbezaan fungsi, jenis atau kualiti sesebuah wilayah atau
kawasan yang setiap satunya mempunyai kelebihan masing-masing. Misalnya kelebihan
seperti letakan geografi yang sesuai serta polisi dan dasar negara. Manusia berupaya untuk
membuat perbandingan serta menggunakan sesebuah kawasan tersebut dan memilih untuk
mengkhususkan aktiviti apa yang boleh dijalankan di kawasan tersebut. Sebagai contohnya
manusia memilih kawasan yang bertanah pamah yang dekat dengan kawasan bahan
mentahnya untuk dijadikan sebagai letakan industri. Pemilihan letakan geografi yang sesuai
ini dapat memaksimumkan keuntungan kilang-kilang industri.
Nyatakan dengan ringkas prilaku interaksi manusia keatas ruang dan masa (5 markah) *
Interaksi manusia terhadap ruang dan masa meliputi 3 prinsip, antaranya ialah saling
melengkapi antara satu sama lain, ia berlaku apabila 2 letakan saling memerlukan dan
memenuhi keperluan masing. Kedua-dua letakan terdiri daripada 2 lokasi berbeza dan
fungsi yang berlainan. Misalnya letakan A iaitu kawasan pedalaman berfungsi sebagai
kawasan yang menghasilkan pengeluaran seperti bahan mentah , dan letakan B seperti
bandar perindustrian berfungsi sebagai kawasan yang membuat permintaan terhadap
bahan mentah di kawasan pedalaman. Kedua-dua kawasan ini saling memerlukan dan
berinteraksi antara satu sama lain. Yang seterusnya ialah paling mencelah. Keadaan ini
berlaku apabila wujud satu lagi letakan yang menghasilkan pengeluaran dengan harga
barang lebih murah, lokasi yang dekat dan pengangkutan yang mudah. Munculnya lokasi ini
menjadikan permintaan lokasi B seperti bandar perindustrian tadi berubah minat kepada
lokasi C misalnya kawasan pertanian baharu yang memenuhi permintaan letakan B.
Kesannya secara tidak langsung interaksi antara letakan B dan C berlaku dan interaksi
antara letakan A dan B terhalang. Akhir sekali ialah keterpindahan melalui peluang dan
pilihan . Ini berlaku bergantung kepada halangan atau geseran, cara pengangkutan dan jenis
barangan mengikut ruang. Geseran merujuk kepada halnagan yang berlaku untuk
menghantar barangan seperti jalan raya yang berlubang, bukit bukau dan bergunung
ganang. Cara pengangkutan pula merujuk kepada jenis kenderaan sesuai yang di gunakan
untuk menhantar barangan ke lokasi yang dekat atau jauh. Kenderaan yang tidak sesuai
digunakan untuk menghantar barangan yang jauh akan menjadikan barangan sukar sampai
atau tidak sampai langsung. Situasi ini menjadi penghalang untuk keterpindahan, dan jenis
barangan pula merujuk kepada bentuk barangan yang perlu dihantar seperti perabot, air
dan bahan mentah. Ketiga-tiga elemen ini jika tidak saling bersesuaian maka keterpindahan
melalui peluang dan pilihan tidak akan berlaku.
Bagaimana Teori Berpusat oleh Christaller (1933) dapat memberi penjelasan mengenai
ruang, masa dan pusat/tempat. (5 markah) *
Walter Christaller menjelaskan bahawa ruang sebagai pusat tumpuan penduduk untuk
memasarkan dan membeli barangan keperluan dan barangan yang lebih khusus.
Pembahagian pusat oleh teori Christaller memnunjukkan penggunaan ruang yang intensif
serta usaha untuk meminimumkan penggunaan masa. Pusat barangan terbahagi kepada
pusat rendah dan pusat tinggi. Pusat rendah ialah pusat yang paling banyak penggunanya
yang memasarkan barangan keperluan harian khususnya makanan sepertit beras, gula, air
mineral dan sebagainya, pusat rendah lebih dekat lokasinya dengan ruang petempatan
penduduk dan menyebabkan penggunaan masa untuk mendapatkan barangan dapat
diminimumkan. Manakala Pusat tinggi pula merujuk kepada pusat yang menjual barangan-
barangan khusus seperti kereta, pakaian-pakaian berjenama dan emas yang bilangannya
lebih kecil serta masa kertersampaiannya lebih tinggi sehingga memerlukan banyak masa
untuk ke letakannya.
Komen dan refleksi saya untuk kuliah "Manusia dan Organisasi Ruang
Manusia menggunakan akal mereka dengan baik untuk menggunakan ruang secara inteensif
melalui aktiviti-aktiviti ekonomi yang bersesuaian agar masa dapat diminimumkan dengan
lebih selamat.

Anda mungkin juga menyukai