Anda di halaman 1dari 5

TEORI LOKASI INDUSTRI

-cerita siapa pengkaji

-cerita intipati teori tersebut

-cerita kiritikan dan penerimaan teori tersebut <- cerita orang y terima teori tersebut

-kesimpulan sedikit

1.0 Pengenalan Kepada Teori Lokasi Industri

Campur tangan dalam pola aktiviti yang sedia ada dalam sesebuah wilayah amat penting
bagi menyusun peluang-peluang ekonomi dan strategi pembangunan wilayah yang
dinyatakan dalam bentuk pola lokasi relatif. Lokasi industri amatlah penting dan merupakan
titik tolak yang berfaedah bagi menerangkan struktur dalaman wilayah.

Kebanyakkan kajian tentang teori lokasi industri telah dijalankan oleh ahli ekonomi yang
cuba menggabungkan lokasi ke dalam rangka utama teori ekonomi iaitu terumanya
berkaitan dengan teori firma. Walaubagaimanapun, lokasi mengambil kira hubungan
reruang dan ini telah menarik perhatian ramai ahli geografi. Sumbangan yang dihasilkan
bertujuan untuk mewujudkan satu sistem yang merangkumi keseluruhan hukum tulen lokasi.
Ia merupakan usaha untuk mewujudkan lokasi optimum sesebuah firma. Tetapi matlamat ini
sukar dicapai apabila seseorang itu mengambil kira akan tentang seperti kesan
kepelbagaian industri dan juga kesan kepelbagaian firma.

~1~
2.0 Pengkaji Teori

Teori Lokasi Industri ini mula dipelopori oleh Alfred Weber iaitu seorang ahli ekonomi
regional berbangsa Jerman. Pada tahun 1909, Weber telah menulis sebuah buku yang
berjudul Uber den Standort der Industrien. Buku ini kemudiaannya telah diterjemahkan
dalam bahasa Inggeris pada tahun 1929 oleh CJ Friedrich dengan judul Alfred Weber’s
Theory of Location of Industries. Jika Von Thunen menganalisis lokasi kegiatan pertanian,
maka Weber pula menganalisis dalam bidang lokasi kegiatan industri. Weber mendasarkan
teorinya bahawa pemilihan lokasi industri berdasarkan atas prinsip minimisasi bayaran.
Weber menyatakan lokasi setiap industri bergantung pada jumlah kos pengangkutan dan
tenaga kerja di mana penjumlahan keduanya harus minimum iaitu tempat dimana jumlah
kos pengangkutan dan tenaga kerja yang minimum adalah sinonim/bersesuaian dengan
tingkat keuntungan yang maksimum.

3.0 Intipati Teori

Menurut Hoover dan Giarratani (2007), Teori lokasi dapat ditakrifkan sebagai ilmu yang
menyelidiki tata ruang (spatial order) kegiatan ekonomi. Selain itu, ia juga dapat juga
diertikan sebagai ilmu tentang lokasi secara geografi dari sumber daya yang langka, serta
hubungannya atau pengaruhnya terhadap lokasi berbagai macam usaha atau kegiatan lain
(activity). Secara umum, pemilihan lokasi oleh suatu unit aktiviti ditentukan oleh beberapa
faktor seperti: bahan baku tempatan (local input); permintaan tempatan (local demand);
bahan baku yang dapat dipindahkan (transferred input); dan permintaan luar (outside
demand).

Akan tetapi teori lokasi yang tradisional berpendapat bahawa cluster (pengelompokan)
industri muncul terutama akibat minimumkan kos pengangkutan atau kos produksi (Isard,
1956, Weber, 1909). Teori lokasi industri Weber menurut model Weber adalah bergantung
kepada tiga faktor iaitu pasaran, tenaga kerja dan bahan mentah. Penjelasan berasaskan
kepada mencari lokasi dengan kos pengeluaran yang paling rendah dan keuntungan yang
maksimal merupakan salah satu konsep geografi. Keterbatasan Teori Weber telah
memunculkan teknik lain, yang disebut pendekatan interdependensi lokasi (locational
interdependence).

Selain itu, menurut Tarigan Robinson (1998), ada beberapa teknik untuk menentukan
pembangunan dikatakan menggunakan teori Asal Ekonomi, Kesan Penggada yang
berkaitan dengan teori input-output dan penggunaan Teori Lokasi (Location Theory).

~2~
Terdapat tiga pendekatan yang dapat dijadikan pertimbangan dalam menetapkan lokasi
pembangunan aitu; pendekatan kos terendah, analisis jangkaan pasaran, dan
keuntungan maksima. Ketiga-tiga pendekatan yang dijadikan penetapan lokasi
pembangunan ini menyediakan bidang kerja yang berguna bagi analisis terhadap
pendekatan teori lokasi industri.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Smith, perbezaan di antara pendekatan-pendekatan ini
dapat ditunjukkan dengan jelas di mana beliau telah menggabungkan pelbagai teori bagi
menghasilkan pendekatan yang lebih bersesuaian.

3.1 Pendekatan Kos Terendah

Prinsip asas Weber mengambil kira bahawa seorang pengusaha akan memilih
lokasi yang mempunyai kos paling rendah tidak kira sama ada dari segi kos
pengangkutan, kos bahan mentah, kos buruh, dan sebagainya. Weber (1909)
merupakan orang yang pertama membentuk teori lokasi industri yang
menyeluruh. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lokasi industri iaitu meliputi
kos pengangkutan dan juga kos buruh. Objektif lokasi bagi pengusaha
melibatkan pengganti secara optimum di antara fakta-fakta ini dalam memilih
tapak yang dapat meminimumkan jumlah kos. Faktor pertama yang diambilkira
oleh beliau ialah faktor pengangkutan. Weber mengatakan bahawa kos
pengangkutan berkadaran secara langsung dengan jarak pergerakan dan
muatan yang dibawa. Oleh itu, kos pengangkutan yang paling kurang adalah
merupakan titik yang mana jumlah pergerakan berat bagi pemasangan input dan
pengagihan output berada di paras minimum.

Faktor lokasi kedua adalah kos buruh. Penjimatan kos buruh juga dapat menarik
firma kepada sesuatu lokasi selain daripada faktor kos pengangkutan. Sesebuah
firma juga mungkin akan beralih dari lokasi yang mempunyai kedua-dua kos
pengangkutan dan buruh terendah sekiranya kos ekonomi dapat dicapai melalui
faktor lokasi ketiga iaitu pengelompokan. Faedah pengelompokan mungkin
meliputi pertumbuhan kelompok buruh mahir dan pembentukan perkhidmatan
yang khusus, walaupun mungkin terdapat keadaan yang tidak menguntungkan
seperti harga tanah yang tinggi dan kesesakan yang mungkin menghalang
pengelompokan.

~3~
3.2 Analisis Jangkaan Pasaran

3.3 Keuntungan Maksima

~4~
Kritikan dan Penerimaan Teori

Sepeti digambarkan di muka, teori Schumpeter ini telah memberikan sumbangan yang
besar dalam menunjukkan bagaimana pertumbuhan ekonomi terjadi dan faktor-faktor apa
yang dapat menghambatnya. Namun demikian, ada beberapa kritik terhadap teori
Schumpeter antara lain:

~5~

Anda mungkin juga menyukai