Anda di halaman 1dari 15

1.

Pengenalan

Pengaruh industrialisasi terhadap perkembangan proses urbanisasi sering kali dapat

dilihat di negara-negara membangun. Negara-negara di Asia Tenggara juga tidak

terlepas dari pengaruh industrialisasi yang berlaku di kebanyakan negara-negara di

rantau Asia Tenggara. Proses industrialisasi berlaku disebabkan oleh beberapa

aspek iaitu komposisi industri, pemilihan lokasi dan presatasi serta perkembangan di

dalam ekonomi. Antara pengaruh lain di dalam industrialisasi yang membawa kepada

perkembangan proses urbanisasi adalah melibatkan aspek migrasi, strategi

perdagangan dan perkembangan teknologi yang merupakan kesinambungan dari

bebrapa faktor primer.

2. Definisi Konsep

2.1 Industrialisasi

Industrialisasi merupakan perkataan yang berasal dari Industri dan jika

diterjemahkan membawa maksud sesatu perbuatan dimana ia melibatkan

proses pembuatan dan mengolah sesuatu barangan dengan melibatkan

penggunaan prasarana yang memiliki mesin-mesin yang berteknologi.

Industrialisasi merupakan sesuatu perubahan sistem melibatkan kehidupan

masyarakat dimana kita sedia maklum bahawa Industrialisasi adalah satu

perubahan dari sistem agrokultur yang melibatkan pertanian kepada

masyarakat industri, di dalam pross Industrialisasi, masyarakat lebih

memfokuskan kepada pekerjaan yang beragam atau melalui pengkhususan

sesuatu bidang di dalam mendapatkan sumber ekonomi dengan memperolehi

sumber gaji dari pekerjaan yang dilakukan. Menurut Nor Aini et.al (1996),

Industrialisasi merupakan salah satu permodenan dimana berlakunya

perkembangan ekonomi dan juga perubahan struktur sosial yang sangat

berkait rapat dengan kemajuan teknologi saban hari. Manakala menurut

Chenery (1986), beliau menyatakan bahawa proses Industrialisasi boleh

didefinisikan sebagai salah satu proses perubahan struktur ekonomi di dalam

1
masyarakat dimana menurut beliau lagi, Industrialisasi memperlihatkan

sumbangan industri dimana berlakunya peningkatan permintaan pengguna,

kadar eksport yang tinggi dan juga peluang pekerjaan yang ditawarkan. Selain

itu Industrialisasi juga boleh dilihat sebagai proses transformasi ekonmi

dimana ia merangkumi segala bentuk perubahan melibatkan sektor ekonomi

yang saling berkaitan.

2.2 Perbandaran

Perbandaran adalah salah satu proses perubahan yang melibatkan

peningkatan penduduk di sesebuah kawasan. Perbandaran juga merupakan

perkembangan sesebuah kawasan yang secara lazimnya kurang maju

menjadi sebuah bnadar yang didiami rami penduduk. Proses perbandaran ini

melibatkan perpindahan dan penghijrahan ke bandar-bandar besar dan

berlakunya perubahan di dalam kegiatan ekonomi masyarakat dimana pada

sebelum ini yang hanya tertumpu kepada ekonomi berbentuk pertanian.

Selain itu perbandaran juga mengalami proses peningkatan taburan penduduk

yang lebih tinggi dimana berlakunya kepadatan penduduk di sesebuah

kawasan bandar dan sekaligus mempengaruhi masyrakat menjalani

kehidupan yang lebih moden. Kingsley (1972), yang merupakan pakar di

dalam bidang kependudukan turut mentakrifkan perbandaran dengan satu

takrifan. Menurut beliau, perbandaran boleh ditakrifkan sebagai proses

penumpuan oleh penduduk mendiami sesutau kawasan yang pesat atau lebih

dikenali sebagai bandar. Beliau juga turut membuat satu perbandingan

diaman di dalam perbandingan tersebut, Kingsley menyatakan bahawa

terdapat perbezaan peratus penduduk di kawasan bandar dan luar bandar

melibatkan sesebuah daerah, negara atau kawasan-kawasan yang terlibat.

2
2.3 Migrasi

Migrasi merupakan salah satu fenomena yang sering terjadi di dalam mana-

mana negara di dunia. Migrasi merupakan tingkah laku yang melibatkan

tingkah laku perubahan dari segi perpindahan atau penghijarahan sesebuah

masyarakat ke sebuah kawasan yang baru. Di dalam proses Migrasi, pola dan

kadar migrasi adalah saling berkait rapat dengan proses urbanisasi di mana ia

mempengaruhi tahap urbanisasi di sesebuah negara (Mohd Fadzil, 2010).

Migrasi jika dilihat dari sudut perubahan, ia melibatkan proses perpindahan

atau penghijrahan penduduk dari sebuah kawasan ke kawasan yang baru

dimana ia melibatkan perubahan yang berkaitan dengan masa dan ruang.

Migrasi juga dilihat sebagai salah satu langkah di dalam menambah baik

struktur ekonomi sesebuah masyarakat dimana dengan perpindahan atau

penghijrahan yang dilakukan penduduk ke kawasan yang lebih banyak

sumber ekonomi. Definisi migrasi adalah berbeza dengan maksud pelarian

dimana jika disoroti, pelarian adalah perpindahan yang dilakukan oeleh

sekolompok manusia demi menjaga keselamatan dan perpindahan yang

dilakukan adalah untuk mencari kawasan yang selamat bagi melindungi

mereka dari kancah perperanagn yang tercetus di tempat asal mereka. Oleh

itu migarsi dan perlarian adalah satu definsi yang berbeza walaupun

mempunyai tingkah laku yang sama iaitu perpindahan atau penghijarahan.

3. Sorotan Karya

Tinjauaan karya yang dilakukan adalah dengan memfokuskan kepada contoh-contoh

industrialisasi, perbandaran dan migarsi yang sering berlaku di negara-negara rantau

Asia Tenggara selain Malaysia.

3.1 Industrilisasi

Proses industrilisasi telah memberikan satu impak besar terhadap beberapa

aspek terutamanaya di dalam bidang ekonomi. Industrilisasi telah memberikan

3
kesan terhadap sektor ekonomi dimana dengan adanya perkembangan

industrilisasi maka ia telah meningkatkan peluang pekerjaan sekaligus telah

menggalakan pertumbuhan sumber ekonomi dan struktur sosial sesebuah

masyarakat. Dengan adanya proses industrilisasi sudah pasti akan memerlukan

sumber tenaga kerja yang banyak bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di

dalam perkembangan bidang industri di kebanyakan negara-negara Asia

Tenggara. Namun demikian, perbahan dari sudut sosial juag harus diberikan

perhatian ekoran dari perkembangan industrilisasi yang berlaku di rantau Asia

Tenggara. Perubahan yang drastik dapat dilihat di kebanyakan negara di rantau

ini dimana berlaku perubahan yang kertara dimana sebelum ini, kebanyakan

negara-negara tersebut idlihat menjalankan industri yang beraskan pertanian dan

berubah kepada negara yang mengamalkan perindustrian.

Perkara ini secara tidak langsung telah mengubah landskap ekonomi negara-

negara tersebut dan perubahan ini sekaligus menyediakan peluang pekerjaan

yang besar kepada penduduk negara tersebut di dalam bidang perindustrian.

Pembangunan sesebuah negara terutama melibatkan struktur ekonomi telah

menyebakan berlakunya perubahan kepada aktiviti ekonomi negara itu sendiri

(Nor Aini et. al, 1996). Seperti yang berlaku di Thailand, negara Gajah Putih

tersebut telah mengalami perubahan yang pesat terutama di dalam bidang

perindustrian dimana berlakunya peningkatan pendapatan negara yang mana

Thailand telah mencatatkan lebih dari dua pertiga total gross domestic product

(GDP). Perkembangan ini boleh dilihat bahawa dengan adanya pelaburan dari

perusahaan multinasional di dalam sektor komponen dan pengeluaran elektronik.

Salah satu perusahaan multinasional yang menyumbang kepada perkembangan

ini adalah Western Digital (WD) dimana syarikat gergasi ini telah mendirikan

kilang-kilang pengeluaran miliknya di Thailand.

4
Seperti kebanyakan negara-negara membangun yang lain, Thailand juga

mengalami peningkatan dari segi penggunaan tenaga kerja dimana negara ini

dahulunya lebih dikenali sebagai salah sebuah negara pertanian telah mengalami

perubahan yang kertara terutama di dalam bidang perindustrian. Perubahan ini

juga turut berkait rapat dengan proses migrasi dimana di dalam konteks negara

Thailand berlakunya migrasi melibatkan penduduk atau pekerja asing dari luar.

Mobiliti juga memainkan peranan penting di dalam kesejahteraan pekerja dimana

kebanyakan para pekerja melakukan migrasi bagi membolehkan mereka

mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik. Berdasrkan faktor

ketidaktentuan dan juga pembangunan ekonomi di rantau Asia Tenggara telah

membuka peluang kepada para pekerja untuk mencari pekerjaan dengan upah

yang lebih memberangsangkan. Menurut Mauro (2017). Kebanayakn pekerja

tidak memanfaatkan peluang yang ada dimana mereka memilih untuk bertukar

kerja di dalam negara tampa memperluaskan akses mereka bagi mendapatkan

peluang pekerjaan di negara-negara rantau Asia Tenggara yang lebih maju.

3.2 Perbandaran

Dalam abad ke-21 dunia telah mengalami perubahan suasan dimana berlakunya

perubahan suasana yang melibatkan perpindahan penduduk dari kawasan luar

bandar ke kawasan bandar. Oleh yang demikian, abad ke-21 dilihat sebagai abad

bandar dimana kebanyakan penduduk di dunia pada ketika ini memilih kawasan

bandar sebagai pilihan dan bilangan penduduk bandar yang semakin meningkat

telah menyebabkan kepadatan penduduk di kawasan bandar berbanding

kawasan luar bandar. Oleh yang demikian kepentingan guna tanah pada hari ini

merupakan sesuatu yang penting dan menjadi keutamaan di dalam sesebuah

perancangan demini mengekalkan kelestaraian. Data-data yang empirikal dengan

jelas menunjukan bahawa penduduk dunia pada masa kini memilih untuk

menetap di kawasan bandar dengan peratusan yang dicatatkan adalah lebih dari

5
50 peratus (UN, 2010). Kawasan perbandaran pada hari ini dilihat menjadi

keutamaan untuk dijadikan tempat tinggal. Situasi ini berbeza dengan pada awal

abad ke-19, dimana pada ketika itu kebanyakan negara-negara di rantau Asia

Tenggara masih diliputi oleh kawasan hutan hujan Khatulistiwa yang memiliki

kepelbagaiaan bahan mineral disamping kekayaan flora dan fauna. Pada abada

tersebut juga penenpatan tardisional yang berselang seli dengan kawasan hutan

menjadi pilihan. Selain itu, kawasan-kawasan kampung yang berada di kawasan

muara lembangan sungai-sungai utama mejadi pilihan untuk dijadikan tempat

tinggal. Pada ketika itu ekologi dan penempatan manusia dilihat seimbang dan

berada di dalam keadaan yang terkawal dan seimbang.

Namun, perubahan yang ketara mula berlaku secara perlahan-lahan dan

meledak secara besar-besaran empat dekad kebelakangan ini dimana ia

berpunca daripada peningkatan jumlah penduduk di dalam struktur sosio

ekonomi. Satu usah pegemblengan bagi memgerakan gabungan kegitan telah

terhasil dimana ia bertujuan bagi memenuhi tuntutan menyediakan keperluan

asas dan menyumbang kepad kemajuan penduduk. Kesan yang dapat dilihat dari

perubahan yang ketara ini adlah berlakunya perubahan yang ketara dimana

ekologi semakin berubah. Suatu keadaan yang lebih asli dilihat berubah secara

total dimana terdapat pembinaan landskap-landskap baru melibatkan binaan dan

menyebabkan asas kepada ekologi tabii mula terhurai dan disesuaikan dengan

keadaan semasa. Urbanisasi atau perbandaran merupakansuatu fenomena yang

terhasil dari kepesatan pembangunan yang dilakukan terutama di kawasan-

kawan metropolitan. Perubahan boleh dilihat dengan berlakunya limpahan

perbandaran sekaligus meningkatkan penyelerakan aktiviti gun tanah yang lebih

aktif untuk menjadi bandar atau lebih dikenali dengan istilah urban overspill.

Keadan ini telah mempengaruhi kawasan-kawasan luar bandar sekaligus

menyebabkan kawasan-kawasn kampung yang berada di pinggir bandar

6
mengalami perubahan yang pesat. Situasi ini menyebakan sebahagian besar

kawasan di pinggir bandar menjadi kawasan bandar dimana pada sebelum ini

kawasan ini dikenali sebagai zon peralihan (transition zone). Perubahan ini juga

berlaku di dalam aspek fizikal dan bukan fizikal (Anuar, 1990). Menurut Anuar

lagi, perubahan ketara yang terjadi kepada penduduk kampung dengan

perubahan kepada ciri-ciri bandar merangkumi tigas apek utama iaitu berlakunya

perubahan dari segi persekitaran fizikal kediaman, sosioekonomi dan

sosiobudaya penduduk (Anuar, 2006). Manakala Mc Gee (1971), telah

mebahagikan proses perbandaran yang berlaku di rantau Asia Tenggara kepada

beberapa tahap iaitu pembandaran kaum peribumi, pembandaran pada zaman

penjajahan, pembandaran selepas perang dan pembandaran selepas tahun

1970-an.

Menurut Mc Gee (1971), tahap perbandaran kaum peribumi telah wujud sekian

lama dimana terdapat beberapa pusat-pusat bandar di rantau Asia tenggara pada

ketika itu. Menurut beliau lagi, pada ketika itu bandar memainkan peranan

sebagai psuat perkembangan intelktual yang melibatkan agama, kebudayaan dan

aktiviti perdagangan. Situasi ini dapat dilihat di Angkor Theme, Indochina yang

terkenal sebagai pusat keagamaan pada ketika itu. Pada ketika itu, bandar

tersebut mengamalkan sistem ekonomi tertutup dimana ia hanya bergantung

kepada ekonomi sara diri sebagai sumber makanan. Aktiviti perniagaan yang

dijalankan ketika itu tidaklah dominaan, ini adalah kerana bandar tersebut lebih

memfokuskan kepada aktiviti keagaamaan dan kebudayaan semata-mata.

Namun perubahan berlaku apabila para penduduk di bandar tersebut tertumpu

kepada kegiatan ekonomi. Negara Thailand berada di tengah perubahan pesat di

kebanyakan negara rantau ini dimana kebanyakan penduduk di negara-negara

rantau Asia Tenggara yang lain banyak rakyatnya tinggal di kawasan luar bandar.

Dalam tempoh masa 10 tahun, Thailand telah mengalami perubahan yang pesat

7
dimana pada sebelum ini Thailand hanya mencatatkan 35 peratus sahaja

bilangan bandar. Namun perubahan yang pesat telah meningkatkan bilangan

bandar di Thailan dimana peratusan yang dicatatkan meningkat sehingga

mencapai 50 peratus. Situasi ini menunjukan bhawa pada masa kini separuh dari

penduduk di Thailand telah mendiamai kawawan perbandaran. Walaupun kadar

Urbanisai yang berlaku di Thailand masih mencatatkan bilangan yang rendah

berbanding negara-negara maju, tranformasi yang berlaku masih penting kerana

perkembangan ini kebanyakanya berlaku di kawasan Krung Thep atau lebih

dikenali sebagai Bangkok yang merupakan ibu kota di Thailand dan merupakan

bandar terbesar di Thailand. Rajah di bawah menunjukan perkembangan tahap

perbandaran yang berlaku di Thailand dari tahun 2007 hingga 2017.

8
Sumber: statista.com

Rajah 3.1 : Tahap Peningkatan Perbandaran Di Thailand dari 2007 hingga 2017.

3.3 Migrasi

Migrasi merupakan sebuah proses yang melibatkan perpindahan sekelompok

manusia dari satu kawasan ke kawasan yang baru. Di dalam konteks

perbandaran, kelompok manusia yang dimaksudkan adalah kumpulan penduduk

9
atau masyarakat. Fenomena migrasi ini telah berlaku sejak sekian lama dan

kebanyakan proses migrasi dilakuan secara kekal setelah mendapat kawasan

yang lebih stabil dari segi sumber ekonomi. Migarsi berlaku disebabkan

berlakunya perubahan struktur sosio-ekonomi di sesebuah kawasan tau tempat

diamana ia dipengaruhi oleh keperluan makanan yang semakin meningkat,

kekurangan keperluan asas di kawasan asal, pertambahan penduduk dan

sebagainya. Proses migrasi juga turut menymbang kepada kerancakan proses

Urbanisasi di sesebuah kawasan dimana ia memainkan peranan penting di dalam

sesebuah proses pembangunan sesebuah wilayah (Dzulzalani, 2019).

Jika disoroti, negara-negara yang maju dan pesat membanguan seperti Jepun,

Australia, New Zealand dan Singapura telah mencapai lebih dari 80 peratus kadar

urbanisasi di negara mereka diamana di kebanyakan negara-negara tersebut

mencatatkan kadar dan pola migarasi yang lebih stabil berbanding negara-negara

sedang membangun. Situasi ini boleh dilihat dari kadar purata penduduk yang

dicatatkan dimana purata pertumbuhan penduduk adalah rendah berikutan tiada

hubungan yang signifikan dari sumbangan migrasi. Namun situasi ini berbeza

dengan negara-negara sedang membangun seperti Vietnam, Indonesia, Filipina,

Thailand dan tidak terkecuali Malaysia dimana kadar purata pertumbuhan

penduduk yang direkodkan adalah tinggi iaitu dicatatkan melebihi 2 peratus.

Perkara ini menunjukan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dari proses

migrasi yang berlaku terutama melibatkan proses migrasi luar bandar ke bandar

dan bandar ke bandar (Mohd Fadzil, 2010). Kawasan rantau Asia Tenggara

merupakan sebuah kawasan yang menonjol di peringkat global kerana aktiviti

perpindahan penduduk melintasi sempadan negara yang berlaku.

Di dalam negara-negara anggota ASEAN, peningkatan angka migrasi terus

dicatatkan walaupun berlakunya penurunan yang ketara melibatkan peratusan

perpindahan intra-regional di kebanyakan kawasan. Perkara ini boleh dilihat

apabila para pekerja migran terutamanya dari Laos, Kemboja dan Nyamar

10
berhijarh ke Thailand bagi mendapatkan kerja. Antara sektor yang menjadi pilihan

para pekerja migarasi ini adalah di dalam sektor pertanian, pembinaan,

perkilangan dan pekerjaan rumah tangga.

Sumber: United Nation, 2015

Rajah 3.2 : Perubahan Peratusan Migrasi Intra – Regional, 1995 - 2015

Sumber: United Nation, 2015

Rajah 3.3 : Inventarisasi Migrasi Intra-ASEAN 2015

Negara di dalam ASEAN hanya menampung 4 peratus pekerja migran, namun

migrasi yang melibatkan intra-regional telah mengalami perkembangan yang

pesat. Negara-negara ASEAN merupakan salah satu kawasan di peringkat global

11
dimana di rantau ini mencatatkan kadar pertusan migrasi yang tinggi dimana ia

berlaku di anatara tahun 1995 sehingga tahun 2015 (Rajah 2.2 ). Situasi ini

menjadikan negara Malaysia Thailand dan Singapura sebagai pusat atau hub

migrasi regional (Rajah 2.3). ketiga-tiga negara tersebut kini menampung 96

perataus ataua lebih kurang 6 sehingga 5 juta pekerja migran ASEAN. Indonesia ,

Kemboja, Laos dan Myanmar merupakan negara pengirim yang mengirimkan

pekerja di regional utama (Mauro, 2017). Migrasi adalah merupakan pergerakan

atau penghijrahan sekelompok penduduk dari satu kawasan ke kawasan yang

lain sama ada oa melibatkan penghijrahan di dalam negara mahupun merentasi

sempadan negara (Usman & Tarmizi, 2010).

Migrasi yang berlaku kebiasaanya terjadi secara sukarela tampa ada sebarang

paksaan, ini adalah kerana kebanyakan penduduk yang ingin berhijrah telah

merencanakan kelebihan dan kekurangan sebelum sesuatu kuputusan untuk

berhijrah dilakukan ( Prijono, 2000). Manakala, Etzo (2008) menyatakana bahawa

pengaliran migrasi bermula apabila sesetengah individu mengandaikan untuk

mendapatkan utiliti yang maksimum sebelum mereka membuat keputusan untuk

melakukan migrasi atau penghijrahan. Penghijran penduduk pada masa kini

merupaka salah satu elemen penting dimana ia mempengaruhi perkembangan

proses urbanisasi dan pembangunan sesebuah negara yang menerima migrasi.

Tingkahlaku penghijrahan penduduk ukanlah sesuatu yang asing, ini adalah

kerana proses ini telah berlangsung sejak sekian lama sejak ketamadunan

manusia bermula terutama bagi meraih kegemilangan sesebuah tamadun dan

seterusnya membentuk sebuah perbandaran yang dapat menyumbang kepada

kejayaan sebuah tamadun.

Menurut Appleyard, (1992), Jabatan Perangkaan Malaysia (2010), Rodzli dan

Seng (2012), migrasi secara umumnya terbahagi kepada dua jenis dimana ia

melibatkan migarasi secara dalaman dan migrasi antarabangsa. Isu-isu berkaitan

migarasi terutama masalah rentas sempadan yang melibatkan pendatanag asing

12
merupakan satu isu global yang sering di banyak mesyuarat pimpinan negara.

Perkara yang sama turut berlaku di kalangan negara-negara yang sedang

membangun. Perkara seumpama ini terjadi disebabkan faktor penarik seperti

peluang pekerjaan, ekonomi, kestabilan politik dan pelbagai lagi yang tidak

terdapat di negara asal mereka (Amarjit Kaur, 2014). Situasi ini boleh dilihat dari

peristiwa yang berlaku terhadap penduduk Rohingnya dimana hampir 200,000

orang Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh ekoran tindakan

pembantaiaan tentera oleh kerajaan junta tentera Nyanmar.

Setelah berada di Bangladesh hampir 16 bulan, masyarakat Rohingnya telah

dipaksa pulang ke Nyanmar kesan daripada perjanjian dua hala oleh kerajaan

Bangladesh dengan junta Myanmar. Ketika di dalam konflik tersebut hampir

10,000 orang masyarakat Rohingnya telah mati dan majoritinya adalah wanita

dan kanak-kanak disebabkan kekurangan zat makanan dan penyakit berjangkit.

Gelombang pelarian Rohingnya kedua berlaku pada pertengahan tahun 1991

dimana dianggarkan 250,000 orang masyarakat Rohingnyatelah melarikan diri

bagi mendapatkan perlindungan di Bangladesh. Perkara ini berlaku disebabkan

kegagalan Nyanmar untuk mematuhi undang-undang sekaligus memperlihatkan

kekejaman kerajaan Nyanmar dan pencabulan hak asasi oleh kerajaan Nyanmar

terhadap masyaraklat Rohingnya. Selain itu, undnag-undang di Nyanmar telah

menjadikan masyarakat Rohingnya menjadi pendatang haram di negara sendiri

apabila Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar 1982 yang digubal

dikatakan telah mengugat asas-asas dalam prinsip undang-undang antarabangsa

yang menjadikan sesebuah bangsa berada dalam situasi tidak mempunyai

kerakyatan dalam sebuah negara.

4. Kesimpulan

Proses industrilisasi telah memberikan kesan kepada situasi sesebuah negara.

Perkembangan pesat industri telah menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara

terutama melibatkan struktur masyarakat dan struktur sosial sesebuah negara.

13
Proses industrilisasi telah memberikan satu impak besar terhadap beberapa aspek

terutamanaya di dalam bidang ekonomi. Industrilisasi telah memberikan kesan

terhadap sektor ekonomi dimana dengan adanya perkembangan industrilisasi maka

ia telah meningkatkan peluang pekerjaan sekaligus telah menggalakan pertumbuhan

sumber ekonomi dan struktur sosial sesebuah masyarakat. Dengan adanya proses

industrilisasi sudah pasti akan memerlukan sumber tenaga kerja yang banyak bagi

memenuhi keperluan tenaga kerja di dalam perkembangan bidang industri di

kebanyakan negara-negara Asia Tenggara.

Secara kesimpulanya, perubahan yang ketara mula berlaku secara perlahan-lahan

dan meledak secara besar-besaran dimana ia berpunca daripada peningkatan jumlah

penduduk di dalam struktur sosio ekonomi. Satu usaha pegemblengan bagi

memgerakan gabungan kegiatan telah terhasil dimana ia bertujuan bagi memenuhi

tuntutan menyediakan keperluan asas dan menyumbang kepad kemajuan penduduk.

Kesan yang dapat dilihat dari proses industrilisasi ini adalah berlakunya perubahan

yang ketara dimana ekologi semakin berubah. Suatu keadaan yang lebih asli dilihat

berubah secara total dimana terdapat pembinaan landskap-landskap baru melibatkan

binaan dan menyebabkan asas kepada ekologi tabii mula terhurai dan disesuaikan

dengan keadaan semasa. Perkembangan industrilisasi telah memberikan kesan

kepada proses urbanisasi atau perbandaran merupakan suatu fenomena yang

terhasil dari kepesatan pembangunan yang dilakukan terutama di kawasan-kawan

metropolitan. Keadan ini telah mempengaruhi kawasan-kawasan luar bandar

sekaligus menyebabkan kawasan-kawasn kampung yang berada di pinggir bandar

mengalami perubahan yang pesat.

Rujukan

Amarjit Kaur. 2014. Managing Labour Migration in Malaysia: Guest Worker Programs and
the Regularisation of Irregular Labour Migrants as a Policy Instrument. Asian Studies
Review. 38(3) 345:366

14
Anuar Bin Amir (2006). Impak Limpahan Pembandaran Ke Atas Kampung Pinggir Bandar Di
Wilayah Metropolitan Tesis ijazah Doktor Falsafah Fakulti Alam Bina. Universiti
Teknologi Malaysia. Skudai.

Appleyard, R. (1992) ‘International Migration and Development—An Unresolved


Relationship’, International Migration Vol.30 (3&4):251–266.

Dunamis Organizations Services (2015). Leadership Talking Points, Bencana & Ujian, June
2015. http://www.dunamis.co.id/file/Dunamis Newsletter Bencana dan Ujian
June2015.pdf

Dzulzalani Eden, Awang Ideris Awang Daud, Farida Abdul Halim, Nur Fatihah Abdullah
Bandar & Nornasreen Bakri (2019). Migrasi Luar Bandar ke Bandar, Strategi
Kelangsungan Hidup dan Kesejahteraan Ekonomi : Kalangan Belia Minoriti (B40)
Sarawak. Malaysian Journal of Youth Studies: Institut Penyelidikan Pembangunan
Belia Malaysia

Ezto, I. (2008). Internal Migration: A Review Of The Literature. MPRA Paper No.8783

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2010). Laporan Tahunan Migrasi Dalaman Tahun 2010.
Jabatan Perangkaan Malaysia; Putrajaya

Maung Maung (1961). Burma’s Constitution. Second edition. The Hague: Martinus Nijhoff

Mauro Testaverde, Harry Moroz, Claire H. Hollweg, dan Achim Schmillen (2017). Migrasi
untuk Mencari Peluang Mengatasi Rintangan terhadap Mobilitas Tenaga Kerja di
Asia Tenggara. International Bank for Reconstruction and Development, World Bank
Publications: Washington D.C.

McGee, T.G. (1983). Proletarianization, Industrialization, and Urbanization in Asia: A Case


Study of Malaysia. London: G. Bell and Sons.

McGee, T.G. (1971). The Urbanization Process in the Third World: Explorations in Search of
a Theory. London: G. Bell and Sons.

Mohd Fadzil Abdul Rashid, Suharto Teriman, Wan Rabiah Wan Omar, Mohd Roswodi Mat
Zin (2016). Migrasi bandar-bandar di Malaysia: Kajian kes Wilayah Koridor Ekonomi
Pantai Timur.Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 4 (131 - 146)

Nor Aini Haji Idris, Madeline Berma, Faridah Shahadan (1996). Wanita Malaysia dalam era
pembangunan industri. Penerbit Universiti Kebangsaan: Bangi

Prijono Tjiptoherinjanto. (2000). Mobilitas Penduduk dan Pembangunan Ekonomi. Naskah


No.20

Rodzli Hashim & Seng, K. S. (2012). Teks STPM Geografi: Penggal 1. Oxford Fajar;
Selangor.

UN (United Nations) (2010). World Urbanization Prospects, The 2009 Revision. United
Nations Department of Economic and Social Affairs/Population Division.

Usman Hj Yaakob & Tarmiji Masron (2010). Isu-Isu Kependudukan dan Migrasi di Malaysia.
Universiti Sains Malaysia

15

Anda mungkin juga menyukai