Anda di halaman 1dari 340

1

Hak Pengguna

Setiap manusia secara realitinya dari zaman primitif hingga sekarang ialah pengguna. Cuma

bahan dan peralatan yang digunakan itu berubah-berubah mengikut keperluan zaman. Walau

bagaimanapun, kita semua ialah pengguna sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika

pada zaman purba, penggunaan terhad kepada keperluan asas seperti udara dan air untuk

kehidupan, keperluan tempat tinggal yang serba ringkas dan keperluan hidup lain yang semuanya

bergantung kepada alam.

Apabila zaman semakin berkembang, maka konsep pengguna itu juga semakin kompleks.

Daripada pergantungan kepada alam semula jadi, manusia mula mencipta sistem yang

menyebabkan kita bergantung sesama sendiri hingga mendedahkan pelbagai bentuk manipulasi.

Akibatnya timbul rasa tidak puas hati kepada sistem agihan keperluan hidup. Kewujudan kelas

atasan dan kelas bawahan menyumbang kepada penguasaan sumber yang membawa kepada

penindasan kelas bawahan. Hal-hal yang berkaitan kepenggunaan ini bermula apabila manusia

mula bertindak terhadap tuntutan kebendaan atau material. Sebelum era kepenggunaan ini

bermula yang dirujuk sebagai zaman pra konsumerisme, kemiskinan merupakan masalah utama

masyarakat ketika itu.

Kemiskinan menyebabkan wujudnya kelas dalam masyarakat yang mana kelas atasan

tidak suka bergaul dengan kelas bawahan. Situasi ini mula mewujudkan elemen konsumerisme

apabila golongan kaya mula melabelkan barangan yang sesuai untuk kegunaan mereka.
Golongan bawahan pula mula berjuang untuk menuntut hak sama rata terutama yang

membabitkan keperluan asas. Hal ini disebabkan ada bahan-bahan keperluan tertentu yang

dimonopoli oleh golongan berada yang dianggap sebagai hak mereka.

Namun, semua golongan itu sama ada kelas bawahan atau atasan mempunyai satu ciri

taat kepada kebaikan umum atau agama. Ketika itu, hanya ciri-ciri ini yang mampu membantu

mengatasi isu konsumerisme itu. Dalam perkataan lain, bukan sahaja kemiskinan, tetapi budaya

dan kepercayaan turut menyumbang kepada pertumbuhan gerakan kepenggunaan atau

konsumerisme.1

Penerokaan tingkah laku zaman pra konsumerisme ini akan membabitkan dua isu utama.

Isu pertama tertumpu kepada kelas atasan dan yang kedua berkaitan elemen massa. Sebelum

abad ke-18, kebanyakan golongan aristokrat cukup terpesona dengan barangan mewah. Taraf

hidup mereka ditafsirkan atau ditentukan berdasarkan kemampuan pemilihan barangan mewah.

Itulah yang disebut sebagai gaya hidup pengguna. Apabila saiz dan kekayaan golongan pedagang

bertambah, seperti ketika zaman Dinasti Tang di China, maka mereka mewujudkan peningkatan

permintaan untuk kediaman mewah kerana mahu meniru kehidupan golongan monarki.

Golongan kaya baharu ini mewujudkan dunia konsumerisme.

Senario kedua yang cukup kompleks membabitkan masyarakat bawahan yang

kebanyakannya ialah petani. Hidup mereka bergelumang dengan kemiskinan dan penindasan.

Golongan ini hidup di kawasan yang terpencil dengan wang sukar dicari yang memaksa mereka

mengamalkan tukar barang (sistem barter). Dalam keadaan ini aliran wang tidak banyak, dan

peluang untuk membeli barangan pengguna juga terhad. Keadaan menjadi kompleks kerana

bukan semua masyarakat bawahan itu miskin dan tidak ada wang. Ada dalam kalangan

1
Peter N Stearns.Comsumerism in World History: The global transformation pf desire (second
edition).2006.Routledge Taylor&Francis Group, New York & London
penduduk desa yang mempunyai hierarki yang sedikit lebih tinggi daripada sesetengah keluarga.

Mereka mempunyai pendapatan yang lebih sedikit daripada keluarga yang lain. Sesetengahnya

hidup dengan berniaga menjual barangan yang mereka hasilkan. Mereka mempunyai wang dan

mereka mewujudkan kelompok masyarakat pengguna mereka sendiri. Malangnya, ini mudah

untuk dieksploitasi yang membawa kepada kemunculan pelbagai isu kepenggunaan atau

konsumerisme.2

Apabila revolusi Eropah bermula pada abad ke-18, budaya konsumerisme turut

berkembang. Masyarakat pedagang cuba mengeksploitasi sistem hingga menindas golongan

marhaen. Keadaan ini membawa kepada penubuhan kesatuan sekerja untuk menuntut hak

pekerja, selain mendorong kewujudan pertubuhan pengguna bagi menuntut hak sama rata dan

hak yang berkaitan pengguna. Revolusi industri di Eropah dan Amerika Utara turut

menyumbang kepada peningkatan barangan pengguna. Ini diikuti pula dengan kenaikan gaji

yang turut membawa kepada kewujudan pertubuhan pengguna bagi memantau barangan yang

dijual dan menawarkan nasihat bebas selain memastikan peniaga yang rakus tidak menindas

pengguna.

Perkembangan masyarakat pengguna ini juga turut menghakis nilai tradisional seperti

sikap berjimat cermat, berhemah dan hormat-menghormati. Budaya pengguna ini kadangkala

membawa kepada sikap rakus dan mahu berlumba-lumba untuk mendapatkan barangan terbaik.

Hasilnya, wujud penindasan terhadap golongan bawahan apabila golongan berada langsung tidak

mementingkan soal harga. Apabila wujud permintaan yang tinggi, peniaga pula akan melakukan

2
ibid
eksploitasi dengan menyorokkan barang atau menjual pada harga yang tinggi untuk keuntungan

yang lebih.3

Permulaan gerakan pengguna

Pada yang sama, pasaran perlu dikembangkan demi memenuhi keperluan pengeluaran yang

bertambah. Ironinya ini turut menyumbang kepada pembaziran kerana wujud sikap terlalu

mengikut nafsu hingga mengetepikan nilai yang lebih berkesan yang membawa kepada budaya

kapitalisme. Kesedaran untuk menguji pengetahuan pengguna pada era moden difahamkan

bermula di Amerika Syarikat (AS). Pada tahun 1927, kakitangan awam daripada Jabatan Buruh

AS, Stuart Chase dan jurutera, F.J. Schlink dalam buku mereka Your Moneys Worth mengkritik

eksploitasi pengguna dalam pasaran moden.4

Mereka mengkritik budaya pasaran ketika itu termasuk tradisi tidak beramanah dalam

politik AS. Buku itu melambangkan keinginan untuk memberi kuasa kepada pengguna. Perkara

ini menjadi prinsip asas dalam penyelidikan pengguna di negara itu yang membawa kepada

penerbitan buletin Consumer Research (CR) pada tahun 1929. Penerbitan CR dianggap sebagai

usaha pertama menyedarkan pengguna akan hak mereka supaya menjadi pengguna yang bijak.

Melalui CR para pendukungnya cuba mengatasi kedegilan pengguna, memberi kesedaran kepada

supaya komuniti pengguna membuat penilaian terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan sama

ada memberi manfaat kepada mereka atau tidak. Yang paling penting berhati-hati dengan nilai

komersial moden. Usaha ini sedikit-sebanyak berjaya mencetuskan gelombang kesedaran

3
Sharon Beder.Consumerism an historical perspective.2004. pg42.Sharon Beder Publications
4 S. Chase & F. J. Schlink, Your Moneys Worth: A Study in the Waste of the Consumers Dollar (New York: Macmillan, 1927).
pengguna di AS pada 1930 yang menyaksikan penubuhan infrastruktur untuk pengguna dalam

dasar kebangsaan yang seterusnya membawa kepada kemunculan beberapa lagi pertubuhan

pengguna.5

Pada tahun 1936, berlaku perpecahan dalam kalangan pengasas CR yang menyaksikan

bekas rakan kongsi Schlink, Arthur Kallet, menubuhkan Kesatuan Pengguna atau Consumer

Union (CU) yang dilihat lebih berjaya memperjuangkan hak pengguna. Pada penghujung 1950-

an, CU yang diketuai oleh presidennya ketika itu, Colston Warne melalui mula fokus kepada

menguji nilai untuk setiap wang yang dibelanjakan. Ini bukan bermakna CU tidak lagi

menyokong isu sosioekonomi, tetapi tumpuan awalnya untuk menguji minat pengguna terhadap

nilai wang mereka nyata popular dalam kalangan masyarakat pembeli di AS.6

Tumpuan CU kepada barangan dan perkhidmatan turut memberi inspirasi kepada

komuniti Eropah. Pada tahun 1950-an. Beberapa buah pertubuhan yang tampil melakukan ujian

kepenggunaan mula tumbuh. Di Perancis pada tahun 1951, Union Fdral des Consommateurs

(UFC) mula ditubuhkan dan menerbitkan majalah Que Choisir, pada Disember 1961. UFC

kemudiannya disertai oleh kumpulan dari kawasan luar bandar yang ditubuhkan pada 1940-an

yang juga merupakan pertubuhan koperasi dan persatuan peniaga melalui badan seperti

Organisation Generale des Consommateurs (ORGECO, 1959). Organisasi ini ditubuhkan khusus

untuk mewakili pengguna yang juga ahli kesatuan.

Sebagai respons kepada kebangkitan ini, kerajaan Perancis menubuhkan National

Consumer Council (Conseil National de la Consommation) pada 1960. Majlis itu bertindak

5
L. Cohen, (2003). A Consumers Republic: The Politics of Mass Consumption in Postwar America. New York:
Alfred A. Knopf.
6
L. B. Glickman, The strike in the temple of consumption: consumer activism and twentieth-century American
political culture, Journal of American History, 88:1, 2001, pp. 99-128;
sebagai forum untuk berinteraksi dengan kerajaan. Seterusnya diikuti dengan langkah yang lebih

komprehensif seperti penubuhan National Consumption Institute (Institut de la Consommation)

pada tahun 1968, yang menerbitkan 50 juta majalah de Consommateurs dari tahun 1970.

Penubuhan sekretariat State for Consumption pada tahun 1976 dan dijadikan kementerian penuh

pada tahun 1981 oleh Presiden Perancis Francois Mitterand.7

Gerakan konsumerisme yang terancang di Perancis menyumbang kepada gerakan sosial.

Menjelang tahun 1978, tiga peratus penduduk dewasa Perancis mengatakan mereka ialah ahli

persatuan pengguna, manakala 27 peratus lagi berkata mereka sedia menyertai persatuan dan

gerakan pengguna. Pada tahun 1976 wujud 800 buah kelab pengguna di seluruh Perancis dengan

pelbagai kempen dilakukan bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna supaya bangun

mempertahankan hak mereka.8

Pada masa sama, negara Eropah yang lain turut menyaksikan pertumbuhan gerakan

pengguna hingga ke akar umbi. Nyata pengguna di Perancis bertindak menetapkan isu yang

perlu dihadapi oleh komuniti pengguna. Hal ini kerana ekonomi barat ketika itu telah bergerak

kepada peningkatan era teknologi yang kompleks. Kemahiran tradisional seperti kerja-kerja

membeli barang keperluan yang diserahkan kepada suri rumah tidak lagi sesuai dalam menilai

sesuatu produk. Lelaki dan wanita kini memiliki peranan yang sama.

Di Belanda, Consumentenbond ditubuhkan pada tahun 1953, disertai pelbagai organisasi

luar bandar, keluarga dan pertubuhan wanita dengan memberi tumpuan kepada hal ehwal

pengguna. Consumentenbond muncul sebagai pertubuhan pengguna yang unggul dengan

7
G. Trumbull, (1976). The Contested Consumer: The Politics of Product Market Regulation in France and
Germany (forthcoming); L. Bihl, Consommateur: Dfends-toi!. Paris: Denol.
8
G. Trumbull, (2001). Strategies of consumer group mobilisation: France and Germany in the 1970s, in M.
Daunton & M.Hilton (eds.), The Politics of Consumption: Material Culture and Citizenship in Europe and America.
Oxford: Berg. pp. 261-282; A. Morin, French consumer movement, in Brobeck et al., Encyclopaedia, pp. 279-
283.
majalah terbitannya dilanggan 650,000 pengguna pada tahun 1990. Ini merupakan majalah

pengguna yang mempunyai edaran terbesar di dunia.9

Hal yang sama berlaku di Belgium, Association des Consommateurs ditubuhkan pada

1957 sebagai pertubuhan persendirian yang terdiri daripada beberapa individu pengguna yang

menggunakan pakai idea kejayaan Consumer Reports. Pada tahun 1993, pertubuhan ini

mempunyai 325,000 ahli yang melanggan buletinnya yang memainkan peranan utama di

peringkat antarabangsa dalam mempromosikan pertubuhan pengguna.10

Dari segi kekuatan kewangan pula, gerakan pengguna yang paling berjaya meniru model

AS ialah Persatuan Pengguna United Kingdom (CA) yang ditubuhkan pada tahun 1956 oleh

sekumpulan profesional. CA mula mengeluarkan penerbitannya, Which pada tahun 1957. CA

terus mencatat kejayaan dan keahlian terus memuncak pada 1987 apabila langganan Which

mencecah satu juta.11 Di samping peranannya mendidik pengguna, dengan memberikan

maklumat tentang kualiti barangan, pendapatan yang terhasil daripada jualan majalahnya

membolehkan CA memainkan peranan utama di pentas antarabangsa selain menjadi pembela

pengguna yang cukup ketara di peringkat kebangsaan.

Walaupun CA merupakan organisasi persendirian, tetapi organisasi ini mengekalkan

hubungan baik dengan pemerintah. Idea mereka digunakan untuk menggubal undang-undang

dan peraturan berkaitan pengguna termasuk penubuhan Consumer Council di UK pada tahun

1960, Office of Fair Trading dari tahun 1973 dan National Consumer Council dari tahun 1975.

CA juga membangkitkan gerakan sosial. Pada tahun 1960-an organisasi ini menggalakkan

9
Joop Koopman, (1997). Dutch consumer movement. In S. Brobeck, R. N. Mayer & R. O. Herrmann (eds.),
Encyclopaedia of the Consumer Movement. Santa Barbara: ABC-CLIO. pp. 227-232
10
T. Bourgoignie & A-C. Lacoste, Belgian consumer movement, in Brobeck et al., Encyclopaedia,pp. 61-64
11
M. Hilton, (2003). Consumerism in Twentieth-Century Britain: The Search for a Historical Movement.
Cambridge: Cambridge University Press.
penubuhan kumpulan pengguna tempatan di seluruh negara. Golongan profesional yang

berfikiran sederhana yang ada kaitan dengan perancangan era selepas perang seperti peguam,

jurutera, pengurus dan akauntan, iaitu kumpulan yang menawarkan peluang untuk warga negara

generasi baharu memainkan peranan dalam kehidupan tempatan mahupun kebangsaan menjadi

golongan sasaran.

Walaupun Britain tidak pernah mempunyai gerakan pengguna di peringkat akar umbi

seperti Perancis, menjelang Mac 1963 terdapat 50 kumpulan pengguna wujud dengan jumlah

keahlian 5,000 orang. Mereka membentuk kerjasama di bawah National Federation of Consumer

Groups (NFCG) pada tahun 1967. Gerakan itu bersama kewujudan 100 kumpulan mempunyai

jumlah keahlian 18, 000 pengguna. 12

Sementara itu, pertumbuhan gerakan pengguna di Eropah Barat lebih bersandarkan

kepentingan menerangkan kebangkitan melalui faktor yang tidak menentu seperti kemewahan,

peningkatan pasaran teknikal dan pertumbuhan teknik pengiklanan dan jualan yang

mengelirukan individu. Pengalaman negara lain tidak sepatutnya membutakan fakta bahawa

motivasi pengguna juga muncul akibat daripada kesengsaraan dan penindasan dan bukannya

hanya kerana kelebihan ekoran pilihan yang bertambah.

Organisasi penilaian persendirian muncul pada tahun 1950-an, tetapi selalunya mereka

bekerja seiringan dengan kumpulan pengguna, seperti koperasi dan pertubuhan wanita yang

diiktiraf sebagai pakar dalam memperjuangkan isu kepenggunaan pada waktu yang diperlukan.

Kumpulan ini kemudiannya menonjol sebagai pakar kepenggunaan pada Perang Dunia Kedua.

12
G. Smith, The Consumer Interest (London: Gollancz, 1982); M. Hilton, The polyester-flannelled philanthropists:
the Birmingham Consumers Group and affluent Britain in L. Black & H. Pemberton (eds.), An Affluent Society?
Britains Post-War Golden Age Revisited (Aldershot: Ashgate, 2004), pp. 149-165;
Di Jepun pertubuhan utama yang menjadi badan jurucakap untuk pengguna ketika zaman

kesukaran akibat pendudukan pasukan bersekutu yang diketuai AS lewat 1940-an dan awal

1950-an diterajui kaum wanita. Wanita Jepun terutamanya membantah cubaan menghalang

pemulihan pasaran, yang membawa kepada penubuhan organisasi seperti Japanese Federation of

Housewives Associations (Shufuren) pada tahun 1948. Pada 1990-an pertubuhan ini memiliki

40 sekutu tempatan di seluruh negara.

Terdapat pertubuhan wanita yang lebih konservatif yang memperkukuhkan lagi gerakan.

Ketika Jepun mula menikmati kedudukan ekonomi yang lebih baik, gerakan itu sangat pelbagai,

memiliki 44 juta keahlian yang terdiri daripada suri rumah yang menuntut kawalan terhadap

peningkatan pasaran yang dikuasai oleh orang asing.13

Pada tahun 1960, persidangan antarabangsa pertama membabitkan gerakan pengguna

diadakan untuk membincangkan peluang kerjasama masa depan antara organisasi pengguna

kebangsaan utama Eropah barat dengan Amerika Utara. Lebih penting lagi, persidangan itu

membawa kepada penubuhan Pertubuhan Antarabangsa Kesatuan Pengguna atau International

Organisation of Consumer Unions (IOCU). Pertubuhan ini terdiri daripada empat organisasi

pengguna dari Perancis, Belgium, Belanda dan United Kingdom yang sebahagian besarnya

berasaskan model AS, termasuk Kesatuan Pengguna AS. Tujuan asal badan baharu itu semata-

mata memperluas dan membantu ujian perbandingan kepenggunaan. Namun, tidak lama selepas

itu peranannya semakin berkembang.14

Pertumbuhan IOCU cukup mengagumkan. Walaupun pada tahun 1970, pertubuhan ini

hanya masih terdiri daripada lima negara utama yang menjadi pengasas, namun IOCU juga turut

13
; D. Vogel, Consumer protection and protectionism in Japan, Journal of Japanese Studies, 18:1, 1992, pp. 119-
154; M. Imai, Japanese consumer movement, in Brobeck et al., Encyclopedia, pp. 341-342.
14
F. G. Sim, IOCU on Record: A Documentary History of the International Organisation of Consumers Unions,
1960-1990 (New York: Consumers Union, 1991), p. 27.
bekerjasama dengan persatuan pengguna yang dibiayai oleh dana awam seperti Jerman dan

Scandinavia. Keahliannya berkembang merangkumi Asia, Afrika dan Amerika Latin.15

Menjelang tahun 1990, keahlian IOCU melangkaui kemewahan barat. Anggota majlis bukan

sekadar terdiri daripada wakil kebanyakan negara Eropah Barat, tetapi juga pertubuhan pengguna

dari Argentina, Hong Kong, India, Indonesia, Jamaica, Jepun, Mauritius, Mexico, Poland dan

Korea Selatan.

Jawatankuasa Eksekutif yang dibentuk memang didominasi oleh ahli-ahli daripada

kumpulan pengasas (tidak termasuk Belgium), namun terdapat juga wakil Korea Selatan dan

Mauritius dengan jawatan Presiden ialah milik Erna Witoelar daripada Yayasan Institusi

Pengguna, Indonesia.16

Hari ini, IOCU dipanggil Consumer International (CI). Pada bulan November tahun 2003

Kongres Dunia Ketujuh diadakan di Lisbon, Portugal. Ibu pejabatnya terletak di London, tetapi

terdapat pejabat serantau yang berkembang pesat seperti di Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Pada awal milenium, CI mempunyai 253 ahli daripada 115 negara yang berbeza, sama ada

negara barat yang menjadi pengasas kepada monopoli kapitalis atau negara bekas blok komunis

dari Eropah Timur hingga kepada negara membangun (China, Chad, Guatemala, El Salvador,

Gabon, Nigeria, Malawi dan Burkina Faso ). Matlamat utama pertubuhan ini adalah untuk

memperjuang dan mempertahankan kepentingan pengguna.17

Kepentingan pergerakan pengguna dalam membentuk fenomena antarabangsa juga

terletak kepada pengiktirafan politik serta keupayaannya untuk mendekati isu-isu baharu

15
IOCU, Knowledge is Power: Consumer Goals in the 1970s. Proceedings of the 6th Biennial World Conference of
the International Organisation of Consumers Unions (London: IOCU, 1970), pp. 115-117
16
IOCU, Consumer Power in the Nineties: Proceedings of the Thirteenth IOCU World Congress (London: IOCU,
1991), p. 113.
17
Consumers International, Annual Report, 1999 (London, Consumers International, 1999), p. 37-41.
pengguna dan pertubuhan pengguna di negara yang lebih miskin di selatan. Sejak dari awal

kewujudannya, IOCU memutuskan untuk menstrukturkan aktiviti berdasarkan prinsip yang

didukung AS prinsip yang mendukung hak pengguna.

Penetapan hak pengguna

Pada bulan Mac 1962, Presiden Kennedy membuat ucapan yang amat bermakna dalam sejarah

perlindungan pengguna. Dalam ucapan itu, beliau menggariskan empat asas hak pengguna yang

perlu dijadikan garis panduan sama ada bagi menggubal undang-undang mahupun aktiviti

sukarela, iaitu hak untuk keselamatan; hak untuk diberitahu (hak mendapat maklumat); hak

untuk memilih; dan hak untuk didengar.

IOCU segera mengambil empat hak ini sebagai raison d'tre untuk mengikat ahli-ahlinya

dalam usaha mencapai perlindungan pengguna. Dengan pantas juga, IOCU dapat mempengaruhi

Majlis Sosial dan Ekonomi PBB supaya diberikan hak bersuara dalam agensi-agensi lain badan

dunia itu seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pejabat Makanan dan Pertanian.

Ekoran daripada lobi yang dibuat oleh IOCU, pada tahun 1982 Perhimpunan Agung PBB

mengundi untuk mewujudkan satu Senarai Produk Diharamkan, selain memberikan nasihat yang

konsisten berkenaan piawaian makanan (Codex Alimentarius). Pada tahun 1985, PBB berjaya

menubuhkan Garis Panduan PBB bagi Perlindungan Pengguna yang bertindak sebagai model

undang-undang untuk pelaksanaan rejim perlindungan pengguna di seluruh dunia.

Pada pertengahan tahun 1990-an, Suruhanjaya PBB memperluas Garis Panduan ini untuk

mencakupi Kelestarian Pembangunan dan Majlis Ekonomi dan Sosial PBB promosi penggunaan

lestari mengenai Kelestarian Pembangunan dan Majlis Ekonomi dan Sosial PBB. Satu lagi usaha
tetapi kurang berjaya, namun lebih menonjolkan peranan IOCU dalam aktiviti kemasyarakatan

global ialah kempen yang diterajuinya supaya mendapatkan kod untuk syarikat multinasional.

Perjuangan ini bagaimanapun gagal kerana AS membangkang selain kelemahan sosial dan

ekonomi PBB ekoran penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta selepas sistem

perdagangan global pasca-Pusingan Uruguay.

Walau bagaimanapun, IOCU kekal menjadi NGO yang memperjuangkan isu

kemasyarakatan terkemuka dan sentiasa mendesak PBB melaksanakan keadilan global yang

mementingkan kepentingan sosial.18

Standard hak pengguna

Sumbangan terpenting IOCU yang kemudiannya ditukar kepada CI iaitu menetapkan standard

hak pengguna secara global. Daripada empat hak pengguna yang digariskan oleh Presiden

Kennedy pada 1962, dari tahun ke tahun IOCU menambahkan empat lagi hak pengguna yang

perlu dituntut dan diperjuangkan iaitu hak untuk pembelaan; hak untuk pendidikan pengguna;

hak untuk persekitaran yang sihat; dan hak untuk keperluan asas.

Dua hak itu khusus melambangkan perjuangan negara selatan ke atas gerakan pengguna

antarabangsa. Hak kepada alam sekitar yang sihat dan keperluan asas lebih kepada

tanggungjawab bagi memastikan setiap individu di muka bumi ini dapat menikmati barangan dan

perkhidmatan dalam persekitaran yang sama. Mereka juga mendesak pengguna di barat yang

hidup serba mewah untuk sama-sama berkempen bagi memastikan pengguna miskin di seluruh
18
E. Peterson & J. M. Halloran, United Nations consumer protection, in Brobeck et al., Encyclopaedia, pp. 581-
583; D. Harland, The United Nations Guidelines for consumer protection, Journal of Consumer Policy, 10, 1987,
pp. 245-266.
dunia boleh mengambil bahagian sekurang-kurang di peringkat paling asas dalam masyarakat

pengguna.

Seperti yang kerap diketengahkan oleh aktivis pengguna negara membangun, jika hak

untuk keperluan asas ini tidak dapat dipenuhi, maka perjuangan untuk mendapatkan hak-hak lain

tidak akan membawa sebarang makna. Tumpuan gerakan pengguna juga mula beralih kepada

isu-isu berkaitan keperluan asas seperti mendapatkan makanan dan kemudahan untuk pertanian

seperti sistem pengairan dan sebagainya. Ini membawa kepada perjuangan kepenggunaan yang

lebih menyeluruh. Penekanan mula diberi kepada kesamarataan untuk mendapatkan keperluan

asas terlebih dahulu. Setiap individu itu perlu mendapatkan hak asas untuk kehidupan terlebih

dahulu sebelum memperjuangkan isu-isu lain.

Untuk itu, IOCU membuka pejabat serantau yang pertama untuk Asia Pasifik pada 1973

dan kemudian di Amerika Latin pada lewat 1980-an dan Afrika dalam tahun 1990-an. Prinsip

yang diguna pakai oleh gerakan pengguna kini lebih kepada memenuhi keperluan asas dan

keadilan global berbanding keinginan untuk hidup mewah.19 Ini merupakan gerakan

kepenggunaan dunia acuan barat yang mula berevolusi selepas era revolusi industri.

Sejarah gerakan pengguna di Malaysia

Kesan daripada gerakan kepenggunaan antarabangsa ini turut sampai ke Malaysia yang

menyumbang kepada sejarah kepenggunaan di negara ini. Namun, kesedaran kepenggunaan di

Malaysia bermula agak lewat iaitu selepas 13 tahun negara merdeka. Pada era 1960-an barulah

19
E. Peterson & J. M. Halloran, United Nations consumer protection, in Brobeck et al., Encyclopaedia, pp. 581-
583; D. Harland, The United Nations Guidelines for consumer protection, Journal of Consumer Policy, 10, 1987
dapat menyaksikan kesedaran kepenggunaan di Malaysia, bermula dengan penubuhan persatuan

peringkat negeri terlebih dahulu.

Di Malaysia, kesedaran pengguna mula muncul mengikut negeri. Oleh hal yang

demikian, tidak ada gerakan pengguna yang bersifat nasional. Semuanya lebih bersifat

kenegerian. Perkara ini boleh dilihat dari aspek kewujudan persatuan pengguna itu sendiri yang

semuanya ditubuhkan di peringkat negeri. Selepas itu, barulah semua persatuan bergabung di

bawah sebuah pertubuhan di peringkat nasional.

Sumber. Department of Statistic Malaysia.

Rajah 1.1. Perubahan trend kepenggunaan di Malaysia.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa persatuan pengguna yang paling awal ialah

Persatuan Pengguna Selangor (SCA) yang ditubuhkan pada Januari 1965. Empat tahun selepas
itu, barulah ditubuhkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) iaitu pada November 1969.

Sejak penubuhannya, CAP memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan isu kepenggunaan

di negara ini. Hingga ke hari ini CAP boleh dikatakan menjadi suara pengguna bukan sahaja di

Pulau Pinang, tetapi di seluruh negara.

Dua lagi persatuan pengguna yang terawal ditubuhkan ialah Persatuan Pengguna Sarawak

(CAS) pada Februari 1971 dan Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (CANS) pada Mac 1971.

Selepas itu tiga lagi persatuan pengguna ditubuhkan iaitu, Persatuan Pengguna Kedah (CAKE)

pada Julai 1971, Persatuan Pengguna Perak (PCA) pada Mac 1972 dan Persatuan Pengguna

Melaka (CAM) pada Mei 1972.

Pada bulan April 1971, terdapat cubaan untuk menubuhkan persatuan gabungan

peringkat nasional. Satu mesyuarat diadakan di Cameron Highland untuk membincangkan

perkara itu. Hasilnya CAP diberi tanggungjawab mengadakan mesyuarat kedua di Pulau Pinang

pada bulan Jun 1971 untuk membuat perancangan akhir penubuhan, tetapi gagal.

Namun kegagalan tersebut tidak mematikan hasrat mewujudkan satu gabungan nasional

apabila formula dicari bagi memastikan gabungan itu tidak menghilangkan kuasa autonomi

persatuan pengguna negeri.20

Dengan itu, satu lagi sesi perbincangan diadakan bagi mewujudkan gabungan tersebut.

Akhirnya semua pihak bersetuju membentuk satu persekutuan yang longgar tanpa

menghilangkan kuasa autonomi persatuan pengguna negeri. Daripada persetujuan itu tertubuhlah

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pada 10 Jun 1973 di Alor Setar,

Kedah. Penubuhan FOMCA turut mendorong kemunculan beberapa lagi persatuan pengguna

negeri seperti:

20
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).sejarah.www.fomca.org.my
Julai 1973 - Persatuan Pengguna Johor (JCA)

November 1973 - Persatuan Pengguna Pahang (PAC)

Jun 1976 - Persatuan Pengguna Terengganu (2PTR)

Ogos 1980 - Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH)

FOMCA pula sejak penubuhannya berperanan aktif di peringkat kebangsaan mahupun

antarabangsa. Semenjak tahun 1987, FOMCA tiga kali dilantik menduduki Lembaga Pengarah

Consumers International (CI), iaitu sebuah pertubuhan pengguna antarabangsa yang

menggabungkan 225 buah pertubuhan pengguna daripada 119 buah negara. Sehingga kini,

seramai enam orang tokoh menjadi Presiden FOMCA, iaitu:

1973 - 1974 - Allahyarham Dato' Mohamed Sopiee Sheikh Ibrahim

1974 - 1981 - Encik Tara Singh Gill

1981 - 1988 - Enck Bishan Singh Bahadur

1988 - 1991 - Encik Chua Kim Tee

1991 - 2004 - Prof. Dato' Mohd Hamdan Hj. Adnan

2004 - Kini - Datuk Marimuthu Nadason

Kesedaran pengguna

Tuntutan komersialisme sentiasa mendedahkan pengguna kepada pelbagai bentuk manipulasi

dan penipuan. Atas tuntutan pasaran, pelbagai barangan disogokkan kepada pengguna. Kempen

iklan dan promosi secara bertubi-tubi menyebabkan pengguna tidak boleh berfikir tentang

barangan yang diperlukan dan yang tidak diperlukan oleh mereka. Oleh sebab itu, pengguna
dinasihatkan supaya menggunakan hak mereka secara bijak. Jika pengguna ditipu, barang yang

dibeli tidak berkualiti atau tidak setimpal dengan harga yang dibayar, pengguna perlu

melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan boleh diambil. Pengguna diingatkan agar

tidak membiarkan peniaga bertindak sewenang-wenangnya ataupun secara suka hati kerana

pengguna sendiri ada hak dan kuasa, bukannya peniaga sahaja.

Sumber. Planet Retail 2012

Rajah 1.2. Keluaran Dalam Negara Kasar dan saiz pasaran Malaysia 2007-2002.

Perkara yang menjadi masalah sekarang ialah pengguna tidak mengambil berat akan hak

mereka. Apabila berhadapan dengan peniaga yang tidak beretika mereka hanya berdiam diri dan

menerima sahaja tanpa melakukan apa-apa. Ini menyebabkan kes penipuan itu berulang-ulang

hingga menyebabkan kerugian besar kepada pengguna. Terdapat pula segelintir pengguna yang

mengetahui hak mereka dan juga mengetahui tempat untuk membuat aduan, tetapi tidak mahu
merujuk agensi tersebut sekiranya mempunyai masalah. Golongan ini lebih gemar bersembang di

kedai kopi tetapi tidak memaklumkan masalah tersebut kepada pihak berkuasa. Akhirnya

tindakan tidak dapat diambil terhadap peniaga yang tidak beretika. Pengguna perlu sedar bahawa

kakitangan penguatkuasaan sukar untuk mengambil tindakan sekiranya tiada sebarang maklumat

awal. Jadi, yang paling penting pengguna perlu menggunakan kuasa dan hak mereka. Memang

penguatkuasaan sering diadakan tetapi kadangkala, mereka gagal mengesan peniaga yang

bermasalah. Oleh hal sedemikian, maklumat awal daripada pengguna amat diperlukan agar

peniaga yang melanggar undang-undang yang ditetapkan dapat dikenakan tindakan.

Undang-undang sudah tersedia untuk membela pengguna. Pengguna cuma perlu

mempunyai kesedaran sendiri untuk memperjuangkan dan menuntut hak mereka. Oleh sebab itu,

sebagai pengguna kita perlu bijak undang-undang. Kita perlu mengambil tahu tentang undang-

undang berkaitan kepentingan pengguna.

Sumber. Euromonitor 2011, Consumer Expenditure.

Rajah 1.3. Perbelanjaan pengguna berdasarkan sektor utama di Malaysia pada 2010.
Disebabkan kurangnya kesedaran itu juga maka pelbagai pihak berusaha meningkatkan

ilmu kepenggunaan kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang masing-masing bagi

membantu mereka menggunakan hak sebagai pengguna bijak. Pihak Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (KPDNKK) misalnya melaksanakan pelbagai

program kesedaran kepada masyarakat untuk memberikan ilmu kepenggunaan agar mereka lebih

bijak membuat pilihan dan keputusan dalam setiap pembelian.

Hal ini kerana statistik menunjukkan hanya 57 peratus sahaja dalam kalangan rakyat

Malaysia yang mempunyai pengetahuan tentang hak mereka sebagai pengguna. Usaha perlu

dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan pengguna melalui program seperti menubuhkan

Skuad Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah (KPS), Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dan Gerakan

Pengguna Daerah (GPD). Pelbagai program telah dilaksanakan untuk mendidik pengguna dari

peringkat awal, sekali gus mendapat maklumat tentang hak mereka sebagai pengguna. Apabila

berlaku penipuan, manipulasi, harga mahal dan barangan yang dibeli rosak, pengguna

mengetahui tindakan yang perlu dilakukan. Pendidikan kepenggunaan yang diterapkan kepada

masyarakat bersifat meningkatkan perlindungan kendiri supaya mereka dapat membuat pilihan

dan keputusan dengan lebih baik. Maknanya, pendidikan diberi lebih bersifat mendidik

pengguna supaya mengetahui hak mereka. Usaha yang dilakukan adalah dengan menanam ilmu

kepenggunaan dalam kalangan anggota masyarakat supaya mereka berupaya mempertahankan

diri apabila diasak oleh unsur-unsur komersialisme yang mementingkan keuntungan semata-

mata.

Maka, sebagai pengguna, setiap daripada kita perlu mengetahui hak-hak yang boleh

dipertahankan melalui saluran yang telah ditetapkan terutama hak yang termaktub di bawah

undang-undang. Jika kita sebagai pengguna tidak ambil peduli, tidak ambil kisah akan hak-hak
ini, maka akan mendedahkan pengguna kepada pelbagai bentuk penipuan. Sekurang-kurangnya

setiap pengguna perlu mengetahui kewujudan badan yang membela hak mereka di peringkat

daerah dan negeri.21 Perkara utama yang perlu semua pengguna fahami ialah perlindungan yang

terbaik iaitu perlindungan kendiri. Pembinaan kapasiti pengguna yang ditakrifkan sebagai

pengguna bijak memerlukan kerjasama secara kolektif daripada pelbagai pihak. Ini akan

membantu mewujudkan masyarakat yang lebih berkualiti dan membentuk pengguna yang

berperanan memastikan nilai untuk wang, nilai untuk manusia, nilai untuk persekitaran, serta

nilai untuk demokrasi dan keadilan dapat dinikmati secara sejagat. Semua pengguna perlu

proaktif dalam mendapatkan maklumat dan ilmu kepenggunaan terutama pada era globalisasi

dan sistem pasaran terbuka yang sedang berkembang dengan pesatnya kini. Tidak ada siapa

boleh mengawal kepantasan perkembangan globalisasi ini yang turut membawa pelbagai kesan

negatif terhadap pengguna.

21
Mastura binti Mohd Zain. Sikap Pengguna Malaysia 14 Mac 2013. Laman web rasmi Institut Kefahaman Islam
Malaysia. www.ikim.gov
Sumber. Euromonitor 2011, Consumer Expenditure.

Rajah 1.4. Perbelanjaan pengguna di Malaysia untuk tempoh 20 tahun.

Pemimpin-pemimpin masyarakat khususnya persatuan-persatuan pengguna mempunyai

tugas dan tanggungjawab memperjelas kepada pengguna aspek-aspek dan kesan globalisasi

kepada negara, rakyat dan pengguna.22

Namun yang paling utama, kita sebagai pengguna perlu mengorak langkah memastikan

kita mampu menangkis apa juga gelombang yang boleh mengancam hak kita sebagai pengguna

dengan mempersiapkan diri dengan ilmu kepenggunaan serta menjadikan kita sebagai pengguna

yang bijak undang-undang.

Undang-undang Pengguna

Walaupun gerakan dan kesedaran pengguna semakin berkembang, namun masih belum

mencukupi untuk melindungi pengguna daripada kerakusan dunia pasaran bebas dan kapitalisme

yang bermotifkan keuntungan hingga kadang-kadang membawa kepada penindasan pengguna.

Selain gerakan sosial, NGO dan kesedaran kendiri, undang-undang untuk melindungi pengguna

daripada kekejaman dunia komersialisme ini perlu dikuatkuasakan. Undang-undang ini bagi

memastikan hak pengguna terjamin dan mereka yang menipu serta menindas pengguna akan

dikenakan tindakan yang setimpal. Oleh sebab itu, hak-hak dan perlindungan pengguna dilihat

secara menyeluruh termasuk menyediakan dasar dan undang-undang yang sesuai yang menjadi

22
Dato Ismail Sabri Yaakub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.teks ucapan ketika
merasmikan Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia.15 Mac 2013, Bangi
amalan pemerintah setiap negara berhubung dengan kepenggunaan. Semua undang-undang yang

digubal ini bertujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran

kepenggunaan dalam kalangan pengguna. Undang-undang ini pula dikuatkuasakan demi

menjaga kepentingan pengguna. Kewujudan undang-undang sahaja tidak bermakna jika

pengguna itu sendiri tidak berusaha memahami dan bertindak memanfaatkan undang-undang

tersebut. Banyak kes penipuan, salah laku dan penindasan ke atas pengguna oleh peniaga

terlepas begitu sahaja kerana pengguna kurang faham akan hak mereka dalam undang-undang.

Walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu dan hak itu termaktub dalam undang-undang,

namun hak-hak berkenaan bukanlah diperoleh secara automatik.

Banyak kalangan pengguna kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak

mereka terutama dari perspektif undang-undang. Sebab itu pengguna harus dididik dan diberi

kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi

mendapatkan hak-hak mereka dari segi undang-undang. Sebab itu, daripada segi aspek

kepenggunaan terdapat peruntukan undang-undang yang komprehensif yang memastikan hak

pengguna dalam setiap aspek kehidupan dilindungi. Misalnya dalam hak pengguna untuk

mendapatkan keperluan asas, pendidikan, tempat tinggal dan keselamatan semua dilindungi di

bawah undang-undang. Cuma sebagai pengguna kita perlu peka dan bijak menggunakan

peruntukan undang-undang yang ada ini jika mahu mempertahankan hak kita.
2
Undang-undang dan Hak Keperluan Asas

Terdapat juga pengguna yang tidak mengambil peduli tentang hak mereka sebagai pengguna

sehingga hak itu dinafikan. Hal ini termasuk hak untuk keperluan asas yang memang merupakan

hak setiap manusia. Tidak ada sesiapa boleh mempertikaikan fakta ini kerana setiap daripada kita

berhak mendapat barangan, kemudahan dan keperluan asas bagi meneruskan kelangsungan

hidup. Keperluan asas ini merupakan barangan yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

Apabila zaman semakin berkembang dan dunia semakin maju, senarai untuk keperluan asas juga

turut meningkat. Cuma pengguna perlu membezakan antara keperluan asas dengan kehendak.

Kegagalan berbuat demikian akan menjerumuskan kita kepada pelbagai bentuk manipulasi oleh

peniaga dan kadang-kadang membawa kepada penindasan pengguna.

Keperluan ialah asas kepada kehidupan manusia yang meliputi keperluan fizikal seperti

makanan dan pakaian. Keperluan sosial seperti kasih sayang. Keperluan individu seperti ilmu

pengetahuan.23 Apabila ekonomi berkembang, keperluan asas manusia juga turut berkembang.

Hasilnya muncul keperluan baharu dalam kehidupan manusia yang perlu diagihkan dan

dinikmati sama rata. Namun, pada masa sama kemunculan keperluan baharu tidak seharusnya

mengetepikan hak untuk mendapatkan keperluan asas bagi manusia iaitu makanan, tempat

tinggal dan pakaian.

23
Abdul Rahman Abduk Aziz. Demokrasi di Malaysia. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Ms 23
Keperluan untuk makanan

Makanan ialah sumber kehidupan. Oleh sebab itu, setiap manusia berhak untuk mendapatkan

bekalan makanan secara berterusan. Walau bagaimanapun, realiti yang sukar diterima kini ialah

masih terdapat di beberapa bahagian dunia yang jumlah penduduk banyak termasuk kanak-kanak

tidak mendapat bekalan makanan mencukupi. Kehidupan golongan ini terjejas kerana

kekurangan zat makanan yang kronik yang disifatkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian

(FAO) PBB sebagai kelaparan melampau. Nisbah kalori makanan harian golongan ini jauh di

bawah paras minimum yang diperlukan oleh seseorang individu untuk hidup.

Sumber.

Gambar 2.1. Ancaman kebuluran masih berlaku di Afrika dan beberapa negara Asia.
Akibatnya, banyak orang mati setiap hari akibat kebuluran. Kekurangan zat makanan,

juga dikenali sebagai 'lapar tersembunyi', merujuk pengambilan kalori, protein atau nutrien yang

tidak mencukupi. Oleh hal yang demikian, hak terhadap makanan ini bukan sekadar setiap

individu perlu mendapatkan makanan, tetapi mereka mempunyai hak untuk mendapatkan

makanan seimbang.24

Kekurangan zat makanan atau malnutrisi sebenarnya merupakan ancaman yang lebih

teruk daripada kebuluran. Lantas, hak untuk mendapatkan makanan ini turut termaktub dalam

perjuangan pengguna di seluruh dunia.

Kekurangan zat makanan dapat meningkatkan pendedahan kepada pelbagai penyakit dan

selalunya mempunyai kesan fizikal dan mental yang serius. Hal ini akan menyebabkan

kekurangan pembangunan sel otak dan membantutkan tumbesaran. Kekurangan zat makanan

yang serius juga boleh menjadi masalah turun-temurun, seperti banyak ibu yang kekurangan zat

makanan melahirkan bayi yang kurang zat makanan.

Hak untuk makanan ialah hak asasi manusia. Semua manusia mempunyai hak untuk

hidup secara terhormat, bebas daripada kelaparan, kekurangan makanan dan pemakanan tidak

seimbang. Hak untuk mendapat makanan perlu dipastikan agar semua orang mempunyai

keupayaan untuk menyara kehidupan mereka dengan penuh terhormat.

Terdapat undang-undang dan hak yang jelas yang sudah menjadi kewajipan dan

tanggungjawab setiap negara, setiap kerajaan dan setiap masyarakat untuk memastikan masalah

ini tidak dibiarkan. Jika masalah berlaku, perlu diatasi segera supaya setiap individu terbabit

tidak dinafikan hak mereka untuk mendapatkan makanan yang cukup dan untuk menikmati

kehidupan yang baik.

24
Jean Ziegler. Right for food. What is the right for food. www.rightforfood.org
Di peringkat antarabangsa, hak untuk makanan dilindungi di bawah undang-undang dan

piagam kemanusiaan. Negara yang bernaung di bawah kerjasama, pakatan dan apa-apa

perjanjian mengenai perkara ini terutama ahli PBB yang perlu mematuhi undang-undang

antarabangsa ini.

Hak untuk makanan diiktiraf dalam artikel 25 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia

dan Artikel 11 Perjanjian Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR), serta

pelbagai jenis instrumen lain. Perhatian juga perlu diambil kira tentang pengiktirafan hak untuk

makanan dalam banyak perlembagaan negara.

Instrumen antarabangsa lain yang mengiktiraf hak untuk makanan termasuk:

1. Garis Panduan Sukarela untuk menyokong kesedaran progresif hak untuk makanan yang

mencukupi dalam konteks keselamatan makanan negara (Hak untuk Garis Panduan

Makanan), 2004.

2. Garis Panduan Tadbir Urus Sukarela yang Bertanggungjawab Pemegangan Tanah,

Perikanan dan Hutan dalam Konteks Keselamatan Makanan Negara 2012.

Hak untuk makanan ditakrifkan dengan jelas oleh Jawatankuasa Ekonomi, Sosial dan

Kebudayaan (Jawatankuasa ESCR) dalam Pernyataan Am pada tahun 1999 memperuntukkan

hak untuk makanan yang mencukupi bagi setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak. Mereka perlu

mempunyai akses fizikal dan ekonomi pada setiap masa untuk makanan yang mencukupi atau

bermakna untuk memperoleh. Hak untuk makanan melibatkan hak untuk mempunyai akses yang

tetap, kekal dan tidak terbatas. Perkara ini sama ada secara langsung atau melalui pembelian

kewangan, untuk secara kuantitatif dan kualitatif terhadap makanan yang mencukupi dan cukup

sepadan dengan tradisi budaya rakyat yang pengguna itu menjadi ahlinya. Hal ini penting bagi
memastikan tahap kehidupan fizikal dan mental individu secara kolektif dapat memenuhi maruah

mereka serta bebas daripada ketakutan untuk hidup.25

Berikutan definisi ini, semua manusia mempunyai hak untuk mendapatkan makanan

dalam kuantiti yang mencukupi dan berkhasiat. Mereka hendaklah secara ekonominya

mempunyai akses bagi mendapatkan makanan walau dengan apa cara sekalipun. Sekiranya

mereka tidak mampu, maka itu akan menjadi kewajipan negara atau kerajaan untuk memastikan

setiap individu mendapat makanan yang cukup. Tiga unsur utama untuk hak terhadap makanan

ini ialah ketersediaan, kecukupan, dan akses kepada makanan.

Ketersediaan merujuk makanan yang dihasilkan cukup untuk generasi masa kini dan

generasi akan datang. Elemen ini merangkumi pengeluaran dan penghasilan makanan yang

mampan untuk masa kini dan akan datang serta pada masa yang sama tidak mengabaikan

perlindungan kepada alam sekitar.

Kecukupan merujuk keperluan pemakanan seorang individu yang perlu dipenuhi bukan

sahaja dari segi kuantiti tetapi juga dari segi kualiti makanan berkhasiat yang boleh diakses.

Kebolehcapaian (ekonomi) membayangkan bahawa kos kewangan yang ditanggung bagi

pembelian makanan untuk diet yang mencukupi tidak mengancam atau membahayakan usaha

merealisasikan keperluan asas lain (seperti perumahan, kesihatan, pendidikan).

Akses fizikal menunjukkan bahawa semua orang, termasuk individu yang lemah dari segi

fizikal, seperti bayi dan kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya dari segi fizikal, yang sakit

teruk, dan orang yang mempunyai masalah perubatan yang berterusan, termasuk pesakit mental,

harus dipastikan mendapat makanan yang mencukupi.

25
Laporan Wakil Khas FAO mengenai hak untuk makanan, Jean Ziegler, A / HRC / 7/5, perenggan 17.
Dengan sebab itu, kewajipan dari segi undang-undang perlu dimantapkan untuk

memastikan hak terhadap makanan ini.

Di Malaysia, makanan ruji yang menjadi keperluan harian penduduk ini diletakkan

sebagai barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961. Terdapat 12 barangan

di bawah senarai barang kawalan ini yang mana harganya dikawal oleh kerajaan dan peniaga

tidak boleh menaikkan harga sesuka hati ataupun menyorok barangan tersebut bagi tujuan

memanipulasi harga dan pasaran.

Secara umumnya, tiga tanggungjawab terhadap hak untuk makanan telah diperakui di

peringkat antarabangsa dan dilaksanakan di peringkat domestik iaitu kewajipan untuk

menghormati, melindungi dan memenuhi.

Kewajipan tipologi ini terkandung dalam ulasan ketua jawatan ESCR yang disahkan oleh

negara, dan Majlis FAO menerima pakainya dalam Garis Panduan Makanan pada bulan

November 2004.26

1. Kewajipan untuk menghormati hak itu bermakna setiap negara atau kerajaan tidak boleh

bertindak sewenang-wenangnya hingga menafikan hak rakyat untuk mendapatkan

makanan yang cukup dan berkhasiat.

2. Kewajipan melindungi pula termasuk menggubal undang-undang dan peraturan bagi

membendung gejala manipulasi terhadap penjualan makanan keperluan asas seperti yang

dilakukan oleh Malaysia. Di Malaysia, apabila tiba musim perayaan senarai barang

kawalan itu akan ditambah kerana pada musim berkenaan ada barangan tertentu yang

mendapat permintaan tinggi untuk tujuan perayaan.

26
Voluntary Guidelines to Support The Progressive Realization of The Right to Adequate Food in The Context of
National Food Security Adopted by The 127th Session of The FAO Council November 2004 Food and Agriculture
Organization of The United Nations, Rome, 2005
3. Kewajipan untuk memenuhi (memudahkan dan menyediakan) memerlukan kerajaan

proaktif melibatkan diri dalam aktiviti yang bertujuan mengukuhkan akses rakyat kepada

dan penggunaan sumber bagi memudahkan keupayaan mereka untuk mendapatkan

keperluan makanan sendiri. Sebagai usaha terakhir, apabila seorang individu atau

sekumpulan tidak dapat menikmati hak untuk makanan yang cukup atas sebab-sebab di

luar kawalan mereka, kerajaan perlu bertanggungjawab memenuhi hak mereka itu.

Garis Paduan 8.1 Hak untuk Makanan FAO menyebut:

Negara hendaklah menyediakan akses berterusan tanpa diskriminasi dan selamat

daripada sumber yang konsisten dengan melindunginya menggunakan undang-

undang negara mereka dan undang-undang antarabangsa demi kepentingan

hidup manusia. Setiap negara harus menghormati dan melindungi hak-hak

individu berkenaan dengan menghormati sumber-sumber seperti tanah, air,

hutan, perikanan dan ternakan tanpa sebarang diskriminasi. Di mana perlu dan

sesuai, negara harus melaksanakan reformasi tanah dan pembaharuan polisi

yang konsisten dengan obligasi hak asasi manusia dan mengikut kedaulatan

undang-undang untuk mendapatkan akses yang lebih cekap dan saksama kepada

setiap sumber. Perhatian khusus yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan

seperti penduduk asli dan hubungan mereka dengan sumber semula jadi.27

27
ibid
Ringkasnya, hak untuk makanan bermakna bahawa kerajaan tidak boleh mengambil

tindakan yang mengakibatkan peningkatan tahap kelaparan, kekurangan makanan dan

pemakanan tidak seimbang. Kerajaan perlu melindungi rakyat daripada tindakan orang lain

terutama pengilang, pembekal, pemborong dana peruncit yang mungkin melanggar hak untuk

makanan. Negara juga perlu memaksimumkan sumber yang ada termasuk melabur dalam bidang

yang boleh meningkatkan pengeluaran makanan dan membasmi kebuluran.

Di bawah Perkara 2(1), 11(1) dan 23 ICESCR, setiap negara bersetuju untuk mengambil

langkah memaksimumkan sumber yang ada untuk mencapai secara berperingkat pengeluaran

makanan yang mencukupi selain mengiktiraf peranan dalam kerjasama antarabangsa jika

membabitkan bantuan dalam konteks ini.

Di bawah Perkara 2(2) ICESCR, negara bersetuju untuk menjamin hak untuk makanan

tanpa ada diskriminasi bangsa, kaum, warna kulit, jantina, bahasa, umur, agama, pendapat politik

atau lain-lain, asal usul bangsa keturunan atau sosial harta, kelahiran atau status lain. Prinsip

tanpa diskriminasi ialah prinsip asas dalam undang-undang antarabangsa. Prinsip ini memainkan

peranan penting dalam merealisasikan sepenuhnya hak untuk makanan bukan sahaja di peringkat

normatif, tetapi juga di peringkat praktikal. Oleh sebab itu, Garis Panduan Hak Untuk Makanan

mengesyorkan supaya diwujudkan peta jaminan dan kelemahan agihan makanan. Kegunaannya

adalah untuk:

Mengenal pasti sebarang bentuk diskriminasi yang menunjukkan berlakunya masalah

jaminan makanan yang besar yang boleh menjerumuskan kepada masalah jaminan

makanan, atau kekurangan zat makanan di kalangan kumpulan penduduk tertentu, atau
kedua-duanya, dengan tujuan untuk menghapuskan dan mencegah sebab-sebab seperti

makanan tidak selamat atau kekurangan zat makanan. (Garis Panduan 13)28

Cara ini boleh membantu mengatasi masalah yang membabitkan hak untuk mendapatkan

makanan terutama di negara miskin dan negara membangun. Tindakan dapat disusun

berdasarkan data yang diperoleh bagi membantu dan memastikan setiap penduduk dunia tidak

dinafikan hak untuk mendapatkan makanan sama ada secara terancang atau disebabkan faktor

semula jadi.

Tindakan yang diambil akan membantu menghapuskan faktor-faktor yang merencatkan

proses agihan makanan secara adil. Yang paling utama ialah merealisasikan hak mendapat

makanan bagi setiap insan.

Bagi kita yang hidup dalam sebuah negara yang makmur seperti Malaysia ini tentunya

tertanya-tanya seriuskah isu yang membabitkan kekurangan makanan dan kekurangan zat ini?

Hal ini kedengaran seperti kurang logik atau tidak mungkin dalam abad ke-21 ini perkara yang

membabitkan keperluan asas seperti itu boleh berlaku.

Menurut data daripada FAO, terdapat hampir 870 juta penduduk dunia berhadapan

dengan isu kekurangan zat makanan yang kronik, terutamanya di negara membangun. Setiap

tahun, enam juta kanak-kanak mati, secara langsung atau tidak langsung akibat kekurangan zat

makanan dan pemakanan tidak seimbang - iaitu, satu kematian kanak-kanak setiap lima saat.

Pada Deklarasi Rome pada tahun 1996 mengenai Keselamatan Makanan Dunia dan Pelan

Tindakan Sidang Kemuncak Makanan Sedunia, perakuan dibuat untuk mengurangkan separuh

jumlah orang yang kekurangan zat makanan menjelang tahun 2015.

28
ibid
Empat tahun kemudian, dalam Deklarasi Milenium PBB juga turut membuat perakuan

yang sama iaitu mengurangkan separuh kadar orang yang kekurangan zat makanan pada tahun

2015.

Sebelum bermulanya krisis makanan global pada tahun 2008, pakar mengakui matlamat

ini sukar untuk dicapai. Namun jumlah penduduk dunia yang berhadapan dengan isu kekurangan

makanan dan makanan berzat itu mula menurun sejak awal 1990-an. Kebanyakan kemajuan itu

dicapai sebelum harga makanan melambung pada tahun 2007-2008. Percaya atau tidak, pada

zaman milenium ini, krisis makanan berlaku di negara yang digelar tanduk Afrika pada tahun

2011 yang meragut ribuan nyawa.29

Keadaan ini menunjukkan bahawa hak untuk keperluan asas terutama hak untuk makanan

sangat penting dalam agenda perjuangan isu kepenggunaan. Menyedari kegagalan dan cabaran

berterusan, FAO, didorong oleh pertubuhan sivil masyarakat, berusaha mengubah trend ini sejak

tahun 1996. Keputusan diambil untuk melakukan anjakan paradigma daripada pendekatan

antikelaparan berdasarkan keselamatan makanan kepada satu dasar hak untuk makanan yang

mencukupi.

Keputusan ini diambil pada WFS 2002, apabila 179 buah negara yang mengambil

bahagian mengesahkan keperluan kepada hak untuk makanan yang mencukupi. Kumpulan kerja

antara kerajaan dengan FAO ditugaskan bagi mewujudkan Garis Panduan Hak Untuk Makanan

dalam usaha menyediakan panduan yang praktikal bagi mencapai matlamat yang diperakukan

pada tahun 1996.

Garis Panduan Hak Untuk Makanan diterima sebulat suara oleh Majlis FAO pada

November 2004. Sejak itu, garis panduan ini digunakan secara meluas dalam memerangi

29
Laporan Wakil Khas FAO mengenai hak untuk makanan, Jean Ziegler
kebuluran, contohnya di Brazil dan sebagai tindak balas kepada krisis makanan global. Pada

bulan Januari 2009, Setiausaha Agung PBB menyatakan bahawa hak untuk makanan perlu

ditambah sebagai landasan ketiga dengan bantuan makanan dan keselamatan makanan untuk

bertindak balas kepada krisis makanan global dan kekurangan makanan.

Pada bulan November 2009, dalam Deklarasi Sidang Kemuncak Makanan Dunia

mengenai Jaminan Makanan, negara yang terbabit mengulangi komitmen mereka untuk "secara

kolektif mempercepat langkah ... untuk menetapkan dunia pada laluan untuk mencapai kesedaran

progresif tentang hak untuk makanan yang mencukupi dalam hubungan keselamatan makanan

negara".30

Di Malaysia, sebagai pengguna kita perlu tahu akan hak kita untuk mendapatkan

makanan ini sememangnya termaktub dalam undang-undang. Bukan sahaja setakat mendapatkan

makanan, tetapi makanan itu juga mesti bersih dan bebas daripada elemen racun yang boleh

menjejaskan kesihatan. Akta Makanan 1983 (Akta 281) digubal untuk melindungi orang ramai

terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan

makanan dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya. Kita sebagai pengguna perlu

sedar jika ada peniaga yang bertindak melanggar akta ini dalam penyediaan dan penjualan

makanan, maka laporan perlu dibuat demi menjaga hak kira sebagai pengguna.

Akta Kawalan Bekalan 1961 (Disemak 1973) (Akta 122) pula untuk memastikan tidak

ada unsur-unsur menyorokkan barangan keperluan asas. Akta ini juga untuk memastikan setiap

rakyat negara ini mendapat barangan asas yang diperlukan. Akta ini memperuntukkan kawalan

30
Christophe Golay & Michaela Bschi, (2012). The Right to Food and Global Strategic Frameworks: The Global
Strategic Framework for Food Security and Nutrition (GSF) and the UN Comprehensive Framework for Action
(CFA), Rome, FAO, 2012, pp. 8-9
dan catuan bekalan. Penjualan barangan makanan atau bahan yang dijadikan barangan kawalan

hendaklah dijual tertakluk pada lesen dan peraturan yang ditetapkan.

Undang-undang berkaitan makanan

Hal perundangan berkaitan makanan yang melibatkan kandungan makanan disebut dalam Akta

Makanan 1983, undang-undang berkaitan tempat makan, premis makanan atau establishment

makanan terdapat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Undang-undang berkaitan

penyediaan, pengendali atau penjual makanan terdapat dalam kedua-dua akta berkenaan. Pada

masa yang sama, terdapat juga undang-undang lain yang turut meliputi isu berkaitan makanan

yang perlu diketahui oleh pengguna. Undang-undang berkaitan makanan ini membabitkan:

1. Undang-undang berkaitan pengagihan makanan.

Undang-undang ini memastikan makanan yang dikategorikan sebagai makanan asas perlu

diagihkan sama rata kepada masyarakat. Bahan makanan ini tidak boleh disorok untuk

manipulasi harga oleh pengedar. Antara akta yang mengawal agihan bahan makanan

ialah:

a. Akta Kawalan Bekalan 1961 (Disemak 1973) (Akta 122). Penjualan barangan

makanan atau bahan yang dijadikan barangan kawalan hendaklah dijual tertakluk

pada lesen dan peraturan yang ditetapkan.

b. Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) yang mengawal harga

barangan dan caj bagi perkhidmatan dan melarang pencatutan; dan mengadakan

peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.


2. Undang-undang berkaitan kandungan makanan. Sebagai pengguna, kita bukan sahaja

berhak mendapatkan makanan yang cukup, tetapi kandungan makanan itu juga mesti

dijaga. Sebab itu kandungan makanan (atau bahan-bahan yang dicampurkan dalam

makanan) turut dikawal selia undang-undang. Undang-undang berkaitan makanan

termasuklah Akta Makanan 1983 (Akta 281); Peraturan-peraturan Makanan 1985; Kanun

Keseksaan (Akta 574); Akta Racun Dan Makhluk Perosak 1974 (Akta 149)6; dan Akta

Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234). Pengguna perlu tahu bahawa perbuatan peniaga

mencampurkan bahan makanan dengan bahan yang boleh memudaratkan kesihatan orang

ramai merupakan suatu kesalahan. Konsep pencemaran dalam makanan yang

dimaksudkan turut meliputi penyalahgunaan bahan kimia tambahan dalam industri

makanan, terutama jika digunakan untuk mengaut keuntungan hingga boleh

memudaratkan manusia.31 Undang-undang yang mengawal kandungan makanan ini

menetapkan bahawa menjadi satu kesalahan jika didapati makanan itu:

a. Mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan yang menjadi kesalahan di

bawah Akta Makanan 1983 (Akta 281) bagi mana-mana orang yang menyediakan

atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang

beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan (Seksyen 13(1)

b. Makanan yang tidak sesuai dimakan oleh manusia - Seksyen 13A(1) mentakrifkan

mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan, sama ada

dikilangkan atau tidak, yang mengandungi keseluruhannya atau sebahagiannya:

i. Apa-apa bahan binatang atau sayuran yang berpenyakit, kotor, reput atau

bangar (busuk);

31
Abdul Salam Babji, (1987). Pencemaran dalam Makanan dlm. Ahmad Badri Mohamad (pynt.) Perspektif
Persekitaran. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti, hlm 14.
ii. Apa-apa bahagian binatang yang tidak sesuai untuk dijadikan makanan;

iii. hasil binatang yang sudah mati selain kerana disembelih atau sebagai binatang

buruan;

iv. Makanan yang diadukkan - Pengertian makanan yang diadukkan dijelaskan

dalam Seksyen 13B (2).

Sebagai pengguna kita perlu sedar bahawa kesalahan di bawah kandungan makanan ini

boleh diambil tindakan berdasarkan Kanun Keseksaan (Akta 574) melalui beberapa seksyen

dalamnya. Antaranya termasuklah seksyen 272 yang memperuntukkan sesiapa sahaja yang

mencampurkan apa-apa barang makanan atau minuman dengan benda yang kurang baik hingga

menjadikan barang itu berbahaya sebagai makanan atau minuman, dengan maksud menjual

barang itu sebagai makanan atau minuman, atau dengan mengetahui mungkin bahawa barang

tersebut akan dijual sebagai makanan atau minuman akan dikenakan hukuman penjara hingga

enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Seksyen 273 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan sesiapa yang menjual, atau

menawarkan atau menunjukkan untuk jualan, sebagai makanan atau minuman, apa-apa barang

yang telah dijadikan atau menjadi berbahaya, atau yang berada dalam keadaan yang tidak layak

untuk makanan atau minuman, dengan mengetahui atau dengan ada sebab mempercayai bahawa

kandungannya adalah berbahaya sebagai makanan dan minuman juga boleh dikenakan hukuman

penjara hingga enam bukan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Selain Kanun Keseksaan, Akta Makanan 1983 juga menggariskan beberapa kesalahan

yang melibatkan penjualan makanan yang bukan daripada jenis, bahan atau kualiti yang diminta
seperti yang disebut dalam seksyen kecil 14(1) Akta 281. Ia merupakan satu kesalahan sekiranya

kita menjual makanan yang boleh memberi mudarat kepada orang lain.

Maka, sebagai pengguna perlu sedar akan perlindungan yang diberikan oleh undang-undang

kepada kita dalam hal yang berkaitan mendapatkan bahan keperluan asas ini.

3. Undang-undang berkaitan premis perniagaan makanan

Bagi pengguna yang suka makan di luar, premis perniagaan yang mereka kunjungi juga

perlu mematuhi garis panduan undang-undang yang ditetapkan. Perundangan yang

diluluskan berkaitan premis makanan terdapat dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Berdasarkan Seksyen 73, 102 dan 102A Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171],

Majlis Bandaraya, Perbandaran atau Daerah berkuasa membuat peraturan berhubung

premis makanan. Berdasarkan seksyen 103 Akta tersebut pula, biasanya Pihak Berkuasa

Negeri akan mengesahkan undang-undang kecil yang dibuat berhubung dengan perkara

tertentu mengikut keperluan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan. Selain

peruntukan yang terdapat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Makanan 1983

melalui Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 turut menyentuh perjalanan dan

penyelenggaraan premis makanan tentang kehendak am dan khusus bagi sesebuah premis

makanan. Perkara umum yang diberikan perhatian oleh perundangan termasuklah tapak

premis makanan, lesen perniagaan bagi tapak premis, keadaan struktur premis dalam dan

luar serta pengurusan sampah sarap di dalam dan di luar persekitaran kawasan premis.32

32
Shamsuddin Suhor, Sakina S.A.Yusoff, Rahmah Ismail, Azimon Abdul Aziz, Muhammad Rizal Razman dan
Kartini Aboo Talib @ Khalid, Kesihatan dan Keselamatan Makanan: Kesedaran Pengguna dan Peruntukan
Perundanan, Jurnal Kanun, Disember 2014, Dewan Bahawa dan Pustaka.
Hak untuk tempat tinggal

Tempat tinggal ialah salah satu keperluan asas yang sangat penting bagi manusia.. Setiap

individu yang bernafas di muka bumi ini berhak untuk mendapatkan kemudahan tempat tinggal

yang paling asas untuk berlindung daripada panas dan hujan serta ancaman lain yang boleh

menjejaskan kesihatan dan nyawa. Hak untuk tempat tinggal ini juga membabitkan soal maruah

setiap insan. Dalam perkataan lain, setiap daripada kita mesti mempunyai rumah sebagai tempat

tinggal dan berlindung. Tempat berlindung ini mestilah mencukupi untuk menjamin

keselamatan, keamanan, dan maruah.

Hak untuk perumahan tidak hanya sekadar ada bumbung di atas kepala, tetapi mesti

terdapat ruang untuk didiami termasuk ruang peribadi di samping beberapa kemudahan asas lain

yang mencukupi termasuk jaminan keselamatan terhadap penghuni. Dalam era moden ini,

kediaman itu mestilah dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan bekalan air bersih. Ini

merupakan standard asas hak untuk mendapatkan tempat tinggal pada hari ini selain lokasi yang

sesuai dengan pekerjaan yang dilakukan seseorang.

Pelbagai elemen yang diperlukan dalam memastikan orang ramai dapat memiliki

kediaman yang selamat dan sesuai dengan keperluan mereka. Oleh sebab itu, menyediakan

perumahan yang mencukupi yang mampu dimiliki oleh semua harus menjadi keutamaan

kerajaan. Dalam memenuhi keperluan perumahan ini terdapat dua kategori kumpulan penduduk

yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Yang pertama ialah mereka yang berpendapatan rendah dan kedua ialah golongan yang

langsung tidak ada kemampuan dan hidup secara gelandangan atau homeless.
Disebabkan hak mendapatkan tempat berlindung merupakan sebahagian daripada hak

asasi manusia yang merupakan hak dalam keperluan asas maka setiap negara terikat dengan

piagam dunia menuntut supaya mana-mana negara memastikan penduduk mempunyai

kemudahan tempat tinggal yang paling asas.

Kewajipan menyediakan hak untuk perumahan yang mencukupi dinyatakan dalam

perjanjian antarabangsa Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita

(CEDAW), Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Konvensyen Antarabangsa

Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), dan Perjanjian

Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR). Negara yang

menandatangani konvensyen ini mempunyai kewajipan untuk memastikan bahawa hak-hak

ekonomi, sosial dan kebudayaan yang dinyatakan dalam setiap daripadanya perlu dilindungi. 33

Pernyataan Am Bil 4 Jawatankuasa Ekonomi, Sosial dan Budaya (CESCR) PBB mengenai "hak

untuk perumahan yang mencukupi" menetapkan minimum tanggungjawab teras ke arah hak itu

terkandung dalam Perkara 11 (1) ICESCR yang harus dipenuhi. Kewajipan teras minimum

adalah seperti berikut:

1. Undang-undang Keselamatan Penghuni Perlu ada perlindungan terhadap pengusiran

secara paksa dan gangguan kepada penghuni mana-mana kediaman.

2. Ketersediaan perkhidmatan, bahan-bahan, kemudahan dan infrastruktur Di kawasan

kediaman mesti ada kemudahan penting seperti kesihatan, keselamatan, keselesaan dan

nutrisi. Kemudahan ini termasuk air minuman yang selamat, sanitasi, kemudahan

mencuci dan tenaga untuk memasak, pemanasan dan pencahayaan.

33
Know Your Right: Right to Adequate Shelter, National Human Right Comission of India.Faridkot House,
Copernicus Marg, New Delhi
3. Kemampuan Harga rumah mesti disesuaikan dengan tahap pendapatan penduduk

supaya semua orang ada kemampuan yang sepadan tanpa berkompromi dengan

kemudahan asas.

4. Habitabiliti Perlu ada ruang dan perlindungan yang mencukupi daripada unsur-unsur

alam yang negatif. Tidak terdedah kepada penyakit dan ancaman yang berbahaya.

5. Kebolehcapaian Setiap individu perlu mempunyai akses kepada perumahan yang

mencukupi. Kerajaan perlu memastikan bahawa setiap orang mempunyai akses kepada

tempat yang selamat yang membolehkan penduduk hidup dengan aman dan bermaruah.

6. Lokasi Perumahan yang mencukupi mesti membolehkan akses kepada pekerjaan

pilihan (hak untuk kehidupan), penjagaan kesihatan, sekolah dan perkhidmatan sosial

yang lain.

7. Kecukupan kebudayaan Penyediaan kediaman mesti mengambil kira tuntutan budaya.

Kekangan sumber dalam apa-apa cara sekalipun tidak boleh dijadikan alasan oleh mana-

mana kerajaan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab ini. Kerajaan setiap negara mesti

menyediakan keperluan perumahan yang minimum untuk penduduknya.

Untuk itu, Pernyataan Umum No.3 CESCR (Tanggungjawab Umum Negara)

mengarahkan bahawa usaha memastikan "tahap minimum yang penting terletak di bahu setiap

negara. Sebagai contoh, mana-mana negara yang gagal menyediakan kemudahan perumahan

asas untuk penduduknya, dinafikan hak untuk mendapatkan makanan penting, tiada kemudahan

penjagaan kesihatan asas dan tiada kemudahan pendidikan asas, maka negara tersebut telah

melanggar perjanjian berkenaan.34

34
ibid
Selain daripada wanita dan kanak-kanak, hak manusia untuk memiliki kediaman

mencukupi telah diperuntukkan dalam undang-undang antarabangsa untuk kumpulan terpinggir

dan didiskriminasikan yang perlu diberikan perhatian khusus oleh mana-mana kerajaan dan

negara. Hak ini termaktub dalam beberapa buah dokumen hak asasi manusia antarabangsa yang

berkaitan dengan kumpulan khas adalah seperti berikut.35

A. Pekerja Asing

1. Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli

Keluarga mereka, 1990.

2. Pertubuhan Buruh Antarabangsa Konvensyen Pekerja Asing 1949; dan

3. Polisi Sosial Pertubuhan Buruh Antarabangsa (Bukan Wilayah Metropolitan)

Konvensyen 1947.

B. Orang Tua

1. Pernyataan A, Bil 6: 'Hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan orang yang lebih tua ',

Jawatankuasa Ekonomi, Hak Sosial dan Kebudayaan, 1996;

2. Prinsip PBB Untuk Orang Tua, 1991, Resolusi Perhimpunan Agung 46/91; dan

3. Integrasi untuk wanita yang lebih tua dalam pembangunan, 1994, Resolusi Perhimpunan

Agung PBB 49/162.

C. Orang Kurang Upaya

1. Pernyataan Am Bil 5: Orang kurang upaya, Jawatankuasa Ekonomi, Sosial dan

Kebudayaan 1994;

35
ibid
2. Hak semua orang untuk menikmati standard kesihatan fizikal dan mental tertinggi, 2005,

Resolusi Suruhanjaya Mengenai Hak Asasi Manusia 2005/24.

3. Deklarasi mengenai Hak Orang Kurang Upaya 1975, Resolusi Perhimpunan Agung PBB

3447 (XXX).

D. Penghidap HIV/AIDS

1. Garis Panduan Antarabangsa mengenai HIV / AIDS dan Hak Asasi Manusia, 1997,

resolusi Suruhanjaya PBB mengenai Hak Asasi Manusia 1997/33.

2. Melindungi hak asasi manusia dalam konteks manusia immunodeficiency virus (HIV) dan

immunodeficiency diperoleh sindrom (AIDS), 2005, resolusi Suruhanjaya Hak Asasi

Manusia 2005/84.

E. Deklarasi Komitmen ke atas HIV / AIDS, 2001, Resolusi Perhimpunan Agung PBB S-

26/27. Minoriti (termasuk agama, bahasa, kaum, keturunan).

1. Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.

2. Perkara 27, Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik 1966.

3. Pernyataan Am Bil 23: Perkara 27 (Hak minoriti), Jawatankuasa Hak Asasi Manusia,

1994.

4. Cadangan Umum No. XX pada artikel 5 Konvensyen, Jawatankuasa Penghapusan

Diskriminasi Kaum, 1996.

5. Cadangan Umum No XXIX pada artikel 1, perenggan 1 Konvensyen (Keturunan),

Jawatankuasa Mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum 2002.


6. Deklarasi mengenai Hak Orang Bernegara atau Minoriti Etnik, Agama dan Linguistik,

1992, Resolusi Perhimpunan Agung PBB 47/135.

7. Deklarasi Durban Akuan, 2001, Persidangan Dunia menentang Perkauman, Diskriminasi

kaum, Xenofobia disebarkan dan Berkaitan Intoleransi, 2001.

8. Hak orang bernegara atau etnik, agama 2005, resolusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia,

2005/79.

F. Orang Asal

1. Deklarasi PBB mengenai Hak Orang Asal, 2006.

2. Pertubuhan Buruh Antarabangsa, Konvensyen mengenai Orang Asli dan Suku Kaum di

Negara Bebas, 1989.

3. Cadangan Am Bil XXIII pada hak-hak kaum peribumi, Jawatankuasa Penghapusan

Diskriminasi Kaum, 1997.

4. Hak asasi manusia dan isu pribumi, 2005, resolusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

2005/518.

G. Tiada Kerakyatan/Bukan warganegara

1. Deklarasi Hak Asasi Manusia mengenai Individu yang tidak menjadi warga kepada

negara yang mereka tinggal, 1985, resolusi Perhimpunan Agung PBB 40/144.

H. Orang Dalam Buangan

1. Prinsip 14, 18, Prinsip-prinsip Bimbingan pada Anjakan Dalam Negeri, 1998,

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.


2. Deklarasi Copenhagen 1995, Sidang Kemuncak Dunia mengenai Pembangunan Sosial.

Dasar perumahan negara

Di Malaysia keperluan menyediakan perumahan asas untuk setiap penduduk sememang sudah

diberi keutamaan oleh kerajaan. Selari dengan prinsip Dasar Perubahan Negara (DRN) bahawa

rumah merupakan keperluan asas dan selaras dengan shelter for all.

Kerajaan komited dalam memastikan bahawa semua rakyat mampu memiliki atau

menyewa rumah. Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan yang

berpendapatan rendah, iaitu golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada

RM2,500 sebulan masih belum mencukupi.

Sejajar dengan itu, kerajaan dan pihak swasta perlu meneruskan usaha penyediaan

Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM) untuk disewa atau dibeli oleh rakyat daripada

pelbagai latar belakang, termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas serta ibu tunggal.

Pembinaan rumah kos sederhana oleh pihak swasta juga digalakkan bagi memenuhi keperluan

golongan berpendapatan sederhana, iaitu golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah antara

RM2,500 hingga RM3,999 sebulan.36

36
Dasar Perumahan Negara, MS 32
Sumber.

Gambar 2.2. Setiap rakyat perlu mempunyai tempat tinggal asas yang sesuai.

Berdasarkan Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 2010/2011, sektor pembinaan

dijangka menyumbang sebanyak 4.9% daripada jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

pada tahun 2010. Oleh sebab itu, kerajaan perlu terus memberi penekanan terhadap keperluan

penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa terutamanya

bagi memenuhi keperluan golongan yang disasarkan.


Penekanan akan diberi kepada kesesuaian lokasi serta persekitaran tempat tinggal yang

kondusif selaras dengan Strategi Keempat, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi

memastikan akses kepada perumahan berkualiti dan mampu milik. Dalam RMKe-10, kerajaan

menyasarkan pembinaan sebanyak 78,000 unit rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan

golongan berpendapatan rendah dan untuk penempatan semula setinggan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38,950 unit di bawah Program Perumahan Rakyat

(PPR) dan 39,050 unit di bawah program yang berkaitan Kementerian Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah. Selain daripada itu, sebuah dana berjumlah RM500 juta akan diperuntukkan di

bawah RMKe-10 bagi membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyenggaraan rumah mampu milik

awam dan swasta. Dana ini akan diagihkan melalui kaedah geran sepadan, di mana separuh

daripada kos akan disumbangkan oleh Kerajaan, manakala separuh lagi oleh pihak pengurusan

atau persatuan penduduk rumah berkenaan.37

Rumah terbengkalai dan implikasi perundangan

Isu perumahan terbengkalai bukannya isu baharu dan bukan juga isu yang mudah untuk diatasi.

Contohnya rumah dibeli pada tahun 2005 ketika masih dalam pembinaan dan dijadualkan siap

dalam tahun 2007 tetapi sehingga sekarang masih belum siap.

Lebih memeritkan lagi, apabila projek perumahan itu telah dihentikan. Apabila pembeli

bertanya kepada KPKT, pembeli diberitahu projek tersebut belum lagi menjadi status rumah

terbengkalai. Pemaju pula menyatakan mereka dalam proses melantik kontraktor baharu. Pada

masa yang sama gaji pembeli sudah dipotong setiap bulan oleh pihak yang dibuat pembiayaan

37
Dasar Perumahan Negara. MS 9
sama ada bank, institusi kewangan atau perbendaharaan kerajaan. Ada juga kes projek

perumahan dibiarkan terbengkalai selama lima atau enam tahun dan pemaju pula didapati tidak

mempunyai lesen yang sah. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Acap kali apabila pembeli

dihimpit dengan masalah sebegini, mereka berharap peguam yang dilantik dapat membantu

tetapi ada peguam yang lebih memihak kepada pemaju.

Apabila pembeli bersetuju untuk membeli sesebuah rumah yang dibina oleh pemaju,

pembeli akan menandatangani satu Perjanjian Jual Beli (S&P). Merujuk Akta Pemajuan

Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118), S&P untuk rumah yang dalam

pembinaan yang dibina oleh pemaju hendaklah mengguna pakai Jadual G (untuk landed house)

atau Jadual H (untuk strata title house) di bawah. Banyak pembeli tidak membaca S&P kerana

menganggap sebagai perjanjian biasa setiap kali membeli rumah. Selain itu, pembeli berasa

sukar untuk memahami terma yang dinyatakan kerana cara penulisan yang berbelit-belit. Ada

juga pembeli yang membaca S&P tetapi terkeliru dengan maksud sebenar yang terkandung

dalam S&P tersebut.

Tidak dinafikan perjanjian S&P lebih memihak kepada pemaju. Peruntukan dalam

perjanjian tersebut lebih memberatkan pembeli dengan pelbagai tuntutan ganti rugi jika pembeli

melanggar syarat-syarat yang dikenakan. Pemaju tidak pernah lupa mengenakan caj kepada

pembeli jika lewat dalam pembayaran pembiayaan (bank/institusi kewangan/perbendaharaan

lambat bayar kepada pemaju), namun tidak ramai pembeli yang menuntut ganti rugi kerana

kelewatan serahan rumah kosong dari pada pemaju.

Pembeli ada hak meminta ganti rugi daripada pemaju bagi rumah yang tarikh siapnya

lewat dari tarikh jadual asal. Jika pemaju gagal menyiapkan dan menyerahkan milikan kosong

rumah tersebut kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan dari tarikh S&P tersebut, pemaju
dikehendaki membayar ganti rugi kelewatan kepada pembeli pada kadar sepuluh peratus (10%)

setahun daripada harga beli. Bayaran ini bermula dari tarikh sepatutnya penyerahan pemilikan

kosong dibuat sehingga tarikh sebenar pembeli mengambil pemilikan kosong rumah tersebut.

Bayaran ganti rugi tersebut hendaklah dijelaskan/dibayar oleh pemaju kepada pembeli ketika

penyerahan milikan kosong rumah tersebut dibuat.

Sumber.

Gambar 2.3. Pembeli boleh menuntut ganti rugi jika rumah tidak siap.

Pembeli boleh membuat permohonan kepada Tribunal Perumahan Negara dan membuat

tuntutan ke atas pemaju kerana serahan rumah lewat. Jangan pula terkejut jika jumlah tuntutan

yang pembeli dapat nanti (jika tuntutan pembeli berjaya) adalah kurang daripada jumlah yang
sepatutnya. Hal ini kerana jumlah sebenar akan mengambil kira kos tempoh prosiding berjalan,

kos pelbagai peraturan tribunal, kos sampingan lain dan juga pencapaian persetujuan kedua

pihak. Sayugia diingatkan bagi pembeli yang menambah jumlah pinjaman (markup loan) ketika

membuat pinjaman perumahan, kemungkinan pembeli akan hilang wang denda lewat serahan ini

kerana mengikut akta perumahan, pembeli didapati bersalah kerana bersubahat menipu dalam

kes markup loan tadi. Dalam keadaan ini, kerap kali pemaju menekan pembeli agar menerima

tawaran pemaju sebagai denda rumah lewat siap dari tarikh asal.

Antara terma penting yang pembeli wajib tahu dan ingat ialah pemaju hendaklah

menyiapkan rumah dan menyerahkan milikan kosong rumah tersebut kepada pembeli dalam

masa 24 bulan dari tarikh S&P. Tarikh S&P tidak semestinya sama dengan tarikh pembeli

menandatangani S&P. Lazimnya tarikh S&P ialah tarikh dimatikan setem. (Rujuk di muka surat

awal perjanjian S&P). Tarikh ini mungkin lewat sedikit dari tarikh pembeli menandatangani S&P

atau mungkin juga tarikh yang sama.

Banyak pembeli yang tidak tahu mereka layak dibayar ganti rugi sekiranya pemaju lewat

menyiapkan rumah. Bagi mereka yang tahu pula, biasanya terlupa atau tidak kisah tentang

bayaran ganti rugi tersebut ketika serahan milikan kosong dibuat oleh pemaju. Perjanjian S&P

jelas menyatakan yang pemaju perlu membayar denda lewat pada masa serahan milikan kosong

dibuat.

Adakah maksud serahan milikan kosong itu sama dengan maksud serahan kunci rumah?

Tidak sama! Serahan kunci rumah bermaksud pemaju hanya menyerahkan kunci rumah sahaja

kepada pembeli. Kunci rumah mungkin boleh diserahkan oleh pemaju kepada pembeli pada bila-

bila masa sahaja tentunya setelah rumah tersebut dipasang pintunya. Serahan milikan kosong

bermakna pemaju menyerahkan kunci rumah bersekali dengan hak untuk mendiami rumah
tersebut. Serahan milikan kosong rumah hanya diserahkan selepas rumah tersebut siap dibina

dengan sempurna dan setelah mendapat pengesahan daripada arkitek yang rumah tersebut telah

siap dibina dengan sempurna. Selain itu, pemaju atau wakil pemaju telah memohon Sijil

Kelayakan (CF). Jika pemaju sekadar menyerahkan kunci kepada pembeli tetapi pembeli masih

tidak boleh masuk dan tinggal di rumah tersebut kerana belum dapat CF, itu bukanlah

penyerahan milikan kosong sebenar sebagaimana yang disyaratkan dalam S&P.

Selepas milikan kosong diserahkan kepada pembeli, pembeli diberi pula tempoh liabiliti

kecacatan (tempoh jaminan) selama 24 bulan. Ini bermaksud, pemaju masih mempunyai

tanggungan ke atas sebarang kecacatan atau kerosakan ke atas rumah tersebut. Dalam tempoh

ini, pembeli boleh menghantar notis aduan secara bertulis kepada pemaju memaklumkan

kerosakan atau kecacatan tersebut. Antaranya, kerosakan rumah yang disebabkan oleh kualiti

bahan yang digunakan, mutu kerja, bumbung bocor, simen pecah, dinding retak bila digantung

gambar, atau apa jua kerosakan atau kecacatan yang disebabkan pemaju tidak mengikut

spesifikasi atau pelan bangunan yang diluluskan. Selepas tempoh 24 bulan ini, pemaju tiada

sebarang tanggungan lagi.

Mengikut perjanjian standard S&P, pembeli tidak boleh menamatkan perjanjian jual beli

akibat kelewatan pemaju menyiapkan rumah atau keingkaran pemaju mematuhi syarat-syarat

atau terma-terma dalam S&P. Sebaliknya pemaju boleh membatalkan perjanjian jual beli

sekiranya pembeli gagal membayar harga jual beli dalam tempoh masa yang ditetapkan. Oleh

sebab itu, hak pembeli hanyalah menuntut ganti rugi lewat serah milikan kosong rumah, itu pun

setelah rumah tersebut siap dibina sepenuhnya dan milikan kosong diserahkan kepada pembeli.

Dalam kes rumah yang masih belum siap dibina, sama ada sudah dikategorikan sebagai

terbengkalai atau tidak, hak untuk menuntut ganti rugi kerana lewat serahan hak milik rumah
tidak dapat dipraktikkan. Perkara ini juga menjadi salah satu sebab untuk pemaju tidak

menyiapkan rumah tersebut dengan segera. Dalam kes begini, memang sukar bagi pembeli

menuntut ganti rugi. Hak pembeli ke atas rumah terbengkalai tidak dinyatakan dalam S&P.

Lazimnya tindakan yang dilakukan di Malaysia iaitu memberi tekanan dan desakan kepada

pemaju dan pihak yang berkaitan supaya memastikan rumah siap dibina.

Setelah pembeli menandatangani perjanjian jual beli rumah, pembeli dianggap terikat

dengan terma-terma perjanjian jual beli tersebut. Oleh hal yang sedemikian, pembeli hanya

perlu tandatangan perjanjian tersebut setelah faham dan berpuas hati dengan terma-terma yang

terkandung dalam perjanjian S&P yang standard ini.

Isu rumah terbengkalai juga turut merugikan pengguna apabila sebanyak RM45 juta

jumlah kerugian dianggarkan dialami penjawat awam yang menjadi mangsa penipuan dalam kes

pembelian rumah tidak siap.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam

(CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, jumlah itu merupakan nilai tuntutan pemaju perumahan

yang telah pun dibayar pembeli hampir 90 peratus daripada harga rumah, namun terpaksa

berputih mata apabila kediaman mereka tidak disiapkan dan terbengkalai.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius bentuk penipuan seumpama itu yang lebih

memfokuskan golongan penjawat awam, masalah ini perlu ditangani secara menyeluruh

melibatkan semua pihak termasuk peringkat tertinggi kerajaan. 38

Pemaju perumahan berlesen yang gagal menyempurnakan projek perumahan dan

menyebabkannya terbengkalai akan dianggap sebagai melakukan satu kesalahan jenayah di

bawah pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.

38
Penjawat Awam Rugi RM 45 juta. 24 Januari 2015.Utusan Malaysia
Jika disabit kesalahan, pemaju berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang

RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya

sekali. Perkara ini diperuntukkan dalam seksyen baharu di bawah fasal 9 Rang Undang-undang

Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)(Pindaan) 2011.

Hal ini merupakan antara beberapa pindaan kepada peruntukan-peruntukan dalam Akta

Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) yang bakal memberi jaminan

dan hak lebih luas kepada para pembeli rumah dan mengelakkan projek terbengkalai. 39

Menurut rang undang-undang berkenaan, fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen

baharu 18A ke dalam Akta 118 bagi mengatasi masalah projek rumah terbengkalai serta hak

mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemaju yang tidak bertanggungjawab.

Peruntukan ini terpakai kepada semua pemaju yang enggan meneruskan projek atau

menangguhkan atau menggantung atau menghentikan untuk tempoh enam bulan atau lebih atau

tempoh siap yang dipersetujui dalam perjanjian jual beli. Rang undang-undang berkenaan telah

dibaca buat kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee

Heung di Dewan Rakyat hari ini dan apabila diluluskan kelak akan dikenali sebagai Akta

Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)(Pindaan) 2011.

Selain itu, fasal 5 yang bertujuan menggantikan seksyen 8A Akta 118 dalam rang

undang-undang tersebut turut memberi hak kepada pembeli untuk menamatkan perjanjian jual

beli sekiranya pihak pemaju perumahan enggan meneruskan projek selepas enam bulan

perjanjian tersebut ditandatangani.

Rang undang-undang itu juga bercadang memasukkan fasal 3, yang bertujuan meminda

seksyen 6 Akta 118 yang memperuntukkan jumlah deposit bagi memperoleh satu lesen pemajuan

39
Pemaju Projek Terbengkalai Lakukan Kesalahan Jenayah Di Bawah Pindaan Akta, 16 November 2014. Bernama
perumahan dinaikkan daripada RM200,000 kepada tiga peratus daripada anggaran kos

pembinaan.

Cadangan pindaan ini adalah untuk memastikan supaya hanya pemaju yang mempunyai

keupayaan kewangan yang mencukupi dibenarkan mengusahakan projek perumahan. Fasal 8

bertujuan meminda seksyen 16AD Akta 118 telah memperuntukkan untuk menaikkan penalti

minimum ketidakpatuhan kepada award tribunal daripada RM10,000 kepada penalti maksimum

RM50,000.

Selain itu, fasal 6 yang bertujuan meminda subseksyen 16N (1) berkaitan had bidang

kuasa tribunal dan memberi kuasa lebih luas kepada tribunal untuk mendengar tuntutan daripada

suatu perjanjian jual beli yang melibatkan seseorang pemaju perumahan tidak berlesen.

Cadangan fasal 10 pula bertujuan untuk meminda seksyen 24 untuk menaikkan penalti bagi

mana-mana tindakan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peraturan daripada denda

tidak melebihi RM20,000 kepada RM50,000.40 Oleh sebab itu, sebagai pengguna para pembeli

rumah perlu menyedari hak mereka ini supaya tidak diperlakukan sewenang-wenangnya oleh

pemaju.

Terdapat beberapa undang-undang yang terpakai dalam cadangan pemajuan untuk

melaksanakan projek perumahan. Ini termasuklah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Akta

Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta Kerajaan Tempatan 1976

[Akta 171], Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Akta Jalan, Parit dan

Bangunan 1974 [Akta 133] dan peraturan-peraturan tanah di negeri-negeri. Keperluan

pematuhan kepada semua aspek perundangan dan peraturan ini amat penting untuk difahami dan

diikuti bagi memastikan pelaksanaan projek perumahan dibuat mengikut kelulusan yang

40
ibid
diberikan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan dan kelemahan pelaksanaan,

pemantauan dan penguatkuasaan.


3
Undang-undang dan Hak untuk Keselamatan

Keselamatan merupakan aspek penting dalam dunia kepenggunaan kerana setiap hari kita

sebagai pengguna terdedah kepada pelbagai isu keselamatan. Tambahan pula, setiap benda di

sekeliling kita ada risiko keselamatan. Air yang digunakan untuk minuman dan mandi, peralatan

elektrik, alat telekomunikasi, pakaian, kenderaan dan sebagainya semuanya ada risiko

keselamatan. Itu belum mengambil kira penggunaan bahan berbahaya oleh kita setiap hari seperti

ubat-ubatan dan racun serangga.

Oleh sebab itu, hak pengguna untuk mendapatkan perlindungan keselamatan perlu

dijamin, terutama apabila mereka menggunakan barangan seperti ubat-ubatan, bahan kimia,

racun serangga, alatan elektronik ataupun perkhidmatan. Pengguna mempunyai hak dari segi

undang-undang untuk mendapat perlindungan daripada barangan dan perkhidmatan yang boleh

membahayakan kesihatan dan kehidupan.

Apakah hak itu? Hak itu adalah untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang tidak

membahayakan keselamatan dan kesihatan. Pengguna perlu dilindungi daripada barangan atau

perkhidmatan yang boleh memudaratkan kesihatan dan kehidupan. Setiap produk atau

perkhidmatan yang berada dalam pasaran perlu ada jaminan kualiti berdasarkan standard

tertentu. Apabila pengguna membelanjakan wang untuk mendapatkan sesuatu produk atau

perkhidmatan, maka jaminannya ialah produk dan perkhidmatan itu tidak akan memudaratkan

kehidupan mereka.
Berdasarkan data aduan daripada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), kes

kualiti produk dan perkhidmatan merupakan salah satu kategori yang paling banyak diterima.

Daripada aduan itu jelas menunjukkan masalah utama berkaitan kualiti produk. Ada

kemungkinan produk yang dijanjikan tidak sama dengan apa yang dibeli oleh pengguna. Contoh

barangan yang dipamerkan tidak sama dengan barangan yang dijual. Barangan yang diterima

pengguna tidak sempurna dan ada kecacatan yang kemungkinan boleh menjejaskan keselamatan.

Selain itu, banyak produk yang dijual tidak mempunyai pengesahan standard kualiti atau

keselamatan daripada pihak yang berkaitan. Hal ini menyebabkan produk itu tidak berfungsi

sebagaimana yang dijanjikan. Ada juga memberi kesan yang negatif. Sesetengah produk elektrik

yang tidak selamat pula akan menyebabkan letupan dan litar elektrik rumah terputus serta

kemungkinan kebakaran yang boleh memusnahkan harta benda.41

Undang-undang dan keselamatan kesihatan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan setiap insan di dunia perlu mempunyai

standard kesihatan yang tertinggi dan perkara itu menjadi hak asasi setiap manusia.

Menurut WHO, hak untuk kesihatan termasuk akses kepada penjagaan kesihatan yang

tepat pada masanya, boleh diterima, dan mampu milik berdasarkan berkualiti yang sesuai.

Namun, kira-kira 150 juta orang di seluruh dunia mengalami bencana kewangan setiap

tahun, dan 100 juta daripada mereka dinafikan hak untuk penjagaan kesihatan kerana

kemiskinan42.

41
Chan Lit Ween, Pengguna Inginkan Produk dan Perkhidmatan Berkualti. 14 Julai 2011.konsumerkini.net.my
42
The right to health.November 2013.wwe.who-int
Hak untuk kesihatan bermakna setiap kerajaan atau negara mesti memastikan setiap

orang boleh mendapat akses kepada kemudahan kesihatan sebaik mungkin. Tanpa mengira

mereka daripada golongan mana, setiap individu itu berhak mendapatkan haknya apabila

diperlukan..

Ini termasuk memastikan ketersediaan perkhidmatan kesihatan, keadaan kerja yang sihat

dan selamat, perumahan yang mencukupi dan makanan berkhasiat. Hak untuk kesihatan tidak

bermakna sekadar hak untuk menjadi sihat. Hak ini termaktub dalam perjanjian hak asasi

manusia antarabangsa dan serantau serta perlembagaan negara di seluruh dunia. Contoh PBB

perjanjian hak asasi manusia:

1. Perjanjian Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR), 1966;

2. Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita

(CEDAW), 1979;

3. Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), 1989.

Contoh-contoh perjanjian hak asasi manusia serantau:

1. Piagam Sosial Eropah, 1961;

2. Piagam Afrika mengenai Hak Asasi Manusia dan Rakyat, 1981; Protokol Tambahan

kepada Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia dalam Bidang Ekonomi,

Sosial dan Kebudayaan (Protokol San Salvador), 1988.

Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (1966) dalam

Perkara 12 menyatakan bahawa langkah untuk merealisasikan hak untuk kesihatan termasuk:

1. Mengurangkan kematian bayi dan memastikan perkembangan sihat kanak-kanak itu;


2. Meningkatkan kebersihan alam sekitar dan industri;

3. Mencegah, merawat dan mengawal wabak, endemik, pekerjaan dan penyakit lain; dan

4. mewujudkan keadaan untuk memastikan akses kepada penjagaan kesihatan untuk semua.

Jawatankuasa PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya, yang memantau

pematuhan dengan ICESCR pula telah mengguna pakai Pernyataan Am mengenai Hak untuk

Kesihatan pada tahun 2000. Pernyataan Am itu menyatakan hak untuk kesihatan meliputi bukan

sahaja penjagaan kesihatan yang tepat pada masanya dan sesuai. Selain itu, meliputi perkara

yang menjadi penentu kepada asas kesihatan, seperti akses kepada air yang selamat dan bersih

dan sanitasi yang mencukupi, bekalan makanan selamanya dan mencukupi, nutrisi dan

perumahan, pekerjaan yang sihat dan keadaan persekitaran, dan akses kepada pendidikan dan

maklumat yang berkaitan kesihatan, termasuk kesihatan seksual dan pembiakan.

Sebagai sebahagian daripada proses reformasi semasa, WHO melancarkan satu pendekatan

baharu untuk menggalakkan dan mudah mengarusperdanakan gender dan hak asasi manusia,

kesinambungan daripada peningkatan yang dibuat. WHO secara aktif mengukuhkan peranannya

dalam penyediaan teknikal, kepimpinan intelektual dan politik untuk kesihatan. Secara

keseluruhan, organisasi itu perlu:43

1. Mengukuhkan keupayaan WHO dan negara anggotanya untuk mengintegrasikan

pendekatan berasaskan hak asasi manusia kepada kesihatan;

2. memajukan hak untuk kesihatan dalam undang-undang antarabangsa dan proses

pembangunan antarabangsa;

3. Membela hak asasi manusia yang berkaitan kesihatan, termasuk hak untuk kesihatan.

43
ibid
Di Malaysia, perubatan dan perkhidmatan berasaskan perubatan serta kesihatan kini

menjadi satu industri yang mampu menjana pendapat berbilion ringgit setiap tahun. Disebabkan

itu, hospital swasta tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Pada tahun 1980 terdapat 10

hospital swasta. Jumlah tersebut meningkat kepada 128 pada tahun 2003.

Pertumbuhan pesat hospital swasta disebabkan dua faktor utama. Pertamanya, pada tahun

1980-an, kerajaan melalui dasar penswastaan menggalakkan penglibatan swasta dalam

pengendalian hospital. Yang kedua, dengan peningkatan pendapatan rakyat, golongan yang

berpendapatan tinggi memilih hospital swasta berbanding hospital kerajaan.

Sumber. WHO, Wilayah Pasifik Barat, Laporan Trend dan Situasi Kesihatan di Malaysia 2005.

Rajah 3.1 Isu kesihatan membabitkan rakyat Malaysia berumur 25 hingga 65 tahun.
Pada tahun 1980-an, kerajaan menyumbang hampir 76% kepada jumlah perbelanjaan

kesihatan di negara. Pada tahun 2000-an dianggarkan sumbangan swasta kepada perbelanjaan

kesihatan meningkat kepada lebih kurang 40%. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

pada tahun 2002, sumbangan swasta kepada jumlah perbelanjaan kesihatan adalah lebih kurang

46.2%.44

Kepesatan pertumbuhan hospital swasta tidak bermakna rakyat langsung tidak

menggunakan khidmat hospital kerajaan. Majoriti rakyat negara ini tetap bergantung kepada

perkhidmatan hospital kerajaan iaitu 78 peratus. Hanya 18 peratus sahaja yang menggunakan

khidmat hospital swasta.

Sumber.

Gambar 3.1 Klinik desa antara usaha kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan kepada setiap
rakyat.

44
Semua rakyat berhak untuk menikmati kemudahan kesihatan.30 Sept 2010.www,komsumerkini.com
Laporan WHO pada tahun 2006 menunjukkan Malaysia membelanjakan kurang daripada

empat peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk kemudahan kesihatan. Pada

tahun 2003, hanya 3.8 peratus 2003 dan 2004 sebanyak 3.7 peratus. Sedangkan jika mengikut

standard yang ditetapkan oleh WHO, sesebuah negara harus memperuntukkan paling minimum

lima peratus hingga enam peratus daripada KDNK untuk penjagaan kesihatan.45

Paten itu juga menunjukkan perbelanjaan kesihatan Malaysia jauh lebih rendah daripada

purata dunia apabila pada tahun 1997, purata perbelanjaan dunia untuk penjagaan kesihatan

adalah 7.9 peratus daripada KDNK. Di sebalik kekurangan peruntukan untuk kesihatan itu,

rakyat negara ini tetap dilindungi dari aspek perundangan apabila membabitkan isu-isu

kesihatan:

1. Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1991 (Akta 586) digubal

bagi mengawal selia kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta, kemudahan

dan perkhidmatan lain yang berhubungan dengan kesihatan di negara ini. Sebagai

pengguna, kita perlu tahu bahawa di bawah akta ini tidak ada sesiapa pun yang boleh

menubuhkan atau menyelenggarakan apa juga bentuk kemudahan kesihatan tanpa lesen.

Bagi individu yang menyediakan kemudahan kesihatan tanpa lesen melanggar seksyen 3

dan 4 akta ini jika didapati bersalah boleh dikenakan denda hingga RM300,000 atau

penjara hingga enam tahun atau kedua-duanya sekali. Sekiranya kesalahan itu dilakukan

oleh syarikat, dendanya sehingga RM500,000 dan bagi kesalahan yang berterusan,

didenda tidak melebihi RM5,000 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari

selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

45
ibid
2. Akta Perubatan 1971 (Undang-undang Malaysia Akta 50). Akta ini memainkan peranan

memastikan pengamal perubatan di negara ini didaftarkan bagi memudahkan pemantauan

jika berlaku sebarang salah laku atau pelanggaran etika perubatan terutama yang boleh

menjejaskan kepentingan orang ramai. Akta ini berhubungan dengan pendaftaran dan

amalan pengamal perubatan di negara ini.

Selain itu, terdapat juga beberapa akta lain yang turut mempunyai peruntukan yang

berkaitan isu-isu keselamatan kesihatan pengguna seperti:

1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

2. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

3. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

4. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

5. Akta Pelajaran 1961 dan Peraturan-peraturan (Am) Sekolah 1950.

6. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.

7. Akta Pusat Jagaan 1993.

Keselamatan ubat-ubatan

Fungsi ubat sebagai penyembuh penyakit menyebabkan permintaannya tinggi dalam pasaran.

Industri ubat-ubatan mencatatkan keuntungan ratusan bilion ringgit setiap tahu. Permintaan yang

tinggi itu menyebabkan pengeluaran dan penjualan ubat palsu makin berleluasa di seluruh dunia.

Sikap pengguna yang mengambil mudah, menyebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab

mengambil kesempatan menjual ubat palsu. Dalam era dunia tanpa sempadan sekarang, Internet
yang digunakan sebagai medium jual beli turut mendedahkan pengguna kepada pelbagai bentuk

penipuan membabitkan ubat-ubatan.

Sumber.

Gambar 3.2. Laporan akhbar mengenai lambakan ubat palsu di Malaysia.

Pengarah Pihak Berkuasa Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (US Food

and Drug Administration, FDA), Margaret Hamburg berkata, penjualan ubat palsu ini akan

mengancam kesihatan semua orang. Ini disebabkan produk ini mungkin mengandungi bahan-
bahan aktif yang terlarang dan palsu atau mengandungi bahan-bahan beracun yang tidak

diketahui.46

Walaupun perbuatan ini merupakan satu jenayah, tetapi pengeluaran ubat palsu amat

sukar untuk dikawal kerana apabila ia membabitkan menghasilkan ubat palsu ini menjadi

semakin rumit ekoran kedudukan geografi sesuatu negara, selain diburukkan oleh

penguatkuasaan undang-undang yang longgar di beberapa buah negara. Jenayah ini nampaknya

sukar dibendung selagi pengguna sendiri tidak ada kesedaran dan berterusan membeli produk

yang tidak diiktiraf itu.

Sumber.

Rajah 3.2. Aktiviti Kesedaran dan Pencegahan bagi melindungi pengguna daripada ubat yang
tidak didaftar dengan Kementerian Kesihatan. - sumber Kementerian Kesihatan.

46
Sam Wong.Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia.24 Mei 2010.konsumerkini.net.my
WHO dalam laporannya menyebut, di negara-negara kaya, penghasilan ubat palsu sering

dikaitkan dengan hormon mahal, steroid, ubat antikanser serta ubat-ubatan yang berkaitan gaya

hidup. Di negara-negara sedang membangun pula, khususnya Afrika, ubat palsu yang muncul

dalam pasaran biasanya ubat-ubat yang digunakan untuk merawat penyakit kronik seperti

malaria, tuberkulosis dan HIV / AIDS.

Sebagai contoh, pada tahun bulan Februari 2009, sirap yang kononnya dapat membantu

menumbuhkan gigi mengakibatkan kematian di Nigeria. Sebanyak 84 orang kanak-kanak

meninggal dunia akibat tindak-tanduk tidak bertanggungjawab pengeluar ubat palsu ini.

Bagi pengguna pula, kerana terdesak mahu keluar daripada penderitaan ekoran penyakit

yang dihidapi, mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk sampai ke tahap tidak lagi

memikirkan ciri-ciri keselamatan ubat berkenaan. Apabila ada orang mendakwa sesuatu ubat itu

berkesan mereka sanggup mencubanya. Sebagai contoh, ubat palsu yang biasanya lebih murah

akan menggunakan bahan asas yang tidak menunjukkan kesan yang sama dengan ramuan asli.

Jadi, siapakah yang perlu memainkan peranan dalam melindungi keselamatan pengguna?

Persekutuan Persatuan dan Pengeluar Farmasi Antarabangsa (International Federation of

Pharmaceutical Manufacturers & Associations, IFPMA) yang berpusat di Geneva, mendedahkan,

1,693 kemalangan melibatkan ubat palsu dikesan pada tahun 2009. Statistik ini menunjukkan

peningkatan sebanyak tujuh peratus. Kesan daripada ubat palsu itu menjejaskan kesihatan

berpuluh-puluh juta penduduk di seluruh dunia.


Sumber.

Rajah 3.3. Poster kempen ubat palsu.

Di Malaysia pada 2013, NCCC menerima 788 aduan berkaitan produk kesihatan yang

sebahagiannya membabitkan ubat tiruan terutama kes penipuan ubat perangsang seks tiruan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof

Abdul Rahman berkata, jumlah itu dijangka meningkat susulan kemunculan pelbagai kaedah dan

teknik penjualan terbaru termasuk kaedah pandu lalu. Katanya, tahap mentaliti rakyat Malaysia

yang masih rendah memilih produk perangsang seks murah menyebabkan penjualannya masih

mendapat sambutan meskipun menyedari kesan sampingan yang bakal diterima.47

Tindakan masyarakat yang terus-menerus membeli ubat berkenaan merupakan faktor

yang menyumbang kepada penjualannya. Perkara ini akan terus wujud dalam pelbagai cara dan

47
788 aduan berkaitan produk kesihatan.20 Januari 2015. Harian Metro
helah malah, kaedah pandu lalu yang terbaru ini juga membuktikan wujudnya permintaan hebat

daripada pengguna.

Sumber.

Rajah 3.4. Poster kempen ubat palsu.

Masalah ini sekiranya tidak dibanteras boleh menyebabkan pelbagai implikasi kepada

kesihatan rakyat negara ini. Antara kesan sampingan yang berlaku termasuk tekanan darah

rendah, sakit otot, radang pundi kencing, sakit pada alat kelamin dan sesak nafas yang boleh

membawa kepada kematian. Di negara ini, penjualan ubat di kawal di bawah Akta Jualan Dadah

1952 (Pindaan 1989) dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (pindaan

2006), semua ubat perlu didaftarkan dan kosmetik perlu dinotifikasikan sebelum dipasarkan di

Malaysia.
Pendaftaran ubat-ubatan dan notifikasi kosmetik boleh dilakukan dengan mengemukakan

permohonan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). BPFK

bertanggungjawab memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk farmaseutikal

yang dipasarkan serta kualiti dan keselamatan produk tradisional dan kosmetik. Produk yang

tidak memenuhi syarat pendaftaran dan kualiti yang ditetapkan akan dikenakan tindakan, iaitu

dipanggil balik daripada pasaran. Oleh sebab itu, sebagai pengguna, sebelum membeli sesuatu

ubat itu kita perlu memastikan ubat yang hendak dijual itu mendapat kelulusan. Antara yang

perlu kita ketahui ialah:

1. Nama ubat (nama bahan aktif ubat/ generik);

2. Petunjuk/ kegunaan ubat;

3. Cara pengambilan ubat, dos yang betul dan arahan pengambilan ubat;

4. Berapa lama ubat itu perlu dimakan;

5. Ubat itu adalah untuk penama (pesakit) sahaja, dan tidak boleh dikongsi dengan orang

lain;

6. Bagaimana dan di mana ubat perlu disimpan;

7. Jangan makan atau simpan ubat yang telah melewati tarikh luput atau sudah rosak

(bertukar warna, bau atau bentuk);

8. Ubat yang diambil mesti berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD),

Kementerian Kesihatan Malaysia, mempunyai nombor pendaftaran dan hologram

Meditag yang tulen; dan

9. Dapatkan maklumat lanjut daripada doktor/ahli farmasi sebelum mengambil ubat secara

rawatan sendiri.
Yang paling utama, sebelum mengambil apa-apa ubat, pengguna perlu mendapat nasihat

daripada doktor, ahli farmasi atau pegawai kesihatan terlebih dahulu. Bilangan ubat dan dos

yang mahu diambil mesti tepat untuk mengelakkan kesan sampingan. Setiap ubat yang dijual di

Malaysia wajib didaftarkan dahulu dengan Kementerian Kesihatan dan semua ubat hanya boleh

diiklankan dengan kebenaran kementerian itu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Dalam hal ini, sebagai pengguna apabila berhadapan dengan isu ubat tiruan tidak boleh

berdiam diri. Kita perlu melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil.

Selain penguatkuasaan undang-undang, risiko pengambilan ubat palsu boleh dikurangkan

sekiranya pengguna itu sendiri berusaha melengkapkan diri mereka dengan maklumat yang

diperlukan. Mereka tidak sepatutnya mengambil ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan

pihak berkuasa. Jika pengguna mempunyai kesedaran dan pengetahuan mereka akan bertindak

bijak menghindari perkara yang boleh membahayakan diri, keluarga dan masyarakat.

Kita sebagai pengguna perlu bertindak berlandaskan undang-undang untuk melindungi

diri. Misalnya, dalam hal yang membabitkan pendedahan oleh CAP tentang ubat dan makanan

tambahan yang dijual kepada umat Islam oleh hospital dan farmasi yang mengandungi bahan

yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam. Banyak orang Islam memakannya tanpa

menyedari bahawa mereka melanggar undang-undang agama dalam pemakanan mereka.

Contohnya ubat-ubatan dan makanan tambahan yang mengandungi unsur khinzir dan bovine

(lembu) serta gelatin yang digunakan dalam kapsul digunakan secara meluas dalam sektor

kesihatan dan mudah didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor.

Kebanyakan pengguna tidak tahu ubat itu berasal daripada khinzir dan penggunaannya

dilarang bagi orang Islam.48 Jadi, sebagai pengguna kita kena bertindak menggunakan kuasa

48
Persatuan Pengguna Pulau Pinang, siaran akhbar, CAP calls for Halal certification of medicine and food
supplements, 23 April 2014
yang ada sekurang-kurangnya dengan memulaukan barangan tersebut. Di Malaysia, tidak ada

undang-undang yang memerlukan pelabelan halal pada produk perubatan dan makanan

tambahan. Hanya kandungan produk itu perlu dinyatakan pada label. Maklumat pada label boleh

menerangkan bahawa produk yang mengandungi bahan terlarang tetapi dengan cetakan halus

dan ramai orang, terutama orang tua, tidak boleh membacanya. Juga, kebanyakan orang tidak

dapat memahami istilah-istilah teknikal pada label seperti khinzir dan lembu.

Pensijilan halal pada label ini perlu untuk membolehkan pengguna Islam membeli ubat

atau makanan tambahan yang tidak dilarang di bawah undang-undang Islam. Di Australia,

organisasi Perubatan Halal Certified mengeluarkan logo HCM yang akan diletakkan pada produk

selepas ditentukan bahawa tidak mengandungi mana-mana bahan yang dilarang. Farmasinya

memperkenalkan garis produk yang disahkan halal. Maklumat juga turut dilampirkan.

Di India, produk makanan yang dibungkus perlu dilabelkan dengan tanda mandatori untuk

membezakan antara vegetarian dan bukan vegetarian. Ia dicapai dengan satu prosedur mudah,

iaitu dengan meletakkan simbol dot hijau untuk makanan vegetarian dan simbol dot coklat untuk

makanan bukan vegetarian pada pakej. Melanggar keperluan ini satu kesalahan yang boleh

dihukum. Pendekatan yang sama boleh diguna pakai di Malaysia berkenaan dengan produk

farmaseutikal dan makanan tambahan.

Bagi umat Islam isu halal / haram penting dan menyentuh tentang kepercayaan mereka. Al-

Quran memerintahkan umat Islam untuk menggunakan bahan yang halal dan baik sahaja. Oleh

sebab itu, pihak berkuasa perlu menggubal undang-undang tentang pensijilan halal yang

diwajibkan untuk semua ubat dan makanan tambahan dengan seberapa segera yang mungkin.

Langkah sedemikian juga akan menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia sebagai hab bagi

produk Halal bagi ubat-ubatan dan makanan tambahan.


Salah laku pengamal perubatan

CAP dalam satu kenyataan akhbar pada 4 November 2013 meminta Kementerian Kesihatan

mengawal selia dengan ketat pengamal perubatan yang tidak beretika terutama yang

membabitkan pembedahan kosmetik kerana boleh menjejaskan keselamatan pengguna. Gesaan

itu dibuat kerana tidak ada undang-undang yang dapat menghalang individu yang tidak

berkelayakan daripada melakukan pembedahan kosmetik. Ekoran daripada itu, doktor tidak

bertauliah yang terlibat dalam pembedahan itu tidak akan berhadapan dengan tuduhan jenayah

walaupun pesakit mati atau cacat ekoran hasil kerja mereka.

Kementerian Kesihatan hanya mempunyai kuasa untuk bertindak di bawah Akta

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (PHFSA) 1998 dan juga Akta

Perubatan 1971 jika doktor yang tidak terlatih dalam pembedahan kosmetik yang didapati

terlibat. Undang-undang ini tidak mencukupi untuk melindungi pengguna daripada ditipu. Kini

pembedahan kosmetik menjadi satu obsesi dalam masyarakat untuk kelihatan cantik, dan ramai

yang tidak akan berfikir dua kali untuk menghabiskan beribu-ribu ringgit kerana ingin cantik.

Menurut Majlis Perubatan Malaysia, industri pembedahan kosmetik membabitkan aliran

wang berbilion ringgit yang meningkat 15 peratus setiap tahun. Potensi keuntungan yang besar

mendorong pertumbuhan pengamal pembedahan plastik melalui jalan belakang. Berbekalkan

dengan hanya sedikit pengalaman atau kepakaran dalam mengendalikan pisau bedah, atau

peralatan bedah yang lain mereka muncul sebagai pakar bedah kosmetik melalui iklan-iklan yang

menggiurkan.

Akhir-akhir ini terdapat beberapa laporan media mengenai penyembelihan melalui

pembedahan kosmetik, malah ada yang menyebabkan kematian seperti dalam kes seorang wanita
yang meninggal dunia akibat komplikasi prosedur pembesaran payu dara di sebuah pusat

kecantikan.

Seorang pengguna lain meninggal dunia ekoran reaksi alahan yang berpunca daripada

prosedur sedut lemak atau liposuction. Kerosakan saraf dan kecacatan akibat daripada bahan-

bahan yang disuntik adalah antara risiko bahaya daripada prosedur pembedahan kosmetik.

Tidak seperti seorang doktor bertauliah yang bertanggungjawab, yang akan menjalankan

pemeriksaan secara menyeluruh ke atas pesakit sebelum memutuskan rawatan yang terbaik,

pusat-pusat kecantikan ini sering menggunakan jalan belakang dan hanya mengikuti kehendak

pelanggan demi keuntungan peribadi tanpa mengira risiko perubatan. Berikut insiden

pembedahan kosmetik haram yang berakhir dengan tragedi:49

1. November 2009: Seorang wanita berusia 34 tahun mengalami hidung bengkak selepas

suntikan dibuat untuk membesarkannya.

2. Januari 2010: Isteri seorang ahli politik berusia 44 tahun meninggal dunia selepas berada

dalam keadaan koma selama 10 bulan akibat komplikasi yang diakibatkan oleh

pembedahan lapan jam untuk mengurangkan eye-beg dan menyedut lemak perut.

3. Februari 2010: Jurujual perempuan berusia 28 tahun berakhir dengan wajah yang cacat

selepas suntikan kolagen untuk kelihatan lebih muda.

4. Mei 2010: Seorang wanita berusia 37 tahun yang pergi untuk pembedahan buah dada

mengalami kerosakan saraf dan puting buah dadanya terpaksa dikeluarkan.

5. Jun 2010: Selepas menyedut lemak atau liposuction di salun kecantikan, seorang wanita

meninggal dunia ketika dia kembali untuk prosedur susulan. Beliau dipercayai alah

kepada anestetik.

49
Rajmah Hassan, (2014). Taksub Cantik Bawa Padah. Mingguan Malaysia.
6. Mei 2011: Seorang wanita berusia 35 tahun dari Petaling Jaya telah membayar RM8,180

untuk empat suntikan ke punggung beliau dengan plasenta biri-biri. Apabila kawasan

disuntik mula bengkak dia pergi ke sebuah hospital pakar dan mendapati bahawa yang

didakwa sebagai plasenta biri-biri oleh pusat kecantikan itu sebenarnya hanyalah

menggunakan silikon.

7. Jun 2011: Seorang kerani berusia 30 tahun mendapat jangkitan daripada satu prosedur

apabila lemak daripada perut beliau digunakan sebagai pad payudara beliau.

8. 11 Jun 2011: Seorang pelatih kecantikan berusia 18 tahun terpaksa hidup dengan

sebahagian cuping telinga yang tidak sempurna selepas pembedahan untuk membuang

parut pada cuping telinga dilakukan.

9. 13 Jun 2013: Seorang wanita berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia selepas

menjalani prosedur pembesaran payu dara di sebuah pusat kecantikan di Petaling Jaya.

Kesemua laporan ini berkongsi ciri yang sama kecacatan dan kematian - hasil daripada

prosedur yang dilakukan oleh doktor haram atau doktor tidak bertauliah. Ini menunjukkan betapa

keselamatan pengguna diperjudikan hanya semata-mata negara tidak mempunyai peruntukan

undang-undang yang khusus tentang perkara ini. CAP menerima aduan tentang pembedahan

kosmetik botched sejak tahun 80-an. Tidak banyak perubahan yang berlaku dari tempoh itu

hingga sekarang dalam aspek perlindungan kepada pengguna atau dalam bentuk remedi yang

boleh dituntut oleh pengguna. Ekoran itu CAP mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan:

1. Mengambil tindakan tegas terhadap doktor yang melakukan prosedur itu walaupun ada

yang terlatih dalam bidang ini.


2. Membuat garis panduan mengenai perubatan estetik ke dalam undang-undang supaya

boleh dikuatkuasakan secara sah.

3. Mengawal promosi rawatan kosmetik.

4. Mengenakan hukuman penjara terhadap pesalah. Langkah-langkah punitif perlu

dimasukkan dalam suatu rang undang-undang yang mengawal salon kecantikan dan

pengusaha haram yang lain.

Ancaman racun serangga dan bahan kimia

Setiap hari, kita berhadapan dengan pelbagai jenis bahan kimia berbahaya termasuk dalam

makanan yang menjadi ancaman kepada keselamatan pengguna. Kehadiran pelbagai bahan kimia

berbahaya dalam produk pengguna termasuk barangan makanan boleh mengundang pelbagai

jenis penyakit termasuk kanser. Bagi sebahagian besar rakyat Malaysia, mereka langsung tidak

memikirkan soal kehadiran bahan kimia berbahaya ini dalam makanan kerana pada mereka

mana-mana produk pengguna baru yang diiklankan adalah selamat untuk dimakan. Realitinya

sebahagian daripada produk ini membawa bersama mereka bahan kimia dan toksik berbahaya

kepada kesihatan.

Makanan ringan kegemaran kanak-kanak dan makanan diproses sarat dengan pewarna

tiruan, pengawet dan pelbagai bahan kimia lain. Wanita pula lebih tertarik untuk kosmetik

baharu, produk isi rumah, produk penjagaan diri tidak sedar bahan kimia berbahaya turut hadir

bersama produk berkenaan. Memang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian kita

untuk menggunakan sabun dalam semua jenis pembersihan di dalam rumah. Setiap rumah
memastikan mempunyai pembersih tandas, pembersih kaca, jubin pembersih, penghilang noda,

pencuci permaidani dan pelbagai pencuci lain.50 Semua bahan itu memiliki racun.

Dalam hal ini, lelaki juga tidak terkecuali apabila tabiat merokok yang diamalkan untuk

mencapai kepuasan setiap hari dengan bahan-bahan berbahaya. Kosmetik yang menguasai

kehidupan wanita pula turut mengancam kehidupan manusia kerana turut mengandungi pelbagai

jenis toksik.

Selain itu, penggunaan plastik dalam kehidupan seharian turut mengundang bahaya.

Kebanyakan barangan yang digunakan di rumah merupakan barangan plastik termasuk untuk

mengisi makanan. Pengguna dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan plastik terutama

untuk penyimpanan makanan panas dan masakan. Hal ini kerana bahan kimia di dalam plastik

tersebut terurai apabila dipanaskan. Jadi bahan kimia di dalam plastik itu akan meresap melalui

makanan yang dimakan ke dalam tubuh badan kita. Perkara ini boleh menjadi salah satu punca

kepada pelbagai jenis penyakit terutama yang berkaitan kanser. Makanan panas yang diisi di

dalam bekas plastik juga boleh menyebabkan tindak balas kimia terutama apabila makanan itu

berasid. Bekas plastik yang telah haus dan lusuh juga turut menguraikan sebatian kimia di

dalamnya yang boleh menjadi toksik membahayakan pengguna.

Hal ini juga berlaku kepada makanan yang diproses dan didatangkan dalam bungkusan

plastik yang menarik. Walaupun makanan sebegini membangkitkan selera kita, tetapi jangan

lupa, makanan ini turut membawa risiko mempunyai bahan kimia dan toksik yang boleh

mengancam kesihatan kita.

Menurut Institut Persekutuan bagi Penilaian Risiko (BFR) Jerman, penggunaan kadbod

untuk pembungkusan piza mengandungi pelbagai bahan kimia kerana dihasilkan daripada surat

50
Siaran akhbar Invasion of chemicals in our daily life: Opt for healthy lifestyle by avoiding hazardous chemicals,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 11 Oktober 2014
khabar yang dikitarkan semula. Filem plastik atau plastik nipis yang digunakan untuk menutup

daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan seperti sandwic turut merembeskan bahan

kimia tertentu. Begitu juga dengan bekas styrofoam dan cawan yang digunakan secara rutin

untuk pembungkusan makanan, mengandungi stirena neurotoksik dan benzena yang dikenali

sebagai karsinogen.

Lapisan di dalam tin minuman dan makanan disalut dengan Bisphenol A (BPA) untuk

mencegah logam daripada berkarat juga mampu memberikan tindak balas kimia yang boleh

memudaratkan kesihatan kita. BPA yang dirembes ke dalam minuman tersebut tanpa disedari

lama-kelamaan akan berkumpul di dalam badan kita. BPA ini boleh meniru hormon badan kita

sendiri dengan cara yang boleh membahayakan kesihatan.

Pelbagai bahan pengawet yang digunakan untuk meningkatkan jangka hayat produk

makanan dan pelbagai perasa dan bahan tambahan untuk menarik pengguna juga memiliki kesan

negatif termasuk mengurangkan nutrien penting dalam makanan. Bahan kimia tambahan yang

digunakan dalam makanan meningkat daripada 800 jenis pada tahun 1950-an kepada 10,000

jenis pada tahun 2014.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA), keselamatan lebih 3,000 bahan

kimia tambahan yang digunakan dalam industri makanan itu tidak pernah dikaji semula.

Penggunaan racun perosak dan pembunuh rumpai di ladang-ladang Malaysia secara berleluasa

meninggalkan sisa-sisa berbahaya dalam sayur-sayuran yang kita makan. Aerosol disemburkan

di rumah untuk membunuh nyamuk dan serangga perosak yang lain lebih bahaya jika digunakan

secara tertutup yang boleh menyebabkan bahan kimia toksik kekal dalam alam sekitar untuk

tempoh yang lebih lama.


Serangan pelbagai jenis bahan kimia dalam kehidupan kita ini berlaku secara tidak

sedar. Secara tidak sedar juga gejala ini mengancam kehidupan kita yang menjadi salah satu

faktor yang menyumbang kepada peningkatan beberapa masalah kesihatan seperti obesiti,

penyakit jantung koronari, diabetes dan kanser.

Satu kajian oleh CAP mendedahkan racun yang masih digunakan secara meluas di ladang

mengancam ekosistem semula jadi dan persekitaran. Sebagai pengguna, kita bukan sahaja perlu

bimbang sisa-sisa racun perosak pada makanan yang kita makan, tetapi juga kesan pencemaran

racun berkenaan terhadap persekitaran di sekeliling kita.

Penggunaan racun perosak semakin berkembang di kebanyakan rantau di dunia dan

dalam pasaran global. Pada tahun 2012 jumlah racun perosak yang digunakan bernilai kira-kira

AS$40 bilion. Pada masa ini, terdapat kira-kira 800 bahan aktif racun perosak yang digunakan di

seluruh dunia dan ini dirumuskan menjadi beribu-ribu produk yang mungkin mengandungi lebih

daripada satu bahan aktif.

Racun perosak ialah bahan kimia yang direka untuk menjadi toksik kepada organisma

hidup. Tidak boleh dinafikan bahawa setiap daripada kita sebenarnya sudah diracun; sekurang-

kurangnya pada tahap paling rendah yang mana kesannya belum kelihatan. Ini disebabkan oleh

pencemaran racun perosak pada makanan menimbulkan risiko penyakit kronik dan kesan

kesihatan yang buruk. Antara masalah kesihatan yang berkait dengan penggunaan racun perosak

ialah kanser, saraf, pernafasan dan penyakit dermatologi.51

Racun perosak tidak pernah memilih mangsa. Racun ini bukan sahaja membunuh perosak

tetapi juga serangga berfaedah. Ini menyebabkan kawalan makhluk perosak secara semula jadi

akan terhapus. Di samping itu, penggunaan racun perosak secara rambang menyebabkan

51
Sidang akhbar Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Poisoning the World with Pesticides: Dawn of the Second
Silent Spring26 Ogos 2014
kemerosotan pendebunga seperti lebah madu dan seterusnya potensi hasil tanaman juga

berkurangan.

Pasukan Petugas Racun Sistemik yang terdiri daripada sekumpulan 29 ahli sains

menemui bukti jelas bahawa daripada beratus-ratus kajian yang diterbitkan mendapati

neonicotinoids ialah racun serangga yang paling banyak digunakan di dunia Bahan ini

mempunyai kesan yang dramatik pada ekosistem yang menyokong pengeluaran makanan dan

hidupan liar. Selain serangga dan cacing tanah, banyak burung mati yang turut mati seperti

laporan National Geographic. Laporan yang menjadi penanda aras baharu bertajuk "Penilaian

Bersepadu Sedunia Kesan Racun Sistemik pada Biodiversiti dan Ekosistem" membuat

kesimpulan bahawa walaupun neonicotinoids digunakan mengikut garis panduan yang

ditetapkan, tahap yang digunakan masih dianggap rendah terhadap alam sekitar, tetapi tetap

memberi kesan buruk dan mampu membunuh beberapa jenis spesies dan mempunyai pelbagai

kesan negatif biologi dan ekologi.

Pada 28 Januari 2015 pula, Jabatan Pertanian mendedahkan kegiatan penjualan produk

lingkaran ubat nyamuk yang tidak berdaftar. Perbuatan itu merupakan satu kesalahan di bawah

Seksyen 20(3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Penjualan produk lingkaran ubat nyamuk

tidak sah itu berleluasa terutama di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang membabitkan tiga jenama

keluaran negara China.52

Dari segi risiko penggunaan bahan yang berkaitan racun serangga yang tidak berdaftar ini

ialah kita tidak tahu sejauh mana kesesuaian penggunaan dan kesan sampingannya kerana bahan

ini tidak diuji dan diluluskan. Bagi individu yang memiliki atau menggunakan lingkaran ubat

52
Ubat nyamuk tidak berdaftar.29 Januari 2015.Utusan Malaysia
nyamuk tidak berdaftar boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 53A(1)(a)

di bawah akta sama.

Begitu juga dengan pergantungan pengusaha sayur-sayuran terhadap racun makhluk

perosak turut boleh memberi kesan sampingan kepada pengguna. Persatuan Kesedaran Alam

Sekitar Cameron Highlands misalnya mendedahkan penggunaan beberapa jenis racun terlarang

oleh petani di kawasan tersebut, antaranya daripada jenis DDT dan aldrine.

Paling membimbangkan, racun itu akan tersimpan di dalam sayur dan berkemungkinan

turut mengalir ke dalam sumber air yang digunakan oleh penduduk setempat. Perbuatan ini

merupakan satu kesalahan di bawah Akta Racun.53 Oleh sebab itu, pekebun digalakkan

mengamalkan pertanian secara baik mengikut standard ditetapkan supaya produk yang

dikeluarkan lebih berkualiti.

Disebabkan penggunaan pelbagai jenis racun kimia juga maka hari ini bermacam-

macam-macam jenis penyakit akut dan kronik dilaporkan berlaku dalam kalangan kanak-kanak

dan dikatakan akibat terdedah kepada agen-agen toksik di sekeliling mereka termasuk akibat

daripada racun yang digunakan di kebun-kebun sayur. Agen-agen toksik terdiri daripada bahan

kimia, biologikal dan partikel kecil (Jadual 1). Keterdedahan kepada agen toksik boleh memberi

kesan teruk dan berkekalan pada kesihatan kanak-kanak dan berlaku pada semua peringkat

kehidupan mereka. Lebih membimbangkan lagi, masalah ini turut berlaku semenjak mereka di

dalam rahim ibu lagi. Kesan keracunannya juga ada yang dapat dilihat semenjak mereka

dilahirkan dan juga setelah meningkat remaja.

Antara kesan keracunan terhadap kanak-kanak adalah seperti kesukaran untuk belajar,

masalah perlakuan, penyakit pada sistem pernafasan, kanser dan penyakit-penyakit berkaitan

53
Tindakan tegas pengusaha sayur jika guna racun berbahaya.17 november 2014.Utusan Malaysia
kerosakan sistem saraf. Pada 25 Januari 2002, Menteri Kesihatan memaklumkan bahawa

340,000 kanak-kanak di negara ini, menghidap penyakit asma yang dipercayai berpunca

daripada terdedah terhadap agen toksik pada alam sekitar.

Untuk melindungi pengguna daripada penggunaan bahan berbahaya dalam tanaman,

Jabatan Pertanian Malaysia mewujudkan Bahagian Kawalan Racun Perosak. Bahagian ini

diwujudkan ketika Jabatan Pertanian disusun semula pada 1 Jun 1997. Selain daripada tugas-

tugas teknikal, bahagian ini bertindak sebagai urus setia kepada Lembaga Racun Makhluk

Perosak bagi perlaksanaan pengurusan dan kawalan racun makhluk perosak di Malaysia, seperti

yang diperuntukkan bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Matlamatnya, bagi memastikan

ia mematuhi polisi semasa Lembaga dan selari dengan kehendak pengurusan bahan kimia secara

lestari yang diamalkan di peringkat antarabangsa.

Objektif Bahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak adalah untuk mengawal aktiviti-

aktiviti yang melibatkan racun makhluk perosak bagi memastikan racun makhluk perosak

dikawal dan diurus dengan baik selari dengan kehendak pembangunan mampan, dengan

mengambil kira aspek-aspek keselamatan kepada manusia dan kesejahteraan alam sekitar

melalui pelaksanaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).

Akta ini mengenakan hukuman berat terhadap individu, kumpulan atau organisasi jika

melakukan kesalahan. Jika disabitkan, pemilik kilang misalnya, boleh dipenjarakan tiga tahun

atau denda RM10,000 bagi setiap kesalahan di bawah Subseksyen 20(4).

Bagi kesalahan membawa masuk racun makhluk perosak melalui pintu masuk sempadan

tanpa kelulusan, tindakan undang-undang adalah di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai

Import) 1988.
Kesalahan menjual racun makhluk perosak yang diseludupkan atau yang tidak berdaftar

boleh dihukum di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 di bawah Subseksyen 20(3) dan

jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan tiga tahun atau didenda RM10,000 di bawah

Subseksyen 20(4) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).

Bagi pengguna yang memiliki dan menggunakan racun makhluk perosak yang tidak

berdaftar di bawah Seksyen 53A Akta Racun Makhluk Perosak 1974 boleh disabitkan kesalahan

dengan hukuman penjara satu tahun atau didenda RM10,000.54

Sepanjang tahun 2001 sehingga Ogos 2012, terdapat 370 kes rampasan racun makhluk

perosak dijalankan dengan anggaran rampasan bernilai RM 1.5 juta dan didakwa di mahkamah.

Semua kes telah dan akan disabitkan kesalahan dengan jumlah nilai denda lebih RM500,000.

Kejayaan terbesar rampasan yang dibuat pada tahun 2012. Satu serbuan dilakukan ke atas

sebuah kilang memproses racun makhluk perosak secara haram dan tidak berdaftar di utara

semenanjung. Jumlah nilai rampasan dianggarkan lebih RM500,000 juta dan disiasat di bawah

Seksyen 20 Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Jika disabitkan, pemilik kilang boleh

dipenjarakan tiga tahun atau denda RM10,000 bagi setiap kesalahan di bawah Subseksyen 20(4).

Mereka yang terbabit dengan pengeluaran dan penjualan bahan beracun ini pula perlu

memiliki lesen. Ini untuk mengawal dan membanteras penjualan racun makhluk perosak secara

haram, Lembaga Racun Makhluk Perosak mewujudkan sistem perlesenan untuk penjual atau

pekedai, premis yang hendak menyimpan atau menjual racun makhluk perosak perlu dilesenkan.

Perkhidmatan bagi mendapatkan lesen aktiviti penyimpanan dan penjualan racun makhluk

perosak disediakan oleh Bahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak Jabatan Pertanian di setiap

negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

54
Undang-Undang Malaysia, Akta 149, Akta Racun Makhluk Perosak 1971
Disyaratkan setiap pengendali kawalan racun makhluk perosak yang menjalankan aktiviti

kawalan makhluk perosak di rumah secara am, kawalan anai-anai dan organisma pemusnah

kayu, kawalan rumpai dan sebagainya mempunyai kelayakan untuk mengendalikan

perkhidmatan itu secara berlesen. Ini bertujuan memastikan agar individu atau syarikat

pengendali akan bertanggungjawab serta beroperasi secara selamat ke atas orang ramai dan harta

awam. Mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini akan dikenakan hukuman enam bulan

penjara atau denda RM1,000 mengikut Kaedah-kaedah Pengendali Kawalan Makhluk Perosak di

bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

Bagi bahan kini yang terdapat dalam makanan pula membabitkan Akta Makanan 1983,

Peraturan-peraturan Makanan (Pindaan) (No. 3) 2012. Peraturan bagi menghalang penggunaan

bahan kimia terlarang atau bahan-bahan pengawet yang boleh menjejaskan kesihatan orang

ramai dalam makanan.

Peraturan ini perlu kerana sehingga hari ini dianggarkan terdapat lebih kurang 15,000

bahan kimia yang dibenarkan digunakan sebagai bahan aditif yang dicampurkan ke dalam

sediaan makanan dan ubat-ubatan bermula daripada tahap pengeluaran, pemprosesan, rawatan,

penyediaan, pembungkusan, pengangkutan dan penyimpanan bahan-bahan tersebut.55

Walaupun jumlah bahan kimia yang diberi kelulusan untuk digunakan sebagai bahan

tambahan dalam makanan dan ubat-ubatan adalah agak besar, namun ahli sains, ahli farmasi dan

ahli teknologi makanan berpendapat bahawa secara umumnya, bahan-bahan ini tidak

mendatangkan kesan sampingan buruk atau mencetuskan penyakit berbahaya seperti barah

kepada pengguna. Namun, ia tetap perlu dikawal kerana tanpa peraturan akan terdapat pengusaha

yang akan mengambil kesempatan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna.

55
Dr. Abu Bakar Abdul Majeed, Aditif Makanan dan Ubat-ubatan,
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/137-aditif-makanan-dan-ubatubatan-.html
Disebabkan penggunaan bahan pengawet tambahan atau aditif digunakan dalam makanan

dan ubat-ubatan begitu meluas, maka kawalan ketat terhadap penggunaannya sangat penting.

Akta Makanan 1983 (Undang-undang Malaysia Akta 281) jelas menyatakan keperluan

memastikan hanya bahan-bahan yang selamat dan sesuai sahaja boleh digunakan dalam

penyediaan makanan dan minuman. Penggunaan aditif dalam ubat-ubatan pula dikawal oleh

garis panduan yang terkandung dalam amalan pengilangan baik atau GMP, peraturan penyediaan

yang terdapat dalam farmakopia British (BP) dan farmakopia Amerika Syarikat (USP) dan

keperluan pendaftaran yang diperincikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.56

Misalnya, kerajaan mengharamkan penggunaan nitrofuran sebagai salah satu aditif dalam

industri penternakan, terutamanya ayam. Laporan dari beberapa buah negara maju menunjukkan

bahawa penggunaan bahan ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Aditif sulfit pula yang pada suatu masa dahulu digunakan untuk mengawet buah-buahan

kering dan sayur-sayuran didapati boleh membahayakan kesihatan pengguna terutama kepada

mereka yang mempunyai masalah alahan terhadap bahan ini. Bahan ini boleh mencetuskan kes-

kes kejutan yang membawa maut dan serangan lelah teruk. justeru, sulfit diharamkan

penggunaannya. Begitu juga dengan penggunaan asid benzoik di dalam cili boh. Kandungan asid

yang berlebihan dalam penyediaannya boleh mengganggu kesihatan ramai pengguna. Kerajaan

mengarahkan supaya bahan ini digunakan secara berhati-hati.

56
ibid
Jadual 3.1 Jenis-jenis kimia alam sekitar yang membahayakan kesihatan

Bahan Kimia Punca Simptom/keracunan

Karbon Asap rokok, pembakaran bahan bakar Loya, keletihan, pening, pucat dan
monoksida seperti kerosin, kayu dan gas, dandang, alat mengantuk. Pada paras yang tinggi
pemanas air, alat pemanggang, asap boleh menyebabkan tidak sedar
kenderaan dan kilang, penapisan atau can diri, koma dan kematian pada masa
gali petroleum. yang singkat.
Asap Asap daripada rokok, paip dan cerut Kanak-kanak mudah terkena
tembakau mengandungi lebih daripada 4000 jenis jangkitan pada paru-paru dan
kimia, antaranya ialah kimia berbahaya telinga. la merangsang asma dan
seperti karbon monoksida, nitrogen alahan menyebabkan keradangan
dioksida, hidrogen sulfida, formaldehid, mata, hidung, batuk dan lelah.
amonia, benzena, tar, benzo(a) pyrena dan Pendedahan jangka masa panjang
nikotin. menyebabkan penyakit jantung dan
kanser paru-paru.
Asbestos Asbestos adalah gentian semula jadi dan Asbestos hanya menyebabkan
digunakan dalam penebatan elektrikal dan kesan jangka panjang atau kronik
bahan binaan seperti lantai, dinding dan seperti keradangan dan luka pada
bumbung. tisu paru-paru dan seterusnya
menyebabkan kanser atau
dipanggil asbestosis.
Alergen Alergen boleh terdiri daripada kimia Boleh menyebabkan kesan alahan
kegunaan rumah, atau agen biologikal dan menambahkan lagi simptom
seperti habuk, lipas, kulat, bakteria dan asma, selesema dan pneumonia, la
virus. juga menyebabkan keradangan
pada mata, hidung dan tekak
termasuklah kesukaran bernafas,
keletihan dan demam.
Kimia organik Boleh berpunca daripada bahan pencuci, Menyebabkan loya, muntah,
meruap perekat, cat, cecair pencuci kering, pening, letih, keradangan pada
pengawet kayu, pewangi, semburan rambut, mata, kulit, saluran pernafasan dan
kerosin, asap tembakau, pengecat kuku dan hidung tersumbat.
pelarut cat. Bahan kimia ini biasanya terdiri
dari trikloroetilina, benzena, toluene, etil
keton, alkohol, metakrilat, akrolein,
polisiklik aromatik hidrokarbon (PAH) dan
racun makhluk perosak.
Formaldehid Boleh dibebaskan daripada papan lapis, Menyebabkan tindak balas alahan
kayu gentian, perekat dan gam, bahan ke atas kulit, mata, paru-paru dan
tekstil, asap tembakau, cat dan kosmetik. saluran pernafasan.
Nitrogen Terbebas sebagai gas daripada pemanasan Menyebabkan keradangan pada
oksida kerosin, kimpalan, diesel, relau dan asap saluran pernafasan, asma dan
tembakau. penyakit lain berkaitan pernafasan.
Radon* Bahagian rekahan bangunan di dalam tanah, Pancaran mengion semula jadi ini
air bawah tanah. boleh menyebabkan kanser paru-
paru dan kematian. Penyebab
kedua kematian yang disebabkan
oleh penyakit paru-paru di
Amerika.
Plumbum Cat, saluran paip, alat permainan, perabot, Pendedahan kecil boleh
industri kimpalan, seramik, kaca dan bateri. menyebabkan kerosakan pada
sistem saraf, buah pinggang,
kesukaran belajar, memberi
perhatian dan IQ
yang rendah. Pendedahan yang
besar menyebabkan sawan, tidak
sedarkan diri dan kematian.
Racun Racun serangga, racun makhluk perosak, Simptom keracunan adalah seperti
makhluk racun kulat dan racun lalang dalam aktiviti sakit kepala, pening, otot memulas,
perosak pertanian atau kegunaan rumah. lemah dan loya.
Ozon Kimia organik meruap yang dihasilkan Penyakit berkaitan kanser kulit,
daripada asap kenderaan, penggunaan dan katarak, pengurangan sistem
penghasilan minyak mentah, gas asli, badan melawan penyakit dan
pelupusan sampah, loji pembersihan air masalah pernafasan di samping
dan jerebu. toksik kepada tumbuhan.
Sumber. Pusat Racun USM.

Dalam sidang akhbar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 3 Mac 2002, pada

persidangan antarabangsa mengenai ancaman alam sekitar pada kesihatan kanak-kanak di

Bangkok memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya tiga juta kanak-kanak di bawah umur lima

tahun mati setiap tahun akibat terdedah kepada agen pencemaran alam sekitar.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA) pula menganggarkan sejumlah

150,000 - 300,000 kes jangkitan paru-paru setiap tahun dalam kalangan bayi dan kanak-kanak

sehingga berumur 18 bulan disebabkan terhidu asap rokok.

Kanak-kanak mudah terdedah kepada bahaya agen toksik, berbanding dengan orang

dewasa. Hal ini kerana tubuh dan sistem tubuh mereka yang belum cukup kuat untuk

menghalang dan mengeluarkan bahan toksik daripada badan. Tambahan pula kanak-kanak gemar
untuk mengutip dan memasukkan sesuatu ke dalam mulut. Mereka juga lebih banyak

menghabiskan masa di luar rumah dengan aktiviti lasak.

Kanak-kanak juga tidak mempunyai penguasaan bahasa yang baik dan tidak mampu

memberi penjelasan tentang keracunan yang dialaminya. Sikap dan kekurangan begini lebih

memudahkan mereka terdedah kepada bahan beracun yang terdapat di atas lantai, permaidani,

tanah dan udara sekitar.57

Masalah ini berlaku kerana kebanyakan kanak-kanak kini tidak mendapat perlindungan

yang sewajarnya. Tidak ada polisi digunakan dalam menangani pendedahan bahan berbahaya

kepada kanak-kanak dan juga ketiadaan paras dedahan kimia yang selamat dan dibenarkan pada

kanak-kanak walaupun mereka merupakan populasi yang terlemah. Pelbagai desakan dilakukan

oleh gerakan pengguna supaya langkah jangka panjang dan berterusan diambil dalam melindungi

alam sekitar supaya generasi akan datang, iaitu golongan kanak-kanak pada hari ini lebih

terjamin keselamatan dan kesihatan mereka.

Langkah-langkah membabitkan peraturan dan undang-undang yang lebih ketat perlu

dilaksanakan supaya pendedahan golongan ini kepada agen toksik di alam sekitar dapat dicegah.

Pada masa sama perlu ada program pendidikan dan kesedaran orang ramai, ketelusan dan

komitmen syarikat pengeluar, serta penguatkuasaan undang-undang.

Bahaya bahan plastik

Penggunaan plastik dalam kehidupan seharian tidak dapat dielakkan. Di samping menjadi

keperluan, plastik juga turut mengancam kehidupan manusia. Plastik yang dibuang merata-rata
57
Pencemaran Alam Sekitar - Ancaman Kesihatan Anak Anda! Buletin Umum Pusat Racun Negara, USM, Bilangan
40, Mac 2002, ISSN 1394-5238.
memberi ancaman yang cukup serius kepada alam sekitar kerana sifatnya yang susah dilupuskan

secara semula jadi. Akibatnya dunia diancam pencemaran daripada pembuangan bahan plastik.

Plastik diperbuat daripada pelbagai bahan kimia yang mana apabila terbakar akan membebaskan

asap toksik yang berbahaya. Jika kita terhidu asap boleh mengakibatkan sperma menjadi tidak

normal dan ketidaksuburan akan berlaku.

Kajian menunjukkan ahli-ahli bomba lebih terdedah kepada bahaya tersebut kerana

bidang tugas mereka yang terdedah kepada asap toksik daripada permaidani, perabot, cat dan

bahan lain terutama produk atau pembinaan yang berasaskan klorin.58

Keseimbangan hormon estrogen di dalam tubuh perlu bagi memastikan pembiakan

berlaku. Plastik polivinil klorida (PVC) boleh bertindak seolah-olah seperti hormon asli estrogen

dan menyebabkan ketidaksuburan dengan mengganggu sistem hormon badan. PVC juga boleh

menyebabkan kerosakan kromosom dan dikaitkan dengan kelahiran anak-anak yang cacat.

Selain itu, PVC juga menyumbang kepada pembentukan dioksin pada alam sekitar apabila

dibakar.

Bagi pekerja wanita dalam industri getah, plastik dan tekstil pula mereka sering kali

terbabit dengan kejadian bayi mati dalam kandungan dan saiz bayi yang kecil. Kajian ke atas

2,096 orang ibu dan 3,170 orang bapa menunjukkan 80 peratus wanita menghadapi bahaya

kematian anak di dalam kandungan jika bekerja di industri getah dan plastik. Sembilan puluh

peratus wanita yang suaminya bekerja di industri tekstil yang terdedah kepada pewarna tekstil,

plastik dan formaldehid.59

58
ibid
59
ibid
Sementara itu, Butylated hydroxyanisole (BHA) yang digunakan sebagai antioksidan

dalam industri plastik dan getah juga merupakan bahan karsinogen dan berupaya menyebabkan

ketidaksuburan seperti PVC. Di(2-ethylhexyl) adipate atau lebih dikenali sebagai DEHA pula

merupakan bahan pelembut yang terdapat di dalam plastik pembungkus makanan. Pada tahun

1998, Pertubuhan Pengguna di Amerika Syarikat mendapati wujud bahan kimia DEHA di dalam

keju yang dibungkus di dalam plastik pembungkus yang diperbuat daripada PVC. Kandungan

DEHA yang dikenal pasti itu didapati berada pada kepekatan yang tinggi, iaitu lebih kurang

300,000 kali ganda had yang ditetapkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika

Syarikat.

Namun sehingga kini kesannya kepada pengguna masih belum dapat dipastikan. Walau

bagaimanapun, daripada data kajian yang dijalankan terhadap haiwan, DEHA berupaya

merosakkan sistem peranakan dan menghasilkan janin yang cacat.

Bahaya peralatan elektronik

Pada tahun 2011, Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (US CPSC)

dengan kerjasama syarikat Subeam Products Inc, Boca Raton Fla menarik balik sebanyak 5,700

buah seterika daripada pasaran negara itu kerana produk itu dikatakan boleh mengalami

kepanasan yang melampau sehingga boleh menyebabkan kebakaran. Masalah ini berpunca

daripada sistem pendawaian pada seterika tersebut. Ini menunjukkan bahawa peralatan elektrik

boleh mengancam nyawa pengguna jika ia tidak mematuhi standard yang ditetapkan.

Hal yang sama juga berlaku terhadap komputer riba jenama Toshiba apabila US CPSC

dan Health Canada mengumumkan penarikan balik komputer riba jenama Toshiba T Series
Notebook daripada pasaran. Komputer riba tersebut dikatakan boleh mengalami kepanasan yang

melampau dan boleh terbakar serta mencederakan pengguna.60

Toshiba menerima sebanyak 159 aduan daripada pengguna tentang masalah ini.

Komputer riba yang mengalami kepanasan melampau ini juga dikatakan menyebabkan suis

hangus dan bekas plastik komputer riba tersebut cair.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa ibu bapa untuk memantau anak-anak dan

menyediakan anak-anak dengan Peranti Mudah Alih wayarles (WMD) bagi mengelakkan

penggunaan secara keterlaluan. Alat-alat seperti telefon pintar, tablet, phablets, komputer riba

atau peranti digital yang lain ialah senjata yang boleh merosakkan kehidupan kerana sifat

ketagihan dan multifunctionality. Senjata pemusnah dalam hidup kita berada dengan kita 24 jam

di dalam poket atau beg tangan ketika kita terjaga, dan di sebelah katil ketika kita tidur.

Penggunaan WMD begitu meluas hari ini dengan 38% daripada rakyat Amerika Syarikat

di bawah umur dua tahun menggunakannya untuk menonton video, bermain permainan dan

tujuan media lain yang berkaitan. Pada usia lapan tahun pula sebanyak, 78% daripada mereka

akan mempunyai WMD. Alat-alat ini membolehkan mereka mengakses media sosial, video,

permainan, filem dan televisyen. Dengan itu juga mereka turut terdedah kepada kandungan

negatif termasuk pornografi, bahan-bahan yang tidak sesuai ganas dan lain-lain.61

American Academy of Pediatrics (AAP) menasihatkan ibu bapa untuk mengehadkan

masa anak-anak di hadapan skrin kerana boleh membawa kepada masalah penglihatan,

pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai dan obesiti.

60
Komputer riba Toshiba ditarik balik kerana alami pemanasan melampau.6 september 2010.komsumerkini.net.my
61
Persatuan Pengguna Pulau Pinang, letter to editor, Wireless Mobile Devices are Weapons of Mass Distraction 4
Mac 2014
Telefon pintar boleh mengganggu pola tidur kanak-kanak. Dalam satu kajian, empat

daripada lima orang remaja yang tidur bersama telefon pintar mereka supaya memudahkan

mereka berinteraksi tanpa mengira masa, tetapi realitinya, tindakan itu mendedahkan mereka

kepada gelombang radio yang berterusan. Itulah sinaran yang tidak digalakkan untuk didedahkan

kanak-kanak pada usia yang sangat muda.

Bagi remaja, menggunakan telefon bimbit ketika memandu ialah satu risiko yang besar.

Dalam satu kajian di Amerika Syarikat, lebih daripada separuh daripada remaja berusia 16-17

mengakui bahawa mereka menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Satu pertiga daripada

mereka menghantar SMS semasa memandu. 28 peratus daripada semua kemalangan jalan raya di

Amerika Syarikat disebabkan oleh pemandu yang menggunakan telefon ketika memandu.

WMD dan media sosial juga memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk buli siber,

yang merupakan gangguan sosial melalui teks, mesej segera atau media sosial yang lain. Dalam

sesetengah kes boleh menyebabkan perbuatan membunuh diri berlaku. Kebanyakan telefon

pintar mempunyai "perkongsian lokasi" iaitu elemen yang boleh menimbulkan kebimbangan

tentang ugutan kanak-kanak kerana lokasi mereka mudah dikesan.

Di Britain, telah dilaporkan pada tahun lepas bahawa kanak-kanak seawal usia empat

tahun menjadi begitu ketagih kepada telefon pintar dan iPads hingga memerlukan rawatan

psikologi. Gadjet ini boleh menjadi senjata pemusnah yang jelas mengancam kualiti kewujudan

kita, mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak, dan mengubah kehidupan kita, sebagai

individu dan masyarakat. Untuk mengurangkan kesan buruk media digital dalam kehidupan, kita

perlu belajar mengehadkan penggunaannya dan mendidik golongan muda celik teknologi tentang

kesan yang berpotensi boleh merosakkan.


Bahaya gas memasak

Seperti elektrik, gas memasak atau Liquified Petroleum Gas (LPG) boleh dianggap sebagai

bahan berbahaya yang perlu digunakan dengan cukup berhati-hati pada tahap maksimum.

Kerajaan perlu memastikan peraturan mencukupi agar dapat memastikan semua silinder gas dan

aksesori yang dijual ini telah disahkan selamat dan pengguna disediakan pendidikan keselamatan

yang terkini tentang penggunaan gas.

Keselamatan di kilang pembotolan, dan juga dalam pengedaran hingga kepada

penggunaan oleh pengguna tidak boleh dikompromikan dalam apa juga keadaan. Dalam kes

kebocoran gas, letupan menyebabkan kecederaan, kerosakan harta benda malah kehilangan

nyawa.

Apakah tanggungjawab pengedar dan peruncit gas memasak ini? Siapakah yang

bertanggungjawab untuk memastikan bahawa silinder yang dibekalkan kepada pengguna adalah

selamat dan tidak bocor? Siapakah yang merupakan badan yang mengawal selia? Juga tidak jelas

yang agensi yang bertanggungjawab untuk menguji silinder secara berkala dan mengesahkannya

sebagai selamat. Apakah jangka hayat silinder dan injap? Apakah jangka hayat yang disyorkan

set pengawal selia? Tarikh luput barang-barang ini perlu dicetak di atas alat tersebut. Perkara

yang paling mustahak apakah yang pengguna perlu lakukan sekiranya berlaku kecemasan seperti

kebocoran gas atau letupan?

Kebocoran boleh berlaku pada injap silinder atau dalam hos getah penyambung atau pada

injap ketuhar. Setiap jenis kebocoran perlu ditangani secara berbeza. Satu-satunya maklumat

yang boleh didapati ialah satu kenyataan amaran pada kad kecil pusingan melekat pada kepala

silinder yang tidak membantu secara praktikal.


Adakah para pengguna terutama suri rumah yang terdiri daripada kaum wanita

mempunyai kesedaran tentang ancaman bahaya gas memasak ini? Adakah mereka mempunyai

pengetahuan jika berlaku apa-apa juga bentuk kebocoran yang membabitkan gas memasak?

Adakah mereka tahu cara menanganinya?

Gas memasak digunakan secara meluas oleh pengguna di Malaysia lebih daripada 50

tahun. Hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua silinder gas di dapur.

Adakah pengguna hanya diharapkan untuk belajar daripada percubaan dan kesilapan? Gas ialah

satu utiliti berisiko tinggi,. jika tersilap maka padahnya amat berat. CAP bagaimanapun

mempunyai kesukaran untuk mengumpul maklumat tentang pengawal aturan dan keselamatan

berkaitan silinder gas dan aksesori. Terdapat banyak agensi kerajaan yang berkaitan industri gas

di Malaysia tetapi tiada agensi yang berada dalam kedudukan untuk menyediakan maklumat

lengkap dan difahami. CAP perlu menggesa pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengambil

langkah-langkah berikut tanpa berlengah lagi:

1. Menyediakan prosedur keselamatan penggunaan gas memasak dan semasa kecemasan.

Maklumat tersebut hendaklah dibuat secara terbuka kepada orang ramai melalui pelbagai

cara, termasuk taklimat di semua pusat komuniti;

2. Membuat mandatori bagi silinder untuk menjalankan tarikh tamat silinder, injap, hos dan

pengawal selia. Pastikan semua bahagian termasuk getah gelang mematuhi piawaian;

3. Mewujudkan sebuah agensi untuk menguji silinder dan lain-lain;

4. Menubuhkan pengawal selia untuk industri.


Mungkin ada pengguna yang tidak percaya akan bahaya daripada gas memasak ini. Di sini

ditampilkan kisah benar beberapa kes yang membabitkan gas memasak dan jika tidak berhati-

hati ketika menggunakannya boleh mengancam nyawa kita sebagai pengguna:

1. Pada 9 Februari 2015 dalam satu kejadian di Alor Gajah, Melaka, seorang wanita warga

emas melecur teruk selepas disambar api gas semasa memasak di rumahnya dekat Taman

Kejora, Tebong. Warga emas itu Chik Bah Mohd. Amin, 76, yang juga seorang ibu

tunggal hanya bersendirian di rumah teres berkenaan sewaktu kemalangan itu berlaku.

Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa sedang menghidupkan api gas

dapurnya namun tiba-tiba berlaku letupan sehingga menyebabkan api menyambar

bahagian muka, badan serta kakinya.62Sudah pasti wanita malang berkenaan langsung

tidak tahu apa yang perlu dilakukannya ketika kejadian. Kejadian itu mungkin berlaku

kerana beliau tidak tahu mengenai aspek-aspek keselamatan ketika menggunakan gas

memasak hingga mengundang bahaya seperti itu. Semasa menggunakan tong gas

berkenaan wanita berkenaan sudah tentu tidak pernah didedahkan akan risiko yang boleh

tercetus.

2. Pada 21 Ogos 2013, lima orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Puteri di Seremban melecur di tangan apabila gas dapur mudah alih yang

digunakan mereka untuk memasak sempena hari kantin sekolah meletup. Dalam kejadian

kira-kira pukul 9.40 pagi itu, pelajar berkenaan dikatakan sedang cuba menghidupkan

62
Warga emas parah disambar api gas memasak.10 Februari 2015. Utusan Malaysia
dapur itu apabila tiba-tiba meletup dan apinya menyambar mereka. Walaupun keadaan

mereka tidak serius tetapi itu jelas menunjukkan ancaman menggunakan gas memasak.63

Ramai daripada kita tidak tahu tindakan mengabaikan aspek keselamatan dapur

dengan menggunakan tong gas yang telah tamat tempoh boleh mengundang bahaya

kerana ia boleh meletup pada bila-bila masa. Perkara itu diakui Timbalan Penguasa

Bomba Cawangan Keselamatan dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat Bomba Tunjong,

Muhammad Salleh bahawa tong gas mempunyai tempoh jangka hayat yang dicatat tahun

luputnya pada balang tong gas.64 Walau bagaimanapun, tidak ramai pengguna yang tahu

mengenainya.

Oleh sebab itu, pengguna perlu bijak dan menyemak tahun luput sesebuah tong

gas sebelum membelinya sebagai salah satu langkah keselamatan. Ramai yang tidak tahu

mengenai jangka hayat tong gas. Sekiranya terbeli tong gas yang sudah tamat tempoh,

dinasihatkan agar pengguna memulangkannya kepada pekedai kerana penggunaan tong

gas tamat tempoh mempunyai risiko tinggi untuk berlaku letupan, kebakaran dan boleh

meragut nyawa. Pengguna juga diingatkan supaya jangan sesekali membeli tong gas

berkarat atau kemek. Pengguna juga perlu tahu hos dan kepala hos tong gas mempunyai

tempoh hayat, iaitu tiga tahun penggunaan. Selepas tempoh itu, perlu ditukar baharu

kerana khuatir berlaku kebocoran.

3. Di Kota Bharu pada 31 Mei 2014, seorang mangsa yang cedera disambar api tong gas

memasak yang meletup akibat kebocoran di rumah mereka di Taman Mimi, Wakaf

63
Gas meletup: 5 pelajar SMK Puteri Seremban cedera, 21 Ogos 2013, Sinar Harian
64
Guna tong gas tamat tempoh berisko meletup. 19 Oktober 2014. Sinar harian
Baharu, Tumpat meninggal dunia. Mohd. Eddie Hariry Mohd Nor, 33, meninggal dunia

selepas lebih seminggu dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Kota Bharu. Ini

merupakan contoh gas memasak itu boleh menjadi senjata yang membunuh. Ketika

kejadian mangsa dikatakan cuba memeriksa kerosakan pada tong gas tersebut setelah

terhidu bau gas. Seorang anak mangsa cedera ringan.


4
Hak Mendapat Maklumat

Kita sebagai pengguna berhak mendapatkan maklumat lengkap tentang segala jenis barangan

yang dibeli. Maklumat itu pula mestilah tepat dan tidak mengelirukan. Pengguna berhak

mendapat maklumat yang lengkap dan tepat tentang barang atau perkhidmatan yang hendak

dibeli. Ini merupakan sebahagian daripada isu kepenggunaan yang kita hadapi setiap hari. Ini

sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sebab itu setiap hari pengguna berhadapan dengan pelbagai

penipuan, manipulasi dan ancaman keselamatan berpunca daripada barangan atau perkhidmatan

yang mereka gunakan.

Selain mewujudkan peraturan dan undang-undang, pendidikan merupakan satu lagi cara

untuk memastikan pengguna tidak terus menjadi mangsa pasaran bebas pada hari ini. Oleh sebab

itu, pendidikan kepenggunaan didedahkan sejak daripada peringkat sekolah lagi. Setiap daripada

kita didedahkan dengan isu-isu kepenggunaan sebagai pengguna.

Namun semua itu belum berjaya memberikan kesedaran sepenuhnya kepada para

pengguna kerana masih ramai lagi yang terpedaya yang pelbagai pujuk rayu pasaran terutama

iklan. Disebabkan terpesona dengan tawaran iklan pengguna jadi leka hingga mengabaikan hak

mereka untuk mendapatkan maklumat yang betul, tepat dan wajar. Hak untuk mendapat

maklumat adalah penting supaya pengguna dapat membuat keputusan yang bijak semasa

membeli produk atau melanggan sesuatu perkhidmatan.


Di manakah pengguna boleh mendapatkan maklumat? Pengguna boleh mendapatkan

maklumat daripada label yang ada pada barangan yang dibeli dan juga melalui iklan media cetak

(surat khabar, risalah, majalah, makalah) dan media elektronik (tv, radio, semua yang

menggunakan perkhidmatan Internet) atau daripada pemberitahuan yang diedarkan dari semasa

ke semasa.

Di Malaysia, Peraturan-peraturan Makanan 1985 mewartakan bahawa semua makanan

dibungkus perlu mempunyai panel fakta pemakanan. Kebanyakan makanan yang dibungkus

mempunyai label yang menyatakan fakta makanan, tetapi ada juga makanan yang dibungkus

yang dikeluarkan oleh industri kecil dan sederhana yang tidak mempunyai sebarang panel fakta

pemakanan. Masalah ini perlu ditangani agar pengguna dapat menikmati makanan yang

berkhasiat untuk tubuh mereka. Jika maklumat pada panel tidak dibekalkan, jenis khasiat

makanan yang diambil tidak akan diketahui. Walaupun kajian terhadap peraturan pada panel

fakta pemakanan di Amerika Syarikat tidak menunjukkan keputusan yang menggalakkan, tetapi

Persatuan Pengguna Standard Malaysia tetap yakin bahawa maklumat yang dicetak itu dapat

memberi panduan pada pengguna agar bersikap berhati-hati terhadap makanan yang mereka

ambil. 65

Pengguna digalakkan untuk meneliti fakta pemakanan pada label sebelum membeli suatu

produk makanan. Elakkan produk yang tidak mempunyai sebarang label. Pengguna perlu

bertindak bijak dengan melihat pada label sesuatu produk itu bagi memastikan tarikh luput,

supaya produk dalam keadaan baik dan selamat digunakan, maklumat nutrisi yang terperinci

dinyatakan supaya pengguna tahu yang mana sesuai dan baik untuknya, kandungan produk serta

berat kandungan produk (kualiti dan kuantiti) supaya bersesuaian dengan harga dan ada logo

65
Sam Wong.Perturan label makanan tidak berkesan? 19 January 2011.konsumerkini.net.my
halal yang sah. Jika produk dijual berdasarkan sample, barang sebenar mestilah menepati sample

itu seperti yang termaktub dalam seksyen 17 Akta Jualan Barang 1957. Label-label ini

sepatutnya memberikan maklumat yang tepat juga sahih, serta dalam bahasa yang difahami dan

penerangan yang tidak mengelirukan.

Contohnya apabila membeli krim kecantikan, pastikan anda mengetahui kandungan

bahan yang digunakan sama ada sesuai dengan kulit anda dan selamat digunakan. Begitu juga

pembelian produk makanan dan minuman. Status halal patut dititikberatkan bukan sahaja pada

kotak makanan dan minuman malah pada bahan yang digunakan dalam alat kecantikan. Contoh

yang lain ialah seperti kemasukan ke universiti atau kolej atau mana-mana pusat pengajian.

Terdapat kursus pengajian yang tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan ini

akan menyebabkan pelajar itu sukar diterima berkhidmat dengan mana-mana sektor

perkhidmatan kerana status kelayakannya dipertikaikan. Ibu bapa menanggung kerugian wang

yang dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian dan pelajar pula rugi dari segi masa dan tenaga.

Begitu juga kekeliruan yang timbul apabila berurusan dengan sektor perkhidmatan

telekomunikasi yang menawarkan ratusan jenis gadjet menarik dan kepelbagaian pakej

pascabayar serta penggunaan Internet jalur lebar. Daripada pertambahan jumlah aduan yang

dibuat kepada badan aduan pengguna, jelas bahawa produk perkhidmatan kerap melibatkan caj-

caj tersembunyi yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna. Hal ini

menyusahkan pengguna setelah membeli produk atau melanggan perkhidmatan itu.

Jika ditipu atau maklumat yang diberikan pada label berbeza dengan kandungan

barangan, pengguna boleh mengadu antaranya kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna

Kebangsaan/National Consumer Complaints Centre (NCCC). Secara keseluruhannya, NCCC


menerima 40,560 aduan dalam tahun 2013 daripada lebih 20 buah industri berbeza yang

melibatkan pembelian produk dan perkhidmatan.

Menurut Pengerusi NCCC, Datuk Dr. Marimuthu Nadason, telefon bimbit, tablet dan

kereta merupakan produk paling tinggi mendapat aduan pengguna Malaysia tahun 2013. Begitu

juga gadjet palsu dan kereta mewah buatan Eropah yang sering rosak selepas dipamerkan dalam

pasaran. Walaupun jumlah angka yang diterima NCCC pada 2013 menurun, tetapi nilai kerugian

yang dirasai pengguna dalam sektor automobil meningkat tiga kali ganda. Produk dan

perkhidmatan lain seperti televisyen, telefon bimbit, komputer riba dan tablet termasuk dalam

kategori yang menerima aduan paling tinggi sebanyak 7,652 kes yang membabitkan anggaran

kos RM12.644 juta. Akta Perlindungan Pengguna 1999 ialah akta yang diluluskan oleh Parlimen

untuk memelihara hak pengguna. Ini merupakan akta yang paling kerap diguna pakai dalam kes-

kes kepenggunaan. Akta ini melindungi pengguna dengan meletakkan standard keselamatan

yang perlu dipatuhi oleh pembekal untuk barang dan perkhidmatan yang ditawarkan. Namun

begitu, di samping tanggungjawab kerajaan memelihara hak pengguna, ianya juga menjadi

tanggungjawab pengguna untuk melindungi diri sendiri. Persatuan pengguna tidak jemu-jemu

memperjuangkan hak pengguna namun setiap pengguna perlu belajar melindungi diri sendiri.

Pengguna juga patut sedar kuasa beli yang ada pada pengguna sangat besar pengaruhnya ke atas

pasaran produk. Pengguna harus menggunakan hak untuk mendapatkan maklumat ini dengan

bijak ketika mahu membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Hal ini kerana penjual tentu akan

lebih mementingkan kualiti produk atau perkhidmatan jika pengguna tahu akan hak-haknya di

sisi undang-undang. Contohnya ada kedai yang meletakkan notis "barangan yang telah dibeli

tidak boleh ditukar."


Sebenarnya mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, pengguna dibenarkan menukar

barangan tersebut mengikut terma dan syarat, dalam tempoh masa tertentu. Notis itu sebenarnya

tidak sah dan bertentangan dengan hak pengguna. Apa juga barangan yang dibeli boleh

dipulangkan oleh pengguna atau ditukar dengan barangan lain jika pengguna tidak berpuas hati

dengan kualitinya. Bagi pengguna yang tahu akan haknya, dapat melindungi diri dan membuat

tuntutan yang perlu. Bagi pengguna yang tidak tahu haknya pula hanya menurut sahaja peraturan

yang dibuat oleh peniaga yang rata-ratanya untuk kepentingan peniaga.

Pengguna berhak untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti.

Pengguna perlu mengubah sikap daripada pasif kepada aktif, berani bersuara dan bertindak untuk

mempertahankan haknya berlandaskan pengetahuan, keadilan dan undang-undang. Gunakan hak

untuk mendapatkan maklumat untuk tahu dan daripada pengetahuan itu, buat pilihan yang

terbaik untuk diri anda. Sepatutnya pengguna yang membuat permintaan (demand) dan peniaga

yang membuat pengeluaran (supply), bukannya peniaga demand dan peniaga supply. Di

manakah hak pengguna?

Peranan label

Apabila kita ingin membeli sesuatu produk, sebagai pengguna kita perlu kenal produk

berkenaan. Kita perlu tahu ciri-ciri produk berkenaan dan jika itu produk makanan kita perlu

tahu kandungan dan nilai nutrisinya. Daripada situ kita akan tahu sama ada produk berkenaan

baik atau tidak untuk kegunaan kita. Salah satu kaedah untuk kita mendapatkan maklumat adalah

melalui label pada produk berkenaan.


Pelabelan ialah alat pasaran penting yang perlu dilihat sebagai sebahagian komunikasi

antara pengeluar produk dengan pengguna dan pihak berkuasa. Daripada label pihak pengeluar

akan memberikan maklumat kepada pengguna tentang produk mereka dan pada masa sama turut

memberitahu maklumat asas kepada pihak berkuasa. Label bukan sekadar medium untuk

memaklumkan pengguna tentang nama produk berkenaan atau sekadar sebagai satu tarikan,

tetapi peranan label kini memberikan maklumat terperinci kepada pengguna. Daripada situ, kita

boleh membuat pilihan sama ada produk itu sesuai atau tidak dengan keperluan. Label kini perlu

mematuhi syarat hak untuk mendapatkan maklumat oleh pengguna. Oleh sebab itu, maklumat

pada label mesti lengkap.

Manfaat maklumat yang ada pada label kepada pengguna cukup jelas. Bagi pengguna,

satu cara untuk mendapatkan maklumat penting tentang produk seperti tarikh tamat tempoh,

kandungan bahan, nutrisi, amaran keselamatan dan lain-lain. Daripada label juga pengguna boleh

mendapat maklumat lain walaupun tidak penting tetapi dapat membantu dalam membuat pilihan.

Label mempunyai peranan penting dalam menyediakan maklumat tentang sesuatu barangan.

Daripada maklumat itu pengguna akan menganalisis kesesuaian produk itu dengan keperluan.

Label juga akan turut membantu industri sebagai alat yang berkuasa untuk pihak industri

memikat pengguna jika digunakan dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Ini bukan sahaja

memastikan pengendali menyampaikan maklumat penting, tetapi juga membolehkan pengguna

mengenali faedah produk mereka berbanding dengan pesaing. Daripada label juga pihak industri

dapat meyakinkan pengguna agar perlu membelanjakan wang mereka untuk produk berkenaan.

Kajian sosiologi dijalankan di Eropah menunjukkan bahawa kekurangan pelabelan pada

setiap produk yang dikeluarkan boleh membuatkan pengguna beralih kepada barangan lain, atau
mereka kurang berminat untuk membeli barangan berkenaan.66 Walau label dilihat lebih

mementingkan pengguna, tetapi sebenarnya label memberikan situasi menang-menang untuk

kedua-dua belah pihak pengguna dan pengeluar.

Pada masa yang sama, terdapat juga pihak yang mengatakan penggunaan label dalam

pasaran masih gagal membekalkan maklumat berguna kepada pengguna kerana pelbagai faktor

menyebabkan kegagalan mencapai potensi sepenuhnya seperti yang diharapkan. Maksudnya,

walaupun ada label tetapi masih gagal untuk memberikan panduan kepada pengguna. Ini

bermakna, keberkesanan penggunaan label sebagai alat komunikasi dan sebagai pembekal

maklumat kepada pengguna tidak konsisten. Faktor yang menyumbang kepada kegagalan ini

pula pelbagai dan yang utama ialah sikap pengguna yang kurang berminat untuk mendapatkan

maklumat daripada label. Jika ada pun pengguna yang berminat, mereka akan mendapati terlalu

banyak maklumat dan sukar difahami, mengelirukan dan tidak dipersembahkan dengan baik.

Kadang-kadang maklumat itu ditulis menggunakan tulisan yang sangat kecil hingga sukar

dibaca.

Sebarang tindakan yang membabitkan pelabelan ini termasuk perundangannya perlu

mengambil kira konteks yang lebih luas yang membabitkan komunikasi dengan pengguna. Ini

mesti mengambil kira keperluan data, maklumat yang menyokong aspek tertentu produk (apa

pengguna perlukan daripada label), aspek-aspek pelaksanaan pelabelan (cara untuk menjadikan

label itu mencapai matlamatnya) serta keberkesanan memperkasakan pengguna melalui label

sebagai komunikasi berkesan yang mampu mendidik dan memahamkan pengguna.

Matlamat strategik melalui pelabelan ialah menyediakan pendekatan menyeluruh yang mana

akan:

66
Labelling: competitiveness,consumer information and better regulation for the EU A DG SANCO Consultative
Document February 2006, Printed by the Services of the European Commission
1. menyediakan pengguna maklumat yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat

pilihan yang selamat, sihat dan mapan;

2. mewujudkan persekitaran pasaran propersaingan yang dinamik, cekap dan inovatif yang

boleh menggunakan sepenuhnya kuasa pelabelan untuk menjual produk mereka;

3. konsisten, jelas dan telus; serta

4. mewujudkan rangka kerja dan peraturan untuk menghapuskan segala halangan dalam

pengaliran barangan secara bebas kepada pengguna.

Segala perbincangan tentang pelabelan juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas

daripada sesi memberi maklumat kepada pengguna. Memang label pada barangan diwajibkan.

Setiap produk ada labelnya, namun barang makanan seperti roti misalnya ada tarikh luput, tetapi

dicetak terlalu kecil dan seperti mahu disembunyikan. Label sepatutnya menjadi alat kawal selia

yang penting kerana sebelum era komunikasi teknologi maklumat (ICT) itu merupakan satu-

satunya cara untuk memberitahu pengguna sama ada produk itu baik atau tidak untuk mereka.

Dalam era ICT ini pun label terus memainkan peranan penting sebagai pembekal maklumat

segera kepada pengguna. Oleh sebab yang demikian, label amat memainkan peranan penting

dalam dunia kepenggunaan. Label tidak boleh dibuat sesuka hati dan tertakluk kepada peraturan

dan undang-undang.

Pengaruh iklan

Iklan memang merupakan satu kaedah untuk mempengaruhi pengguna. Boleh dikatakan hampir

semua barangan yang ada di muka bumi ini dipromosikan melalui iklan yang pelbagai bentuk
dan rupa. CAP dalam surat kepada editor bertarikh 26 Ogos 2013 meminta kerajaan supaya

memastikan setiap iklan yang disiarkan bertanggungjawab terutama dalam mengatasi masalah

obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Malaysia merupakan negara paling gemuk di Asia

Tenggara dan di kedudukan nombor enam di seluruh Asia. Langkah-langkah yang baik harus

menjadi undang-undang yang mengikat dan boleh dikuatkuasakan, tidak berdasarkan kepada

ikrar atau janji-janji yang boleh dipecahkan dengan tiada langkah-langkah punitif.

Melalui ikrar "Pengiklanan Bertanggungjawab untuk Kanak-kanak", 10 buah syarikat

berjanji untuk tidak mengiklankan melalui penyiaran dan media cetak. Janji itu dilaksanakan

dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Persatuan Pengiklan Malaysia dan Persekutuan

Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) bagi kumpulan Makanan Pembuatan.

Ikrar ini mungkin kelihatan seperti satu usaha yang baik apabila Kementerian Kesihatan

bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk melindungi kanak-kanak daripada pengiklanan yang

tidak bertanggungjawab. Berdasarkan ikrar, mereka bersetuju iklan tidak menyasarkan kanak-

kanak (berumur 12 tahun ke bawah) kecuali produk mereka mematuhi kriteria pemakanan yang

berasaskan bukti saintifik atau garis panduan pemakanan antarabangsa.

Mereka juga tidak akan melibatkan diri dalam apa-apa publisiti melibatkan sekolah,

kecuali dijemput oleh pihak sekolah untuk tujuan pendidikan. Sekolah tidak boleh dicemari

dengan perniagaan dan pemasaran untuk kepentingan syarikat-syarikat ini. Syarikat makanan

harus diharamkan daripada sekolah.

Pendidikan memilih makanan yang sihat juga boleh dijalankan oleh pertubuhan lebih

dipercayai seperti jabatan pendidikan dan kementerian kesihatan. Dalam usaha untuk

menghentikan iklan yang menyasarkan kanak-kanak sebagai pengguna utama, kita memerlukan
lebih daripada hanya ikrar. Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang yang ketat untuk

melindungi anak-anak kita daripada eksploitasi oleh pengiklan yang tidak bertanggungjawab.

Sweden dan Norway telah mengharamkan pengiklanan untuk kanak-kanak di bawah 12

kerana mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mengiktiraf iklan atau kritikal

menganalisisnya. Di United Kingdom, pengiklanan Greece, Denmark, Belgium dan untuk kanak-

kanak adalah terhad. Di Malaysia, iklan makanan segera hanya diharamkan pada program

televisyen kanak-kanak dan pengiklan makanan segera tidak dibenarkan untuk menaja program

berkenaan. Walau bagaimanapun,, tidak bermakna kanak-kanak tidak menonton program

televisyen lain yang ada iklan produk berkenaan.67 Ini adalah langkah kecil dengan kesan yang

terhad. Kanak-kanak lemah di bawah 12 tahun perlu dilindungi daripada eksploitasi oleh

pengiklan. Kita harus mengikuti contoh Sweden dan Norway mempunyai larangan menyeluruh

terhadap iklan yang menyasarkan kanak-kanak di bawah 12 tahun. Larangan itu hendaklah

termasuk iklan di surat khabar, televisyen, radio, majalah, kertas edaran dan media dalam talian.

Sejak tahun 1980-an, CAP tegas dalam pendiriannya menggesa pengharaman ke atas

mesin layan diri di sekolah-sekolah. Makanan ringan juga dijual di sekolah-sekolah walaupun

garis panduan diwujudkan untuk makanan yang sihat di kantin sekolah. Penjual makanan ringan

beroperasi berhampiran sekolah walaupun garis panduan itu menghalang mereka daripada

beroperasi di kawasan-kawasan berkenaan. Oleh hal yang demikian, kita perlu langkah-langkah

punitif yang lebih ketat untuk melindungi anak-anak kita daripada makanan yang tidak sihat di

sekolah.

Ibu bapa perlu sedar bahawa kanak-kanak tidak faham niat dalam pengiklanan dan

mereka cenderung untuk mentafsirkan maklumat iklan itu tepat dan benar. Mereka tidak sedar

67
Letter to editor, Protecting our children from unhealthy food advertising: Needs more than a pledge, Persatuan
Pengguna Pulau Pinang, 26 Ogos 2013
bahawa kandungan yang mereka lihat itu ialah iklan semata-mata dan amat berbeza dengan

realiti. Kanak-kanak tidak dapat membezakan antara program dan kandungan iklan.

Produk biasa yang disasarkan kepada kanak-kanak ialah bijirin manis, gula-gula,

makanan ringan dan makanan segera. Pengiklanan itu boleh menyumbang kepada tabiat

pemakanan buruk seumur hidup kepada kanak-kanak terbabit. Mereka perlu dididik untuk makan

makanan yang dimasak di rumah, dan memupuk budaya membawa makanan yang dimasak di

rumah ke sekolah.

Tabiat pemakanan kanak-kanak tidak perlu dibentuk oleh syarikat makanan. Kesihatan

masa depan negara kita bergantung kepada tabiat makanan anak-anak kita sekarang. Kita perlu

mengharamkan iklan kepada kanak-kanak untuk melindungi mereka daripada pilihan makanan

yang sihat yang disediakan oleh syarikat-syarikat makanan. Akhirnya, kerajaan perlu membuat

keputusan sama ada mereka mahu melindungi kesihatan anak-anak kita atau kekayaan bagi

syarikat. Di negara ini, iklan turut dikawal melalui Akta Makanan 1983, penyalahgunaan iklan

boleh dihukum dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun

atau didenda atau kedua-duanya.

Maklumat syarikat untuk pembeli rumah

Terdapat pengguna yang mahu membeli rumah hanya terus melakukannya tanpa memikirkan

risiko. Mereka jarang memeriksa latar belakang syarikat pemaju, sedangkan maklumat syarikat

pemaju itu cukup senang untuk diperoleh. Sepatutnya, sebelum pembeli bercadang untuk

membeli rumah, ada beberapa perkara penting yang perlu difikirkan. Pertama sudah tentulah

kedudukan kewangan pembeli mestilah berdasarkan kemampuan kewangan sendiri. Hasrat untuk
membeli rumah mungkin ditangguhkan buat sementara waktu jika wang masih belum

mencukupi. Pembeli harus menyediakan wang yang lebih sedikit daripada harga jualan kerana

kerap ada bayaran kecemasan yang timbul. Lokasi rumah yang hendak dibeli tidak boleh

dipandang remeh. Keluasan, reka bentuk rumah dan keadaan persekitaran perlu diambil kira agar

berpatutan dengan harga rumah tersebut. Di samping itu, faktor utama yang perlu pembeli ambil

berat ialah pemaju projek perumahan tersebut.

Jadi, sebelum membeli rumah, pastikan perkara penting ini sudah pun difikirkan terlebih

dahulu. Pemajuan Perumahan di Semenanjung Malaysia adalah tertakluk di bawah Akta Pemaju

Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan

(Kawalan dan Pelesenan) 1989. Umumnya, akta dan peraturan ini dikuatkuasakan untuk

memastikan projek perumahan dijalankan dengan teratur dan terancang. Selain itu, akta ini

diwujudkan sebagai menjana industri perumahan secara adil dan sihat serta menjaga kepentingan

pembeli rumah. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan akta dan peraturan tersebut. Akta dan peraturan

tersebut turut mewajibkan pemaju perumahan mempunyai lesen pemaju perumahan yang sah dan

berkuat kuasa serta permit iklan dan jualan yang sah dan berkuat kuasa jika pemaju membina

dan menjual lebih daripada empat unit rumah.

Sebelum menandatangani perjanjian S&P, siasat latar belakang pemaju sama ada pemaju

memiliki lesen, permit iklan dan permit jualan yang sah dan masih berkuat kuasa. Peraturan ini

termaktub di bawah Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan

Pelesenan) 1989. Tuan tanah juga hendaklah menjadi satu pihak dalam kontrak jualan

berdasarkan Peraturan 10 Peraturan berkenaan. Siasat juga lokasi projek perumahan dan
status tanah yang hendak dibina rumah itu. Pembayaran pendahuluan sepatutnya dibuat

serentak apabila pembeli menandatangani S&P dan bukannya sebelum itu.

Bahagian pengawasan dan penguatkuasaan akan mengambil tindakan termasuk

mendakwa pemaju perumahan berlesen yang tidak mematuhi atau melanggar mana-mana

peruntukan dalam akta atau peraturan. Antara tindakan pendakwaan yang telah diambil setakat

ini adalah seperti pemaju projek perumahan berjaya mendapat lesen bagi membuat projek

perumahan tetapi tidak ada permit iklan dan permit jualan, gagal melaksanakan tugas-tugas

pemaju perumahan berlesen, gagal membuka dan menyelenggarakan Akaun Pemajuan

Perumahan dan isu lain yang berkaitan. Ini menimbulkan persoalan sekiranya pemaju itu

memang dari awal lagi tidak mempunyai lesen yang sah, tetapi pemaju kebal daripada sebarang

hukuman kerana bahagian pengawasan dan penguatkuasaan hanya boleh mengambil tindakan ke

atas pemaju perumahan yang berlesen yang tidak mematuhi atau melanggar mana-mana

peruntukan dalam akta atau peraturan. Persoalan ini boleh dibuat tuntutan di bawah peruntukan

undang-undang yang lain pula. Perkara yang jelas, dalam proses jual beli rumah akan ada banyak

isu berbangkit jika projek perumahan ini tidak siap mengikut tempoh yang dijanjikan atau

terbengkalai. Maka pembeli perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memasuki

perjanjian jual beli rumah.

Carian syarikat (company search) penting dibuat bagi memastikan syarikat pemaju benar-

benar wujud dan sah di sisi undang-undang. Pembeli patut siasat dahulu sebelum

menandatangani perjanjian jual beli. Bagaimanakah carian syarikat pemaju perumahan dibuat?

Secara ringkasnya, ada cara mudah untuk memeriksa sama ada syarikat berdaftar atau tidak. Jika

syarikat itu berdaftar, maka syarikat itu wujud di sisi undang-undang. Pembeli boleh pergi ke

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membuat carian. Pembeli juga boleh membuat
carian dalam Internet. Pembeli hanya perlu log masuk ke portal SSM. Seterusnya daftar masuk

dan ikuti sahaja arahan seterusnya yang akan dipaparkan. Apabila tiba ke ikon Search,

masukkan nama syarikat yang anda cari dalam By Name (nyatakan nama syarikat) atau nombor

pendaftaran syarikat dan nama syarikat itu akan tertera. Jika tiada maklumatnya bermakna tidak

tersenarai dalam pendaftaran dengan SSM. Ini bermaksud syarikat itu tidak didaftarkan, maka

tidak wujud dari sudut undang-undang. Melalui carian syarikat anda boleh mengetahui banyak

maklumat tentang status syarikat tersebut dari mula ditubuhkan sehinggalah sama ada

didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak

kerana ada syarikat tidak didaftarkan sebagai syarikat pemajuan hartanah tetapi syarikat itu

menjalankan perniagaan hartanah.

Melalui carian syarikat juga dapat memberi gambaran awal tentang kemampuan syarikat

tersebut untuk memajukan sesuatu projek hartanah berdasarkan maklumat tentang pemegang

saham syarikat tersebut, ahli lembaga pengarah, modal berbayar serta untung rugi syarikat

tersebut. Bahagian Perlesenan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula boleh

membekalkan maklumat tentang pengalaman dan rekod sesuatu pemaju tersebut dalam bidang

hartanah dan perumahan. Jika didapati syarikat tersebut pernah mempunyai rekod projek rumah

terbengkalai atau bermasalah, pengguna hendaklah mengelak daripada mengambil risiko untuk

membeli hartanah yang dibina pemaju tersebut. Hanya setelah pembeli yakin dengan kredibiliti

syarikat tersebut bolehlah meneruskan hasrat membeli rumah dari syarikat pemaju tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pembeli dinasihatkan untuk meminta salinan geran rumah tersebut

daripada pemaju dan lakukan pula carian tanah di pejabat tanah.

Dapatkan juga salinan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan untuk

projek tersebut sebagai pengesahan. Memanglah agak sukar pada mulanya tetapi ini untuk
memastikan pembeli tidak menanggung masalah pada kemudian hari. Hal ini adalah kerana

setelah pembeli menandatangani perjanjian jual beli mereka terikat dengan terma-terma

perjanjian jual beli tersebut.

Penjualan dan pembelian rumah ada banyak risikonya. Memetik kata-kata daripada

pelabur hartanah terkaya dunia Warren Buffett, Risk comes from not knowing what youre

doing. Kata-kata ini bermaksud, risiko wujud apabila anda tidak tahu apa yang anda

lakukan. Oleh sebab itu, jika anda ingin membeli rumah lalu menandatangani perjanjian jual

beli rumah yang sangat berisiko ini, perlulah membuat siasatan yang terperinci dan persediaan

yang secukupnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tersasar daripada agenda yang

dijanjikan. Risiko dapat dikurangkan jika anda tahu apa yang anda lakukan.

Maklumat dalam kontrak sewa beli (hire purchase) kereta

Sudah menjadi tabiat pengguna apabila disuruh menandatangani sesuatu dokumen, mereka tidak

akan meneliti kandungannya. Sedangkan dalam dokumen tersebut terkandung pelbagai

maklumat yang perlu ketahui oleh pengguna. Maklumat dalam dokumen itu terutama dokumen

perjanjian jual beli kadang-kadang menguntungkan pihak penjual. Jadi, kita sebagai pengguna

perlu mengambil tahu isi kandungan dokumen perjanjian tersebut supaya hak sebagai pembeli

dilindungi atau tidak.

Dalam soal perjanjian jual beli kereta misalnya, boleh dikatakan hampir semua orang

dewasa di negara ini pernah terlibat menandatanganinya kerana kereta sudah menjadi satu

keperluan hidup. Biasanya kereta dibeli melalui pinjaman. Bagi golongan yang cukup-cukup

makan, mereka terpaksa memastikan bayaran ansuran bulanan (instalment) kereta setiap bulan
dibayar untuk mengelakkan kereta itu ditarik oleh bank. Apabila kereta anda tiba-tiba hilang,

mungkinkah kereta anda dicuri? Atau anda tersalah parkir atau juga ditarik oleh bank?

Disebabkan kita tidak pernah meneliti maklumat dalam perjanjian jual beli, maka ramai yang

masih tidak pasti tentang hak mereka apabila kereta telah ditarik oleh pihak bank.

Semasa membeli kereta anda perlu membaca surat perjanjian sewa beli dan bertanya

kepada penjual sehingga faham. Itu merupakan hak kita sebagai pengguna untuk mendapatkan

maklumat. Penjual selalunya menyuruh pembeli tandatangan saja atas alasan semua surat

perjanjian ini standard bagi satu Malaysia. Jadi kita jarang tahu tentang penarikan semula

kereta oleh bank (repossession), mengapakah bank boleh tarik balik kereta? Apakah hak

penyewa dan bagaimana penyewa boleh dapatkan semula keretanya? Apabila perkara ini berlaku

pihak bank atau penjual kereta akan berkata bahawa semuanya ada termaktub dalam surat

perjanjian sewa beli kereta yang penyewa tandatangan. Pada masa itu barulah penyewa bertanya

pada diri sendiri apa yang aku dah tandatangan? Pada masa itu juga penjual kereta kerap kali

enggan melayan anda lagi atas pelbagai alasan yang munasabah. Pihak bank pula tidak putus-

putus menghubungi anda.

Apa sebenarnya terjadi apabila kereta ditarik oleh pihak bank? Dalam istilah undang-

undang mengikut Akta Sewa Beli 1967, ada tiga pihak yang terlibat dalam perjanjian sewa beli

iaitu pembeli kereta iaitu anda (dikenali sebagai penyewa kerana anda masih belum dapat hak

mutlak ke atas kereta itu selagi belum menjelaskan keseluruhan pembayaran), penjual kereta

iaitu syarikat kereta yang menjual kereta itu kepada anda dan pemilik kereta iaitu bank atau

institusi kewangan yang memberi pinjaman wang untuk anda membeli kereta tersebut lalu anda

perlu membayar bulanan (instalment) kepada bank tersebut.


Sebelum kereta anda ditarik, penyewa dinasihatkan untuk meminta melihat kad kuasa

penarikan ejen yang sah dan mendapatkan butir-butir diri ejen penarikan. Setelah kereta ditarik,

penyewa perlu pula meminta salinan perintah penarikan. Jika perlu, penyewa pastikan ejen itu

membuat laporan polis di balai terdekat. Ini bagi mengelakkan penipuan atau kecurian. Bilangan

mereka yang ditugaskan untuk menarik kenderaan hanyalah seminimum mungkin kecuali

terdapat keadaan yang memerlukan ahli kumpulan yang lebih ramai. Penarik kereta hanya boleh

memasuki premis dengan izin tuan punya premis atau penyewa kenderaan itu sendiri atau

dengan perintah bertulis daripada mahkamah. Bertindak secara kekerasan dan paksaan dilarang

sama sekali. Penyewa hendaklah diberi masa yang cukup untuk mengeluarkan barang-barang

peribadi daripada kenderaan yang akan ditarik. Selepas kenderaan ditarik, penarik kereta mesti

membuat laporan polis dengan segera dan membawa kenderaan tersebut ke tempat simpanan

kenderaan yang diarahkan oleh bank. Difahamkan juga, kebiasaannya kenderaan tidak boleh

ditarik selepas waktu pejabat, (bermakna tidak boleh menarik kereta waktu malam), hari cuti

umum, hari-hari cuti yang termaktub dalam takwim cuti tahunan negara serta hari cuti hujung

minggu. Sekiranya penarik kereta menyalahi peraturan di atas, anda boleh membuat aduan

kepada pihak bank atau kepada Persatuan Syarikat-syarikat Sewa Beli Malaysia.

Kenderaan hanya boleh ditarik apabila seorang penyewa gagal menjelaskan bayaran

bulanan hutangnya selama 2 bulan 21 hari atau apabila tunggakan hutang mencecah 3 bulan.

Mengikut Akta Sewa Beli 1967, apabila penyewa tidak membuat bayaran bulanan selama 2

bulan berturut-turut, pihak bank boleh membuat penarikan semula kereta (repossession), atau

lebih dikenali sebagai kereta kena tarik. Walau bagaimanapun, sebelum penarikan semula ini

sah dilakukan oleh bank, pihak bank wajib menghantar satu surat Notis Jadual 4 (4th Schedule

Notice) mengenai niat bank untuk membuat penarikan kenderaan tersebut (notice of intention to
repossess). Surat ini memberitahu bahawa jika dalam masa 21 hari dari tarikh surat Notis Jadual

4 tersebut penyewa masih gagal menjelaskan bayaran maka kenderaannya akan ditarik oleh

pihak bank.

Selepas kenderaan ditarik, bank akan mengeluarkan surat Notis Jadual 5 (5th Schedule

Notice). Penyewa diberi tempoh selama 21 hari untuk mengambil semula kenderaan dengan

membayar semua tunggakan atau jumlah yang dipersetujui oleh pihak bank atau penyewa diberi

peluang untuk memperkenalkan pembeli lain yang sanggup membeli kereta itu dengan harga

yang ditetapkan oleh bank. Jika penyewa tidak memberi sebarang jawapan selepas tamat tempoh,

bank akan melelong kenderaan tersebut secara lelongan awam terbuka atau melalui tender yang

akan diawasi oleh satu badan tertentu. Jika terdapat baki wang daripada jualan secara lelongan

awam atau tender, wang tersebut akan dikembalikan kepada penyewa.

Selepas kereta anda ditarik oleh pihak bank, beberapa bayaran/caj akan dikenakan ke atas

penyewa iaitu: Bayaran upah tarik kereta, bayaran sewa stor tempat simpan kereta yang telah

ditarik, kebiasaannya RM10-20 sehari, (bergantung kepada bank), bayaran notis yang

dikeluarkan oleh bank dan caj yang perlu dibayar sekiranya berminat untuk mendapatkan kereta

tersebut semula. Di bawah Notis Jadual 5 (5th Schedule Notice), pihak bank akan menghantar

notis untuk memaklumkan bahawa kereta telah ditarik dan jika penyewa tidak berminat untuk

mengambil semula kereta tersebut setelah tamat tempoh yang diberikan dalam Notis Jadual 5,

pihak bank akan melelong kereta tersebut dengan harga yang munasabah mengikut perkiraan

pihak bank. Jika harga lelong itu lebih rendah daripada harga baki yang masih tertunggak di

bank, maka penyewa perlu membayar juga perbezaan harga baki dan harga jualan tersebut.

Sekiranya kereta berjaya dilelong dan menjadikan hutang penyewa tiada berbaki,

keadaan penyewa lebih baik kerana tidak perlu membayar hutang tertunggak (tapi masih perlu
membayar caj-caj lain). Jika kereta tidak terjual dan masih tersimpan di dalam stor, maka bank

akan menuntut hutang yang tertunggak dan juga caj simpanan di dalam stor. Proses mahkamah

mungkin berlaku pada tahap ini. Dalam situasi begini, langkah lain yang lebih menjimatkan

penyewa ialah penyewa boleh mendapatkan pembeli lain setelah kereta tersebut ditarik. Pembeli

ini boleh membeli kereta tersebut tetapi perlu menjelaskan bayaran yang tertentu terlebih dahulu.

Dalam satu kes, penyewa membeli kereta terpakai dan kereta itu ditarik oleh pihak bank

kerana tidak menjelaskan bayaran bulanan. Hutang ketika itu hanya RM5000. Kereta itu dilelong

dengan harga RM2000. Penyewa memikirkan dia hanya perlu membayar RM3000 lagi baki

tertunggak tetapi penyewa mendapati dia kini menanggung hutang sebanyak RM15,000.

Menurut bank tersebut, jumlah itu merangkumi upah menarik kereta, caj simpanan kereta

tersebut selama lebih satu tahun, upah untuk melelong kereta tersebut dan caj lain yang

berkaitan. Namanya akan disenaraihitamkan jika dia gagal menjelaskan RM15,000 dalam

tempoh yang ditetapkan.

Banyak masalah yang akan timbul apabila kereta sudah ditarik. Jumlah wang yang perlu

dikeluarkan dalam kes penarikan semula (repossession) ini adalah lebih banyak daripada bayaran

bulanan yang dibayar setiap bulan. Pembeli dinasihatkan, menjelaskan bayaran bulanan setiap

bulan. Pembeli perlu memastikan bayaran bulanan dibuat agar tidak tertunggak melebihi dua

bulan. Jika pembeli sangat terdesak, mereka perlu berjumpa pegawai bank yang berkenaan untuk

mencari jalan penyelesaian. Banyak bank yang sedia membantu, kerana banyak juga bank yang

lebih mesra pelanggan sekarang. Jadi jangan abaikan surat, SMS atau panggilan telefon dari

bank. Pembeli juga dinasihatkan meluangkan masa untuk membaca surat perjanjian sewa beli

sebelum membeli kenderaan. Jika pembeli terlalu sibuk, surat perjanjian perlu disimpan selagi

kenderaan itu belum jadi hak pembeli secara mutlak (sudah habis bayar).
Pihak penjual dan bank selalunya tidak akan bertindak di luar daripada tahap kuasa

undang-undang yang diberikan kepada mereka. Tahap kuasa itu dinyatakan dalam surat

perjanjian sewa beli tersebut. Hak-hak penyewa juga dinyatakan dalam surat tersebut. Jadi bukan

sahaja surat perjanjian sewa beli itu perlu disimpan selagi pembeli masih menggunakan kereta

itu, malah seharusnya dibaca dan difahami dengan baik syarat-syaratnya kerana hak-hak

penyewa juga termaktub dalam surat perjanjian tersebut yang berlandaskan Akta Sewa Beli

1967.

Fahami Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010)

Mulai Jun 2011 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

(KPDNKK) telah menguatkuasakan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010). Perkara yang

terkandung dalam pindaan itu termasuk:

Peranan Penyewa (Pengguna):

1. Membayar ansuran seperti tercatat dalam perjanjian.

2. Tidak mengalihkan atau menjual barang tanpa kebenaran daripada pemunya.

3. Menyimpan kad jaminan, resit dan surat yang berkaitan Perjanjian Sewa Beli.

4. Memastikan kandungan perjanjian adalah sama dengan maklumat dalam Jadual Kedua

Bahagian 1.

5. Jangan menandatangani Borang Perjanjian Sewa Beli atau dokumen kosong.

6. Sekiranya barangan hilang atau diambil daripada milikan, pastikan diberitahu kepada

pemunya dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang tersebut hilang atau diambil.
7. Penyewa mesti mematuhi Perintah Mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan

sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut.

Hak penyewa (Pengguna):

1. Terima notis (Jadual Kedua) sebelum tandatangan perjanjian.

2. Memastikan borang atau dokumen lengkap dengan maklumat sebelum borang

ditandatangani.

3. Boleh menamatkan perjanjian dengan memulangkan barang dan bayar ganti rugi kepada

pemunya (jika ada).

4. Berhak mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar barang terpakai. Di bawah Sek.

4G laporan PUSPAKOM dan perakuan secara bertulis daripada pihak penjual diperlukan.

5. Terima salinan perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menandatangani perjanjian.

6. Terima notis Jadual Keempat dan Notis di bawah Perenggan 3 bagi pengambilan semula

milikan.

7. Terima notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari selepas barang tersebut diambil

milikan oleh pemunya.

8. Berhak membuat penyelesaian awal ke atas perjanjian tersebut dan mendapat rebat

sepatutnya. Terima notis pemberitahuan tarikh lelongan awam sekurang-kuranganya 14

hari dari tarikh tersebut.

9. Berhak untuk menjelaskan semua bayaran yang dikenakan oleh pemunya.

10. Berhak untuk membuat penamatan dalam masa 21 hari Notis Jadual 5 dikeluarkan oleh

pemunya.

11. Berhak untuk memperkenalkan pembeli baru kepada pemunya.


12. Berhak mengarahkan pemunya memulangkan barang setelah menjelaskan semua bayaran

yang sepatutnya.

13. Berhak mendapat baki wang hasil daripada jualan lelong barang (jika ada) Peranan

Pemunya (Bank).

14. Membekalkan dokumen perjanjian dan dokumen berkaitan yang dilengkapkan dengan

butiran maklumat.

15. Menyerahkan Kad Pendaftaran Kenderaan kepada penyewa apabila dimohon secara

bertulis.

16. Menyampaikan salinan memorandum atau nota perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas

menerima permohonan bertulis daripada penyewa sebelum pembayaran akhir.

17. Menyerahkan resit bayaran ansuran kepada penyewa dengan kadar segera.

18. Menyerahkan satu salinan polisi kepada penyewa dalam masa tujuh hari.

19. Tidak boleh mengutip bayaran tempahan melebihi satu peratus daripada harga tunai

barang.

20. Memulangkan 90% daripada bayaran fi tempahan jika terdapat pembatalan tempahan.

21. Tidak boleh mengutip deposit kurang 10% daripada harga tunai termasuk fi tempahan.

22. Melantik pemegang Permit Ejen Perolehan Semula yang dikeluarkan oleh Pengawal

untuk aktiviti pengambilan semula milikan.

23. Menyediakan Perjanjian Sewa Beli yang berasingan bagi setiap barang.

24. Memberi opsyen kepada penyewa sama ada memilih kadar tetap atau kadar berubah-ubah

bagi caj-caj terma.

25. Telah memberi Notis Jadual Keempat, Notis Peringatan dan Notis Jadual Kelima di

bawah Peraturan.
26. Mengeluarkan Notis Lelong 14 hari kepada penyewa sebelum lelongan dijalankan.

27. Jika jumlah ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut maka

pengambilan semula milikan boleh dibuat setelah mendapat Perintah Mahkamah Hak

Pemunya (Bank).

28. Pemunya boleh mengambil semula milikan barang jika penyewa gagal menjelaskan

bayaran ansuran sebanyak dua kali berturut-turut atau ansuran terakhir. Jika penyewa

telah meninggal dunia atau berlaku 4 kali ingkar berterusan.

29. Perlu membuat pengesahan terhadap pengambilan barangan itu dengan memberikan

kepada penyewa dokumen pengambilan semula barangan dan tarikh, masa serta alamat

tempat barang diambil.

30. Berhak melupuskan barang yang diambil semula selepas tamat tempoh 21 hari Jadual

Kelima diberikan kepada penyewa.

31. Pemunya boleh mengambil semula barang melalui Perintah Mahkamah jika penyewa

telah gagal membayar ansuran bulanan tetapi ansuran bulanan yang terbayar melebihi

daripada harga tunai barang tersebut.

32. Pemunya menyediakan insurans tahunan pertama untuk pinjaman kenderaan dan bagi

barangan bukan kenderaan selama tempoh pinjaman.

33. Boleh mengambil semula milikan barang tanpa kehadiran penyewa jika penyewa:

- Melakukan pelupusan secara fraud.

- Memindahkan barang ke alamat baru tanpa memaklumkan kepada pemunya.

- Menggunakan barang bagi tujuan melanggar undang-undang.

* Berhak mengutip deposit minimum:

- 10% secara tunai termasuk fi tempahan.


- Dalam bentuk barang-barang ada nilai dagang.

Peranan penjamin:

1. Menjadi penjamin kepada penyewa.

2. Memastikan penyewa mematuhi Perjanjian Sewa Beli.

3. Membantu pemunya mengesan untuk mendapatkan semula barangan.

Hak penjamin:

1. Pihak penjamin berhak mendapatkan perintah mahkamah terhadap penyewa.

2. Berhak untuk ditanggung rugi oleh penyewa terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat oleh

pemunya atas jaminan.

3. Berhak untuk menyuruh penyewa membayar ansuran berhubung dengan Perjanjian Sewa

Beli Hak Penjual.

4. Jika tempahan dibatalkan, penjual berhak mengenakan ganti rugi sebanyak 10% daripada

tempahan.
5
Hak Membuat Pilihan

Hak untuk memilih ialah jaminan kepada pengguna untuk mempunyai akses kepada pelbagai

barangan dan perkhidmatan pada harga yang kompetitif. Untuk mengawal selia pasaran, terdapat

hanya satu faktor yang diperlukan dan yang mampu mewujudkan persaingan. Pada tahun-tahun

awal kewujudan gerakan pengguna seperti sekitar tahun 1950-an, masalah yang dihadapi oleh

pengguna ialah mereka tidak ada pilihan. Mereka berjuang untuk pilihan yang terhad. Kini, pada

zaman milenium, pengguna terdedah kepada terlalu banyak pilihan.

Kita menjadi keliru dengan pelbagai barangan yang ditawarkan yang majoritinya tidak

diperlukan dalam hidup. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada tahun 2000, budaya

kepenggunaan AS yang turut menjadi amalan di Britain gagal meningkatkan kualiti hidup. Hal

ini kerana pengguna dibelenggu dengan kekeliruan dalam membuat keputusan mengenai

barangan yang perlu mereka miliki setiap hari. Mereka keliru dengan pelbagai penawaran yang

terdapat di depan mata.68

Ekoran daripada kekeliruan ini, akhirnya pengguna terikut-ikut dengan cadangan

daripada pihak penjual melalui pelbagai pujukan terutama melalui iklan dan kempen jualan

murah. Akhirnya pengguna yang tertipu dan terpedaya dengan penjual hingga menjadi mangsa

manipulasi pasaran yang menyebabkan pengguna menanggung kerugian. Ini bertentangan

dengan istilah pengguna ialah raja, dan mereka selalu betul. Itu merupakan istilah yang sering

68
P Safaro, Less is more: economic consumption and a good life, Philosophy Today, 42:1 (1998), 26-39
dirujuk kepada kuasa pengguna, yang sebenarnya merujuk terus kepada hak pengguna.

Sepatutnya pengguna yang menentukan arah tuju pasaran. Mereka boleh membuat sebarang

keputusan untuk membeli barang atau menggunakan perkhidmatan tanpa dipengaruhi peniaga.

Terutama peniaga yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab.

Mesej utama ialah kuasa pengguna. Gunakan kuasa sebagai pengguna untuk memastikan

golongan terbabit tidak mengaut keuntungan berlebihan. Sertai persatuan atau kumpulan

pengguna dan aktiviti yang dijalankan. Sebarkan nama dan malukan peniaga yang mengenakan

harga tinggi di media sosial (Utusan Malaysia, 2015).

Pengguna juga perlu mengambil tahu tentang harga barang dalam pasaran dan mengikuti

perubahan harga bagi mengelak ditipu oleh peniaga curang yang hanya ingin meraih keuntungan

besar. Hak untuk memilih boleh dijadikan senjata oleh pengguna untuk menghukum peniaga

ingkar yang ibarat lintah menghisap darah pengguna. Isu itu mampu diselesaikan sekiranya

orang ramai menggunakan sepenuhnya hak mereka sebagai pengguna.

Sebagai pengguna, orang ramai sememangnya mengharapkan peniaga menawarkan

pelbagai barang dan perkhidmatan pada harga yang berdaya saing. Bagaimanapun, terserahlah

kepada pengguna untuk memilih dengan berhati-hati produk dan perkhidmatan yang berharga

patut dan menyuarakan sebarang sungutan kepada kerajaan atau peniaga sekiranya sesuatu

produk atau perkhidmatan tidak memenuhi harapan mereka. Jadi, pengguna mempunyai hak

untuk memilih dan didengari (Kosmo, 2015).

Apabila menggunakan hak memilih itu, pengguna boleh memboikot peniaga yang cekik

darah dan menindas. Tindakan yang diambil seperti ini ialah hak pengguna untuk memberi

kesedaran kepada peniaga bahawa pengguna mempunyai kuasa untuk membuat pilihan terbaik.
Cara tersebut mampu memberi kesedaran kepada para peniaga yang angkuh agar tidak

mempermainkan pengguna sewenang-wenangnya termasuk menaikkan harga sesuka hati.

Kita sebagai pengguna mempunyai hak untuk memboikot peniaga yang menjual

barangan mereka pada harga yang mahal. Ambil langkah untuk membandingkan harga antara

premis perniagaan sebelum mengambil keputusan untuk membuat pembelian. Kita sebagai

pengguna perlu bijak memilih kerana tidak semua peniaga yang berdegil dan tamak.

Kegagalan menggunakan hak untuk memilih dan mudah terpedaya dengan pujuk rayu

penjual menyebabkan pengguna sering terperangkap. Untuk memastikan hak memilih pengguna

ini terjamin, terdapat peruntukan di bawah beberapa akta yang berperanan melindungi hak ini

yang memastikan pengguna tidak diperkotak-katikkan oleh peniaga demi kepentingan mereka.

Antara akta yang melindungi hak pengguna adalah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan Akta

Lembaga Padi dan Beras Negara 1994 yang memastikan harga padi berpatutan dan stabil bagi

petani dan pengguna.

Akta Makanan 1983 pula bertujuan mengawal penjualan makanan supaya tidak

mengancam pengguna. Akta Kawalan Bekalan 1961 (pindaan 1990) bagi mengawal bekalan

barang-barang kawalan bagi memastikan bekalan mencukupi serta mengambil tindakan terhadap

perbuatan menyorok atau enggan menjual barang kawalan kepada pengguna. Akta Timbang dan

Sukat 1972 memastikan alat timbang adalah tepat serta menggunakan unit sukatan berdasarkan

kepada sistem unit antarabangsa. Ini bagi mengelakkan penipuan sukatan dan timbangan oleh

peniaga. Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 serta Akta Perbankan Islam untuk

melindungi wang para pendeposit di bank. Akta Insurans 1996 dan Akta Takaful 1984 pula

bertujuan mengawal selia industri insurans untuk memberi perlindungan pemunya dasar
insurans. Sementara itu, Akta Sewa Beli 1967 bertujuan mengawal perniagaan sewa beli dengan

menggariskan hak pengguna yang dilindungi akta.

Hak pengguna untuk membuat pilihan ini juga turut dilindungi di bawah Akta Jualan

Barangan 1977, Akta Undang-undang Sivil, Akta Perihal Dagangan, 1972, Akta Perlindungan

Pengguna, 1999 dan Akta Kontrak 1950. Bagaimanakah anda boleh mengetengahkan tuntutan

untuk mendapat ganti rugi? Semua akta ini memberi peruntukan kepada pengguna untuk

menuntut ganti rugi jika mereka ditipu oleh peniaga atau barang yang mereka beli itu tidak

berkualiti atau tidak sama seperti yang dipamerkan atau diiklankan. Pengguna boleh

menggunakan peruntukan yang terdapat di bawah ini untuk mempertahankan hak mereka bagi

mendapatkan ganti rugi jika pilihan yang mereka boleh lakukan dalam membeli sesuatu barang

tidak tepat kerana dimanipulasikan peniaga. Pengguna boleh memilih untuk bertindak sendiri

atau melalui Tribunal Tuntutan Pengguna (TPP). Ini membabitkan hak mendapatkan

penyelesaian tuntutan yang melibatkan hak untuk menerima pampasan bagi barangan atau

perkhidmatan yang tidak bermutu. Pengguna tidak perlu berasa risau atau teragak-agak untuk

bertindak apabila berasa barangan yang diperoleh tidak bermutu.

Propaganda iklan

Krisis ekonomi yang melanda pada hujung tahun 1990-an dan sekitar 2008 sepatutnya menjadi

pengajaran bahawa membelanjakan wang secara berlebihan boleh memberikan implikasi negatif

kepada kita sendiri sebagai pengguna. Antara faktor penyumbang kepada krisis tersebut ialah

ketaksuban kepada kemewahan. Ketaksuban itu membuatkan kita gagal membuat pilihan yang

tepat dalam membeli barang untuk kegunaan kita setiap hari.


"Apabila wang memerintah, kita hanya ingat harga sesuatu barangan itu, dan kita

lupa nilai barangan itu. Itulah kesilapan yang tidak baik. (Sentamu, 2005)

Krisis ekonomi berlaku kerana orang yang tidak ada wang meminjam wang untuk

berbelanja. Wang itu pula mereka gunakan untuk membeli barangan yang tidak diperlukan.

Tanpa barangan itu pun sebenarnya hidup mereka tetap bahagia dan tetap berjalan seperti biasa.

Namun, disebabkan terpengaruh dengan pujukan komersialisme dan godaan pasaran terutama

iklan, pengguna gagal berfikir serta gagal membuat pilihan yang tepat hingga membelanjakan

wang secara keterlaluan yang akhirnya menjerumuskan mereka ke dalam krisis ekonomi.

Kedudukan pasaran masyarakat pengguna berdasarkan kepada permintaan. Jika tiada

permintaan daripada pengguna maka pasaran tidak akan bergerak dan ekonomi tidak akan

berkembang. Oleh sebab itu, peranan pengguna penting dalam menggerakkan dan menjana

sesebuah ekonomi. Apabila ada permintaan maka akan ada penawaran. Ekoran terlalu banyak

penawaran maka akan wujud persaingan antara para pengeluar untuk menawan hati pengguna,

maka salah satu caranya adalah melalui iklan. Pengiklanan mencipta seribu satu pujukan yang

boleh memesongkan minda pengguna hingga membuatkan mereka melakukan keputusan yang

tidak tepat. Iklan bukannya memberitahu apa yang kita perlukan, tetapi lebih memberitahu apa

yang kita tidak ada, apa yang belum kita miliki. Akibatnya, pengguna membuat pilihan

berdasarkan pujukan dan pengaruh iklan. Ini bukan pilihan yang sebenar.

Pengiklanan merupakan alat yang cukup berkesan kepada perniagaan untuk memasarkan

barangan mereka. Itu menjadi kaedah terbaik untuk menarik pelanggan. Iklan bermaksud

memberitahu pengguna apa pilihan yang mereka ada, dan barangan baharu yang kini berada

dalam pasaran. Kita sebagai pengguna tidak perlu bersusah payah untuk mencari barangan
baharu yang berada dalam pasaran, kerana melalui iklan barangan itu yang akan muncul dalam

hidup kita. Strategi pengiklanan yang diulang-ulang pada waktu pagi, petang, siang dan malam

hingga kita merasakan perlu memiliki barangan tersebut. Pada hal realitinya barang itu bukan

diperlukan. Jika kita tidak berhati-hati, tidak membuat pertimbangan yang wajar dan tidak

menggunakan hak dalam membuat pilihan itu, iklan ini boleh menggalakkan nilai-nilai yang

bertentangan dengan kesejahteraan manusia, kelestarian alam sekitar dan masyarakat yang adil.

Jika tidak dikawal selia sama ada melalui undang-undang dan peraturan serta melalui tingkah

laku pengguna itu sendiri, maka iklan boleh memudaratkan masyarakat. Para pengiklan tidak

melihat semua ini. Apa yang mereka fikir ialah cara mengagihkan semula penggunaan,

menentukan cara berbelanja daripada satu jenama kepada jenama yang lain. Mereka juga yang

menetapkan pilihan yang pengguna perlu buat yang ada kalanya menjejaskan nilai sedia ada.

Iklan seolah-olah menggalakkan masyarakat supaya mengurangkan penjimatan tetapi

berbelanja lebih. Bekerja lebih keras untuk mencari wang dan seterusnya belanjakan kepada

barangan yang tidak perlu. Di Amerika Syarikat, setiap rakyatnya terdedah kepada antara 500

hingga 1,000 mesej komersial sehari. Pelbagai bentuk iklan menerjah ke dalam kehidupan rakyat

negara itu yang sudah tentu akan mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna

(http://hilo.hawaii.edu).

Industri pengiklanan di Malaysia pula berkembang selari dengan perkembangan ekonomi

negara. Dahulu iklan tertumpu kepada media konvensional seperti akhbar arus perdana,

televisyen, radio, papan iklan dan dalam pengangkutan awam. Kini iklan turut menggunakan

medium baharu yang boleh sampai terus ke tangan kita melalui telefon bimbit. Medium iklan

baharu ini terus mendedahkan pengguna kepada pelbagai iklan sama ada dari dalam mahupun

luar negara.
Walaupun peniaga bebas untuk mempromosi barangan mereka dan memujuk pengguna

membeli barangan mereka melalui pelbagai medium, tetapi mereka sebenarnya dikawal melalui

undang-undang. Mereka tidak boleh membuat iklan sewenang-wenangnya hingga menipu

pengguna. Terdapat beberapa akta dan peraturan berkaitan pengiklanan yang dikawal selia oleh

pelbagai kementerian dan agensi (maklumat berkenaan kementerian dan agensi yang mengawal

selia pengiklanan adalah seperti di Lampiran 1). Namun begitu, masih terdapat iklan-iklan yang

mempunyai unsur-unsur palsu atau mengelirukan diterbitkan untuk menarik perhatian dan

mempengaruhi pengguna membuat keputusan dalam pembelian. Perkembangan ini mendorong

kepada keperluan menubuhkan satu Jawatankuasa Pengiklanan di bawah Bahagian XIA Akta

Perlindungan Pengguna 1999.

Peruntukan baharu ini yang dimasukkan melalui pindaan pada tahun 2010 bertujuan

memantau iklan-iklan palsu atau mengelirukan pengguna. Penyebaran iklan ini dalam pelbagai

bentuk memerlukan pengawalan dan pemantauan secara berkesan untuk memelihara kepentingan

pengguna. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengiklanan menyediakan Garis Panduan

Mengelakkan Iklan Palsu atau Mengelirukan ini bertujuan menjelaskan perkara berkaitan palsu

atau mengelirukan. Garis panduan ini dapat dijadikan rujukan bagi mengelakkan penerbitan iklan

palsu atau mengelirukan. Garis panduan ini tidak akan menggantikan atau menjejaskan sebarang

undang-undang atau peraturan sedia ada berkaitan pengiklanan. Untuk pengiklanan

perkhidmatan profesional pula tertakluk kepada akta, peraturan dan kod etika profesion terbabit.

Bagi mengelakkan penipuan melalui iklan, satu Jawatankuasa Pengiklanan di bawah

Bahagian XIA Akta Perlindungan Pengguna 1999 telah diwujudkan. Peruntukan baharu ini yang

dimasukkan melalui pindaan pada tahun 2010 bertujuan memantau iklan-iklan palsu atau

mengelirukan pengguna. Ini bagi memastikan penyebaran iklan yang tidak beretika dikawal dan
dipantau supaya kepentingan pengguna terpelihara. Iklan dalam pelbagai bentuk memerlukan

pengawalan dan pemantauan secara berkesan untuk memelihara kepentingan pengguna.

Jawatankuasa Pengiklanan pula telah tampil dengan Garis Panduan Mengelakkan Iklan Palsu

atau Mengelirukan yang bertujuan menjelaskan perkara-perkara berkaitan iklan yang palsu atau

mengelirukan. Garis panduan ini menjadi rujukan dan panduan bagi mengelakkan penerbitan

iklan palsu atau mengelirukan.

Berdasarkan garis panduan ini, pengiklan tidak dibenarkan membuat kenyataan yang

palsu atau mengelirukan berkaitan tempat dikilangkan, pengeluar, jenis, standard, kualiti, gred,

kuantiti, komposisi, gaya atau model tertentu sesuatu barang atau perkhidmatan yang

diiklankan.69

Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pengiklan yang didapati menyebabkan

pengguna terpedaya kerana didorong oleh iklan yang palsu atau mengelirukan. Tindakan ini

boleh diambil berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan. Misalnya, jika kesalahan iklan itu

dilakukan mengikut bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri, tindakan boleh diambil mengikut:

1. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

2. Akta Penapisan Filem 2002.

3. Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986.

4. Garis Panduan Penapisan Filem 2002.

5. Garis Panduan Penerbitan Kementerian Dalam Negeri.

Jika kesalahan itu membabitkan bidang kuasa di bawah Kementerian Kesihatan, tindakan

boleh diambil berdasarkan:

69
Garis Panduan Mengelakkan Iklan Palsu atau Mengelirukan
1. Akta Jualan Dadah 1952

2. Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

3. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985

4. Akta Optik 1991

5. Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

6. Akta Peranti Perubatan

7. Akta Pergigian 1971

8. Akta Perubatan 1971

9. Akta Pembantu Perubatan 1977

10. Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 (Semakan 1983).

Di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya pula kesalahan berkaitan iklan oleh

dikenakan tindakan berdasarkan:

1. Akta Pengangkutan Jalan 1987.

2. Tatacara Permohonan Mendirikan Struktur Paparan Iklan di dalam Rizab Jalan

Persekutuan/Lebuhraya 2011.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan pula mempunyai

empat akta yang mengawal selia iklan:

1. Akta Perlindungan Pengguna 1999.

2. Akta Perihal Dagangan 2011.

3. Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993

4. Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997.


Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga mempunyai akta dan

peraturan mengawal iklan:

1. Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM 1998).

2. Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia1998.

3. Lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (Individu).

4. Kod Etika Penyiaran Televisyen RTM.

5. Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

6. Kod Amalan Am Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

7. Perakuan Filem Iklan Buatan Malaysia (MIM) 2010.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga mempunyai kuasa untuk

mengawal iklan yang tidak bertanggungjawab melalui:

1. Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan 2011) serta Peraturan-peraturan Pemberi

Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003.

2. Akta Pemegang Pajak Gadai 1972) serta Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai

(Kawalan dan Pelesenan) 2004.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976.

4. Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga mempunyai kuasa untuk mengawal salah laku

iklan ini melalui:

1. Akta Perihal Dagangan 2011.


2. Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

3. Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Gunakan hak memilih

Apabila berhadapan dengan isu kenaikan harga barang, kita sebagai pengguna hanya merungut

dan merungut. Kita juga selalunya akan menyalahkan pihak lain kerana kenaikan harga dan

manipulasi pasaran itu. Perkara yang kita tidak sedar ialah kita boleh menentukan kedudukan

harga itu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Turun naik harga bergantung kepada

permintaan dan penawaran. Permintaan dan penawaran itu pula bergantung kepada sikap dan

tindak-tanduk pengguna. Pihak KPDNKK memang mengawal harga barangan melalui tindakan

tegas ke atas peniaga yang tamak, degil dan mengambil kesempatan termasuk mengikut Akta

Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 yang memperuntukkan nilai kompaun sehingga

RM100,000. Namun, di sebalik tindakan tegas itu, peniaga yang tamak dan degil terus

mengambil kesempatan dan pengguna masih menjadi mangsa keadaan secara berterusan.

Maka dalam konteks ini pengguna dilihat sudah tiada pilihan melainkan menggunakan

hak sebagai pengguna yang bijak. Pengguna kena buktikan kuasa mereka yang sebenar. Sebagai

pengguna kita perlu sedar bahawa kita ada kuasa untuk mengajar peniaga yang degil seperti ini.

Kita sebagai pengguna mampu melakukannya andai bijak menggunakan hak dan kuasa kita

sebagai pengguna.

Sedar atau tidak golongan pengguna jauh lebih ramai daripada golongan peniaga.

Pengguna ialah kelompok majoriti yang mempunyai banyak pilihan sebenarnya. Bilangan kedai
runcit, syarikat mahupun kedai makan yang begitu banyak sepatutnya digunakan sebaik mungkin

untuk kita membuat pilihan yang bijak.

Teliti harga yang ditawarkan terlebih dahulu. Buat perbandingan harga dengan gerai lain dan

barulah membuat keputusan. Itu ialah tindakan asas yang paling penting dalam situasi sekarang.

Jangan beli di kedai yang menjual sesuatu barangan mahupun perkhidmatan itu dengan harga

yang lebih mahal berbanding dengan kedai lain.

Pengguna boleh memboikot terus kedai dan peniaga tersebut termasuk menghebahkan

ketamakan peniaga terbabit kepada pengguna lain dan juga membuat aduan terus kepada pihak

berkuasa. Jika setiap seorang daripada kita mampu berbuat demikian maka percayalah para

peniaga yang degil pasti akan mengalah. Mereka tiada pilihan selain menurunkan harga barangan

daripada terus jatuh bankrap. Itulah kuasa pengguna yang sebenarnya (Utusan Malaysia, 2013).

Kita boleh mengayakan seorang peniaga dan juga sebaliknya boleh membuat peniaga

tersebut tersungkur gulung tikar. Sepatutnya dalam keadaan sekarang ini sebagai pengguna kita

mengutamakan konsep nilai untuk ringgit atau value for money dalam setiap perbelanjaan.

Namun malangnya tidak ramai yang menggunakan hak dan kuasa sebagai pengguna. Kita

mengambil mudah, malas memilih dan membandingkan harga terlebih dahulu sebelum membuat

pembelian menyebabkan para peniaga terus bermaharajalela. Kita tidak menggunakan hak kita

untuk memilih.

Pilihan pada era digital

Perkembangan dunia Internet dianggap banyak membantu urusan seharian manusia. Pada masa

yang sama pakar menganggap, kemudahan itu merupakan ancaman terbesar kepada manusia
kerana boleh menghasut ke arah keganasan, menjatuhkan kerajaan, dan membawa dunia

kepenggunaan yang negatif.

Kebimbangan itu disuarakan oleh penyelidik dari Pusat bagi Kajian Kewujudan Risiko

(CSER) Universiti Cambridge yang diwujudkan bagi memantau kecerdasan buatan, kemajuan

teknologi, bioteknologi, nanoteknologi, dan perubahan iklim.

Sebagai contoh menurut mereka, Internet disebut sebagai faktor utama yang mendorong

fenomena kebangkitan rakyat di Mesir pada 2011, manakala serangan siber berpotensi

menjatuhkan sesebuah kerajaan serta mengancam perniagaan sekali gus boleh merosakkan

ekonomi global. Internet juga turut membawa kepada pelbagai bentuk penipuan global dengan

setiap tahun jutaan pengguna tertipu yang membabitkan kerugian berbilion ringgit (Utusan

Malaysia, 2015).

Sains moden sering mengetengahkan idea risiko semula jadi seperti kesan asteroid dan

bencana gunung berapi yang mampu mengancam spesies manusia keseluruhannya. Namun apa

yang kita tidak sedar, manusia sendiri sebenarnya berpotensi mengancam populasi sendiri, kata

pensyarah falsafah Universiti Cambridge, Huw Price.

Penyelidik itu menjelaskan bahawa, kemampuan kemajuan teknologi amat berbahaya

dalam beberapa tangan manusia. Internet juga menjadi medium yang digunakan penjenayah

dan pengganas yang beroperasi di sebalik laman web gelap yang boleh menyumbang kepada

peperangan global, menyebarkan keganasan, dan jenayah sehingga mencetuskan Perang Dunia

Ketiga. Kemajuan Internet dan keupayaan laman web juga menjadikan prospek kecerdasan

buatan lebih menonjol sehingga Profesor Stephen Hawking mendakwa kejayaan mewujudkan

kecerdasan buatan merupakan perkara besar dalam sejarah manusia.


Kewujudan Internet yang membawa kepada perkembangan dunia komunikasi melalui era

siber dan digital sudah tentu turut mempengaruhi dunia kepenggunaan. Pengguna kini memiliki

akses kepada lebih banyak produk di seluruh dunia. Perkembangan teknologi digital yang

menjadikan penggunaan komputer makin murah dan mudah turut memudahkan gerak kerja

pemasaran dan pengiklanan. Melalui telefon pintar yang boleh dibeli dengan harga yang cukup

murah, maklumat kini terletak di hujung jari. Iklan kini boleh sampai terus kepada pengguna

tertentu. Jadi, godaan kepada pengguna semakin besar.

Kewujudan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya turut

memudahkan pengeluar memasarkan barangan mereka. Melalui media sosial ini mereka boleh

terus ke kumpulan sasar. Pengguna Facebook misalnya jumlahnya melebihi penduduk India dan

nilai wang yang dijana oleh media sosial itu melebihi KDNK New Zealand (AS$170 bilion). Ini

menunjukkan bahawa dunia digital adalah sebahagian daripada kehidupan kita, kini berada di

tengah-tengah kehidupan pengguna. Ini fakta yang kita tidak dapat nafikan. Dunia digital

menjadi penggerak kepada abad ke-21 yang mempunyai potensi lebih tinggi, cabaran lebih besar

atau implikasi yang lebih luas kepada keadilan dan perlindungan pengguna.70 Lebih mengerikan,

maklumat yang disalurkan melalui media sosial ini sukar untuk ditapis. Maklumat palsu, tidak

tepat dan mengelirukan pengguna mengalir pantas tanpa mampu disekat oleh sesiapa kecuali

individu pengguna itu sendiri. Oleh sebab itu, sangat penting untuk kita mengambil kira kesan

dan kepentingan dunia digital dalam kehidupan harian pengguna.

Menurut Ketua Pengarah Consumer International (CI), Amanda Long, bahaya yang

paling utama pada era digital ini ialah setakat mana keupayaan kita untuk mengawal data

peribadi. Jika kita gagal maka hak privasi akan dicerobohi sewenang-wenangnya. Oleh hal yang

70
Amanda Long, Keynote address International Conference on Consumer Protection in the Digital Age Chiang Mai,
Thailand 3 April 2014
demikian, demi keselamatan, pengguna perlu melindungi identiti digital dan berhati-hati dengan

perkhidmatan yang ditawarkan dalam Internet. Gerakan pengguna pada era digital antaranya

membabitkan:

1. Mengurus dan melindungi identiti digital;

2. Perkhidmatan mudah alih;

3. Akses maklumat, kuasa dan amanah;

4. Menggerakkan dan memperkasakan pengguna;

5. Memantapkan peraturan-peraturan dan e-dagang.

Kita juga harus ingat bahawa ini adalah benar-benar isu global. Bagi negara-negara

membangun pula, akses Internet yang murah menjadi keutamaan kumpulan pengguna mereka.

Perkara ini menjadi bidang penting untuk dilaksanakan. Apabila kapasiti Internet bertambah

maka makin terdedahlah rakyat di negara membangun kepada manipulasi pemasaran dalam

dunia siber. Tanpa ilmu yang mencukupi mereka akan terpengaruh dengan pelbagai tawaran,

pujuk rayu dan janji manis yang akhirnya akan memerangkap pengguna. Dalam hal ini, Long

meminta NGO pengguna supaya memperjuangkan dan memperkasakan pengguna supaya

mereka sedar akan kerugian yang bakal dialami jika tidak berhati-hati.

Penipuan dalam Internet

Malaysia tidak terlepas daripada manipulasi dunia siber ini ekoran kealpaan pengguna Internet

hingga membawa kepada kes-kes jenayah. Statistik Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Bukit Aman menunjukkan jenayah komersial mencatatkan 16,661 kes yang dicatatkan di seluruh
negara dari Januari hingga Disember 2013. Ini membabitkan 257 kes jenayah siber melibatkan

kerugian RM3,952,232 (Utusan Malaysia, 2014).

Peranan memantau penipuan atau scam Internet di Malaysia menjadi tanggungjawab

Cyber Security. Scam merupakan satu bentuk penipuan oleh pihak tertentu terhadap mangsa.

Mereka menggunakan pelbagai cara untuk mengumpan pengguna terutama pengguna laman

sosial. Jika kita tidak berhati-hati, segala bentuk maklumat, tawaran dan janji itu akhirnya

menjadi perangkap.

Penjenayah siber menggunakan laman sosial yang dilayari melalui komputer riba sebagai

platform untuk melakukan penipuan. Penggunaan barang berjenama turut menjadi umpan

mereka untuk melakukan lebih banyak tipu helah. Sebagai pembeli, apabila melihat barangan

berjenama dengan harga durian runtuh akan gelap mata dan dengan hanya satu klik wang

mereka hilang sekelip mata.

Jenayah siber sering berlaku dengan mudah, tidak kira tempat dan setiap masa dalam

dunia tanpa sempadan. Pelbagai taktik digunakan oleh penjenayah untuk memerangkap

pengguna. Menurut Dr. Jessica, beliau dan rakannya yang mencari kereta di laman sosial yang

sahih juga nyaris ditipu apabila menerima e-mel daripada penjual kereta yang kononnya berada

di luar negara meminta wang pendahuluan jika berminat dengan kereta yang diiklankan.

Biasanya kes penipuan, modus operandi mereka adalah dengan cara meminta pembeli

memasukkan wang ke dalam akaun penjual yang ada kaitan dengan pemilik akaun bank yang

lain.71

Leonall Ong, seorang mangsa jenayah siber yang masih trauma kehilangan wang beribu-

ribu ringgit dan kini telah berhijrah ke luar negara menasihatkan orang ramai supaya jangan

71
ibid
sesekali memasukkan deposit terlebih dahulu walaupun dipujuk rayu dengan tawaran lumayan.

Kita juga perlu berhati-hati dengan kenalan yang baru dikenali di media sosial sama ada di laman

sosial Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya kerana kemungkinan mereka berniat jahat

yang mahu mengumpan mangsa dalam Internet.

Ketika rakyat Malaysia digalakkan untuk menjalankan urusan harian menggunakan

Internet termasuk perbankan, pada masa sama mereka juga perlu berhati-hati agar tidak terjebak

dengan penipuan yang boleh merugikan. Kini dengan adanya telefon pintar yang dijual pada

harga yang murah menjadikan rakyat Malaysia cukup mesra Internet. Kajian mendapati Malaysia

merupakan satu daripada lima buah negara tertinggi di dunia yang mengakses Internet melalui

telefon pintar.

Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, kaji selidik Barometer

Pengguna 2014 mendapati 51 peratus penggunaan Internet di Malaysia adalah melalui telefon

pintar, berbanding 39 peratus menggunakan komputer. Hasil kaji selidik itu merupakan kejutan

besar kepada syarikat di Malaysia yang tidak mempunyai laman web dengan mobile-optimised

atau aplikasi mudah alih. Daripada kaji selidik itu, sebanyak 35 peratus pengguna Malaysia

menyatakan mereka secara eksklusif menggunakan telefon pintar untuk akses kepada Internet.

Ini menjadikan Malaysia sebagai negara nombor satu di dunia untuk akses Internet secara

eksklusif menggunakan telefon pintar (Utusan Malaysia, 2014).

Kaji selidik itu dijalankan dengan kerjasama TNS membabitkan 46 buat negara dan

hasilnya mendapati, Asia mendahului benua lain dalam kategori penggunaan telefon pintar,

pembelian secara atas talian dan perilaku carian atau tontonan. Daripada kaji selidik itu juga

didapati pengguna di Asia bertukar daripada pengguna Internet desktop kepada paparan web

mudah alih yang lebih menarik.


Empat negara lain yang mempunyai pengguna Internet melalui telefon pintar tertinggi

berbanding komputer:

1. China dengan nisbah 70:65,

2. Hong Kong (74:61),

3. Korea Selatan (80:70) dan

4. Singapura (85:74).

Sebanyak 41 peratus penduduk Malaysia mencari produk menggunakan telefon pintar

sebelum mereka membuat keputusan membelinya. Angka itu jauh lebih tinggi berbanding

Eropah Barat. Di United Kingdom hanya 21 peratus rakyatnya berbuat demikian dan Jerman

hanya 20 peratus. Ini menunjukkan para pengguna di Malaysia cukup terdedah kepada pelbagai

bentuk manipulasi pasaran dan penipuan di Internet. Oleh sebab itu, peraturan dan undang-

undang sedia ada perlu diperkemas bagi membendung ancaman tanpa sempadan ini.

Pada masa ini para peniaga yang melakukan penipuan melalui perniagaan dalam talian

boleh didenda mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda

sehingga RM200,000 dan hukuman penjara maksimum lima tahun.

Akta tersebut dikuatkuasakan bagi melindungi pengguna yang terdedah kepada risiko

penipuan Internet. Setiap peniaga juga perlu mendapatkan lesen perniagaan dan memaparkan

maklumat tersebut di dalam laman sesawang sebagai panduan kepada pengguna yang mahu

menggunakan perkhidmatan ditawarkan.

Bagi peniaga individu, kesalahan pertama boleh menyebabkan mereka didenda

RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali manakala kesalahan kedua

memperuntukkan denda RM100,000 dan penjara tidak lebih lima tahun.


Sekiranya penipuan dilakukan oleh perbadanan atau pertubuhan, hukuman denda bagi

kesalahan pertama adalah tidak melebihi RM100,000 manakala kesalahan seterusnya boleh

didenda maksimum RM200,000. Enam syarat ditetapkan untuk perniagaan Internet iaitu:

1. Peniaga perlu memaparkan nama individu atau syarikat dan lesen di dalam laman

sesawang syarikat berkenaan;

2. Peniaga perlu paparkan ciri-ciri barang yang hendak dijual;

3. Harga serta kos penghantaran perlu dinyatakan;

4. Kaedah pembayaran;

5. Terma dan syarat urus niaga;

6. Anggaran masa penghantaran.

Sementara itu statistik polis di Sabah dari tahun 2010 hingga Julai 2014 turut

mencatatkan kes penipuan melibatkan perkenalan menerusi laman sosial yang serius apabila nilai

kerugian yang dialami mangsa mencecah RM11.5 juta. Rekod aduan yang diterima pihak pihak

polis Sabah sepanjang tempoh 2010 sehingga Julai 2014 dalah sebanyak 225 kes. Pecahan kes

mengikut tahun seperti berikut:

1. 2010 - 41 kes dengan kerugian RM2,676,518 pada 2010;

2. 2011 - 46 kes dengan RM1,323,514.53;

3. 2012 - 54 kes dengak kerugian RM2,412,483;

4. 2013 - 64 kes dengan RM4,567,184.67

5. 2014 (sehingga Julai) - 20 kes dengan kerugian RM538,900 (Utusan Malaysia, 2014).
Seperti kes berkaitan, mangsa berkenalan dengan suspek melalui laman media sosial,

kononnya suspek berasal dari luar negara dan ingin mencari jodoh. Sebagai tanda persahabatan,

suspek akan mengirimkan mangsa hadiah. Selepas itu, mangsa akan dihubungi seseorang yang

menyamar sebagai pihak kastam atau syarikat penghantaran, kononnya bungkusan 'hadiah' itu

telah ditahan kerana masalah cukai. Mangsa diminta membuat pembayaran melalui nombor

akaun tertentu tanpa disedari, mereka telah ditipu. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kadar

pengetahuan untuk melindungi diri dalam kalangan pengguna muda Internet di negara ini masih

rendah. Kira-kira 40 peratus daripada 14,000 orang pelajar sekolah di seluruh negara ini didapati

tidak mengetahui bagaimana mereka boleh melindungi diri ketika menggunakan kemudahan.

Angka ini berdasarkan satu kajian keselamatan Internet dan daya tahan digital dalam kalangan

pelajar (Utusan Malaysia, 2014).

Kajian Keselamatan Atas Talian Kebangsaan itu diterbitkan DiGi Telecommunications

Sdn. Bhd. (DiGi) yang memperoleh respons daripada pelajar yang menyertai bengkel

CyberSAFE in Schools 2014 selama sembilan bulan, mendedahkan corak tingkah laku dan risiko

atas talian dalam kalangan pelajar di negara ini.

Kajian tersebut bertajuk Kajian Kebangsaan 2014: Laporan CyberSAFE in Schools yang

bertemakan Jaringan Keselamatan: Pembinaan Keupayaan di Kalangan Kanak-kanak Sekolah

Malaysia Supaya Selamat Atas Talian. Ia meneliti beberapa perlakuan berkaitan Internet:

keselamatan atas talian, buli siber, rangkaian sokongan dan kebimbangan peribadi telah

dihimpunkan dan diproses oleh Taylor Nelson Sofres Malaysia Sdn. Bhd. dan dianalisis oleh

pakar penyelidikan pendidikan, Prof. Kuldip Kaur dan Prof. Karuthan Chinna.

Pelajar yang mengambil bahagian pada program itu diminta memberikan maklum balas

berdasarkan satu senarai soalan yang diberikan sebelum dan selepas bengkel yang diadakan.
Daripada kajian itu juga didapati 83 peratus pelajar terdedah dengan risiko atas talian disebabkan

pengambilan langkah perlindungan yang minimum. Dua pertiga daripada pelajar iaitu bawah 13

tahun mengambil langkah perlindungan yang rendah untuk keselamatan atas talian manakala 52

peratus daripada pelajar masih percaya mereka selamat ketika berada dalam talian. Sementara

itu, 70 peratus daripada pelajar yang terlibat dalam kajian itu mengatakan mereka tidak

mengambil kisah terhadap pencerobohan privasi atau perlunya untuk mengenali individu yang

mereka berinteraksi dengan mereka. Lebih 40 peratus kanak-kanak yang mengambil bahagian

memaklumkan bahawa perlindungan terhadap keselamatan dalam talian adalah penting, namun

lemah dalam pengambilan langkah perlindungan.

Aspek kajian yang berkaitan pembuli siber menunjukkan 26 peratus pelajar yang

mengambil bahagian melaporkan mereka telah dibuli atas talian dengan kumpulan berusia 13

sehingga 15 tahun menunjukkan angka tertinggi. Dalam aspek campur tangan dewasa

menunjukkan 50 peratus kanak-kanak tidak diselia ketika melayari Internet, dengan hampir 40

peratus mengatakan bahawa mereka tidak dikawal oleh sebarang peraturan keselamatan

manakala 61 peratus kanak-kanak akan mengadu kepada ahli keluarga mereka apabila

berhadapan dengan pengalaman negatif dalam talian, sungguhpun disediakan 10 saluran aduan,

terdapat enam peratus pelajar sekolah memilih untuk berdiam diri. Jika generasi muda pengguna

Internet ini tidak dididik dengan budaya yang betul ketika menggunakan teknologi itu, ada

kemungkinan apabila dewasa mereka akan terbawa-bawa dengan sikap itu yang mana itu akan

mendedahkan mereka kepada pelbagai bentuk penipuan di dunia siber.


Orang tamak selalu rugi

Selain itu, sikap tamak antara punca pengguna menjadi mangsa penipuan dalam Internet

walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pihak berkuasa. Penganalisis mendapati

kejadian jenayah siber sering kali dilaporkan dalam media massa dan sepatutnya menjadi iktibar

kepada masyarakat supaya tidak menjadi mangsa penipuan. Selalunya jenayah siber ini

melibatkan keuntungan dan disebabkan hal demikian, orang yang selalu menjadi mangsa ialah

mereka yang tamak (Sinar Harian, 2013).

Oleh sebab itu, kita sebagai pengguna perlu sentiasa berhati-hati dan jangan terlalu

mudah percaya dengan tawaran yang diberikan melalui Internet. Pengguna perlu mengabaikan

apa juga tawaran yang dibuat dalam Internet yang membabitkan tuntutan kewangan atau yang

bermula tawaran istimewa. Bukan semua tawaran yang diiklankan dalam Internet adalah palsu

namun kita perlu selidik terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang urusan dengan orang lain

melalui Internet.

Seiring dengan perkembangan dunia teknologi maklumat ini, pengguna juga perlu

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang seiring dengan teknologi masa kini untuk

mengelakkan daripada menjadi mangsa jenayah siber. Pengguna tidak semestinya perlu

mempunyai pengetahuan yang tinggi, tetapi cukup sekadar pengetahuan yang dapat elakkan kita

daripada ditipu.

Statistik juga menunjukkan wanita di negara ini mudah terjebak dalam penipuan Internet

yang melibatkan kerugian RM50 juta pada 2011 (Sinar Harian, 2012). Perkara itu didedahkan

oleh Sehubungan dengan itu, anggota Majlis CAP Mohd Azmi Abdul Hamid mencadangkan

supaya badan bukan kerajaan mengambil inisiatif dengan menubuhkan kaunter perkhidmatan
aduan awam sekiranya berlaku kes penipuan tersebut. Gadis zaman sekarang lebih

mementingkan kerjaya, jadi mereka lebih suka mencari jalan penyelesaian sendiri yang menjadi

salah satu punca berlakunya jenayah.

Statistik juga menunjukkan seramai 1,436 wanita tempatan terjerat dengan pujukan

warga Afrika yang mengakibatkan kerugian RM87.6 juta dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Semuanya melalui Internet. Angka ini terus meningkat daripada 514 pada 2010 menjadi 671

kepada 2011 dengan kerugian mencapai RM20 juta pada 2010, RM50 juta (2011) dan RM17.6

juta bagi lima bulan pertama tahun ini. Sepanjang Januari hingga Mei 2012, 417 wanita tempatan

menjadi mangsa kes penipuan melalui laman sosial kemudian memujuk mangsa supaya

mengirimkan wang.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye

pula berkata penipuan Internet bukan hanya melibatkan wang namun melibatkan hati dan

perasaan kerana golongan wanita berusia 40-an, yang belum berkahwin serta janda merupakan

mangsa yang paling ramai. Mereka kebanyakannya mempunyai kewangan yang stabil namun

kurang menerima perhatian, jika mereka mendapat rakan siber khususnya lelaki yang mengambil

berat serta memberi perhatian maka mereka dengan mudahnya akan percaya setiap kata-kata

lelaki tersebut.

Dalam satu kes penipuan siber, seorang broker insurans yang ingin dikenali sebagai Lim

berumur 47 tahun pernah menerima kejutan yang teruk apabila ditipu lebih RM1 juta oleh

seorang lelaki Kanada melalui laman sesawang www.match.com pada September tahun 2011.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Rina, 38, merupakan seorang janda dan

memiliki sebuah perniagaan mengalami kerugian RM135,800 kerana ditipu rakan sembang

MySpace. Presiden Persatuan Ekonomi, Pengguna dan Keluarga Malaysia (MCAFEA) Dr. Jariah
Masud pula berpendapat wanita yang selalunya terjebak dengan masalah ini ialah mereka yang

tidak banyak bergaul, selalu membuat keputusan sendiri dan tidak mendapatkan nasihat orang

lain dalam membuat keputusan.

Golongan ini mudah menerima apa sahaja yang disampaikan oleh orang yang tidak

dikenali tanpa usul periksa malah tidak memikirkan implikasi serta tidak berfikir panjang, lebih

mudah dipengaruhi dengan pujukan emosi. Ada dalam kalangan mereka yang terjebak ini

mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi tidak memiliki kehidupan yang baik serta kurangnya

kemahiran kehidupan.72 Contohnya, kes seorang guru yang terpengaruh dengan gajet elektronik

murah yang kononnya barang rampasan kastam. Akibatnya guru berkenaan kerugian RM1,600

selepas ditipu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Dalam kejadian pada 6 Mei 2014,

mangsa yang berusia 57 tahun itu menerima SMS menawarkan penjualan telefon bimbit dan

komputer riba dan bersetuju untuk membeli telefon pintar berharga RM800 berikutan harga yang

ditawarkan berpatutan.73 Dia berurusan dengan seorang wanita yang memintanya memasukkan

wang pendahuluan sebanyak RM400 manakala baki boleh dibayar selepas barangan diterima.

Namun, perempuan tersebut meminta mangsa membayar baki bayaran bagi membolehkan

telefon pintar terus dihantar dan mangsa masukkan lagi RM400 ke dalam akaun wanita

berkenaan seperti yang diarahkan.

Tidak lama kemudian, mangsa menerima SMS memaklumkan pihak mereka menjual

telefon pintar itu secara pakej. Setiap pembelian dua unit, satu unit percuma akan diberikan tetapi

wang tambahan sebanyak RM800 perlu dimasukkan segera. Mangsa kemudiannya memasukkan

wang tambahan menjadikan jumlah keseluruhan bayaran yang dibuat berjumlah RM1,600

72
ibid
73
Terpedaya gajet elektronik murah, 8 Jun 2014, Sinar Harian
namun SMS seterusnya diterima dan memintanya membuat lagi bayaran tambahan sebanyak

RM800. Mangsa yang mula berasa tertipu dan memaklumkan bayaran tambahan tidak akan

dimasukkan malah meminta memulangkan kembali semula wangnya.

Bagaimanapun, wanita itu turut mengugut dengan mengatakan guru berkenaan akan

dikenakan tindakan sekiranya laporan polis dibuat kerana membeli barangan rampasan yang

ternyata salah di sisi undang-undang.

Guru berkenaan tetap membuat laporan polis pada 26 Mei 2014 bagi membolehkan kes

ini disiasat. Guru berkenaan berkata, dia sudah biasa dengan pembelian barangan secara atas

talian dan tidak mengesyaki sesuatu memandangkan akaun yang digunakan sindiket di bawah

nama syarikat berdaftar. Jika seorang yang berpengalaman berurus niaga secara elektronik

seperti guru tersebut boleh tertipu, bayangkan perkara yang akan berlaku kepada orang yang

tidak ada pengalaman dan pengetahuan.


6
Undang-undang dan Hak Bersuara

Kita sebagai pengguna kadang-kadang lupa akan hak untuk bersuara bagi menuntut keadilan

dalam apa juga urusan seharian. Apabila berhadapan dengan kenaikan harga, barang yang tidak

berkualiti, barangan yang tidak sepadan dengan harga, kita hanya diam. Diam bermakna

membenarkan perkara itu berlaku, sedangkan sebagai pengguna, kita bukan sahaja mempunyai

hak, tetapi hak itu dilindungi oleh undang-undang. Perkara yang paling utama sebagai pengguna

ialah kita perlu bersuara.

Ekoran kelalaian ini, maka kita sering kali menjadi mangsa. Ada masanya kita seperti

menjadi hamba kepada peniaga dan pembekal apabila kita menjadi tempat mereka melupuskan

barangan yang tidak berkualiti. Undang-undang dan peraturan memang sudah sedia ada, tetapi

semua itu tidak akan membawa apa-apa faedah sekiranya pengguna sendiri tidak memulakan

langkah untuk membela hak mereka. Hak ini perlu dituntut dan sekiranya tidak dituntut maka

akan diperlekehkan begitu sahaja.

Seperti kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk

Seri Hasan Malik, pengguna di Malaysia hari ini perlu membaiki sikap mereka. 74 Biarpun ada

pelbagai peraturan dan undang-undang, tetapi kuasa yang sebenar terletak pada tangan

pengguna. Dalam soal harga barang misalnya, jika permintaan daripada pengguna terus

74
Datuk Seri Hasan Malek, Teguran menteri tentang sifat negatif pengguna Malaysia, 4 Februari 2015, Kosmo, ms 9
meningkat maka peniaga tidak akan menurunkan harga, malah akan terus mencari peluang untuk

menaikkan lagi harga.

Oleh sebab itu, kata Hasan lagi, pengguna perlu lebih bijak dan mereka perlu mempunyai

kesedaran yang tinggi. Seolah-olah sudah menjadi satu budaya di Malaysia apabila barang bukan

keperluan dianggap sebagai keperluan. Hasilnya, pengguna berpusu-pusu membeli barangan

yang tidak perlu sehingga menyebabkan mereka terperangkap dalam pelbagai masalah kerana

berbelanja melebihi pendapatan. Ini merupakan perkara yang tidak boleh diselesaikan oleh

undang-undang atau dasar-dasar kerajaan berkaitan pengguna. Gaya hidup dan budaya

perbelanjaan ialah hak individu yang perlu dikawal oleh individu terbabit. Tanggungjawab pihak

kerajaan atau penggubal dasar hanya boleh menjalankan kempen kesedaran dan sebagainya,

tetapi keputusan akhir tetap terletak pada tangan pengguna.

Sumber.
Gambar 6.1. Keratan akhbar Kosmo 4 Februari 2015 mendesak pengguna boikot peniaga
tamak.
Sepatutnya pasaran ditentukan oleh pengguna dan bukannya peniaga. Walau

bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku kerana pengguna tidak mahu menggunakan hak mereka

termasuk hak bersuara. Jika pengguna mahu menjadi penentu pasaran, kita perlu menjadi

pengguna yang bertanggungjawab yang memainkan peranan. Kita kena menjadi pengguna yang

bijak berbelanja dan mengetahui hak sendiri.

Bagi mengelakkan pengguna berterusan menjadi mangsa kepada peniaga atau pengeluar

barangan, pengguna perlu menggunakan hak mereka untuk bersuara dengan aktif membuat

aduan atau laporan kepada pihak berkuasa jika terdapat peniaga yang tidak bertanggungjawab

dan tidak beretika. Apabila pengguna bersuara maka pihak berkuasa boleh mengambil tindakan

tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Jika mereka berhadapan dengan peniaga

yang mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barang, mereka perlu membuat laporan.

Pengguna perlu menyerahkan resit pembelian dan gambar kepada pihak berwajib jika perlu

untuk diambil tindakan.

Tidak menjadi satu kesalahan sekiranya pengguna bersikap cerewet dalam menentukan

pilihan sama ada bagi barang atau perkhidmatan yang dibeli atau dilanggan. Kenaikan harga

barang yang dialami disebabkan oleh peniaga ini dapat dilihat seolah-olah sebagai mengambil

kesempatan ke atas pengguna dengan membuatkan mereka berasa tiada pilihan sehingga

terpaksa membeli biarpun dengan harga yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya atau

membeli barangan yang mempunyai kualiti yang rendah.75

75
Zalina Zakaria, isu-isu terkini tentang pengguna Malaysia, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya
Guna kebijaksanaan

Di negara maju seperti di United Kingdom, pengguna mempunyai kuasa yang mampu

melariskan mahupun merugikan peniaga sama ada melalui peruntukan undang-undang mahupun

sikap pengguna itu sendiri. Mereka sangat aktif dan cepat memberikan tindak balas terhadap isu-

isu ketidakadilan serta penindasan terhadap pengguna.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi USM, Prof. Madya Mohamad Md. Yusof

dalam artikelnya Kepedulian Tempatan Asas Pengguna Bijak yang disiarkan dalam Utusan

Malaysia, 2 November 2014 berkata, kehendak pengguna dalam konteks Dasar Pengiklanan

Negara akan mengambil kira bukan sahaja soal pengawalseliaan kendiri, bahkan memastikan

kelahiran masyarakat pengguna yang bijak lagi bermaklumat.76

Persoalannya sekarang menurut beliau lagi, bagaimana pengguna Malaysia dapat

melestari kebijaksanaan, bertanggungjawab dan sekali gus proaktif sesuai dengan konsep

kepedulian tempatan? Sejauh manakah mekanisme dan saranan supaya pengguna proaktif lagi

responsif terhadap pengawalseliaan kendiri berkesan? Pengguna perlu bersuara seperti melalui

aduan dan sebagainya, mengurus aduan pengguna dengan kerjasama bersepadu daripada badan

bertanggungjawab seperti SKMM, KDN, Finas, Lembaga Penapisan Filem, MDec dan

KPDNKK menjamin kebijaksanaan pengguna mahupun kepedulian tempatan?

Malangnya, kandungan iklan ciptaan industri iklan kita kini lebih bijak mengendalikan

urusan mereka dengan pendekatan self-regulation bukan kawalan mutlak daripada badan kawal

seliaan. Kononnya dakwaan dilemparkan terlalu banyak peraturan dan kod etika yang

76
Prof. Madya Mohamad Md. Yusof dalam artikelnya Kepedulian Tempatan Asas Pengguna Bijak. Utusan
Malaysia 2 November 2014
menghalang kreativiti mahupun gerak kerja sehingga membantutkan kebebasan karyawan.

Apakah ini benar atau hanya sekadar melepas batuk di tangga? Yang penting ialah masyarakat

pengguna mahukan maklumat, kebenaran dan keikhlasan daripada setiap kandungan iklan.

Namun, adakah pengiklan dan media mempunyai kepedulian tempatan lagi sensitif

terhadap kebajikan dan kesejahteraan pengguna dan negara. Industri iklan dalam konteks ini

masih jauh berperanan melahirkan masyarakat pengguna yang bijak lagi bertanggungjawab. Jika

iklan berperanan membina cita rasa dan melonjakkan nilai kebersamaan dalam kalangan rakyat

menerusi iklan pembangunan, mengapakah pula hubungan baik yang sinergistik, simbiotik lagi

integratif tidak dapat dipupuk? Iklan perlu menjamin hubungan baik antara pengguna, pengiklan,

media, agensi iklan dan kerajaan demi memperkukuhkan perpaduan nasional. Iklan berperanan

melibatkan sektor ekonomi, politik dan sosial khususnya memupuk nilai tempatan sambil

berperanan merekayasa amalan sosial dan budaya pengguna sesuai dengan kepedulian tempatan.

Berapa banyakkah aduan diterima daripada badan kawal selia yang banyak menyentuh

kepedulian tempatan? Di mana puncanya atau siapa yang perlu dipersalahkan dalam perihal

melanggar kepedulian tempatan?.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika Dasar Pengiklanan Negara digubal menerusi

Perbadanan Kemajuan Pengiklanan Negara (PIN), ia sudah pasti mampu melahirkan masyarakat

pengguna yang mempunyai pembudayaan kendiri bijak, bermaklumat, provokatif dan

bertanggungjawab lagi mampu mempengaruhi kegiatan golongan pengiklan/pengeluar dan peka

terhadap segala tingkah laku yang mempengaruhi keadaan ekonomi dan sosial negara.

Disebabkan pengguna tidak menggunakan kuasa yang ada pada mereka atau mereka

teragak-agak untuk bersuara atau pengguna bersuara tetapi mereka tidak sepakat, maka

berleluasalah kegiatan menipu pengguna dan segala bentuk eksploitasi terhadap pengguna.
Pengusaha dan peniaga yang mengamalkan budaya menipu pengguna turut berleluasa. Ada

pengguna yang ditipu timbangan dan ukuran, ada yang diperdaya dengan harga yang

dipropagandakan harga murah tetapi sebenarnya mahal, ada yang ditipu dengan barangan tiruan

ada yang terjebak dengan barangan atau perkhidmatan yang tidak halal dan ada juga yang

terperangkap dengan janji palsu along atau skim cepat kaya. Pada tahun 2008, kerajaan telah

menerima 0,720 aduan yang membabitkan pelbagai isu dan masalah yang menimpa pengguna.

Ribuan aduan juga turut dilaporkan oleh persatuan pengguna di seluruh negara.

Kita sebagai pengguna hanya mengeluh dan marah-marah. Kadang-kadang kita

menyalahkan kerajaan dan pihak berkuasa kerana gagal bertindak. Kita sendiri sebagai pengguna

tidak mahu bersuara dan tidak mahu bertindak sedangkan kuasa paling besar untuk menghukum

peniaga ini terletak di tangan pengguna. Sebagai pengguna atau pembeli, kita mempunyai hak

yang perlu dipertahankan. Hak-hak tersebut ialah

1. Memastikan barangan kegunaan yang dibeli adalah suci dan halal.

2. Memastikan barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah tulen dan berkualiti.

3. Memastikan harga yang dibayar adalah harga sebenar dan berpatutan.

Bagi memastikan hak-hak kita sebagai pembeli dan pengguna dapat dilindungi, maka kita

kena jadi pengguna yang bijak dan kita kena bersuara. Bijak dalam erti kata tidak dapat

dieksploitasi oleh pengusaha dan penjual. Bijak memilih penjual yang boleh dipercayai dan bijak

memilih barangan dan perkhidmatan yang suci, halal dan berkualiti; dan bijak mempertahankan

hak kita melalui undang-udang apabila hak itu dicabul oleh peniaga. Untung rugi pembeli dan

pengguna terletak di tangan kita sendiri. Sekiranya kita prihatin, berhemah dan waras dalam

mendapatkan barangan dan perkhidmatan, maka terjaminlah kehidupan kita.


Bagi para peniaga, mereka seboleh-bolehnya mahu memaksimumkan keuntungan. Mereka

berusaha mengaut keuntungan besar dan menjadi orang kaya. Oleh sebab itu, terdapat peniaga

menjadikan pembeli sebagai mangsa. Lebih menyedihkan jika mangsa itu ialah orang miskin dan

kumpulan daif yang lain. Dalam hal ini, para pembeli dan pengguna perlu sedar bahawa sikap

tidak kisah terhadap barangan dan perkhidmatan yang dibeli akan merugikan pengguna sendiri.

Jika pengguna tidak bersuara dan tidak menggunakan hak mereka untuk bertindak, kita

akan terus menjadi mangsa eksploitasi peniaga yang rakus. Kita terpaksa membayar lebih

daripada harga sebenar atau mungkin mendapat barangan yang tidak berkualiti dan mungkin juga

akan menggunakan barangan dan perkhidmatan yang tidak halal. Pengguna yang prihatin dan

bijak akan mengambil langkah-langkah berikut:

1. Setiap pengguna perlu mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang secukupnya

mengenai barangan dan perkhidmatan yang akan dibeli.

2. Para pengguna perlu membuat aduan apabila ada peniaga yang didapati menipu dan

menindas.

3. Para pengguna patut memilih premis perniagaan yang dipercayai amanah.

4. Pihak berwajib hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan penguatkuasaan ke atas

pusat-pusat perniagaan secara jujur dan bertanggungjawab.

Perkara yang paling penting ialah pengguna mesti bersuara. Terdapat pelbagai saluran

untuk mereka bersuara, sama ada melalui persatuan pengguna, melalui media massa mahupun

melalui saluran undang-undang. Pengguna harus bijak dan menggunakan kuasa dalam

menyuarakan hak mereka jika mendapati harga barang dinaikkan. Pengguna perlu bersuara
menuntut agar harga barang diturunkan. Jika pengguna benar-benar menggunakan suara mereka,

tindakan ini dilihat boleh memaksa syarikat atau peniaga patuh kepada peraturan.

Dalam hal ini, bukan bermaksud peniaga tidak boleh membuat keuntungan, tetapi jangan

sehingga menindas pengguna. Pengguna pula mesti pandai membuat pilihan di samping

melaporkan sebarang kenaikan harga barang supaya tindakan boleh diambil terhadap peniaga

terbabit. Terdapat banyak saluran untuk pengguna membuat aduan. Pejabat KPDNKK di setiap

daerah sentiasa bersedia menerima apa saja aduan yang berkaitan kepenggunaan. Pengguna juga

boleh membuat aduan kepada persatuan pengguna yang terdapat di seluruh negara. FOMCA,

CAP dan PPIM misalnya antara NGO yang aktif memperjuangkan hak pengguna di negara ini.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pula merupakan tempat untuk pengguna

menyalurkan aduan dan menuntut ganti rugi jika tidak berpuas hati dengan sesuatu barangan

yang dibeli atau perkhidmatan yang diterima. Pengguna mempunyai kuasa yang dapat digunakan

melalui saluran dan sistem perundangan yang sedia ada. Melalui kuasa itu, pengguna mampu

mencorakkan pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan dalam pasaran. Dengan cara

itu, pengguna dapat memastikan penipuan, penyelewengan dan penindasan oleh peniaga tidak

berlaku sewenang-wenangnya melalui peningkatan pengetahuan dan mengamalkan hak mereka

sebagai pengguna. Kuasa Pengguna dapat diperlihatkan melalui:

1. Pengguna menentukan pasaran.

2. Pengguna bersatu menuntut hak.

3. Sebulat suara dalam tindakan.

Pengguna perlu bertindak secara bersepadu dalam satu masyarakat pengguna yang kuat

dan membentuk satu pengguna yang bergerak seiring secara berkesan dan mewakili satu
golongan yang kuat dan disegani. Pengguna juga mempunyai hak yang sama tanpa mengira latar

belakang mereka dan hak ini perlu dihormati. Apabila sudah ada kesepakatan, maka pengguna

boleh bertindak dalam satu suara yang lebih bersepadu untuk menegakkan amalan dan nilai

kepenggunaan yang bersifat sejagat.

Pengguna perlu bertindak dan bersuara sebagai satu entiti bagi mencapai matlamat yang

ditetapkan. Ini boleh dicapai melalui penglibatan secara berkumpulan sama ada dalam organisasi

dan persatuan. Tanggungjawab pengguna ialah:

1. Kesedaran mengkritik

Pengguna mestilah disedarkan supaya mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu

barangan dan perkhidmatan.

2. Penglibatan dan tindakan

Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dengan -kegiatan sosial yang menjamin

kepentingan pengguna.

3. Tanggungjawab sosial

Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab sosial. Amalkan sikap

mengambil berat tentang persekitaran dan membuat apa yang perlu jika ada yang tidak

kena, walaupun diri anda tidak terlibat secara langsung.

4. Bersatu padu

Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah adalah dengan

semangat bekerjasama dan bersatu padu.


Suarakan pandangan

Pengguna berhak memberikan pandangan berkaitan apa sahaja isu kepenggunaan sama ada

teguran terhadap sikap peniaga, isu harga barangan yang mahal hingga kepada cadangan

kemungkinan perlukan peraturan atau peradangan baharu. Perkara ini selari dengan prinsip

kebebasan bersuara dalam perlembagaan dan sistem demokrasi. Pandangan ini boleh disuarakan

sama ada sebagai individu atau secara berkumpulan atau melalui organisasi tertentu. Pengguna

disarankan menggunakan hak bersuara ini untuk menyalurkan idea, pandangan, teguran,

cadangan atau apa sahaja malah dalam menentukan dasar kerajaan yang berkaitan pengguna.

Dalam menyuarakan pandangan, teguran dan idea ini sudah tentu lebih berkesan jika

dilakukan secara berkumpulan. Suara ramai lebih berkesan dan lebih didengari berbanding suara

individu. Oleh sebab itu, hak menyuarakan pendapat akan lebih berkesan jika disalurkan melalui

persatuan atau secara kolektif. Melalui persatuan pengguna misalnya, suara pengguna boleh

dibawa kepada pihak yang berwajib untuk diambil tindakan dan dicari jalan penyelesaian. Yang

penting kita sebagai pengguna sendiri kena bersuara. Pilih mana-mana persatuan pengguna yang

diiktiraf sebagai medium untuk kita bersuara. Jika sesuatu kawasan itu belum ada gerakan

pengguna, boleh dibentuk persatuan pengguna sama ada di peringkat sekolah, mukim, daerah

dan sebagainya bagi memperjuangkan kepentingan pengguna. Persatuan ini boleh membawa

suara kolektif pengguna dan suara ini mesti mempunyai ciri-ciri yang boleh memberi

keberkesanan penyampaian kepada pihak-pihak yang berwajib seperti. Untuk itu organisasi

tersebut mestilah:

1. Ada kekuatan keahlian ramai, kerana suara ramai lebih berpengaruh untuk didengari.

2. Mesti mempunyai kepakaran dalam pelbagai isu kepenggunaan.


3. Bijak menggunakan media.

4. Komunikasi terbuka dan berterusan perlu wujud antara pengguna, masyarakat, agensi,

industri dan pihak kerajaan.

Di bawah Akta Pertubuhan 1966, sesiapa sahaja berhak untuk menubuhkan persatuan

atau pertubuhan termasuk yang berkaitan pengguna. Di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan,

1966, pertubuhan ditakrifkan sebagai persatuan, kelab atau badan-badan yang bergerak

berasaskan keahlian mengandungi tujuh orang ahli atau lebih serta mempunyai tujuan-tujuan

tertentu sama ada kekal atau sementara tetapi tidak termasuk pertubuhan-pertubuhan/badan-

badan yang telah disahkan perwujudannya di bawah undang-undang lain yang berkuat kuasa di

Malaysia seperti syarikat, kesatuan sekerja, koperasi dan sebagainya. Oleh sebab itu, jika

didapati sesuatu kawasan itu memerlukan persatuan pengguna, kita boleh mengambil inisiatif

mewujudkannya. Di Malaysia, boleh dikatakan semua negeri mempunyai persatuan pengguna.

Yang aktif tentunya Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Pada masa sama terdapat juga

jabatan tertentu yang ditubuhkan untuk berperanan membangunkan, melaksanakan dan

mengesan dasar-dasar perlindungan pengguna seperti:

1. Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK).

2. Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan.

3. Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri.

4. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).


Di peringkat sekolah pula terdapat kelab pengguna, yang boleh dijadikan permulaan

pelajar menyalurkan pendapat dan hak bersuara mereka. Seterusnya boleh melatih mereka

bergiat aktif memperjuangkan isu-isu kepenggunaan apabila berada dalam masyarakat.


7
Hak Mendapatkan Ganti Rugi

Hak ini merupakan perkara yang selalu diabaikan oleh pengguna. Untuk mendapatkan ganti rugi

membabitkan prosedur yang rumit dan memakan masa. Kadang-kadang kita sebagai pengguna

menganggap perkara itu sebagai remeh dan membuang masa. Oleh sebab itu, kebanyakan kita

tidak membuat aduan apabila barangan yang dibeli tidak berkualiti, rosak atau sudah tamat

tempoh termasuk juga dengan perkhidmatan yang diterima. Kita rela menanggung sengsara

daripada mengambil tindakan terhadap pengusaha; akibatnya golongan ini bermaharajalela dan

terus menindas pengguna lain pula. Hak mendapatkan ganti rugi termaktub dalam undang-

undang antarabangsa dan setiap negara berhak melindungi penggunanya dengan memastikan hak

untuk mendapatkan ganti rugi dijunjung dalam sistem perundangan.

Dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 (APP 1999) jelas termaktub bahawa setiap

barang atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada pengguna hendaklah mempunyai jaminan

yang tertentu seperti perlulah berkualiti, tidak rosak dan mampu berfungsi dengan baik.

Jaminan ini dikenali sebagai Gerenti Tersirat bagi memastikan pengguna mendapat

barang atau perkhidmatan seperti yang telah dibayar oleh mereka. Sekiranya gerenti tersirat ini

tidak dipenuhi oleh pembekal atau pengilang, pengguna berhak untuk membuat tuntutan

terhadap pembekal atau pengilang. Gerenti tersirat ini telah dinyatakan dalam APP 1999.77

77
Garis Panduan Pelaksanaan Tebus Rugi Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan
Sebagai pengguna kita berhak mendapatkan pampasan bagi kerosakan dan kerugian yang

dialami daripada sekecil-kecil barang yang kita beli hingga yang sebesar-besarnya. Kita

menderita kerana masalah produk atau perkhidmatan yang dibayar tidak sempurna atau rosak.

Ini merupakan keadilan untuk pengguna. Hak ini juga untuk memastikan pembekal

barangan dan perkhidmatan tidak bertindak sesuka hati dan tidak hanya mementingkan

keuntungan semata-mata tetapi turut menjaga kebajikan pengguna. Hak mendapatkan ganti rugi

melayakkan pengguna mendapat pampasan yang adil dan berpatutan berikutan barangan atau

perkhidmatan yang dibeli didapati tidak seperti yang dijanjikan, cacat atau tidak berfungsi.

Pampasan dikira termasuk kos untuk anda yang disebabkan oleh masalah dengan produk atau

perkhidmatan. Dalam hal ini biasanya kos kewangan dan juga kos lain seperti masa atau

produktiviti yang hilang diambil kira. Ini merupakan jaminan kepada pengguna.

Pengguna itu sendiri mesti ada ilmu dan pengetahuan untuk membolehkan mereka

menuntut ganti rugi. Selalunya dalam kes tuntutan ganti rugi, resit amat penting sebagai bukti

pembelian atau kita telah mendapatkan sesuatu perkhidmatan itu. Melalui resit kita boleh

kembali ke kedai berkenaan untuk membuat tuntutan atau mengadu kepada agensi

penguatkuasaan supaya diambil tindakan terhadap peniaga terbabit. Oleh sebab itu, penting

untuk kita menyimpan resit dalam setiap pembelian. Jangan terus buang resit tersebut kerana

penting jika mahu menuntut ganti rugi.

Jika kita membeli barangan yang bersifat teknikal seperti barangan elektrik, kenderaan

dan sebagainya, pihak pembekal itu sendiri telah memberikan jaminan ke atas barangan itu untuk

tempoh tertentu. Pembeli akan diberikan satu kad jaminan. Sekiranya dalam tempoh yang

ditetapkan itu barangan berkenaan rosak maka mereka boleh kembali ke kedai tersebut untuk

menukar dengan barangan baharu atau mendapatkan wang kembali.


Jadikan tabiat untuk kita membaca resit dan kad jaminan berkenaan kerana di

belakangnya kadang-kadang tertera kontrak tidak langsung mengenai pembelian berkenaan.

Selalunya tercatat di resit pembelian itu bahawa kita boleh menukar atau memulangkan sesuatu

barangan itu dalam masa tujuh hari atau 14 hari dari tarikh pembelian jika rosak atau tidak

menepati kualiti yang diharapkan. Dalam tempoh itu, kita boleh kembali ke kedai berkenaan

untuk menukar barangan tersebut jika saiz tidak sepadan, ada kecacatan atau rosak. Ini boleh

menjadi sukar untuk meletakkan angka dolar atas pampasan bagi kerosakan atau kehilangan.

Pampasan perlu meletakkan anda dalam kedudukan yang anda akan berada dalam jika produk

atau perkhidmatan telah melakukan apa yang sepatutnya di bawah jaminan pengguna.

Sumber.
Gambar 7.1. Jelas tercatat di resit pengguna boleh menukar barangan yang dibeli dalam masa 14
hari.
Ganti rugi boleh dituntut apabila kita berasa tertipu kerana barangan yang dibeli tidak

sepadan dengan harga yang dibayar, atau barang yang dibeli itu rosak ketika masih baharu.

Daripada sini kita sebagai pengguna boleh menggunakan hak untuk mendapat ganti rugi. Ini

merupakan hak mendapatkan penyelesaian tuntutan melibatkan hak untuk mendapatkan

pampasan ekoran kegagalan penjual atau pembekal menyediakan barangan atau perkhidmatan

seperti yang dijanjikan. Sebagai pengguna perkara ini menjadi hak kita. Jadi, kita tidak perlu

berasa risau atau teragak-agak untuk membuat tuntutan. Kegagalan kita membuat tuntutan hanya

akan menguntungkan penjual. Oleh sebab itu, apabila kita merasakan barangan yang dibeli tidak

menepati kualiti yang kita inginkan, segera pulangkan barangan terbabit sama ada untuk

mendapatkan semula wang, atau menukarkan dengan barangan baharu. Lagi pula terdapat

banyak undang-undang yang melindungi pengguna yang berkaitan hak mendapatkan ganti rugi.

Antaranya:

1. Akta Jualan Barangan 1977.

2. Akta Undang-undang Sivil 1956.

3. Akta Perihal dagangan 1972.

4. Akta Perlindungan Pengguna 1999.

5. Akta Kontrak 1950.

Perkara utama sekarang ialah kemahuan kita sebagai pengguna untuk melakukan tuntutan

ganti rugi. Semuanya bermula dengan tindakan kita sendiri. Dari tahun 2008 hingga 2012 telah

diadakan kempen Kempen Konsumer Kebangsaan: Perubahan Bermula Dengan Saya bagi

mendidik pengguna supaya bangkit menuntut hak mereka jika ada sebarang ketidakpuasan

tentang hak anda sebagai pengguna, mulakan dengan tindakan diri sendiri.
Antaranya kita sebagai pengguna boleh berhenti menggunakan barangan yang tidak

bermutu, sumbernya tidak pasti, harga mahal atau hal lain yang mencurigakan. Sebagai

pengguna kita boleh mengemukakan aduan sama ada kepada peniaga itu sendiri dengan

menghantar balik barangan yang dibeli. Resit atau sebarang bukti pembelian perlu diserahkan

untuk melancarkan proses tuntutan dengan segera.

Kita kena bertenang dalam menghadapi masalah barangan yang dibeli tidak menepati

piawaian pengguna secara rundingan dengan pihak pengurus atau pemilik kedai. Jika ini tidak

berhasil, maka kita perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa. Sebelum membuat aduan,

sertakan maklumat penting seperti tarikh kejadian, jenis barang, lokasi kedai, nombor resit dan

sebagainya bagi memastikan aduan berkesan dan mendapat ganti rugi yang sewajarnya.

Dalam kes ini aduan boleh dibuat kepada persatuan pengguna yang terdekat dengan atau

mana-mana cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Alternatif yang lebih serius juga boleh dibuat melalui saluran Tribunal Tuntutan Pengguna, jika

nilai tuntutan tidak melebihi RM25,000. Perkara yang penting, pengguna mesti mempunyai

kesedaran tentang hak dan juga bertindak secara profesional agar semua pihak mendapat faedah

secara relatifnya berkaitan isu kepenggunaan.

Itu antara tujuan Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan bagi membolehkan pengguna

yang mengalami kerugian membuat tuntutan ganti rugi. Penyelesaian akan cuba dilakukan dalam

tempoh 60 hari dan had nilai yang boleh dirujuk ialah tidak melebihi RM25,000 manakala

belanja perbicaraan dalam tribunal adalah percuma.

Oleh sebab itu, sebagai pengguna kita perlu menggunakan hak untuk menuntut ganti rugi

ini dan wajar merebut peluang menggunakan khidmat tribunal ini apabila berhadapan masalah
mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan sama ada daripada pihak swasta mahupun

kerajaan.

Garis panduan pelaksanaan tebus rugi pengguna78

Akta Perlindungan Pengguna 1999 memperuntukkan kepada pengguna tentang hak tebus rugi

(redress) terhadap pembekal atau pengilang sekiranya barang atau perkhidmatan yang diperoleh

tidak memenuhi gerenti tersirat atau gerenti nyata seperti yang terdapat dalam Akta tersebut.

Seksyen 32 (1) akta ini memperuntukkan bahawa apa sahaja barang yang dibekalkan kepada

pengguna mesti ada jaminan tertentu dari segi kualiti, iaitu mesti boleh diterima.

Maksud berkualiti itu dijelaskan di bawah Seksyen 32(2) iaitu barang itu mesti sesuai

seperti mana tujuan asal dibuat dan dijual kepada pengguna. Dari segi rupa dan kemasan

mestilah boleh diterima oleh pengguna selain bebas daripada kecacatan, selamat dan tahan lama.

Bagi pengguna pula, kita mesti mengambil tahu tentang sifat barangan yang mahu dibeli

itu termasuk kemungkinan ada kecacatan tersembunyi. Seksyen 32 (2)(b) menggariskan sesuatu

barangan itu dianggap dapat diterima oleh pengguna setelah mengambil kira:

1. jenis barang;

2. harga;

3. apa-apa pernyataan yang dibuat mengenai barang itu pada apa-apa pembungkus atau

label pada barang itu;

4. apa-apa representasi yang dibuat mengenai barang itu oleh pembekal atau pengilang; dan

78
Garis Panduan Pelaksanaan Tebus Rugi Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan
5. semua hal keadaan lain yang berkaitan dengan pembekalan barang itu.

Seksyen 32 (3) pula menetapkan jika apa-apa kecacatan pada barang itu dalam

pengetahuan pengguna, iaitu pengguna tahu barang itu tidak sempurna tetapi dia tetap mahu

membelinya, maka barang itu tidak disifatkan gagal mematuhi gerenti tersirat mengenai kualiti

boleh. Sebelum membeli sesuatu barangan, perlu diperiksa terlebih dahulu barangan itu dengan

teliti. Penjual mungkin akan berasa jengkel, tetapi itu hak kita sebagai pembeli.

Secara nyata, Seksyen 31 hingga Seksyen 37 Akta Perlindungan Pengguna 1999 memberi

peruntukan jaminan yang perlu diberikan oleh penjual terhadap pengguna apabila pengguna itu

membeli sesuatu barangan. Seksyen 39 pula menetapkan hak pengguna untuk mendapatkan ganti

rugi daripada peniaga atau pembekal jika barangan yang dibeli itu gagal untuk mematuhi syarat-

syarat jaminan atau gerenti di bawah seksyen 31 hingga 37 tersebut.

Ganti rugi secara umumnya bermaksud hak mendapatkan penyelesaian tuntutan atau

menerima pampasan bagi barang atau perkhidmatan yang tidak memenuhi maksud atau ciri-ciri

yang perlu ada bagi sesuatu barang atau perkhidmatan itu. Namun begitu, masih terdapat banyak

pembekal, pengilang mahupun pengguna yang tidak mengetahui kewujudan mekanisme

perundangan tebus rugi ini. Oleh sebab itu, kesedaran ketiga-tiga pihak perlu supaya pembekal,

pengilang dan pengguna dapat memahami dengan lebih jelas berkenaan peruntukan perundangan

serta hak dan tanggungjawab mereka dalam melaksanakan tebus rugi.

Pada masa yang sama, pembekal atau pengilang hendaklah mempunyai polisi yang jelas

berkaitan tebus rugi bagi memastikan pelaksanaan tebus rugi dapat dijalankan dengan berkesan

dan teratur. Polisi tebus rugi yang baik akan memastikan hak pengguna dilindungi dan

meningkatkan tahap keyakinan pengguna terhadap pembekal atau pengilang serta barang atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Sehubungan dengan itu, Garis Panduan Pelaksanaan

Tebus Rugi diwujudkan bertujuan:

5. Membantu pembekal, pengilang dan pengguna memahami peruntukan perundangan

mengenai tebus rugi;

6. Memperjelas hak dan tanggungjawab pembekal, pengilang dan pengguna dalam

pelaksanaan tebus rugi; dan

7. Membantu pembekal atau pengilang membangunkan polisi berkenaan tebus rugi bagi

perniagaan masing-masing.

Selaras dengan tujuan penyediaannya, garis panduan ini adalah terpakai kepada

1. Pembekal yang menawar atau membekalkan barang atau perkhidmatan kepada pengguna

secara perdagangan;

2. Pengilang yang memasang, mengeluarkan atau memproses barang untuk dijual; dan

3. Pengguna yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan tersebut untuk

kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga atau isi rumah.

Jaminan tersirat

Di bawah garis panduan ini terdapat pelbagai jaminan yang perlu diteliti oleh pengguna supaya

mereka boleh menuntut ganti rugi:

1. Jaminan tersirat mengenai barang


Terdapat tujuh jaminan tersirat mengenai barang yang semuanya terpakai kepada

pembekal, manakala hanya tiga daripadanya terpakai kepada pengilang. Jaminan tersirat

yang terpakai kepada pengilang adalah mengenai kualiti boleh terima, barang mematuhi

perihal serta pembaikan dan barang ganti. Tujuh jaminan tersebut ialah:79

A. Hak milik

Pembekal yang menjual barang hendaklah memastikan:

a. mereka memiliki hak yang sah untuk menjualnya;

Maksudnya, pemilikan itu mestilah sah dari segi undang-undang, iaitu

bukan barangan yang diperoleh dengan unsur jenayah atau status

pemilikan dipertikaikan.

b. barang tersebut hendaklah bebas daripada cagaran yang tidak didedahkan;

Jika barangan tersebut telah digunakan sebagai cagaran untuk apa-apa

tujuan sekalipun ia sudah terkeluar daripada hak milik tersebut.

c. pengguna berhak untuk memiliki dan menggunakan barang tersebut tanpa

sebarang gangguan.

Ini bagi memastikan pengguna tidak berhadapan dengan apa-apa masalah

atau tuntutan daripada pihak lain apabila mereka membeli sesuatu

barangan tersebut.

Contohnya, pengguna A telah membeli sebuah kereta terpakai daripada

penjual tetapi kemudiannya mendapati pemilik terdahulu masih belum

menyelesaikan baki pinjaman dan kereta berkenaan masih di bawah hak

79
Garis Panduan Pelaksanaan Tebus Rugi Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan
milik pihak bank. Perkara ini tidak pernah dimaklumkan oleh penjual

kepadanya. Pengguna A boleh membuat tuntutan mengatakan penjual

tidak mematuhi gerenti tersirat mengenai hak milik.

B. Kualiti boleh terima

Setiap barang yang dibekalkan mestilah mempunyai kualiti yang boleh diterima.

Sesuatu barang dikira berkualiti sekiranya ia dapat diterima dari segi rupa dan

kemasan, bebas daripada kecacatan, selamat dan tahan lama serta pengguna tahu

sepenuhnya tentang sifat dan keadaan barang tersebut. Dalam memutuskan sama

ada sesuatu barang memenuhi gerenti ini, pengguna perlu mempertimbangkan

perkara seperti sifat barang, harga atau apa-apa maklumat berkenaan barang sama

ada yang dinyatakan oleh pembekal atau pengilang mahupun yang terdapat pada

label barang, manual penggunaan atau bahan-bahan promosi seperti risalah atau

iklan.

C. Kesesuaian bagi maksud tertentu (Fit for particular purpose)

Barang yang dibekalkan hendaklah secara munasabah memenuhi tujuan tertentu

seperti yang:

a. diminta oleh pengguna; dan

b. dinyatakan oleh pembekal.


Contoh, pengguna C telah meminta penjual untuk mengesyorkan cat yang

bersesuaian untuk mengecat pintu pagar besi rumahnya. Walau bagaimanapun,

selepas beberapa hari, dia mendapati cat yang digunakan pada pintu pagar besi itu

telah mengelupas. Setelah diteliti, Pengguna C mendapati cat tersebut ialah cat

kayu. Pengguna C boleh membuat tuntutan bahawa cat yang dibekalkan itu tidak

memenuhi tujuan sebenar yang diminta olehnya.

D. Barang mematuhi perihal

Setiap barang yang dibekalkan hendaklah menepati ciri-ciri atau sifat yang

dinyatakan atau dijelaskan. Contohnya pengguna D telah membeli sebuah

komputer yang dinyatakan mempunyai kapasiti memori sebanyak 2 Gigabyte

(GB). Namun begitu, Pengguna D kemudiannya mendapati bahawa komputer

berkenaan hanya mempunyai kapasiti memori sebanyak 1 Gigabyte (GB) sahaja.

Pengguna D boleh menuntut bahawa barang yang diterima tersebut tidak

mematuhi apa yang dinyatakan.

E. Barang mematuhi sampel

Barang yang dibekalkan kepada pengguna dengan merujuk kepada sampel atau

model hendaklah sama dari segi kualiti dan keadaannya dengan sampel atau

model yang ditunjukkan. Pengguna juga hendaklah diberi peluang untuk

membandingkan barang tersebut dengan sampel atau model barang yang

ditunjukkan. Contoh, pengguna E telah menempah langsir berdasarkan sampel


kain yang ditunjukkan oleh penjual. Namun begitu, dia telah dibekalkan dengan

langsir daripada jenis kain yang berbeza dengan sampel. Pengguna E boleh

menuntut bahawa barang yang diterima tersebut tidak mematuhi sampel yang

ditunjukkan.

F. Pembaikan dan barang ganti

Pembekal atau pengilang hendaklah mengambil tindakan untuk memastikan

bahawa kemudahan bagi pembaikan barang dan bekalan alat ganti boleh didapati

dengan cara dan dalam tempoh masa yang munasabah selepas penjualan barang

tersebut kepada pengguna. Contohnya, pengguna F telah membeli sebuah mesin

jahit elektrik yang kemudiannya rosak selepas enam bulan digunakan. Walau

bagaimanapun, penjual gagal menyediakan kemudahan membaiki dan membekal

alat ganti bagi mesin jahit tersebut. Pengguna F boleh menuntut bahawa penjual

tersebut tidak memenuhi gerenti tersirat mengenai pembaikan dan barang ganti.

Namun begitu, Pengguna F tidak boleh menuntut hak tebus rugi sekiranya dia

telah dimaklumkan oleh penjual sebelum membuat pembelian bahawa tidak

terdapat kemudahan pembaikan dan alat ganti bagi mesin jahit tersebut.

G. Harga

Pengguna tidak perlu membayar kepada pembekal lebih daripada harga yang

munasabah untuk sesuatu barang atau perkhidmatan. Harga yang munasabah ialah

persoalan fakta yang bergantung kepada keadaan. Jika harga bagi sesuatu barang

atau perkhidmatan telah ditetapkan di bawah undang-undang, maka harga yang


munasabah ialah harga yang telah ditetapkan tersebut. Gerenti tersirat ini tidak

terpakai jika harga barang atau perkhidmatan itu telah atau akan ditetapkan

melalui kontrak atau apa-apa persetujuan lain di antara pembekal dan pengguna.80

2. Jaminan tersirat mengenai perkhidmatan

Terdapat empat gerenti tersirat mengenai pembekalan perkhidmatan dan keempat-

empatnya terpakai hanya kepada pembekal:

A. Ketelitian dan kemahiran munasabah

Pembekal hendaklah menggunakan ketelitian dan kemahiran yang sepatutnya

dalam menyediakan perkhidmatan kepada pengguna. Mereka juga hendaklah

memastikan bahan-bahan yang digunakan bersesuaian dengan maksud

perkhidmatan itu dibekalkan. Contoh, pengguna G mengupah seorang tukang paip

untuk membetulkan kebocoran paip di rumahnya tetapi mendapati kebocoran

tersebut masih berlaku keesokan harinya. Pengguna G boleh menuntut bahawa

perkhidmatan yang diberikan tersebut tidak dibuat dengan ketelitian dan

kemahiran yang sewajarnya.

B. Kesesuaian bagi maksud tertentu (Fit for particular purpose)

Setiap perkhidmatan atau hasil daripada perkhidmatan yang dibekalkan hendaklah

memenuhi tujuan tertentu seperti yang dikehendaki oleh pengguna. Contoh,

pengguna H mengupah seorang tukang kayu untuk membuat kabinet bina dalam

(built-in cabinet) bagi meletakkan televisyen bersaiz 42 inci tetapi kabinet yang

80
ibid
dihasilkan adalah terlalu kecil. Pengguna H boleh menuntut bahawa kabinet

tersebut tidak memenuhi tujuan yang sepatutnya.

C. Masa siap

Sekiranya tiada had masa yang dipersetujui lebih awal antara pengguna dengan

pembekal, maka perkhidmatan tersebut hendaklah disiapkan dalam tempoh masa

yang munasabah. Masa yang munasabah bergantung kepada jenis perkhidmatan

serta faktor-faktor lain yang di luar kawalan seperti keadaan cuaca dan

kebolehdapatan (availability) bahan-bahan yang digunakan untuk menyiapkan

perkhidmatan tersebut. Tahap kesukaran atau kesulitan sesuatu kerja itu turut

mempengaruhi masa. Contoh, pengguna J telah mengupah kontraktor untuk

mengecat rumah yang kebiasaannya boleh disiapkan dalam tempoh sebulan.

Kontraktor kerap menangguhkan kerja berkenaan sehingga mengambil masa tiga

bulan untuk disiapkan. Pengguna J boleh menuntut bahawa kontraktor tersebut

tidak menyiapkan kerjanya dalam tempoh yang munasabah. Namun begitu,

sekiranya kontraktor tersebut tidak menyiapkan kerja dalam tempoh tersebut

kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan seperti musim hujan ataupun

banjir, maka kelewatan tersebut masih boleh dianggap munasabah.

D. Harga

1. Jaminan tersirat mengenai harga bagi barangan dan perkhidmatan

Setiap barang atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada pengguna mempunyai

gerenti tersirat mengenai harga. Pengguna tidak perlu membayar kepada


pembekal lebih daripada harga yang munasabah untuk sesuatu barang atau

perkhidmatan. Harga yang munasabah ialah persoalan fakta yang bergantung

kepada keadaan. Jika harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan telah

ditetapkan di bawah undang-undang, maka harga yang munasabah ialah harga

yang telah ditetapkan tersebut. Gerenti tersirat ini tidak terpakai jika harga barang

atau perkhidmatan itu telah atau akan ditetapkan melalui kontrak atau apa-apa

persetujuan lain antara pembekal dan pengguna. Bagi kegagalan pembekal untuk

memenuhi gerenti tersirat mengenai harga, hak tebus rugi bagi pengguna

hanyalah untuk enggan membayar lebih daripada harga yang munasabah tersebut

dan tidak meneruskan urus niaga.

2. Jaminan pengilang

Pengilang mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi dua jenis gerenti iaitu

gerenti tersirat dan gerenti nyata. Jaminan tersirat terpakai kepada pengilang

adalah mengenai kualiti boleh terima, barang mematuhi perihal serta pembaikan

dan barang ganti. Jaminan nyata merujuk jaminan atau aku janji pengilang kepada

pengguna tentang:

a. Kualiti, prestasi atau ciri-ciri barang yang dikeluarkannya;

b. Perkhidmatan yang diperlukan mengenai barang (contohnya perkhidmatan

selepas jualan);

c. Pembekalan barang ganti;

d. Kebolehdapatan (availability) barang yang serupa atau komponen yang

dikeluarkan; atau
e. Pemulangan wang atau balasan lain sekiranya barang yang dibeli

pengguna tidak memenuhi jaminan atau aku janji yang dibuat oleh

pengilang.

Sekiranya mana-mana gerenti tersirat bagi pembekalan barang atau perkhidmatan gagal

dipenuhi oleh pembekal (kecuali bagi gerenti tersirat mengenai harga), pengguna mempunyai

hak mendapatkan tebus rugi bergantung kepada dua keadaan iaitu sama ada:

A. Kegagalan yang dapat dibetulkan

Secara umumnya, kegagalan ini merujuk kegagalan yang dapat dibetulkan atau

diselesaikan dalam tempoh masa yang munasabah. Antara contoh kegagalan yang dapat

dibetulkan:

i. kasut yang baharu dibeli telah patah tumitnya;

ii. warna baju yang diterima tidak sama dengan warna baju yang ditempah;

iii. kapasiti memori komputer adalah rendah berbanding yang dimaklumkan semasa

pembelian;

iv. meja makan yang dibeli mempunyai kaki meja yang longgar;

v. radio yang dibeli tidak berfungsi dengan baik;

vi. tukang cat telah menggunakan warna cat yang salah pada dinding rumah; dan

vii. tukang kayu membuat kabinet tidak mengikut saiz yang dikehendaki.
B. Kegagalan yang tidak dapat dibetulkan

Secara umumnya, kegagalan ini merujuk kegagalan yang tidak dapat diperbaiki atau

terlalu sukar untuk diperbaiki dalam masa yang munasabah yang bersifat substansial.

C. Kegagalan bersifat substansial berkaitan barang adalah apabila keadaan:

i. barang tersebut tidak akan dibeli oleh pengguna sekiranya dia mengetahui tentang

masalahnya. Contohnya, pengguna K telah membeli mesin basuh yang tidak dapat

berfungsi selepas digunakan selama sebulan. Bagaimanapun, mesin basuh

tersebut tidak dapat diperbaiki kerana alat ganti bagi model tersebut tidak lagi

terdapat dalam pasaran.

ii. barang tersebut mempunyai perbezaan ketara dan tidak menepati deskripsi,

sampel atau model demonstrasi. Contohnya, pengguna L membeli televisyen

LCD yang mempunyai resolusi tinggi seperti set paparan yang dipamerkan oleh

penjual tetapi memperoleh televisyen yang mempunyai kualiti gambar yang

rendah dan bukan seperti yang dipamerkan.

iii. barang tersebut memang tidak sesuai dengan tujuan dibekalkan. Contoh,

pengguna M membeli baju hujan tetapi tidak kalis air kerana dibuat menggunakan

material yang salah.

iv. barang tersebut tidak mempunyai kualiti yang boleh diterima kerana tidak

selamat. Contoh, pengguna N membeli seterika yang mempunyai masalah pada

lingkaran pemanas (heating coil). Contoh: Pengguna P membeli alat pemanas air

yang mempunyai masalah kebocoran elektrik.


D. Kegagalan bersifat substansial berkaitan perkhidmatan pula adalah apabila keadaan:

i. hasil perkhidmatan tersebut tidak sesuai dengan tujuan dibekalkan. Contoh,

pengguna Q membeli perkhidmatan rangkaian TV berbayar dengan tujuan

menonton siaran langsung pertandingan Sukan Olimpik dan telah memaklumkan

syarikat berkenaan sebelum menandatangani perjanjian perkhidmatan selama 12

bulan. Namun begitu, syarikat berkenaan hanya mengaktifkan perkhidmatan

tersebut setelah Sukan Olimpik berkenaan berakhir.

ii. hasil perkhidmatan yang dibekalkan tidak memenuhi kehendak atau jangkaan

hasil yang diminta oleh pengguna kepada pembekal. Contohnya, pengguna R

telah mendapatkan perkhidmatan membuat baju kurung dengan fesyen tertentu

tetapi hasilnya bukanlah seperti fesyen yang dimaklumkan.

iii. Hasil perkhidmatan tersebut didapati tidak selamat. Contohnya, juruelektrik

membuat pendawaian elektrik yang salah di bahagian dapur rumah pengguna S

sehingga menyebabkan litar pintas berlaku.

3. Remedi-remedi tebus rugi oleh pembekal

Sekiranya pembekal gagal memenuhi gerenti tersirat tentang sesuatu barang atau

perkhidmatan, pengguna mempunyai hak mendapatkan tebus rugi melalui remedi yang

dinyatakan dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999. Remedi ialah kaedah penyelesaian

yang diberikan oleh pembekal atau pengilang terhadap tuntutan yang dibuat oleh

pengguna. Bahagian ini akan menerangkan remedi oleh pembekal sahaja.


4. Remedi bagi kegagalan yang dapat dibetulkan

Bagi kegagalan yang dapat dibetulkan, pengguna perlu memberi peluang kepada

pembekal untuk memilih remedi berikut: 81

A. Pembaikan atau pembetulan

Bagi kegagalan barang yang boleh dibetulkan, pembekal boleh memilih untuk

membaiki barang dalam tempoh masa yang munasabah. Bagi perkhidmatan pula,

pembekal boleh mengambil langkah sewajarnya untuk membetulkan kesilapan

yang telah dilakukan agar hasilnya adalah seperti yang dikehendaki oleh

pengguna.

B. Pemulihan kecacatan hak milik (Curing defect in title)

Sekiranya barang yang dibekalkan tersebut mempunyai kecacatan hak milik,

pembekal hendaklah mengambil langkah membetulkan kecacatan tersebut. Ini

akan menyelesaikan masalah pindah milik daripada pembekal itu kepada

pengguna yang membeli barang berkenaan.

C. Penggantian barang

Sekiranya pembekal memilih untuk menggantikan barang, barang yang

digantikan tersebut mestilah daripada jenis yang sama.

D. Pembayaran balik

81
ibid
Sekiranya pembekal tidak dapat membetulkan atau memulihkan kecacatan

barang, pembekal boleh memilih untuk memberi bayaran balik kepada pengguna

sejumlah wang yang telah dibayar atau balasan lain yang telah diberikan oleh

pengguna.

E. Pembaikan oleh pihak ketiga

Sekiranya pembekal enggan membetulkan mana-mana kegagalan barang atau

perkhidmatan, pengguna boleh membaiki kegagalan itu di tempat lain dan

menuntut kos pembaikan tersebut daripada pembekal.

5. Remedi bagi kegagalan yang tidak dapat dibetulkan

Bagi kegagalan barang atau perkhidmatan yang tidak dapat dibetulkan, pengguna berhak

untuk memilih remedi berikut:82

A. Menolak barang

Sekiranya pengguna memilih untuk menolak barang, pengguna perlu

memberitahu kepada pembekal tentang keputusan tersebut. Pengguna berhak

memilih untuk diberi remedi sama ada Penggantian Barang, atau Pembayaran

Balik.

B. Membatalkan kontrak perkhidmatan

Sekiranya pengguna memilih untuk membatalkan kontrak perkhidmatan,

pengguna perlu memberitahu kepada pembekal tentang keputusan tersebut dan

82
ibid
berhak untuk mendapat pembayaran balik. Selain itu, pengguna juga boleh

mendapatkan remedi tambahan iaitu mendapat ganti rugi bagi apa-apa kerugian

atau kerosakan yang ditanggung oleh pengguna selain daripada penurunan nilai

keluaran hasil daripada perkhidmatan itu, sekiranya pengguna dapat membuktikan

bahawa kerugian atau kerosakan tersebut berpunca daripada kegagalan pembekal

memenuhi gerenti dalam pemberian atau penyediaan perkhidmatan tersebut.

C. Mendapatkan ganti rugi bagi barang atau perkhidmatan

Pengguna boleh memilih untuk mendapatkan ganti rugi daripada pembekal. Ganti

rugi ialah satu pampasan yang biasanya dalam bentuk wang yang dibayar oleh

pembekal kepada pengguna terhadap kerugian pengguna bagi apa-apa penurunan

nilai barang atau perkhidmatan itu.

6. Kehilangan hak menolak barang

A. Pengguna akan hilang hak untuk menolak barang sekiranya:

a. Hak itu tidak digunakan dalam masa yang munasabah. Penentuan masa

yang munasabah perlu mengambil kira jenis barang serta cara, tempoh

masa dan kekerapan penggunaan;

b. Barang itu telah dilupuskan oleh pengguna;

c. Barang itu telah hilang atau musnah semasa dalam pemilikan orang lain

selain pembekal;

d. Kerosakan barang itu disebabkan oleh pengguna sendiri selepas

diserahkan kepada pengguna; atau


d. Barang itu telah dipasang atau digabungkan dengan harta lain dan tidak

dapat dipisahkan daripada harta tersebut tanpa merosakkannya.

6. Kehilangan hak membatalkan kontrak perkhidmatan

Hak pengguna untuk membatalkan kontrak tidak akan terpakai dalam keadaan apabila

perkhidmatan yang dibekalkan itu hanyalah sampingan kepada pembekalan barang dan

pengguna mempunyai hak untuk menolak barang tersebut.

Kegagalan memenuhi jaminan dan remedi oleh pengilang

Sekiranya pengilang gagal memenuhi gerenti tersirat mengenai kualiti boleh terima

barang mematuhi perihal dan pembaikan dan barang ganti, pengguna boleh mendapatkan

ganti rugi daripada pengilang bagi:

a. apa-apa penurunan nilai barang tersebut; atau

b. apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung pengguna apabila

menggunakan barang tersebut.

Bagi kegagalan memenuhi gerenti nyata pula, pengguna berhak untuk meminta

pengilang:

a. membaiki barang; atau

b. menggantikan barang.

Pelaksanaan tuntutan tebus rugi pengguna terhadap pengilang serta remedi yang

boleh diperoleh dapat diringkaskan melalui:


Syarat Tuntutan Tebus Rugi Oleh Pengguna

Dalam menuntut hak tebus rugi, pengguna bertanggungjawab untuk:

a. Menyimpan resit atau bukti pembelian bagi setiap pembayaran barang atau

perkhidmatan;

b. Menyimpan waranti yang disertakan bagi barang yang dibeli sekiranya ada;

c. Berhenti menggunakan barang yang didapati rosak tersebut sehingga dapat

dikembalikan kepada pembekal atau pengilang; dan

d. Melaporkan kerosakan barang atau kegagalan perkhidmatan kepada pembekal

atau pengilang dalam tempoh masa yang munasabah.

Di bawah Garis Panduan Pelaksanaan Tebus Rugi Pengguna ini, walaupun pengguna

boleh melaksanakan haknya untuk membuat tuntutan tebus rugi, tetapi perlu diingat, pembekal

atau pengilang juga mempunyai hak untuk tidak memenuhi tuntutan. Keadaan ini berlaku

sekiranya:

a. Pengguna tidak menunjukkan sebarang bukti pembelian;

b. Pengguna telah membeli barang atau perkhidmatan dan kemudiannya mendapati

bahawa lebih murah jika dibeli daripada pembekal lain;

c. Pengguna telah tahu dan sedar mengenai kecacatan/kerosakan barang tersebut

sebelum membuat pembelian.

d. Kerosakan barang itu berlaku disebabkan kecuaian atau penggunaan yang tidak

sewajarnya oleh pengguna;

e. Pengguna berasa tidak puas hati dengan cara penyampaian perkhidmatan oleh

pembekal walaupun tujuan perkhidmatan tersebut tercapai;


f. Kegagalan memenuhi gerenti-gerenti berkenaan perkhidmatan itu adalah atas

perbuatan atau representasi orang lain selain pembekal, pengilang, ejen atau

pekerjanya; dan

g. Kegagalan memenuhi gerenti-gerenti berkenaan perkhidmatan itu disebabkan

perkara-perkara yang di luar kawalan manusia.

Oleh sebab itu, sebagai pengguna setiap urus niaga harian perlu diteliti supaya tidak

tertipu. Setiap kali selepas membeli barang dan mendapatkan perkhidmatan lain, resit atau apa

juga dokumen berkaitan hendaklah disimpan untuk memudahkan proses tuntutan jika barangan

yang dibeli itu rosak, tidak berkualiti atau perkhidmatan yang diterima tidak seperti yang

diharapkan.

Sebagai pembekal atau pengilang pula, mereka juga perlu bertanggungjawab terhadap

sesuatu barangan jika pengguna datang membuat tuntutan ganti rugi. Untuk itu pembekal dan

pengilang hendaklah:

a. Membangunkan polisi tebus rugi yang jelas dan tidak bercanggah dengan perkara-

perkara yang dinyatakan dalam garis panduan ini;

b. Mempamerkan ringkasan polisi tersebut dengan cetakan yang jelas dan di tempat

yang mudah dilihat oleh pengguna;

c. Tidak boleh menetapkan atau mengenakan polisi dalam bentuk terma kontrak

tidak adil;

d. Menyediakan prosedur tuntutan yang mudah dan tidak membebankan pengguna;


e. Menyediakan kaunter atau talian khidmat pelanggan yang lebih responsif dengan

melatih kakitangan syarikat untuk mengurus tuntutan pengguna dengan cekap dan

berkesan;

f. Tidak boleh meletakkan notis seperti No Refund, Goods Sold Are Not

Returnable, Pertukaran Tidak Dibenarkan dan seumpamanya kerana akan

mengelirukan pengguna dan seolah-olah menafikan hak tebus rugi pengguna; dan

g. Menyelesaikan kegagalan memenuhi gerenti mengenai barang dan tidak

menyerahkannya kepada pengguna untuk mendapatkan tebus rugi daripada pihak

pengeluar barang berkenaan.

Kes membabitkan tuntutan ganti rugi

Pada Januari 2015, sebuah syarikat pemaju perumahan diperintahkan oleh Tribunal Tuntutan

Pembeli Rumah (TTPR) membayar ganti rugi berjumlah RM97,334.30 kepada lapan pembeli

rumah di taman perumahan. Keputusan itu dibuat oleh Presiden TTPR negeri, Datuk Ahmad

Sedik selepas pemaju berkenaan didapati lewat menyiapkan dan menyerahkan rumah kepada

pembeli mengikut tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian sewa beli.

Mereka yang menerima bayaran ganti rugi itu ialah Muhammad Haziq Ab. Rahman

berjumlah RM13,958.10 dengan kelewatan selama 348 hari, Nor Azian Sapiai, RM12,714.70

(lewat 317 hari); Noor Shaheda Amir Khairul Anuar, RM9,345.53 (lewat 233 hari); dan

Syukriah Abdullah, RM14,519.60 (lewat 362 hari).83Pembeli lain, Md. Khairidhir Md. Ali

Matar, RM11,631.78 (lewat 290 hari); Habsah Shafiee, RM12,393.86 (lewat 309 hari); Ho Lin

83
Pemaju diperintah bayar ganti rugi.23 Januari2015.utusan malaysia
Jin @ Magret, RM22,290.41 (lewat 450 hari); dan Norjafilus Abdul Jabar, RM481.32 (lewat 12

hari). Pemaju berkenaan diperintahkan membayar ganti rugi tersebut kepada semua penuntut

dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan itu diumumkan.

Ahmad berkata, walaupun pemaju mengemukakan alasan secara bertulis tentang

kelewatan menyiapkan rumah disebabkan faktor cuaca, kekurangan bahan dan kelewatan

penyambungan bekalan elektrik oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), perkara itu tidak

mempunyai bukti yang kukuh.

Pemaju juga katanya, tidak membawa saksi-saksi berkaitan alasan yang dikemukakan

semasa perbicaraan yang dijalankan tahun lalu. Maka dengan itu, TTPR menolak alasan yang

diberikan oleh pemaju. Pemaju juga tidak mengemukakan alasan kelewatan menyiapkan rumah

berkenaan kepada Pengawal Perumahan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan lebih awal untuk dipertimbangkan.

Pada tahun 2012, Mahkamah Persekutuan di Melbourne telah mengenakan penalti

sebanyak $200,000 terhadap AirAsia Berhad kerana melanggar peruntukan peletakan harga

tunggal Undang-undang Pengguna Australia. AirAsia Berhad, didapati bagi tempoh 10 bulan,

tidak dipaparkan di laman webnya (www.airasia.com (pautan luar adalah)) beberapa harga

tambang penerbangan termasuk semua cukai, duti, yuran dan caj yang perlu dibayar lain dengan

cara yang menonjol dan sebagai satu angka tunggal. Ketidakpatuhan itu berlaku dalam

penerbangan Melbourne dan Macau, London, Ho Chi Minh, New Delhi, Hangzhou dan

Chengdu;Perth dan Taipei, Phuket, Osaka, London, Ho Chi Minh dan Hangzhou; dan Gold

Coast dan Bandar Raya Ho Chi Minh.

AirAsia Berhad ialah sebuah syarikat asing yang menjalankan perniagaan di Australia

sebagai pembekal perkhidmatan perjalanan udara antarabangsa kepada orang awam Australia. Di
bawah seksyen 48 Undang-undang Pengguna Australia (ACL), perniagaan yang memilih untuk

mengiklankan sebahagian daripada harga produk atau perkhidmatan tertentu perlu juga jelas

menyatakan jumlah harga yang tunggal.84 Tindakan ACCC yang menegakkan keadilan

kepentingan harga merangkumi semua. Pengguna perlu mempunyai maklumat harga yang tepat,

dan seterusnya, syarikat penerbangan memerlukan persaingan yang adil pada penetapan harga

kompetitif dalam industri ini kerana pengguna sensitif terhadap harga, kata pengerusi ACCC

Rod Sims.

Peruntukan utama Seksyen 48 ACL itu dirujuk kepada kesan harga yang menggoda

kerana harga yang disebut lebih rendah daripada jumlah sebenar yang pengguna perlu

membayar untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkaitan.

Sebagai tambahan kepada penalti itu, Hakim Tracey membuat pengisytiharan AirAsia

Berhad melanggar seksyen 48 Undang-undang Pengguna Australia. Hakim Tracey juga

menerima aku janji mahkamah daripada AirAsia Berhad menghalang syarikat tersebut daripada

terlibat dalam tingkah laku yang sama selama tiga tahun.

84
Air Asia Berhad to pay $200,000 penalty for breaching the Australian Consumer Law, Australia competition and
consumer commission, 18 Disember 2012.www.accc.gov.au/media
8
Hak Mendapatkan Pendidikan

Ketika masyarakat kini berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat, para pengeluar,

pengedar dan peniaga yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menindas pengguna. Benteng

utama yang dapat membantu pengguna berhadapan dengan situasi ini ialah ilmu. Untuk

memastikan pengguna berilmu maka mereka perlu dididik dari peringkat awal lagi. Fokus perlu

diberikan kepada pendidikan kepenggunaan, sekali gus menyemarakkan budaya belanja

berhemah yang mesti dilakukan pengguna. Tambahan, hak mendapatkan pendidikan merupakan

antara hak pengguna yang perlu dilunaskan bagi melahirkan pengguna bijak di negara ini yang

mampu berbelanja secara waras.

"Perkara utama yang menjadi perhatian meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya

dalam aspek berjimat cermat, mengamalkan budaya mengutamakan keperluan berbanding

kehendak dan membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan seharian," kata Menteri

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.85

Masyarakat perlu dididik menjadi pengguna berhemah, bersikap anjal selain mempelajari

kemahiran serta pengetahuan baharu untuk mengubah tabiat dan amalan harian mereka. Tanpa

didikan yang betul dikhuatiri pengguna tidak mampu melakukan anjakan sikap dan mengubah

tabiat mereka. Untuk menjadi pengguna bijak, mereka perlulah mempunyai ilmu dan pendidikan

kepenggunaan yang cukup untuk melindungi diri. Perkara ini penting bagi membantu pengguna

85
Nur Aimidiyana Zuher, Pendidikan Kepenggunaan Diperkasa, 17 Mac 2014, Bernama. www.bernama.com
untuk membuat keputusan yang bijak. "Misalnya budaya membawa bekal dari rumah ialah

langkah bijak untuk mengurangkan belanja dan berkongsi kereta bersama kawan-kawan

sepejabat perlu dijadikan amalan," kata Hasan ketika ditemu bual sempena sambutan Hari Hak-

Hak Pengguna Sedunia 2014.

Begitu juga dengan sambutan Hari Hak-hak Pengguna Sedunia yang disambut pada 15

Mac setiap tahun, tujuannya untuk meningkatkan kesedaran tentang hak pengguna dan

mewujudkan desakan agar hak tersebut dihormati dan dijamin. Menerusi pelbagai program

pendidikan kepenggunaan mengikut kumpulan sasar, Hasan berkata konsep pengguna bijak

diwujudkan untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bermaklumat, proaktif dan

bertanggung jawab.

Selain itu, pendidikan dan maklumat berkaitan implikasi negatif budaya berhutang, kesan

terhadap budaya membeli-belah dan makan luar, antipembaziran, meningkatkan kesedaran

dalam aspek berjimat cermat dan mengamalkan budaya mengutamakan keperluan berbanding

kehendak. Selain itu, pengguna turut diberikan kesedaran untuk membuat keputusan yang tepat

di samping perubahan gaya hidup.

Memperkasa pendidikan pengguna

Bagi tujuan pemerkasaan pendidikan pengguna 2014-2019, Jawatankuasa Khas Menangani Kos

Sara Hidup Rakyat meluluskan peruntukan sebanyak RM24.57 juta melaksanakan pelan untuk

tempoh lima tahun. Pelan itu untuk meningkatkan perlindungan kendiri pengguna selari dengan

sasaran yang ingin dicapai dalam Pelan Induk Pengguna 2020.86

86
ibid
Selain itu, kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ialah satu pendekatan

bagi mendapatkan maklumat tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna. Kerjasama itu

penting untuk membolehkan mereka menjadi ejen untuk memberi penjelasan kepada rakyat

tentang fakta sebenar terutamanya melibatkan isu kenaikan kos sara hidup.

NGO terbabit seperti FOMCA telah menganjurkan pelbagai kempen dan program untuk

mendidik pengguna. Ini termasuk program latihan pengurusan kewangan dengan sokongan Bank

Negara Malaysia untuk mendidik dan mengajar para pengguna tentang keberkesanan dan

kepentingan perancangan dan pengurusan kewangan dengan menyasarkan golongan kanak-

kanak di tadika. Sesi bengkel merangkumi topik berikut:

1. Mengenali wang.

2. Memahami nilai wang.

3. Mengira wang.

4. Menabung.

5. Keperluan dan kemahuan.

Melalui pendidikan akan membekalkan ilmu kepada pengguna, secara langsung dapat

membentuk masyarakat pengguna di Malaysia kini agar semakin peka dengan hak kepenggunaan

dan bersedia mengambil tindakan sekiranya hak-hak mereka dilanggar. Lagi pula menurut

Hasan, tahap kesedaran rakyat terhadap hak-hak pengguna adalah rendah, malahan ada yang

mengambil sikap secara sambil lewa dengan hanya kira-kira 57 peratus masyarakat mengetahui

tentang hak pengguna.87

87
ibid
Meskipun begitu, masyarakat pengguna di Malaysia juga sebenarnya sudah semakin

berani dan menyedari hak mereka. Menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

sebuah badan bebas bertujuan mendengar dan mengadili tuntutan yang difailkan oleh pengguna,

berkuat kuasa sejak November 1999, beliau berkata masyarakat pengguna kini bersuara dan

menuntut hak mereka.

Kini dengan perkembangan era ICT, maklumat bergerak cukup pantas, ditambah pula

dengan cabaran globalisasi hingga sesuatu barangan dan perkhidmatan bergerak pantas

melampaui sempadan negara, pengguna yang tidak berilmu pasti akan menjadi mangsa. Sistem

pendidikan sedia ada lebih cenderung untuk melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang

berkesan, tetapi tidak menitikberatkan pengetahuan untuk menjadi pengguna yang bijak dan

berhemah. Dalam hal ini, pengguna itu sendiri perlu peka dan mengambil inisiatif bersikap ambil

tahu tentang isu-isu kepenggunaan yang berlaku di peringkat nasional mahupun antarabangsa

melalui media massa dan elektronik. 88

Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC),

Muhammad Shaani Abdullah berkata, pendidikan berkaitan penggunaan laman sosial harus

dimasukkan ke dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup sebagai langkah untuk mengatasi

perkara itu.89

Masalah ini hanya boleh ditangani dengan pendidikan dan kesedaran pengguna itu sendiri

kerana setiap individu berhak menggunakan media sosial. Namun begitu, kebebasan

menggunakan laman sosial harus diberi perhatian kerana boleh membawa kepada masalah

seperti sekarang jika pengguna tidak mempunyai ilmu dan kesedaran sivik yang tinggi. Ini

88
Siti Rahayu Zakaria Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
89
Berita Palsu: Pengguna perlu Dididik.3 Februari 2015. Utusan Malaysia
ekoran terlalu banyak penyebaran berita palsu dalam laman sosial termasuk kes penipuan dan

menggodam melalui Internet yang semakin membimbangkan.

Laporan daripada Cybersecurity Malaysia menunjukkan jumlah keseluruhan insiden keselamatan

siber pada tahun lalu meningkat 12 peratus kepada 11,918 kes berbanding 10,636 kes pada tahun

2013. Memang ada akta untuk melindungi pengguna. Ada bermacam-macam jenis akta yang

berkaitan perlindungan pengguna tetapi jika pengguna sendiri tidak berilmu maka akta tersebut

tidak akan memberi apa-apa kesan.

Pendidikan pengguna di sekolah

Ketika membahaskan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan) 2010, beberapa orang ahli

parlimen telah mencadangkan supaya mata pelajaran khusus tentang kepenggunaan diwujudkan

di sekolah rendah. Ini bertujuan agar ilmu kepenggunaan diberikan secara khusus melalui mata

pelajaran tersebut kepada para pelajar di peringkat sekolah rendah. Cadangan yang dibuat oleh

beberapa orang wakil rakyat itu menunjukkan keprihatinan mereka peri pentingnya pendidikan

kepenggunaan diajar kepada kanak-kanak agar mereka dapat terdidik sebagai pengguna yang

bijak dan berpengetahuan.

Isu mata pelajaran khusus tentang kepenggunaan ini telah lama diperkatakan oleh

pergerakan pengguna di Malaysia. Perjuangan agar ilmu kepenggunaan ini diajar di sekolah

memang menjadi perjuangan pergerakan pengguna pada tahun 1980-an. Begitu juga dengan

perjuangan agar diwujudkan kelab pengguna sekolah. Beberapa perbincangan juga diadakan

dengan pegawai Kementerian Pelajaran tentang perkara ini. Hasil perbincangan yang dijalankan,

dipersetujui bahawa pendidikan kepenggunaan perlu diajar di sekolah, namun bukannya dalam
satu mata pelajaran yang khusus. Sebaliknya pendidikan kepenggunaan dimasukkan dalam

sukatan pelajaran bagi beberapa buah mata pelajaran, seperti kemahiran hidup, matematik, sains

dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menjadikan pendidikan kepenggunaan itu merentasi

kurikulum. Semenjak itu, ilmu kepenggunaan dimasukkan dalam sukatan pelajaran sekolah

rendah, termasuk juga sekolah menengah, khususnya bagi mata pelajaran perdagangan, ekonomi

dan sebagainya.90

Kini cadangan mewujudkan mata pelajaran kepenggunaan timbul kembali. Mungkin

cadangan ini perlu diberikan perhatian yang serius memandangkan keadaan gaya hidup kanak-

kanak pada masa ini. Kanak-kanak begitu terdedah dengan pelbagai pengaruh, khususnya

pengaruh iklan menyebabkan mereka terpengaruh mengambil makanan dan menggunakan

produk berdasarkan pengaruh iklan tersebut.

Hasil daripada tinjauan ketika mengadakan sesi pendidikan kepenggunaan di sekolah

rendah, mendapati bahawa kanak-kanak tidak didedahkan dengan pendidikan kepenggunaan,

khususnya hak-hak dan tanggungjawab pengguna. Mungkin hak dan tanggungjawab pengguna

ada diselitkan dalam beberapa buah mata pelajaran, lantaran tumpuan tidak diberikan, maka

perkara ini tidak diambil berat oleh kanak-kanak sekolah tersebut. Kerajaan, perlu memberikan

perhatian terhadap pendidikan kepenggunaan di sekolah. Aspek pendidikan kepenggunaan

merentasi kurikulum masih lagi relevan. Tidak semestinya diwujudkan satu mata pelajaran

kepenggunaan yang khusus. Tindakan yang perlu dilakukan adalah dengan menambah elemen

ilmu kepenggunaan dalam sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang berkaitan.

Dengan mendapat ilmu kepenggunaan, kanak-kanak sekolah dapat dielakkan daripada

mengambil makanan dan minuman yang tidak berkhasiat, menjalani gaya hidup lestari,

90
Mohd Yusof Abdul Rahman. Kepenggunaan perlu dididik pada peringkat awal Persekolahan.7 Julai
2010.Komsumerkini.net.my
menabung untuk keperluan masa hadapan dan sebagainya. Perkara yang penting mereka ini

terdidik sebagai pengguna yang bijak dan berpengetahuan dalam menjalani kehidupan mereka

seterusnya.

Sebagai pengguna kita sudah tentu penah berhadapan dengan situasi barangan yang dibeli

tidak berkualiti, harga tidak setimpal dengan perkhidmatan yang disediakan. Apakah yang kita

lakukan apabila berada dalam situasi ini? Adakah kita mempunyai pengetahuan yang cukup

untuk bertindak? Sebagai pengguna, kita perlu menggunakan hak untuk mendapatkan ganti rugi.

Ini melibatkan hak untuk mendapat pampasan atau penyelesaian bagi tuntutan yang dibuat.

Pengguna yang tidak tahu haknya tentu tidak pasti untuk bertindak, malah ragu-ragu cara

hendak membuat tuntutan. Pengguna yang bijak tentu tahu terdapat banyak peruntukan undang-

undang yang berkaitan hak mendapatkan ganti rugi yang melibatkan barangan. Antaranya ialah

Akta Jualan Barangan 1967, Akta Kontrak 1950, Akta Perihal Dagangan 1972 dan Akta

Perlindungan Pengguna 1999. Pengguna yang bijak juga akan mengetahui tempat dan cara

membuat tuntutan untuk mendapatkan ganti rugi. Oleh sebab itu, anda sebagai pengguna perlu

menjadi pengguna yang bijak.

Anda perlu mendalami ilmu pendidikan kepenggunaan. Ini bukan bermakna kita perlu

menjadi pakar tentang hal-hal yang berkaitan kepenggunaan, tetapi sekurang-kurangnya sedar

akan hak kita dan mengetahui tempat untuk membuat aduan jika berhadapan dengan isu-isu

berkaitan. Kita sebagai pengguna sangat penting untuk mempunyai kesedaran tentang hak sendiri

dan juga mampu bertindak menerusi saluran yang sepatutnya supaya semua pihak yang terlibat

mendapat keadilan berkaitan isu kepenggunaan ini.

Pendidikan kepenggunaan ialah hak untuk mendapat pengetahuan, maklumat dan

kemahiran supaya menjadi pengguna yang bijak dan berilmu. Pendidikan kepenggunaan jarang
dibincangkan secara mendalam dan kurang diterapkan kepentingannya. Ini menyebabkan

peranannya yang membawa kesan besar dalam kehidupan harian kurang menyerlah. Tahap

pengetahuan pendidikan kepenggunaan yang kurang ini juga menyebabkan kegagalan

melahirkan pengguna yang bijak.

Maka tidak hairanlah jika seseorang baru berumur 25 tahun sudah diisytiharkan muflis.

Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan perangkaan kes individu yang muflis antara tahun 2007

hingga 2013 menunjukkan arah aliran yang berterusan meningkat dengan membabitkan 116,488

kes. Purata kes muflis dalam tempoh berkenaan ialah 60 orang setiap hari. Statistik tertinggi

ialah golongan berumur 35-44 tahun (34.31 peratus), diikuti oleh golongan umur 45-54 tahun

(26.49 peratus). Bagi kedudukan ketiga tinggi ialah golongan 25-34 tahun (20.09 peratus).

Warga emas (60 tahun dan ke atas) mencatat 11.77 peratus. Kaum Melayu mencatat hampir

separuh daripada jumlah kes (45.10 peratus). Jabatan Insolvensi Malaysia juga melaporkan

punca muflis semuanya berkaitan dengan hutang bank dengan had RM30,000.

Ada juga yang mengeluarkan wang simpanan untuk membeli saham yang dijanjikan

pulangan lumayan. Ramai yang terjebak dalam penipuan perbankan atas talian (phishing,

snifting, keylogger, RAT dll.). Tidak kurang juga yang terjerat dalam perjanjian pembelian rumah

yang kemudiannya menjadi projek terbengkalai.

Pendidikan kepenggunaan juga merupakan amanah dari sudut akidah Islam. Dengan

lebih menekankan aspek kerohanian, Islam tidak menafikan pentingnya ilmu pendidikan

kepenggunaan tetapi mestilah berlandaskan sistem ekonomi Islam yang berteraskan Al-Quran.

Pengguna yang beragama Islam perlu mengutamakan aspek halal, sah, suci dan bersih sesuatu

barangan atau perkhidmatan yang diperolehnya. Sikap tidak boros dan tidak membazir

merupakan antara akhlak yang terpuji. Kesederhanaan dalam semua hal digalakkan.
Pengguna harus sedar bahawa mereka tidak akan mendapat haknya melainkan pengguna

tahu haknya dan tahu cara menuntut hak tersebut. Pengguna harus tahu menilai barangan atau

perkhidmatan yang dibekalkan kepadanya dan berani bersuara mempertikaikan kualiti barangan

atau perkhidmatan yang tidak sempurna, atau tidak seperti yang dijanjikan. Seseorang yang

berjaya cemerlang dalam pelajaran tidak bermakna sudah berjaya dalam hidup sekiranya

seseorang itu masih mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan tinggal di dalam persekitaran

yang kotor dan tidak selamat, atau gagal mengurus kewangan dengan baik, (hutang yang

menjerut leher walaupun gaji tinggi, diisytiharkan muflis dalam usia muda, duit yang tidak

pernah mencukupi, gagal membeli keperluan asas keluarga, perbelanjaan yang melebihi

pendapatan dan sebagainya). Banyak institusi yang berperanan memberi perlindungan pengguna

di negara ini antaranya:

1. Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK);

2. Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK);

3. Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal

Pengguna;

4. Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna;

5. Agensi-agensi Kerajaan;

6. Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah; dan

7. Persatuan Pengguna.

Hakikatnya, pendidikan kepenggunaan mempengaruhi keseluruhan corak hidup

pengguna. Selagi kita menjadi pengguna, selagi itulah pendidikan kepenggunaan ini diperlukan.
Pengguna kerap terdorong membeli barangan yang tidak diperlukan, akhirnya menjadi satu

pembaziran. Pengguna sendiri yang akan menentukan pilihan yang terbaik bagi diri mereka

berdasarkan tahap ilmu penggunaan dan sumber yang ada. Dari mula pengguna membuat pilihan

(sama ada pilihan barangan, perkhidmatan, kewangan, amalan, pengetahuan atau pekerjaan)

sehinggalah pengguna mendapatkan pilihannya itu, semuanya bergantung kepada tahap

pendidikan kepenggunaan yang ada pada pengguna. Ilmu kepenggunaan membimbing pengguna

menjadi pengguna yang bijak dan menyedari hak sebagai pengguna supaya pengguna

memperoleh pilihan yang halal dan berkualiti dengan harga yang berpatutan dan dalam masa

yang sama, berupaya mengelak daripada dieksploitasi. 91

Memupuk tabiat kepenggunaan

Selain pendidikan formal, budaya kepenggunaan juga boleh dipupuk secara tidak formal di

rumah. Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan membentuk pemikiran kanak-kanak

supaya mereka mempunyai ilmu kepenggunaan. Ibarat sebagai sekeping kertas putih, sebarang

maklumat yang diberikan secara berulang kali akan kekal dalam sanubari mereka seumur hidup.

Apabila setiap hari mereka dipupuk dengan budaya pengguna yang baik, perkara ini akan

menjadi amalan mereka hingga dewasa. Ibarat kata pepatah melentur buluh biarlah daripada

rebungnya. Begitu juga dalam membentuk masyarakat pengguna yang berkesan perlu dilakukan

dari peringkat awal semenjak mereka kecil lagi.

Banyak kajian telah dijalankan tentang perkembangan badan dan minda, tabiat dan

tingkah laku kanak-kanak. Misalnya kajian yang dilakukan oleh Institute for the Study of Child

91
ibid
Development, Department of Pediatrics at UMDNJ-Robert Wood Johnson Medical School dan

Department of Pediatric Dentistry, School of Dentistry, Aichi-Gakuin University, Nagoya, Japan

dan banyak lagi di negara lain. Secara amnya, semua kajian ini merujuk kepada pembentukan

tabiat dalam kalangan anak-anak muda, khususnya dari umur dua hingga enam tahun.92

Yang penting ibu bapa perlu memikul tanggungjawab memupuk tabiat pengguna yang

baik seperti tabiat berjimat cermat dan tabiat penjimatan tenaga dalam kalangan anak mereka.

Ketika kecil, kanak-kanak belajar dengan memerhatikan tindak tanduk ibu-bapa mereka.

Seterusnya mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa berdasarkan pemerhatian itu

Guru-guru di sekolah pula berperanan sebagai ibu bapa kedua bagi kanak-kanak. Tugas

guru-guru adalah untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga semasa di sekolah.

Pengajaran yang efektif ialah hasil gabungan pengajaran dari segi teori dan juga praktikal.

Begitu juga dengan pengurusan kewangan, anak-anak perlu mengetahui tentang

pengurusan kewangan supaya mereka bijak berbelanja. Apabila mereka bijak berbelanja, maka

mereka akan menjadi pengguna yang bijak dengan setiap sen akan dibelanjakan secara

berhemah. Mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan daripada usia muda dapat

membimbing mereka menjadi generasi yang celik kewangan.

Daripada situ apabila dewasa mereka mempunyai kesedaran sebagai pengguna.

Contohnya, apabila berhadapan dengan kos peningkatan sara hidup, mereka tahu apa yang perlu

dilakukan.

92
Thanesh Kumar, Pupuk Tabiat Jimatkan Penggunaan Tenaga Semenjak Kecil Lagi, 2 November 2011,
konsumerkini.net.my
Disebabkan itu perkara utama yang menjadi perhatian ialah meningkatkan kesedaran masyarakat

terutamanya dalam aspek berjimat cermat, mengamalkan budaya mengutamakan keperluan

berbanding kehendak dan membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan seharian.93

Pendidikan kepenggunaan dapat melahirkan masyarakat sebagai pengguna berhemah,

bersikap anjal selain mempelajari kemahiran serta pengetahuan baharu untuk mengubah tabiat

dan amalan harian mereka. Bagaimanakah pengguna mampu melakukan anjakan sikap dan

mengubah tabiat mereka? Menurut Hasan (tahun?), sebagai pengguna bijak mereka perlulah

mempunyai ilmu dan pendidikan kepenggunaan yang cukup untuk melindungi diri mereka. Hal

ini penting bagi membantu pengguna untuk membuat keputusan yang bijak.

Pentingnya pendidikan pengguna

Pendidikan kepenggunaan ini ialah hak pengguna. Hak yang tercatat dalam gerakan

kepenggunaan antarabangsa. Namun, di sebalik pelbagai usaha yang dilakukan di semua

peringkat kesedaran pendidikan pengguna dalam kalangan rakyat negara ini masih kurang.

Majoriti orang kita masih mengambil sikap tidak peduli apabila timbul isu-isu pengguna. Mereka

hanya pandai merungut, tetapi tidak mahu bertindak kerana mereka tidak mempunyai

pengetahuan tentang isu kepenggunaan. Mereka tidak tahu hak seorang pengguna. Bagi mereka

apabila peniaga menaikkan harga maka pihak berkuasa yang perlu bertindak. Masalah kronik ini

disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktor ini telah mengheret pengguna ke arah

kepenggunaan yang tidak betul. Faktor utama ialah pendidikan. Pendidikan pengguna masih

93
Nur Aimidiyana Zuber, Pendidikan Kepenggunaan Diperkasakan, 17 Mac 2013, www.bernama.com
kurang didedahkan kepada masyarakat. Disebabkan itu, majoriti anggota masyarakat tidah tahu

dan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan pendidikan pengguna.94

Program yang disusun oleh kerajaan untuk kesedaran pengguna terutama oleh KPDNKK

memang banyak. Kebanyakan program itu telah mendidik masyarakat tentang ilmu

kepenggunaan. Walau bagaimanapun, boleh dikatakan masih tidak menyeluruh. Pendedahannya

hanya tertumpu kepada pengurusan perbelanjaan yang bijak sahaja. Sedangkan lebih 1001

persoalan yang boleh dikaitkan dengan pendidikan pengguna. Pendidikan pengguna juga telah

ditutupi dengan pelbagai ragam dan gaya hidup yang songsang95.

Disebabkan sikap masyarakat yang bersifat degil dan sukar dilenturkan inilah maka

pendidikan pengguna itu amat penting. Bukan sekadar penting, tetapi perlu diperkemas supaya

benar-benar berkesan dalam mendidik masyarakat. Hari ini walaupun pelbagai medium

digunakan bagi menyalurkan dan meluaskan pendidikan pengguna, tetapi tahap kesedaran

pengguna itu sendiri masih rendah. Oleh sebab itu, pendidikan pengguna yang berterusan penting

bagi mendidik pengguna di negara ini supaya mereka tidak terpengaruh dengan budaya yang

tidak sihat seperti pembaziran, tidak mementingkan keselamatan produk, boros dan berhutang.

Konsep kepenggunaan bukan hanya berada dalam lapan hak asas pengguna sahaja. S. M.

Idris Presiden Pengguna Pulau Pinang (CAP) (tahun?) menyatakan konsep kepenggunaan

melangkaui lapan hak pengguna. Ini termasuklah budaya pengguna, gaya hidup, kebendaan dan

sebagainya. 96

94
Zulzaidi bin Mahmod, coordinator Pendidikan Pengguna dan Masyarakat, Teras Pengupayaan Melayu,
Pendidikan Pengguna: Sedar atau Pudar. Zulzaidi.wordpress.com

95
ibid
96
ibid
Memang secara teorinya pendidikan pengguna perlu dimulakan dari peringkat kanak-

kanak. Sebabnya kalau mahu melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Oleh sebab itu,

pelbagai cadangan diketengahkan supaya pendidikan pengguna diperkenalkan sejak di sekolah

rendah. Namun, jika sekadar menyediakan asas pendidikan dan sekadar seperti melepaskan

batuk di tangga hanya buang masa, wang dan tenaga. Pendidikan kepenggunaan ini perlu

dipastikan keberkesanannya.

Muhammad Naim bin Samsuldin daripada Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

menyatakan subjek Pendidikan Pengguna seharusnya diterapkan dalam silibus pengajaran dan

pembelajaran di sekolah rendah. Zullfahami bin Hussain pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti

Malaya mencadangkan pendidikan pengguna seharusnya berpanjangan sehingga ke peringkat

IPT supaya lebih efisien dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak seharusnya didedahkan dengan

pelbagai jati diri pengguna seperti pengetahuan tentang alam sekitar, pembelian yang betul, hak-

hak pengguna, isu-isu kepenggunaan dan cara mengatasi masalah pengguna. Maklumat

kepenggunaan seharusnya didedahkan di peringkat kanak-kanak dalam bentuk animasi untuk

menarik minat mereka.97

97
ibid
Sumber.

Gambar 8.1. Keratan akhbar Harian Metro bahawa pengguna masih lalai.
9
Undang-undang dan Hak Terhadap Alam Sekitar

Isu alam sekitar sentiasa mengancam kehidupan manusia sebagai pengguna. Lebih teruk apabila

hal yang berkaitan kerosakan alam sekitar itu berpunca daripada manusia sendiri. Kerosakan dan

kemusnahan alam ini berlaku sebahagian besarnya kerana mahu memenuhi keperluan manusia

itu sendiri. Isu alam sekitar menjadi semakin buruk apabila bermulanya revolusi industri di

Eropah pada permulaan abad ke-20.

Perkembangan pesat dunia industri menyebabkan sumber semula jadi penting kepada

kelestarian kehidupan manusia telah tercemar seperti pencemaran udara, sumber air, hutan dan

kepupusan habitat tertentu di muka bumi.

Apabila isu alam sekitar dilihat semakin meruncing, beberapa perjanjian dan undang-

undang antarabangsa mula digubal. Hak ini dituntut kerana manusia ialah pengguna kepada alam

sekitar. Manusia memerlukan kelestarian alam itu demi meneruskan kehidupan mereka.

Setiap hari manusia menggunakan oksigen, air, makanan, kemudahan tempat dan lain-

lain lagi yang semuanya bersumberkan alam. Sayugia, manusia sebagai pengguna berhak

mendapatkan alam sekitar yang bersih dan selamat.

Pada permulaan, hubungan antara hak terhadap alam sekitar tidak begitu dipedulikan.

Kerajaan dan pihak berkuasa yang terlibat tidak berapa mengambil peduli kepentingan kaitan

alam sekitar yang baik dengan kehidupan manusia sebagai pengguna. Namun, sejak tahun 1970-

an hubungan antara hak asasi manusia dengan alam sekitar beransur-ansur diiktiraf.
Kesedaran mula timbul dalam masyarakat bahawa persekitaran yang bersih dan sihat

penting untuk memastikan setiap manusia dapat hidup dengan selesa. Dalam konteks ini, hak

terhadap alam sekitar ini membabitkan hak untuk hidup, integriti peribadi, kehidupan

berkeluarga, kesihatan dan pembangunan. Kehidupan harian manusia itu sebenarnya bergantung

kepada kesejahteraan alam, bergantung kepada sejauh mana alam dilindungi.

Kita sudah tentu tidak mahu apabila bangun setiap pagi bernafas dengan udara yang

kotor. Tentu kita tidak selesa apabila bekalan air yang digunakan setiap hari berkeladak.

Pastinya, kita tidak mahu keluar rumah setiap hari dengan memakai topeng ekoran udara yang

tidak bersih. Persekitaran tempat tinggal kita pula sudah tentu mahu dikelilingi dengan suasana

kehijauan yang memberikan ketenangan. Bagaimanapun, kes gangguan terhadap alam sekitar

yang memberi kesan kepada kehidupan manusia tetap akan berlaku.

Oleh hal yang sedemikian, hak pengguna terhadap alam sekitar ini perlu dilindungi

termasuk daripada perbuatan manusia itu sendiri. Pencabulan terhadap alam itu disebabkan oleh

manusia juga dengan alasan pembangunan dan mengaut keuntungan. Maka, alam dicabul sesuka

hati hingga membawa kesan negatif kepada kehidupan. Aktiviti manusia yang mengganggu alam

sekitar hingga tercetusnya bencana seperti di Bhopal dan Chernobyl. Oleh sebab itu, hak

manusia dan alam sekitar saling berkait. Alam sekitar yang bersih dan sihat ialah hak yang perlu

dimiliki oleh kita.

Atas kesedaran itu, maka terdapat beberapa piagam, undang-undang dan peraturan telah

digubal sama ada pada peringkat negara, seranta mahupun antarabangsa. Pada peringkat

antarabangsa mempunyai Piagam Afrika dan Konvensyen Amerika untuk menjaga kepentingan
alam sekitar. Konvensyen Aarhus dan setiap negara pula mempunyai undang-undang dan

peraturan berkaitan alam sekitar.98

Terma masalah alam dan sekitar dahulunya sering kali dirujuk kepada masalah

pencemaran, pembuangan sampah, pencemaran sungai dan sebagainya. Namun, kita tidak sedar

bahawa terma alam dan sekitar ini ialah konsep yang merangkumi manusia, alam sekeliling dan

aktiviti ketamadunan.99 Terma ini secara langsung membawa kepada penjelasan bahawa konsep

keselamatan alam sekitar merangkumi melindungi manusia dan alam yang didiami daripada

ancaman dan bahaya.

Ini bermakna, konsep keselamatan alam sekitar bukan hanya tertumpu kepada isu-isu

pencemaran, tetapi merangkumi bencana alam, kepupusan sumber, penebangan hutan secara

tidak terkawal, kestabilan ekonomi, jenayah rentas sempadan, pemberontakan, penyakit dan

sebagainya. Jika dilihat kepada negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun, isu-isu ini

diutamakan sebagai elemen dalam keselamatan negara. Bencana alam mampu meragut

kestabilan ekonomi, tamadun dan nyawa, kepupusan sumber yang mampu membawa kepada

pencetusan konflik antara negara. Kegiatan jenayah merentasi sempadan juga menggugat

keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara yang dikategorikan sebagai isu bukan tradisional.

Dalam hal ini, rakyat Malaysia perlu prihatin terhadap masalah alam sekitar. Mereka

perlu memainkan peranan untuk menjaga alam sekitar. Peranan itu perlu bermula dari rumah.

Walaupun kerajaan telah berusaha mengawal apa juga bentuk tindakan yang boleh menggugat

alam sekitar, namun kita sebagai individu perlu bertanggungjawab terhadap alam sekeliling kita.

98
Convention on Access to Information, Public Participation in Decision-Making and Acces to Justice in
Environment Matters. 25 Jun 1998.Aarhus, Denmark
99
Mohamad Faisol Keling.Keselamatan alam sekitar. 2007, 15 Oktober. Utusan Malaysia
Sejarah perjuangan mendapatkan hak alam sekitar

Keselamatan alam sekitar ialah konsep yang berkembang seiring dengan perkembangan ancaman

terhadap sesebuah negara. Ketika era Perang Dingin (1945-1991), masalah alam sekitar

merupakan topik yang tidak mendapat perhatian masyarakat dunia.

Tamatnya persaingan kuasa besar antara Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat pada

tahun 1991, menyaksikan dunia global mula memperkembangkan konsep keselamatan negara

yang turut melibatkan ancaman bukan tradisional. Menurut Mohamad Faisol (tahun?), tamatnya

persaingan kuasa pada peringkat antarabangsa telah mempengaruhi negara dunia termasuk

Malaysia untuk melihat dan menilai semula konsep keselamatan negara.100

Masalah alam sekitar seperti pencemaran, penyakit (AIDS, JE, SARS, dan lain-lain),

penebangan hutan, ekonomi, jerebu, bencana alam, kekurangan sumber, perebutan sumber dan

sebagainya telah dilihat mampu mengancam keselamatan negara. Bagaimanakah isu-isu ini

mampu menggugat keselamatan negara?

Sebagai contoh, Mohamad Faisol menambah, sumber air yang pernah dianggap sebagai

isu remeh-temeh terbukti mampu membawa sesebuah negara ke kancah peperangan. Perebutan

sumber air Sungai Tigris dan Eupharates pernah membawa Iraq, Turki dan Syria menghadapi

konflik. Sungai Nil yang merupakan nadi bagi Timur Tengah dan Afrika pernah mencetuskan

konflik antara Mesir, Habsyah dan Sudan.

Di Malaysia pula, isu air yang melibatkan Kuala LumpurSingapura pernah membawa

kedua-dua negara ke kancah ketegangan dan risiko konflik antara negara. Masalah jerebu yang

melanda Asia Tenggara pada tahun 1997, 2003 dan 2006 yang berpunca daripada aktiviti

100
ibid
pembakaran terbuka di wilayah Indonesia telah menjadi isu yang menggugat keselamatan negara

serantau khususnya Malaysia yang terpaksa menanggung kos dan kerugian yang besar bagi

menghadapi masalah alam sekitar. Jelas memperlihatkan kedaulatan dan keselamatan negara

tercabar dengan ancaman isu bukan tradisional.

Isu-isu ini sekiranya tidak ditangani, akan mencabar kedaulatan dan meletakkan negara

dalam risiko menghadapi ancaman keselamatan. Perluasan konsep ancaman keselamatan negara

yang melibatkan isu bukan tradisional telah meletakkan Malaysia di landasan kestabilan dan

jaminan keselamatan. Isu bukan tradisional ini perlu diperjelas dan disebarkan kepada rakyat

dengan secara meluas sebagai elemen yang mampu mengganggu gugat keselamatan negara.

Di peringkat dunia, kewujudan gerakan hak asasi manusia yang memperjuangkan

kelestarian alam pada permulaannya ialah tindak balas terhadap revolusi industri yang mula

mencorakkan kehidupan manusia pada awal abad ke-19. Ketika itu, penyair di Eropah dan

Amerika Syarikat (AS) telah mula menyuarakan kegusaran mereka tentang kemusnahan alam

akibat daripada kerakusan industri. Penulis AS seperti Henry David Thoreau mahukan manusia

kembali kepada kehidupan yang lebih mudah dan mesra alam dengan dipandu oleh nilai-nilai

yang terkandung dalam alam semula jadi. Elemen ini merupakan satu dikotomi yang berterusan

sehingga abad ke-20.101

Selepas Perang Dunia Kedua, kebangkitan zaman nuklear mula berlaku. Timbul

kebimbangan terhadap ancaman baharu berpunca daripada pencemaran radiasi yang boleh

membawa maut. Pergerakan alam sekitar mendapat momentum baharu pada tahun 1962 dengan

penerbitan buku Rachel Carson The Silent Spring, yang memberi amaran tentang penggunaan

racun perosak pertanian kimia sintetik. Seorang saintis dan penulis, Carson menekankan

101
Henry David Thoreau Walden; or, Life in the Woods, 1854
keperluan untuk menghormati ekosistem tempat kita hidup, untuk melindungi kesihatan manusia

dan alam sekitar.102

Kejayaan pertama manusia mendarat di bulan pada 1969 juga bukan sekadar satu

pencapaian besar dalam penerokaan angkasa lepas, tetapi turut memberi kesan kepada

perjuangan mempertahankan alam sekitar. Gambar pertama bumi dari angkasa lepas cukup

menyentuh perasaan yang memberi kesedaran bahawa bumi ini hanya satu dan perlu

dipertahankan daripada apa juga unsur yang boleh menggugat kelestarian dan boleh

memusnahkannya. Pemandangan bumi dari angkasa lepas ibarat marmar biru yang terletak di

dalam satu galaksi yang besar itu telah menyedarkan umat manusia di muka bumi bahawa kita

hidup di atas satu bumi satu ekosistem yang sangat rapuh yang saling berhubung kait antara

satu dengan lain. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab setiap insan di muka bumi untuk

mempertahankannya daripada sebarang bentuk ancaman yang boleh memusnahkan ekosistem

bumi yang seterusnya mengancam kehidupan manusia. Daripada situ telah menimbulkan

kesedaran kolektif daripada masyarakat dunia akan peri pentingnya perjuangan mempertahankan

alam sekitar.

Namun, di sebalik segala kesedaran dan rasa insaf itu, akan ada individu, kumpulan atau

organisasi yang mementingkan diri sendiri atau atas nama kemajuan telah mengganggu gugat

ekosistem bumi hingga memporak-perandakan perjalanan alam yang membawa kepada

pencemaran hingga menjejaskan kehidupan. Pada akhir dekad 1960-an cita-cita dan visi terhadap

alam sekitar mula diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih praktikal. Antaranya ialah visi

alam sekitar yang kini boleh dianggap sebagai fenomena global. Disebabkan kebimbangan

102
Rachel Carson.The Silent Spring.1962
sejagat terhadap penggunaan sumber bumi yang sihat dan mampan, PBB, pada tahun 1972, telah

bersidang mengenai Alam Sekitar, di Stockholm, Sweden.103

Ini merupakan peristiwa penting dalam melakar pengiktirafan atas hak manusia terhadap

alam sekitar. Pada akhir persidangan ini telah digubal deklarasi 19 prinsip yang merupakan

manifesto alam sekitar. Deklarasi ini menjadi asas kepada agenda baharu dalam sistem PBB

perjuangan melestarikan masa hadapan kita. Daripada sini, siri persidangan antarabangsa

mengenai alam sekitar terus diadakan bagi mencari dan merumuskan formula, piagam, peraturan

dan undang-undang untuk memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan

alam sekitar.

Mengambil semangat pada persidangan di Stockholm itu, Perhimpunan Agung PBB pada

bulan Disember 1972 telah menubuhkan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (UNEP), yang menjadi usaha badan dunia itu kepada persekitaran global. Keutamaan

UNEP ialah berkaitan aspek alam sekitar bencana dan konflik, pengurusan ekosistem, tadbir urus

alam sekitar, bahan-bahan berbahaya, kecekapan sumber, dan perubahan iklim.

Pada tahun 1983, Setiausaha Agung PBB telah menjemput dijemput Dr. Gro Harlem

Brundtland, seorang doktor perubatan yang pakar dalam kesihatan awam yang juga bekas

Perdana Menteri Norway, untuk menubuhkan dan kerusi Suruhanjaya Dunia mengenai Alam

Sekitar dan Pembangunan.

Pada April 1987, Suruhanjaya Brundtand telah menghasilkan laporan bertajuk Our

Common Future yang menampilkan konsep pembangunan lestari untuk dibincangkan di seluruh

dunia. Cadangan meluas yang dibuat oleh Suruhanjaya ini secara langsung membawa kepada

103
Report of The United Nations Conference on Human Environment, Stockholm, Sweden, 5-16 June 1972
Persidangan PBB mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan dengan meletakkan isu itu setaraf

dengan agenda awam, yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.104

Mesyuarat di Rio de Jeneiro pada pada 1992. Sidang Kemuncak Bumi atau Earth Summit

telah menerima pakai Agenda 21, rangka utama atau blueprint untuk planet kita dengan

memastikan pembangunan mampan.

Agenda 21, ialah gabungan tumpuan selama dua dekad bermuda dengan persidangan di

Stockholm pada 1972 mengenai alam sekitar dan manusia. Daripada situ UNEP diwujudkan

untuk menjadi agensi alam sekitar dunia. Menjelang 1992, kaitan antara alam sekitar dengan

pembangunan serta keperluan kepada pembangunan mampan telah diiktiraf di seluruh dunia.

Melalui Agenda 21, setiap negara anggota PBB perlu menggariskan rangka tindakan

terperinci yang boleh menggerakkan dunia daripada model pertumbuhan ekonomi yang tidak

mampan sekarang ke arah aktiviti yang akan melindungi dan memperbaharui sumber alam

sekitar dari segi pertumbuhan dan pembangunan. Rangka tindakan itu termasuk melindungi

atmosfera; memerangi penebangan hutan, kehilangan tanah dan desertification; mencegah

pencemaran udara dan air; menghentikan pengurangan stok ikan; dan menggalakkan pengurusan

yang selamat sisa toksik.105

Untuk memastikan sokongan penuh untuk matlamat Agenda 21, Perhimpunan Agung

PBB pada tahun 1992 menubuhkan Suruhanjaya Pembangunan Mampan, sebagai komisen

fungsi Majlis Ekonomi dan Sosial.

104
Report of of The World Commission on Environment and Development: Our Common Future, 20 Mac 1987
105
United Nations Conference on Environment & Development Rio de Janerio, Brazil (Agenda 21), 3 to 14 June
1992,
Sidang Kemuncak Bumi juga membawa kepada kewujudan Konvensyen PBB mengenai

Kepelbagaian Biologi (1992) dan Konvensyen PBB untuk Memerangi desertification di negara-

negara yang mengalami kemarau yang serius terutamanya di Afrika (1994).

Pada tahun 1994, Persidangan Global mengenai Pembangunan Mapan di Negara Pulau

Kecil Yang Membangun (Sustainable Development of Small Island Developing States), diadakan

di Barbados, yang mengguna pakai program tindakan yang menetapkan dasar, tindakan dan

langkah-langkah di semua peringkat untuk menggalakkan pembangunan mampan bagi negeri-

negeri ini.

Dalam apa yang dikenali sebagai "Sidang Kemuncak Bumi + 5", Perhimpunan Agung

PBB telah mengadakan sesi khas pada tahun 1997 untuk mengkaji semula dan menilai

pelaksanaan Agenda 21, dan membuat cadangan bagi memenuhi keperluan seterusnya. Dokumen

akhir sesi ini mengesyorkan peraturan tetap untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau

yang membawa kepada perubahan iklim; bergerak lebih tegas ke arah pengeluaran tenaga yang

efisien, pengedaran dan penggunaan; dan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan

sebagai syarat untuk pembangunan lestari.

Prinsip pembangunan mampan telah tersirat dalam banyak persidangan PBB termasuk,

Persidangan PBB Kedua Penempatan Manusia (Istanbul, 1996); Sesi Khas Perhimpunan Agung

di Pulau Kecil Membangunkan (New York, 1999); Sidang Kemuncak Milenium (New York,

2000) dan Matlamat Pembangunan Milenium (MDG 7 bertujuan untuk "kestabilan alam

sekitar"); dan Sidang Kemuncak Dunia 2005.

Pada tahun 1988, UNEP dan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) bersama-sama

mewujudkan Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC), yang telah menjadi

sumber global untuk maklumat saintifik yang berkaitan dengan perubahan iklim. Instrumen
antarabangsa utama mengenai perkara ini, Konvensyen Rangka Kerja PBB tentang Perubahan

Iklim (UNFCCC) telah diterima pakai pada tahun 1992. Protokol Kyoto, yang menetapkan

sasaran untuk mengikat 37 negara industri dan masyarakat Eropah untuk mengurangkan

pelepasan gas rumah hijau, telah diterima pakai dalam 1997.106

Pada tahun 2002, Sidang Kemuncak Dunia mengenai Pembangunan Lestari telah

diadakan di Johannesburg, Afrika Selatan, dari 26 Ogos - 4 September 2002, untuk mengambil

kira pencapaian, cabaran dan isu-isu baharu yang timbul sejak Sidang Kemuncak Bumi 1992.

Sidang ini untuk pelaksanaan matlamat, janji-janji dan komitmen Agenda 21 kepada agenda

tindakan yang ketara dan konkrit. Negara anggota bersetuju dengan Deklarasi Johannesburg

Pembangunan Lestari dan Pelan Pelaksanaan yang memperincikan keutamaan untuk tindakan.

Pada bulan Januari 2005, masyarakat antarabangsa bertemu di Mauritius untuk

menjalankan kajian 10 tahun Program Barbados PBB yang meluluskan satu set cadangan khusus

untuk kepentingan alam sekitar. Ini dikenali sebagai Strategi Mauritius menangani isu-isu seperti

perubahan iklim dan kenaikan paras laut; bencana alam dan alam sekitar; pengurusan sisa;

pantai, laut, air tawar, tanah, tenaga, pelancongan dan biodiversiti sumber; pengangkutan dan

komunikasi; sains dan teknologi; globalisasi dan liberalisasi perdagangan; pengeluaran dan

penggunaan mapan, pembangunan kapasiti, dan pendidikan untuk pembangunan lestari;

kesihatan; budaya; pengurusan pengetahuan dan maklumat untuk membuat keputusan.

Pada Sidang Kemuncak Bumi, telah dipersetujui bahawa pembiayaan untuk Agenda 21

akan datang dari dalam sektor awam dan swasta setiap negara. Walau bagaimanapun, dana luar

dianggap perlu untuk menyokong usaha membangunkan negara untuk melaksanakan amalan

pembangunan mampan dan melindungi alam sekitar global.

106
Kyoto Protocol To The United Nations Framework Convention on Climate Change, United Nation, 1998
Menangani keperluan ini, Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF) telah ditubuhkan pada

tahun 1991 untuk membantu negara-negara membangun mencari dana bagi melindungi alam

sekitar dan menggalakkan kehidupan mampan dalam masyarakat tempatan.

Projek GEF - dijalankan terutamanya oleh UNDP, UNEP dan Bank Dunia - memulihara

dan membuat penggunaan lestari kepelbagaian biologi, menangani perubahan iklim global,

memulihkan alam perairan antarabangsa, fasa keluar bahan-bahan yang mengurangkan lapisan

ozon, kemusnahan tanah pertempuran dan kemarau, dan mengurangkan dan menghapuskan

pengeluaran dan penggunaan bahan pencemar organik berterusan tertentu.107

Untuk membantu menyemarakkan perjuangan pembangunan mampan dengan cara yang

berterusan, Perhimpunan Agung juga mengisytiharkan tempoh 2005-2014 sebagai Dekad

Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pendidikan untuk Pembangunan Lestari. Dekad, yang mana

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) yang

merupakan agensi utama akan membantu orang ramai membangunkan sikap, kemahiran dan

pengetahuan untuk membuat keputusan demi kepentingan diri mereka sendiri dan orang lain, dan

kini dalam masa depan, dan untuk bertindak atas keputusan tersebut.

Senarai badan PBB yang aktif bagi menyokong alam sekitar dan pembangunan lestari

termasuk Bank Dunia, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP), Pertubuhan

Maritim Antarabangsa (IMO), Pembangunan Perindustrian PBB (UNIDO), Pertubuhan Makanan

dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), Program Penempatan Manusia PBB

(UN-HABITAT), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO), dan Agensi

Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

107
The Global Environment Facility (GEF) Trus Fund.www.thegef.org
UN Global Compact melibatkan komuniti perniagaan antarabangsa dalam mematuhi prinsip-

prinsip alam sekitar, dan Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF), satu inisiatif oleh Bank Dunia

UNDP-UNEP, membantu membiayainya semua.

Memandangkan betapa pentingnya perspektif alam sekitar dan prinsip kemapanan,

Perhimpunan Agung telah mengisytiharkan beberapa amalan untuk memangkinkan tindakan

positif di seluruh dunia.

Antara yang sedang berkuat kuasa ialah Dekad Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pendidikan

untuk Pembangunan Lestari (2015-2014), dan Dekad Antarabangsa bagi Tindakan, "Air untuk

Kehidupan", yang bermula pada 22 Mac 2005. Di samping itu, masyarakat dunia akan

memerhatikan Tahun Antarabangsa Gentian Asli pada tahun 2009, Tahun Antarabangsa

Biodiversiti pada tahun 2010 dan Tahun Antarabangsa Hutan pada tahun 2011.

Alam sekitar yang berkaitan amalan tahunan yang diisytiharkan oleh Perhimpunan juga

termasuk Hari Air Sedunia (22 Mac), Hari Antarabangsa bagi Kepelbagaian Biologi (22 Mei),

Hari Alam Sekitar Sedunia (5 Jun), Hari Dunia untuk Memerangi desertification dan Kemarau

(17 Jun), Hari antarabangsa bagi Pemeliharaan Lapisan Ozon (16 September), Hari

Antarabangsa bagi Mencegah eksploitasi Alam Sekitar dalam Perang dan Konflik Bersenjata (6

November), dan Hari Gunung Antarabangsa (11 Disember).

Daripada pelan, dasar dan tindakan yang ditetapkan oleh PBB ini turut mendorong

Malaysia yang merupakan negara anggota badan dunia untuk sama-sama menyatakan komitmen

bagi memulihara alam sekitar demi kepentingan rakyatnya. Oleh sebab itu, di Malaysia turut

menekankan pembangunan mampan supaya apa sahaja bentuk pembangunan yang dirancang

tidak menjejaskan kehidupan rakyat.


Dengan menerima pakai dasar dan pelan yang ditetapkan oleh PBB ini maka kerajaan

Malaysia telah menggubal beberapa akta dan undang-undang untuk melindungi alam sekitar.

Semua akta dan undang-undang ini digubal demi memastikan hak pengguna terhadap alam

sekitar terjamin. Yang terawal ialah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 bagi memastikan

setiap projek yang dirancang di semua peringkat mengambil kira kepentingan penduduk

tempatan. Ini termasuk memastikan pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Perancangan

mempamerkan apa juga draf pelan pembangunan selama sebulan dan menjemput orang ramai

untuk memberi pandangan.108

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2012) selari dengan ketetapan Persidangan

Stockholm 1972. Hasil pelaksanaan akta ini, Bahagian Alam Sekitar telah dinaiktarafkan

menjadi Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang bertanggungjawab terhadap isu-isu berkaitan kualiti

udara dan air, sisa industri, paras kebisingan dan penilaian kesan alam sekitar. Peranan utamanya

ialah untuk mengawasi kualiti alam sekitar.109

Hak kita sebagai rakyat dan sebagai pengguna terhadap alam sekitar yang lestari, bersih

dan selamat termaktub di bawah akta Akta Kualiti Alam Sekeliling ini. Di bawah akta ini juga

wujudnya proses Penilaian Kesan Alam Sekitarlah (EIA) JAS yang berperanan menilai kesan

sesuatu projek terhadap alam sekitar. Penilaian EIA merupakan satu-satunya mekanisme statutori

bagi rakyat negara ini menyuarakan kebimbangan mereka dengan berkesan terhadap apa juga

bentuk projek yang boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan masyarakat.

108
Undang-Undang Malaysia. Akta 172. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976. 2006.Terbitan Suruhanjaya
Penyemak Undang-Undang Malaysia
109
Undang-Undang Malaysia.Akta A1441.Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan 2012). Percetakan Nasional
Berhad
Antara kes yang membabitkan EIA apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James

Foong membuat keputusan mengenai kes Empangan Bakun pada Jun 2010 yang memihak

kepada tiga plaintif iaitu orang asli Sarawak.

Hakim berkata: "Asas kepada Akta Kualiti Alam Sekitar ialah merumuskan "langkah-

langkah untuk mengelak, mengurang atau mengawal kesan-kesan buruk ke atas alam sekitar.

Untuk mencapainya, sebagaimana tercatat dalam Garis Panduan, penglibatan awam amat

diperlukan, interaksi antara orang awam dengan alam sekitar ialah asas kepada konsep kesannya.

Oleh itu, relevan dan mandatori untuk pihak berkuasa mendengar pandangan awam dahulu,

sebelum memberikan kelulusan.

"Ia seolah-olah memperolok-olokkan seluruh isu ini dengan mengatakan, EIA boleh

diluluskan dahulu dan jika orang awam mempunyai sebarang idea membina, mereka boleh

menyerahkannya kemudian. Ini tentulah tidak wajar, mengetepikan pertimbangan yang baik dan

wajar."110

Pentingnya hak terhadap alam sekitar

Segelintir rakyat Malaysia mungkin mengambil mudah atau tidak endah mengenai hak mereka

terhadap alam sekitar ini. Namun, percayalah, hak ini penting dan diperjuangkan dengan cukup

meluas di seluruh dunia kerana jika alam sekitar terjejas akan turut menjejaskan hak-hak kita

yang lain. Ini termasuk:

110
The Bakun Dam case reported in 1996. 2 MLJ388. Involved certain natives in Sarawak who were against the
construction of a dam on their native land.
Hak untuk hidup

Hak untuk hidup sangat berkait rapat dengan alam sekitar. Sebarang kemusnahan alam sekitar

yang akan menyumbang kepada kehilangan nyawa sama ada secara langsung atau tidak

langsung. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2012, sekitar tujuh orang

mati satu daripada setiap lapan kematian di seluruh dunia berpunca daripada pencemaran. 111

Sumber.

Rajah 9.1. Punca kematian berdasarkan pencemaran terbuka.

111
News release by WHO: 7 million premature deaths annually linked to air pollution, 25 March 2014.
Dalam anggaran terbaharu yang dikeluarkan pada 25 Mac 2014, WHO memberitahu,

penemuan itu menunjukkan peningkatan sekali ganda dan sekali gus mengesahkan pencemaran

udara kini merupakan ancaman kesihatan terbesar berpunca daripada alam. Oleh itu,

mengurangkan pencemaran udara sudah tentu dapat menyelamatkan nyawa. Untuk

mengurangkan pencemaran ini, kita memerlukan persekitaran yang bersih dan sudah menjadi

hak kita sebagai pengguna untuk menuntut hak itu dan menuntut supaya apa juga bentuk

pembangunan tidak mencemarkan alam sekitar dan tidak mencemarkan udara yang kita hirup

setiap hari.

Sumber.

Rajah 9.2. Punca kematian akibat pencemaran tertutup.


Data terbaharu WHO mendedahkan hubungan antara pencemaran di tempat tertutup dan

terbuka dengan penyakit berkaitan kardiovaskular seperti strok, penyakit jantung termasuk kaitan

antara pencemaran dengan barah atau kanser.

Hak untuk kesihatan

Hak ini berkait rapat dengan hak untuk hidup. Hak ini selalu dicabuli oleh aktiviti pencemaran

yang membabitkan udara, tanah atau air. Pencemaran ini akan menjejaskan kesihatan yang boleh

membawa kepada kematian. Sepatutnya, setiap manusia berhak kepada kesihatan yang baik dan

mendapat perlindungan daripada apa juga faktor yang boleh menjejaskan kesihatan.

Hak untuk air

Walaupun tidak disebut secara spesifik dalam mana-mana perjanjian antarabangsa, hak untuk

mendapatkan air, terutama air yang bersih selalunya tidak diambil berat oleh pihak berkuasa. Ini

ada kaitan dengan kesihatan dan kehidupan.

Hak untuk makanan

Alam sekitar juga mempunyai kaitan dengan sumber makanan. Jika alam sekitar terjejas, sumber

makanan kita juga akan turut terjejas. Oleh sebab itu, setiap individu ada hak untuk mendapatkan

makanan yang cukup sama ada secara ekonomi mahupun fizikal.


Hak untuk pembangunan

Pembangunan mampan yang seimbang antara keperluan semasa dengan keperluan mengekalkan

alam sekitar sangat penting. Pembangunan yang seimbang antara keperluan untuk maju dan

keperluan untuk mengekalkan persekitaran yang penting demi kehidupan berkualiti terutama

untuk generasi akan datang.

Hak untuk harta

Perkara ini terutamanya membabitkan mereka yang tinggal di kawasan yang terancam. Sebagai

contoh, masyarakat yang tinggal di kawasan tepi pantai mengalami hakisan hingga kediaman

terjejas. Akibat kesan alam ini kehidupan mereka terjejas, dan mereka ini berhak kepada harta

yang lebih selamat.

Hak untuk mendapatkan perlindungan dan rumah

Kemusnahan alam boleh membawa kepada kehilangan rumah dan tempat perlindungan.

Kejadian banjir di Pantai Timur pada Disember 2014 misalnya telah membawa kemusnahan

kepada rumah yang menjadi tempat berlindung. Mereka ini berhak untuk mendapatkan tempat

perlindungan yang sempurna dan selesa.


Isu alam sekitar di Malaysia

Walaupun kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia belum 100 peratus,

namun, sedikit demi sedikit kesedaran itu mula muncul dan mereka mulai prihatin dengan apa

yang berlalu di sekeliling yang boleh menjejaskan alam sekitar. Lantaran itu, isu-isu alam sekitar

mula dibangkitkan dari semasa ke semasa demi kepentingan awam. Selain itu, kewujudan

pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan alam sekitar seperti Sahabat Alam Malaysia

(SAM), Dana Hidupan Liar Antarabangsa (WWF) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

turut membantu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu-isu alam sekitar dan hak

mereka terhadap alam sekitar.

Perkara yang lebih penting, masyarakat itu sendiri perlu ada kesedaran untuk menjaga

alam sekitar kerana, sikap mengabaikan kelestarian persekitaran di sekeliling kita seperti suka

mencemarkan alam sekitar boleh mengundang padah. Banjir besar yang melanda negeri di Pantai

Timur pada Disember 2014 yang menyebabkan lebih 200, 000 dipindahkan dan kerugian

mencecah angka bilion ringgit harga yang perlu dibayar akibat mengkhianati alam sekitar.
Sumber. JAS

Rajah 9.3. Carta Pai di atas menunjukkan jenis-jenis pencemaran yang berlaku di Taman
Keramat AU3, Kuala Lumpur.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata,

tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan pencerobohan hutan secara

berleluasa sememangnya salah satu punca banjir.112

Oleh sebab itu, pembersihan hutan, pembalakan dan pertanian sesuka hati tidak boleh

dilakukan sewenang-wenangnya kerana perlu ada perancangan rapi. Penerokaan hutan telah

menyebabkan kerugian besar kepada negara kerana selain melibatkan kerosakan kepada bentuk

muka bumi, rakyat secara khusus turut terkesan dan menjadi mangsa.

112
Padah Khianati Alam Sekitar. 2015, 2 Januari.Utusan Malaysia
Sumber.

Gambar 9.1. Kawasan bukit digondol akibat aktiviti pertanian di Lojing, Gua Musang,
Kelantan.

Tindakan ini turut menggugat hidupan liar, pokok, flora dan fauna yang menjadi

khazanah negara kita. Itu semua perlu diambil kira dan dijaga sebaik mungkin. Suka atau tidak

semua ini memainkan peranan yang cukup besar.

SAM dan CAP juga telah menyuarakan bantahan terhadap kerajaan Pulau Pinang serta

pihak berkuasa berkaitan supaya bertindak segera bagi menyelesaikan isu pencemaran di Batu

Ferringhi. Pencemaran di kawasan itu cukup serius dan menjejaskan kualiti hidup rakyat.
Sumber.

Gambar 9.2. Banjir yang menenggelamkan bandar Kuala Krai Kelantan pada Disember 2014.

Kualiti hidup yang terjejas itu sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana Batu

Ferringhi merupakan kawasan tumpuan pelancong. Pencemaran seperti itu sudah tentu akan

menjejaskan mereka yang mencari akan dengan pelancongan. 113

Kajian SAM dan CAP mendapati pencemaran di kawasan itu sangat serius dan perlu

diambil tindakan segera dan berkesan untuk memastikan tidak merebak yang pastinya boleh

menjejaskan kesihatan awam. Jelas di sini, hak untuk alam sekitar yang bersih itu jika diabaikan

boleh menjejaskan pula hak kesihatan kita.

113
Kenyataan Akhbar Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Kajian itu menunjukkan air di Sungai Batu Ferringhi sangat hitam dan busuk. Air yang

tercemar itu didapati datang daripada satu sumber yang terletak kira-kira 300 meter dari laut.

SAM dan CAP kecewa dengan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar itu kerana bertentangan

dengan janji kerajaan negeri melalui slogan Cleaner dan Greener Penang.

Sumber.

Gambar 9.3. Pencemaran di Sungai Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Begitu juga dengan kemusnahan yang berlaku pada hutan bakau di Kampung Tuntung

Panchor di Beruas, Perak yang melanggar Akta Perhutanan Kebangsaan 1984. Jabatan
Perhutanan Perak didapati gagal untuk memastikan hutan bagi menjamin kesejahteraan rakyat

pada masa depan dipulihara. SAM dan CAP kecewa dengan kejadian itu kerana aktiviti tersebut

bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi lebih teruk lagi mengancam alam sekitar dan

memberi kesan buruk jangka pendek dan jangka panjang kepada penduduk di sekelilingnya,

terutama nelayan tempatan.

Sumber. CAP

Rajah 9.2. Isu-isu yang berkaitan alam sekitar.


Pada Februari 2012, lebih 20,000 penduduk di Cameron Highlands berdepan krisis

gangguan air berikutan loji utama rawatan air di Kampung Terla ditutup akibat pencemaran. Loji

rawatan air itu ditutup selepas beratus-ratus ikan ditemui mati di Sungai Terla, di Cameron

Highlands. Penutupan loji berkenaan dan sampel ikan yang mati di sungai itu telah dihantar

kepada agensi yang berkaitan untuk kajian.

Pada Julai 2009 Berlaku pencemaran ammonia di Sungai Langat menyebabkan Syarikat

Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) terpaksa menutup Loji Rawatan Air Cheras di Batu 11

di sini sejak 14 Julai lalu. Kesan daripada pencemaran ammonia ini menyebabkan air berbau

busuk seperti yang pernah terjadi di kawasan itu sekitar tahun 1998 dan 2006. Sikap orang ramai

yang suka membuang sampah ke dalam sungai termasuk juga sisa kumbahan turut memburukkan

lagi keadaan tersebut.114

Malaysia Go green

Kepesatan pembangunan terutama kemajuan industri menyebabkan bumi seolah-olah tidak lagi

dapat menampung kesannya. Pembuangan sisa industri terutamanya menyebabkan bumi semakin

hari semakin sakit dan kerosakan yang berlaku itu memberi kesan kepada kehidupan manusia.

Di Malaysia telah digerakkan satu inisiatif yang dipanggil Malaysia Go-Green Inisiative

yang merupakan platform sukarela yang ditubuhkan oleh beberapa buah syarikat bioteknologi

Malaysia, syarikat multinasional, beberapa buah universiti tempatan, sejumlah pertubuhan bukan

114
Sungai Langat dicemari ammonia. 2009, 4 Ogos. Utusan Malaysia
kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang terdiri daripada penggiat kepada kempen Go-Green dan

penjagaan alam sekitar.115

Inisiatif ini dilancarkan kerana menyedari kesedaran rakyat Malaysia terhadap penjagaan

alam sekitar masih rendah berbanding inisiatif oleh masyarakat antarabangsa. Walaupun ada

kempen di merata tempat, namun masih bersifat sukarela dan tiada penyelarasan di peringkat

nasional.

Sumber.

Gambar 9.4. Hari Kuala Lumpur tanpa kereta untuk meningkatkan kesedaran orang ramai
tentang penjagaan alam sekitar.

115
Alam sekitar hanya pinjaman. 2013, 25 Mac.Utusan Malaysia
Usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan kempen menjaga

alam sekitar dan bumi masih belum diselaraskan secara strategik di Malaysia dan masih bersifat

program dan acara. Ini memberi idea kepada penubuhan kempen Go-Green dalam pelbagai

aplikasi khasnya dalam kalangan masyarakat dan semua yang terlibat. Bukan hanya

menumpukan kepada sektor teknologi hijau tetapi lebih kepada membina minda sedar dan

prihatin terhadap visi dan misi Go-Green itu sendiri. Tidak dinafikan pihak Barat ialah juara

dalam memperjuangkan isu-isu alam sekitar. Mengikut sejarah, pengurusan alam sekitar di Barat

bermula pada akhir kurun ke-19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula

dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke

atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha melalui pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam

sekitar daripada terjejas.

Namun, walau apa pun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih gagal mengurus

alam sekitar dengan berkesan. Apa yang pasti, ini disebabkan gejala pemencilan pengaruh

keagamaan sebagai salah satu faktor penyumbang kegagalan tersebut. Atas pengaruh ajaran

yang sempurna, umat Islam sepatutnya lebih menjuarai sebagaimana pada zaman tamadun

kerajaan Islam seperti Umayyah, Abbasiah, Mughal, Sepanyol sehinggalah kepada Uthmaniah

sebenarnya telah mendahului dalam soal penjagaan alam sekitar," kata Presiden Malaysia Go-

Green Inisiative, Mahadi Mohamad. Malaysia Gi-Green Inisiative turut menyokong sambutan

Hari Earth Hour yang dianjurkan setiap tahun oleh pertubuhan alam sekitar Tabung Hidupan

Liar Sedunia (WWF). Sambutan itu sangat signifikan untuk disertai oleh rakyat Malaysia sebagai

sokongan menangani krisis perubahan cuaca di seluruh dunia.


Sumber.

Gambar 13: Gambar menara berkembar Petronas di Kuala Lumpur yang bergelap (kanan)
ketika sambutan Earth Hour 2014.

Sambutan itu bukan sekadar satu simbol tetapi ada kesannya yang sangat positif terhadap

penggunaan tenaga karbon dan sebagainya yang begitu berlebihan sehingga menjejaskan kualiti

alam. Biarpun kita hanya diminta menutup semua suis lampu dan dibiarkan bergelap selama

sejam, iaitu bermula pukul 8.30 malam sehinggalah 9.30 malam ketika sambutan itu, sekurang-

kurangnya memberi kesedaran kepada kita terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dan apa

juga perbuatan yang kita lakukan setiap hari seperti menutup dan membuka suis lampu itu

sebenarnya turut memberi kesan kepada alam sekitar. Kita juga perlu sedar kita sebagai

pengguna mempunyai hak terhadap alam sekitar.


Tempoh bergelap ini mampu mengurangkan darjah kepanasan bumi walaupun tidak

begitu signifikan kerana apa yang penting ialah mesej yang hendak disampaikan. Ini

menunjukkan betapa pentingnya kerjasama semua pihak dalam memastikan bumi masih sesuai

didiami dan dihuni oleh generasi anak-anak pada masa akan datang.

Penguatkuasaan undang-undang

Pada 2005 kerajaan telah meminda Undang-undang Kecil Kerja Tanah dengan menaikkan

jumlah denda daripada RM2,000 kepada RM20,000. Langkah itu diambil dalam usaha

memelihara alam semula jadi negara daripada dirosakkan oleh pemaju yang tidak

bertanggungjawab.

Pindaan itu dibuat kerana penalti ke atas undang-undang sedia ada terlalu kecil selain

tanggungjawab untuk memastikan alam semula jadi dalam perancangan dan kawalan

pembangunan dikawal. Selain undang-undang kecil itu, terdapat beberapa akta lain berkaitan

perancangan dan kawalan ke atas projek pembangunan iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa

(Akta 172), Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akta

127).

Dalam kes menggondolkan Bukit Cahaya Seri Alam, di Shah Alam Selangor pada 2009,

mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada pemaju dengan menggunakan peruntukan dalam

Akta 172 dan Akta 133. Hukuman di bawah akta-akta berkenaan lebih berat iaitu denda

maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali untuk Akta 172

sementara Akta 133 pula memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara lima tahun

atau kedua-duanya sekali. Dalam kes itu, tiga pemaju projek di Seksyen U10 didenda antara
RM200,000 dan RM300,000 oleh Mahkamah Seksyen setelah mengaku atas pelbagai kesalahan

membangun, menebang pokok dan memotong bukit berhampiran Taman Pertanian Bukit Cahaya

Seri Alam. Hakim Suraya Othman memerintahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

(PKNS) membayar RM300,000 bagi kesalahan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa

1976. Sementara dua buah syarikat, Tetuan Restu Mantap Sdn. Bhd. dan Tetuan Dacing Kota

Sdn. Bhd. masing-masing dikenakan denda RM250,000 dan RM200,000.116

Pada Oktober 2005 Syarikat pengeluar sarung tangan getah asli pakai buang terbesar di

dunia, Top Glove Sdn. Bhd. didenda maksimum RM100,000 atau penjara dua minggu oleh

Mahkamah Sesyen Klang setelah didapati bersalah atas tuduhan melepaskan efluen (sisa) hingga

mencemarkan Sungai Klang.

Hakim Nor Afizah Hanum Mokhtar menjatuhkan hukuman tersebut setelah mendengar

rayuan peguam S. Ramesh dan hujah Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, L.

Chandra Devi. Syarikat berkenaan didakwa pertama kali di mahkamah pada 8 November 2000.

Pada 23 September 2009, Nor Afizah mendapati syarikat terbabit bersalah kerana melepaskan

efluen pukul 7.20 malam, 31 Mei 1999 di premis operasinya di Jalan Teratai Off Jalan Meru,

Batu 6, Klang dekat sini. Syarikat itu dibicarakan mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam

Sekitar 1974 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 3 akta yang sama. Hukuman yang

diperuntukkan jika disabitkan dengan kesalahan ialah denda maksimum RM100,000 atau penjara

lima tahun atau kedua-dua sekali.

Pada 27 Mei 2005, Mahkamah Seksyen Ampang mendenda Kilang pengeluar sate

popular Haji Samuri didenda RM45,000 atas kesalahan melepaskan sisa buangan industri

mengandungi minyak dan gris ke dalam longkang awam. Perbuatan tersebut boleh menjejaskan

116
Denda rosakkan alam semulajadi dijangka naik RM20,000. 2009, 6 April. Utusan Malaysia
sistem pengairan Sungai Langat dan Loji Air Puncak Niaga, Bukit Tampoi, Selangor yang

membekalkan air bersih kepada 70,000 penduduk sekitar.117

Hakim Mahkamah Seksyen Ampang Noradidah Ahmad sebelum menjatuhkan hukuman

itu berkata, walaupun mengambil kira bahawa syarikat itu telah mengaku salah, mahkamah

mengutamakan faktor kepentingan awam kerana pencemaran alam sekitar semakin berleluasa.

Katanya, jika perkara ini tidak dibendung, ia akan membawa kemusnahan alam sekitar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan selepas pemeriksaan ke atas kilang memproses produk syarikat

itu pada 17 Jun tahun lalu di Lot 3764, Jalan Saujana, Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Syarikat itu didakwa di bawah Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

(pindaan 1996) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25(3) akta yang sama yang

memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau

kedua-duanya sekali.

Pada 28 Mei 2013 Mahkamah Tinggi Shah Alam menambah denda terhadap sebuah

syarikat pemprosesan makanan daripada RM20,000 kepada RM100,000 atas dua tuduhan

melepaskan bahan kimia perindustrian berlebihan dalam perairan pedalaman, tahun lalu. Hakim

Noor Azian Shaari memutuskan demikian terhadap Sweet Home Candied Products Sdn. Bhd.

selepas membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aida Mastura

Mohamed Aman yang mewakili pihak pendakwaan.

Hakim turut memerintahkan hukuman penjara 18 bulan dikenakan terhadap pengarah

urusan syarikat terbabit, Tee Chee Wah, 43, sekiranya gagal membayar denda.

Hakim berkata, isu pencemaran ini serius dan mendapat perhatian masyarakat global, memang

tiada mangsa dalam kes ini tetapi perbuatan ini akan memberi kesan buruk kepada hidupan di

117
Syarikat sate Kajang Haji Samuri didenda RM45,000. 2005, 28 Mei. Utusan Malaysia
dalam air. Meskipun langkah-langkah mengurangkan pencemaran telah diambil tetapi kesalahan

itu telah berlaku dan jumlah pencemaran yang terlibat (adalah) besar. 118

Syarikat itu didakwa melepaskan efluen perindustrian melebihi had piawaian seperti yang

telah ditetapkan di bawah Peraturan 11(1)(a) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Efluen Perindustrian) 2009 ke dalam perairan pedalaman. Kandungan keperluan biokimia yang

mempunyai kepekatan 2,300 miligram per liter (MG-L) iaitu melebihi had kepekatan yang

dibenarkan sebanyak 20 MG-L serta kandungan pepejal terampai yang mempunyai kepekatan

150 MG-L.

Bagi tuduhan kedua, syarikat itu didakwa melepaskan kandungan keperluan oksigen

kimia yang mempunyai kepekatan 5,300 MG-L iaitu melebihi had kepekatan yang dibenarkan

sebanyak 80 MG-L. Pendakwaan dikemukakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan

boleh dihukum di bawah Peraturan 32 akta tersebut yang membawa hukuman denda sehingga

RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

118
Syarikat didenda RM100,000. 2013, 29 Mei. Utusan Malaysia
10
Dasar Pengguna Negara

Mengapakah pengguna di negara ini memerlukan satu dasar yang khusus? Adakah undang-

undang dan peraturan yang ada tidak mencukupi untuk melindungi kepentingan pengguna di

Malaysia? Dasar Pengguna Negara (DPN) diperkenalkan secara rasmi pada 2002, tiga tahun

selepas Akta Perlindungan Pengguna 1999 dikuatkuasakan. Kewujudan DPN dirasakan perlu

ekoran perkembangan proses liberalisasi itu yang semakin rencam yang mengancam kepentingan

pengguna. Era liberalisasi dan globalisasi telah meruntuhkan sempadan perdagangan lalu

mendedahkan pasaran negara kepada segala macam barangan dan perkhidmatan dari serata

dunia. Hal ini mendedahkan pengguna di Malaysia kepada pelbagai kemungkinan yang boleh

menjejaskan kepentingan mereka.

Walaupun liberalisasi dilihat memberi keuntungan, kerana pengguna mempunyai banyak

pilihan dalam pasaran, tetapi pada aktivis pengguna pula mempunyai pandangan berbeza. Pada

mereka, hak memilih yang semakin luas itu tidak harus menjejaskan hak-hak pengguna yang

lain. Lagi pula, perdagangan bebas yang merentasi sempadan bukan jaminan semua barangan

yang masuk ke negara ini adalah selamat. Dengan sebab itu, selepas memperkenalkan Akta

Perlindungan Pengguna 1999, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna ketika itu telah mengadakan sesi percambahan fikiran di Langkawi yang

merumuskan beberapa perancangan untuk kebaikan pengguna dan peniaga di negara ini.

Perjumpaan di Langkawi itu telah merintis kepada kewujudan DPN sebagai dokumen yang
menjadi tanda komitmen pemerintah melindungi kepentingan para pengguna khususnya dalam

menghadapi ancaman liberalisasi perdagangan. 119

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan Dalam

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata, matlamatnya supaya negara mempunyai satu dasar

yang jelas terhadap pengguna sebagai usaha memperkukuh dan mempertingkatkan agenda

melindungi kepentingan mereka. Dasar ini akan menjadi garis panduan kepada pemerintah

untuk merangka undang-undang yang diperlukan oleh para pengguna pada era perdagangan

bebas kini. Dalam apa juga usaha kerajaan perundangan pengguna yang baharu dan sekiranya

perlu atau menyemak serta memperbaik undang-undang sedia ada, DPN akan menjadi rujukan

utama. Walaupun negara sudah ada Akta Perlindungan Pengguna yang komprehensif yang

disokong oleh penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna, DPN penting sebagai iltizam kerajaan

melindungi kepentingan para pengguna.

Kata, Muhyiddin, pengguna mesti terus dilindungi, sebab itu walaupun tidak ada dasar

pengguna kita buat undang-undang untuk melindungi mereka. Cuma untuk undang-undang yang

akan datang akan dirujuki kepada dasar itu kerana pengguna meliputi semua orang dan

kepenggunaan membawa erti apa saja kegiatan manusia. Perlindungan pengguna di negara ini

menjadi tanggungjawab banyak agensi kerajaan, bergantung kepada skop dan peranan

kementerian yang menaunginya. Selain menjadi rujukan yang membabitkan aspek perundangan,

DPN menjadi garis panduan kepada usaha-usaha menyebarkan pendidikan pengguna dan

menanam kesedaran kepenggunaan dalam kalangan anggota masyarakat. Walaupun gerakan

kepenggunaan di negara ini walaupun aktif dan telah bermula sejak pertengahan 1960-an, tetapi

masih gagal memberikan kesan kepada orang ramai. Buktinya kesedaran pengguna di Malaysia

119
Nor Azam Shairi. (2000, 24 Julai) Dimensi baharu bela pengguna. Mingguan Malaysia
masih rendah. Orang ramai masih bersikap acuh tidak acuh apabila berhadapan dengan isu yang

membabitkan kepentingan mereka. Sebab itu DPN diperlukan sebagai panduan kepada

pemerintah, industri perdagangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyusun program

pendidikan pengguna.

Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau Akta 599 itu sendiri satu-satunya akta yang dapat

memberi perlindungan undang-undang yang agak luas kepada para pengguna, sungguhpun tidak

dalam semua bidang. Akta ini memberi takrifan yang jelas dan terperinci tentang individu yang

dimaksudkan sebagai pengguna, selain membuka jalan kepada penubuhan Tribunal Tuntutan

Pengguna yang membantu pengguna yang sering menjadi mangsa kebuasan dan kerakusan

peniaga.120 Sebelum diterima sebagai akta, Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 1999

dibentangkan di Parlimen pada 26 Julai 1999, dan tarikh juga telah diambil untuk dijadikan

sebagai sambutan Hari Pengguna Malaysia (HPM) yang kini disambut setiap tahun.

Dari segi matlamatnya, sambutan Hari Pengguna di Malaysia tidak berbeza dengan Hari

Pengguna Sedunia anjuran Consumers International (CI), sebuah badan naungan kepada lebih

260 buah persatuan pengguna dari 120 buah negara yang diraikan pada 15 Mac setiap tahun.

Cuma kadangkala tema yang dipilih oleh CI itu tidak sesuai dengan keadaan masyarakat negara

ini. Dengan latar ekonomi, sosial, budaya dan politik yang berbeza, Malaysia mempunyai

keutamaan yang kadangkala tidak serupa dengan CI apatah lagi kalau melihat kepada tahap

kesedaran para pengguna di negara ini.121

Apa pun, matlamatnya ialah supaya pengguna di negara ini mempunyai kesedaran dalam

keadaan pasaran yang semakin rencam hari ini, dasar perdagangan bebas dan liberalisasi yang

120
Noor Azam Shairi. (2001, 26 Julai) Nasib pengguna di tangan sendiri. Mingguan Malaysia
121
ibid
dilihat lebih banyak menekan. Hanya kesedaran kepenggunaan adalah antara benteng pertahanan

yang terbaik. Jika tiada kesedaran secukupnya, pengguna mudah terpedaya dengan pelbagai

taktik kumpulan peniaga dan akhirnya ditelan oleh kerakusan mereka. Itulah objektif Dasar

Pengguna Negara (DPN)122 Menjadi penunjuk arah gerakan dan perlindungan pengguna yang

lebih menyeluruh. DPN pula disokong oleh Pelan Induk Pengguna Negara (PIPN) yang

matlamatnya meningkat perlindungan dan kesedaran pengguna mencakupi aspek pendidikan,

perundangan dan penguatkuasaan.

Selari dengan matlamat itu, maka pada 26 Julai 2002 sempena dengan HPM, DPN

dilancarkan bagi memastikan tahap perlindungan terbaik kepada pengguna dari segi aspek

perundangan. Satu jawatankuasa antara kementerian akan ditubuhkan bagi memastikan perakuan

yang terkandung dalam dasar itu yang meliputi peranan pengguna, peniaga dan kerajaan dapat

dilaksanakan.

Di bawah DPN, setiap undang-undang hendaklah menyediakan peruntukan yang

melindungi pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan

sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat. Dasar itu juga menggalakkan

amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek pengeluaran,

promosi, penentuan harga supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan

serta menggalakkan pendekatan untung bersama.

Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana

Menteri, sewaktu melancarkan DPN berkata, dasar ini menjadi asas kepada segala kegiatan dan

program kepenggunaan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan, persatuan pengguna, badan

bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

122
Nor Azam Shairi.Nasib pengguna di tangan sendiri.26 Julai 2001.Mingguan Malaysia
Dengan yang demikian, kuasa pengguna akan lebih berpengaruh demi kesejahteraan dan

kebajikan rakyat, katanya ketika berucap melancarkan dasar itu serentak dengan pelancaran

Hari dan Minggu Pengguna Malaysia 2002.123

Tujuan DPN menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab antara pengguna,

pengilang dan kerajaan dalam melaksanakan peranan masing-masing. DPN juga menyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi yang seimbang berdasarkan galakan penggunaan lestari dalam

kalangan pengguna. Pada masa sama, pengguna sendiri perlu merebut peluang menambah ilmu

pengetahuan termasuk berkaitan perdagangan elektronik (e-dagang) agar dapat membuat

keputusan yang bijak dan tepat tanpa merugikan diri sendiri.

Dengan wujudnya Dasar Pengguna Negara, Rukun Niaga dan etika perniagaan yang

positif, diharapkan satu iklim urus niaga yang sihat dapat diwujudkan di negara ini,kata

Abdullah.124

Dasar pengguna negara

Jika dilihat kepada takrifan yang diberikan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), fokus DPN adalah untuk membudayakan amalan

perlindungan sendiri oleh pengguna, kawal selia sendiri oleh peniaga/pengeluar bagi mencapai

tahap perlindungan pengguna yang berkesan. Seterusnya menyediakan persekitaran yang

kondusif untuk mewujudkan pasaran yang adil dan pembangunan yang lestari selaras dengan

perkembangan ekonomi tempatan dan global.

123
Dasar Pengguna Negara dilancarkan. (2002, 27 Julai).Utusan Malaysia
124
ibid
Secara mudahnya, dasar ini bertujuan mendidik pengguna supaya akhirnya mereka dapat

menilai baik buruk apabila mereka terlibat dalam sesuatu urus niaga. Pada masa sekarang

pengguna di Malaysia amat bergantung kepada pihak berkuasa dalam memastikan hak mereka

terbela. Apabila timbul isu harga, pengguna menuding jari kepada kerajaan supaya mengambil

tindakan. Pada hal, pengguna itu sendiri boleh bertindak dengan memilih peniaga yang berhemah

dana memboikot peniaga yang cekik darah tetapi hal ini tidak berlaku. Pengguna di negara ini

tetap mahu membeli daripada peniaga yang cekik darah itu, tetapi pada masa sama mahukan

pihak berkuasa menghukum peniaga berkenaan. Pada hal, pengguna itu sendiri boleh

menghukum peniaga berkenaan tanpa perlu ada campur tangan kerajaan.

Itu yang menjadi matlamat akhir DPN, meningkatkan kualiti hidup rakyat yang juga

merupakan pengguna. Apabila pengguna ada kesedaran, maka secara tidak langsung mereka

akan menjadi pendesak supaya peniaga memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab

masing-masing demi pembangunan ekonomi negara yang mampan. Pengguna memainkan

peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi domestik yang mampu menjadi

penampan kepada kesan pergolakan ekonomi global.

Untuk itu, DPN diperlukan sebagai asas, prinsip dan panduan dalam menggubal dasar

dan undang-undang berkaitan kesejahteraan pengguna terutamanya aspek perlindungan

pengguna demi kesejahteraan pengguna.

DPN juga perlu diambil kira dalam penggubalan dasar ekonomi atau sosial negara. Dasar

ini ialah asas kepada segala kegiatan berkaitan kepenggunaan oleh agensi kerajaan, persatuan

pengguna, badan bukan kerajaan yang lain dan sektor swasta supaya budaya kepenggunaan dan

pengeluaran lestari (sustainable production) dapat dipertingkatkan di negara ini.125

125
Dasar Pengguna Negara.laman web rasmi KPDNKK.www.kpdnkk.gov.my
DPN diperlukan bagi mengurangkan kesan globalisasi terhadap pengguna, peniaga dan

kerajaan. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan serta kecanggihan teknologi kesan daripada

liberisasi ekonomi dan globalisasi mengubah aspek perundangan, ekonomi, strategi perdagangan

dan sosial sesebuah negara. Ini juga bagi mewujudkan masyarakat pengguna yang mengamalkan

perlindungan secara sendiri berdasarkan sifat bijak, bermaklumat, proaktif dan

bertanggungjawab.

Dengan itu pengguna mampu mempengaruhi aktiviti golongan pembekal/pengilang serta

sensitif terhadap segala tindakan dan tingkah laku mereka yang boleh mempengaruhi keadaan

ekonomi dan sosial negara. Pengguna yang berdaya upaya mempunyai kuasa yang besar yang

mampu menentukan barangan dan perkhidmatan yang sepatutnya ada di pasaran Malaysia.

Ini bukan bermakna golongan peniaga dilihat sebagai mereka yang rakus dan suka

menindas semata-mata. DPN melihat masyarakat peniaga mempunyai peranan penting dalam

menentukan kesejahteraan pengguna. Pengguna dan peniaga perlu sama-sama

bertanggungjawab. Peniaga perlu beretika, mengamalkan kawal selia kendiri, bertanggungjawab

dan jujur boleh menyumbang kepada kebajikan dan kesejahteraan pengguna. 126

DPN diperlukan bagi meningkatkan keprihatinan dan pengetahuan masyarakat pengguna

dan peniaga terhadap hak-hak dan tanggungjawab masing-masing serta berganding bahu bagi

mencapai kemakmuran negara secara keseluruhannya. Dasar ini juga menjadi asas kepada

program ke arah menyediakan pengguna dan peniaga yang mampu memainkan peranan aktif di

dalam negara maju yang berpendapatan tinggi.

126
ibid
Matlamat dasar pengguna negara

DPN digubal berteraskan pendekatan ekologi yang mengiktiraf hubungan timbal balik antara

pengguna dengan sistem di persekitarannya seperti sistem ekonomi, sosial dan politik. Pengguna

khususnya berinteraksi dengan sistem lain dan saling mempengaruhi dan dipengaruhi oleh sistem

dalam persekitaran. DPN digubal dengan tiga matlamat iaitu:

1. Melahirkan pengguna yang berdaya upaya dan melaksanakan perlindungan kendiri.

Pengguna yang berdaya upaya ialah pengguna yang mendapat akses kepada maklumat

dan faedah daripada persaingan menggunakan maklumat, ilmu dan berdikari. Pengguna

berdaya upaya juga ialah pengguna yang mampu melindungi diri sendiri dan sedar akan

setiap keputusan semasa berurusan dalam pasaran. Pengguna seperti ini mampu

memastikan mereka tidak pemanipulasi oleh pasaran.

2. Meningkatkan kawal selia kendiri dalam kalangan peniaga

Kawal selia kendiri ialah usaha membentuk, mengurus peraturan dan amalan dalam

pasaran yang dikuatkuasakan sendiri oleh peniaga atau pengusaha. Ini merupakan aktiviti

kolektif dengan penglibatan dan persetujuan semua sektor untuk mematuhi peraturan

yang digubal dan dipersetujui bersama. Kawal selia kendiri merupakan aktiviti secara

sukarela dan mereka yang terlibat sememangnya faham bentuk faedah yang boleh

didapati daripada usaha tersebut.


3. Meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna

Perlindungan pengguna yang berkesan wajar menjadi tanggungjawab semua pihak.

Kerajaan memainkan peranan dalam penguatkuasaan dan secara keseluruhannya

menyelaras kebajikan pengguna dan peniaga.127

Objektif DPN dikenal pasti bagi mencapai tiga matlamat. Semuanya dirangka bagi

menentukan hala tuju matlamat DPN tercapai. Dasar ini mesti memberi manfaat kepada semua

pihak iaitu pengguna, peniagaan dan pemerintah sendiri. Kumpulan ini membentuk satu

ekosistem yang menjadi penggerak kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.

Ekonomi yang terus berkembang dan negara yang terus bergerak mahu ke hadapan pula

menjamin kelestarian kehidupan pengguna. Keseluruhan ekosistem ini akan menuju ke arah

pencapaian wawasan DPN iaitu meningkatkan kesejahteraan pengguna melalui amalan pasaran

yang adil.128

Strategi dasar pengguna negara

Bagi mencapai objektif yang telah dirangka strategi tertentu telah dirangka supaya perkara yang

dihasratkan itu tercapai dan dasar yang digubal itu benar-benar memberi manfaat kepada

pengguna dan bukan sekadar retorik semata-mata. Daripada apa yang digariskan oleh KPDNKK,

strategi yang boleh dilaksanakan bagi mencapai objektif berdasarkan kepada matlamat yang

127
ibid
128
ibid
telah ditetapkan. Strategi bagi mencapai objektif di bawah matlamat melahirkan pengguna yang

berdaya upaya dan melaksanakan perlindungan kendiri:

1. Meningkatkan kualiti, kuantiti dan akses kepada maklumat.

i. Menyediakan landasan hubungan/interaksi antara pengguna dengan kerajaan.

ii. Meningkatkan akses pengguna kepada maklumat yang tepat.

iii. Meningkatkan penerbitan dan edaran bahan berkaitan pengguna.

2. Melahirkan pengguna yang bertanggungjawab dan beretika.

i. Mengarusperdanakan pendidikan pengguna.

ii. Meningkatkan keberkesanan program pendidikan pengguna.

iii. Memantau tahap pencapaian semasa pengguna Malaysia.

iv. Mewujudkan persekitaran yang membolehkan pengguna berfungsi dengan cekap

dalam pasaran.

3. Membangunkan pergerakan pengguna yang berkesan.

i. Mengukuhkan fungsi persatuan/ pergerakan pengguna.

ii. Meningkatkan jaringan antara kerajaan dan persatuan /NGOs.

iii. Meningkatkan program bersama rakyat (outreach).

4. Meningkatkan keupayaan pengguna rentan dari segi sumber dan perlindungan.

i. Mempertingkatkan perlindungan bagi golongan pengguna rentan.


Meningkatkan kawal selia kendiri dalam kalangan peniaga

Strategi bagi mencapai objektif di bawah matlamat meningkatkan kawal selia kendiri dalam

kalangan peniaga:

1. Peniaga yang beretika serta bertanggungjawab sosial.

i. Meningkatkan usaha memupuk nilai murni sejagat.

ii. Mengarus perdanakan kod etika dalam amalan perniagaan.

2. Menggalakkan amalan kawal selia kendiri dalam kalangan peniaga/ pengeluar.

i. Meningkatkan pemahaman tentang faedah kawal selia kendiri.

ii. Menyediakan pengiktirafan kepada peniaga yang mengamalkan kawal selia

kendiri.

iii. Meningkatkan pemantauan kawal selia kendiri dalam kalangan industri.

3. Membangunkan pasaran prihatin pengguna.

i. Meningkatkan amalan perniagaan prihatin pengguna.

ii. Mewujudkan persekitaran, hubungan dan polisi perniagaan yang mengutamakan

pengguna.

iii. Meningkatkan peranan organisasi perniagaan ke arah merealisasikan pasaran

prihatin pengguna.
Meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna

Strategi bagi mencapai objektif di bawah matlamat meningkatkan keberkesanan perlindungan

pengguna:

1. Memantapkan undang-undang dan peraturan perlindungan pengguna.

i. Memudahkan dan meningkatkan persekitaran perundangan untuk peniaga dan

pengguna.

ii. Menginstitusikan perancangan yang berdasarkan bukti.

iii. Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang.

2. Membangunkan sistem tebus rugi yang cekap, mudah dan mesra pengguna.

i. Membentuk mekanisme aduan pengguna yang cekap dan berkesan.

ii. Menyediakan sistem penyampaian khidmat menyelesaikan masalah yang cepat

dan murah.

iii. Memantau aksesibiliti dan keberkesanan mekanisme penyelesaian.

iv. Membentuk mekanisme penyelesaian bagi perdagangan elektronik.

3. Mewujudkan mekanisme koordinasi/ penyelarasan antara agensi yang terlibat dalam

perlindungan pengguna.

i. Mewujudkan mekanisme pertukaran maklumat perlindungan pengguna di

peringkat nasional.

ii. Penubuhan pusat penyelidikan dan pendidikan pengguna.


4. Mengukuhkan perlindungan pengguna melalui pemakaian standard.

i. Meningkatkan kesedaran terhadap standard keselamatan barang dan

perkhidmatan.

ii. Meningkatkan standard dan sistem pelabelan barangan pengguna.

iii.

5. Membangunkan sumber manusia yang berkualiti.

i. Melengkapkan pegawai KPDNKK dan pemimpin persatuan pengguna dengan

kemahiran asas kepenggunaan bagi meningkatkan keberkesanan.

Mewujudkan nilai pengguna Malaysia

Nilai Pengguna merupakan prinsip penting yang memandu seseorang khususnya pengguna ke

arah kehidupan sejahtera dalam pasaran. Nilai yang dipegang oleh pengguna mempengaruhi

amalan dan cara pengguna membuat keputusan. Terdapat lima nilai yang wajar diserapkan dalam

budaya hidup pengguna Malaysia selain kebergantungan kepada undang-undang:

1. Nilai wang Sebagai pengguna kita mesti memastikan setiap sen dan setiap ringgit yang

dibelanjakan itu berbaloi dan berdasarkan nilai sebenar barangan tersebut. Jika kita

berbelanja secara semberono akan menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi yang

tentunya akan memberi masalah kepada masyarakat pengguna yang kurang wang. Oleh

sebab itu bagi pengguna yang mempunyai wang yang lebih mereka perlu mengawal
perbelanjaan, kerana perbelanjaan secara berlebih-lebihan akan memberi kesan kepada

pengguna yang lain.

2. Nilai manusia (sifat penyayang) - Pergerakan pengguna ialah sekumpulan manusia yang

mengambil berat terhadap orang lain. Mereka cuba memberikan nilai kepada manusia

tidak kira bangsa, agama dan darjat akan menjadikan pasaran lebih harmoni dan adil.

3. Nilai demokrasi (mengetahui kuasa yang ada pada kita) Ini membantu pengguna

bertindak secara berkumpulan untuk membawa perubahan. Pengguna serta

peniaga/pengeluar boleh menggunakan kuasa kolektif untuk melindungi kepentingan

pengguna dan menentang mereka yang mengancam hak pengguna dan

peniaga/pengeluar.

4. Nilai keadilan (berjuang menegakkan keadilan) - Sistem politik dan ekonomi kerap

mendiskriminasikan mereka yang tidak berkuasa. Pengguna boleh membangunkan

masyarakat yang adil, rasional dan saksama melalui amalan advokasi dan perjuangan

menjaga kesejahteraan pengguna.

5. Nilai persekitaran (melindungi bumi) Sebagai pengguna kita mesti melindungi,

mengawal dan memelihara alam sekitar daripada sebarang ancaman kemusnahan dan

pencemaran. Pengguna perlu bertindak mempertahankan alam sekitar kerana itu hak kita.

Kita perlu mengetahui kesan tindakan yang diambil ke atas alam sekitar supaya sumber

bumi tidak dieksploitasi dan seterusnya memberikan kesan negatif kepada orang ramai.
Kejayaan DPN bergantung kepada usaha semua pihak iaitu, pengguna, peniaga, Kerajaan

serta badan bukan kerajaan. Oleh sebab isu-isu pengguna merentasi pelbagai kementerian dan

agensi untuk memastikan pencapaian dan matlamat yang ditentukan tercapai. Usaha padu dan

peranan semua pihak ini mampu mencapai matlamat Dasar Pengguna Negara untuk melahirkan

masyarakat pengguna yang dinamik, progresif, berkualiti serta mempunyai nilai-nilai pengguna

bagi memacu suasana pasaran yang adil dan beretika selaras dengan Wawasan 2020.129

129
ibid
11
Tribunal Tuntutan Pengguna

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85,

Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 ialah satu badan bebas. Beroperasi di bawah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), objektif

utama penubuhan TTPM adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada pengguna

memfailkan tuntutan ganti rugi secara mudah, murah dan cepat.130

Berdasarkan watikah penubuhannya, TTPM ialah sebuah badan bebas. Bebas untuk

mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta

Perlindungan Pengguna, 1999. Sebelum wujudnya tribunal ini, segala tuntutan ganti rugi oleh

pengguna terhadap peniaga, pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil. Ini

melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk

diselesaikan. Disebabkan segala kerumitan ini, pengguna di Malaysia lebih suka mengambil

sikap berdiam diri dan rela menanggung kerugian kerana jika dibawa ke mahkamah

kemungkinan kos yang mereka tanggung lebih tinggi.

Keadaan ini menjadikan peniaga semakin berani kerana pengguna tidak berminat untuk

membuat tuntutan di mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab

terutamanya jika jumlah yang dituntut adalah kecil.

130
ibid
Walaupun kini sudah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar

tuntutan yang tidak melebihi RM5,000, namun prosedur untuk ke mahkamah menakutkan

pengguna. Memahami hakikat ini, TTPM ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau

kemudahan alternatif kepada pengguna menuntut ganti rugi dan pampasan daripada pembekal

atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.

Sehingga Jun 2011 Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjaya

menyelesaikan 58,094 kes yang difailkan pengguna terhadap pembekal barangan dan

perkhidmatan atau pengilang dengan nilaian hadiah berjumlah RM135.2 juta bagi tempoh

Januari 2000 sehingga 31 Mei 2011.131

Di bawah TPPM, pengguna bermaksud seseorang individu yang membeli barang dan

perkhidmatan untuk kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga atau isi rumah. Secara

perundangan, istilah pengguna bermaksud seorang yang:

1. memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada

lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga atau isi

rumah; dan

2. tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, terutamanya bagi

maksud:

i. membekalkannya semula secara perdagangan;

ii. menggunakannya dalam perjalanan suatu proses pengilangan;atau

iii. dalam hal barang, membaiki atau mengolah, secara perdagangan, barang lain.

131
Utusan Malaysia. 15 Jun 2011
Bidang kuasa TTPM

Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar:

1. apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk

mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta;

2. di mana jumlah yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;

3. apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta.

Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan

mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian. Mana-mana

pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal menuntut ganti rugi bagi kerugian yang

ditanggung berhubung apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan beliau sebagai pengguna di

bawah akta yang berbangkit daripada:

1. Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama,

iaitu:

a. perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses

pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti;

b. gambaran yang mengelirukan mengenai harga;

c. tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak

mengadakannya;

d. tuntutan-tuntutan lain yang mengelirukan seperti -

i. selagi stok masih ada;


ii. barang-barang adalah terhad; dan sebagainya.

e. menerima bayaran tanpa niat untuk membekalkan barang atau perkhidmatan;

f. kontrak perkhidmatan hadapan bagi perkhidmatan yang akan diadakan atas dasar

berterusan.

2. Keselamatan barang dan perkhidmatan :

a. standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa barang atau kelas barang;

b. standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan atau kelas

perkhidmatan.

3. Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan

barang-barang:

a. mengenai hak milik;

b. mengenai kualiti boleh terima;

c. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;

d. barang mematuhi perihal;

e. barang mematuhi sampel;

f. mengenai harga munasabah;

g. mengenai pembaikan dan barang ganti.

4. Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan pembekal

perkhidmatan:

a. mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah;


a. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;

b. mengenai masa siap munasabah;

c. mengenai harga munasabah.

5. Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan pembekalan barang-

barang:

a. mengenai kualiti prestasi atau ciri-ciri barang;

a. mengenai pemberian perkhidmatan yang diperlukan:

b. mengenai kebolehdapatan barang yang serupa pada masa hadapan;

c. mengenai pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-

apa akujanji oleh penggerenti.

6. Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan pembekalan barang-

barang:

a. mengenai kualiti yang boleh diterima;

a. barang mematuhi;

b. mengenai pembaikan dan barang ganti.

Pengertian barang dan perkhidmatan

Perkataan barang ertinya barang yang terutamanya dibeli atau digunakan bagi maksud diri,

rumah tangga atau isi rumah, dan termasuklah: Barang yang dipasang pada, atau digabungkan

dalam, apa-apa harta tak alih atau harta alih:


1. haiwan, termasuk ikan;

2. vesel atau kenderaan;

3. kemudahan; dan

4. pokok, tumbuh-tumbuhan dan tanaman sama ada atau tidak di atas, di bawah atau terlekat

pada tanah, tetapi tidaklah termasuk hak dalam tindakan, termasuk surat cara niaga, syer,

debentur dan wang.

Perkataan perkhidmatan termasuklah apa-apa hak, faedah, keistimewaan atau

kemudahan yang atau yang akan, diberikan atau dianugerahkan di bawah apa-apa kontrak tetapi

tidaklah termasuk:

1. hak, faedah atau keistimewaan dalam bentuk pembekalan barang atau pelaksanaan kerja

di bawah suatu perkhidmatan; atau

2. apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan atau akan dibekalkan oleh ahli profesional yang

dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis (seperti doktor, peguam atau

arkitek); atau

3. perkhidmatan jagaan kesihatan yang dibekalkan atau akan dibekalkan oleh profesional

jagaan kesihatan atau oleh kemudahan jagaan kesihatan (seperti perkhidmatan perubatan,

pergigian, kejururawatan, perbidanan, farmasi dan ambulans).

Kes di tribunal pengguna

Sehingga tahun 2011 tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjaya menyelesaikan

7,767 kes tuntutan sepanjang tahun ini, membabitkan pembayaran berjumlah RM13,395,223.
Jumlah itu merupakan 86.65 peratus daripada keseluruhan 8,964 kes yang difailkan untuk

tempoh sama, membabitkan nilai tuntutan berjumlah RM40,867,862. Contoh pengguna yang

membeli komputer dengan harga RM2,000, namun membuat tuntutan RM20,000 apabila

komputer tersebut tidak boleh digunakan. Tiga buah negeri yang mencatat jumlah kes paling

tinggi ialah Kuala Lumpur dengan 1,978 kes, diikuti Johor (1,310 kes) dan Selangor dengan

1,043 kes.132

1. Sofa tidak berkualiti

Hasrat seorang kerani dan seorang akauntan untuk menikmati keselesaan set sofa kulit

bagi tempoh yang lama tidak kesampaian apabila produk yang dibeli mereka pada

November 2009 rosak dalam tempoh tidak sampai enam bulan digunakan.

Akibat tidak berpuas hati dengan perkara itu, kedua-duanya membawa kes itu

kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Johor Bahru selepas mereka

gagal mendapat bayaran balik daripada syarikat pengeluar perabot berkenaan, Kian

(Johore) Sdn. Bhd. Haryati Iswadi, memberitahu, dia membeli set sofa kulit berharga

RM2,599 daripada sebuah kedai perabot yang terletak di sebuah pasar raya terkemuka di

Plentong dengan harapan dapat digunakan bagi jangka masa panjang memandangkan

fabrik yang digunakan kelihatan berkualiti tinggi. Namun, selepas enam bulan digunakan,

set sofa berkenaan mula menggelupas dan bahagian tepinya turut patah.133

Akibat tidak berpuas hati dengan kualiti sofa berkenaan, dia kemudian pergi

semula ke kedai itu untuk mendapatkan ganti rugi tetapi gagal kerana premis berkenaan

telah ditutup.

132132
7767 tuntutan pengguna selesai, bayaran lebih RM13j.9 Nov 2011.Utusan Malaysia
133
Pengguna tertipu sofa tidak berkualiti. 28 Januari 2012.Utusan Malaysia
Dia kemudian pergi ke kilang pembuat perabot berkenaan di Ulu Tiram untuk

mendapatkan ganti rugi tetapi hampa kerana mereka menafikan sofa itu dibuat di kilang

tersebut. Mereka turut mencabar saya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Tidak puas hati dengan keadaan itu, dia pergi ke cawangan syarikat perabot

tersebut yang terletak di Kluang bagi mendapatkan penjelasan. Selepas diberikan

penerangan, dia dapati bahawa set sofa yang dibeli itu bukan daripada jenama perabot

tersebut.

Nasib sama turut dialami Ho Yin Chyang, 50, apabila sofa kulit yang dibelinya

dengan harga RM2,859 turut menggelupas dalam tempoh lapan bulan dan lebih

menyedihkan pihak syarikat memintanya untuk membayar RM800 sebagai kos untuk

menggantikan fabrik tersebut.

Dia diberitahu oleh pihak penjual tidak akan bertanggungjawab jika kulit yang

digantikan pada sofa itu rosak atau menggelupas pada masa akan datang. Menurutnya

lagi itulah kali terakhir membeli perabot daripada syarikat berkenaan.

Setelah mendengar kedua-dua tuntutan itu, Presiden TTPM, Siti Naaishah

Hambali mengarahkan syarikat perabot terbabit membayar pampasan sebanyak RM1,400

kepada Haryati dan RM1,700 kepada Yin Chyang.

2. Dapat semula deposit kereta

Adakah orang ramai yang membuat tempahan kereta berhak memperoleh semula wang

deposit mereka daripada syarikat pengedar kereta setelah membatalkan urus niaga

tersebut? Bagi pengguna yang bijak, mereka perlu menggunakan hak mereka untuk
menuntut semula wang deposit kereta tersebut kerana kini telah termaktub dalam pindaan

Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Perkara itu dibangkitkan dalam Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di

Kangar, Perlis semalam semasa prosiding tuntutan juruelektrik, Md. Surizan Md. Salleh,

31, dan peniaga, Shabaren Shafeei, 33.134

Menurut Md. Surizam, dia membayar deposit RM500 kepada syarikat Laytac

Auto Sdn. Bhd. untuk menempah seunit kereta Perodua Viva 850 berwarna putih pada 11

Disember 2010 tetapi seminggu kemudian, syarikat itu memberitahu mereka hanya

mempunyai kereta berwarna hitam.

Apabila dia bertanya tarikh penerimaan kereta yang ditempah, pihak syarikat

tidak memberi jawapan justeru dia membatalkan pembelian dan membuat surat

permohonan untuk mereka mengembalikan wang deposit.

Kata Md. Surizan, walaupun berulang kali dia pergi ke pejabat syarikat berkenaan

untuk menuntut wang tersebut, syarikat itu hanya memintanya menunggu.

Sementara itu, Shabaren pula mendakwa, dia membuat tempahan model kereta

yang sama pada 11 Ogos tahun lalu setelah membayar wang deposit RM500 kepada

syarikat berkenaan. Namun pihak bank tidak meluluskan permohonan pinjaman kerana

tiada penjamin. Dia kemudian membatalkan pembelian kereta berkenaan dan memohon

wang deposit dikembalikan tetapi syarikat itu enggan berbuat demikian.

Wakil Laytac Auto dalam keterangan di TTPM pula mendakwa, berdasarkan

kontrak pembelian, pihaknya mempunyai hak untuk tidak membayar balik wang deposit

berkenaan.

134
Dua pengguna dapat balik deposit RM500.31 Mei 2011. Utusan Malaysia
Setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Pretam Singh

Darshan Singh berkata, terdapat unsur terma tidak adil dalam kontrak pembelian

kenderaan itu sehingga merugikan pengguna.

Selain itu, katanya, kontrak berkenaan tidak boleh lagi diguna pakai berdasarkan

pindaan terhadap Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Klausa dalam arahan penjualan dan pengedaran secara prosedur dan substantif

adalah tidak adil kepada pengguna justeru tidak boleh dilaksanakan dan terbatal,''

katanya.

Dengan keputusan tersebut, beliau meminta syarikat berkenaan membayar semula

wang deposit sebanyak RM500 kepada kedua-dua penuntut terbabit dalam tempoh 14

hari.

3. Bekas Naib Canselor dapat RM14,980

Gara-gara tidak puas hati kerana dipaksa membayar pakej rawatan rambut untuk kali

kedua, seorang bekas naib canselor sebuah institusi pengajian tinggi awam akhirnya

berjaya mendapat ganti rugi berjumlah RM14,986.

Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM), Datuk Abu Bakar Awang

mengarahkan Yu Nam Hair Care membayar ganti rugi kepada bekas Naib Canselor

Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin dan

isterinya, Noor Rohani Mohd. Noor dalam tempoh 14 hari.135

135
Bekas Naib Canselor dapat RM14,986.24 Februari 2011.Utusan Malaysia
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pusat itu didakwa mengikut

Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan jika disabit kesalahan, boleh didenda

maksimum RM5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Dr. Sulaiman yang kini memegang jawatan Felo Penyelidik Utama, Universiti

Putra Malaysia (UPM) memberitahu, kejadian bermula 28 Mei tahun lalu apabila beliau

ditawarkan pakej rawatan selama setahun bersamaan 24 kali rawatan di pusat itu dengan

harga RM7,800 untuk seorang.

Namun, selepas sesi keempat tidak menunjukkan hasil, beliau diminta menambah

bayaran untuk pakej rawatan baharu yang berharga RM7,500 pula untuk setiap seorang.

Dr. Sulaiman berkata, selepas berasa tertipu dan dipermainkan dengan saranan

kakitangan pusat itu, beliau mula mengemukakan tuntutan di TTPM bagi mendapatkan

semula haknya.

4. Syarikat kecantikan kena bayar ganti rugi

Sementara itu, dalam kes berasingan, sebuah syarikat kecantikan terkenal, New York

Skin Solution Sdn. Bhd. diarah membayar ganti rugi berjumlah RM518 kepada seorang

remaja, Intan Khairunnisha Kamarul Ariffin, 18.

Ibu mangsa, Rohaya Jusoh berkata, sepatutnya anak beliau diberikan rawatan

kecantikan secara percuma di pusat kecantikan itu selepas Rohaya mendapat pakej

rawatan di situ. Bagaimanapun, beliau dimaklumkan bahawa pakej percuma itu tidak

diberikan sebaliknya dipaksa membuat bayaran walaupun enggan berbuat demikian.

Selepas rawatan diberikan katanya, mereka mendesak bayaran dibuat pula untuk

anaknya, walhal sebelum ini mereka ada bagi satu tawaran rawatan percuma di atas
akaunnya. Ini merupakan satu penipuan oleh syarikat berkenaan yang mengecewakan

pengguna.
12
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) yang dirasmikan pada 13 Julai 2004,

ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerjaan (NGO) pengguna yang bertindak sebagai

pusat aduan setempat bagi membantu pengguna yang berhadapan dengan masalah. NCCC

ditubuhkan atas inisiatif bersama Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna Malaysia

(ERA Consumer Malaysia), Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan serta

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

NCCC merupakan perantara antara pengguna dengan agensi berkaitan dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna. Apabila pengguna ada masalah, mereka akan

salurkan kepada NCCC, pusat itu akan menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian selain

bertindak sebagai pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan

pertikaian.

Hal ini kerana sesetengah pengguna yang berhadapan dengan isu-isu kepenggunaan,

tidak tahu tempat yang sepatutnya mereka membuat aduan. Walaupun ada pelbagau agensi,

NGO dan undang-undang yang membela nasib pengguna, tetapi kadang-kadang mereka buntu

apabila berhadapan dengan masalah. Peranan NCCC membantu memecahkan kebuntuan ini dan

berperanan mengisi kekosongan antara pengguna dengan agensi berkaitan.

NCCC pula bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan seperti Bahagian

Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk

memastikan ia dapat berperanan dengan berkesan.


Pengguna jangan pula anggap NCCC sebagai satu badan penguatkuasaan. NCCC tidak

ada kuasa penguatkuasaan dan tidak ada kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan berkaitan isu

kepenggunaan. Pusat ini merupakan perantara dan pemudah cara antara pengguna yang

menghadapi masalah dengan agensi-agensi terbabit. Visi NCCC membentuk mekanisme kendiri

dalam kalangan pengguna yang berkebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan adil, mudah

dan berkesan melalui sistem pengantaraan.

Misi utama NCCC adalah sebagai badan pengantara antara pihak kerajaan, swasta dan

pengguna dalam mengenal pasti penyelesaian terhadap sebarang aduan pengguna Tribunal

Tuntutan Pengguna Malaysia, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Malaysia, Majlis Peguam, Biro

Pengantaraan Kewangan dan sebaliknya.136

NCCC ialah pusat pengurusan masalah pengguna. Selepas menerima aduan daripada

pengguna, NCCC akan membantu mengatasinya dengan mengetengahkan masalah itu kepada

pihak yang bertanggungjawab.

Proses pengendalian aduan

A. Peringkat pertama

1. Aduan diterima daripada pihak pengadu/pengguna oleh NCCC.

2. Pegawai akan merekodkan aduan dalam data aduan dan memastikan maklumat

penuh serta mempunyai bukti yang kukuh. ( Maklumat seperti : Nama Penuh, No.

Kad Pengenalan, Alamat dan sebagainya)

3. Pegawai Aduan akan menganalisis aduan pengguna.

136
Portal rasmi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional.www.nccc.org.my
B. Peringkat kedua

Selepas menganalisis, pegawai aduan akan mengambil tindakan yang berikut:

1. Menasihatkan pihak pengadu supaya merujuk kepada pihak berkuasa yang

relevan; atau

2. Pihak NCCC akan merujuk terus kepada pihak yang dituntut bagi pihak pengadu.

Pihak NCCC akan melakukan tindakan seperti menghantar surat aduan kepada

pihak yang dituntut ataupun mengadakan perundingan untuk menyelesaikan

masalah aduan yang dibuat.

3. Pihak yang dituntut dimaksudkan bahawa pihak yang diadu oleh pihak pengguna.

C. Peringkat ketiga

1. Pihak NCCC akan menerima maklum balas daripada pihak berkuasa ataupun

pihak yang dituntut.

2. Maklum balas akan disalurkan kepada pihak pengadu untuk tindakan selanjutnya.

3. Aduan diselesaikan.
CARTA ALIRAN PENGENDALIAN ADUAN

Aduan Pengguna

NCCC

Rekod Aduan

Analisis Aduan/Klasifikasi

Khidmat Aduan/ Perundingan

Atau

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Pihak Dituntut

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Malaysia

Biro Pengantaraan Kewangan

Pihak Berkuasa Tempatan

Biro Pengaduan Awam

Jabatan-jabatan Kerajaan

NGO

Maklum Balas/ Tindakan


Penyelesaian Masalah

Rajah 12.1. Carta aliran aduan NCCC.

Kes kendalian NCCC

Pada tahun 2013, NCCC menerima 40, 560 aduan menunjukkan sedikit pengurangan berbanding

41, 963 aduan pada 2012. Aduan itu membabitkan 20 jenis peniaga berbeza hasil daripada urus

niaga pengguna. Majoriti aduan membabitkan barangan pengguna berbanding aduan terhadap

sektor telekomunikasi berada di tangga teratas pada tahun sebelumnya. 137 Dari segi nilai wang,

aduan yang membabitkan sektor automobil mencatatkan angka yang tinggi iaitu

RM22,182,476.30 berbanding tahun sebelumnya hanya RM9,544,831.80.138

Pada 2013, NCCC menerima 4,915 aduan daripada pengguna terhadap pengeluar kereta

tempatan membabitkan jumlah kerugian lebih RM22.2 juta. Jumlah itu meningkat sebanyak 12

peratus berbanding tahun sebelumnya dengan nilai kerugian RM9.5 juta.

Kebanyakan aduan berkaitan kereta baharu yang mengalami kerosakan dan tidak ada langkah

sewajarnya diambil pihak pengeluar kenderaan bagi mengatasinya menyebabkan berlarutan

dalam tempoh lama.139

NCCC juga menerima aduan berhubung khidmat selepas jualan yang tidak mencapai

tahap memuaskan, tidak menepati jaminan malah pengguna kesal kerana syarikat-syarikat itu

137
Big surge in complaint about general cosumer product.23 Jun 2014. The rakyat post
138
ibid
139
Gajet palsu, kerosakan kereta baharu keluhan utama pengguna 2013. 24 Jun, 2014.Malaysian Insider
hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Daripada aduan yang diterima itu, NCCC telah

mengemukakan kepada agensi berkaitan untuk tindakan undang-undang, kaedah penyelesaian

dan pertikaian.

Aduan tertinggi berkaitan produk am, diikuti sektor telekomunikasi, perkhidmatan

peruncitan dan e-dagang, automotif dan industri pelancongan. Kewujudan NCCC dapat

memastikan syarikat yang memberi perkhidmatan atau produk perlu proaktif dalam menangani

aduan pengguna mereka. Sekiranya mereka tidak beri perhatian terhadap aduan pelanggan,

pengguna akan mencari syarikat lain atau memboikot dan akhirnya menjejaskan perniagaan

mereka sendiri.

NCCC sedia bekerjasama dengan persatuan atau masyarakat mengadakan program bagi

meningkatkan kesedaran pengguna tentang hak mereka dan cara menuntut ganti rugi. Ketua

Eksekutif NCCC, Muhammad Shaani Abdullah, berkata setiap program atau bengkel yang

diadakan tidak dicaj kerana semuanya akan ditanggung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia

(FOMCA) dengan syarat perlu disertai sekurang-kurangnya 60 peserta. Sebanyak 120 program

perlu dijalankan sepanjang tahun 2014, hanya 50 program dapat dilaksanakan di seluruh

Malaysia. Oleh sebab itu, mereka mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat mengadakan

ceramah atau bengkel supaya menghubungi kami.

Memandangkan masih ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat surat

aduan dan menuntut ganti rugi, kami turut mengajar serta memberi pendedahan sebenar apa yang

perlu dilakukan pengguna, kata Muhammad Shaani pada di Forum Change Starts With Me

bersama penduduk Bandar Sri Damansara pada 24 Jun 2014.


Menurut Muhammad Shaani, setiap bulan, NCCC menerima kira-kira 100 aduan

daripada orang ramai tentang masalah perumahan serta skim pelaburan dan semakin meningkat

kerana penyelesaian aduan memerlukan kerjasama semua pihak.

Telefon bimbit, tablet dan kereta merupakan produk paling tinggi mendapat aduan

pengguna Malaysia tahun lalu, begitu juga gadjet palsu dan kereta mewah buatan Eropah yang

sering rosak selepas keluar dipamerkan di pasaran, kata pemerhati aduan pengguna.

Walaupun jumlah angka yang diterima Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan (NCCC) pada

2013 menurun, tetapi nilai kerugian yang dirasai pengguna dalam sektor automobil meningkat

tiga kali ganda.

Aduan paling tinggi

Produk dan perkhidmatan lain seperti televisyen, telefon bimbit, komputer riba dan tablet

termasuk dalam kategori yang menerima aduan paling tinggi sebanyak 7,652 kes yang

membabitkan anggaran kos RM12.644 juta. Penurunan jumlah aduan pula mungkin disebabkan

respons daripada pihak peniaga yang mengambil serius aduan pengguna justeru, pengguna tidak

lagi datang meminta bantuan NCCC.

Namun berdasarkan aduan, nilai kerugian meningkat 34 peratus daripada RM40.586 juta

pada tahun 2012 kepada RM61,700 juta tahun lalu. Perkhidmatan telekomunikasi menunjukkan

aduan kedua tertinggi yang dikemukakan pengguna dengan 6,404 selepas barangan dan

perkhidmatan. Kemudiannya diikuti belian secara atas talian dengan 5,763 aduan, automobil

(4,915), pelancongan dan percutian (2,313) serta kesihatan dan kecantikan (2,013). 140 Wujud

140
Gajet palsu, kerosakan kereta baharu keluhan utama pengguna 2013. 24 Jun, 2014. Malaysian Insider
spekulasi mengatakan permintaan tinggi telefon bimbit murah menyebabkan pengilang dan

pengedar mendesak supaya menghasilkan gadjet yang berkualiti rendah dan tidak tahan lama.

NCCC juga menerima aduan daripada pengguna yang membeli telefon bimbit murah apabila

hendak mendaftar secara online, mereka menerima mesej mengatakan telefon itu sudah

berdaftar. Apabila mereka merujuk semula, penjual enggan bertanggungjawab. Laporan tahunan

NCCC juga menunjukkan, aduan berkenaan elektronik dan telekomunikasi antara 21 produk

tertinggi dalam kategori barangan awam termasuk perabot, pakaian, permainan dan kosmetik.

Antara lain, aduan mengenai kos tersembunyi menghantar gadjet untuk diperbaiki

sedangkan masih dalam tempoh jaminan. Ada aduan mengatakan pengguna dikenakan caj upah

buruh. Mereka diberitahu komponen percuma tetapi dengan itu peniagaan menggunakan helah

upah buruh untuk tetap mengenakan caj terhadap pengguna. Aduan membabitkan kos yang

tinggi pula daripada sektor automotif apabila kereta model baharu buatan tempatan banyak

mendatangkan masalah, walau bagaimanapun aduan daripada pemilik kereta buatan Eropah juga

semakin meningkat. Sebanyak 67 peratus daripada aduan itu mengenai pengedar yang enggan

memulangkan wang pendahuluan tempahan atau sangat lewat memulangkannya sehingga

pelanggan hilang harapan untuk mendapatkan kembali wang mereka. NCCC turut bimbang

tentang kenaikan jumlah aduan mengenai kerosakan kereta baharu, namun pengilang dan

pengedarnya enggan menawarkan ganti rugi seperti yang dijamin.

Ini semua ialah contoh saluran yang boleh digunakan oleh pengguna untuk menuntut hak

mereka. Dalam setiap tuntutan itu memang akan ada pelbagai liku dan cabaran, tetapi dengan

bantuan agensi dan badan-badan yang berkaitan kepenggunaan ini, sekurang-kurangnya dapat

membantu mengurangkan beban pengguna dalam membuat tuntutan. Yang paling penting

pengguna mesti tampil ke hadapan untuk menuntut hak mereka.


13
Akta-akta yang Melindungi Pengguna

Dalam sistem pasaran terbuka terutama dalam situasi dunia tanpa sempadan sekarang pengguna

cukup terdedah kepada pelbagai bentuk manipulasi dan penipuan. Pengguna perlu sedar tentang

hak mereka supaya mereka dapat mempertahankan diri daripada ditindas dalam urusan jual beli

dan memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dengan kelemahan yang terdapat

dalam sistem. Kesedaran kepenggunaan termasuk melalui pelbagai kempen yang dilakukan oleh

NGO pengguna cukup penting dalam mempertahankan kedudukan pengguna ketika berhadapan

dengan kuasa pasaran. Walau bagaimanapun, kesedaran pengguna sahaja tidak cukup jika

mereka tidak disokong oleh peraturan atau undang-undang tertentu. Undang-undang akan

membantu pengguna berhadapan dengan kerakusan pasaran yang kadang kala bersifat

manipulatif dan tidak beretika.

Sehubungan dengan itu di Malaysia, terdapat 30 undang-undang yang berkaitan

perlindungan pengguna. Undang-undang ini merangkumi hampir keseluruhan aspek yang

membabitkan kehidupan seharian pengguna. Ini bukan sekadar soal jual beli, tetapi setiap sudut

kepenggunaan yang membabitkan barangan, urusan membekalkan barangan, jualan, belian,

perkhidmatan, perbankan, sewa-beli, insurans dan pelbagai lagi yang mempunyai elemen

penawaran dan permintaan dengan pengguna. Ertinya apa-apa perdagangan, perniagaan, industri,

profesion, pekerjaan, aktiviti komersial atau perusahaan yang berhubungan dengan pembekalan

atau pemerolehan barang atau perkhidmatan dikawal oleh pelbagai undang-undang demi
kepentingan pengguna. Perkhidmatan itu termasuklah apa-apa hak, faedah, keistimewaan atau

kemudahan yang atau yang akan diadakan, diberikan atau dianugerahkan di bawah apa-apa

kontrak atau perjanjian.

Akta Perlindungan Pengguna 1999

Peruntukan dalam akta ini melindungi pengguna termasuk membabitkan penubuhan Majlis

Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna, dan melibatkan semua perkara

utama berkaitan pengguna. Akta ini menentukan supaya semua barang dan perkhidmatan yang

ditawarkan atau dibekalkan kepada pengguna bagi maksud diri, rumah tangga atau isi rumah

adalah saksama, tidak mengelirukan dan ada unsur penipuan selamat digunakan. Peranan akta ini

adalah untuk mengawal tingkah laku pengeluar, pembekal dan peniaga daripada sebarang bentuk

elemen penipuan atau perbuatan yang boleh mengelirukan pengguna dengan tujuan meraih

keuntungan.

Seksyen 12(1)(a) dan (b) menetapkan seseorang itu melakukan kesalahan jika dia

memberi gambaran mengelirukan kepada pengguna gambaran berkaitan harga barangan atau

perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, jika pengguna mendapati harga yang dikenakan pada

barangan atau perkhidmatan itu mengelirukan dan peniaga terbabit tidak bertindak

menjelaskannya dan ini merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan terhadap

peniaga tersebut.

Di bawah akta ini semua lapan hak asas pengguna dilindungi secara komprehensif agar

tidak dicabuli oleh pengeluar, pembekal atau peniaga. Seksyen 12 misalnya membabitkan hak

untuk mendapatkan maklumat. Seksyen 15 pula secara tidak langsung membabitkan hak untuk
mendapatkan barangan (keperluan asas). Peniaga tidak boleh berdalih kononnya barangan yang

dijanjikan sudah habis dalam pasaran. Seksyen 19 hingga 23 pula berkenaan hak pengguna untuk

keselamatan dan setiap barangan mesti memenuhi ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan.

Hak pengguna untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan pula terdapat dalam Seksyen 73

hingga 122 berkenaan dengan penubuhan Majlis Penasihat Pengguna dan Tribunal Tuntutan

Pengguna.

Kita sebagai pengguna perlu sedar bahawa mana-mana pengeluar, pembekal, atau

peniaga yang melakukan kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan hukuman. Seksyen 145

(1) memperuntukkan jika sabit kesalahan bagi individu boleh dikenakan denda hingga

RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 145(2) pula

menetapkan untuk kesalahan yang dilakukan oleh syarikat, pertubuhan, perbadanan atau

organisasi jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda tidak lebih RM100,000 untuk

kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua tidak lebih RM200,000.

Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011

Akta ini bagi mengawal peniaga yang suka meletakkan harga sesuka hati dan suka

menyembunyikan barang, terutama barangan keperluan asas untuk tujuan mengaut keuntungan

pada masa hadapan. Misalnya, jika peniaga itu tahu harga sesuatu barangan itu akan naik dalam

tempoh beberapa bulan lagi, maka dia bertindak menyembunyikan stok yang dengan

memberitahu pengguna barangan itu sudah habis apabila diminta. Ini merupakan satu kesalahan

di bawah akta ini.


Kesalahan yang membabitkan jualan barangan harga terkawal atau menyediakan

perkhidmatan yang cajnya dikawal terdapat di bawah Seksyen 11 akta ini yang menggariskan

mana-mana individu yang menjual atau menawarkan untuk menjual apa juga barangan yang

harga terkawal atau menyediakan perkhidmatan caj terkawal dengan kadar harga atau caj

melebihi daripada apa yang telah ditetapkan maka telah melakukan satu kesalahan. Mereka yang

didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah akta ini bakal dikenakan hukuman yang berat.

Jika kesalahan itu dilakukan oleh pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM5,000 dan,

bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM1 juta. Bagi

individu pula denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau

kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi

RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pada 25 Jun 2015 misalnya, Mahkamah Seksyen Melaka telah mendapati syarikat

pengedar barangan elektrik Sengheng Electric (KL) Sdn. Bhd. telah melakukan kesalahan di

bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011. Atas kesalahan itu, syarikat tersebut

dikenakan denda RM30,000. Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa telah mencatut dalam

menjual peti sejuk jenama Pensonic 50 ML Mini Bar PEN-PMF-65 dengan menaikkan harga

daripada RM459 kepada RM479. Tindakan itu telah menyebabkan kenaikan kepada margin

keuntungan bersih peti sejuk tersebut.

Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (1) Akta Kawalan

Harga dan Anti-Pencatutan 2011 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 18(a) Akta yang sama.

Kesalahan mengikut seksyen dalam akta itu memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000

dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM1 juta, jika sabit

kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Khairul Fikrie Ahmad Zubaidi berkata hukuman itu juga sebagai mesej kepada

masyarakat bahawa undang-undang sentiasa melindungi pengguna.

Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan) 2015

Akta ini bertujuan mengawal bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barangan

kawalan tidak dikawal atau dimanipulasikan oleh mana-mana individu, syarikat, pertubuhan atau

perbadanan. Ini bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dalam pasaran dan menghukum

pihak yang terbabit dalam aktiviti menyorok barangan berkenaan. Barang-barang kawalan ini

membabitkan barang keperluan seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain. Ini bagi

memastikan barangan kawalan tersebut boleh diperoleh dalam pasaran oleh masyarakat.

Akta ini juga akan memberikan kuasa kepada agensi-agensi yang terbabit mengambil

tindakan undang-undang ke atas peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan menyorok barang

atau enggan menjual barangan kawalan kepada pengguna dengan matlamat mengaut keuntungan

berlipat kali ganda supaya harga pasaran melambung naik atas sebab permintaan yang banyak.

Turut menjadi tumpuan akta ini adalah bagi tujuan mengawal aktiviti haram seperti menyorok

dan keengganan penjual menjual kepada pengguna.

Peranan akta ini ialah supaya pengguna sentiasa mendapat bekalan barang kawalan dalam

pasaran terutama barangan keperluan asas. Akta ini menyekat sebarang cubaan pengeluar,

pemborong dan penjual yang enggan menjual yang cuba menyimpan dan enggan menjualnya

kepada pengguna. Ini bagi menjamin hak pengguna supaya tidak dimanipulasikan oleh peniaga.

Selain itu, bagi memastikan pengguna pada semua peringkat akan mendapat barang keperluan
asas. Barang-barang yang diklasifikasikan sebagai barangan kawalan tersebut ialah barangan

makanan yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Akta ini juga menetapkan supaya mereka yang menjual barangan kawalan perlu

mempunyai lesen selain mesti mematuhi harga yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Harga

barang kawalan ditetapkan oleh kerajaan dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati oleh mana-mana

pihak. Harga tersebut dikenali sebagai harga syiling. Para penjual tidak boleh sama sekali

menjual barangan kawalan tersebut melebihi daripada harga syiling yang ditetapkan. Sekiranya

arahan ini diingkari, peniaga tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti denda

atau penjara.

Pada musim perayaan misalnya, KPDNKK akan mengumumkan harga maksimum bagi

barangan tertentu. Untuk perayaan Tahun Baharu Cina 2015, sebanyak 12 jenis barangan

diletakkan di bawah barang kawalan berkuat kuasa di bawah Skim Kawalan Harga. Skim ini

dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011. Skim ini dilaksanakan

supaya pengguna dapat memperoleh barangan perlu musim perayaan pada harga yang berpatutan

dan menyekat daripada peningkatan harga yang melampau. Selain itu, ini merupakan antara

langkah kerajaan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat. Di bawah skim ini

peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal ini tidak melebihi harga maksimum yang

ditentukan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas

barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.

Pegawai penguat kuasa dan pegawai pemantau harga KPDNKK akan memantau supaya

para peniaga mematuhi skim ini dan tindakan ini ialah usaha melindungi pengguna daripada

aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh peniaga yang tidak beretika semasa

musim perayaan.
Misalnya pada 18 Jun 2015 sebuah pasar raya di Alor Star telah diserbu pihak berkuasa

akibat kegagalan pengusahanya memohon lesen menjual barangan kawalan berjadual. Dalam

serbuan tersebut pihaknya telah merampas sebanyak 3,500 kilogram (kg.) minyak masak dan

masing-masing 50 kg. gula serta tepung yang dianggarkan bernilai RM6,000. Pemeriksaan yang

dijalankan mendapati pasar raya ini tidak memiliki lesen menjual barangan kawalan berjadual

daripada KPDNKK. Apabila disiasat, pengusahanya mendakwa terlupa memohon lesen tersebut

biar pun premis ini telah beroperasi sejak lima bulan lalu. Siasatan dijalankan mengikut

Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan

Bekalan 1961.141

Bagi individu, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM1 juta atau

penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama atau denda

sebanyak RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan

kedua. Sementara itu, bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh denda tidak melebihi RM2

juta bagi kesalahan pertama atau tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua.

Akta Kawalan Padi dan Beras 1994

Ini satu lagi akta yang berkaitan hak pengguna untuk mendapatkan keperluan asas iaitu makanan.

Peruntukan dalam akta ini membabitkan undang-undang berhubung dengan padi dan beras serta

perkara lain yang berkaitan bekalan beras di negara ini. Ini termasuk:

1. menyimpan dan menyenggara suatu bekalan padi dan beras yang mencukupi.

2. memastikan harga padi yang berpatutan dan stabil bagi petani-petani;

141
KPDNKK rampas minyak masak, gula, tepung bernilai RM6,000, utusan Malaysia, 19 Jun 2015
3. memastikan harga beras yang berpatutan dan stabil bagi pengguna-pengguna;

4. memastikan bekalan beras yang mencukupi bagi memenuhi segala kecemasan; dan

5. membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai polisi yang dimaksudkan untuk

menggalakkan kemajuan perusahaan padi dan beras, dan, jika diluluskan oleh kerajaan,

untuk menyelaras dan membantu pelaksanaannya.

Akta ini juga berperanan:

1. melaksanakan harga minimum yang terjamin bagi padi;

2. menguatkuasakan pengekalan harga beras yang berpatutan dan stabil bagi pengguna-

pengguna;

3. menetapkan harga maksimum atau minimum bagi padi atau beras;

4. menyenggara atau menghendaki mana-mana orang menyenggara simpanan-cadang padi

atau beras bagi maksud strategi dan penstabilan harga;

5. mengawal selia dan mengawal pembayaran subsidi kepada penanam-penanam padi;

6. mengawal selia pemasaran padi dan beras khususnya melalui pelesenan penjual borong,

penjual runcit, pengilang beras, pengimport dan pengeksport;

7. mengawal selia dan mengawal amaun padi atau beras yang boleh disimpan, distor atau

dimiliki oleh mana-mana orang;


8. mengenakan pencatuan mengenai padi atau beras dan untuk mengawal selia dan

mengawal pencatuannya; untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran semua atau

mana-mana orang bagi maksud pencatuan itu dan bagi mengeluarkan kad-kad catuan atau

dokumen catuan lain, dan melantik pembanci-pembanci bagi membanci orang awam atau

mana-mana kumpulannya bagi maksud pencatuan;

a. mengambil stok padi atau beras yang dipunyai oleh mana-mana orang dan

membayar pampasan yang mencukupi baginya;

b. mengawal selia dan mengawal pengilangan padi ke beras termasuk kadar dan

kekerapan pengendalian pengilangan;

9. menjalankan tinjauan dan penyiasatan berkenaan dengan perusahaan padi dan beras;

10. menghendaki orang yang terlibat dalam penghasilan atau pemasaran padi dan beras untuk

mendaftar dan memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang difikirkan perlu;

11. mengawal selia penghasilan padi;

12. melarang, mengawal selia atau mengawal pemindahan padi atau beras; dan

13. menghendaki mana-mana orang yang berurusan dalam perusahaan padi dan beras

14. mengemukakan laporan berhubung dengan kegiatannya.


Pada tahun 2014 misalnya, kementerian yang bertanggungjawab telah melakukan 3,250

pemeriksaan terhadap pemborong dan peruncit bagi memastikan pengedaran beras ST15% dalam

pasaran. Hasil pemeriksaan itu mendapati 345 kes pelbagai kesalahan dilakukan mengikut Akta

Kawalan Padi dan Beras 1994.142

Daripada jumlah itu, 21 kes membabitkan salah laku pengedaran ST15% dan tindakan

penggantungan lesen atau pembatalan kuota sudah diambil terhadap pemborong berkenaan. Akta

ini juga dapat membanteras kegiatan pemborong hantu pemborong hantu dengan memastikan

setiap pemborong yang dilantik untuk mengedar beras mesti ada lessen. Program Beras Subsidi

ST15% bermula sejak tahun 2008 sebagai antara opsyen kepada golongan berpendapatan rendah

untuk membeli beras pada harga lebih murah. Bagi tujuan itu, kerajaan memperuntukkan beras

subsidi sebanyak 40,000 metrik tan sebulan bagi Semenanjung manakala 20,000 metrik tan beras

bagi Sabah dan Sarawak.

Akta Standard Malaysia 1996

Akta ini terpakai di seluruh Malaysia bagi memajukan standard dan penstandardan penentuan

sebagai cara memajukan ekonomi negara, memanfaatkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan

awam, membantu dan melindungi pengguna, memajukan kecekapan dan pembangunan industri,

memudahkan perdagangan dalam negeri dan antarabangsa dan melanjutkan kerjasama

antarabangsa berhubungan dengan standard. Tujuan akta ini juga bagi memastikan apa juga

barangan dan perkhidmatan yang disediakan di negara ini mempunyai standard tertentu dan

diiktiraf. Fungsi akta ini:

142
21 kena tindakan, harian metro, 25 oktober 2014
1. melantik agensi kebangsaan tunggal untuk menyelaraskan aktiviti pembangunan standard

di Malaysia dengan tujuan membangunkan standard dan kod umum dan untuk mewakili

Malaysia dalam aktiviti penstandardan antarabangsa;

2. menggalakkan kerjasama antara organisasi yang terlibat dalam penstandardan sukarela di

Malaysia dan jabatan dan agensi kerajaan bagi maksud mencapai keserasian, dan

penggunaan umum yang maksimum bagi, standard dan kod;

3. melaksanakan kriteria dan tata cara berhubungan dengan penyediaan, kelulusan,

penerimaan dan penetapan standard di Malaysia sebagaimana yang diluluskan;

4. mengesyorkan standard yang dikemukakan oleh agensi kebangsaan tunggal yang dilantik

sebagai standard kebangsaan, jika sesuai, dan menyenggarakan indeks standard yang

diluluskan;

5. mengumpul, menterjemah dan menyebarkan maklumat tentang standard dan aktiviti

penstandardan di dalam dan di luar Malaysia;

6. menggalakkan penggunaan standard yang diluluskan;

7. mengesyorkan supaya diterima pakai mana-mana penentuan antarabangsa atau luar

negeri, dengan atau tanpa ubah suaian, sebagaimana yang sesuai bagi kegunaan di

Malaysia;

8. mengakreditasikan, mengikut kriteria dan tatacara yang diluluskan oleh Menteri,

organisasi di Malaysia yang terlibat dalam penilaian ketepatan dan menyenggarakan

suatu daftar organisasi yang diakreditasikan dan tanda ketepatan mereka;

9. melantik organisasi-organisasi sebagai ejen untuk mengadakan perkhidmatan penilaian

bagi pengakreditasian dan pendaftaran yang diperuntukkan di bawah Akta ini;


10. mengakreditasikan makmal pengujian, makmal penentu ukuran dan organisasi latihan

yang terlibat dalam melatih kakitangan dalam penilaian ketepatan;

11. mendaftarkan, mengikut kriteria dan tatacara yang diluluskan oleh Menteri, orang yang

terlibat dalam perkhidmatan penilaian ketepatan, seperti perundingan dan pengauditan,

dan menyenggarakan suatu daftar orang berkelayakan;

12. menetapkan dan mendaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976, tanda akreditasi

Jabatan Standard sendiri;

13. membenarkan dan mengawal selia penggunaan mana-mana tanda akreditasi yang disebut

di bawah perenggan (l);

14. bekerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, sektor perindustrian,

komersial dan tred dan mana-mana organisasi lain yang ditentukannya dengan tujuan

memastikan standard diterima pakai;

15. menggalakkan, dengan kerjasama organisasi Malaysia yang terlibat dalam pembentukan,

pengujian, pemerakuan dan pengakreditasian standard secara sukarela, perkiraan

kerjasama dengan organisasi yang terlibat seumpamanya di negara lain bagi pertukaran

maklumat;Standard Malaysia

16. menasihati pemerintah tentang keperluan, sumber dan peruntukan sumber kewangan

kepada organisasi Malaysia yang terlibat dalam penstandardan sukarela untuk membantu

mereka memenuhi kehendak kebangsaan dan antarabangsa;

17. menjalinkan dan mengekalkan hubungan dengan organisasi tempatan dan luar negeri

yang terlibat dalam penstandardan dan perkara berkaitan yang lain dalam sektor awam

dan swasta, dan mengekalkan pendedahan terhadap keperluan perindustrian dalam

penstandardan;
Akta Makanan 1983

Ini merupakan akta bagi melindungi orang ramai terhadap bahayanya dari segi kesihatan dan

penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, dan mengenai perkara yang ada

kaitan dengan makanan. Akta ini bagi menjamin pengguna di negara ini dibekalkan dengan

makanan yang selamat, sihat dan bebas daripada sebarang bahan yang tidak dibenarkan yang

boleh memudaratkan manusia. Makanan meliputi setiap barang yang dikilangkan, dijual atau

diberi gambaran untuk digunakan sebagai makanan atau minuman untuk kegunaan manusia atau

yang masuk pada atau digunakan dalam campuran, penyediaan, pengawetan apa-apa makanan

atau minuman dan meliputi gula-gula, benda-benda kunyahan dan apa-apa ramuan bagi

makanan, minuman, gula-gula atau benda kunyahan itu.

Di bawah akta ini, makanan yang dijual kepada orang ramai ada makanan yang sudah

masak, separa masak, makanan mentah dan sebagainya mestilah bebas daripada sebarang unsur

yang berbahaya kepada pengguna. Apa juga perkara yang berkaitan makanan itu mesti bebas

daripada apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan. Mereka yang

mengedar atau menjual makanan yang mengandungi bahan terlarang atau racun telah melakukan

kesalahan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Dalam menentukan sama ada apa-apa makanan memudaratkan kesihatan, perhatian

hendaklah diberikan bukan sahaja tentang kesan kemungkinan makanan itu kepada kesihatan

seseorang yang memakannya tetapi juga tentang kesan kumulatif. Kemungkinan makanan itu

yang pada keseluruhannya mengandungi kandungan yang sama kepada kesihatan seseorang yang
memakan makanan itu sebanyak yang lazim dimakan. Makanan yang tidak sesuai untuk dimakan

oleh manusia

Seksyen 13A(1) memperuntukkan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual

apa-apa makanan yang mengandungi keseluruhannya atau sebahagiannya:

1. apa-apa bahan binatang atau sayuran yang berpenyakit, kotor, reput atau bangar;

2. apa-apa bahagian binatang yang tidak sesuai untuk dijadikan makanan; atau

3. hasil binatang yang sudah mati selain kerana disembelih atau sebagai binatang buruan;

Mereka yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak melebihi

RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau kedua-duanya.

Makanan yang dijual juga mesti bebas daripada apa-apa unsur asing yang berlainan dengan sifat

makanan itu terutama yang tidak sesuai dimakan oleh manusia. Seksyen 13B pula berkenaan

dengan makanan yang diadukkan memperuntukkan:

1. Tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan.

2. Bagi maksud dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa makanan

hendaklah disifatkan sebagai diadukkan jika:

a. Makanan itu mengandungi atau dicampurkan atau dicairkan dengan apa-apa

bahan yang dengan apa-apa jua cara menyusutkan sifat pemakanannya atau

sifatnya yang lain yang berfaedah berbanding dengan makanan itu dalam keadaan

tulen, biasa atau tertentu dan dalam keadaan tidak merosot dan baik, atau yang
dengan apa-apa jua cara lain mendatangkan atau mungkin mendatangkan mudarat

atau kerugian kepada pembeli atau pengguna;

b. Apa-apa bahan atau ramuan telah dikeluarkan, kesemuanya atau sebahagiannya,

atau ditinggalkan, daripada makanan itu dan oleh sebab pengeluaran atau

peninggalan itu, sifat pemakanan atau sifat berfaedahnya yang lain dalam

makanan itu adalah kurang daripada sifat-sifat makanan itu dalam keadaannya

yang tertentu, atau makanan itu mendatangkan atau mungkin mendatangkan

mudarat atau kerugian kepada pembeli atau pengguna;

c. Makanan itu mengandungi atau dicampurkan atau dicairkan dengan apa-apa

bahan yang nilai perdagangannya lebih rendah daripada nilai makanan itu dalam

keadaan yang tulen, biasa atau tertentu dan dalam keadaan tidak merosot dan

baik;

d. Makanan itu mengandungi apa-apa bahan yang penambahannya tidak dibenarkan

oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

e. Makanan itu tidak mematuhi standard atau spesifikasi yang ditetapkan oleh mana-

mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

f. Makanan itu mengandungi apa-apa bahan yang bahagiannya adalah lebih besar

daripada bahagian yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang

dibuat di bawah Akta ini;26 Undang-undang Malaysia AKTA 281


g. Makanan itu dicampurkan, diwarnakan, diserbukkan, disalutkan, digandakan,

disediakan atau selainnya diperlakukan dengan suatu cara yang membolehkan

kerosakan atau kerendahan mutunya disembunyikan; atau

h. Makanan itu terkandung dalam suatu bungkusan, dan kandungan bungkusan itu

sebagaimana yang dibungkus pada asalnya telah dikeluarkan kesemuanya atau

sebahagiannya dan kandungan lain telah diletakkan dalam bungkusan itu.

Pada tahun 2014 misalnya syarikat pengimport tepung gandum di negara ini dipercayai

membeli bekalan tepung terpakai, yang disimpan lama hingga warnanya bertukar kehitaman,

keperangan atau kekuningan dalam pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.

Bagi memutihkan semula warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium

peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua khasiat semula

jadi hilang. Pelbagai persoalan timbul rentetan daripada pendedahan itu kerana tepung gandum

banyak digunakan dalam membuat makanan. Apakah bahan kimia tersebut? Adakah bahaya

kepada kesihatan? Bagaimanakah menentukan tepung gandum ada bahan kimia tersebut?

Adakah alternatif lain selain daripada menggunakan tepung gandum? Benzoil peroksida (benzoyl

peroxide) ialah bahan peluntur yang digunakan untuk meluntur warna asal makanan. Pada

mulanya penggunaan bahan kimia itu bertujuan membolehkan makanan tahan lama,

menggelakkan daripada dirosaki oleh mikroorganisma, memudahkan pencernaan, memperbaiki

rupa makanan dan mencegah jangkitan penyakit.

Kementerian Kesihatan juga menjelaskan bahawa Peraturan-peraturan Makanan 1985

membenarkan kandungan benzoil peroksida dalam mana-mana tepung termasuk tepung gandum

pada kadar tidak lebih daripada 50 miligram/kilogram. Benzoil peroksida sering digunakan
dalam kepekatan rendah kerana pada dasarnya sebagai agen pelupasan. Namun begitu, tidak

dapat dinafikan dakwaan bahawa penggunaan peluntur yang berlebihan atau tidak terkawal boleh

mendatangkan kemudaratan kepada manusia seperti alahan dan keracunan makanan. Penggunaan

berlebihan yang berterusan pula tidak mustahil boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk

seperti kanser. Dalam kes ini dapatkah pihak Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa

benzoil peroksida tidak digunakan berlebihan dari tahap yang dibenarkan?

Kerajaan telah menggubal undang-undang untuk melindungi pengguna dari

penyalahgunaan atau penggunaan bahan kimia yang berlebihan atau tidak terkawal dalam

makanan melalui Akta Makanan 1983. Akta Makanan 1983 ini jelas menyatakan bahawa perlu

dipastikan hanya bahan-bahan yang selamat dan sesuai sahaja boleh digunakan dalam

penyediaan makanan dan minuman.

Peraturan-peraturan Makanan 1985 pula mewajibkan pengeluar melabelkan makanan

iaitu nama makanan, kandungan makanan (bahan/ramuan), tarikh luput, nama dan alamat

pengilang/pengimpot/pembungkus makanan, kuantiti/berat bersih dan cara penyimpanan

makanan tersebut. Adakah pembeli perhatikan maklumat ini semasa membuat pembelian?

Caveat emptor (Let the buyer beware) ialah prinsip undang-undang di bawah Akta Jualan

Barang 1957 yang meletakkan tanggungjawab ke atas pembeli supaya berhati-hati ketika

membuat pembelian. Pembeli yang cuai dalam meneliti aspek keselamatan, kebersihan dan

kesihatan ketika membuat pembelian terpaksa menanggung sendiri kesannya akibat dari

kecuaian itu.
Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956

Akta ini bertujuan menghalang pengiklanan yang berkaitan hal-hal perubatan dan mengawal

selia penjualan bahan-bahan yang disyorkan sebagai ubat. Antaranya untuk memastikan agar

semua aspek dan aktiviti berhubung dengan penggunaan, pengendalian, pengimportan dan

penjualan racun berjadual, ubat-ubatan dan produk farmaseutikal lain dilaksanakan mengikut

kehendak undang-undang dan dasar kerajaan.

Akta ini digubal bagi memastikan semua kategori dan produk ubatan dan farmaseutikal

dalam pasaran tempatan adalah selamat, berkesan, berkualiti dan tidak mudarat kepada pengguna

di Malaysia. Peruntukan ini dapat menyekat pengedaran dan penjualan produk farmaseutikal

palsu dari dalam dan luar negara yang boleh membawa maut kepada pengguna. Di samping itu,

akta-akta ini juga mewajibkan semua produk perubatan dan farmaseutikal didaftarkan dengan

KKM bagi mengelakkan sebarang kemungkinan negatif berlaku. Peraturan dan kaedah

pengiklanan produk kritikal ini perlu mendapat kebenaran dan selaras dengan syarat-syarat ketat

yang telah ditetapkan.

Hukuman tegas dikenakan di bawah akta ini termasuk penjara terhadap pihak

yang menjual ubat tidak berdaftar dan berisiko kepada orang ramai sedang dipertimbangkan oleh

Kementerian Kesihatan. Pengamal perubatan pula dikehendaki sentiasa mematuhi kod-kod

pengiklanan yang telah ditetapkan. Prinsip-prinsip berikut akan diguna pakai oleh Majlis

berkaitan pengiklanan oleh Pengamal:

1. Pengiklanan hendaklah mematuhi Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956 Semakan 1983 dan

peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.


2. Pengiklanan hendaklah tidak mempunyai dakwaan keunggulan dalam rawatan mahupun

penyembuhan.

3. Pengiklanan hendaklah tidak mempunyai unsur yang memburuk-burukkan pengamal-

pengamal lain dalam profesion yang sama atau profesion yang lain.

4. Pengiklanan hendaklah tidak berunsur kepalsuan, penipuan, mengelirukan, mengabui

mata, memuji diri, berlebih-lebihan atau bersifat sensasi.

5. Pengiklanan hendaklah tidak mengeksploitasi kebimbangan dan rasa cemas pesakit serta

tidak membuatkan pesakit terlalu menaruh harapan tinggi akan kejayaan hasil rawatan

yang bakal diterima.

6. Perkara penting bagi setiap pengiklanan iaitu menggambarkan kepercayaan antara

pengamal dengan pesakit serta kepercayaan ini tidak disalahgunakan dan kurangnya

pengetahuan pesakit dalam bidang ini tidak dieksploitasi.

7. Pengiklanan melalui lawatan secara rawak, pemasaran dari pintu ke pintu atau melalui

pos, telefon atau lawatan peribadi adalah dilarang.

8. Para pengamal dinasihatkan agar merujuk majlis sebelum mengambil bahagian dalam

sebarang aktiviti publisiti dalam akhbar, televisyen, radio atau sebarang bentuk

penerbitan bahan-bahan bercetak.

Kementerian Kesihatan bertanggungjawab dalam mengawal selia iklan ubat-ubatan dan

perkhidmatan di Malaysia berdasarkan akta ini. Makanya di bawah akta ini semua iklan yang

berkaitan ubat, alat penyembuh, kemahiran dan perkhidmatan yang mempunyai tuntutan
perubatan hendaklah mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU), sebelum

disiarkan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. LIU ialah satu jawatankuasa

yang bertanggungjawab memberi kelulusan iklan produk farmaseutikal dan perkhidmatan

kesihatan.143

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Ini merupakan akta yang berperanan memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang

yang sedang bekerja. Akta ini bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan

atau kesihatan berkaitan aktiviti orang yang sedang bekerja. Akta ini bukan sahaja melindungi

pekerja yang terbabit dalam pekerjaan tersebut tetapi juga keselamatan orang ramai ekoran

daripada kerja-kerja yang dilakukan. Misalnya, kerja-kerja pembinaan bangunan, bukan sahaja

perlu dipastikan selamat untuk pekerja yang terlibat membina bangunan berkenaan, tetapi juga

tidak mengancam keselamatan orang ramai. Andai kata berlaku runtuhan pada struktur binaan

tersebut sudah tentu mengancam keselamatan orang ramai. Secara tidak langsung, akta ini turut

melindungi kita sebagai pengguna. Lagi pula terdapat banyak insiden di tapak-tapak binaan pada

kini yang turut mengancam keselamatan orang ramai.

Misalnya kejadian struktur binaan bangunan sebuah pusat membeli-belah di Pulau

Sebang, Alor Gajah, Melaka pada 22 Jun 2015 yang mengorbankan tiga pekerja warga negara

Myanmar berpunca daripada sikap tidak mematuhi prosedur kerja selamat.

Siasatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendapati kemalangan itu

kemungkinan disebabkan prosedur kerja selamat tidak dipatuhi. JKKP telah mengambil tindakan
143
Garis Panduan Mengelakkan Iklan Palsu atau Mengelirukan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan
undang-undang ekoran perlanggaran Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Kesihatan dan

Kesihatan Pekerjaan 1994.144 Tujuan akta ini:

1. untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja

terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti

orang yang sedang bekerja;

2. Melindungi orang di tempat kerja selain daripada orang yang sedang bekerja terhadap

risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang yang sedang

bekerja;

3. Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang yang sedang bekerja yang

disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;

4. Mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem peraturan dan

kod amalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan

Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan

dan kesihatan.

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Seksyen Johor Bahru telah mendenda sebuah syarikat

pembuat dan pemasangan lif RM20,000 setelah didapati bersalah atas tuduhan gagal memastikan

keselamatan sehingga menyebabkan kemalangan maut seorang pekerjanya ketika bekerja, pada

2014. Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas Fujitec (Malaysia)

144
Insiden runtuh sebab tidak ikut prosedur, Kosmo, 23 Jun 2015
Sdn. Bhd. yang diwakili pengurus operasinya mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit.

Berdasarkan kertas pertuduhan, syarikat itu didakwa gagal menjalankan tanggungjawab

memastikan keselamatan pekerja sehingga menyebabkan kemalangan maut kepada Danil

Sebastian kira-kira jam 2.30 petang, 8 November 2014. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen

15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 19

akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehinggan RM50,000 atau penjara maksimum

dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Akta Kilang dan Jentera 1967

Akta ini berperanan mengawal operasi kilang-kilang berhubung perkara yang berkait rapat

dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang ramai dan orang yang bekerja di dalamnya.

Akta ini juga membabitkan pendaftaran dan pemeriksaan jentera dan bagi perkara-perkara yang

berkaitan dengannya. Di bawah akta ini pemilik kilang perlu menyediakan latihan dan

memastikan pekerja yang tidak berpengalaman diawasi bagi mengelakkan perkara yang tidak

diingini ketika menggunakan jentera yang boleh mengakibatkan kecederaan jika berlaku

kemalangan. Akta ini tidak membenarkan mereka yang di bawah umur 16 tahun bekerja atau

mengendalikan jentera, di samping mengenal pasti dan menyenaraikan sesetengah jentera seperti

dandang stim, pengandang (vesel) tekanan tak berapi dan mesin angkat sebagai jentera yang

memerlukan sijil kelayakan daripada Ketua Inspektor sebelum beroperasi. Individu yang

mengendalikan mesin atau jentera ini juga perlu ada sijil kelayakan dan nama mereka akan

disimpan dalam rekod pihak berkuasa. Langkah ini penting supaya ada individu yang boleh

dipertanggungjawabkan apabila berlaku sesuatu insiden.


Orang ramai akan bertanya apakah kaitan akta ini dengan pengguna? Walaupun akta ini

lebih berkaitan hal ehwal perkilangan tetapi secara tidak langsung turut membabitkan

kepentingan pengguna. Hal ini kerana semua kilang akan mengeluarkan barangan untuk

pengguna. Jadi, sebarang kecacatan sama ada pada mesin atau operasi kilang sudah tentu akan

memberi kesan langsung kepada pengguna.

Kawasan kilang dan kawasan binaan yang tidak diselenggarakan dengan baik pula boleh

menyumbang kepada pelbagai masalah awam dan hal ini boleh ditangani mengguna akta ini.

Misalnya, kawasan kilang dan tapak binaan yang menjadi punca pembiakan nyamuk aedes yang

membawa kepada peningkatan demam denggi. Contohnya, di Kedah dari Januari hingga Julai

2015 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan negeri telah mengeluarkan 83 notis dan 46

surat arahan kepada syarikat pembinaan kerana tidak menyediakan penyelia keselamatan tapak

bina dan tidak mengikuti prosedur kerja selamat. Syarikat terbabit didakwa di mahkamah dan

lapan kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967.

Akta Racun Makhluk Perosak 1974

Akta ini ialah satu undang-undang yang digubal bagi mengawal berbagai-bagai aspek yang

berkaitan racun makhluk perosak meliputi:

1. pengimportan, pengilangan racun makhluk perosak melalui pendaftaran dan pengeluaran

permit.

2. pengawalan, penjualan dan penyimpanan melalui kaedah-kaedah pelesenan.

3. pengawalan residu racun makhluk perosak dalam bahan makanan, melalui cerakinan dan

pensampelan hasil pertanian.


4. menjalankan penyiasatan berkaitan kes-kes keracunan yang disebabkan oleh racun

makhluk perosak.

5. penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.

6. pengawalan iklan racun makhluk perosak dalam media massa.

7. pengawalan label racun makhluk perosak melalui peraturan pelabelan.

8. pengawalan pengendali kawalan makhluk perosak.

Matlamat Akta :

1. mengawal perkilangan, penjualan dan penyimpanan racun makhluk perosak di negara ini.

2. memastikan racun makhluk perosak berkesan sebagaimana didakwa pada label.

3. mengawal pemalsuan racun makhluk perosak dari segi kandungan, kepekatan bahan

aktif, kemujaraban serta sifat lain yang terdapat pada sesuatu racun makhluk perosak.

4. mengawal residu racun makhluk perosak dalam makanan untuk kegunaan tempatan dan

juga untuk eksport.

5. mengawal bahaya racun makhluk perosak ke atas pengguna, pengendali, orang awam,

ternakan, punca-punca air dan juga alam sekitar.


Peruntukan yang terdapat dalam akta ini:

1. Pendaftaran racun makhluk perosak.

2. Pengeluaran permit mengimport racun makhluk perosak untuk tujuan penyelidikan

pelajaran dan atau sebagai contoh atau piawaian cerakinan.

3. Pemantauan residu dalam hasil pertanian.

4. Penyiasatan ke atas kematian dan bencana racun makhluk perosak.

5. Pengawalan iklan makhluk perosak.

6. Pengawalan pengendalian kawalan makhluk perosak.

7. Pengawalan label racun makhluk perosak.

8. pengawalan semburan udara racun makhluk perosak.

Setiap racun makhluk perosak perlu didaftarkan terutama racun makhluk perosak yang

diluluskan untuk diimport, dikilangkan, dijual dan digunakan di dalam negara ini yang

dijalankan oleh Jabatan Pertanian di bawah arahan Lembaga Racun Makhluk Perosak. Tujuan

pendaftaran ini bagi menentukan agar racun yang berkesan seperti mana didakwa oleh pihak

syarikat yang mendaftar dan selamat dikendalikan dengan syarat segala garis panduan dan

peraturan penggunaannya dipatuhi. Pendaftaran juga dapat memastikan racun makhluk perosak

yang dijual dalam pasaran negara ini mengandungi perawis aktif tertentu dalam kuantiti yang

betul seperti yang dinyatakan di label dan dalam rumusan yang sesuai dan diisi dalam bekas-

bekas yang sesuai dan berlabel. Pendaftaran ini mula dikuatkuasakan 1 April, 1981 meliputi
semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan lain-lain yang

digunakan dalam bidang pertanian, haiwan, kesihatan umum, rumah tangga dan lain-lain.

Sebagai pengguna kita perlu tahu bahawa lingkaran nyamuk, bahan pengewasapan, aerosol dan

minyak yang digunakan sebagai racun serangga juga dikategorikan sebagai racun makhluk

perosak dan semuanya perlu didaftarkan.

Apabila sudah didaftarkan racun ini akan mempunyai label yang mempunyai nombor

pendaftaran (No. Pendaftaran LRMP.R1/..........) dan kenyataan lain seperti nama racun,

kepekatan perawis aktif, kenyataan amaran dan aturan menggunakannya. Melalui

penguatkuasaan pendaftaran ini, iaitu bermula dari 1 April 1981 di Semenanjung dan 1 Januari

1982 di Sabah dan Sarawak, hanya racun makhluk perosak yang berdaftar sahaja dibenarkan

untuk diimport atau dikilangkan, dirumuskan, dibungkus, dibungkus semula atau dilabel di

Malaysia. Racun makhluk perosak yang tidak berdaftar tidak boleh dijual dalam pasaran

tempatan. Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah akta ini, bagi kesalahan

pertama, boleh dipenjarakan selama lima tahun atau didenda sebanyak RM50,000. Pada

kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dipenjarakan selama 10 tahun atau didenda sebanyak

RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Apa kesannya racun makhluk perosak ini kepada kehidupan pengguna? Memang banyak

kesannya kerana selain kita menggunakan racun untuk kegunaan domestik seperti ubat lipas,

racun tikus, lingkaran nyamuk dan aerosol, bahan makanan kita juga mempunyai residu racun.

Residu racun makhluk perosak merupakan lebihan daripada kuantiti/kadar/kekuatan atau

kepekatan yang ditentukan bagi sesuatu racun makhluk perosak dalam makanan. Pada Januari

2015 terdapat laporan mengenai lingkaran ubat nyamuk tidak berdaftar yang dijual secara

berleluasa di utara semenanjung Malaysia. Penjualan lingkaran nyamuk tidak berdaftar ialah
salah di bawah Seksyen 20(3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974, manakala mereka yang

memiliki atau menggunakannya melakukan kesalahan di bawah seksyen 53A (1)(a) di bawah

akta yang sama.145 Hal ini kerana keberkesanan dan kesesuaian penggunaan serta kesan

sampingan lingkaran nyamuk yang tidak berdaftar ke atas pengguna tidak diketahui kerana tidak

dinilai serta diluluskan. Semua produk lingkaran nyamuk yang berdaftar itu telah dinilai tahap

keberkesanan sebelum diluluskan dan selamat digunakan dengan mengikut cara penggunaan

yang ditetapkan di dalam label.

Begitu juga dengan penggunaan racun makhluk perosak yang lain. Sebanyak 39 jenis

racun perosak sudah diharamkan penggunaannya oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani. Di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974, semua jenis racun perosak sama ada yang

diimport atau dikilangkan untuk kegunaan tempatan perlu didaftarkan di Lembaga Racun

Makhluk Perosak jabatan berkenaan. Hanya racun perosak yang berkualiti, berkesan dan tiada

kesan buruk terhadap manusia saja yang akan diluluskan penggunaannya. 146 Kehadiran sebatian

racun perosak yang ditemui di dalam sampel air di sekitar Cameron Highlands hasil kajian

dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pesticides Action

Network (PAN). Sebatian racun perosak yang ditemui pada sampel terbabit ialah racun perosak

daripada kumpulan Organoklorin yang sudah lama diharamkan penggunaannya di Malaysia.

Racun perosak daripada kumpulan itu memang bersifat kekal lama dalam alam sekitar dan

merupakan kesan penggunaan lampau. Racun perosak lain dalam kumpulan Organoklorin yang

diharamkan Lembaga Racun Makhluk Perosak ialah Dieldrin pada 1989, Heptachlor (1994),

Chlordane (1996), dan Lindane pada 2001. Jadi, para pengguna sekurang-kurang perlu

145
Jualan lingkaran nyamuk tidak berdaftar berleluasa di utara Semenanjung, Berita Harian, 28 Januari 2015
146
Petani Cameron Highlands guna racun perosak haram, Harian Metro, 11 Mac 2015
mempunyai pengetahuan asas berkenaan racun makhluk perosak ini kerana boleh terdapat dalam

makanan harian kita terutama sayur.

Akta Jualan Dadah 1952

Di bawah Akta Jualan Dadah 1952 (Pindaan 1989) dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan

Kosmetik 1984 (pindaan 2006), semua ubat perlu didaftarkan dan kosmetik perlu dimaklumkan

sebelum dipasarkan di Malaysia. Pendaftaran ubat-ubatan dan pemakluman kosmetik boleh

dilakukan dengan mengemukakan permohonan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal

Kebangsaan (BPFK). BPFK bertanggungjawab untuk memastikan kualiti, keberkesanan dan

keselamatan produk farmaseutikal yang dipasarkan serta kualiti dan keselamatan produk

tradisional dan kosmetik. Produk yang didapati tidak memenuhi syarat pendaftaran dan kualiti

yang ditetapkan akan dikenakan tindakan, iaitu dipanggil balik daripada pasaran. Ini bagi

memastikan ubat-ubatan yang dijual dalam pasaran termasuk produk kosmetik selamat untuk

pengguna. Akta ini juga bertanggungjawab dalam membanteras penjualan ubat-ubat palsu yang

tidak diiktiraf yang membawa kesan negatif kepada pengguna.

Di bawah Akta Jualan Dadah, orang yang ditangkap kerana menjual ubat palsu hanya

dikenakan denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun. Syarikat-syarikat boleh

didenda sehingga RM100,000 bagi kesalahan yang sama. Mereka yang turut didapati telah

menjual pil psikotropik kini dikenakan denda sehingga RM10,000.

Statistik menunjukkan setiap tahun banyak rampasan dadah SSFFC (yang substandard /

palsu / label palsu / memalsukan) dilakukan. Pada tahun 2010, kementerian merampas 16,862

dadah SSFFC bernilai RM22,000.047 dan 12,825 dadah SSFFC bernilai RM13, 596.290 pada
2009. Perdagangan ubat-ubatan seperti ini menjadi masalah yang semakin berkembang.

Dilaporkan sesetengah ubat-ubatan palsu seperti perangsang seks, ubat penahan sakit, ubat titis

mata dan campuran ubat batuk adalah berbahaya dan boleh membunuh. Semasa mengambil ubat,

seseorang perlu mengetahui:

1. Nama ubat (nama bahan aktif ubat/ generik).

2. Petunjuk/ Kegunaan ubat.

3. Cara pengambilan ubat, dos yang betul dan arahan pengambilan ubat.

4. Masa ubat itu perlu dimakan.

5. Ubat itu adalah untuk penama (pesakit) sahaja, dan tidak boleh dikongsi dengan orang

lain.

6. Bagaimana dan di manakah ubat disimpan?

7. Jangan makan atau simpan ubat yang telah melewati tarikh luput atau sudah rosak

(bertukar warna, bau atau bentuk).

8. Ubat yang diambil berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD),

Kementerian Kesihatan Malaysia, mempunyai nombor pendaftaran dan hologram

Meditag yang tulen.

9. Dapatkan maklumat lanjut daripada doktor/ahli farmasi sebelum mengambil ubat secara

rawatan sendiri.
Akta Racun 1952

Mungkin ada yang keliru antara akta ini dengan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan Akta

Jualan Dadah 1952. Tujuan Akta Racun 1952 diwujudkan adalah untuk mengawal

pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan bahan yang mempunyai unsur

racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Racun dalam akta ini merujuk

kepada ertinya apa-apa bahan yang dinyatakan melalui nama dalam ruang pertama Senarai

Racun termasuklah apa-apa persediaan, penyelesaian, sebatian, campuran atau bahan semula jadi

yang mengandungi bahan itu. Racun yang tersenarai dalam jadual ini kebanyakannya digunakan

untuk tujuan perubatan, pendidikan dan penyelidikan yang mana ia tidak boleh dijual sesuka

hati.

Penjualan bahan yang dikategorikan sebagai racun di bawah akta ini hanya boleh

dilakukan oleh mereka yang memiliki lesen untuk berbuat demikian. Selain untuk edaran melalui

hospital dan klinik bahan di bawah senarai racun ini juga boleh didapati di farmasi berlesen di

seluruh negara. Bahan ini tidak boleh dijual di rak terbuka dan setiap pembelian mestilah melalui

preskripsi daripada ahli farmasi bertauliah.

Sesiapa yang di dapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta

Racun 1952. Di bawah Akta Racun 1952 (Akta 366), preskripsi dan bekalan racun secara ketat

dikawal (banyak ubat diketepikan di klinik ialah racun dan memerlukan perkataan "Ubat

Terkawal" yang akan dicetak pada bungkusan.)

Seksyen 12 akta ini menetapkan tidak ada sesiapa yang boleh mengeluarkan, menyimpan

atau mencampurkan racun ini dengan bahan lain sama ada bahan itu racun atau tidak untuk bagi

kegunaan perubatan kecuali:


1. Dia merupakan ahli farmasi berdaftar atau individu yang bekerja di bawah pengawasan

ahli farmasi bertauliah.

2. Individu yang diberi tanggungjawab berkenaan yang bekerja di hospital atau tempat

pemberian ubat di bawah kendalian kerajaan Malaysia atau mana-mana kerajaan negeri,

atau mana-mana institusi perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan.

3. Pengamal perubatan berdaftar atau individu yang bekerja di bawah seliaan yang

bertanggungjawab menyediakan ubat untuk pesakit.

Mana-mana pengamal perubatan, doktor gigi atau pegawai veterinar yang menjual atau

membekalkan apa-apa racun atau ubat yang mengandungi racun tidak disediakan olehnya atau di

bawah pengawasan segera peribadinya melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini. Di bawah

Seksyen 32 hukuman bagi mereka yang didapati bersalah di bawah Akta Racun 1952 ialah denda

tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dan tahun atau kedua-duanya sekali jika

didapati gagal menyimpan rekod berhubung jual beli produk yang disenaraikan sebagai racun di

bawah akta ini, atau mereka yang memalsukan rekod jual beli tersebut.

Kita sebagai pengguna mungkin sukar untuk mengenal pasti semua jenis racun yang

terdapat dalam jadual racun itu, tetapi kita perlu sedar jika ada pihak tertentu datang menawarkan

ubat tertentu kononnya boleh menyembuhkan penyakit tertentu maka kemungkinan bahan yang

digunakan itu menyalahi Akta Racun 1952. Sikap pengguna yang ingin tampil sihat dan

menawan dengan pantas misalnya, mendorong peniaga menjual produk kosmetik dan ubat yang

tidak berdaftar yang mengandungi bahan racun terlarang ini. Disebabkan keuntungan, peniaga

tidak memikirkan mengenai kesan sampingan terhadap barangan jualan mereka itu membawa
padah kepada pelanggan. Akibatnya, pelanggan terpaksa menanggung derita akibat kerosakan

kulit di samping terpaksa mendapatkan rawatan di hospital disebabkan masalah kesihatan.

Penggunaan bahan kosmetik yang mengandungi racun berjadual ini tetapi tidak berdaftar dengan

kementerian mempunyai risiko kesihatan yang cukup tinggi. Mereka yang menjual kosmetik

seperti ini jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Jualan Dadah dan Akta

Racun 1952 dengan kompaun sehingga RM25,000 dan akan dituduh di mahkamah. Sebagai

pengguna kita kena lebih berhati-hati dan merujuk kepada doktor dan ahli farmasi sebelum

menggunakan sebarang produk kesihatan dan kosmetik dalam pasaran.

Pengguna juga perlu berhati-hati dengan ubat perangsang seks yang dijual secara

berleluasa kerana mengandungi racun yang boleh menjejaskan kesihatan. Cawangan Penguat

Kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan misalnya pada Februari 2015 telah merampas pelbagai produk

kesihatan tidak berdaftar selain ubat perangsang seks bernilai RM112,000 dalam serbuan di

daerah ini dan Kemaman.147 Sejumlah 50 jenis ubat dan barangan kosmetik bernilai kira-kira

RM100,00 yang dicemari racun berjadual ditemui dalam rampasan tersebut. Ubat yang dirampas

disahkan tidak berdaftar dan disyaki mengandungi racun jenis dexamethasone, chlorpheniramine

dan phenylpropanolamine yang disenaraikan di bawah Akta Racun 1952 serta tidak dibenarkan

untuk digunakan dalam produk makanan atau ubat tradisional. Ubat perangsang seks dan

pelangsing badan yang dirampas tidak berdaftar dengan pihak kementerian. Penjualan ubat

mengandungi racun oleh seseorang yang tidak diberikan kuasa atau lesen ialah kesalahan di

bawah Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak

melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

147
Produk kesihatan termasuk perangsang seks dirampas, utusan Malaysia, 18 Februari 2015
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Ini merupakan akta yang penting untuk memastikan kita sebagai pengguna untuk

mempertahankan hak bagi mendapatkan alam sekitar yang lestari, bersih serta bebas daripada

pencemaran. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) merupakan suatu akta berhubung

dengan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling dan bagi

maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Pada 15 April 1975 akta ini dikuatkuasakan. Akta

tersebut mengalami empat kali pindaan iaitu pada tahun 1995, 1996, 1998 dan 2001.148 Terdapat

lebih kurang 13 Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling berkaitan pelbagai perkara telah

diluluskan sejak Akta 127 dikuatkuasakan menyentuh tentang amalan pengurusan dan tindakan

tertentu terhadap beberapa perkara umum dalam Akta 127. Peraturan-peraturan yang diluluskan

di bawah Akta 127 ini dibuat bagi tujuan mengemaskinikan peruntukan umum yang dinyatakan

dalam Akta 127 berkenaan. Kuasa membuat peraturan ini dinyatakan melalui ss 21, 45 dan 51

Seksyen 51(1) misalnya, antara lain memberi kuasa tambahan kepada Menteri untuk

membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan:149

1. Bayaran dan perlesenan, menetapkan standard-standard atau kritirium-kritirium bagi

melaksanakan apa-apa dasar atau pengelasan yang diisytiharkan mengenai alam dan

membuat ketetapan bila sesuatu bahan, perbuatan atau benda itu meracun, merosakkan,

mencela, memudaratkan kesihatan;

148
Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1995 (A636).
Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1996 (A953).
Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1998 (A1030).
Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 (A1102).
149
Shamsuddin bin Suhor, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127): Peranan dan Keberkesanan Peraturan,
Perintah dan Kaedah-kaedah di Bawahnya, Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat 7 (2003)37-50
2. Melarang pelepasan, pengeluaran atau peletakan ke dalam alam sekeliling apa-apa bahan

sama ada cecair, pepejal atau gas dan melarang atau mengawal penggunaan sesuatu

bahan api yang tertentu; menetapkan standard-standard kualiti udara sekeliling, standard-

standard pengeluaran, kepadatan maksimum yang dibenarkan;

3. Menetapkan standard kualiti air; melarang atau mengawal pembakaran terbuka sampah

sarap atau apa-apa bahan lain yang mudah terbakar; larangan terhadap pelupusan

buangan pepejal atau cecair atau di dalam tanah;

4. Mentakrifkan bunyi bising dan standard-standard bagi bunyi bising yang boleh

dibenarkan;

5. Mengawal audit alam sekeliling dan pengemukaan suatu laporan audit dan pelantikan

kakitangan yang berkelayakan untuk membantu Ketua Pengarah dalam menjalankan

audit alam sekeliling bagi mana-mana premis itu, tanpa mengira sama ada premis itu

ditetapkan atau selainnya, dan cara pengendaliannya dan bayaran yang boleh dikenakan;

6. Mengawal langkah-langkah untuk menilai, mengawal, mengurangkan atau

menghapuskan risiko alam sekeliling; mengawal kecekapan orang yang layak untuk

menyelenggarakan dan mengendalikan apa-apa kelengkapan atau kelengkapan kawalan.

Pindaan terhadap Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran)

1999 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang diwartakan pada Januari 2015 dibuat

bagi membolehkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengawal penggunaan hidrokloroflurokarbon

(HCFC) dalam sektor pembuatan dan penyelenggaraan. Pindaan ini membabitkan peraturan
berhubung pengawalan bahan pemusnah ozon (ODS). Selain itu, di bawah akta ini apa juga

projek pembangunan mesti dipastikan tidak menjejaskan alam sekitar. Misalnya, pada 5 Mei

2015, Mahkamah Seksyen Gua Musang telah mendenda sebuah syarikat RM70,000 kerana

mengendalikan projek pembangunan di tanah tinggi Lojing dengan menceroboh dan menimbus

aliran sungai yang boleh menjejaskan ekosistem dan alam sekitar. Syarikat tersebut didapati

bersalah mengikut Seksyen 34A (7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika sabit kesalahan,

boleh dihukum mengikut Seksyen 34A (8) akta sama iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau

penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Begitu juga dengan pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada pencemaran

dan jerebu. Mereka yang melakukan pembakaran terbuka boleh didakwa di bawah peruntukan

Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Individu yang disabitkan dengan kesalahan

melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara

selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Akta Perihal Dagangan 1972

Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan cap barang

dagangan dengan peruntukan baharu yang melarang salah perihal mengenai barang-barang, yang

diadakan dalam perjalanan perdagangan dan petunjuk yang palsu atau yang mengelirukan

tentang harga barang-barang. Akta ini memberi kuasa untuk memberikan erti bagi apa-apa

ungkapan atau petunjuk yang digunakan berhubung dengan harga barang-barang, caj atau kadar

bagi perkhidmatan, tempat tinggal atau kemudahan dan untuk mengawal selia, mengawal atau
melarang penggunaan ungkapan atau petunjuk itu dalam perjalanan sesuatu perdagangan atau

perniagaan.

Akta ini berperanan melarang apa juga bentuk pernyataan yang palsu atau mengelirukan

tentang apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal atau kemudahan yang diadakan dalam perjalanan

perdagangan atau perniagaan.150 Selain itu, akta ini turut memberi kuasa untuk mendapatkan

maklumat atau arahan yang berhubungan dengan barang-barang supaya dicapkan pada atau

supaya disertakan dengan barang-barang itu atau supaya dimasukkan ke dalam iklan dan bagi

maksud yang berkaitan. Di bawah akta ini kita sebagai pengguna perlu tahu bahawa peniaga itu

telah memberikan petunjuk palsu dan mengelirukan tentang harga barang-barang jika:

1. menawarkan untuk membekalkan barang-barang daripada apa-apa perihal memberi,

dengan apa-apa cara jua, sesuatu petunjuk palsu yang bermaksud bahawa harga yang

ditawarkan bagi barang-barang itu sama dengan atau kurang daripada harga yang

disyorkan dia melakukan suatu kesalahan.

2. menawarkan untuk membekalkan barang-barang; memberi, dengan apa-apa cara jua, apa-

apa petunjuk yang mungkin dianggap sebagai suatu petunjuk bahawa barang-barang itu

ditawarkan dengan suatu harga yang kurang daripada harga barang-barang itu sebenarnya

ditawarkan, dia melakukan suatu kesalahan.

150
Undang-Undang Malaysia, Akta 87, Akta Perihak Dagangan 1972, Pesuruhjaya Penyemak, Undang-Undang,
Malaysia Di Bawah Kuasa Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 Secara Usaha Sama dengan Malayan Law
Jurnal Sdn Bhd dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2006
Seksyen 3 pula membawa maksud:

a. sesuatu petunjuk mengenai suatu harga yang disyorkan:

i. hendaklah disifatkan, melainkan jika dinyatakan sebaliknya, sebagai suatu

petunjuk bahawa ia suatu harga yang disyorkan oleh pengilang atau

ii. pengeluarnya; dan

iii. hendaklah disifatkan, melainkan jika dinyatakan sebaliknya, sebagai suatu

petunjuk bahawa ia suatu harga yang disyorkan pada amnya untuk pembekalan

secara jualan runcit di kawasan barang-barang itu ditawarkan;

b. apa-apa jua yang mungkin dianggap sebagai suatu petunjuk mengenai suatu harga yang

disyorkan hendaklah disifatkan sebagai suatu petunjuk itu; dan

c. mana-mana yang mengiklankan barang-barang sebagai ada untuk pembekalan hendaklah

dianggap sebagai menawarkan untuk membekalkannya.

Jika mana-mana orang dituduh atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini, beban bagi

membuktikan adanya dan terma sesuatu harga yang disyorkan dan yang kepadanya dia

bergantung atau bahawa kehendak subseksyen (3) telah dipatuhi hendaklah terletak pada orang

yang dituduh itu. Di bawah akta ini menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang pengilang,

pembekal atau peniaga:

1. membuat pernyataan yang diketahuinya adalah palsu;

2. tanpa berhemat membuat sesuatu penyataan palsu; atau


3. membuat apa-apa pernyataan yang mungkin memperdayakan atau mengelirukan

seseorang, mengenai mana-mana perkara yang berikut, iaitu:

a. mengadakan apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal atau kemudahan dalam

perjalanan sesuatu perdagangan atau perniagaan;

b. jenis apa-apa perkhidmatan; tempat tinggal atau kemudahan yang diadakan dalam

perjalanan sesuatu perdagangan atau perniagaan;

c. bila masanya, bagaimana caranya atau orang yang olehnya apa-apa perkhidmatan,

tempat tinggal atau kemudahan diadakan;

d. pemeriksaan, kelulusan atau penilaian oleh mana-mana orang bagi apa-apa

perkhidmatan, tempat tinggal atau kemudahan yang diadakan itu;

e. kedudukan atau kemudahan mana-mana tempat tinggal yang diadakan itu; atau

f. kadar atau caj bagi apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal atau

g. kemudahan yang diadakan itu.

Peranan kita sebagai pengguna juga dapat membantu memastikan pengilang, pengedar

dan penjual ini mematuhi semua peruntukan yang membabitkan kepentingan pengguna termasuk

elemen kebersihan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

(KPDNKK) cawangan Parit Buntar bersama Jabatan Kesihatan daerah Kerian pada Jun 2015

misalnya telah mengarahkan sebuah kilang memproses asam jawa dan tepung jagung, ditutup

selama 14 hari untuk melakukan kerja-kerja pembersihan kerana premis berkenaan didapati
kotor. Tindakan itu dibuat mengikut Akta Perihal Dagangan dan jika sabit kesalahan syarikat

terbabit boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000.

Pada 26 Jun 2015, dua jurujual dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas

pertuduhan memberi pernyataan palsu berhubung peraduan cabutan bertuah kepada seorang

penjual buah-buahan.151 Mereka didakwa memberikan pernyataan palsu kepada pelanggan

berhubung peraduan cabutan bertuah untuk memenangi hadiah wang berganda atau yang setara

dengannya sehingga memperdaya lelaki itu untuk menyerahkan wang tunai RM50,000,

sedangkan tiada hadiah atau faedah lain ditawarkan. Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan

mengikut Seksyen 20(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan dihukum di bawah Seksyen 21 akta

sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM250,000

atau kedua-duanya. Jelas, akta ini melindungi pengguna daripada apa juga bentuk manipulasi dan

penipuan.

Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971

Akta ini membolehkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berperanan untuk

memastikan kelestarian bekalan makanan berasaskan ikan di negara ini. Akta ini menetapkan

fungsi LKIM sebagai:152

151
Cabutan bertuah: Dua jurujual dihadap ke mahkamah, utusan Malaysia, 27 Jun 2015
152
Undang-undang Malaysia, Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,2006, Pesuruhjaya Penyemak,
Undang-Undang, Malaysia Di Bawah Kuasa Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 Secara Usaha Sama dengan
Malayan Law Jurnal Sdn Bhd dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2006
1. Menggalakkan dan memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan mengenai

perusahaan perikanan dan pemasaran ikan;

2. Mengadakan dan menyelia kemudahan kredit bagi pengeluaran ikan dan memastikan

bahawa kemudahan ini digunakan sepenuhnya;

3. Mengambil bahagian dalam perusahaan perikanan dan bagi maksud itu mengambil

bahagian dalam pembinaan bot dan pengeluaran bekalan dan kelengkapan menangkap

ikan;

4. Menggalakkan, menggiatkan, memudahkan dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan

sosial Persatuan Nelayan;

5. Mendaftarkan, mengawal dan menyelia Persatuan Nelayan dan mengadakan peruntukan

mengenai perkara yang berhubungan dengannya; dan

6. Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu.

Akta ini melindungi kepentingan maritim negara terutama dalam mengawal aktiviti

perikanan yang boleh menjejaskan sumber perikanan pada masa hadapan. Akta ini juga turut

mengawal selia aktiviti perikanan air tawar bagi memastikan sumber makanan berasaskan ikan

terjamin.
Akta Sewa Beli 1967

Akta Sewa Beli 1967 telah dipinda pada tahun 2010 dan dikuatkuasakan oleh KPDNKK mulai

Jun 2011. Antara elemen utama yang terkandung dalam akta tersebut:

1. Peranan penyewa (Pengguna)

a. Membayar ansuran seperti tercatat dalam perjanjian tidak mengalihkan atau

menjual barang tanpa kebenaran daripada pemunya.

b. Menyimpan kad jaminan, resit dan surat yang berkaitan Perjanjian Sewa Beli.

c. Memastikan kandungan perjanjian adalah sama dengan maklumat dalam Jadual

Kedua Bahagian 1.

d. Jangan menandatangani Borang Perjanjian Sewa Beli atau dokumen kosong.

e. Sekiranya barangan hilang atau diambil daripada milikan, pastikan diberitahu

kepada pemunya dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang tersebut hilang atau

diambil.

f. Penyewa mesti mematuhi Perintah Mahkamah bagi proses pengambilan semula

milikan sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan

tersebut.

2. Hak penyewa (Pengguna)

a. Terima notis (Jadual Kedua) sebelum tandatangan perjanjian.


b. Memastikan borang atau dokumen lengkap dengan maklumat sebelum borang

ditandatangani.

c. Boleh menamatkan perjanjian dengan memulangkan barang dan bayar ganti rugi

kepada pemunya (jika ada).

d. Berhak mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar barang terpakai. Di

bawah Sek. 4G perlu laporan PUSPAKOM dan perakuan secara bertulis daripada

pihak penjual.

e. Terima salinan perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menandatangani

perjanjian.

f. Terima notis Jadual Keempat dan Notis dibawah Perenggan 3 bagi pengambilan

semula milikan.

g. Terima notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari selepas barang tersebut diambil

milikan oleh pemunya.

h. Berhak membuat penyelesaian awal ke atas perjanjian tersebut dan mendapat

rebat sepatutnya. Terima notis pemberitahuan tarikh lelongan awam sekurang-

kuranganya 14 hari dari tarikh tersebut.

i. Berhak untuk menjelaskan semua bayaran yang dikenakan oleh pemunya.

j. Berhak untuk membuat penamatan dalam masa 21 hari Notis Jadual 5 dikeluarkan

oleh pemunya.

k. Berhak untuk memperkenalkan pembeli baru kepada pemunya.


l. Berhak mengarahkan pemunya memulangkan barang setelah menjelaskan semua

bayaran yang sepatutnya.

m. Berhak mendapat baki wang hasil daripada jualan lelong barang (jika ada).

3. Peranan pemunya (Bank)

a. Membekalkan dokumen perjanjian dan dokumen berkaitan yang dilengkapkan

dengan butiran maklumat.

b. Menyerahkan Kad Pendaftaran Kenderaan kepada penyewa apabila dimohon

secara bertulis.

c. Menyampaikan salinan memorandum atau nota perjanjian dalam tempoh 21 hari

selepas menerima permohonan bertulis daripada penyewa sebelum pembayaran

akhir.

d. Menyerahkan resit bayaran ansuran kepada penyewa dengan kadar segera.

e. Menyerahkan satu salinan polisi kepada penyewa dalam masa 7 hari.

f. Tidak boleh mengutip bayaran tempahan melebihi 1% daripada harga tunai

barang.

g. Memulangkan 90% daripada bayaran fi tempahan jika terdapat pembatalan

tempahan.
h. Tidak boleh mengutip deposit kurang 10% daripada harga tunai termasuk fi

tempahan.

i. Melantik pemegang Permit Agen Perolehan Semula yang dikeluarkan oleh

Pengawal untuk aktiviti pengambilan semula milikan.

j. Menyediakan Perjanjian Sewa Beli yang berasingan bagi setiap barang.

k. Memberi opsyen kepada penyewa sama ada memilih kadar tetap atau kadar

berubah-ubah bagi caj-caj terma.

l. Telah memberi Notis Jadual Keempat, Notis Peringatan dan Notis Jadual Kelima

di bawah Peraturan.

m. Mengeluarkan Notis Lelong 14 hari kepada penyewa sebelum lelongan

dijalankan.

n. Jika jumlah ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut maka

pengambilan semula milikan boleh dibuat setelah mendapat Perintah Mahkamah.

4. Hak pemunya (Bank)

a. Pemunya boleh mengambil semula milikan barang jika penyewa gagal

menjelaskan bayaran ansuran sebanyak dua kali berturut-turut atau ansuran

terakhir. Jika penyewa telah meninggal dunia atau berlaku empat kali ingkar

berterusan.
b. Perlu membuat pengesahan terhadap pengambilan barangan itu dengan

memberikan kepada penyewa dokumen pengambilan semula barangan dan tarikh,

masa serta alamat tempat barang diambil.

c. Berhak melupuskan barang yang diambil semula selepas tamat tempoh 21 hari

Jadual Kelima diberikan kepada penyewa.

d. Pemunya boleh mengambil semula barang melalui Perintah Mahkamah jika

penyewa telah gagal membayar ansuran bulanan tetapi ansuran bulanan yang

terbayar melebihi daripada harga tunai barang tersebut.

e. Pemunya menyediakan insurans tahunan pertama untuk pinjaman kenderaan dan

bagi barangan bukan kenderaan selama tempoh pinjaman.

f. Boleh mengambil semula milikan barang tanpa kehadiran penyewa jika penyewa:

i. Melakukan pelupusan secara fraud.

ii. Memindahkan barang ke alamat baharu tanpa memaklumkan kepada

pemunya.

iii. Menggunakan barang bagi tujuan melanggar undang-undang.

*. Berhak mengutip deposit minimum:

i. 10% secara tunai termasuk bayaran tempahan.

ii. Dalam bentuk barang-barang yang ada nilai dagang.


5. Peranan penjamin

a. Menjadi penjamin kepada penyewa.

b. Memastikan penyewa mematuhi Perjanjian Sewa Beli.

c. Membantu pemunya mengesan untuk mendapatkan semula barangan.

6. Hak penjamin

a. Pihak penjamin berhak mendapatkan perintah mahkamah terhadap penyewa.

b. Berhak untuk ditanggung rugi oleh penyewa terhadap apa-apa tuntutan yang

dibuat oleh pemunya atas jaminan.

c. Berhak untuk menyuruh penyewa membayar ansuran berhubung dengan

Perjanjian Sewa Beli.

7. Hak penjual

Jika tempahan dibatalkan, penjual berhak mengenakan ganti rugi sebanyak 10% daripada

tempahan.
Akta Insurans 1996

Ini merupakan akta bagi pelesenan dan pengawalseliaan perniagaan insurans, perniagaan

pembrokeran insurans, perniagaan pengajusteran dan perniagaan nasihat kewangan dan lain-lain

perniagaan yang berkaitan dengan bidang ini. Oleh sebab itu, pengguna perlu tahu membezakan

perniagaan insurans dan bukan perniagaan insurans. Bagi maksud Akta ini, yang berikut

bukanlah perniagaan insurans:153

1. pengendalian oleh majikan, selain untuk mendapatkan keuntungan, akan suatu skim atau

perkiraan yang membuat peruntukan kewangan bagi persaraan pekerjanya, atau

penamatan perkhidmatan pada masa hadapan kerana kematian atau ketidakupayaan;

2. perniagaan yang dijalankan mengikut Bahagian II Akta Pertubuhan 1966 oleh suatu

pertubuhan faedah bersama sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta itu;

3. eksport kredit dan jaminan kredit perniagaan insurans lain yang dijalankan oleh Malaysia

Export Credit Insurance Berhad.

Larangan atau sekatan perniagaan insurans

Demi kepentingan pengendalian secara teratur perniagaan penanggung insurans berlesen atau

industri insurans, boleh melarang atau menyekat secara bertulis penanggung insurans berlesen

daripada menjalankan apa-apa perihalan perniagaan insurans sebagaimana yang ditentukannya.

Penalti: Pemenjaraan selama tiga tahun atau tiga juta ringgit atau kedua-duanya. Penalti

153
Undang-Undang Malaysia, Akta 553, Akta Insurans 1996, 2008, Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang,
Malaysia Di bawah Kuasa Akta Penyemakan Undang-Undang 1968
ingkar.

Larangan ke atas perniagaan anuiti pasti atau insurans berkaitan pelaburan

Kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Bank terlebih dahulu dan tertakluk kepada apa-apa

syarat sebagaimana yang ditentukannya, tiada penanggung insurans berlesen boleh menjalankan:

a. perniagaan anuiti pasti; atau

b. perniagaan insurans berkaitan pelaburan.

Penalti: Pemenjaraan selama tiga tahun atau tiga juta ringgit atau kedua-duanya. Penalti

ingkar.

Aktiviti yang menjadi perniagaan insurans

Bagi maksud Akta ini, sebutan mengenai menjalankan perniagaan insurans termasuklah semua

atau mana-mana yang berikut:

a. menerima cadangan bagi insurans;

b. merundingkan cadangan bagi insurans bagi pihak penanggung insurans;

c. mengeluarkan polisi;

d. memungut atau menerima premium atas polisi; atau

e. menyelesaikan atau mendapatkan kembali tuntutan atas polisi.


Bagi maksud Akta ini, sebutan mengenai perjalanan perniagaan insurans termasuklah

menjalankannya melalui seseorang ejen, atau sebagai ejen; tetapi penanggung insurans tidak

termasuk seseorang ejen insurans atau pun dalam hal seseorang yang merupakan kedua-dua

penanggung insurans dan ejen insurans, merujuk kepada perniagaan yang dijalankan sebagai ejen

insurans.

Larangan menjalankan perniagaan melainkan jika dilesenkan

Tiada seorang pun, melainkan jika dia dilesenkan di bawah Akta ini, boleh menjalankan:

a. perniagaan insurans;

b. perniagaan pembrokeran insurans;

c. perniagaan pengajusteran; atau

d. perniagaan nasihat kewangan.

Penalti: Penanggung insuranspemenjaraan selama sepuluh tahun atau sepuluh juta

ringgit atau kedua-duanya. Penalti ingkar. Broker insuranspemenjaraan selama tiga tahun atau

tiga juta ringgit atau kedua-duanya. Penalti ingkar. Ajusterpemenjaraan selama satu tahun atau

satu juta ringgit atau kedua-duanya. Penalti ingkar. Insurans 27

Penasihat kewanganpemenjaraan selama dua tahun atau dua juta ringgit atau kedua-

duanya. Penalti ingkar.


Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951

Sama ada kita sebagai individu, syarikat atau firma yang ingin menjalankan perniagaan Pemberi

Pinjam Wang perlu mendapatkan lesen daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan terlebih dahulu. Jika gagal berbuat demikian menjadi satu kesalahan di bawah

Seksyen 5(2) AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 yang boleh dihukum dengan denda tidak

kurang RM20,000 tetapi tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau

kedua-duanya sekali atau bagi kesalahan yang berikutnya boleh dikenakan sebatan sebagai

hukuman tambahan. Hukuman ini juga boleh dikenakan kepada Pemberi Pinjam Wang yang

lesen mereka dibatalkan atau digantung. Kalau kita hendak tahu sama ada seseorang itu

mempunyai lesen sah sebagai Pemberi Pinjam Wang, ada dua perkara yang patut kita tahu iaitu:

1. Pemberi Pinjam Wang yang sah hanya boleh menjalankan urusan pinjaman di alamat

operasi yang diluluskan sahaja;

2. Setiap premis yang menjalankan perniagaan sebagai Pemberi Pinjam Wang yang sah

perlu mempamerkan lesen mereka ditempat yang mudah dilihat oleh pelanggan. Contoh

lesen sah adalah seperti berikut:

Butir-butir yang akan ditunjukkan pada lesen tersebut:

a. Nama individu, syarikat atau firma PEMBERI PINJAM WANG.

b. Alamat berdaftar pemohon lesen.

c. Alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang diluluskan.

d. Syarat-syarat yang dikenakan oleh Pendaftar.


e. Nombor lesen.

f. Tarikh sah mula lesen.

g. Tarikh sah tamat tempoh lesen.

h. Tandatangan Pendaftar/Timbalan Pendaftar yang meluluskan pengeluaran lesen

tersebut.

Pada 2 Jun2015 dua orang lelaki warga emas dihadapkan di Mahkamah Seksyen Ipoh

atas tuduhan menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang tanpa lesen yang sah. Kedua-

duanya dituduh menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang tanpa lesen yang sah daripada

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Mereka didakwa

melakukan kesalahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang boleh

dihukum denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak

melebihi lima tahun.

Akta Pemegang Pajak Gadai 1972

Ramai pengguna berfikir bahawa pajak gadai merupakan cara yang mudah, selesa dan cepat

untuk mendapatkan wang. Hal ini memang betul jika anda dapat menebus balik barangan yang
digadai. Namun anda boleh ditipu oleh pekedai pajak gadai yang tidak jujur. Oleh sebab itu, anda

perlu berwaspada supaya tidak tertipu/terpedaya.154

Pemegang pajak gadai

Orang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai digelar

sebagai pemegang pajak gadai. Ini termasuklah orang yang menerima barang seseorang lain

sebagai cagaran untuk pembayaran balik wang yang tidak lebih daripada RM5,000 yang telah

didahulukan. Sebagai contoh: A, seorang yang mempunyai wang telah meminjamkan RM100

kepada B yang memerlukan wang itu. Sebagai jaminan untuk pembayaran balik wang itu, B

meninggalkan dengan A sebentuk cincin emas. A di sini disifatkan sebagai seorang yang

menjalankan perniagaan mengambil barang sebagai pajak gadai. Begitu juga halnya dengan

seseorang yang membeli atau menerima barang-barang dan meminjam kepada orang itu

sejumlah wang tidak melebihi RM5,000 dengan satu perjanjian atau persetujuan bahawa barang

itu boleh dibeli kembali atau ditebus berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Pemajak gadai

Di bawah akta ini pemajak gadai didefinisikan sebagai seorang yang menyerahkan sesuatu

barang untuk dipajak gadai kepada seseorang pemegang pajak gadai. Akta juga memperuntukkan

bahawa golongan tertentu tidak boleh menjadi pemajak gadai. Ini termasuklah orang yang dalam

keadaan mabuk dan golongan di bawah umur 16 tahun. Seorang kanak-kanak, misalnya tidak

154
Jaya SIlan Kandasamy, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pajak Gadai, 16 Mei 2011, Laman Berita Pengguna
Konsumerkini, konsumerkini.net.my
boleh diminta oleh ibu bapanya membawa barang tertentu untuk digadaikan. Sekatan yang

dikenakan ke atas golongan ini berasaskan prinsip am undang-undang bahawa orang ini tidak

berkeupayaan untuk melibatkan diri dalam apa-apa transaksi undang-undang.155 Sebagai

pengguna kita perlu sentiasa beringat untuk:

1. Semak tarikh luput. Anda tidak boleh menuntut barang selepas tarikh luput, kecuali kedai

pajak gadai bersetuju memanjangkan tempoh berkenaan.

2. Selepas tarikh luput, semua barangan yang digadai yang nilainya kurang daripada RM200

akan menjadi kepunyaan kedai pajak gadai berkenaan dan bukan kepunyaan anda lagi.

3. Semua barang yang tidak ditebus yang nilainya melebihi RM200 boleh dilelong oleh

kedai pajak gadai. Anda berhak mendapatkan baki wang yang tinggal daripada jualan

barang berkenaan selepas ditolak semua kos gadaian.

4. Pemegang pajak gadai perlu menghantar notis berdaftar kepada pemajak gadai mengenai

tindakan untuk melelong barangan. Notis ini perlu diterima oleh pemajak gadai tujuh hari

sebelum urusan pelelongan.

5. Pemajak gadai dinasihatkan untuk memberi alamat semasa apabila memajak barangan

atau memaklumkan sebarang pertukaran alamat secara bertulis kepada pemegang pajak

gadai.Ini adalah penting untuk memastikan notis-notis pemberitahuan pelelongan yang

dihantar oleh pemegang pajak gadai sampai ke pemajak gadai.

6. Kedai pajak gadai bertanggungjawab atas kehilangan atau kemusnahan akibat kecurian

atau kebakaran.

155
ibid
7. Sentiasa mendapatkan resit setiap kali anda membuat pembayaran.

8. Jika kedai pajak gadai mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi (lebih 2% sebulan)

ke atas sesuatu pinjaman, anda boleh membawa perkara ini kepada pejabat Ketua

Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

9. Jika anda kehilangan resit/tiket gadaian anda berhak mendapatkan salinannya secara

percuma.

10. Jika anda merasa bahawa gadaian berkurang nilai atau jika kedai pajak gadai enggan

menyerahkan gadaian anda, buatlah aduan kepada majistret. Majistret mempunyai kuasa

untuk memerintah kedai pajak gadai membayar ganti rugi yang munasabah.

11. Pastikan kedai pajak gadai yang anda berurusan mempunyai lesen yang sah.

12. Semak buku catatan kedai pajak gadai untuk memastikan bahawa kandungannya adalah

sama dengan surat pajak gadai yang anda terima.

Akta Jualan Langsung 1993

Peruntukan di bawah akta ini adalah untuk mengawal aktiviti jualan langsung bagi mengelakkan

penipuan ke atas pengguna. Akta ini memastikan setiap orang yang terlibat dalam aktiviti jualan

langsung mesti memiliki lesen bagi tujuan pengawalseliaan penjualan langsung. Akta ini juga

bertujuan membanteras skim piramid atau skim berantai yang menyebabkan ramai orang tertipu

dan menjadi mangsa. Akta ini terpakai di seluruh Malaysia tetapi hanya berkenaan:

1. Rundingan yang dijalankan selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, yang

membawa kepada pembentukan kontrak jualan langsung; dan


2. Kontrak jualan langsung yang dibuat selepas mula berkuat kuasanya Akta ini, walaupun

rundingan yang membawa kepada pembentukan kontrak itu mungkin telah berlangsung

sebelum tarikh itu.

Namun, akta ini tidak terpakai jika:

1. Jika pembeli atau bakal pembeli ialah suatu pertubuhan perbadanan;

2. Bagi apa-apa kontrak insurans dan insurans semula yang dikeluarkan oleh seseorang

penanggung insurans yang didaftarkan di bawah *Akta Insurans 1963 [Akta 89];

3. Bagi apa-apa kontrak takaful dan takaful semula yang dikeluarkan oleh seseorang

pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312].

Peruntukan Akta ini tidak menjejaskan Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212], Akta Jualan

Barang 1957 [Akta 382], Akta Kontrak 1950 [Akta 136] dan Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan

jika ada percanggahan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana Akta itu,

peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.

Akta Timbang dan Sukat 1972

Objektif akta ini adalah untuk mengawal selia timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat

yang digunakan untuk tujuan perdagangan:

1. Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan menepati reka

bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Penyimpan Timbang dan Sukat.
2. Memastikan timbang dan sukat dan alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan

perdagangan ditentu sahkan.

3. Mengawal selia lesen yang dikeluarkan kepada pembuat, pembaik dan penjual alat-alat

timbang dan sukat.

4. Mengawal selia syarikat berlesen untuk menjalankan perkhidmatan penentusahan alat-

alat timbang dan sukat.

Penentusahan alat timbang dan sukat dilaksanakan sendiri pegawai KPDNKK namun

mulai 4 April 2005, tugas itu diserahkan kepada Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd

(MCM), sebuah syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

Syarikat ini bertanggungjawab menentukan semua alat timbang dan alat sukat yang

digunakan dalam pasaran ditentu sahkan semula setiap setahun dengan kesemua alat tersebut

akan dilekatkan dengan pelekat keselamatan yang dicatatkan tarikh tamat tempoh sah. Antara

alat timbang dan sukat yang perlu ditentu sahkan ialah alat sukat linear, lori tangki, alat sukat

alkohol, alat timbang emas, alat timbang pelantar, meter tempat letak kereta, perakam masa, alat

timbang kenderaan, neraca spring, alat sukat isi padu cecair, meter air, pam dispenser dan batu

ujian.

Pelbagai langkah telah dan sedang dilaksanakan MCM bagi menentukan semua alat

timbang dan sukat yang berada dalam pasaran ditentu sahkan. Antaranya, mengeluarkan surat

peringatan kepada pemilik alat timbang serta mewujudkan stamping station di kawasan

pedalaman sebagai kemudahan pemilik alat timbang dan sukat membuat penentusahan.
Sebanyak 261,457 alat timbang dan sukat sudah ditentu sahkan MCM sejak Januari

sehingga Julai tahun ini manakala 428,680 lagi tahun 2013.156 Setiap kesalahan akan dikenakan

tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan peniaga terbabit boleh dikenakan

kompaun serta merta RM100.

Akta Kontrak 1950

Akta ini melindungi pengguna dari segi keupayaannya mengawal sesuatu kontrak. Akta ini juga

memberi kelebihan kepada pengguna kerana terdapat beberapa peruntukan dalam akta ini yang

membolehkan sesuatu kontrak boleh dibatalkan dan dianggap sebagai tidak sah.

1. Paksaan (Force)

Seksyen 15, Akta Kontrak 1950, jelas menyatakan sesuatu kontrak yang dilakukan

dengan paksaan boleh dibatalkan dan dianggap tidak sah. Namun pengguna tidak boleh

membiarkan orang lain memaksa mereka untuk menandatangani sesuatu kontrak tanpa

mengetahui terlebih dahulu kandungannya.

2. Pengaruh Tidak Berpatutan (Undue influence)

Seksyen 16, Akta Kontrak 1950, menyatakan Pengaruh tidak berpatutan berlaku apabila

seseorang memasuki perjanjian setelah dipengaruhi secara tidak wajar oleh pihak lain. Ini

berlaku apabila pihak tersebut boleh menguasai kemahuan orang lain atau mempunyai

autoriti yang membolehkannya mengambil keuntungan daripada orang lain.

156
Kesalahan Akta Timbang dan Sukat cecah 772 kes, 5 Ogos 2013, Utusan Malaysa
3. Penipuan (Fraud)

Seksyen 17, Akta Kontrak 1950: Penipuan berlaku apabila seseorang berbuat sesuatu

dengan niat memperdaya dan mendorong pihak lain untuk memasuki kontrak. Empat

keadaan yang membolehkan penipuan berlaku:

i. Memberikan fakta palsu

ii. Menyembunyikan fakta

iii. Membuat janji dengan niat tidak mahu menepatinya

iv. Memperdaya.

4. Salah Nyata (Misrepresentation)

Seksyen 18, Akta Kontrak 1950: Salah nyata berlaku apabila orang yang membuat suatu

kenyataan tidak berniat untuk menipu berkenaan suatu fakta. Jika kenyataan yang dibuat

dalam bentuk pendapat, maka ia dianggap tidak melakukan salah nyata.

5. Khilaf (Mistake)

Seksyen 21, 22, 23, Akta Kontrak 1950, khilaf atau kesilapan boleh dilakukan oleh

kedua-dua pihak yang berkontrak atau salah seorang daripadanya.

i. Seksyen 21 - Khilaf mengenai fakta (Mistake as to the fact) kontrak boleh

dibatalkan
ii. Seksyen 22 - Khilaf mengenai undang-undang (Mistake as to law) - kontrak tidak

boleh dibatalkan

iii. Seksyen 23 - Hanya satu pihak khilaf mengenai fakta - Kontrak tidak boleh

dibatalkan.

Akta Kontrak 1950 mungkin merangkumi beberapa seksyen yang memberi perlindungan

kepada pengguna, namun sesuatu kontrak akan dan masih dianggap sah dan mengikat kedua-dua

pihak sekiranya pengguna mengabaikan tanggungjawabnya mereka dengan tidak mempedulikan

kesan yang mungkin timbul pada masa depan. Hanya apabila elemen di atas dapat dibuktikan,

maka sesuatu kontrak akan dibatalkan.

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966

Ini merupakan akta untuk mengawal selia apa saja yang berkaitan perumahan di negara ini. Akta

memperuntukkan kawalan dan pelesenan urusan pemajuan perumahan di Semenanjung Malaysia

dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.157 Di bawah akta ini pemaju perumahan diwajibkan:

1. Dalam tempoh empat minggu dari apa-apa perubahan yang dibuat dalam atau terhadap

mana-mana dokumen yang dikemukakan kepada Pengawal di bawah subseksyen 5(3)

memberikan Pengawal butir-butir bertulis mengenai perubahan itu;

157
Undang-undang Malaysia, Akta 118, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, Pesuruhjaya
Penyemak, Undang-Undang, Malaysia Di Bawah Kuasa Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 Secara Usaha
Sama dengan Malayan Law Jurnal Sdn Bhd dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2006
2. mempamerkan pada setiap masa dalam kedudukan yang mudah dilihat di dalam mana-

mana pejabat dan pejabat cawangan pemaju perumahan berlesen itu suatu salinan lesen,

permit iklan dan jualannya dan suatu salinan kunci kira-kira terauditnya yang terakhir

sebaik sahaja kunci kira-kira itu ada dan maklumat seperti nama penuh sekarang atau

yang dahulu, alamat tempat tinggal biasa, kerakyatan, kerakyatan asal (jika kerakyatan

sekarang bukannya kerakyatan asal), perniagaan atau pekerjaan (jika ada) bagi setiap

orang yang mengawal dan menguruskan perniagaan pemaju perumahan berlesen itu dan

butir-butir mengenai apa-apa jawatan pengarah lain yang dipegang oleh orang itu;

3. menyimpan atau menyebabkan disimpan di pejabatnya di Semenanjung Malaysia apa-apa

rekod perakaunan dan rekod lain yang akan menjelaskan dengan secukupnya transaksi

dan kedudukan kewangan pemaju perumahan berlesen dan membolehkan akaun untung

rugi dan kunci kira-kira dan apa-apa dokumen yang dikehendaki disertakan

4. bersamanya yang benar dan wajar disediakan dari semasa ke semasa, dan hendaklah

menyebabkan rekod-rekod ini disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkannya

diaudit dengan mudah dan sepatutnya;

5. tiap-tiap tahun melantik seseorang juruaudit atau juruaudit-juruaudit mengikut cara yang

dikehendaki di bawah seksyen 9;

a. dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan bagi pemaju

perumahan berlesen yang berkenaan menghantar kepada Pengawal dan juga

menyiarkan dalam Warta suatu salinan laporan juruaudit yang disediakan di

bawah seksyen 9 berserta suatu salinan kunci kira-kira dan akaun untung ruginya;
b. tidak lewat daripada 21 hari bulan Januari dan 21 hari bulan Julai setiap tahun,

menghantar kepada Pengawal suatu pernyataan dalam bentuk dan mengandungi

apa-apa maklumat sebagaimana Pengawal boleh tentukan dari semasa ke semasa

mengenai kemajuan pemajuan perumahan yang pemaju perumahan sedang

mengerjakan, menjalankan atau mengusahakan atau menyebabkan diusahakan;

c. jika pada pendapatnya dia mungkin tidak berupaya untuk memenuhi obligasinya

kepada pembeli pada mana-mana peringkat pemajuan perumahan sebelum

pengeluaran perakuan layak menduduki, dengan serta-merta memberitahu

Pengawal mengenai hakikat itu;

d. memberitahu Pengawal mengenai penyerahan milikan kosong rumah tempat

tinggal dalam pemajuan perumahan kepada pembeli dan mengemukakan suatu

perakuan arkiteknya yang diperakui salinan benar yang memperakukan bahawa

pembinaan rumah tempat tinggal telah disiapkan dengan wajar dan bahawa

bekalan air dan elektrik sedia disambung kepada rumah tempat tinggal itu;

e. memberitahu Pengawal jika pihak berkuasa berkenaan telah enggan menerima

pengemukaan mana-mana dokumen yang berhubungan dengan pengeluaran

perakuan kelayakan menduduki dan mengemukakan surat penolakan daripada

pihak berkuasa berkenaan kepada Pengawal;

f. memastikan bahawa pemaju rumah tempat tinggal telah dijalankan mengikut

mana-mana kehendak yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang yang

mengawal sedia bangunan dan telah menjalankan segala ketekunan sebagaimana

yang dikehendaki bagi pengeluaran perakuan layak menduduki dan bagi


pengeluaran dan pemindahmilikan hak milik kepada rumah tempat tinggal kepada

pembeli; dan

g. memberitahu Pengawal mengenai kemajuan pengeluaran hak milik berasingan

atau strata bagi rumah tempat tinggal dan pemindahan hak milik tersebut kepada

pembeli.

Akta Persaingan 2010

Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Mei 2010 dan diwartakan pada Jun 2010.

Penggubalan Akta ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dengan

meningkatkan dan melindungi proses persaingan dalam pasaran. Akta ini di bawah bidang kuasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan akan berkuat kuasa

pada 1 Januari 2012. Akta ini boleh dipakai kepada semua aktiviti komersial di dalam dan di luar

negara yang mempunyai kesan kepada persaingan dalam pasaran Malaysia. Akta ini tidak

terpakai bagi apa-apa kegiatan komersial yang dikawal selia di bawah Akta Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Tenaga.

Menurut Rancangan Malaysia yang ke-10, persaingan yang sihat diperlukan untuk

mewujudkan suasana ekonomi yang lebih cekap dan dinamik. Akta Persaingan 2010 ini

menggalakkan persekitaran persaingan yang sihat dan memberikan pelabur asing lebih

keyakinan untuk melabur di Malaysia. Peniaga yang melabur ke dalam negara Malaysia tanpa

halangan ini akan membolehkan negara menikmati pertumbuhan ekonomi.

Pengguna juga mendapat barangan dengan harga yang lebih rendah dengan pilihan yang

banyak. Persekitaran kompetitif ini menggalakkan pembangunan produk yang baru dengan
kualiti yang tinggi. Tanpa persaingan yang sihat, peniaga tidak akan menitikberatkan kebajikan

pengguna. Secara keseluruhannya, Akta Persaingan 2010 akan membawa kebaikan kepada

keseluruhan ekonomi Malaysia.

Akta Bekalan Elektrik 1990

Akta ini telah dipinda pada tahun 2004 supaya memberi lebih perlindungan kepada pengguna.

Peruntukan yang terdapat dalam akta ini adalah untuk mengawal selia industri pembekalan

elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pemasangan

elektrik, pengawalan mana-mana pemasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan

perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan

bagi maksud yang berkaitan dengannya.158 Fungsi dan tugas:

1. Mengeluarkan lesen di bawah seksyen 9 Akta ini;

2. untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan perkhidmatan mengadakan

elektrik oleh pemegang lesen termasuk menentukan standard prestasi dan standard

kemudahan dan perkhidmatan dan penguatkuasaannya;

3. untuk menggalakkan persaingan dalam penjanakuasaan dan pembekalan elektrik untuk,

antara lainnya, memastikan pembekalan optimum elektrik pada harga yang munasabah;

4. untuk memajukan kepentingan pengguna elektrik yang dibekalkan oleh pemegang lesen

berkenaan dengan:

a. harga yang akan dikenakan dan syarat lain bagi

b. bekalan elektrik;

158
Undang-Undang Malaysia, Akta 447, Akta Bekalan Elektrik 1990
a. keberterusan bekalan elektrik; dan

b. kualiti perkhidmatan bekalan elektrik yang

c. disediakan;

5. untuk memastikan bahawa segala tuntutan yang munasabah untuk elektrik dipenuhi;

6. untuk memastikan bahawa pemegang lesen dapat membiayai perjalanan aktiviti yang

dibenarkan oleh lesen mereka untuk dijalankan;

7. untuk menggalakkan dan menggiatkan penjanakuasaan elektrik bagi tujuan kemajuan

ekonomi Malaysia;

8. mengawal selia lat tempoh dan cara bagaimana apa-apa pepasangan atau kelengkapan

elektrik hendak diperiksa;

9. untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk menetapkan kelayakan dan

pengalaman praktik yang minimum bagi apa-apa maksud menurut Akta ini;

10. untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan apa-apa

pemasangan elektrik;

11. untuk mengadakan peruntukan, jika perlu, mengenai pendaftaran apa-apa pemasangan,

mana-mana kontraktor, pengilang dan pengimport bahan elektrik, dan mana-mana orang

kompeten;

12. untuk menetapkan standard dan spesifikasi minimum dan mentaksirkan serta meluluskan,

jika perlu, apa-apa pemasangan atau kelengkapan elektrik; untuk menggalakkan

penggunaan elektrik dengan cekap;

13. untuk menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang ternyata kepada Suruhanjaya

adalah dikehendaki, berfaedah atau mudah bagi maksud menjalankan atau berkaitan
dengan pelaksanaan fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini.
Lampiran 1

Alamat Cawangan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

PERLIS
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Perlis,
Tingkat Bawah, Bangunan Persekutuan, Persiaran Jubli Emas, 01000 KANGAR,
PERLIS.
TEL: 04-979 5009
FAKS: 04-976 2490

KEDAH
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Kedah,
Aras G, Zon A, Wisma Persekutuan,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Muadzam Shah,
06550 ALOR STAR,
KEDAH.
TEL: 04-700 1730
FAKS: 04-700 1731

Cawangan kecil Kedah


PPDNKK Sungai Petani,
Tingkat 2, Wisma Ria, Taman Ria,
08000 Sungai Petani,
KEDAH.
TEL : 04-4205108
FAKS : 04-4217995

PPDNKK Kulim,
No.31,32&33, Taman Pelangi 2,
09000 Kulim Kedah.
TEL: 04-4963700
FAKS: 04-4915898

PULAU PINANG
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Tingkat 9, Bangunan Tuanku Syed Putra,
Leboh Downing,
10300 PULAU PINANG.
TEL: 04-250 5401 / 250 5402
FAKS: 04-262 5196
Cawangan kecil Pulau Pinang
PPDNKK Seberang Perai Tengah,
Unit 12A,Tingkat 3,Kompleks Sempilai,
Jalan Sempilai,13700 Seberang Prai,
PULAU PINANG.
TEL: 04-3801700
FAKS : 04-3995517

PERAK
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Perak,
Tingkat 1, Blok A,
Bangunan Persekutuan Greentown,
Jalan Dato' Seri Ahmad Said,
30450 IPOH,
PERAK.
TEL: 05-241 4621 / 241 4611
FAKS: 05-249 3409

Cawangan kecil Perak


PPDNKK Taiping
No. 5 & 7, Regat Simpang,
34700 Taiping,
PERAK.
TEL: 05-8475806
FAKS: 05-8063067

PPDNKK Teluk Intan


Lot 2007
Jalan Sultan Abdullah,
36000 Teluk Intan,
PERAK.
TEL: 05-6253100
FAKS: 05-622828

SELANGOR
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan,
Tingkat 17, Menara MRCB,
Jln Majlis Seksyen 14,
40622 Shah Alam,
SELANGOR.
TEL: 03-5511 8271 / 5511 4929
FAKS: 03-5511 6981

Cawangan kecil Selangor


PPDNKK Kuala Selangor,
Tingkat 1, Lot 1-01, Kompleks PKNS,
Jalan Perusahaan 1,
45000 Kuala Selangor,
SELANGOR.
TEL: 03-3289 6585
FAKS: 03-3289 6586

PPDNKK Kuala Kubu Bharu


Lot 10, Tingkat Bawah & 1
Jalan Mat Kilau 1,
44000 Kuala Kubu Bharu
SELANGOR.
TEL: 03-6064 2495
FAKS: 03-6064 2498

NEGERI SEMBILAN
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
No. D9, Tingkat 2, Bangunan Akhma,
Persiaran Utama, S2-1,
70300 Seremban,
NEGERI SEMBILAN.
TEL: 06-601 6852
FAKS: 06-601 6443

MELAKA
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Melaka,
Aras 6, Wisma Persekutuan,
Jalan MITC, Hang Tuah Jaya,
75450, MELAKA.
TEL: 06-234 5827 / 234 5865
FAKS: 06-234 5833
JOHOR
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Aras 17B, Menara Ansar,
Jalan Trus,
80000 Johor Bahru,
JOHOR.
TEL: 07-227 1755 / 227 1766
FAKS: 07-227 1799

Cawangan kecil Johor


PPDNKK Kluang
Tingkat 1, Bangunan Persekutuan,
KM 2, Jalan Batu Pahat,
86000 Kluang,
JOHOR.
TEL : 07-773 6877 / 07-771 3571
FAKS : 07-773 0352

PPDNKK Batu Pahat


Aras 6, Wisma Sin Long,
Jalan Zabedah,
83000 Batu Pahat,
JOHOR.
TEL : 07-435 5478
FAKS : 07-435 5497

PAHANG
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
Jalan Gambut,
25000 Kuantan,
PAHANG.
TEL: 09-516 5196
FAKS : 09-516 5195

Cawangan kecil Pahang


PPDNKK Temerloh,
No. 2, Jalan Pak Sako 3,
Bandar Seri Semantan,
28000 Temerloh
PAHANG.
TEL : 09-290 1601 / 09-290 1602
FAKS : 09-290 1611
TERENGGANU
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu,
Tingkat 3, Wisma Persekutuan,
20200 Kuala Terengganu,
TERENGGANU.
TEL: 09-620 4170
FAKS: 09-624 5196

Cawangan kecil Terengganu


PPDNKK Kemaman,
Aras 3, Bangunan Persekutuan Kemaman,
Jalan Melor,
24000 Kemaman,
TERENGGANU
TEL : 09-850 2457
FAKS : 09-859 8188

KELANTAN
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan,
Tingkat Bawah, Menara Perbadanan,
Jalan Tengku Petra Semerak,
15000 Kota Bharu,
KELANTAN.
TEL: 09-741 6068 / 741 6069
FAKS: 09-741 6101

Cawangan kecil Kelantan


PPDNKK Kuala Krai
PT 5378, Guchil 6 Luar
18020 Kuala Krai
KELANTAN
TEL : 09-960 2260
FAKS : 09-966 3624

SARAWAK
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak,
No 41-51, Jalan Tun Jugah,
93350 KUCHING,
SARAWAK.
TEL: 082-459 022 / 459 028
FAKS: 082-459 060

Cawangan kecil Sarawak


PPDNKK Limbang,
No. 1987, Tingkat Bawah & 1,
Jalan Buang Siol,
98700 Limbang,
SARAWAK
TEL : 085-217 414

PPDNKK Miri,
Tingkat 5 & 6, Plaza Yu Lan,
Jalan Raja,
98000 Miri,
SARAWAK
TEL : 085-412 862 / 085-442 700

PPDNKK Bintulu,
Lot 2141 Bintulu Town District,
Jalan Tun Rajang,
97000 Bintulu,
SARAWAK
TEL : 086-332 176

PPDNKK Sibu,
Tingkat 1 Wisma Persekutuan Blok 3,
Persiaran Brooke,
96000 Sibu,
Sarawak
TEL : 084-329 202

SABAH
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Tingkat 9, Blok D, Bangunan KWSP,
Beg Berkunci No. 126,
88994 KOTA KINABALU,
SABAH.
TEL: 088-257 690
FAKS: 088-269 244

Cawangan kecil Sabah


PPDNKK Tawau,
Tingkat 1, Wisma Persekutuan,
Jalan Dunlop, Bandar Sabindo,
91000 Tawau,
SABAH
TEL : 089-769 790
FAKS : 089-778 060

PPDNKK Sandakan,
Blok A, Lot 1 & 2, Liberty Parade,
Bandar Kim Fung, Batu 4, Jalan Utara,
W.D.T 11,
90500 Sandakan,
SABAH
TEL : 089-201 301
FAKS : 089-201 303

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
d/a Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Labuan,
15B, Tingkat 15, Blok 4,
Kompleks Ujana Kewangan,
87000 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
TEL: 087-414 019 / 423 197
FAKS: 087-452 079

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Tingkat 16, Putra Place,
100, Jalan Putra,
50622 KUALA LUMPUR.
TEL: 03-4042 4181 / 4042 4194
FAKS: 03-4042 4259

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA


Setiausaha,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2, No 13, Persiaran Perdana,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 PUTRAJAYA,
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
TEL: 03-8882 5822
FAKS: 03-8882 5831
Talian Bebas Tol: 1800-88-9811
Lampiran 2

Tempat Aduan Berkaitan Pelaksanaan Tebus Rugi

Sebarang aduan atau pertanyaan mengenai pelaksanaan tebus rugi boleh dibuat

melalui saluran berikut:

1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan


Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan
Aras 4, Blok Menara
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya
No. Tel: 03-8882 6556/5944/5864/5958
No. Faks: 03-8882 6860
Laman web: www.kpdnkk.gov.my

2. Pusat Pengurusan Aduan Pengguna


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Aras 4, Podium 1
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya
Talian Call Centre: 03-8888 6328/8688
Hotline: 1-800-886-800
Email: e-aduan@kpdnkk.gov.my
Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnkk.gov.my
3. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Aras 5, Podium 2
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya
Talian Bebas Tol: 1800-889-811
SMS: 15888
Faks: 03-8882 5831
Laman web: http://ttpm.kpdnkk.gov.my
e-Tribunal: http://ttpm.kpdnkk.gov.my/etribunal_en/user/user_login.php

Anda mungkin juga menyukai