Anda di halaman 1dari 26

SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

SEJARAH PENGURUSAN

Objektif Am: Pelajar dapat memahami dan mengaitkan teori-teori


yang dipelajari
dengan corak pengurusan masa kini.

Objektif Khusus:Di akhir unit ini, anda dapat:

• Menjelaskan konsep pendekatan klasikal.


• Menerangkan prinsip-prinsip dalam teori pengurusan saintifik.
• Mengenalpasti 14 prinsip pengurusan dalam teori pentadbiran
pengurusan Fayol.
• Menghuraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam teori
tingkahlaku.
• Menjelaskan sumbangan-sumbangan pemikir sains pengurusan,
pengurusan kontigensi dan sistem.
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

SEJARAH PENGURUSAN

1.0 Pengenalan

Amalan pengurusan yang diamalkan oleh pengurusan pada hari ini


adalah hasil sumbangan daripada pemikir-pemikir pengurusan pada
masa lalu. Idea, konsep dan kaedah yang diketengahkan oleh mereka
dapat membantu pengurus menguruskan organisasi mereka dengan
lebih cekap dan berkesan dan lebih berdaya saing. Bagaimanapun tidak
semua yang dianjurkan oleh pemikir-pemikir tersebut sesuai untuk
diamalkan oleh pengurus tetapi pengurus boleh memilih mana-mana
teori yang difikirkan dapat membantu dalam meningkatkan
keberkesanan organisasi. Juga tidak ada satu teori yang paling baik
untuk digunakan bagi setiap keadaan atau situasi. Setiap teori
mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka sendiri maka, bergantung
kepada pengurus bagaimana untuk mengabungkan teori-teori tersebut
bagi mendapat satu kaedah yang paling berkesan. Unit ini akan
membincangkan setiap perkembangan teori-teori pengurusan dengan
ringkas dan mudah di fahami oleh anda.

1.1 Pendekatan Klasikal

Pengurusan saintifik merupakan pendekatan yang menekankan kajian


saintifik bagi meningkatkan kecekapan pekerja dan meningkatkan
produktiviti organisasi. Kita akan membincankan beberapa penyumbang
utama kepada pendekatan ini seperti Frederick W. Taylor, Frank dan Lilian
Gilbreth dan Henry L. Gantt.

1.1.1 Frederick W. Taylor (1856-1915)

Teori ini dipelopori oleh Frederick W. Taylor (1856-1915) yang terkenal


dengan teknik pengurusan saintifik. Beliau juga digelar “ Bapa
Pengurusan Saintifik”. Teori ini mengkaji perhubungan di antara pekerja
dan tugas yang dibentuk untuk dilaksanakan oleh pekerja tersebut.
Beliau perupakan pengurus pengeluaran yang kemudiannya menjadi
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

perunding dan mengajar pengurus-pengurus lain bagaimana untuk


melaksanakan teknik pengurusan saintifik. Taylor percaya bahawa jika
masa dan usaha yang dilakukan oleh pekerja dalam pengeluaran
seunit barangan dapat dikurangkan dengan meningkatkan
pengkhususan dan pembahagian kerja maka proses pengeluaran
akan menjadi bertambah cekap. Beliau juga percaya pekerja yang
cekap akan membantu meningkatkan pengeluaran dan produktiviti.
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan dan pemerhatian yang
dilakukan, beliau telah mengenalpasti empat prinsip dalam
meningkatkan kecekapan di tempat kerja:

• Prinsip 1- Mengkaji cara bagaimana pekerja bekerja dan mencari


jalan cara yang terbaik dalam melaksanakan tugas tersebut.

Untuk mencari cara terbaik yang boleh digunakan dalam


melaksanakan tugas, Taylor mengkaji beberapa cara bagaimana
pekerja melaksanakan tugas. Salah satu kaedah yang digunakan
ialah kajian “time and motion study” di mana masa melaksanakan
kerja akan direkodkan dan cara melaksanakan kerja tersebut juga
akan diperhatikan. Dengan cara itu beliau dapat mencari cara yang
terbaik dengan masa yang paling singkat.

• Prinsip 2- Pengkhususan kerja

Setelah mendapat cara yang terbaik dalam melaksanakan tugas,


Taylor menekankan pula kepada pengkhususan kerja di mana kerja-
kerja dibahagikan dan setiap pekerja akan melaksanakan kerja yang
lebih sedikit dan lebih rutin. Kaedah ini banyak digunakan dalam
industri pembuatan dan pengeluaran.

• Prinsip 3 - Pengambilan pekerja yang mempunyai kemahiran dan


keupayaan dalam melaksanakan tugas.

Bagi meningkatkan pengkhususan kerja, Taylor percaya pekerja


mestilah memahami tugas yang akan mereka lakukan dan perlu
dilatih untuk melaksanakan tugas tersebut. Pekerja-pekerja yang tidak
berkemampuan akan ditukarkan kepada kerja-kerja yang mampu
dilaksanakan oleh mereka.

• Prinsip 4 - Sistem pembayaran gaji yang adil

Untuk menggalakkan pekerja bekerja pada prestasi yang paling


tinggi, Taylor mencadangkan supaya pekerja diberi insentif yang lebih
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

baik. Mereka sepatutnya diberi bonus dan sedikit imbuhan jika dapat
menunjukkan prestasi yang baik.

1.1.2 Frank Gilbreth dan Lilian Gilbreth (1868-1924)

Pengikut kepada idea pengurusan saintifik yang diperkenalkan oleh


Taylor merupakan pasangan suami isteri Frank dan Lilian. Mereka turut
memberi sumbangan terhadap pergerakan kerja dalam kajian “time
and motion study". Kajian pergerakan menekankan kepada aspek
pengurangan pergerakan kerja kepada pergerakan yang paling asas.
Tujuan mereka adalah untuk:

• menganalisa setiap pergerakan yang dilakukan oleh pekerja


dalam melaksanakan satu-satu tugasan dan masa yang di ambil.

• mencari cara yang terbaik untuk melaksanakan tugas tersebut dan


membuang mana-mana pergerakan yang tidak diperlukan supaya
tugas dapat dibuat dengan lebih cekap dengan masa dan
tenaga yang lebih kurang.

Di samping kajian kepada pergerakan kerja, pasangan Gilbreth juga


mengkaji mengenai keletihan di tempat kerja. Mereka mendapati ciri-ciri
fizikal di tempat kerja boleh menyumbang kepada tekanan kerja dan
seterusnya menyebabkan keletihan dan ini akan mempengaruhi prestasi.

Kajian yang dilakukan oleh pasangan ini telah memberi kesan yang besar
kepada bidang pengurusan terutama dalam industri pengilangan.
Sebagai contoh kilang pemasangan kereta dimana pekerja dibahagikan
kepada bahagian-bahagian tertentu seperti pemasangan tayar, tingkap,
peralatan, badan, kusyen dan sebagainya. Setiap pekerja akan
mengkhusus kepada kerja masing-masing dan mereka akan mahir dalam
bidang tersebut dan masa juga akan dijimatkan.
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

1.2 Pendekatan Pentadbiran dan Pengurusan

Di samping kajian mengenai pengurusan saintifik, terdapat juga pengkaji


yang mengkaji mengenai pengurusan pentadbiran, kajian bagaimana
untuk membentuk satu struktur organisasi yang boleh membawa kepada
kecekapan dan keberkesanan yang tinggi. Struktur organisasi merupakan
satu sistem perkaitan tugas dan autoriti yang mengawal bagaimana
pekerja menggunakan sumber-sumber untuk mencapai matlamat
organisasi. Dua orang pengkaji yang paling berpengaruh dalam
membentuk sistem ini ialah Max Weber dan Henry Fayol.

1.2.1 Max Weber

Max Weber (1864-1920) merupakan pengasas kepada teori birokrasi.


Birokrasi merujuk kepada satu sistem yang formal dalam organisasi dan
pentadbiran yang dibentuk untuk memastikan kecekapan dan
keberkesanan. Sistem pentadbiran birokrasi diasaskan kepada lima
prinsip:

• Prinsip 1 - autoriti pengurus didapati daripada kedudukan pengurus


dalam organisasi tersebut.

Autoriti merupakan kuasa yang menyebabkan seseorang


bertanggungjawab atas setiap tindakan dan dapat membuat
keputusan berkaitan dengan penggunaan sumber-sumber organisasi.
Autoriti memberikan hak kepada pengurus untuk memberi arahan
dan mengawal pekerja . Dalam sistem birokrasi, pematuhan kepada
arahan adalah bukan disebabkan oleh personaliti, kekayaan atau
status sosial pengurus tersebut tetapi disebabkan kedudukan pengurus
yang dikaitkan dengan autoriti dan tanggungjawab.

• Prinsip 2 – Individu memegang jawatan bukan disebabkan oleh


kedudukan sosial tetapi disebabkan oleh prestasi.

Pekerja hendaklah dipilih disebabkan oleh kemahiran dan kelayakan


yang mereka ada bukannya disebabkan oleh kenalan atau
hubungan peribadi.
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

• Prinsip 3 – Kedudukan, jawatan, autoriti, tugas dan tanggungjawab


dan perkaitan setiap perkara tersebut mestilah dijelaskan dengan
terperinci.

Apabila setiap tugas dan autoriti setiap jawatan diterangkan


dengan jelas maka pengurus dan pekerja dapat menjangkakan
apa yang diharapkan daripada mereka. Pekerja juga
bertanggungan atas setiap tindakan yang dilakukan jika mereka
tahu dengan jelas apa tanggungjawab mereka.

• Prinsip 4 – Perlu ada hirarki kedudukan supaya setiap pekerja


mengetahui siapa dan kepada siapa mereka patut melaporkan.

Pengurus patut membentuk satu hirarki kedudukan kuasa untuk


menjelaskan kepada pekerja, siapa akan melaporkan kepada
siapa dan kepada siapakah pekerja dan pengurus patut melapor
jika berlaku konflik. Prinsip ini penting terutama dalam bidang
ketenteraan, keselamatan dan kerahsiaan yang melibatkan isu-isu
sensitif dan langkah berjaga-jaga. Adalah penting bagi pengurus
pada peringkat yang tertinggi untuk memaklumkan kepada
pekerja mengenai tanggungjawab mereka untuk bertanggungan
atas tindakan yang dilakukan oleh mereka.

• Prinsip 5 - Pengurus perlu membentuk peraturan, norma dan


“standard operating procedures”(SOP) untuk mengawal
tingkahlaku pekerja.

Peraturan, norma dan SOP yang dibentuk oleh pengurus dapat


menjadi panduan kepada pekerja bagi meningkatkan prestasi
kerja kerana ia memberi panduan secara jelas kepada pekerja
cara terbaik dalam melaksanakan tugas.

1.2.2 Henri Fayol

Fayol merupakan individu yang pertama membincangkan pengurusan


sebagai satu proses dan juga mempunyai fungsi-fungsi yang khusus
yang perlu diikuti oleh setiap pengurus. Beliau digelar "Bapa Pemikiran
Pengurusan" disebabkan oleh idea-idea beliau dalam bidang
pengurusan dan idea-idea beliau masih lagi digunakan hingga saat ini.
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

Menurut Fayol setiap organisasi perlu diuruskan berdasarkan lima fungsi


pengurusan iaitu:

• Perancangan
• Pengorganisasian
• Pengarahan
• Penyelarasan
• Pengawalan

Fayol juga telah memperkenalkan 14 prinsip pengurusan umum untuk


dijadikan panduan kepada pengurus dalam menguruskan organisasi.
Pemilihan prinsip ini bergantung kepada pengalaman pengurus untuk
dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan organisasi.

• Autoriti.
• Disiplin.
• Satu arahan.
• Satu perintah.
• Pembahagian kerja.
• Imbuhan.
• Pemusatan.
• Rantaian skala.
• Tertib.
• Ekuiti.
• Kestabilan personel.
• Inisiatif.
• Mementingkan kepentingan organisasi.
• “espirit de corps” (kerjasama ).

1.3 Pendekatan Tingkahlaku dan Hubungan Manusia.

Fokus utama pendekatan ini ialah mengkaji bagaimana tingkahlaku


pengurus dapat mendorong dan memotivasi pekerja bagi membolehkan
mereka bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Pendekatan ini memberi tumpuan terhadap peningkatan
kejayaan organisasi melalui penumpuan ke atas sumber manusia dalam
organisasi.

Pendekatan hubungan manusia berorientasikan manusia dalam


pengurusan. Objektif utama pendekatan ini ialah untuk memperkukuhkan
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

kejayaan organisasi melalui pembentukan hubungan yang bersesuaian


dengan manusia. Pengikut pendekatan ini, berpendapat bagi
membentuk hubungan manusia yang baik, pengurus perlu mengetahui
mengapa pekerja menunjukkan satu tingkahlaku yang tertentu dan
apakah faktor psikologi dan sosial yang mempengaruhi mereka
bertingkahlaku.

1.3.1 Mary Parker Follet

Mary banyak membincangkan bagaimana pengurus seharusnya


melayan pekerja. Penekanan ini dibuat kerana Taylor mengabaikan
perkara ini dalam teorinya. Mary mencadangkan konsep "authority
should go with knowledge……whether it is up the line or down".
Bermaksud jika pekerja mempunyai pengetahuan yang lengkap
mengenai apa yang perlu dilakukan maka, pekerja boleh mengawal
kerja-kerja tersebut tanpa bantuan daripada pengurus. Pengurus
seharusnya bertindak hanya sebagai pembimbing sahaja bukan
sebagai penyelia. Konsep ini dikenali juga sebagai "empowerment".
Beliau juga mencadangkan supaya setiap pengurus jabatan
berhubung secara terus di antara mereka untuk mempercepatkan
proses membuat keputusan.

1.3.2 Hugo Munsterberg

Beliau telah menekankan penggunaan psikologi kepada industri dan


pengurusan. Beliau turut mengaitkan konsep pengurusan saintifik
dengan tingkahlaku manusia dan juga kepentingan bersama di
antara pengurus dan pekerja.

1.3.3 Elton Mayo

Konsep yang diperkenalkan oleh Mary tidak begitu mendapat


sambutan daripada penyelidik dan pengurus kerana pengurus lebih
berminat dengan idea Taylor dan Gilbreth. Untuk meningkatkan
kecekapan, mereka telah melaksanakan beberapa kajian dan salah
satu kajian yang paling penting ialah Kajian Hawthorne. Kajian ini
telah dilaksanakan di Hawthorne Works of the Westhern Electric
Company. Kajian ini dikendalikan oleh Elton Mayo, F.J Roethlisberger
dan rakan-rakan daripada Universiti Harvard. Kajian ini dibuat untuk
menyelidik bagaimana cahaya dan situasi kerja mempengaruhi
prestasi kerja. Kajian ini dilaksanakan dalam dua fasa:

• Fasa 1
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

Kajian ini bertujuan untuk meneliti antara keadaan fizikal dengan


daya pengeluaran. Penumpuan dibuat untuk menentukan
hubungan antara cahaya lampu dengan kecekapan dua kumpulan
kerja yang diukur melalui output yang dikeluarkan. Intensiti cahaya
lampu dibeza-bezakan manakala satu kumpulan lagi bekerja di
bawah cahaya lampu yang sama. Hasil kajian mendapati apabila
intensiti cahaya lampu meningkat, produktiviti kumpulan kerja juga
meningkat dan apabila intensiti cahaya lampu dikurangkan,
produktiviti juga turut meningkat. Keadaan ini mengambarkan
bahawa pekerja lebih bertindakbalas terhadap kewujudan cahaya
lampu berbanding dengan peningkatan atau penurunan cahaya
lampu. Fenomena ini dikenali sebagai kesan Hawthorne.
Keseluruhannya, hasil kajian membuktikan bahawa tidak terdapat
hubungan yang konsisten di antara produktiviti dengan keadaan
fizikal.

• Fasa 2
Kumpulan dari Harvard ini menjalankan kajian bertujuan untuk
meneliti dan menganalisis hubungan sosial dalam kumpulan kerja.
Kajian ini melibatkan enam orang wanita yang dipilih untuk bekerja
di bahagian pemasangan telefon di sebuah bilik. Kumpulan kerja ini
diperhatikan bagi suatu tempoh jangkamasa yang lama. Di samping
itu terdapat dua belas perubahan dalam persekitaran kerja yang
telah dilakukan. Antaranya termasuklah perubahan tempoh masa
rehat, cara pembayaran upah, ganjaran dan sebagainya.

Kajian ini dibuat berdasarkan kepada andaian sistem insentif ke atas


kumpulan. Sistem ini menyatakan bahawa lebih gigih kumpulan bekerja,
lebih output yang akan dihasilkan. Ini akan memberi upah dan ganjaran
yang lebih kepada pekerja. Penyelidik percaya bahawa hasil kajian
menunjukkan ahli kumpulan kerja akan memberi tekanan sesama mereka
untuk bekerja dengan gigih dan mendapat upah yang lebih. Dalam
kajian ini, didapati output yang diperolehi adalah sentiasa lebih tinggi
daripada sebelumnya dalam setiap kajian. Kesimpulan daripada kajian
tersebut memperlihatkan kepada kita bahawa perubahan dan
peningkatan dalam produktiviti tidak begitu dipengaruhi oleh perubahan
yang diwujudkan dalam persekitaran kerja tetapi dipengaruhi oleh
hubungan dan sikap individu dalam kumpulan tersebut. Ahli kumpulan
didapati lebih berminat untuk mengekalkan perpaduan kumpulan kerja
daripada memperolehi lebih banyak ganjaran kewangan. Ini
memperlihatkan bahawa keakraban dan persahabatan di kalangan ahli
kumpulan merupakan faktor yang signifikan terhadap peningkatan
dalam produktiviti.
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

Kajian Hawthorne menunjukkan kepada kita bahawa secara


keseluruhannya peningkatan dalam daya pengeluaran adalah
disebabkan oleh faktor sosial seperti semangat bekerja, perasaan
kepunyaan, gaya pengurusan pengurus dan saling berhubung antara
anggota kumpulan kerja melalui pengurusan yang berkesan. Sebagai
kesimpulan, kajian ini mendapati bahawa pekerja lebih dimotivasikan
oleh hubungan antara individu berbanding dengan faktor ekonomi.
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

AKTIVITI 1B

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul.

1.1 Henri Fayol dikenali sebagai “Bapa Pengurusan Saintifik”.


(B/S)
1.2 Mary P. Follet percaya pekerja mestilah diawasi untuk
memastikan mereka melaksanakan kerja yang diserahkan.
(B/S)
1.3 Hasil kajian Hawthorne mendapati pekerja dimotivasikan oleh
hubungan antara individu berbanding dengan factor persekitaran.
(B/S)
1.10 Kajian Hawthorne dilaksanakan di Hawthorne Electric Co.
(B/S)

1.11 Pekerja harus mendahulukan kepentingan mereka dalam


melaksanakan tugas.
(B/S)
1.12 Kerja-kerja yang mempunyai objektif yang sama hendaklah
dimasukkan di dalam satu arahan. Prinsip ini merujuk kepada satu
perintah.
(B/S)
1.13 Hugo Munsterberg terkenal dengan penumpuan terhadap
keperluan fisiologi kepada pekerja.
(B/S)

Soalan esei

1.14 Kenapakah hirarki kedudukan perlu diperjelaskan kepada pekerja


mengikut teori Birokrasi?

1.15 Senaraikan 6 prinsip pengurusan yang diperkenalkan oleh Henry


Fayol yang dapat dilaksanakan dalam firma perakaunan.
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

1.16 Bincangkan eksperimen yang dilaksanakan dalam kajian


Hawthorne.

MAKLUM BALAS AKTIVITI

AKTIVITI 1B

1.7 S
1.8 S
1.9 B
1.10 S
1.11 S
1.12 S
1.13 S

1.14 Kepentingan hirarki kedudukan

a) Laporan
b)Kerahsiaan maklumat
c)Keselamatan
d)Tanggungjawab setiap individu

1.15 Mana-mana 6 prinsip daripada 14 prinsip yang


diperkenalkan yang boleh dikaitkan dengan perakaunan. Rujuk
m/s 7.

1.16 Jawapan boleh dirujuk pada mukasurat 9&10.


SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

1.4 Pendekatan Sains Pengurusan

Pendekatan sains pengurusan merupakan pendekatan yang memberi


penekanan terhadap penggunaan kaedah saintifik dan teknik kuantitatif
bagi meningkatkan kejayaan organisasi. Teori ini memberi fokus kepada
penggunaan kaedah kuantitatif bagi membantu pengurus
menggunakan sumber-sumber organisasi dengan secara maksimum
dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Terdapat beberapa
cabang pengurusan sains :

• Pengurusan kuantitatif. Kaedah ini menggunakan teknik


matematik seperti program linear, simulasi untuk membantu
pengurus seperti mengira inventori ataupun cara terbaik untuk
membuat pelaburan.

• Pengurusan operasi. Ianya bermaksud membekalkan pengurus


dengan satu set teknik-teknik yang boleh digunakan dalam
menganalisa pengeluaran organisasi supaya lebih cekap dan
berkesan.

• “Total Quality Managemant” pula memfokuskan kepada


menganalisa input, output dan proses dalam meningkatkan
kualiti produk dan perkhidmatan.

• “Management information system” pula membantu pengurus


mereka sistem maklumat yang membekalkan maklumat-
maklumat penting mengenai kejadian-kejadian yang berlaku di
dalam dan di luar organisasi bagi membuat keputusan.

1.5 Pendekatan Organisasi-Persekitaran

Selain daripada mengenalpasti faktor dalaman yang mempengaruhi


pekerja, pengurus juga cuba mengenalpasti bagaimana persekitaran
luar daripada organisasi boleh mempengaruhi tingkahlaku pekerja.
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

Kepentingan kajian ini berkembang selepas terbentuknya teori kontigensi


dan sistem .

1.5.1 Pendekatan Kontigensi

Salah satu kejayaan besar terhadap perkembangan teori pengurusan


ialah dengan lahirnya teori kontigensi oleh Tom Burns dan G.M Stalker
di Britain dan Paul Lawrence dan Jay Loreh di Amerika Syarikat. Mesej
penting dalam teori kontigensi ialah tidak ada satu cara yang terbaik
dalam pengurusan (there is no best way). Pendekatan kontigensi
menyatakan tidak ada satu cara terbaik dalam melaksanakan satu-
satu kerja atau dalam membuat satu-satu keputusan kerana setiap
situasi yang dihadapi adalah berbeza. Sebagai contoh, seorang
pengurus akan menggunakan gaya kepimpinan yang berbeza bagi
kumpulan yang mempunyai pengalaman dan kumpulan yang tidak
mempunyai pengalaman. Maka, pengurus perlu mengenalpasti ciri-
ciri sesuatu situasi, sebelum memilih konsep, prinsip dan teknik
pengurusan yang akan dilaksanakan. Kelebihan teori ini ialah ia dapat
menyesuaikan dengan perubahan-perubahan persekitaran dan ianya
lebih fleksibel. Pengurus juga tidak perlu tercari-cari kaedah tertentu
dalam membuat keputusan.

1.5.2 Pendekatan Sistem

Teori sistem melihat organisasi sebagai satu sistem penuh yang


bekerjasama untuk mencapai objektif yang menyeluruh . Sistem ini
mempunyai sistem-sistem kecil yang ada pertalian di antara satu sama
lain. Setiap tindakan yang dilakukan oleh satu bahagian akan
memberi kesan kepada bahagian yang lain dalam organisasi. Semua
jabatan dalam organisasi mempunyai pertalian dan perkaitan dan
tidak hidup secara terpisah. Oleh itu untuk menyelesaikan masalah
atau membuat keputusan, pengurus mestilah mengambilkira
kepentingan setiap jabatan dalam organisasi.

• Sistem tertutup-Sistem ini tidak menukar maklumat , material dan


tenaga dengan persekitaran. Ia tidak dipengaruhi oleh
perubahan-perubahan faktor persekitaran luaran dan ia
bergerak sendiri.

• Sistem terbuka-sistem yang menukar maklumat, bahan-bahan


dan tenaga dengan persekitaran dan mengubahnya kepada
barangan dan perkhidmatan dan disalurkan balik kepada
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

persekitaran. Sistem ini mempunyai bentuk dan struktur yang


dapat diubahsuai atau ditukar untuk menyesuaikan dengan
perubahan yang berlaku di dalam persekitaran.

Rajah 1 di bawah menggambarkan evolusi perkembangan teori


pengurusan mengikut tahun.

PERSEKITARAN

SAINS PENGURUSAN

TINGKAHLAKU

PENGURUSAN/PENTADBIRAN

SAINTIFIK

1890 1900 1910 1920 1030 1940 1050 1960 1970 1980 1990 2000

Sumber: Contemporary Management, Jones, George, Hill, McGraw Hill,


USA, 1999.
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

Rajah 1
TAJUK : EVOLUSI PERKEMBANGAN TEORI PENGURUSAN
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

AKTIVITI 1C

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Isikan tempat kosong soalan-soalan di bawah:-

1.17 kaedah simulasi akan membantu pengurus melakukan tugas


dengan baik dalam perniagaannya merupakan
________________________.

1.18 Pendekatan yang memberikan penekanan terhadap penggunaan


kaedah ___________ dan __________________ merupakan teori
pendekatan sains pengurusan.

1.19 Pengurus yang cuba mengenalpasti bagaimana persekitaran luar


daripada organisasi mempengaruhi tingkahlaku pekerja dikenali dengan
pendekatan ________________.

1.20 __________________ adalah satu sistem yang tidak menukarkan


maklumat, material dan tenaga dengan persekitaran dan tidak
dipengaruhi oleh perubahan-perubahan faktor persekitaran luaran.

Soalan esei.
1.21 Apakah perbezaaan yang wujud di antara sistem tertutup dan sistem
terbuka.
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

MAKLUM BALAS AKTIVITI

AKTIVITI 1C

1.17 Pengurusan kuantitatif


1.18 Saintifik dan Teknik Kuantitatif
1.19 Organisasi Persekitaran.
1.20 Sistem Tertutup.

Soalan esei.

Sistem tertutup
Sistem terbuka
• Sistem tertutup-Sistem ini tidak menukar maklumat , material dan
tenaga dengan persekitaran. Ia tidak dipengaruhi oleh
perubahan-perubahan faktor persekitaran luaran dan ia
bergerak sendiri.

• Sistem terbuka-sistem yang menukar maklumat, bahan-bahan


dan tenaga dengan persekitaran dan mengubahnya kepada
barangan dan perkhidmatan dan disalurkan balik kepada
persekitaran. Sistem ini mempunyai bentuk dan struktur yang
dapat diubahsuai atau ditukar untuk menyesuaikan dengan
perubahan yang berlaku di dalam persekitaran.
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam


penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang
disediakan. Jika ada masalah sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Soalan Objektif

1. Peraturan, panduan dan prosedur dalam organisasi ialah satu prinsip


dalam teori_______________

A. disentralisasi
B. pembahagian kerja
C. birokrasi
D. satu arahan
E. pemusatan

2. Rekabentuk kerja dan pengenalan masa rehat untuk mengurangkan


keletihan ditekankan dalam teori

A. pengurusan saintifik
B. sistem
C. kontigensi
D. tingkahlaku
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

E. Hawthorne

3. Pengurusan kuantitatif amat berguna kepada pengurus dalam


melaksanakan fungsi

A. perancangan
B. kepimpinan
C. penyusunan
D. perundingan
E. motivasi

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

Pendekatan paling awal teori pengurusan yang diperkenalkan ialah


_____________1_________ dan ia dikaji oleh______2__________. Teori
Pengurusan Saintifik menekankan kepada kepentingan
__________3______. _______4________pula memperkenalkan 14 prinsip
pengurusan bagi membantu pengurus menguruskan organisasi.
Pendekatan yang fokus kepada kepentingan pekerja ialah
teori_________5______. Salah satu kajian awal dalam pendekatan
tingkahlaku ialah kajian_________6_______. Kajian ini mengenalpasti
kepentingan_____7__________.dalam organisasi. Pendekatan yang
memberi pendedahan mengenai penggunaan alat-alat saintifik
ialah_______8_______. Dengan adanya teori ini dapat membantu
pengurus dari aspek________9_________dan______10__________.
Pendekatan pengurusan yang memerlukan pengurus fleksibel dalam
gaya pengurusannya ialah_______11___________.

Soalan Esei

1. Bincangkan konsep "mencari cara terbaik dan masa yang singkat"


yang dikaji oleh Taylor dan pasangan Gilbreth.

2. Jelaskan konsep kontigensi dalam pengurusan bagi menghadapi


perubahan dalam era globalisasi berserta dengan contoh.

3. Jelaskan hasil kajian Hawthorne terhadap tingkah laku dan hubungan


pekerja dalam organisasi.
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

4. Bezakan di antara sistem terbuka dan sistem tertutup.


SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Soalan Objektif

1. C
2. A
3. A

Isi tempat kosong

1. Pendekatan saintifik
2. F.W. Taylor
3. Produktiviti
4. Henry Fayol
5. Hubungan manusia
6. Kajian Hawthorne
7. Pekerja
8. Pengurusan sains pengurusan
9. Membuat keputusan
10. Menyelesaikan masalah
11. Kontigensi

Soalan Esei

Soalan 1
Mencari cara terbaik-mengikut Gilbreth:
• Menganalisa setiap pergerakan pekerja dalam melaksanakan
tugas
• Membuang mana-mana pergerakan yang tidak diperlukan untuk
menjimatkan masa
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

Mengikut Taylor
 Prinsip penentuan pergerakan
 Cara pekerja bekerja
 Merekodkan masa bekerja
 Cara pergerakan yang terbaik

Soalan 2

Pendekatan ini menyatakan tidak ada satu cara yang terbaik dalam
menguruskan organisasi. Ini adalah kerana tidak ada satu situasi yang
tetap sepanjang masa maka pengurus perlu sentiasa menyesuaikan
corak pengurusan dengan perubahan yang berlaku dipersekitaran
seperti perubahan ekonomi , undang-undang dan sebagainya.

Soalan 3

Hasil kajian Hawthorne menunjukkan:

• Kepentingan semangat bekerja


• Perasaan kepunyaan dikalangan pekerja
• Gaya/corak pengurusan pengurus
• Perhubungan yang wujud di antara pekerja

Soalan 4
Perbezaan di antara sistem terbuka dan sistem tertutup

Sistem tertutup Sistem terbuka


1. Sistem yang tidak menukar 1. Sistem yang menukar maklumat,
maklumat, material dan tenaga bahan dan tenaga dengan
dengan persekitaran. persekitaran.

2. Ia tidak dipengaruhi oleh faktor 2. Sistem ini mempunyai bentuk dan


persekitaran dan ia berdiri sendiri struktur yang dapat diubahsuai
untuk menyesuaikan dengan
perubahan persekitaran
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

AKTIVITI 1A

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!


Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul

1.1 Sejarah pengurusan tidak mempunyai perkaitan dengan amalan


pengurusan pada masa kini.
(B/S)

1.2 Teori pengurusan pertama yang diperkenalkan ialah Teori


Pengurusan Saintifik.
(B/S)

1.3 Sumbangan besar pasangan Gilbreth ialah ialah kajian “time and
motion study”
(B/S)

1.4 Taylor mencadangkan supaya pekerja dibayar gaji yang amat


tinggi bagi meningkatkan motivasi.
(B/S)

1.5 Hasil kajian Taylor dan Gilbreth banyak diamalkan dalam


pengurusan industri pelancungan.
(B/S)

Soalan esei

1.6 Secara ringkas terangkan sumbangan tokoh-tokoh berikut


terhadap dunia pengurusan.
a) Pasangan Gilbreth
b) F. W. Taylor
SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1

MAKLUM BALAS AKTIVITI

AKTIVITI 1A

1.4 S
1.5 B
1.6 B
1.7 S
1.8 S

1.9
a) Pasangan Gilbreth–Pasangan ini memberi penekanan terhadap
cara melaksanakan kerja dengan teknik yang terbaik dan masa yang
paling menjimatkan. Huraikan prinsip ini dengan lebih lanjut. Rujuk
kepada 1.1.2 m/s 3-4.

b) F.W.Taylor- mengenalpasti 4 prinsip dalam meningkatkan


produktiviti:-

1. pembahagian kerja
2. pengkhususan kerja
3. pengambilan pekerja
4. sistem pembayaran upah

Anda mungkin juga menyukai