Anda di halaman 1dari 28

PEMBANGUNAN

KOMUNITI
Apa Itu Pembangunan Komuniti?
• Terdapat banyak definisi berkaitan pembangunan
komuniti dan setiap satunya berbeza mengikut sesuatu
komuniti itu dan kawasan yang didiaminya.
• Definisi yang dikemukakan di Cambridge, England (1948)
menyatakan pembangunan komuniti sebagai satu
gerakan yang bertujuan untuk mempromosi kehidupan
yang lebih baik kepada masyarakat melalui penglibatan
dan inisiatif mereka sendiri (Batten,1957).
• Definisi
• Ploch(1976)- penglibatan aktif daripada masyarakat
setempat menjalankan program untuk tingkat kualiti hidup
• Hope(1980)- satu proses bermula kenalpasti masalah
sehingga penyelesaian masalah
• Community development academy ,CDA(1997)-
penglibatan daripada semua pihak atau agensi untuk
mencapai matlamat sama iaitu memperbaiki kualiti hidup
• PBB (1956) menjelaskan pembangunan komuniti ialah
proses yang menggabungkan usaha manusia dalam
komuniti dengan usaha badan kerajaan dan bukan
kerajaan untuk memperbaiki taraf ekonomi, sosial, dan
kebudayaan komuniti supaya kemajuan itu nanti akan
membawa pembangunan negara keseluruhannya.
• Menurut Clarke (2002), pembangunan komuniti sebagai
mobilisasi dan integrasi yang maksimum dari segi sumber
sosial, ekonomi dan politik bagi mencapai perubahan
sosial yang terancang dan mampan.
• Maimunah (2009) mendefinisikan pembangunan komuniti
sebagai inisiatif yang dijalankan oleh masyarakat dengan
usaha sama pihak luar untuk memperkasakan individu
dan kumpulan dalam masyarakat melalui aktiviti yang
dilaksanakan untuk membawa perubahan kepada
masyarakat.
• Definisi yang dikemukan oleh PBB adalah lebih sesuai
untuk diaplikasikan di Malaysia kerana penglibatan
masyarakat setempat dalam program yang dilaksanakan
minimum (Abdullah 1979; Mohammad Shatar Sabran
2003; Asnarulkhadi 2006; Haris dan Abd Hadi 2012).
Matlamat Pembangunan Komuniti
• Secara umumnya, matlamat pembangunan komuniti
berbeza mengikut tempat dan masa (Haris dan Abd Hadi,
2012).
1. Meningkatkan kualiti kehidupan ahli komuniti.
2. Memotivasikan ahli komuniti untuk menjadi rakyat yang
aktif.
3. Mengintegrasikan ahli komuniti dalam kehidupan
negara untuk mencapai perpaduan nasional dan
pembangunan.
4. Mewujudkan kerjasama antara ahli komuniti melalui
perkongsian matlamat, tanggungjawab, peranan dan
kefahaman holistik pembangunan komuniti.
5. Membangunkan kapasiti ahli komuniti dalam mengurus
kehidupan.
6. Menbawa keadilan dalam komuniti
7. Menjangka masalah yang mendatang dalam komuniti.
8. Mewujukan transformasi sosial dalam komuniti.
Matlamat dan Tujuan Pembangunan
Komuniti
• Matlamat pembangunan komuniti adalah untuk membawa
kemajuan, pertumbuhan, peningkatan produktiviti atau
pengeluaran, mendidik komuniti bersikap terbuka,
berfikiran matang, kritikal, rasional, moden, progresif dan
juga responsif terhadap pembaharuan (Asnarulkhadi,
2005).
• Menurut Mohammad Shatar Sabran (2003), tujuan utama
pembangunan komuniti ialah untuk memperbaiki taraf
hidup ataupun kualiti kehidupan masyarakat di tempat
yang dibangunkan.
• Membantu untuk mempertingkatkan kualiti sosial dan
ekonomi masyarakat komuniti dengan menyediakan
rangka kerja yang jelas.
• Membantu masyarakat yang terlibat untuk berdikari dan
mempunyai jati diri yang tinggi.
• Tujuan pembangunan komuniti yang lebih komprehensif
telah dijelaskan oleh Christenson, Fendley dan Robinson
(1989). Menurut mereka, tujuan utama pembangunan
komuniti ialah untuk membantu masyarakat memperbaiki
keadaan sosial dan ekonomi mereka.
Proses Pembangunan Komuniti
• Proses pembangunan komuniti merupakan bahagian di
mana berlakunya implementasi terhadap projek atau
program yang telah dipilih untuk dilaksana oleh
masyarakat yang terlibat.
• Terdapat sekurang -kurangnya lima peringkat yang perlu
dilaksanakan dalam proses pembangunan (Akafor 1982)
Proses Pembangunan Komuniti
1. Mewujudkan kesedaran umum dalam kalangan
masyarakat yang terlibat.
2. Analisis yang sistematik tentang masalah yang wujud.
3. Melatih ketua projek.
4. Penglibatan masyarakat.
5. Mewujudkan keyakinan dan hubungan dengan
kumpulan luar

Akafor 1982
Proses pembangunan komuniti
• Menentukan keperluan
• Wujud matlamat

• Pilih objektif
• strategi

• Pelaksanaan tugas
• Penilaian dan dokumentasi

Fischer 1989
Kepentingan Pembangunan komuniti
• Pembangunan komuniti menyediakan rangka kerja yang
sistematik untuk pembangunan masyarakat terutamanya
dalam usaha membasmi kemiskinan.
• Pembangunan komuniti penting untuk kejayaan jangka
masa panjang dalam era globalisasi.
Jenis Pembangunan Komuniti
• ????????????????
Contoh Pembangunan komuniti
• di Thailand pembangunan komuniti digunakan sebagai
kaedah untuk memmantapkan institusi keluarga, aktiviti
pembangunan ekonomi, pengurusan sumber asli
danalam sekitar
• Meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat
• Di Bangladesh, Sri Langka dan India- pemberian kredit
mikro sebagai satu strategi membantu masyarakat miskin
tingkat pendapatan.
• Di Malaysia projek membantu masyarakat miskin melalui
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Model Pembangunan Komuniti
Pemimpin
masyarakat

Teras
Masyarakat pembangunan
tempatan komuniti
Proses
pembangunan
komuniti

Hasil
pembangunan
komuniti
Teras Pembangunan komuniti

Prinsip
Amalan
Terbaik
Prinsip Pembangunan Komuniti
Hak untuk penyertaan

Hak untuk didengar

Penglibatan untuk wujud komuniti

Penyertaan menyeluruh dari semua pihak

Perubahan memerlukan pemahaman

Sistem yang menyeluruh


Nilai dan Kepercayaan
Hak untuk
interaksi
Hak
menjaga Hak melibat
alam sekitar
diri

Membangun
Nilai
Keupayaan
individu dan Motivasi melalui
kumpulan interaksi
Penyertaan
secara
demokrasi
Andaian

Pembelajaran
melalui Arah tuju
penyertaan

Andaia Tingkahlaku
n rasional

Wujud
dan
Tingkahlaku
rasional rancang
alam
sekitar
Prinsip Amalan Terbaik
Keupayaa
n
pemimpin

Elak perkara
Penglibatan aktif
buruk

Fahami
kesan
daripada Kenalpasti
penyelesai masalah
an
alternatif
Pembangunan komuniti dalam Islam
• Dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah ke Madinah
tahun 622 Masihi, maka terbentuklah negara Islam yang
lengkap dengan perlembagaan yang memenuhi aspirasi umat
Islam dan bukan Islam.
• Nabi Muhammad mendirikan kerajaan Islam Madinah
berdasarkan pembentukan dasar pentadbiran Islam yang
berteraskan kepada 4 prinsip:
1. Menghapuskan semangat assabiyah dan menggantikan
dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.
2. Menjadikan Islam sebagai landasan undang-undang dan
peraturan dalam hidup bermasyarakat.
3. Menjadikan kaedah bermusyawarah sebagai kaedah yang
berkesan dalam pentadbiran.
4. Memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Shahifah Madinah.
• Nabi Muhammad telah mengambil langkah awal dengan
menyatukan umat Islam dan bukan Islam melalui konsep
‘pembentukan ummah’.
• Sebaik sahaja mengasaskan negara Islam Madinah,
baginda telah menggubal Perlembagaan Madinah
berdasarkan panduan wahyu (al-Quran dan Sunnah) bagi
memimpin negara dan masyarakat.
• Langkah awal yang dilakukan oleh baginda ialah dengan
menyatukan golongan yang bertelagah di Kota Madinah
(Aus dan Khazraj) dengan menerapkan keimanan agar
semangat assabiyah yang diamalkan sebelum ini
terhapus.
• Salah satu dasar yang diperkenalkan Rasulullah dalam
pentadbiran dengan memperkenalkan konsep
musyawarah dalam melaksanakan keputusan agar dapat
memuaskan hati semua pihak sama ada umat Islam atau
bukan Islam.
• Nabi Muhammad telah mendirikan masjid sebagai tempat
pertemuan masyarakat bagi membincangkan hal-hal semasa,
urusan politik, ekonomi serta membincangkan masalah yang
dihadapi oleh orang Islam khasnya.
• Satu lagi langkah yang telah diperkenalkan Rasulullah dalam
memantapkan negara ialah penubuhan tentera yang dibentuk
melalui penyertaan tentera sukarela dalam kalangan warga
Madinah.
• Sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Madinah,
golongan Yahudi wajib mentaati perlembagaan serta dilarang
sama sekali bekerjasama dengan musuh kerajaan Islam dan
wajib mempertahankan negara Islam Madinah bersam-sama
umat Islam. Namun begitu, golongan Yahudi bertindak mencabuli
perlembagaan Madinah sehingga memaksa Rasulullah bertindak
memerangi serta menghalau mereka dari bumi madinah.
• Kesan daripada pengusiran golongan ini maka konsep ummah
menjadi lebih mantap kerana ummah Madinah kini merujuk
kepada umat Islam semata-mata dan secara tidak langsung
keadaan negara menjadi aman dan stabil.
• Rasulullah turut memperkenalkan sistem ekonomi Islam yang
lebih adil serta menghapuskan dasar penindasan khususnya
amalan riba dalam perniagaan.
• Rasulullah juga turut mengawasi golongan munafik dan telah
menasihati umat Islam supaya berwaspada terhadap golongan
ini dan tidak bertindak melulu seperti membunuh kerana
bimbang akan timbul isu orang Islam membunuh sesama Islam
yang boleh mengugat ketenteraman awam serta imej umat
Islam pada kaca mata orang bukan islam khususnya yahudi
dan musyrikin Makkah.
• Sebagai pemimpin negara, baginda telah menentukan
beberapa bidang berlandaskan Islam bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat. Apa yang dilakukan ialah segala
peraturan yang digubal berlandaskan al-Quran dan al-Hadis.
• Kesemua dasar yang digariskan oleh Rasulullah telah menjadi
asas kepada pembangunan komuniti Islam dan pembentukan
kerajaan Islam yang mantap di Madinah.
Rujukan
• Haris Abd Wahab dan Abd Hadi Zakaria (2012), Penilaian
Keperluan Dalam Pembangunan Komuniti. Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
• Mohammad Shatar Sabran (2003), Model Pembangunan
Komuniti, Universiti Putra Malaysia: Pertanika J. Soc. Sci.
& Hum. 11(2): 135-145 (2003).
• Sarjit S. Gill, Lee Yok Fee (2008), Masyarakat &
Kepelbagaian Sosial di Malaysia, Selangor: Universiti
Putra Malaysia.
• Dr. Mustafa Al-Siba’ei (1985), Al-Sirah Al-Nabawiyyah
Durus Wa’ibar. Selangor: Dewan Pustaka Fajar.
Sekian, Terima Kasih.
(^_^)

Anda mungkin juga menyukai