Anda di halaman 1dari 25

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

ISI KANDUNGAN
1.0 2.0 3.0
4.0

DEFINISI INOVASI JENIS-JENIS INOVASI SUMBER-SUMBER INOVASI


LATAR BELAKANG DIGI SDN.BHD

2
3

4-5
6-8

5.0 6.0 7.0 8.0 9.0

VISI DAN MISI DIGI SDN BHD GAMBARAN KESELURUHAN SYARIKAT DIGI INOVASI YANG TELAH DI LAKSANAKAN KESIMPULAN RUJUKAN

9 10 11-23 24 25

1.0

DEFINISI INOVASI

Inovasi adalah cara atau pendekatan baru dalam melakukan sesuatu. Tidak hanya inovasi terhadap bidang penciptaan sahaja malah meliputi semua aspek seperti pengurusan, pentadbiran, teknologi maklumat dan komunikasi, perindustrian serta lain-lain lagi. Inovasi adalah merupakan
1 |T.RAMAN/193080

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

pensyarat untuk menjadikan sesebuah negara terutamanya Malaysia yang baru sahaja menyambut hari kemerdekaannya kali yang ke-53 dengan bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi . Ia menjadikan Malaysia adalah sebuah negara maju. Keupayaan inovasi dan pembaharuan yang dicipta bakal membawa negara sebaris dengan negara maju terdahulu seperti Amerika dan Britain. Menurut Kinicki dan William (2003), Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea yang kreatif bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir(deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supplydemand equation). Perlaksanaan Inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif untuk peneraju
(pioneer) dah meraih peluang yang maksimum.

2.0

JENIS-JENIS INOVASI

a.Penciptaan Penciptaan ialah rekacipta produk atau proses baru yang asli dan belum pernah dicuba oleh orang lain.Contohnya penciptaan kapal terbang (Adik beradikWright), Lampu mentol (Thomas Edison) dan Telefon (Alexander Graham Bell).
2 |T.RAMAN/193080

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

b. Pengembangan Pegembangan ialah penggunaan aplikasi yang berbeza ke atas produk atau proses yang sedia wujud. Contohnya KFC (daripada ayam goreng kepada pelbagai produk) , Telekom Malaysia (telefon analog ke digital ke 3-G), Nokia (daripada 1st generation handphone hingga kini pelbagai ciri inovatif)

c. Duplikasi Duplikasi ialah replikasi ke atas produk atau proses sedia ada. Ia bukanlah peniruan 100%, tetapi penambahbaikan ke atas sesuatu produk dengan sentuhan kreatif usahawan untuk bersaing dalam pasaran. Contohnya dulu Toyota meniru kereta US; Pepsi, barangan elektrik ditiru daripada jenama-jenama terkenal. d. Sintesis Sintesis ialah gabungan konsep dan faktor sedia ada ke dalam formulasi baru. Ia juga boleh diaplikasikan ke atas penciptaan sedia ada. Contoh: Tuku refleksi (haba & urutan), kertas bersabun (kertas & sabun), internet (komputer & sistem telekomunikasi).

3.0

SUMBER-SUMBER INOVASI

a. Situasi di luar Jangkaan Inovasi boleh berlaku tanpa dirancang dan dijangka. Inovasi sebegini akan memberi kejutan kepada penciptanya. Contohnya, penciptaan komputer pada asalnya hanyalah untuk kegunaan ketenteraan, tetapi inovasi di luar jangkaan menjadikan komputer bukan sahaja sebagai alat

3 |T.RAMAN/193080

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

untuk memberi maklumat tetapi juga alat untuk berhibur, alat komunikasi, alat pengajaran dan pembelajaran. b.Ketaksamaan (mencabar kebiasaan) Ketaksamaan berlaku apabila adanya jurang pemisah di antara jangkaan dan realiti. Misalnya, perkhidmatan penghantaran bungkusan biasanya dilakukan pada waktu siang hari sahaja dan bukan 24 jam sehari. Namun demikian, FedEx telah mencabar kebiasaan ini dengan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran bungkusan malam. c. Keperluan Proses Keperluan proses berlaku bila usahawan cuba untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Usahawan akan berinovasi selaras dengan kehendak pasaran. Contohnya, peningkatan di dalam permintaan makanan organik dan penggunaan komputer akan turut mengembangkan inovasi dalam industri makanan kesihatan dan penggunaan komputer, mesin-mesin pengeluaran yang lebih inovatif.

d. Perubahan Pasaran dan Industri Perubahan pasaran dan industri berlaku bila sikap pengguna berubah, teknologi bergerak pantas, pertumbuhan industri dan sebagainya. Contohnya industri minuman ringan berorientasikan kesihatan.Lahirlah Light Coke, susu rendah lemak, minuman ringan rendah kalori, minuman berasaskan herba dan sebagainya. e. Perubahan Demografi
4 |T.RAMAN/193080

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Perubahan demografi berlaku apabila terjadinya perubahan trend populasi, umur, pendidikan, pekerjaan, lokasi geografi dan sebagainya. Perubahan demografi dapat memberi peluang-peluang perniagaan kepada usahawan. Misalnya, peningkatan bilangan wanita yang bekerja memberi peluang-peluang perniagaan kepada usahawan yang mengusahakan pusat penjagaan kanak-kanak dan makanan segera. f. Perubahan Persepsi Lahir daripada intepretasi masyarakat terhadap sesuatu fakta dan konsep. Contohnya, persepsi masyarakat terhadap berat badan berlebihan akan mengakibatkan penyakit, dan meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap pentingnya alat bantuan senaman di rumah, makanan rendah lemak fat burner dan sebagainya. g. Konsep Berasaskan Pengetahuan Inovasi bersumberkan kegiatan R&D. Ia adalah berasaskan pengetahuan di mana produk yang dihasilkan adalah daripada kajian, pemikiran baru, kaedah baru serta pengetahuan yang baru. Penciptaan biasanya memerlukan jangkamasa yang lama untuk dipasarkan kerana ia memerlukan pengubahsuaian, pengujian dan sebagainya. 4.0 LATAR BELAKANG DIGI SDN.BHD DiGi Telecommunications merupakan penyedia perkhidmatan telefon bimbit di Malaysia. Kod telefon yang digunakan ialah seperti "016, 014-32, 014-35, 014-30, 014-31 dan 014-6". Ia dimiliki sejara majoriti oleh Telenor ASA dari Norway sebanyak 61%. Pada 24 Mei 1995 DiGi menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk melancar dan

5 |T.RAMAN/193080

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

mengendalikan rangkaian selular yang digital sepenuhnya.Pada bulan Jun 2006, DiGi juga melancarkan rancangan Ejen 016 di TV3 di saluran 3 Astro. Industri telekomunikasi terus berkembang pesat pada kadar yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Ia mewujudkan persaingan yang lebih hebat dan sengit dalam sektor komunikasi mudah alih. Walaupun menghadapi cabaran-cabaran hebat, DiGi telah berjaya melangkah maju sebagai peserta utama kerana ia berupaya menyesuaikan diri dengan pantas, memanfaatkan kuasa inovasi dan mengekalkan kedudukannya sebagai perniagaan prestasi tinggi. DiGi tetap berpegang kepada komitmennya untuk membawa faedah-faedah produk dan perkhidmatan multimedia mudah alih terkini kepada seberapa ramai rakyat Malaysia yang mungkin. Pada setiap tahun perhatian syarikat Digi tertumpu kepada usaha memberikan pelanggan dengan produk dan perkhidmatan yang mudah digunakan yang dikehendaki dan diharapkan oleh pengguna daripada pembekal perkhidmatan mudah alih. Syarikat Digi telah mencapai kemajuan besar ke arah mencapai objektif tersebut dengan pelancaran pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif yang memberikan nilai untuk wang bagi pelanggan prabayar dan pasca bayar. Kesungguhan Syarikat Digi dapat dilihat daripada kedudukan DiGi di tempat kedua sebagai syarikat yang memenuhi keperluan pelanggan dalam kaji selidik tahunan Review 200: Asias Leading Companies oleh majalah Far Eastern Economic Review. Kekuatan Digi dalam kemampuanya untuk menghasilkan inovasi dengan pantas dan secara berterusan dengan aplikasi yang praktikal dan relevan yang memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan yang semakin berubah adalah tinggi. Di samping itu, langkah-langkah bersepadu telah diambil untuk memperluas dan mempertingkatkan jenama DiGi agar personaliti Syarikat Digi yang ramah, mesra dan mudah didekati mendapat pengiktirafan yang lebih meluas.
6 |T.RAMAN/193080

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Hasil daripada semua kegiatan ini, Digi telah mencatatkan prestasi operasi keseluruhan yang lebih mantap walaupun dalam suasana perniagaan yang semakin kompetitif. Selain itu, Digi sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran ini dengan bertindak balas pantas secara konsisten untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dan mengambil langkah yang bijak untuk menandingi pesaing - pesaingnya.Digi memastikan pelanggan menjadi keutamaan dan setiap unit operasi memberi tumpuan membekalkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan secara langsung. Usaha untuk mencapai inovasi produk terus menjadi faktor utama yang membolehkan Syarikat Digi meningkatkan bahagian pasaran dan membina asas pelanggan yang kukuh dan mampan. Sebagai tindak balas kepada suasana perniagaan yang sangat dinamik, syarikat telah berusaha memperbaharuioperasinya, lantas membolehkan DiGi mendahului pasaran dengan melancarkan perkhidmatan yang relevan, menjimatkan kos dan tepat pada masanya untuk merangka strategi pertumbuhan yang jelas. Strategi yang jelas itu juga perlu disampaikan kepada kakitangan, rakan perniagaan dan pelanggan Digi. Sebagai hasilnya, DiGi kini lebih ramah,mesra dan mudah didekati di setiap titik pertemuan. Digi menyedari betapa perlunya membina jenama DiGi yang membekalkan produk berkualiti yang bukan sahaja inovatif tetapi pada harga berpatutan dan praktikal, di samping menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan bermutu paling tinggi. Produk dan perkhidmatan DiGi menawarkan nilai yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan untuk meningkatkan gaya hidup mereka dan menambahkan kecekapan perniagaan.

7 |T.RAMAN/193080

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

5.0
Visi

VISI DAN MISI DIGI SDN BHD

-Meninggikan komunikasi untuk membaiki kualiti kehidupan pelanggan di rumah, tempat kerja dan untuk mengisi masa lapang.

Misi Memperlengkapkan khususnya proses pelanggan untuk menemui kehendak individu dalam komunikasi, perhubungan, penggunaan komunikasi dan keselamatan. Memperlengkapkan persekitaran dimana semua pekerja boleh hidup dan dipenuhi.
8 |T.RAMAN/193080

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Memperlengkapkan superior returns untuk pemegang saham. Beri sumbangan untuk mempertingkatkan kehidupan di Malaysia.

6.0

Gambaran keseluruhan Syarikat DIGI


Walaupun anak syarikat milik penuh DiGi yang utama, iaitu DiGi Telecommunications

Sdn Bhd, mempunyai beberapa lesen untuk membekalkan perkhidmatan telekomunikasi lengkap, tumpuan utamanya adalah untuk membekalkan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi bagi memenuhi keperluan pasaran komunikasi mudah-alih yang sedang pantas berkembang di Malaysia. Sehingga kini, DiGi telah mencapai pertumbuhan mendadak dalam bilangan pelanggan perkhidmatan mudah-alih, dan kini merupakan antara pembekal perkhidmatan komunikasi mudah-alih yang utama di Malaysia. Strategi keseluruhan DiGi adalah untuk mencipta nilai bagi pemegang saham dengan mengambil kesempatan daripada tinjauan cerah bagi produk dan perkhidmatan mudahalih nilai tambah. Khidmat data dan kandungan mudah-alih dijangka membentuk asas bagi komunikasi multimedia, maklumat dan hiburan dan DiGi sedang menempatkan dirinya untuk mengambil
9 |T.RAMAN/193080

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

kesempatan penuh daripada peluang-peluang menarik untuk membekalkan perkhidmatan yang lebih bernilai kepada pelanggan dan meningkatkan hasil daripada perkhidmatan komunikasi mudah-alih lanjutan. Usaha DiGi untuk mengekalkan pertumbuhan dan keuntungan tertumpu kepada komitmennya untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan tertinggi menerusi peningkatan kualiti, liputan dan kecekapan perkhidmatan.

7.0

INOVASI YANG TELAH DI LAKSANAKAN


Syarikat Digi memberi penekanan kepada usaha untuk melancarkan perkhidmata yang

inovatif dan mudah digunakan, serta memperbaiki dan menyenangkan kehidupan pelanggan kami. Penekanan ini, serta pelabagai promosi dan program yang diadakan ,telah membantu meningkatkan bilangan pelanggan Digi. Digi bukan sahaja melancarkan bebrapa produk dan perkhidmatan baru,tetapi juga berusaha untuk mempermudah dan memperbaiki ciri-ciri semua produk dan perkhidmatan yang sedia ada, di samping memperbaiki perkhidmatan pelanggan di titik-titik perhubungan untuk menjamin perkhidmatan yang cekap dan konsisten kepada pelbagai pelanggan.

10 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

1. Perkhidmatan Internet mudah-alih baru DiGi dan djuice-Mania Perkhidmatan Internet mudah-alih baru DiGi, djuice yang diperkenalkan pada tahun 2001, membolehkan pengguna menyesuaikan telefon mudah-alih masing-masing untuk mengakses kandungan WAP pilihan mereka. Gerbang yang menarik dan serba guna ini jelas mencerminkan komitmen DiGi untuk mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang bermakna dan memudahkan pelanggan. Perkhidmatan djuice DiGi telah menggegar pasaran Internet mudah-alih dengan konsep laman terbuka yang membolehkan pengguna dari semua landasan mudahalih untuk mengakses perkhidmatan tersebut, walaupun jika mereka pelanggan dari rangkaian lain. Ini merupakan satu lagi langkah rintis yang dilaksanakan oleh Kumpulan. Lebih penting lagi, gerbang Internet mudah-alih djuice juga berkhidmat sebagai landasan sesuai untuk melancarkan pelbagai perkhidmatan mudah-alih nilai tambah lain yang berkaitan, termasuk inisiatif m-dagang . Penjenamaan unggul djuice, serta penyerlahan ciri-ciri penyesuaian peribadinya, merupakan pelaris jualan unik bagi perkhidmatan tersebut di mana para pengguna diberi kebebasan untuk meneroka kandungan pilihan mereka. Perkhidmatan ini merupakan satu lagi mercu tanda bagi Kumpulan kerana ia boleh diakses menerusi landasan WAP, STK dan juga
11 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

SMS. DiGi merupakan pengendali perkhidmatan pertama di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada mereka yang tidak memiliki telefon WAP.Kad Panggilan Antarabangsa DiGi (ICC) atau kad chatz, yang merupakan satu produk mesra pengguna dan menjimatkan kos, diterima dengan baik di pasaran dan mendapat sambutan hebat daripada segmen pelanggan yang disasarkan. Melalui Kad Panggilan Antarabangsa DiGi (ICC) atau kad chatz ibubapa dengan anak-anak yang belajar di luar negara, pekerja asing, dan juga pelanggan korporat, khususnya dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendapati kad tersebut mudah digunakan dan menjimatkan kos.Bukan itu sahaja, landasan djuice telah memainkan peranan utama dalam memacu perkhidmatan Tempahan Wayang Mudah-alih DiGi.Perkhidmatan tersebut merupakan inisiatif m-dagang pertama,kumpulan yang pertama yang membolehkan pelanggan membuat tempahan tiket di panggung terpilih Golden Screen Cinemas. Beberapa kaedah promosi yang sangat berkesan telah digunakan untuk mempertingkatkan kesedaran tentang djuice di pasaran dan untuk menarik lebih ramai pengguna mencuba perkhidmatan ini. Antaranya termasuk kempen media cetak, teaser dan iklan televisyen dan radio, dan pelancaran pameran bergerak djuice-Mania.

12 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

2. Pelancaran Perkhidmatan Akses Internet, iDiGi Pelancaran Perkhidmatan Akses Internet, iDiGi, yang dilancarkan pada tahun 2001 kini dinikmati oleh para pelanggan di kawasan terpilih di Lembah Klang. iDiGi yang telah dilancarkan membekalkan perkhidmatan Internet Kumpulan, yang menawarkan perkhidmatan akses nilai tambah tinggi dan juga akaun e-mel percuma kepada individu dan perniagaan di Lembah Klang. Digi telah mengekalkan tumpuan terhadap pelanggannya dan menyediakan antara-muka web yang mesra pengguna, yang memberikan para pelanggan akses serta-merta kepada perkhidmatan. Tambahan lagi, kadar penggunaannya adalah menarik, di mana perkhidmatan tersebut disediakan secara percuma dan pelanggan hanya membayar caj telefon biasa.

3. Pakatan DiGi dengan Yahoo! Asia Selain daripada itu, Sebagai sebuah pembekal perkhidmatan yang serius dan bersepadu, DiGi mempunyai reputasi sebagai syarikat yang pantas mengenalpasti dan membangunkan pakatan yang bernilai strategik dan membawa manfaat bersama dengan pembekal kandungan
13 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

bertaraf antarabangsa. Antara contoh kerjasama strategik yang dimaksudkan ini adalah pakatan DiGi dengan Yahoo! Asia yang membekalkan kandungan yang disesuaikan khas bagi perkhidmatan Internet mudah-alih berpacukan data. Satu lagi bidang tumpuan DiGi ialah pakatan dengan jenama hiburan atau gaya hidup, seperti MTV Asia. Pakatan seperti ini membolehkan Kumpulan menyampaikan perkhidmatan hiburan nilai tambah kepada para pelanggannya, selain daripada membekalkan mereka trend gaya hidup yang terkini. 4. Perkhidmatan multimedia mudah alih yang canggih Pada tahun 2003, Syarikat Digi menekankan lagi keputusan strategik untuk memainkan memainkan peranan dalam rantaian nilai 3G.Dengan memperkenalkan produk dan perkhidmatan multimedia mudah alih yang canggih dan berpatutan menerusi rangkaian 2.5G yang sedia ada untuk memenuhi permintaan awal, serta langkah menaik taraf rangkaian Digi yang telah selesai dijalankan untuk membolehkan teknologi tanpa wayar generasi akan datang digunakan menerusi Kadar Data Dipertingkatkan untuk Evolusi GSM (EDGE), pelanggan DiGi akan dapat menikmati panggilan suara lebih berkualiti dan perkhidmatan multimedia lanjut pada kelajuan lebih pantas. Dengan ini, Digi berada selangkah di hadapan mana-mana pembekal perkhidmatan komunikasi di Malaysia. Pada masa yang sama, usaha bersepadu sedang dilaksanakan untuk memantapkan kualiti dan kapasiti rangkaian dan memperluas liputan geografi perkhidmatan telekomunikasi.Untuk tujuan itu, DiGi telah berusaha membina pakatan dan perkongsian strategik di setiap peringkat dengan pengendali rangkaian, pengeluar telefon mudah alih, pembekal perisian perantara dan pencipta aplikasi untuk memperkukuh produk dan perkhidmatan canggihnya. Satu contoh yang baik ialah perkhidmatan data mudah alih, yang kini membolehkan penghantaran mesej yang
14 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

mengandungi gambar pegun, klip video dan kandungan audio dari satu telefon mudah alih ke telefon mudah alih lain. Ia terbukti apabila pada Ogos 2003,Digi dilaporkan menjadi pembekal perkhidmatan pertama dalam industry untuk melancarkan MMS untuk segmen prabayar dan pasca bayar dan Syarikat akan terus berusaha menaik taraf teknologi yang menyokong perkhidmatan ini. 5. EDGE (Kadar Data Dipertingkatkan Bagi Evolosi GSM) Seterusnya, untuk mengekalkan kedudukan Syarikat Digi sebagai pemimpin industri, syarikat terus memberi penekanan kepada usaha untuk memantapkan dan menaik taraf rangkaian mudah alih. Untuk tujuan ini, Digi telah membuat pelaburan strategik yang membolehkan syarikat menaik taraf rangkaian mudah alih dengan memperkenalkan teknologi EDGE. Malah, DiGi adalah pembekal perkhidmatan pertama di Malaysia untuk mengumumkan komitmennya kepada teknologi EDGE, satu perkembangan evolusi dalam perkhidmatan data berasaskan paket yang menyediakan aplikasi data yang lebih pantas dan berkuasa kepada pengguna. Menerusi EDGE, DiGi akan membolehkan pelanggan berpindah dengan lancar daripada perkhidmatan rangkaian 2.5G yang sedia ada kepada 3G, dengan memindahkan data tiga kali lebih pantas. Pelanggan kami akan dapat menggunakan aplikasi data mudah alih yang lebih pantas dan berkuasa seperti MMS menerusi perkhidmatan prabayar dan pasca bayar. Dengan itu Digi telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang memberikan komitmen kepada teknologi EDGE (Kadar Data Dipertingkatkan Bagi Evolosi GSM), iaitu evolusi daripada Perkhidmatan Paket Radio Am (GPRS). EDGE ialah teknologi yang membolehkan maklumat dihantar dan diterima pada kelajuan optimum menggunakan rangkaian telefon mudah alih. Dari

15 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

segi teknikal, EDGE ialah skim modulasi baru yang membolehkanpenghantaran bit pada kadar yang jauh lebih tinggi merentasi antara muka di udara. Dengan teknologi ini, DiGi akan dapat menawarkan kadar data yang lebih tinggi dan pantas, dan akhirnya akan mempermudahkan peralihan ke dalam perkhidmatan generasi akan datang. Langkah memperkenalkan produk dan perkhidmatan baru ternyata sangat penting sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam bidang kandungan mudah alih dan perkhidmatan data. Pertumbuhan mampan bergantunng kepada keupayaan syarikat untuk membekalkan produk dan perkhidmatan yang baru dan inovatif dalam segmen prabayar dan pasca bayar.

6. Terminal e-pay Selaras dengan tumpuannya untuk menggembirakan pelanggan, DiGi sentiasa mencari peluang untuk membekalkan produk dan perkhidmatan yang memberikan kemudahan dan kesenangan kepada para pelanggan, khususnya dengan meneroka saluran pengedaran bukan tradisional. Selain daripada terminal e-pay yang sedia dibuka di kedai-kedai persinggahan ramai seperti stesen petrol, kedai runcit dan pusat beli-belah, Digi telah menjalin pakatan strategik yang pertama dengan sebuah institusi kewangan tempatan pada tahun yang dilaporkan. DiGi telah bekerjasama dengan Kumpulan Maybank pada bulan Mac 2001 untuk memberi kemudahan kepada para pelanggan DiGi Prepaid Plus untuk membeli kupon isi semula menerusi rangkaian Mesin Wang Automatik (ATM) Maybank. Ia merupakan permulaan bagi pakatan-pakatan lain sepertinya.Satu pakatan ekslusif juga telah dirancang dengan rangkaian kedai 7-Eleven yang

16 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

membolehkan para pelanggan di seluruh negara untuk mendapatkan kad DiGi Prepaid Plus serta kad chatz di kedai-kedai 24 jam. 7. Pelan DG Family dan DiGi Prepaid Hit RM1

Dalam usaha memenuhi permintaan beberapa segmen penggunanya, syarikat telekomunikasi terkenal, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) baru-baru ini memperkenalkan dua pelan terbaru mereka. Pelan tersebut dikenali sebagai Pelan DG Family dan DiGi Prepaid Hit RM1, kedua-dua pelan mudah itu bakal menawarkan lebih penjimatan kepada pelanggan. Pelancaran pelan berkenaan bermatlamat menawarkan perkhidmatan yang lebih efektif mengikut keperluan pelanggan. DiGi melakukan pendekatan dengan mengambil kira permintaan pelanggan supaya perkhidmatan yang ditawarkan relevan dengan kehendak pengguna. Menarik mengenai Pelan DG Family, ia merupakan pakej fleksibel pertama dalam industri telekomunikasi yang menggabungkan perkhidmatan prabayar dan pascabayar dalam satu pelan. Menerusi pelan famili tersebut, seorang pelanggan pascabayar boleh menambah sehingga tiga talian tambahan prabayar di bawahnya dengan maksimum enam talian tambahan keseluruhannya.

Pakej tersebut akan melibatkan pelan RM150 dan RM250 di mana pelanggan boleh menikmati perkhidmatan panggilan, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan dan khidmat pesanan multimedia (MMS) tanpa had secara percuma di antara mereka pada bila-bila dan di mana-mana
17 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

sahaja. Melalui akaun yang sama, ahli keluarga akan dapat terus berhubung tanpa memikirkan soal caj yang dikenakan. Ia juga secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk memantau penggunaan di kalangan anak-anak mereka. Untuk pengguna talian prabayar, mereka akan menikmati perkhidmatan tambah nilai secara automatik sebanyak RM15 sebulan untuk setiap talian. Melihat kepada pelan DiGi Prepaid Hit RM1 pula, ia menyasarkan golongan pelanggan yang kerap menggunakan perkhidmatan suara dan SMS. Menerusinya, pelanggan yang telah mencecah penggunaan SMS sebanyak RM1 dalam sehari, mereka akan dapat menikmati kadar rata 12 sen seminit untuk panggilan ke mana-mana rangkaian di seluruh negara untuk pada hari yang sama selain caj satu sen untuk menghantar SMS ke nombor DiGi.

Selain itu, bagi penggunaan Internet mobiliti pula, pelanggan akan dicaj satu sen untuk setiap penggunaan satu kilobait (KB) dengan kadar maksimum RM5 sehari.Pelanggan yang menggunakan pelan ini pastinya akan berpuas hati dengan penjimatan yang ditawarkan.

18 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

8. KHIDMAT BARU INTERNET DIGI DIGI Telecommunications Sdn Bhd memperkenalkan rangkaian tawaran Internet DiGi baru yang termasuk Smart Pt tambahan untuk telefon pintar, pakej telefon dan pakej pra-bayar DiGi Blackberry dalam usaha mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Internet mudah alih di negara ini. Ketua Pemasaran Produknya, Loh Keh Jiat, berkata tawaran baru itu membuktikan komitmen DiGi untuk menjadikan perkhidmatan internet mudah alih relevan dan mampu milik untuk semua golongan pengguna.Ini adalah sejajar dengan pelan pertumbuhan agresif jaringan Digi Turbo 3GTM untuk lebih banyak kawasan di seluruh negara. Pakej DiGi Smart Pt Lite ini khusus untuk pelanggan pengguna data kasual. Mereka hanya perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM33 untuk menikmati capaian internet sehingga 300 megabait (MB) tanpa komitmen penggunaan bagi panggilan dan SMS.

9. Digi Friends and Family Plus

Digi juga memperkenalkan Digi Friends and Family Plus plan untuk dinikmati oleh pengguna prepaid dan juga postpaid.Dalam pakej ini, pengguna boleh daftar enam nombor untuk menikmati panggilan 5 sen per minit, 1 sen untuk hantar pesanan ringkas dan 5 sen untuk menghantar satu MMS. Untuk menikamati pakej ini pengguna perlu melanggan melalui key *128# atau hubungi 016 2211800 dan langganan melalui interactive voice response. Dengan inovasi bari ini, pengguna boleh menambah dua nombor tambahan selain daripada enam nombor yang telah didaftar terlebih dahulu.Kadar panggilan untuk dua nombor Plus merupakan 15 sen
19 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

per minit untuk panggilan ,15 sen untuk hantar satu pesanan ringkas dan 50 sen untuk setiap mms.Ini dapat menambahkan lagi pengguna digi untuk terus melanggan kemudahan-kemudahan yang di tawarkan.

10. DIGI FU YOH PELAN Digi juga melancarkan rancangan prabayar baru untuk remaja yang bernama FuYoh.Rancangan ini menawarkan kos lebih murah dari sms dan mms yang dihantar.Fu-Yoh ditawarkan bagi pengguna berusia 15 hingga 24 tahun.Pelan ini akan menawarkan pengguna sms dan mms pada kadar 7 sen dan 25 sen masing-masing dan panggilan suara pada kadar flat 38 sen per minit.Pengguna Fu-Yoh juga dapat menikmati panggilan percuma selepas 3 minit pertama 5 setiap hari Ahad dari 12 a.m hingga 12 p.m diantara pengguna Digi.

11. DiGi Yellow Mobile

20 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Pada 2002, DiGi melancarkan program kemasyarakatan DiGi Yellow Mobile, yang membolehkan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia menimba pengalaman pembelajaran unik yang mendekatkan mereka kepada khazanah warisan kebudayaan mereka, tanpa mengira bangsa dan agama. Sehingga kini, lebih 500 anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik di Bandar raya utama di Malaysia telah mengambil bahagian dalam bengkel interaktif berasaskan seni ini. Penerokaan dan pembelajaran kanak-kanak tersebut dimeriahkan oleh beberapa artis, pemuzik, penari, karyawan dan personaliti teater terkemuka negara, yang telah meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. Usaha gigih mereka telah membolehkan syarikat mencatatkan prestasi yang begitu memberangsangkan. Ramai yang telah secara sukarela mengibarkan bendera DiGi dalam masyarakat menerusi penglibatan dalam pelbagai akitiviti kebajikan syarikat.

12. Mobile WiFi DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) dengan inovasi barunya telah melancarkan Mobile WiFi, inisiatif produk pertama seumpamanya di Malaysia. Lebih dikenali sebagai MiFi, peranti yang bertindak seperti router tanpa wayar ini boleh menyokong sehingga lima pengguna untuk mencapai Internet pada satu masa. Ia sekali gus membolehkan pengguna berkongsi penyambungan jalur lebar, atau dengan
21 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

kata lain pengguna jalur lebar mudah alih kini boleh mewujudkan hotspot mini WiFi di mana saja mereka berada.Ia merupakan satu rumusan inovatif yang relevan dan memudahkan pelanggan. Ini adalah cara Digi untuk terus menjadikan Internet itu mudah dicapai oleh lebih ramai orang, di samping terus menyediakan pengalaman capaian Internet paling unggul kepada pelanggan. Pelbagai peranti mudah alih menyokong capaian rangkaian WiFi seperti komputer notebook dan telefon pintar. MiFi DiGi akan menjadi pemboleh utama untuk menghubungkan kesemua peranti itu dan membolehkan Internet dicapai pada bila-bila masa, di mana saja. DiGi juga membuka tempahan MiFi menerusi laman web .Pelanggan yang berminat digalakkan membuat tempahan awal untuk mendapat penjimatan tambahan.

8.0

KESIMPULAN
Seperti semua inisiatif perniagaan semasa, perkhidmatan masa depan DiGi akan

berasaskan inovasi praktikal yang akan memberi nilai tambah kepada pelanggan. Perkhidmatan tersebut akan disesuaikan kepada gaya hidup dinamik para pelanggan, seterusnya meningkatkan cara mereka menjalani kehidupan harian, bekerja dan bermain. Memandangkan cabaran unik yang dihadapi, ditambah pula dengan suasana industri yang menghadapi persaingan yang semakin sengit, DiGi telah mula mengamalkan pendekatan yang proaktif dalam pelancaran
22 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

produk dan perkhidmatannya. Sejak lima tahun lalu, DiGi telah menjadi nama industri yang terkenal dan telah membina kredibiliti sebagai peserta industri yang berwibawa. Keupayaan ini, serta matlamat jangka panjang DiGi untuk dilihat sebagai penyedia perkhidmatan bersepadu penuh, merupakan asas kepada usaha berterusannya untuk memperkembangkan perniagaan terasnya, dan akan terus menciri-corakkan semua kegiatannya pada masa depan. Justeru itu, DiGi yakin bahawa komitmen tidak berbelah-bahaginya untuk mendengan pendapat para pelanggan bagi menawarkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai ciri-ciri inovatif dan bersesuaian dengan keperluan gaya hidup pengguna.

9.0 1.
2. 3. 4.

RUJUKAN
www. digi.com.my/

www. digi.com.my/aboutdigi/media/mr_annual_2009 en.wikipedia.org/wiki/Innovation Drucker,P, Innovation and Entrepreunership:practice and principles,New York,Harper & Row Publishers,1985

23 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

5.

Ab.Aziz Yusof & Zakaria Yusof. (2004). Prinsip Keusahawanan,Edisi Kedua.Kuala Lumpur: Prentice Hall

24 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

LAMPIRAN

25 | T . R A M A N / 1 9 3 0 8 0

Anda mungkin juga menyukai