Anda di halaman 1dari 2

1. BERIKAN DEFINISI MEDIA KONTEMPORARI .

(2 MARKAH)
Media kontemporari atau juga disebut sebagai media baru iaitu menjelaskan
konvergensi antara teknologi komunikasi digital menggunakan komputer yang
terhubung dalam jaringan. Sebagai contoh media yang mewakili media baru adalah
internet. Ia juga ditakrifkan teknologi tanpa sempadan yang bermaksud cara
penggunaan media jaringan komputer dan internet. Apabila kemunculan platform
digital atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi yang bersifat padat,
mampat, interaktif, elektronik dan multimedia.

2. SENARAIKAN DUA (2) CIRI MEDIA KONTEMPORARI. (2 MARKAH)

a) Interaktif
b) Kolaborasi

3. JELASKAN TIGA (3) TUGAS EDITOR PENERBITAN. (6 MARKAH)

i) Seorang editor perlulah menggilap dan menyempurnakan sesebuah artikel juga


bagi mengarahkan fokus cerita sepanjang tajuk cerita yang telah di terima. Potongan
ayat atau perkataan akan dibuat oleh seorang editor yang dirasakan tidak sesuai atau
tidak penting bagi sesuatu penceritaan itu. Seorang editor akan memberikan lebih
impak kepada poin atau maklumat utama bagi menarik pembaca atau khalayak perlu
fokus.

ii) Seorang editor perlulah menyusun reka letak sesebuah penerbitan sama ada bagi
penerbitan fizikal buku atau video yang akan diterbitkan. Ia juga terbahagi kepada
dua tugas iaitu penyuntingan teks dan penyuntingan reka bentuk. Penyuntingan juga
perlu substantif terhadap fakta bagi mengelak sebarang perkara tidak relevan tidak
berlaku.

iii) Apabila sesebuah buku atau video telah diterbitkan maka seorang editor akan
membaca dan melihat dengan teliti setiap bahan terbitan bagi mencari kelemahan
untuk menambahbaik pada masa depan supaya tidak mengulangi kesilapan
terdahulu.

4. HURAIKAN TIGA (3) AKTIVITI UTAMA 'PENJANAAN IDEA' SEBAGAI PEMULA


GERAK KERJA PENERBITAN MAJALAH ANDA. (6 MARKAH)

i) Percambahan fikiran pemilihan tema atau konsep bagi majalah untuk memahami
matlamat majalah tersebut diterbitkan dan ia bersifat trending dan tidak berulang
bagi membolehkan orang ramai berminat untuk membaca dan memiliki majalah
tersebut.

ii) Menilai idea subtema penerbitan majalah bagi memenuhi kewajaran yang perlu
apabila tema utama atau konsep telah dipilih dan kesesuaian bagi menjelaskan
sesuatu fokus sesuatu majalah.

iii) Pemilihan kandungan iaitu reka bentuk majalah, reka letak, promosi, pemilihan
grafik, pemilihan taipografi, warna dan bahasa yang perlu santai bagi membolehkan
para pembaca berada dalam keadaan santai dan dapat mendapat informasi dalam
setiap artikel yang telah diterbitkan dalam majalah tersebut dengan fizikal majalah
tersebut juga menarik minat pembaca.

5. HURAIKAN FUNGSI UTAMA PENGURUSAN ORGANISASI PENERBITAN: (A)


PERANCANGAN (3 MARKAH); (B); PENGORGANISASIAN (3 MARKAH); (C)
PENGAWALAN (3 MARKAH)

A) Perancangan
Berfungsi sebagai penyediaan bagi menggunakan sumber-sumber yang diperoleh
dengan cara jimat dan cekap bagi mencapai objektif penerbitan. Bagi sebarang
keputusan bagi sesuatu penerbitan ia bergantung kepada punca pendapatan,
perbelanjaan modal, sumber manusia, teknologi yang ada, ekonomi semasa, keadaan
politik dan sosial bagi sesuatu pengurusan organisasi penerbitan. Ia juga berfungsi
dengan mengambil kira faktor dalaman dan luaran.

B) Pengorganisasian
Merupakan pengelompokan bagi orang, alatan, tugasan dan tanggungjawab yang
dipikul bagi setiap jawatan dan kuasa yang ada pada setiap jawatan yang dipegang
bagi melancarkan perjalanan kerja-kerja penerbitan. Dalam penerbitan organisasi
dibahagikan melalui unit, bahagian atau jabatan bagi mewujudkan seperti jabatan
editorial, jabatan reka bentuk, jabatan pemasaran dan sebagainya. Wujudnya jabatan-
jabatan ini ia perlulah bekerjasama bagi memudahkan perjalanan sesuatu
penerbitan.

C) Pengawalan
Peranannya adalah bagi menjamin dapat mencapai maltlamat yang diletakkan oleh
organisasi. Kawalan kualiti oleh pengurus atau keluaran yang akan diterbitkan dari
segi intelektual dan pengurusan kawalan kewangan agar tidak tanpa melebihi had
dan tanpa batasan kawalan. Pengurusan sesuatu jabatan perlulah menepati masa dan
mengejar masa bagi setiap keluaran yang akan diterbitkan mengikut tarikh akhir
yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai