Anda di halaman 1dari 6

PENTAKSIRAN AKHIR SEM JA212 SESI 2022/2023

KOD KURSUS : SCCG3153 KOMUNIKASI KORPORAT


TARIKH/HARI : 24 - 30 APRIL 2022 (KHAMIS-AHAD)
TARIKH SERAHAN : 5 PM, 30 APRIL 2022 (SABTU)
KAEDAH SERAHAN : ATAS TALIAN / PORTAL (UUMOL)

ARAHAN:

1. Jawab soalan secara INDIVIDU.


2. Pentaksiran akhir ini mengandungi empat (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.
3. Jawapan hendaklah disediakan mengikut format tugasan SCCG3153 Komunikasi
Korporat.
4. Sila muat naik jawapan dalam format Word OR PDF di platform UUMOL.
5. Lanjutan tarikh serahan TIDAK DIBENARKAN.
6. Jawapan yang diserahkan selain dari platform UUMOL tidak diterima.

PANDUAN MENJAWAB:
1. Pemarkahan adalah berdasarkan ketepatan dan kejelasan idea dalam perbincangan .
2. Sorotan karya dari artikel dan bahan rujukan yang berkaitan hendaklah dinyatakan sumbernya.
3. Senaraikan rujukan di akhir setiap jawapan.

MAKLUMAT PELAJAR

1 No matrik
2 Nama
4 HP NO:
ARAHAN:

Sila baca siaran media yang lampirkan. Berdasarkan siaran media tersebut,
jawab kesemua soalan berikut:

1. Jelaskan DUA (2) definisi tanggungjawab sosial korporat dengan mengambil contoh-
contoh yang relevan daripada siaran media tersebut.
(20 markah)

2. Jelaskan SATU (1) kesan krisis tersebut terhadap entiti/perkara berikut:


a. Organisasi

Krisis adalah satu masalah besar yang muncul secara tiba-tiba dan sekiranya konflik yang
berlaku tidak dapat ditangani dengan sebaiknya. Manakala krisis yang tidak ditangani pula akan
memberi kesan terhadap kesahihan organisasi, boleh mengubah misi strategik organisasi dan
menjejaskan persepsi atau pandangan orang ramai terhadap prestasi organisasi. Di dalam sains
politik, krisis yang tidak menemui jalan penyelesaian akan membawa kepada peperangan.
Seorang sarjana dalam bidang teori komunikasi dan pengurusan, Dr Otto Lerbinger memberikan
takrifan bahawa krisis adalah sebagai kejadian yang membawa, atau berpotensi menjejaskan
reputasi organisasi serta mengancam keuntungan, perkembangan dan kewujudan organisasi.
Manakala Steven Fink menyatakan bahawa krisis adalah keadaan atau masa yang tidak stabil di
mana keputusan untuk berubah amat diperlukan sama ada memberi hasil yang positif yang
diharapkan atau memberi kesan negatif kepada organisasi.

b. Komuniti setempat
c. Alam sekitar
(30 markah)

3. Bincangkan TIGA (3) langkah yang perlu diambil oleh pengamal komunikasi korporat
organisasi dalam menangani krisis tersebut.

(30
markah)
Perhubungan awam merupakan aktiviti pengurusan komunikasi melibatkan aspek dalaman dan
luaran organisasi yang bertujuan untuk membentuk serta mengekalkan imej dan identiti yang
positif. Menurut Jamilah dan Kaur (2012), pengamal komunikasi korporat berperanan untuk
membina serta mengekalkan imej yang positif untuk sesebuah organisasi melalui pengurusan
komunikasi yang efektif dan bertanggungjawab sebagai ejen perubahan dan pelaksana pelbagai
aktiviti yang dapat memberi kesan positif kepada organisasi. Selain itu, pengamal komunikasi
korporat turut berperanan sebagai perantara di antara organisasi dengan publik dan pihak
berkepentingan.
Menurut Coombs dan Holladay (2014), peranan pengamal komunikasi korporat bagi
sesebuah organisasi merangkumi pengurusan isu atau krisis yang melibatkan kepentingan
organisasinya. Pengamal komunikasi korporat perlu memaklumkan kepada publik dan pihak
berkepentingan sebarang isu atau krisis yang mempunyai kaitan dengan organisasi dengan cara
yang betul dan tepat pada masanya walaupun boleh menjejaskan reputasi organisasi. Pada masa
yang sama, pengamal perhubungan awam perlu membuat keputusan dengan tuntas ketika berada
dalam situasi krisis. Selain daripada itu, pengamal komunikasi korporat hendaklah memahami
situasi krisis berdasarkan maklumat yang sedia ada untuk membuat keputusan terbaik pada
ketika itu.

Proses membuat keputusan memerlukan pengamal komunikasi korporat untuk


memahami situasi yang sedang dialami atau dengan terminologi sebagai Sensemaking.
Sensemaking secara umum digambarkan sebagai proses di mana kejadian yang kabur
(ambiguity) dan tidak pasti (uncertainty) ditafsirkan untuk pemahaman melalui satu proses
dinamik yang diarahkan oleh isyarat sosial dan digubal oleh persekitaran. Sensemaking menjadi
lebih penting kepada organisasi apabila berlaku krisis organisasi yang mengancam operasi utama
organisasi tersebut. Dalam hal menangani krisis, sensemaking dilihat penting kerana dapat
membantu pengamal komunikasi korporat dalam memahami krisis secara holistik dan
melakukan sensemaking secara kolektif.
4. Huraikan SATU (1) peranan kerajaan dan SATU (1) kumpulan pendesak dalam
menimbulkan kesedaran awam terhadap kepentingannya organisasi melibatkan diri dalam
penjagaan alam sekitar.
(20 markah)

Pihak kerajaan khususnya Jabatan Alam Sekitar adalah agensi utama yang
dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan mencegah pencemaran alam sekitar dengan
penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling sejak diwartakan pada 1974. Jabatan Alam Sekitar
telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti promosi kesedaran alam sekitar. Usaha ini
adalah bagi meningkatkan lagi kesedaran terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar
supaya masyarakat umumnya memahami dan sedar betapa pentingnya alam sekitar yang bersih
bagi menjamin kualiti kehidupan yang selamat, sihat dan produktif. Pendekatan ini diambil
kerana aktiviti penguatkuasaan tidak dapat membendung pencemaran alam sekitar. Antara
program yang dirancang ialah Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar yang
dilancarkan pada 27 Januari 2005. Melalui Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar,
semua aktiviti-aktiviti kesedaran yang dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Kerajaan
dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) seperti Kem Kesedaran Alam Sekitar, Projek Wira
Alam, Program Kitar Semula dan pertandingan bertema alam sekitar, akan diambil kira untuk
penilaian bagi pemilihan penganugerahan Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar.

Peranan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak swasta boleh membantu melalui
kempen-kempen kesedaran, penggunaan teknologi mesra alam dan dana-dana yang
disumbang ke arah merealisasikan aspirasi negara menuju ke arah pembangunan lestari
tidak boleh dinafi kan.

Sesungguhnya, Isu berkaitan alam sekitar semakin hari semakin menular dan usaha
untuk menanganinya memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada
semua pihak. Masalah alam sekitar ini telah mengakibatkan berlakunya
ketidakseimbangan kepada alam sekitar. Tragedi tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran
udara, air dan darat, pemanasan global dan perubahan iklim dan sebagainya adalah
kesan ketidakstabilan ekosistem yang berpunca daripada aktiviti manusia yang sering
kali dikaitkan dengan ‘pembangunan’. Isu-isu alam sekitar inilah yang merupakan
antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh semua pihak sama ada
pihak kerajaan ataupun kumpulan pedesak.

Pihak Kerajaan sememangnya komited terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam


sekitar negara. Pelbagai dasar dan perundangan termasuk peraturan-peraturan serta
program telah diperkenalkan bagi mengimbangi pembangunan dan pemuliharaan alam
sekitar. Antara dasar-dasar ialah Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perhutanan
Negara, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan, Dasar Mineral Negara dan Dasar
Perubahan Iklim Negara. Manakala undang-undang termasuk Akta Kualiti Alam
Sekeliling, Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar juga
dikuatkuasakan. Dasar, perundangan dan garis panduan sedia ada ini memberi
panduan kepada semua pihak termasuk agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri,
Pihak Berkuasa Tempatan, sektor industri dan masyarakat bagi memastikan betapa
pentingnya penjaan alam sekitar.

Justeru, bagi meningkatkan lagi keberkesanan penguatkuasaan, akan meminda Akta


Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memperkukuhkan lagi penguatkuasaan terhadap
masalah pencemaran. Namun begitu, kita perlu sedar bahawa penguatkuasaan
undang-undang dan peraturan sahaja tidak mencukupi untuk membendung semua
masalah alam sekitar. Setiap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda,
berpendidikan tinggi atau tidak, perlu berganding bahu dan bersatu tenaga untuk
memulihara dan melindungi alam sekitar. Kita hidup dalam lingkungan alam sekitar
yang sama, menghirup udara yang sama, berkongsi menggunakan sumber asli yang
sama. Oleh itu, kita tidak ada tempat selain bumi ini. Jika bumi hancur, maka hancurlah
manusia. Maka janganlah kita berpeluk tubuh membiarkan bumi menahan segala
pencerobohan alam sekitar.

Sungguh pun begitu, hakikatnya ialah kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar
masih kurang walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan. Bagi
meningkatkan lagi kesedaran masyarakat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
bersama-sama dengan jabatan-jabatannya menjalankan program dan kempen
kesedaran alam sekitar yang melibatkan pelbagai kumpulan sasaran seperti pelajar,
guru, masyarakat desa dan bandar, badan bukan kerajaan dan lain-lain. Antara
program-program yang dijalankan adalah Program Anugerah: Bandar Lestari, Sekolah
Lestari ,Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS), Penerbitan Majalah Era Hijau, dan
bengkel bersama lain-lain kementerian, agensi, pihak swasta dan badan bukan
kerajaan.

Selain itu, NRE telah melancarkan Program Rakan Alam Sekitar untuk
mempelbagaikan usaha menangani isu alam sekitar. Melalui program ini, pemimpin-
pemimpin di peringkat akar umbi diberi peranan untuk menerajui usaha-usaha secara
bersepadu dengan anggota masyarakat tempatan termasuk badan-badan bukan
kerajaan (NGO) untuk bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan dalam
memulihara alam sekitar.

SOALAN PENTAKSIRAN AKHIR TAMAT

Anda mungkin juga menyukai