Anda di halaman 1dari 2

1. BERIKAN DEFINISI MEDIA KONTEMPORARI .

(2 MARKAH)

Definisi media kontemporari adalah medium penerbitan berita atau maklumat yang menggunakan
platform media konvergen dan menyiarkan maklumat dalam bentuk ringkas, kreatif, boleh diakses
dan penyebaran yang pantas dimana bentuk maklumat pada masa sebenar kepada pengguna.

2. SENARAIKAN DUA (2) CIRI MEDIA KONTEMPORARI. (2 MARKAH)

1. Berinformasi 2. Mempunyai banyak pilihan

3. JELASKAN TIGA (3) TUGAS EDITOR PENERBITAN. (6 MARKAH)

1.Merancang penerbitan dimana editor akan merancang jenis penerbitan yang hendak dihasilkan
bersesuaian dengan objektif organisasi dan kehendak pengguna. Disamping itu, editor
bertanggungjawab menyusun jadual jadual projek penerbitan dan memberikan bimbingan kepada
penulis untuk menghasilkan manuskrip yang berkualiti untuk diterbitkan.

2. Memilih penulis yang berkesan untuk menghasilkan manuskrip yang bersesuaian dengan jenis
penerbitan yang dikehendaki mengikut jadual perancangan yang ditetapkan.

3. Menilai manuskrip yang diberikan oleh penulis dan membuat semakan agar mutu penulisan
bersesuaian untuk diterbitkan. Penulisan yang tidak memenuhi keperluan perancangan penerbitan
atau mempunyai kesalahan akan dilakukan pembetulan agar hasil penerbitan berkualiti dapat
dikeluarkan.

4. HURAIKAN TIGA (3) AKTIVITI UTAMA 'PENJANAAN IDEA' SEBAGAI PEMULA GERAK KERJA
PENERBITAN MAJALAH ANDA. (6 MARKAH)

1. Menentukan misi, visi dan fokus syarikat penerbitan dengan membuat kajian pasaran dan
menentukan pembentukan organisasi penerbitan. Ini penting perancangan dalam organisasi yang
tersusun, kajian pasaran dapat dilakukan bagi menghasilkan penerbitan yang berkualiti dan
mengikut keperluan pasaran dan pengguna.

2. Menentukan tema dan bentuk penulisan penerbitan dengan mengenalpasti artikel yang hendak
diterbitkan, melakukan kajian dan menyediakan draf penulisan untuk penerbitan artikel yang
bersesuaian serta menepati kehendak editor.

3. Mengumpul maklumat dan merancang susun atur, grafik, subtema yang bersesuaian dengan
konsep atau tema majalah yang hendak diterbitkan.

5. HURAIKAN FUNGSI UTAMA PENGURUSAN ORGANISASI PENERBITAN:

(A) PERANCANGAN (3 MARKAH) Pengurusan organisasi berfungsi untuk menetapkan pencapaian


jangka masa panjang dalam pengurusan penerbitan dengan mengawal dan mengurus pendapatan,
perbelanjaan dan sumber manusia dengan teratur dan tersusun. Disamping itu organisasi dapat
melakukan kajian pasaran yang realistik bagi menghasilkan penerbitan yang bersesuaian dengan
kehendak pengguna.

(B); PENGORGANISASIAN (3 MARKAH) Pengorganisasian berfungsi untuk menzahirkan bentuk


penerbitan dan menyusun proses pengeluaran penerbitan agar lebih jelas dan tidak bertindih antara
satu sama lain. Ia dapat membantu menentukan jenis penerbitan, tajuk penerbitan dan
penyuntingan bahan penerbitan dengan teratur. Ia juga berfungsi dalam menentukan bentuk akhir
penerbitan agar menepati matlamat organisasi.
(C) PENGAWALAN (3 MARKAH) Pengurus organisasi berfungsi untuk menyelaras aktiviti dalam
organisasi penerbitan bagi memastikan pengumpulan maklumat berkaitan data, statistik dan kajian
pasaran yang tersusun dan memenuhi objektif organisasi disamping mengelakan penyelewengan
dan pengurusan penerbitan yang tidak cekap dan hasil penerbitan yang tidak berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai