Anda di halaman 1dari 10

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

EDU 3034
MODUL PENGURUSAN SUMBER
NAMA KUMPULAN :
SITI ASLINDA MAISARAA BT MD ASTALIA D20091035200
AZIYATI ZAHIRAH BT ASNIL AIMI D20091035194
SYAHIRAH BT MOKTAR D20091035177
NORALIZA BT CHE IDRIS D20091035171
NUR FATIN AZREEN BT NASIR D20091035590
NUR HIDAYATUL NISHA BT ATAN D20091035600
FADHILAH BT CHE OMAR D20091035587
FATIMAH NUR BT ISHAK D20091035174

NAMA PENSYARAH:
PROF. AMIR B. HASSAN DAWI
TAJUK 6
PENGURUSAN
SUMBER
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Diakhir pelajaran pelajar akan dapat:-

 Meransang deria ransangan pelajar


 Mengekalkan minat dan tumpuan melalui pelbagai media
 Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran berfikir
 Memahami kelemahan dan kekurangan setiap sumber
 Menggunakan sumber secara optimum

AKTIVITI 1.0: Pengenalan sumber

Guru meminta pelajar berdiri, lakukan senaman ringan


Guru menjelaskan tentang tajuk pengurusan sumber
Ringkasan isi pelajaran:…
 Pengenalan sumber
 Jenis-jenis sumber pembelajaran
 Perbandingan sumber
 Kriteria pemilihan sumber
 Implikasi kelemahan/kekuatan sesuatu sumber
 Strategi mengoptimumkan sumber
 Strategi pengoptimuman sumber
 Jenis-jenis sumber mengikut Association Of Education Communication
Technology
 Prinsip-prinsip sumber pembelajaran
Guru memberi peluang pada pelajar untuk bertanya
Guru melakukan aktiviti ringan sekali lagi
AKTIVITI 2

2.1 Aktiviti pelajar

 Setelah guru menerangkan pelajaran pada hari ini, guru seterusnya menjalankan aktiviti
untuk menguji kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.
 Pelajar kekal di tempat masing- masing dan berada dalam keadaan yang terkawal dan
tidak membuat bising semasa guru menyediakan peralatan untuk aktiviti yang bakal
dijalankan.
 Guru seterusnya menerangkan perjalanan aktiviti yang akan dijalankan dan peralatan
yang akan digunakan iaitu kotak yang mengandungi soalan berkaitan pelajaran pada
sesi pembelajaran ini di samping muzik.
 Guru mula memainkan muzik manakala pelajar perlu mengedarkan kotak tersebut
kepada pelajar yang berada di sebelah mereka.
 Guru akan memberhentikan muzik mengikut pertimbangannya.
 Pelajar yang memegang kotak tersebut apabila muzik berhenti akan mengambil satu
soalan daripada kotak tersebut.
 Pelajar akan membaca soalan yang diberikan dengan kuat kepada pelajar lain di dalam
kelas seterusnya menjawab soalan yang diberikan.
 Guru akan memutuskan samada jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut benar
atau salah.
 Permainan akan diteruskan dengan iringan muzik dan pelajar akan mengedarkan kotak
tersebut sehingga muzik berhenti.
 Aktiviti ini akan berulang sehingga masa yang diperuntukkan tamat.
 Aktiviti ini akan berulang sehingga masa yang diperuntukkan tamat.

2.2 Aktiviti kumpulan

 Aktiviti pertama telah habis, seterusnya guru membuat aktiviti yang kedua.
 Guru mengarahkan semua pelajar memcari ahli kumpulan masing-masing.
 Setiap kumpulan mempunyai 9 atau 10 orang
 Setiap kumpulan akan diberikan beberapa helai kertas bersaiz A4.
 Kemudian, guru menerangkan apa yang patut dilakukan oleh setiap kumpulan.
 Perbincangan didalam kumpulan
 Membuat mind map mengikut kreativiti masing-masing
 Setelah tamat aktiviti, salah seorang ahli kumpulan ke hadapan untuk memberi sedikit
penerangan dan senaraikan hasil perbincangan.

REFLEKSI

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

BAHAN PELAJARAN

Pengenalan

Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran,
seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilih
sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya  dalam
bilik darjah bestari. 

Seseorang guru bestari perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber
pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Melalui
pengajaran pembelajaran bestari seseorang murid perlu dilibatkan secara langsung untuk
berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum
mengikut potensinya.

 Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan opembelajaran ialah;

i     Mengenalpasti pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam sekolah bestari

ii      Mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang dikenal


pasti. Berdasarkan kriteria, memilih sumber pembelajaran sesuai untuk digunakan
dalam pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

Jenis Sumber Pembelajaran 


1. rakan sebaya
A. Sumber berasaskan 2. guru
manusia 3. pakar bidang
4. pegawai sumber.
1. buku
2. majalah
3. jurnal
4. ensiklopedia
B. Bahan bercetak
5. surat khabar
6. kad katalog
7. kamus
8. buku teks
1. mikrofic
2. radio
C. Bahan pandang dengar
3. televisyen
4. video
1. disket
2. cakra padat
D. Sumber berasaskan
3. cakra laser
komputer
4. disket video
5. internet

Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat

SUMBER KELEBIHAN KELEMAHAN


A. Sumber - fleksibel - tidak terjamin kualiti
berasaskan - interaktif - sukar mendapatkan pakar yang
manusia - secara lansung berkewibawaan.
- mudah akses  
B. Sumber bercetak - murah - tebal
- kekal - berat
- senang dirujuk - tidak boleh disunting
- mudah alih - tidak terkini
- mudah akses  
C. Sumber pandang - murah - tidak tahan lasak
dengar (audio- - menarik - susah menyunting
visual) - pelbagai pancaindera - tidak terkini
- mudah akses
- boleh berulang
tayangan/siaran
- boleh digunakan di mana-
mana dan pada bila-bila
masa 
D. Sumber - amat fleksibel - mahal
berkomputer - mudah dimaskinikan - menimbulkan tekanan
- multi-media - perisian terhad,
- jaringan tidak terhad - bergantung kepada bekalan
- canggih eletrik
- user friendly - perlu mahir mengoperasikan
  komputer

 Kriteria memilih bahan atau sumber :

- selaras dengan falsafah pendidikan negara


- tidak bercanggah dengan nilai masyarakat
- releven dengan kurikulum
- selaras dengan prinsip pedagogi 
- memberi maklumat terkini
- cost effective
- mudah diperolehi
- mudah digunakan
- mudah alih
- mudah senggara
- pelbagai rangsangan
- dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan
- fleksibel

Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran :

1. Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan
pembelajaran/pengajaran mangambil masa yang lama.  Bahan berasaskan komputer
atau teknologi maklumat boleh dikemakskinikan pada bila-bila masa mengikut
keperluan. Oleh yang demikian disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan bahan
berasaskan komputer.
2. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet. Bahan-bahan
ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh yang demikian
penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran seorang guru.
3. Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada kerosakkan hard
disk, cakra padat, disket atau diserang virus.

Strategi Mengoptimumkan Sumber :

 Sekolah bestari akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio,
pita video, perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu menguasai kamahiran memilih
bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya mencapai kesan terbaik dalam
pengajaran pembelajarannya.
 Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalam
pengajaran pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan
yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik darjahnya. Disamping itu juga guru  perlu 
mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai
kesan terbaik.

 Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting bagi


seseorang guru sekolah bestari. Ianya merangkumi beberapa strategi yang boleh diamalkan
untuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber pembelajaran yang didapati dalam
sebuah sekolah bestari.

 Strategi Pengoptimuman sumber

 1. Cantuman Pelbagai Jenis Sumber

Guru boleh menggunakan ‘authorware’ untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio


kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam ‘word
prosessor’ atau ‘electronic presentation’ untuk dihasilkan bahan pengajaran pembelajaran yang
amat menarik dan berkesan.

 2  Penggunaan Serentak Beberapa Jenis Sumber

Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera murid.
Aktiviti ‘hand on’ serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimukan proses
pembelajarannya.

 Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan menggunakan bahan
audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam
aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagi
dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini.
Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat persembahan hasil
pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui ‘classnet’.
Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer
masing-masing melalui ‘classnet’ dalam bilik darjah bestari itu.

 3. Perkongsian melalui internet

 Sumber pembelajaran khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus dikongsi antara
guru sekolah bestari supaya manfaat maksimum dinikmati bersama. Disarankan bahawa
semua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk berkongsi bahan pembelajaran
melalui ‘edunet’. Melalui internet seseorang guru boleh mengembangkan potensinya kepada
tahap maksimum dan seterusnya mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

 4  Penyelidikan dan Pembangunan

Guru digalak menjalankan kajian tindakan – mengumpul maklumat tentang pengajaran


pembelajaranyn, mencuba teknik atau kaedah bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Antara
lain, hasil kajian tentang keberkesanan bahan atau cara mengoptimumkan penggunaannya
dapat disebar untuk faedah guru lain.
FUNGSI SUMBER PEMBELAJARAN

1. Meningkatkan produktiviti pendidikan dengan memudahkan proses pembelajaran.


2. Membantu guru untuk menggunakan waktunya dengan lebih baik
3. Mengurangkan beban guru dalam menberikan informasi dengan lebih banyak membina dan
mengembangkan minat belajar.
4. Memberikan cara pendidikan yg sifatnya lebih individual.
5. Mengurangkan pengawalan guru yang kaku dan tradisional
6. Memberi kesempatan kepada pelajar untuk berkembang sesuai dengan kemampuannya
7. Memberikan dasar yang lebih ilmiah terhadap pengajaran
8. Perencanaan program menjadi lebih sistematik.
9. Menberikan informasi dan data secara lebih konkrit.
10. Memungkinkan belajar secara seketika
11. Mengurangi jurang pemisah antara pelajaran yang bersifat verbal dengan realistik.
12. Memberikan pengetahuan secara langsung
13 Memungkinkan perkongsian pendidikan yang lebih luas

RUMUSAN :

Disini dapat dirumuskan bahawa Pengurusan Sumber terdiri daripada pelbagai jenis
sumber yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). selain itu,
pelajar juga dapat membuat perbandingan antara beberapa kategori sumber maklumat serta
mengetahui criteria untuk memilih bahan atau sumber apabila mereka memerlukan sesuatu
bahan untuk pembelajaran. Pelajar juga dapat mengesan kelemahan atau kekuatan sesuatu
sumber.

TUGASAN :

Guru memberikan tugasan kepada pelajar untuk disiapkan di rumah.

RUJUKAN :

1.) Abd.Rahim Abd.Rashid ( 1996). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2.) Asmah Hj.Ahmad ( 1989 ). Pedagogi 1, Siri Pendidikan Longman. Selangor :
Longman Malaysia Sdn.Bhd.
3.) Ea Ah Meng ( 1989 ). Pendidikan di Malaysia untuk Guru Pelatih : Edisi Kedua:
Petaling Jaya. Siri Pendidikan Fajar Bakti.
4.) John Arul Philips ( 1997 ). Pengajaran Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
5.) Kamarudin Hj. Husin ( 1994 ). KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa ( Edisi
Baru ), Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
6.) Mat Nor Hussin, Ab.Rahman Ab. Rashid ( 1988 ). Alat Bantu Mengajar dalam
Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman. Selangor: Longman Malaysia Sdn
Bhd.

CONTOH-CONTOH JENIS SUMBER PEMBELAJARAN

Cakera padat disket

Disket video Ensiklopedia

Buku Internet
Kamus Komputer

Mikrofon Radio

Television Surat khabar

Anda mungkin juga menyukai