Anda di halaman 1dari 5

Komunikasi yang berkesan dalam matematik boleh dikembangkan melalui kaedah

berikut :
1. Komunikasi Secara Lisan
Komunikasi secara lisan merupakan proses interaktif yang melibatkan aktivitiaktiviti psikomotor seperti melihat, mendengar, menyentuh, merasa dan
menghidu. Komunikasi secara lisan dilaksanakan sebagai hubungan dua hala di
antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan. Antara
komunikasi secara lisan yang berkesan dan bermakna bagi pembelajaran
matematik adalah seperti berikut :
- Bercerita dan bersoal jawab dengan menggunakan perkataan sendiri
- Menyoal dan menjawab soalan
- Temu bual berstruktur dan tidak berstruktur
- Perbincangan
dalam
bentuk
forum,
seminar,
perbahasan
Berikut

sumbangsaran
Pembentangan dapatan tugasan
Perbincangan melalui pembelajaran koperatif.

merupakan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran matematik dalam

kelas dengan menggunakan kaedah komunikasi lisan.


Contoh 1 : Teks temubual dan ulasan
Tujuan temubual ini dilakukan untuk melihat sejauh manakah murid dapat
menyampaikan pemikiran matematik murid melalui lisan. Walaubagaimanapun terdapat
murid yang tidak mempunyai keberanian ataupun malu ketika berkomunikasi dengan
guru. Tugas guru di dalam kajian ini cuba berkomunikasi dengan berkesan untuk
meneroka pemikiran murid terhadap konsep asas darab dan sejauh manakah konsep
asas darab itu dapat diterangkan dalam bentuk lisan.
Skrip temubual
Perbualan berikut adalah di antara saya dengan seorang murid tahun 2 setelah mereka
telah mempelajari tentang konsep darab dan perwakilan simbolnya. Murid itu ditanya
apa yang beliau faham dengan 8 x 2 = 16.

Guru : Adakah kamu faham dengan 8 x 2 =16 ? Cuba kamu ceritakan


pada saya.

Murid : ( diam sebentar )


Guru : Bolehkah kamu ceritakan kepada saya apa yang kamu tahu
tentang soalan saya tadi.
Murid : 8 x 2 = 16.oh Ada 8 orang, setiap orang dapat 2 biji
epal, jadi semua epal itu ialah 16 .
Guru : Bagaimana kamu boleh dapat jawapan 8 x 2 =16 ?
Murid : Saya tambahkan 2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2 lepas itu saya
dapat 16.
Guru : Oleh itu apa yang kamu faham tentang operasi darab yang telah
kamu katakan tadi ?
Murid : mmmmmmm. Darab itu tambah cikgu
Guru : Tambah ! Tambah yang macam mana ?
Murid : Saya tambah, tambah, tambah
Guru : Oleh itu operasi darab itu juga
Murid : Darab itu tambah berulang-ulang cikgu.
Guru : Baik. Terima kasih.
Ulasan yang dapat dibuat daripada contoh perbualan di atas ialah murid ini
menunjukkan kurang keyakinan untuk berkomunikasi secara lisan dengan guru. Murid
ini sebenarnya faham mengenai konsep darab dengan mewakilkan simbol ke dalam
masalah seharian murid. Murid ini dapat menyatakan fahamannya dengan dibimbing
guru, kerana murid berkemungkinan jarang diberi peluang untuk menyampaikan
fahamannya di dalam kelas. Oleh itu saya harap perkara ini perlu diberi perhatian.
Hanya dengan cara berkomunikasi secara lisan, guru dapat

mengetahui fahaman

murid, maka disarankan guru selalu membuat aktiviti secara perbincangan di dalam
kelas untuk memberi peluang kepada murid untuk menyampaikan idea mereka.
Selain itu, daripada perbualan ini seseorang guru itu boleh melihat bagaimana murid
tersebut mengkonkritkan simbol yang abstrak ke dalam makna yang sesuai dengan
pengalamannya melalui komunikasi secara lisan.
Contoh 2 : Perundingan
Dalam kehidupan harian , kita sentiasa dikehendaki membuat rundingan dalam
mengatasi masalah. Tujuan rundingan adalah untuk mencapai persetujuan di antara
dua pihak atau lebih dalam proses komunikasi secara lisan. Untuk menghasilkan
rundingan yang menyakinkan orang lain, seseorang itu haruslah mengumpulkan
sebarang maklumat yang berkenaan dan membentuk hujah-hujah yang sesuai.
Contoh berikut mengilustrasikan satu proses rundingan di dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran matematik di bilik darjah.
Guru

: Bolehkah anda tolong cikgu kira jawapan bagi 220 X 22 ?

( Selepas lebih kurang 30 saat )


Murid A

: Cikgu, jawapannya ialah 4840.

Murid-murid lain : Cepatnya engkau kira! Betul tak jawapan anda itu?
Guru

: Boleh anda tunjukkan penyelesaiannya ?

Murid A

: Boleh ! (Lihat penyelesaian berikut yang ditulis olehnya.)


220 x 22 = 4400 + 440
= 220 x 20 diikuti dengan 220 x 2
= 4840

Murid-murid lain : Betullah jawapannya. Oh, macam ini rupanya!

Dalam situasi ini, penyelesaian yang ditunjukkan oleh murid A adalah berlainan dengan
yang lazim dilakukan oleh murid lain. Namun murid A dapat merundingcarakan
penyelesaian untuk diterima oleh kawan sebayanya dengan mengemukakan hujahhujah yang logik untuk mempertahankan penyelesaiannya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti di atas, seseorang itu ( muridmurid lain) akan membina atau menyusun semula pengetahuan yang baru diperolehi
dengan yang sedia ada dan membentuk pengetahuan yang baru. Proses komunikasi
secara lisan dalam pembelajaran matematik memerlukan murid membuat perundingan
yang mana membolehkan pengetahuan matematik dibina dan perkembangkan dalam
mindanya.
Mengikut Blumer (1969) dan Bauersfeld (1988), peluang-peluang bagi murid-murid
membina pengetahuan matematik wujud apabila mereka berinteraksi dengan guru dan
rakan sebayanya. Pembinaan matematik yang dihasilkan oleh murid-murid dikatakan
bukan wujud secara tersendiri. Sebaliknya, pembinaan-pembinaan itu terkawal oleh
kewajipan masing-masing untuk membentuk interpretasi yang boleh disesuaikan
dengan pembinaan ahli dalam komuniti bilik darjah.
Contoh 3 : Menyoal Dan Menjawab Soalan
Berikut merupakan komunikasi lisan dengan teknik menyoal dan menjawab soalan
dalam pengajaran dan pembelajaran:
a) Menghubungkaitkan bahan konkrit dan gambar rajah dengan idea-idea dan
situasi Matematik.
Contoh :

Guru bertanya soalan, murid-murid menjawab soalan berdasarkan gambar rajah


di atas.
i)
ii)
iii)

Berapakah bilangan kotakkotak segiempat sama yang ada ?


Berapakah bilangan kotak yang telah diwarnakan?
Nyatakan bilangan kotak yang diwarnakan sebagai pecahan kepada

iv)

keseluruhan.
Sekiranya rajah mewakili 33 peratus, nyatakan konjektur tentang

v)

makna peratus.
Bincangkan konjektur yang dibuat dan terangkan maksud peratus.

b) Melahirkan idea Matematik secara lisan dengan kefahaman yang mendalam.


Contoh : Berikan dua nombor hasil darabnya ialah 100
c) Mengemukakan soalan lanjutan dan meminta penjelasan mengenai idea-idea
Matematik berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Contoh : Ada 5 permukaan rata, 8 sisi dan 5 bucu. Siapa saya ?
Ulasan :
Teknik soal jawab lisan merupakan teknik komunikasi yang berupaya mewujudkan
interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid
dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukakan
memerlukan murid berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid,
menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif , logik dan kritis serta mendorong
murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai