Anda di halaman 1dari 46

PENGAKUAN

Saya membuat pengakuan bahawa laporan ini adalah sepenuhnya hak milik saya melainkan mana-
mana ayat tertentu sahaja. Semua maklumat di dalam laporan ini berpandukan rujukan. Jika saya
ditangkap kerana disyaki qmelakukan penipuan dan peniruan, tindakan disiplin akan diambil.

Tandatangan:
Nama Pelajar:
No. Pendaftaran:
Tarikh:
PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan diberikan kepada Pengasas “Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur
Berhad” En. Suhaimi Hj Abas kerana sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri bagi
memenuhi syarat kelayakan untuk mendapatkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Tidak
lupa juga kepada Puan Hafifah Binti Awadz @ Hussin selaku pengurus kepada Otai Franchise
yang menguruskan segalanya dan banyak mengajar saya ilmu baru pada bahagian perakaunan
dan memberikan pengetahuan yang lebih mendalam sepanjang saya menjalani latihan industri
di sini dalam tempoh 5 bulan.

Selain itu, jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional Klang yang telah
bertungkus lumus membantu saya untuk mendapatkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).
Tidak dilupakan juga, terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibubapa dan keluarga yang
turut membantu dalam memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk meneruskan
perjuangan dalam Pendidikan Vokasional Malaysia dan mereka telah memberi pemudah cara
untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberi saya segala kemudahan dan
sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
BAB 1:

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kepada Latihan Industri

Latihan industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat atau kewajipan bagi
setiap pelajar di Kolej Vokasional Klang Semester 4 Diploma. Saya bersyukur kepada Tuhan
kerana dengan izinnya dapatlah saya menamatkan latihan industri dengan sempurna pada tempoh
yang ditetapkan serta menyediakan laporan akhir OJT saya pada masa dan waktu yang
dikehendaki oleh jabatan saya. Dalam tempoh 5 bulan bermula pada 27 November 2017 sehingga
27 April 2018, saya telah menjalani latihan industri di “Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur
Berhad (KUiKLB)

Dalam tempoh saya berada di organisasi ini, saya dapat melalui pengalaman baru
terutama di dalam alam pekerjaan. Sewaktu saya berada di organisasi ini saya dapat
mempraktikkan apa yang saya pelajari secara teori dan amali sewaktu di kolej dan mengenali
bahan, kelengkapan dan peralatan yang digunakan dalam latihan industri. Hasil daripada On-The
Job Training (OJT) ini, Kolej Vokasional Klang (KVK) kelak dapat melahirkan para graduan
yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah
ke alam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih
bermutu dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat diperlukan
oleh kakitangan pekerjaan di sektor awam mahupun swasta.
Selain itu, latihan industri merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar tentang
bagaimana berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana
tingkah laku juga adalah satu aspek penting yang dititikberatkan dalam alam pekerjaan. Secara
tidak langsung iannya juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisplin, bertanggungjawab dan
berupaya menguji keyakinan diri dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif untuk melahirkan
graduan yang berkualiti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan di dalam alam
pekerjaan pada masa akan datang.
1.2 Objektif Latihan Industri

Para pelajar yang berada di Kolej Vokasional perlulah menjalani latihan industri atau
On-The-Job Training (OJT) dalam satu tempoh yang telah ditetapkan iaitu selama 5
bulan. Justeru itu, latihan ini merupakan salah satu syarat wajib keatas setiap pelajar
sebelum mendapatkan sijil atau diploma daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum mendapat sijil atau diploma. Di antara
objektif utama latihan industri ialah:

1. Mendedahkan kepada para pelajar tentang alam pekerjaan.


2. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja di firma
tersebut.
3. Dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dan dapat membuka minda dalam
mengenalpasti dan menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul semasa berada di
tempat kerja.
4. Pelajar juga akan diberi pendedahan dan pengalaman dari segi perkembangan
teknologi, komunikasi yang baik, peraturan dan etika profesional organisasi

Selain itu, pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari sepanjang On-The-Job
Training (OJT) dengan lebih efisen iaitu dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan
gerak kerja pelajar semasa menjalani latihan secara sistematik melalui laporan yang
dibuat.
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu, maka setiap
pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang
telah ditetapkan oleh pihak kolej. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah
keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan
ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan
bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga
kelak.

Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah
yang berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar semesta yang berikutnya. Suatu kerja
yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak dicatit atau dimuatkan dalam
bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak.

Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari pelajar.
Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan-arahan dan segala peraturan
yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah yang memeriksa dan
juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaian serta rujukan terhadap laporan tersebut. Dengan
itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan dimana ia memuatkan segala ternik-teknik
latihan dan maklumat bidang Perakaunan khususnya. Saya berhararap buku laporan ini dapat
memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung

.
1.4 Kepentingan On-The Job Training (OJT) Kepada Pelajar.

Latihan industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada seseorang
pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi di dalam bilik
kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat
gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat di dalam diri seseorang pelajar itu sendiri di
samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang
dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk dijadikan seseorang pelajar
itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, pelajar dapat mengenalpasti diri sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan
sikap terhadap majikan apabila menghadapi dalam alam pekerjaan yang sebenar. Ini
bermakna, pelajar mampu untuk bekerja pada tahap under pressure, mampu belajar mengenai
perkara baru dalam organisasi juga mampu untuk menjadi seorang yang professional.
Seterusnya, pelajar dapat membiasakan diri dengan situasi alam pekerjaan sekali gus
mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai pekerja. OJT sebagai pendedahan
awal kepada para pelajar untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak mendalam
dalam memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal
menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain . Dalam situasi ini,
pelajar mampu untuk mengaplikasikan kemahiran komunikasi apabila berada dalam alam
pekerjaan sebenar. Kemahiran ini merupakan salah satu kemahiran yang sangat berguna
terutamanya apabila seseorang telah melangkah ke dalam dunia profesional.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat besar.
Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh
latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala
susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan
pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang tinggi serta menjadikan
diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.
BAB 2

2.1 PENGENALAN

Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad (KUIKLB) ditubuhkan sejak tahun
2016 merupakan koperasi yang bekerjasama dengan Kumpulan Syarikat OTAi @ OTAi
Group. Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad (KUIKLB) diasaskan oleh Suhaimi
Hj Abas. Kumpulan Syarikat OTAi mempunyai banyak anak syarikat antaranya ialah OTAi
Trading, OTAi Burger, OTAi Metalwork dan banyak lagi. OTAI yang bermaksud Organisasi
Tempat Ambil Ilmu merupakan tempat dimana para usahawan menimba ilmu tentang
perniagaan mengikut cara Islam.

Suhaimi Hj Abas sudah mempunyai pengalaman berniaga selama 24 tahun. Naik jatuh
beliau telah membuktikan bahawa beliau mampu bersaing dan berdiri standing dengan
usahawan yang berjaya. Selain itu, tujuan Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad
(KUIKLB) ialah memberi pinjaman kepada para usahawan untuk memulakan perniagaan
dengan menggunakan jenama OTAi.
2.2 LATAR BELAKANG SYARIKAT.

2.2.1 KOPERASI USAWAN ISLAM KUALA LUMPUR BERHAD (KUIKLB)

Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad merupakan koperasi yang


berkerjasama dengan OTAi Group. Syarikat ini merupakan “bank” yang memberikan pinjaman
tanpa faedah kepada syarikat atau francaisi-francaisi yang ingin membuka perniagaan burger
OTAi. Koperasi ini merupakan penggerak utama agar ramai usahawan mampu membuka
syarikat sendiri dan membuat pinjaman atau pelaburan serta simpanan bagi masa hadapan.

Selain itu, Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad (KUIKLB) telah
bekerjasama dengan kementerian dan agensi-agensi Kerajaan supaya tetap mengikuti
perkembangan terkini untuk mengambil para pelajar dari Kolej Vokasional, Kolej Komuniti
dan beberapa Kolej untuk menjalani latihan industri di sini. Dan pada tahun 2016, syarikat ini
telah berjaya mengambil pelajar Kolej Vokasional untuk menjalani latihan industri dan diserap
masuk untuk menguruskan cawangan OTAi disini. Seterusnya, syarikat ini telah membuat
“Roadshow Keusahawan Islam” ke beberapa buah Kolej Vokasional di Malaysia untuk
pengenalan tentang Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad dan OTAi Group.

2.2.2 OTAi GROUP

OTAi Group @ Kumpulan syarikat OTAi merupakan syarikat yang telah bekerjasama
dengan Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad (KUIKLB). OTAi Group mempunyai
banyak anak syarikat antaranya ialah:

 OTAi AKADEMI KEUSHAWANAN ISLAM


- Disini tempat untuk melatih usahawan tunas untuk menjadi usahawan muda.
Dengan mempunyai 12 cawangan Otai Akademi yang diuruskan oleh cikgu-cikgu
yang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.
 Brookland Vintage International Institute
- Institut Latihan Antarabangsa yang melatih usahawan muda dalam bidang Business
Administrative (Keusahawanan Islam) di Persijilkan Sijil SKM dan Sijil
Antarabangsa lain

 OTAi HOLDING SDN BHD


- Membeli aset seperti bangunan, rumah-rumah bangle dan rumah-rumah teres, gerai
burger, food truck untuk disewakan kepada usahawan-usahawan dibawah OTAi
GROUP

 OTAi FRANCHISE SDN BHD (OTAi BURGER)


- Membekalkan dan mengedar barangan burger dan sejuk beku kepada francaisi dan
usahawan-usahawan muda untuk berniaga di zon masing-masing.

 OTAi METALWORK
-Membuat gerai-gerai burger, grill, owning, kerja-kerja ubah suai rumah, bangunan dan
projek-projek lain yang berteraskan besi.

 OTAi CONSTRUCTION
- Mendirikan rumah-rumah teres, rumah-rumah bangle dan bangunan untuk dijual
kepada usahawan-usahawan OTAi Group dan orang ramai.

 SELINSING AQUAFARM SDN BHD


- Menternak udang putih di Selinsing Kerian, Perak dengan kerjasama Koperasi
Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad, Koperasi Kelab Generasi Transformasi
Ruminan Malaysia Berhad dan Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan di
bawah pihak berkuasa Projek Koridor Utara (NCIA)

 MAJOR TRANSGLOBAL SDN BHD


- Mengimport kambing dan lembu dari Australia untuk pasaran tempatan dan
melahirkan usahawan ternakan kambing di Pondok Tanjung Selama, Perak di
bawah pihak berkuasa Projek Koridor Utara Northern Corridor Investment
Authority (NCIA)

 ANGELIC GLOW
- Menjual barangan kosmetik dan menerima tempahan make up untuk majlis makan
malam, pertunangan dan perkahwinan.
 OTAi TAILOR
- Menjahit pakaian lelaki dan wanita serta menerima tempahan yang lain seperti
jubah, baju, tudung dan langsir.

 OTAi AUTOMOTIF
- Menyediakan perkhidmatan membaik pulih kenderaan

 OTAi FARM
- Menanam sayur-sayuran untuk dijual kepada penduduk tempatan dan pemborong.

2.2.3 OTAI AKADEMI

OTAi Akademi merupakan tempat barisan Usahawan Muda, Usahawan Tunas dan
pelajar latihan industri untuk menuntut ilmu. Setiap 3 kali seminggu akan diadakan Kuliah
Pemantapan Ilmu di 12 cawangan OTAi Akademi oleh cikgu-cikgu dan barisan usahawan
muda yang berpengalaman untuk menceritakan hal-hal semasa atau ilmu perniagaan agar dapat
memberi manfaat kepada semua Jemaah OTAi. OTAi Akademi mempunyai 12 cawangan di
sekitar Selangor antaranya ialah:

1. OTAi Akademi cawangan Gombak


2. OTAi Akademi cawangan Setapak
3. OTAi Akademi cawangan Shah Alam
4. OTAi Akademi cawangan Sungai Buloh
5. OTAi Akademi cawangan Bukit Raja
6. OTAi Akademi cawangan Cheras
7. OTAi Akademi cawangan Bangi
8. OTAi Akademi cawangan Puchong
9. OTAi Akademi cawangan Kota Damansara
10. OTAi Akademi cawangan Semenyih
11. OTAi Akademi cawangan Alam Impian
12. OTAi Akademi cawangan Klang
Saya telah diterima untuk menjalani latihan industri di Koperasi Usahawan Islam Kuala
Lumpur Berhad ( KUIKLB). Semasa menjalani latihan industri, saya telah ditempatkan di
Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad selama 3 bulan. Selain itu, untuk bulan yang
ke 4 saya ditempatkan di OTAi Akademi cawangan Gombak. Untuk bulan yang ke 5, saya
ditempatkan di OTAi Akademi cawangan Bukit raja.

Selain itu, OTAi Akademi cawangan Gombak atau MG burger merupakan singkatan
bagi nama Mamat Gombak Burger. Pengarah syarikat ini yang bernama Mohd Adzha dan
mempunyai seorang pengurus untuk menguruskan syarikat. Beliau telah lama berkecimpung
dalam bidang perniagaan dan berjaya melahirkan banyak usahawan. MG Burger juga berjaya
membuka perniagaan lain seperti OTAi Farm Goat yang berada di Perak dan diuruskan sendiri
oleh En. Mohd Adzha bersama-sama dengan pekerja OTAi.

Seterusnya, bagi OTAi Akademi cawangan Bukit Raja atau SBR Burger merupakan
singkatan bagi Sheikh Bukit Raja. Sheikh Farzerin merupakan bekas pelajar Kolej Vokasional
Gombak dan juga pengarah bagi SBR Burger. Beliau mampu membuktikan dengan hasil usaha
dan kerja keras, kini beliau mampu mempunyai syarikat sendiri seawal umur 22 tahun. Selain
dari melatih usahawan tunas berniaga burger di gerai. Setiap Otai Akademi cawangan juga
mengajar para usahawan tentang ilmu HR, Account & Marketing.

2.3 Visi
- Melahirkan 10 ribu usahawan muda Islam menjelang 2030
2.4 Misi
 Kearah membuka sebuah university yang menggunaka kaedah 70% praktikal dan 30%
teori untuk mengeluarkan graduan Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah dengan
kerjasanama dengan 3 negara iaitu Jerman, United Kingdom dan Australia.
 Memperbanyakkan lagi syarikat middle stream dan up stream untuk melahirkan
usahawan usahawan di peringkat downstream
 Melahirkan usahawan-usahawan, mentor/guru yang mampu mengajar usahawan muda
yang baru.
 Mencari pelabur-pelabur untuk menyumbang modal bagi mempercepatkan pergerakan
sepertimana yang disasarkan.
 Mendapat suntikan dana modal dari SKM dan ANGKASA

2.3 Slogan syarikat


SATU HATI
SATU KUMPULAN
SATU PERJUANGAN

2.4 Objektif penubuhan


 Melahirkan 10 ribu usahawan muda dikalangan belia dengan memperbanyakkan lagi
rangkaian perniagaan middle stream dan up stream.
 Melahirkan usahawan-usahawan mentor/guru supaya dapat melahirkan usahawan muda
yang baru.
 Kongsi kejayaan dan keuntungan dengan memberi dividen yang tinggi kepada ahli
koperasi dan pelabur daripada keuntungan rangkaian perniagaan supaya orang-orang
Melayu kembali menguasai ekonomi di Malaysia.
2.6 Logo Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad

2.6.1 Logo OTAi Akademi

2.6.2 Logo OTAi Akademi cawangan Gombak

2.6.3 Logo OTAi Akademi cawangan Bukit Raja


Maklumat Tambahan.

OTAi Burger merupakan jenama unggul di pasaran dengan mempunyai 200 kiosk di sekitar
Lembah Klang dan Selangor. Telah menjadi objektif dan perkara utama syarikat untuk
memastikan para pelanggan berpuas hati dengan kualiti, produk dan harga yang sesuai agar dapat
bersaing dengan pengusaha-pengusaha lain.

2.7 Profil Syarikat

Nama Syarikat KOPERASI USAHAWAN ISLAM KUALA LUMPUR BERHAD

Jenis Perniagaan PERKONGSIAN

Produk Pelaburan dan memberi pinjaman kepada francaisi

Alamat Berdaftar No 1-2, Jalan Melati Utama 4, 53100 Setapak, Kuala Lumpur

Email Syarikat Kui.kuilb@gmail.com


2.8 SIJIL PERAKAUAN PENDAFTARAN KOPERASI
2.8.1 SIJIL KEANGGOTAAN DARI ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN
MALAYSIA BERHAD
2.9 NOSS MATRIK SKM bagi OTAi Akademi yang diluluskan oleh BPTV
Carta Organisasi Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad

Pengerusi
EN. SUHAIMI HJ ABAS

Timbalan Pengerusi
EN. PUAT BIN MAZNAN

Setiausaha Bendahari Jabatan Pemasaran dan


Latihan
CIK NADZIRAH PN. HAFIFAH EN. FARID

EN

PROSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN KUIKLB


1. Isi borang pinjaman dan sediakan dokumen yang diperlukan seperti:

a) Satu salinan kad b) Satu salinan penyata c) Satu salinan lesen


pengenalan bank 3 bulan terkini kenderaan
kereta/motor

d) Salinan sijil e) Surat permohonan


pendaftaran perniagaan pinjaman
BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang telah dilakukan sepanjang
menjalani latihan industri di Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad. Semasa pelajar
menjalani On-The-Job Training (OJT), adalah menjadi suatu kewajiban untuk menulis catatan
aktiviti harian di dalam buku log yang telah diberikan oleh pihak Kolej Vokasional masing-
masing kepada setiap pelajar dan secara ringkas akan diterangkan dalam bab yang meliputi
tugas yang diberikan oleh penyelia. Ringkasan aktiviti On-The Job Training (OJT) ini ditulis
dalam bentuk ringkasan mingguan yang bermula dari minggu pertama hingga minggu terakhir.

Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti – aktiviti dan tugas
yang saya telah dijalankan semasa menjalani latihan industri. Segala aktiviti yang dilakukan
akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja kerja yang
dilakukan dalam seminggu di samping memudahkan proses penyemakan. Hari kerja dalam
seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti yang diumumkan oleh
pihak syarikat.
3.2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

MINGGU 1 (27 NOV – 2 DIS)

Pada minggu pertama saya telah melaporkan diri di pejabat Taman Jasa, saya telah menghadiri
taklimat ringkas dan sesi pengenalan diri bersama penyelia. Seterusnya saya diterangkan
tentang kedudukan/jawatan yang saya terima. Saya telah mendapat kedudukan sebagai
pembantu bendahari di koperasi ini. Selain itu, saya diajar serba sedikit tentang cara merekod
hutang yang telah dibayar oleh pelanggan ke dalam fail follow up pinjaman dan fail pinjaman.
Selain itu, penyelia saya telah membawa seramai 9 orang pelajar latihan industri dibawah
Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad untuk pergi ke KLCC. Tujuan membawa
kami ke sini adalah ingin menyambut kedatangan para pelajar sebelum memulakan kerja.

MINGGU 2 (3 DIS – 9 DIS)

Penyelia organisasi memberikan skop kerja dan saya telah lakukan kerja seperti membuka resit
dan cop resit bagi penghutang yang telah menjelaskan hutang. Setelah membuka resit, no resit
tersebut saya rekod ke dalam borang kutipan pembayaran di dalam fail follow up pinjaman
bagi menunjukkan bukti yang pembayaran sudah dilakukan, ini bagi mengelakkan sebarang
penipuan yang akan berlaku. Seterusnya, saya perlu memberikan resit tersebut kepada
francaisi mengikut nama yang tertera di resit tersebut. Jika tidak ada, saya perlu memberikan
resit tersebut ke OTAi Franchaise, pekerja disitu akan kepilkan resit yang saya beri bersama
invois pembelian bahan mentah. Pada kemudian hari, franchaisi akan datang untuk mengambil
bahan mentah sekaligus menerima invois dan resit. Selain itu, saya juga perlu membuka resit
Simpanan TLLN, Simpanan Hilux, LV books, Elaun hardcore bagi setiap penerimaan wang.
Simpanan TLLN bermaksud Tabung Lawatan Luar Negara, simpanan ini dibuat untuk
digunakan setiap kali pengarah-pengarah syarikat ingin ke luar negara atas urusan kerja.
Simpanan Hilux pula merupakan simpanan yang dibuat oleh francaisi yang ingin membeli
Hilux. Francaisi boleh membuat simpanan di koperasi. LV Books merupakan resit pembayaran
seperti membeli T-Shirts daripada syarikat. Setiap usahawan yang telah menjadi Hardcore
perlu membayar yuran Hardcore setiap bulan sebanyak RM100 sahaja.
MINGGU 3 (11 DIS – 18 DIS)
Pada minggu ketiga, kesemua pelajar latihan industri seramai 81 orang yang menjalani latihan
industri di bawah Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad atau di bawah syarikat
OTAi yang lain telah dikumpulkan bagi menghadiri kem yang bertempat di The Woods, Ulu
Yam. Disini kami telah diberikan sebuah buku log dan peralatan tulis. Tujuan kem ini diadakan
ialah bagi memberikan pengenalan tentang OTAi dan sesi pengenalan diri. Kem ini dapat
membantu saya untuk lebih mengenali para usahawan yang telah berjaya dan maklumat
syarikat dengan lebih mendalam. Pada hari berikutnya kami telah dicutikan selama sehari dan
mula bekerja semua pada 13 Dis. Pada minggu itu juga, saya telah merekod kesemua nama
penghutang yang telah menyelesaikan hutang untuk bulan Disember 2017 dan membuka resit
dan cop resit tersebut dengan cop koperasi. Seterusnya, saya perlu mengemaskini maklumat
Debtors, Simpanan TLLN, Simpanan Hilux ke dalam fail.

MINGGU 4 (20 DIS – 29 DIS)

Saya mula melakukan kerja yang baru seperti merekod maklumat pembayaran ke dalam laptop
beserta no resit. Pembayaran perlulah dikutip pada setiap 2hb, bagi francaisi yang belum
menjelaskan hutang mereka boleh membayar secara “Online”. Saya perlu mengemaskini
borang debtors di dalam fail pinjaman dan juga laptop pada setiap hari bergantung jika hari
tersebut ada pembayaran yang dilakukan. Saya akan membuka resit dan tulis amaun yang
dibayar serta tarikh dan baki berapa lagi hutang yang tinggal. Seterusnya saya telah menyusun
beberapa resit tuntutan yang dibuat oleh pekerja mengikut tarikh dan ditampal ke kertas kosong
A4. Di samping itu, saya akan mengikut penyelia saya untuk ke CIMB Bank bagi memasukkan
duit dan mengeluarkan duit petty cash, saya akan membuka payment voucher dan kepilkan
bersama slip bank yang telah diterima di bank.
MINGGU 5 ( 1 JAN – 6 JAN)

Pada 2hb, semua pekerja akan ke Pejabat Taman Melati bagi penghantaran BK7, BK 7
merupakan laporan kewangan yang lengkap untuk tempoh sebulan. Setiap Mantan, Hardcore,
Usahawan Muda dan Usahawan Tunas akan menghantar BK7. Saya akan menjaga bahagian
pembayaran duit akaun KUI & AKE. Setelah melapor diri, pengurus dan para usahawan akan
datang untuk pembayaran duit pinjaman atau simpanan. Setiap penerimaan secara tunai saya
akan merekod ke dalam fail follow up pinjaman dan membuka resit serta memberikan resit
tersebut kepada francaisi. Pada hari itu juga, berlakunya cabutan kutu. Cabut kutu merupakan
pelaburan syarikat. Setelah selesai, saya akan pergi ke CIMB Bank untuk bank in duit tunai
yang diterima, saya juga akan merekod maklumat pembayaran tersebut ke dalam fail pinjaman
dan laptop.

MINGGU 6 ( 8 JAN – 15 JAN)


Pada minggu ini saya bersama-sama Sifu Suhaimi Hj Abas, penyelia, barisan 12 Hardcore dan
5 orang pelajar latihan industri telah menghadiri Program Mingguan Food Truck Biz Talk di
Bangunan UMNO, Seksyen 14 Shah alam. Tujuan kami dibawa bersama ialah bagi merasai
cara untuk berurusan dan berkomunikasi dengan orang luar. Program ini diadakan bagi
memberi pinjaman Food Truck bagi syarikat syarikat orang Melayu. Seterusnya, saya telah
diajar untuk mengira KWSP & SOCSO syarikat. Selain itu, saya telah menyambung kerja yang
dilakukan seperti merekod maklumat pembayaran francaisi ke dalam fail pinjaman dan
menyemak dengan fail pembayaran. Saya juga telah membetulkan beberapa kesilapan
perekodan di dalam fail pinjaman seperti tarikh pembayaran yang tidak sama dan tepat.

MINGGU 7 ( 17 JAN – 25 JAN)

Seterusnya, saya telah merekod maklumat pembelian barang pejabat atau makanan ke dalam
baucar tunai dan kepilkan bersama resit pembelian. Saya juga telah melukis plan bagi syarikat
OTAi Franchaise, kerana dalam beberapa bulan lagi Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur
Berhad dan Otai Franchaise akan berpindah ke bangunan yang lebih besar. Oleh itu, saya
diarah untuk melukis plan 3D kedudukan OTAi Franchaise. Selain itu, saya telah
mengasingkan resit mengikut tarikh dan mengisi maklumat borang tuntutan pekerja, saya perlu
kepilkan borang tuntutan tersebut bersama resit-resit yang telah disusun tadi dan beri kepada
pihak atasan. Di samping itu, saya juga telah mencetak tetulang dan muka hadapan fail yang
baru serta membetulkan fail-fail yang berterabur dengan membuat separator.
MINGGU 8 (26 JAN – 31 JAN)

Saya telah menyambung kerja seperti membuka resit pembayaran yang dibuat oleh francaisi.
Selain itu, saya juga perlu fotokopi IC, SSM, borang pinjaman dan surat permohonan pinjaman
bagi Mantan, Hardcore & UM utk diletakkan ke dalam fail personal & fail pinjaman. Saya juga
perlu meletakkan statement bank CIMB AKE/KUI dan statement bank Islam AKE/KUI ke
dalam fail. Selain itu, saya perlu membuat borang pengeluaran dan borang simpanan agar
mudah francaisi untuk berurusan dengan pihak koperasi. Saya perlu memasukkan kad
kedatangan yang sudah cukup sebulan ke dalam fail kedatangan dan saya perlu mengambil
tanda tangan pekerja untuk penerimaan gaji. Saya juga melakukan kerja seperti follow up
francaisi untuk pembayaran hutang pada 2hb

MINGGU 9 ( 1 FEB – 8 FEB)

2hb di Taman Melati dan saya perlu mengutip duit pembayaran daripada francaisi dan
membuka resit francaisi. Saya juga perlu mengemaskini makluma pembayaran ke dalam fail
pinjaman dan laptop. Selain itu, saya juga perlu mengemaskini maklumat simpanan staff di
dalam fail dan di dalam laptop. Fail simpanan staff mengandungi maklumat tentang simpanan
wang atau pelaburan yang pekerja lakukan. Saya perlu menyemak dan mengasingkan perkara-
perkara yang tidak berkaitan di dalam fail simpanan staff. Seterusnya saya perlu follow up
francaisi yang ingin membuat simpanan Hilux ke dalam koperasi.

MINGGU 10 (9 FEB – 16 FEB)

Saya juga melakukan kerja seperti membuka resit pelaburan SiFU dan pelaburan Kutu. Saya
mengemaskini maklumat pelaburan SiFU ke dalam fail dan laptop. Pelaburan SiFU merupakan
pelaburan yang dibuat oleh Pengarah syarikat. Selain itu saya perlu memberikan resit
pembayaran dan simpanan kepada francaisi yang telah membayar di koperasi atau memberikan
resit tersebut kepada pekerja OTAi Franchaise. Saya juga telah mengemaskini fail pulangan
pendapatan dan mengemaskini kutipan kutu pada bulan Februari. Seterusnya, saya telah
memasukkan maklumat baru francaisi ke dalam fail pinjaman dan juga laptop.
MINGGU 11 (19 FEB – 22 FEB)

Saya perlu mempelajari tentang pinjaman daripada bank melalui sumber internet atau info
daripada flyers yang diambil di bank. Kemudian saya perlu membuat whatsapp untuk follow
up tentang loan mikro kredit Agro Bank dan loan mikro kredit BSN kepada semua francaisi
yang ingin membuat pinjaman untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Selain itu, saya
perlu membuat SOP Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad berkaitan cara-cara
untuk permohonan pinjaman. Saya perlu mengemaskini fail rekod simpanan Hilux dan
mengemaskini fail simpanan Staff.

MINGGU 12 ( 23 FEB- 28 FEB)

Selain itu, saya telah mencari maklumat tentang loan hijrah di cawangan Gombak. Saya perlu
menghantar whatsapp untuk follow up Mantan, Hc & UM di ws tentang permohonan loan
hijrah. Loan Hijrah bertujuan mengembangkan lagi perniagaan syarikat. Selain itu, saya perlu
menyemak buku tunai bersama fail baucar pembayaran. Saya juga diajar untuk membuat surat
permohonan pinjaman daripada koperasi dan saya mengemaskini kutipan pembayaran
pinjaman daripada francaisi.

MINGGU 13 ( 1 MAC – 3 MAC)

Pada 2hb Mac, saya berada di Taman Melati untuk menguruskan kutipan bayaran duit
pinjaman dan simpanan francaisi. Setelah selesai, saya telah dihantar ke OTAi Akademi
cawangan Gombak. Saya telah diajar untuk menjaga pengurusan syarikat. Saya telah
memperkenalkan diri kepada kesemua pekerja yang berada di MG Burger.

MINGGU 14 (5 MAC – 10 MAC)

Pada minggu kedua, saya diajar membuat kertas order @ kertas pesanan. Kertas ini dibuat
bertujuan untuk mengambil pesanan gerai pada hari berniaga dan mengira baki barang mentah
di gerai. Seterusnya, saya perlu mengambil duit jualan di peti besi dan mengira duit jualan
tersebut. Setelah selesai, saya perlu mengikut pengurus pergi ke bank bagi urusan duit jualan
masuk ke dalam akaun bank MG Burger. Saya juga diajar untuk mengasingkan duit petty cash
syarikat sebanyak RM500.00, duit ini perlu digunakan untuk menambah duit jualan yang tidak
cukup dan duit minyak kenderaan para pekerja serta keperluan pejabat yang lain.
MINGGU 15 (12 MAC – 17 MAC)

Saya perlu mengambil duit jualan daripada peti besi dan mengira duit jualan tersebut. Jumlah
duit jualan perlu ditulis di kertas, saya juga perlu menulis cek bagi pengeluaran duit petty cash
dan juga pembayaran bahan mentah. Setiap no account perlu ditulis di belakang cek bersama
no phone dan tandatangan saya sebagai wakil MG Burger. Saya perlu pergi ke CIMB Bank
berseorangan dan mengambil nombor 5 iaitu “BAK CASH”, saya perlu memasukkan dahulu
duit jualan kemudian baru memberi cek kepada pekerja bank untuk “CASH CHEQUE”.
Seterusnya, slip bank tersebut saya perlu masukkan ke dalam fail. Selain itu, saya membuat
kertas order 12 gerai dan mengemaskini BK 7 yang terkandung BK1, BK2, BK3, BK4, BK5
dan BK6. Saya perlu mengemaskini pada setiap hari untuk mengelakkan sebarang kesilapan.
Di samping itu, saya telah mengemas box-box pekerja MG burger untuk dibawa ke gerai. Saya
memasukkan daging burger sejuk beku ke dalam bekas mengikut kertas order yang telah saya
buat.

MINGGU 16 ( 19 MAC – 24 MAC)

Saya menyambung kerja yang dilakukan setiap hari iaitu mengira duit jualan dan pergi ke bank
bagi memasukkan duit jualan. Saya juga perlu mengemaskini BK7, memasukkan rekod
kedatangan pekerja dan loan para pekerja. Selain itu, saya perlu mengemaskini ranking jualan
MG Burger. Ranking tersebut menunjukkan jualan gerai yang tertinggi dan rendah. Saya perlu
menghantar ranking tersebut ke dalam group whatsapp pada setiap 10 hari berniaga.
Seterusnya, saya juga mengikuti pegurus operasi untuk menghantar bahan mentah seperti
sayur, sos, tisu, kertas wrapping dan roti burger ke semua 12 gerai. Saya membantu pengurus
untuk mengagihkan bahan mentah mengikut gerai dengan berpandukan kertas invois yang
diberikan oleh OTAi Franchaise.
MINGGU 17 ( 26 MAC – 31 MAC)

Seterusnya pada minggu ini, saya telah membuat kerja seperti mengemaskini BK7, saya perlu
merekod kesemua dengan betul bagi mengelakkan pengiraan yang salah. Saya merekod BK5
yang terkandung maklumat waktu “punch card” pekerja. BK7 direkod termasuk gaji dan elaun
pekerja, jumlah pembelian bahan mentah dan saya perlu merekod setiap perbelanjaan pejabat
atau pekerja selama sebulan. Saya juga perlu mengemaskini closing paper. Closing paper
merupakan kertas untuk merekod jualan yang diperolehi dan perbelanjaan setiap gerai. Selain
itu, mengira duit jualan dan pergi ke bank bagi “CASH CHEQUE” dan “BAK CASH” duit
jualan. Seterusnya, saya perlu menguruskan duit petty cash agar tidak membazir dan menulis
“cash voucher” bagi setiap perbelanjaan pejabat atau utiliti pejabat dan gerai yang dibuat.

MINGGU 18 (2 APR – 8 APR)

Pada 2hb saya perlu ke Taman Melati dan berkumpul disitu, saya masih membantu bagi
pengutipan duit pembayaran pinjaman francaisi. Seterusnya saya dipindahkan ke OTAi
Akademi cawangan Bukit Raja. Saya juga diajar dan dijelaskan serba sedikit berkenaan
syarikat SBR Burger serta peraturan disitu. Saya memperkenalkan diri di sini dan menjelaskan
tugas saya kepada kesemua pekerja agar mereka dapat bekerjasama dan menghormati skop
tugas masing-masing.

MINGGU 19 (9 APR – 15 APR)

Pada minggu ini, skop tugasan saya sama seperti di mana – mana OTAi Akademi yang lain.
Saya perlu mengira duit jualan dan mengemaskini rekod jualan ke dalam BK1 dan juga ranking
jualan bagi SBR Burger. Saya perlu menghantar ranking jualan tersebut pada setiap 7 hari
berniaga. Kemudian saya perlu ke bank untuk menguruskan duit jualan tersebut serta
menyelesaikan pembayaran syarikat seperti bil sewa, utility bagi hostel, pejabat dan juga
pembayaran kenderaan Hilux. Saya juga telah mengemaskini fail fail syarikat agar lebih teratur
dan tersusun untuk memudahkan pencarian maklumat.
MINGGU 20 (16 APR – 20 APR)

Di samping itu, saya telah menyusun resit mengikut tarikh dan merekod perbelanjaan tersebut
ke dalam cash voucher sebelum di rekod ke dalam laptop. Resit dan cash voucher dikepilkan
bersama dan saya memasukkan resit tersebut ke dalam fail petty cash. Resit tersebut
merupakan resit tuntutan para pekerja seperti resit minyak, gas dan peralatan gerai. Selain itu,
saya juga menghadiri Majlis Makan Malam Bersama SiFU KHALIFAH di Goat2Go Farm,
Maeps Serdang. Saya diberi tugas sebagai pembantu untuk menyediakan makanan bagi SiFU
KHALIFAH dan juga membuat persembahan pidato SRIKANDI OTAi kepada tetamu yang
hadir pada malam tersebut.

MINGGU 21 ( 22 APR – 27 APR)

Pada minggu ini, saya telah mengira duit jualan serta mengemaskini keseluruhan BK7,
merekod pinjaman yang dibuat oleh pekerja serta merekod belian bahan mentah di BK2. Selain
itu, saya juga merekod maklumat pembelian gas, minyak kenderaan dan peralatan gerai di
BK3.1, BK3.2, BK3.3. BK3 pula merupakan kos overhead dimana saya perlu merekod gaji
pengarah dan juga perbelanjaan syarikat kepada para pekerja. Pada hari sabtu, saya telah turun
gerai dari jam 6 petang sehingga 3 pagi, saya diberi peluang untuk merasai dan mencari
pengalaman sendiri dengan menjaga gerai dan membuat burger serta belajar cara untuk
menarik pelanggan. Pada minggu ini juga, seluruh pekerja SBR Burger sebanyak 16 orang
termasuk pelajar latihan industri seramai 3 orang dibawa berkelah di Port Dickson, tujuan kami
dibawa ialah bagi menghargai para pelajar latihan industri serta memberikan pengalaman
sebelum kami menamatkan latihan industri di sini.
Bab 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan bahagian kerja yang dilakukan dan dipelajari sepanjang menjalani latihan
industri selama 5 bulan di Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad dan beberapa anak
syarikat OTAi Group. Semasa menjalani latihan industri, saya banyak mempelajari ilmu baru
dan saya sentiasa bergiat aktif untuk lebih mengetahui kerja-kerja disini dan mempelajarinya.
Selain itu, bab ini juga akan menerangkan beberapa kerja yang dilakukan dengan lebih
mendalam berserta beberapa gambar rajah.

4.2 BORANG PINJAMAN KUI/AKE

KUI merupakan akaun pinjaman yang baru dan AKE pula merupakan akaun pinjaman yang
lama. Bagi francaisi yang membuat pinjaman pada tahun 2016 dan kebawah akan membayar di
akaun AKE. Akaun AKE merupakan pinjaman yang lama dan koperasi mengutip faedah caj
pinjaman sebanyak 2%. Bagi usahawan muda yang baru, membuat pinjaman pada tahun 2017
dan ke atas akan membayar semula duit pinjaman ke dalam akaun KUI tanpa sebarang faedah
dikenakan 0% faedah. Borang pinjaman ini perlulah dikemaskini setiap kali menerima
pembayaran secara tunai atau online daripada francaisi dengan telus dan jujur dan direkod ke
dalam fail follow up pinjaman dan fail pinjaman serta laptop. Antara salah satu francaisi yang
membuat pinjaman dan menjelaskan pembayaran pinjaman pada setiap bulan sehingga baki
hutang telah habis dijelaskan:
MG Burger yang membuat pinjaman daripada Koperasi melalui akaun KUI.

MG Burger yang membuat pinjaman daripada Koperasi melalui akaun AKE


4.3 SIMPANAN HILUX

Simpanan Hilux merupakan simpanan yang dibuat oleh francaisi yang belum mempunyai
kereta Hilux. Tujuan diadakan simpanan Hilux ialah bagi memudahkan urusan francaisi kerana
mereka hanya menyimpan duit ke dalam koperasi di samping menggalakkan mereka untuk
membeli kenderaan Hilux. Sekiranya duit mereka masih tidak mencukupi untuk mebayar
deposit kereta Hilux. Pihak koperasi akan memberikan pinjaman untuk membayar muka
hadapan kereta tersebut. Setiap simpanan Hilux dan informasi setiap penyimpan perlu direkod
ke dalam fail simpanan Hilux dan juga laptop bagi mengelakkan tersalah informasi.
4.4 SIMPANAN TLLN

Simpanan TLLN bermaksud Tabung Lawatan Luar Negara. Simpanan ini dibuat oleh Mantan
dan Hardcore sebanyak RM100 setiap bulan dan dikutip pada 2hb atau mereka akan membayar
secara “online”. Tujuan simpanan TLLN dibuat ialah kerana mereka akan keluar negara
bersama SiFU Suhaimi Abas atas urusan kerja atau lawatan ke tempat-tempat ilmu seperti
madrasah atau sekolah pondok. Duit tersebut akan digunakan sebagai perbelanjaan di sana atau
dana untuk disumbangkan kepada orang yang kurang berkemampuan ketika di luar negara.
Setiap penerimaan wang dan data-data penyimpan perlu direkod ke dalam fail simpanan TLLN
dan ke dalam laptop.
4.5 BORANG BK 7

BK 7 bermaksud penyata untung rugi syarikat. BK7 terkandung beberapa kandungan seperti
BK1 yang merupakan rekod jualan burger. BK2 pula bermaksud rekod pembelian bahan
mentah. BK3 merupakan kos overhead perbelanjaan syarikat. BK4 pula ialah perbelanjaan
peralatan gerai. BK5 pula ialah bahagian hari pekerja bekerja dan gaji pekerja. BK6
menunjukkan control short bahan mentah. Manakala BK7 yang akan disemak oleh para
penyelia setiap 2hb, BK7 merupakan penyata untung rugi yang ditunjukkan selama sebulan
oleh syarikat.

RAJAH Penyata Untung Rugi Syarikat MG BURGER bagi bulan MAC di dalam laptop (BK7)
4.6 MENYEDIAKAN CEK

Saya juga diajar untuk menyediakan cek. Cek syarikat daripada CIMB Bank. Bagi Otai
Akademi Cawangan, mereka akan mengeluarkan cek 2 kali seminggu mengikut pengurus
masing-masing. Cek perlu ditulis dengan amaun yang betul dan tanpa ada kesilapan. Jika tidak
cek itu tidak akan diterima. Di belakang cek boleh ditulis no akaun syarikat bagi pembayaran
bahan mentah, pembayaran kereta dan lain-lain. Selepas cek dikeluarkan dan perlu pergi ke
bank dengan mengambil nombor 1 iaitu “CASH CHEQUE”. Pihak bank juga akan memberi
wang tunai dan dijadikan sebagai duit petty cash syarikat.

4.7 KERTAS PESANAN

Kertas pesanan atau kertas order merupakan borang yang perlu dikemaskini pada setiap hari
oleh pengurus operasi atau orang yang bertanggungjawab untuk membuatnya. Ianya
merupakan rekod bahan mentah yang tinggal dan yang telah digunakan untuk berniaga di
setiap gerai. Kertas itu direkod dengan menyemak pada rekod kertas pesanan semalam.Sebagai
contoh, jika bahan mentah seperti roti burger masih mencukupi tidak perlu menambah roti
tersebut. Dan jika tidak mencukupi, pengurus operasi perlu menambah roti ke gerai tersebut.
Selain itu, untuk merekod juga perlu melihat kepada beberapa faktor seperti jualan gerai
tersebut tinggi atau tidak pada setiap hari. Jika tinggi bahan mentah perlu diletak lebih banyak
untuk mengelakkan bahan mentah tidak mencukupi. Dan jika jualan gerai rendah, bahan
mentah perlu diletakkan kurang sedikit untuk mengelakkan pembaziran.
4.6 JADUAL PENGIRAAN DUIT JUALAN GERAI BURGER

Jadual pengiraan duit jualan gerai burger @ Closing paper merupakan borang penutupan yang
direkod setiap hari oleh pengurus operasi setelah kesemua pekerja memberikan kertas pesanan
dan wang berniaga pada hari mereka bekerja. Closing paper perlu merekod jualan yang
diterima pada hari berniaga setiap gerai dan jumlah jualan yang diterima pada hari tersebut.
Duit jualan akan diikat dan ditulis jumlah jualan ke atas kertas dan dimasukkan ke dalam peti
besi. Selain itu, merekod nama pekerja yang menjaga gerai, pinjaman pekerja, perbelanjaan
gerai dan tuntutan minyak kenderaan serta berapa keping wang tunai agar tidak berlakunya
sebarang penipuan dan kesilapan. Keesokan pagi, pengurus akan mengambil duit di dalam peti
besi dan mengira duit tersebut sambil melihat rekod di dalam jadual pengiraan sama atau tidak.
BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Para pelajar yang menjalani ON-THE-Job Training (OJT) akan memberikan dapatan dan
cadangan berkaitan syarikat mereka. Saya akan memberikan dapatan dan cadangan berkaitan
Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad agar pihak koperasi dapat menambah baik dan
memberi kemudahan serta digunakan untuk manfaat bersama.

5.2 DAPATAN

Sepanjang saya menjalani ‘On Job Training’ di Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad
selama 3 bulan, OTAi Cawangan Gombak selama 1 bulan dan OTAi cawangan Bukit Raja
selama 1 bulan. Secara keseluruhan, latihan industri dapat memberikan ilmu dan pengalaman
yang cukup banyak dan bagus bagi pengenalan awal ketika di alam pekerjaan selain ianya
merupakan salah satu syarat wajib untuk mendapatkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).
Hasil dapatan saya ialah latihan industri dapat membantu pelajar untuk memantapkan lagi tahap
komunikasi setiap pelajar dan dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari selama 4 tahun di Kolej Vokasional. Dalam tempoh 21 minggu, saya telah didedahkan
dengan cara untuk membuat pinjaman daripada pihak bank dan berurusan sendiri dengan pihak
bank. Saya telah belajar cara untuk berkomunikasi dan berurusan dengan orang luar dan ianya
membantu saya untuk lebih yakin dan berani. Selain itu, saya juga diajar cara untuk mahir dalam
ACCOUNT, HR & MARKETING. Dengan mempunyai ketiga-tiga ilmu ini, seseorang akan
lebih yakin untuk maju ke hadapan. Saya perlu mempratikkan diri lagi agar mahir dalam HR,
Account & Marketing kerana ianya berguna jika saya ingin membuka perniagaan sendiri.
Saya amat bersyukur dan berpuas hati dengan kerjasama, perhatian serta ilmu yang dicurahkan
dengan banyak oleh kakitangan Koperasi Usahawan Islam Kuala Lumpur Berhad tanpa mengira
pangkat dan kedudukan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh telah banyak membantu
saya dalam meningkatkan prestasi, kemampuan dan mengenal pasti kelemahan yang ada di
samping mengaplikasikan teori dan amali yang dipelajari di dalam kelas. Koperasi Usahawan
Islam Kuala Lumpur Berhad juga menggalakkan kesemua pelajar perempuan latihan industri
untuk ke kelas malam dan memasuki pertandingan Pidato, Perutusan Pengasas dan Solat.
Pertandingan ini dibuat bagi meningkatkan jati diri dan kefahaman terhadap Koperasi Usahawan
Islam Kuala Lumpur Berhad dan OTAi Group. Kelas malam pula diajar berkenaan account,
zakat persendirian, zakat perniagaan, KWSP, perbetul solat dan pelbagai lagi ilmu yang
bermanfaat untuk dunia dan akhirat.
5.3 CADANGAN

Kesedaran tentang betapa pentingnya latihan industri kepada pelajar-pelajar, industri dan
institusi pendidikan. Oleh itu, saya ingin memberikan sedikit cadangan agar Koperasi Usahawan
Islam Kuala Lumpur Berhad dapat menambah baik sebarang kelemahan yang ada untuk
kebaikan semua pihak.

Bagi pendapat saya, pihak syarikat yang menerima pelajar untuk menjalani latihan
industri ini seharusnya menyediakan satu rancangan program latihan industri bagi tempoh yang
ditetapkan bersesuaian dengan kursus atau bidang yang mereka pelajari. Selain mengambil
berat tentang tujuan sebenar pelajar menjalani sesi latihan di syarikat tersebut. Seterusnya,
adalah lebih baik sekiranya kesemua pelajar praktikal lelaki dan perempuan diberi peluang
untuk belajar di tempat yang lain mengikut putaran selama 5 bulan. Oleh itu pelajar praktikal
dapat meniba ilmu pengetahuan dengan lebih luas sekali gus mengeratkan silaturrahim antara
pekerja dan lebih memahami cara kerja setiap syarikat dan menambah pengalaman.

Disamping itu, pihak organisasi syarikat juga harus meningkatkan informasi atas talian
sebelum pelajar memulakan latihan industri di syarikat tersebut dan pihak syarikat juga harus
menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar praktikal. Pihak syarikat juga boleh menyatakan
hasrat mereka sekiranya mereka berasa tidak puas hati terhadap prestasi kerja pelajar praktikal
dengan memberi nasihat dan cadangan agar pelajar tersebut meperbaiki kelemahan diri dan tidak
mengulangi kesilapan yang sama.

.
BAB 6

KESIMPULAN

Melalui latihan industri ini, terdapat banyak perkara yang saya telah pelajari. Bukan
hanya pengetahuan berkenaan dengan bidang yang saya pelajari, tetapi juga pendedahan kepada
perkara-perkara yang penting dalam dunia pekerjaan, perniagaan dan akhirat. Selain itu, banyak
ilmu dan pengalaman yang amat berharga yang saya terima daripada usahawan-usahawan OTAi
yang sudah berjaya dan lebih berpengalaman. Teori semata-mata tidak mencukupi di alam
pekerjaan yang sebenar, ianya memerlukan teori dan praktikal seiring dengan apa yang diajar
oleh pihak Koperasi iaitu praktikal 70% dan teori 30%.

Selain daripada itu komunikasi merupakan aset yang sangat penting kepada syarikat dan
didalam diri seseorang kerana ianya melambangkan tahap keyakinan individu itu sendiri. Tanpa
kemahiran komunikasi yang berkesan, seseorang itu akan menghadapi kesukaran dalam
menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Melalui komunikasi yang berkesan, banyak perkara
yang boleh dicapai dan secara tidak langsung, mampu memberi keuntungan kepada individu dan
juga syarikat.

Dapat saya simpulkan bahawa program On-The Job Training (OJT) banyak memberi
manfaat kepada para pelajar walaupun terdapat kelemahan kecil yang sedikit sebanyak
mencacatkan keadaan, semoga kelemahan ini dapat di perbaiki pada masa hadapan. Daripada
latihan industri ini saya dapat mempelajari perkara-perkara mengenai usahawan dan cara untuk
menjadi usahawan yang berjaya serta menerima pendedahan dalam dunia luar.
RUJUKAN

http://zharifbasyir.blogspot.my/2017/02/contoh-laporan-ojt-praktikal-

kolej.html

otaifranchise.blogspot.my

www.otaigroup.com
LAMPIRAN

KERJA YANG DILAKUKAN KETIKA DI KOPERASI USAHAWAN ISLAM


KUALA LUMPUR BERHAD SELAMA 3 BULAN
KERJA YANG DILAKUKAN DI MG BURGER SELAMA 1 BULAN

Anda mungkin juga menyukai