Anda di halaman 1dari 17

KOMUNIKASI LISAN DUA HALA

-) PERBINCANGAN -) DEBAT/ PERBAHASAN

Nama Pensyarah : En Othman Bin Ahmad Disampaikan Oleh : Nurul Huda Bt Omar

Perbincangan

KONSEP PERBINCANGAN
Kamus Dewan (1996): bertukar-tukar pendapat antara satu dengan yang lain mengenai sesuatu perkara yang penting. Dalam perbincangan, perlu adanya orang membincangkan sesuatu, dan sebelum memberi pendapat masing- masing, ketua sidang memberikan ucapan pembukaan. Perbincangan merujuk kepada satu aktiviti berkumpulan dan pelajar akan bekerjasama antara satu sama lain selain untuk meneliti sesuatu topik atau masalah. Dalam konteks pendidikan, merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan antara guru dan pelajar di dalam kelas dengan tujuan mencari suatu penyelesaian . Satu aktiviti berbentuk lisan yang berbentuk perbualan dilakukan di kalangan pelajar bawah penyeliaan dan kawalan guru. Pelajar diberi peranan aktif untuk menyampaikan pandangan dan pendapat.

CIRI- CIRI PERBINCANGAN


4 ciri penting sebagai tanda yang menunjukkan sesuatu sesi perbincangan itu berkesan dan mencapai objektifnya ( Gage dan Berliner, 1975).
1) Ciri-ciri fakta atau pengetahuan i) konsep asas iv) ii) isu penting v) iii) kesahihan fakta
hubung kait antara fakta isu-isu yang belum diselesaikan

2)

Pendirian Kendiri i) mengambil sesuatu pendirian jika belum dibuat lagi sebelum itu. ii) mengubah suai pendirian setelah mendengar hujah yang dikemukakan. iii) berkeupayaan mempertahankan pendirian asal secara objektif dan logik. Pemikiran orang lain i) mengenal pasti pendapat orang lain. ii) menilai sejauh mana pendapat itu berbeza daripada pendapat sendiri. iii) menyedari betapa kuatnya pegangan atau pendirian sesetengah orang.

3)

4) Tindakan susulan ( Apakah tindakan susulan yang harus diambil bagi mengatasi sesuatu isu) i) memastikan corak tindakan ii) berhubung dengan pihak tertentu iii) menggugurkan isu yang berkaitan iv) meneruskan perbincangan atau v) menangguhkan isu pada masa yang lain.

5 ciri perbincangan dalam kaedah dan teknik mengajar perbincangan adalah:


1) Guru haruslah memilih tajuk-tajuk yang berkaitan dengan pengalaman dan latar belakang pelajar. 2) Bahan- bahan yang dipilih haruslah menarik minat dan dianggap penting oleh pelajar. 3) Bahan-bahan harus terdiri daripada isu-isu tatabahasa dan ini mungkin dapat mengekalkan minat ketika perbincangan dijalankan. 4) Bahan-bahan juga harus mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. 5) Semasa mengendalikan kelas perbincangan, guru harus menggunakan cara-cara yang berikut: a) Hadkan topik perbincangan supaya pelajar boleh memahami apa yang dikehendaki b) Terangkan peraturan perbincangan, bagaimana dikendalikan, bila harus ditamatkan & apa yang harus dicapai. c) Berikan galakan untuk pelajar bekerjasama. Guru tidak boleh menyebelahi mana- mana pihak. d) Kemukakan soalan yang dapat mencungkil fakta dan mendorong pelajar berfikir. e) Ringkaskan perkara penting dan catat isi- isi penting. f) Tinggalkan sedikit masa untuk mengulas perbincangan. Ulasan boleh dibuat oleh guru atau pelajar sendiri.

PELAKSANAAN AKTIVITI PERBINCANGAN


1) Pelajar dibahagikan kepada kumpulan - kumpulan besar atau kumpulan kecil 2) Tajuk perbincangan dijelaskan - berkaitan dengan latar belakang, kebolehan dan pengalaman pelajar. - diminati dan dianggap penting oleh pelajar. - mempunyai sedikit unsur kontroversi dan tidak mudah dijawab betul atau salah, ya atau tidak 3) Pelajar akan mengumpulkan maklumat - membaca tugasan atau majalah, menonton televisyen atau filem, mendengar radio dan ceramah, lawatan di muzium dan pameran atau menyertai sesuatu perayaan. 4) Masa perbincangan mengikut keperluan objektif - tajuk boleh dibincangkan dalam satu waktu pelajaran ataupun lebih

PELAKSANAAN AKTIVITI PERBINCANGAN.....sambg..

5) Tempat perbincangan yang selesa dan sesuai 6) Rangka perbincangan disediakan - supaya tidak terpesong daripada tajuk 7) Laporan perbincangan setelah tamat perbincangan, pencatat akan menyediakan laporan hasil perbincangan. Selepas itu, melaporkan hasil perbincangan. 8) Aktiviti susulan - Aktiviti tindakan susulan akan dijalankan dalam bentuk yang sesuai seperti menulis karangan

PROSES PENGENDALIAN PERBINCANGAN

Sebelum Perbincangan

Memberi arahan Mengedar tugasan Mengagih tanggungjawab Menentukan strategi


Guru tidak perlu mengambil bahagian yang aktif semasa perbincangan . Guru perlu mengawasi kelas dan bergerak dari 1 kumpulan ke 1 kumpulan lain. Mengakhiri perbincangan Maklum balas : berkongsi pendapat selepas perbincangan. Guru memberikan komen mengenai perlakuan pelajar dan penggunaan bahasa semasa berbincang.

Semasa Perbincangan

Selepas Perbincangan

DEBAT/ PERBAHASAN

DEFINISI & KONSEP PERBAHASAN


Perbahasan :Perihal berbahas, perdebatan mengenai sesuatu tajuk (Kamus Dewan,1996) Merupakan satu aktiviti pengucapan untuk menyampaikan idea, fakta dan hujah tentang satu pendirian sama ada menyokong atau membangkang sesuatu tajuk atau persoalan serta menolak dan membidas hujah- hujah pihak lawan berdasarkan peraturan- peraturan tertentu. Pembentangan hujah-hujah dijalankan oleh 2 kumpulan yang bertentangan pendapat tentang sesuatu isu. Setiap kumpulan terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 orang peserta yang menjalankan tugas tertentu dan saling bekerjasama bagi mencapai tujuan kumpulan dalam membentang dan membidas hujah-hujah. Faktor Keberkesanan Perdebatan 1) 2) 3) 4) 5) 6) Pembentangan hujah- hujah yang matang dan bernas. Intonasi Suara Nada penyampaian Keberkesanan Pendebatan Mimik muka Gerak- geri Pakaian

TUJUAN AKTIVITI PERBAHASAN


Mempertingkatkan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan pendapat dengan tepat dan teratur. Bertutur dengan fasih dan lancar serta boleh berhujah secara rasional, kritis, analitis dan kreatif. Melafazkan pengucapan bertatasusila. Bertutur dengan gaya, sebutan dan intonasi yang bersesuaian. Menyusun idea dan fakta secara teratur mengikut kepentingan. Melahirkan idea secara terancang dan spontan. Menyuburkan semangat kekitaan, perasaan muhibah serat yakin dan percaya kepada diri sendiri. Melatih pelajar memahami segala isi yang dikemukakan oleh pihak lawan dengan mendengar secara berhati-hati dan peka apa yang dipercakapkan.

PERSEDIAAN PERBAHASAN
a) Peranan Pendebat Pertama
Terdiri daripada pencadang atau pembangkang. Memulakan isi perbahasan dengan menyampaikan ucapan aluan kepada pengerusi majlis, barisan panel hakim, barisan pendebat iaitu pihak pembangkang atau pencadang serta hadirin. Mengutarakan definisi tajuk perbahasan. Dijelaskan makna secara terperinci bagi unsur penting dalam tajuk dengan merujuk kamus,jurnal ataupun buku- buku tertentu. Penyampaian hujah-hujah utama, pendebat terlibat menetapkan pendirian kumpulannya secara jelas dan tegas. Dalam sesi penegasan, pendebat pertama hendaklah menyampaikan 3 hujah disertakan bukti yang kukuh bagi menyokong atau membangkang tajuk tersebut. Suara pendebat hendaklah jelas, sesuai dan menarik minat penonton. Kefasihan pendebat adalah aset pengukuran terpenting. Masa berhujah : 5 minit sahaja.

PERSEDIAAN PERBAHASAN..sambg..
b) Peranan Pendebat Kedua
Mengucapkan kata- kata aluan seperti yang dilakukan oleh pendebat pertama. Membidas hujah-hujah pihak lawan berlandaskan alasan yang konkrit. Pembidas berdasarkan 3 isi utama yang dikemukakan oleh pihak lawan sebelumnya. Kemudian, pendebat kedua akan mengemukakan 3 hujah yang bersesuaian secara kritis, tepat dang matang. Hujah yang disampaikan hendaklah mempunyai pertalian dan kesinambungan idea daripada hujah pendebat pertama. Masa berhujah : 5 minit sahaja.

c) Peranan Pendebat Ketiga


Peranan yang sama seperti pendebat kedua sama ada dari pihak pencadang atau pembangkang. Membidas 3 hujah pihak lawan sekaligus menyampaikan 3 isi yang berkaitan atau mempunyai pertalian idea dengan pendebat pertama dan kedua. Masa berhujah : 5 minit sahaja.

PERSEDIAAN PERBAHASAN..sambg..
d) Peranan Penggulung
Sesiapa sahaja boleh memegang peranan sebagai penggulung. Merupakan situasi kemuncak perbahasan. Setiap hujah akan dirumus menjadi satu kesimpulan yang jitu dan padu serta bukti dan contoh yang kukuh. Sebelum sesi penegasan hujah tadi, pendebat perlu menyampaikan bidasan hujah pihak lawan dengan sebaik mungkin. Skop bidasan haruslah mendasari 3 hujah yang diutarakan oleh pihak lawan. Masa sesi penggulungan : 7 minit (perbahasan formal)

PENENTUAN PEMBAHAS TERBAIK


Cekap berfikir Cekap berhujah dan membidas Menggunakan bahasa bertatasusila

Menguasai tatabahasa

Petah bercakap

Menguasai bidang ilmu yang dibahaskan Berupaya menarik perhatian penonton

Mampu menggunakan bahasa yang berkesan

Dapat mengawal emosi

FAEDAH AKTIVITI PERBAHASAN


Membentuk sikap suka membaca
Perbahasan bergantung pada pengetahuan yang luas dan mendalam. Bacaan meliputi semua media sama ada media cetak ataupun elektronik.

Membina kepetahan berhujah

Gabungan daripada kecekapan berbahasa dan kebenaran berfikir. Boleh dipupuk dan dikembangkan melalui latihan bahasa dan bacaan meluas. Darjah kematangan bergantung kepada pengetahuan, pengalaman dan keseimbangan emosi dan fikiran. Membantu pelajar meningkatkan kematangan fikiran & aktiviti penyelesaian masalah.

Mematangkan fikiran

FAEDAH AKTIVITI PERBAHASAN..sambg..


Segala gerak geri dan perlakuan akan diperhatikan oleh semua hadirin. Pendebat perlu berasa yakin pada diri dan bersikap tenang dalam situasi tertekan, berhujah dengan bebas, suara yang lantang.

Membina keyakinan diri

Melatih diri menjadi pemimpin masa hadapan

Pendebat berpotensi menjadi pemimpin. Diberi peluang untuk mengembangkan bakat , pengetahuan dan kemahiran pelajar. Seorang pemimpin menghadapi masalah dan akan dapat menyelesaikan masalah dengan adil dengan menimbangkan pendapat orang lain.

Anda mungkin juga menyukai