Anda di halaman 1dari 1

Debat merupakan pertentangan pendapat antara dua pihak tentang sesuatu tajuk.

Debate
berupakan satu pengucapan yang berbentuk kumpulan, iaitu setiap kumpulan terdiri
daripada sekurang-kurangnya tiga orang untuk menjelaskan pendirian dengan
menyampaikan hujah dan bukti sama ada menyokong atau membangkang sesuatu tajuk.
Terdapat tiga ciri pendebat yang baik. Ciri yang pertama adalah keilmuan, ciri yang kedua
adalah kecekapan berbahasa dan ciri yang terakhir adalah gaya penyampaian.
Ciri yang pertama adalah keilmuan. Seorang pendebat perlulah berilmu agar pendebat
dapat memahami tajuk dengan jelas. Segala yang berkaitan dengan tajuk berkenaan
perlulah dianalisi dengan teliti oleh pendebat. Selain itu, isi, fakta, contoh dan bukti perlulah
dikuasai agar tidak memberi fakta yang kurang tepat atau tidak sahih. Fakta perlulah
disusun mengikut keutamaan dan mengolah isi-isi berkenaan mengikut satu pola yang
mudah difahami agar pendebat mampu menarik minat audiens.
Ciri yang kedua adalah kecekapan berbahasa. Pendebat haruslah menguasai tatabahasa
dengan baik supaya mendatangkan rasa gerun kepada pihak lawan. Selain itu pendebat
juga perlu menggunakan bahasa yang bertatasusila supaya dapat menyampaikan maksud
dengan jelas dan tepat. Hal ini adalah penting untuk mempengaruhi orang lain. Bahasa yang
digunakan hendaklah mudah difahami dan tidak mengelirukan agar audiens mudah faham
Ciri yang ketiga adalah gaya penyampaian. Ciri ini adalah penting untuk menarik minat
audiens kerana dalam hal ini, kebolehan pendebat dapat dilihat dan dinilai oleh audiens.
Pendebat yang baik mempunyai kelebihan dari segi kelancaran semasa berhujah.
Kesesuaian nada dan intonasi juga penting untuk seorang pendebat. Pendebat juga perlu
pandai mengawal emosi dan pandai menyesuaikan mimik muka serta gerak lakunya dengan
keadaan agar kelihatan professional.
Ciri-ciri tersebut perlulah dikuasai oleh para pendebat agar mereka mampu menyampaikan
debat dengan baik tanpa teragak-agak dan mampu menggerunkan pihak lawan. Hal ini
memudahkan lagi pendebat mempengaruhi audiens. Hal ini kerana orang yang mahir
berdepat akan dapat mempengaruhi orang lain dengan mudah.

Anda mungkin juga menyukai