Anda di halaman 1dari 5

TAFSIR AT-TABARI

ZUL – SYUHADA – ALIYA – AZMIRA – AINI – SIKIN


BIODATA IMAM TABARI

■ NAMA PENUH : MUHAMMAD BIN JARIR BIN YAZID BIN KATHIR BIN GHALIB AL-TABARI
■ GELARAN NAMA : IBNU JARIR / IMAM AL-TABARI
■ TEMPAT LAHIR : AMAL TABRISTAN, PERSIA (IRAN) (224 H)
■ MENNGGAL DUNIA : 310 H DI BAGHDAD
■ MERANTAU UNTUK MENUNTU ILMU KE MESIR, SYRIA DAN IRAQ, KEMUDIANNYA
MENETAP DI BAGHDAD
■ ANTARA IMAM-IMAM YANG TERKENAL
■ BANYAK BERKONGSI GURU DENGAN IMAM AL-BUKHARI
■ SEORANG TOKOH (PAKAR) DALAM BIDANG HADIS, SEJARAH, QIRAAT, BAHASA, SERTA
IMAM MUJTAHID DALAM MAZHAB SYAFIE
METODOLOGI TAFSIR AT-TABARI
■ Al-Tabari mengemukakan tafsiran bagi sesuatu ayat dan kemudiannya mengemukakan tafsir al-Mathur
sama ada dari Rasulullah atau para sahabat atau tabiin dengan sanad yang berlainan yang mentafsirkan
ayat sebegitu
■ Beliau juga melakukan tarjih untuk memilih tafsiran yang lebih tepat dengan menggunakan tafsir bi al-
Ra’y
■ Al-Tabari mentafsirkan sendiri ayat-ayat tertentu berdasarkan pendapat beliau sendiri. Dalam keadaan ini
beliau menggunakan kemampuan akal yang didasarkan secara umumnya kepada keilmuan dalam
bahasa Arab untuk mentafsirkan sesuatu ayat
■ Mengemukakan sanad yang lengkap. Beliau menggunakan tafsir bil ma’thur untuk menafsirkan sesebuah
ayat al-Quran dengan jalan riwayat yang bersandarkan kepada para sahabat dan tabi’in serta diyakini
tentang kesempurnaan sanadnya.
■ Mengemukakan atau membentangkan kesemua riwayat yang berkaitan dengan ayat yang hendak beliau
tafsirkan. Akhir sekali. Beliau membuat tarjih di antara satu sama lain.
■ Memberi penumpuan utama kepada permasalahan atau perkara yang berkaitan dengan qiraat. Beliau
menggunakan makna-makna yang tepat dan sesuai mengikut lafaz dan kedudukan lafaz (beliau arif
dalam ilmu Bahasa Arab).
■ Bagi sesetengah keadaan, beliau memberikan kritikan dari aspek sanad yang merangkumi hal-hal yang
berkaitan dengan periwayatan atau pendapat-pendapat. Kemudian, beliau membuat penta’dilan iaitu
dengan menetapkan perawi yang adil terhadap beberapa orang perawi serta mentarjihkannya
(menetapkan sebagai perawi yang daif terhadap perawi lain yang telah terbukti kelemahannya)
KELEBIHAN TAFSIR

■ Mengandungi banyak cabang ilmu yang bertunjangkan kelengkapan dan


kesempurnaannya
■ Kandungan yang begitu lengkap dapat berperanan penting bagi pengkajinya dalam
menambah wawasan.
■ Disebutkannya berbagai pendapat atau sumber yang mutawatir, sama ada
bersumber dari Rasulullah, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in, dan para ulama
sebelumnya
■ Kelengkapan dan kesempurnaan penjelesan menyebabkan orang yang mengkajinya
dapat memahami dengan baik.
Ibnu Khuzaimah berkata:

“Aku menelaah kitab tafsirnya dari permulaan hingga akhirnya, maka aku tidak
mengetahuinya jika ada seorang di permukaan bumi ini yang lebih mengerti dari pada
Ibnu Jarir”
(kitab Siyar A’laamil Nubala)

Anda mungkin juga menyukai