Anda di halaman 1dari 3

Dr Zaharuddin Abd Rahman Talaqqi Kitab Talbis Iblis

URL Video: https://www.youtube.com/watch?v=fWV4wHG_qTI

Baik, sekarang kita pergi kepada kitab yang kedua, iaitulah Talbis Iblis. Bab yang kita akan baca
ini… Sekali lagi kitab ini karangan Ibnul Jauzi, bukan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, dua insan yang
berbeza ya. Biasanya terjemahan kitab Talbis Iblis ini dia tersalah cetak, banyak versi dia tulis
Ibnu Qayyim Jauziyah, salah. Ibnul Jauzi, dua insan berbeza hidup di zaman berbeza. Ibnu Jauzi
adalah lebih senior, dia meninggal tahun 579 Hijrah, manakala Ibnu Qayyim Jauziah
meninggal tahun 751 tak salah saya eh. Jauh tu, 200 tahun berbeza.
Baik akan kita bincang pada hari ini karangan kitab Ibnu Jauzi Rahimahullah wanafaqna
biilmihi insyaAllah. TabarakaAllahu fihi wafina insyaAllah. Yang mana pada bab menyatakan
belitan iblis pada ahli fiqah. Haaa yang ni. Ni saya baca ni tersentap banyak kali ini. Ceyh
bahasa orang muda tu, sentap kan? Baca ini memang sentap sentiasa bagi saya dan juga
patutnya kepada semua orang yang mengkaji hukum hakam. Termasuklah orang awam yang
sudah berani memberi hukum hakam dalam Facebook dan Instagram.
Baik, kita ada banyak ni point-point yang penting. Saya pergi dengan cepat dan pantas.
Disebutkan dekat sini yang pertama, sebelum dia masuk pada jenis jenis talbis, dia sebut
muqadimahnya. Berkatalah pengarang, saya terus terjemah supaya tuan tuan tak pening
kepala. Adalah ulama’ ulama’ fiqah pada zaman dahulu mereka semuanya ahli Quran dan
hadis sekaligus. Kebanyakannya pakar dalam Al Quran dan pakar dalam Hadis dua-dua
sekaligus.
Dan benda itu berterusan sehinggalah ada ulama’ ulama’ mutaakhirun, ulama’ ulama’ fikah
yang terkemudian. Ha terkemudian itu zaman dia itu, bukan zaman kita. Zaman kita ini lagi-
lagi lah terkemudian. Zaman dia tahun 500 Hijrah pon dah wujud ulama’ fikah yang dah mula
nak ambik ringan. Sebab, dia kata apa, ulama’ itu berkata “Cukuplah kita tahu ayat-ayat
hukum sahaja daripada Quran, tak payah tahu semua sekali”. Haa jadi bagi dia, benda itu
adalah satu benda yang tak bagus. Patutnya ulama’ kena ambik yang maksimum. Tak boleh
nak membuat excuse. “Ala kita ulama’-ulama’ fiqah kita tahu ayat-ayat hukum cukuplah”. Haa
itu tak bagus bagi dia.
“Dan kita cukup sekadar, kita pegang kitab yang masyhur daripada hadis cukup lah”, ha ini dia
kata. Sebagai contoh, Sunan Abi Dawud dan Sunan yang enam tulah, maknanya yang lain lain
tak payah ambik tahu lah. Ha jadi itu adalah, benda yang bagi dia, benda yang memulakan
Talbis Iblis. Ibnu Jauzi berkata, “Dan ulama’ fikah yang begini kemudian mengambil ringan
perkara ini, dan kemudian mereka jadilah sampai satu keadaan, ada di antara mereka yang
berhujah dengan satu ayat yang mereka sendiri tak paham ayat itu dengan jelas. Ataupun
menggunakan satu hadis, hadis itu sahih ataupun tidak sahih. Dan kemudian kemungkinan
mereka berpegang pada qiyas-qiyas, ini analogi, qiyas, yang bercanggah dengan hadis sahih.
Ini adalah kerana mereka lagi tidak mengambil berat kepada urusan ilmu-ilmu hadis”. Habis.
Dan kemudian dia takrifkan puak. “Fiqah itu sendiri maksudnya mengeluarkan hukum
daripada dalil-dalil daripada Quran dan sunnah. Bagaimana boleh seorang ulama’ fiqah
mengeluarkan sesuatu daripada benda yang dia tak tahu”. Maknanya ulama’ fiqah itu, ertinya
dia keluarkan hukum daripada dalil-dalil, daripada Quran dan sunnah. Kalau dia tak tahu
Quran dan sunnah dengan bagus macam mana dia boleh keluarkan hukum daripadanya. Haa
kata Ibnu Jauzi.
Dan bagaimana dia boleh keluarkan daripada, pegang daripada satu hadis sedang dia tak tahu
hadis itu punya tahap sahih atau dhaif. Atau maudhu’. Dan dia kata lagi, bahawa, pada zaman
dia ini, dia kata “Apabila nak mengetahui sahih atau tidak sahih, apabila nak mengetahui ilmu
Al Quran dan Hadis”, memang, dia kata, “manusia, ulama’ memerlukan kepada musafir yang
panjang”. Zaman dia lah. Zaman kita musafir pendek je. Daripada meja, eh daripada sofa ke
komputer. Haa dekat je. Musafir yang dekat. Musafir zaman dulu jauh. Daripada Madinah
pergi ke Mekah, daripada Iraq pergi ke Madinah, daripada Baghdad pergi ke Basra, pergi ke
Mekah, pergi ke, jauh tuan tuan eh. Dan tak ada kapal terbang.
“Lalu dia membawa kepada banyak keletihan. Maka atas sebab itu, pada zaman kita telah
banyak kitab dikarang. Dan sunah-sunah Nabi pun banyak telah dimasukkan dalam kitab-kitab
ini dan telah stabil lah dia punye ilmu. Dan telah banyak diketahui mana hadis yang sahih,
mana yang tak sahih”. Ini zaman dia, tahun 500 Hijrah. “Tetapi malangnya ramai ulama’
terkemudian yang malas untuk menelaah taraf hadis dan hadis-hadis ini punya kesahihan”.
Sehingga, Ibnu Jauzi kata, “Sehingga aku lihat sebahagian ulama’ besar fiqah menulis di dalam
karangannya, menggunakan lafaz sihah, tapi sebenarnya tidaklah hadis yang sahih. Tidak
harus sama sekali Rasulullah bercakap, sabdaan Nabi tak seperti ini” dia kata. Tapi dia tak
sebut siapakah ulama’ itu. Sebab kita tahu, dia adalah seorang ulama’ yang kritikal dalam bab
hadis sampaikan beliau ada kitab Maudhuat. Jadi beliau sangat tak puas hati ada ulama’ yang
dikira ulama’ besar, tapi ada dalam kitabnya hadis maudhu’. Ini yang dia marah ni, tu dia sebut
tu. Tak padan sama sekali. Tuan tuan kena faham dia hidup satu zaman dengan, bukan satu
zaman, dia lepas satu batch daripada Imam Ghazali.
Baik, kemudian, ini semuanya dia kata, adalah satu jenayah kepada Islam. Jadi tuan tuan hati-
hati, menyebarkan hadis hadis maudhu’ ataupun apa yang berkait dengan Islam, dengan
riwayat yang palsu, adalah jenayah kepada Islam dan merosakkan nama Islam. So kalau tuan
tuan nak bawak kisah, memang kisah tidaklah macam hadis. Tapi kalau kisah itu berkait
dengan nabi-nabi, haa kena berhati-hati. Kalau kisah itu tidak berkait dengan Nabi, dia berkait
dengan ulama’ je ke, berkait dengan Sheikh Abdul Kadir Jailani ke, takpelah, boleh lah sikit-
siit, yang ringan. Sebab dia tiada insignificant yang besar, dia tak boleh jadi dalil.
Tapi kalau berkait dengan Nabi Muhammad, wow, sangat berat. Kalau berkait dengan Nabi
Adam contohnya, kan? Turun kat Kedah ke, haa yang ni berat sikit tuan tuan. Ni nak kena
check double check lagi eh. Nabi Musa punya tongkat dia ambik dari kayu daripada negeri
tertentu ke, ini bahaya sikit tuan tuan. Dari sudut jenayah kepada Islam yang disebut oleh
Ibnu Jauzi tadi. Kalau ade kaitan dengan Nabi. Kalau tiada kaitan dengan Nabi haa takpelah
kamu nak mengarut banyak pon, takpelah. Kat mana-mana pon, tak berat sangatlah. Sebab,
kesucian Nabi tidak tercarik. Eh. Oke.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Biodata Ringkas Ibnul Jauzi.
Nama lengkap beliau adalah 'Abdurrahman bin Abil Hasan 'Ali bin Muhammad bin 'Ubaidillah
al-Qurasyi. Kakeknya terkenal dengan sebutan Ibnul Jauzi (anak kelapa), karena kelapa yang
ia miliki di Wasith, di mana di sana sama sekali tidak ada kelapa selain milik beliau.
Beliau lahir pada tahun 510 H. Ayahnya meninggal ketika beliau berumur tiga tahun, lalu
beliau diasuh oleh bibinya (dari pihak ayah). Ketika beliau mulai tumbuh, bibinya membawa
beliau kepada al-Hafizh Ibnu Nashir, lalu beliau belajar kepadanya dan menghasilkan ilmu
dalam memberikan wejangan yang tidak dihasilkan oleh seorang pun selainnya, bahkan
diceritakan bahwa sebagian majelisnya dihadiri oleh lebih dari 100 000 orang.
Ibnul Jauzi menulis buku 2000 jilid dengan tulisan tangan beliau, 100 000 orang telah
bertaubat dengan perantaraannya dan 20 000 orang masuk Islam dengan perantaraannya
pula.
Ibnul Jauzi rahimahullah memiliki perawakan yang LEMBUT, tabiat yang MANIS, suara yang
MERDU dan gerakan yang TERATUR, beliau tidak pernah menyia-nyiakan waktu sedikit pun,
sehingga beliau dapat menulis empat buku tulis setiap hari.
Beliau memiliki peran dalam semua bidang ilmu, beliau adalah seorang yang sangat menonjol
dalam bidang tafsir, memiliki gelar al-Hafizh dalam bidang hadits, termasuk ulama yang
sangat luas dalam bidang sejarah, bahkan beliau memiliki satu buku dalam
bidang KEDOKTERAN yang diberi nama "Kitab al-Luqath".
Beliau wafat pada tahun 597 H, mendekati 90 tahun dari usianya dan dimakamkan di
pemakaman Bab Harb. Semoga Allah Ta'ala merahmatinya, amin.
Sumber: http://abu-maryamhaazimah.blogspot.co.uk/2013/03/biografi-ringkas-imam-ibnul-
jauzi.html

Disediakan oleh:
Muhammad Haris Hamzah
harishamzah91@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai